mokthar dahari maklumat

4
MOKTHAR DAHARI Latar Belakang Mokhtar Dahari dilahirkan di Kuala Lumpur pada 13 November 1953 di Setapak ,Kuala Lumpur.Sejak di bangku sekolah lagi,ia sudah menunjukkan bakatnya dalam bidang sukan. Selain daripada bola sepak,ia juga boleh bera=main badinton, ragbi dan olahraga.Kebolehan begini jarang dimiliki oleh kebanyakkan orang.Mokhtar bertuah menerima anugerah semula jadi ini. Mokhtar menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan,Kuala Lumpur.Kemudian ia melanjutkan pelajaran menengah di Victoria Institution.Di sekolah yang terkenal sebagai institusi yang melahirkan ahli sukan negara itulah,Mokhtar menggilap bakatnya dalam bola sepak.Di situ ia berlatih dengan lebih bersistem dan mewakili sekolah dan kemudian negeri Selangor dalam pelbagai pertandingan peringkat zon, negeri dan seterusnya negara. Sewaktu belajar di sekolah rendah dan menengah ,Mokhtar memang akrif dalam bidang sukan.Bakat Mokhtar dalam bola sepak terserlah ketika berusia 10 tahun apabila dia terpilih mewakili pasukan Sekolah Kebangsaaan Jalan Kuantan ,Kuala Lumpur.Semasa di Victoria Institution ,Mokhtar sekali lagi terpilih mewakili pasukan sekolahny bertanding peringkat umur bawah 13 dan 15 tahun bagi Majlis Sukan Sekolh-Sekolah Selangor (MSSS).Semasa menuntu di sekolah menengah, Mokhtar telah bermain dengan Kelab Darul Affifah,Kampung Pandan.Bermula dari kelab inilah,ia memulakan karier bola sepaknya pada peringkat negeri Selangor. Setelah tamat pengajian hingga ke tingkatan lima,minatnya dalam bidang bola sepak semakin menebal. Ia pun memberi perhatian yang lebih kepada bidang ini.Pada tahun 1970, Mokhtar mewakili Kelab Darul Affifah .Pada waktu itu,ia tidak begitu yakin yang ia boleh mencapai tahap yang lebih tinggi.Begitulah juga harapan untuk mewakili Selangor.Walaupun begitu,Mokhtar mahu membuktikan yang ia mampu untuk mencapai taraf yang lebih tinggi. Selepas lulus Malaysian Certificate of Education (MCE), Mokhtar berkhidmat dengan Syarikat Cold Storage dan kemudia di Majlis Amanah Rakyat (MARA). Seterusnya dia bertugas sebagai kerani di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).Daripada seorang kerani dia melangkah ke jawatan Pegawai Kemajuan Sukan PKNS semata-mata kerana kecermelangannya dalam bola sepak.Pada bulan April 1984,dia berkhidmat dengan Syarikat Insurans Talasco sebagai pegawai merangkap pemain dan jurulatih.Mokhtar meninggal Talasco kerana mendapat tawaran sebagai penyelaras sukan Kwong Yik Bank pada 1986 pada 1986.Kerjayanya di Kwong Yik Bank bukan sahaja sebagai pegawai,tetapi juga

Upload: tiewwin123

Post on 16-Jan-2016

98 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Words Maklumat Mokthar Dahari

TRANSCRIPT

Page 1: MOKTHAR DAHARI Maklumat

MOKTHAR DAHARI Latar Belakang

Mokhtar Dahari dilahirkan di Kuala Lumpur pada 13 November 1953 di Setapak ,Kuala Lumpur.Sejak di bangku sekolah lagi,ia sudah menunjukkan bakatnya dalam bidang sukan. Selain daripada bola sepak,ia juga boleh bera=main badinton, ragbi dan olahraga.Kebolehan begini jarang dimiliki oleh kebanyakkan orang.Mokhtar bertuah menerima anugerah semula jadi ini.

Mokhtar menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan,Kuala Lumpur.Kemudian ia melanjutkan pelajaran menengah di Victoria Institution.Di sekolah yang terkenal sebagai institusi yang melahirkan ahli sukan negara itulah,Mokhtar menggilap bakatnya dalam bola sepak.Di situ ia berlatih dengan lebih bersistem dan mewakili sekolah dan kemudian negeri Selangor dalam pelbagai pertandingan peringkat zon, negeri dan seterusnya negara.

Sewaktu belajar di sekolah rendah dan menengah ,Mokhtar memang akrif dalam bidang sukan.Bakat Mokhtar dalam bola sepak terserlah ketika berusia 10 tahun apabila dia terpilih mewakili pasukan Sekolah Kebangsaaan Jalan Kuantan ,Kuala Lumpur.Semasa di Victoria Institution ,Mokhtar sekali lagi terpilih mewakili pasukan sekolahny bertanding peringkat umur bawah 13 dan 15 tahun bagi Majlis Sukan Sekolh-Sekolah Selangor (MSSS).Semasa menuntu di sekolah menengah, Mokhtar telah bermain dengan Kelab Darul Affifah,Kampung Pandan.Bermula dari kelab inilah,ia memulakan karier bola sepaknya pada peringkat negeri Selangor.

Setelah tamat pengajian hingga ke tingkatan lima,minatnya dalam bidang bola sepak semakin menebal. Ia pun memberi perhatian yang lebih kepada bidang ini.Pada tahun 1970, Mokhtar mewakili Kelab Darul Affifah .Pada waktu itu,ia tidak begitu yakin yang ia boleh mencapai tahap yang lebih tinggi.Begitulah juga harapan untuk mewakili Selangor.Walaupun begitu,Mokhtar mahu membuktikan yang ia mampu untuk mencapai taraf yang lebih tinggi.

Selepas lulus Malaysian Certificate of Education (MCE), Mokhtar berkhidmat dengan Syarikat Cold Storage dan kemudia di Majlis Amanah Rakyat (MARA). Seterusnya dia bertugas sebagai kerani di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).Daripada seorang kerani dia melangkah ke jawatan Pegawai Kemajuan Sukan PKNS semata-mata kerana kecermelangannya dalam bola sepak.Pada bulan April 1984,dia berkhidmat dengan Syarikat Insurans Talasco sebagai pegawai merangkap pemain dan jurulatih.Mokhtar meninggal Talasco kerana mendapat tawaran sebagai penyelaras sukan Kwong Yik Bank pada 1986 pada 1986.Kerjayanya di

Page 2: MOKTHAR DAHARI Maklumat

Kwong Yik Bank bukan sahaja sebagai pegawai,tetapi juga bertanggungjawab membangunkan pasukan majikan di samping menjadi jurulatih merangkap pemain.

Penglibatan Awal

Penglibatan Mokhtar dalam bola sepak bermula dalam tahun 1968, ketika ia menyaksi perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka antara Malaysia dengan Burma dalam siaran secara TV langsung Malaysia. Ketika itu umurnya 15 tahun. Perlawanan akhir itu merupakan penggerakan dan lintasan pertama yang menimbulkan azam serta cita-cita yang tinggi di hatinya untuk mewakili negara dan bermain di Stadium Merdeka dengan disaksikan ribuan rumah melalui televisyen.

Bermula dari peristiwa inilah ia berlatih dengan bersungguh-sungguh pada setiap petang untuk mendalami dan membajai minat di lapangan bola sepak.Usahanya membuahkan hasil apabila ia dipilih mewakili skuad Selangor ke pertandingan Piala Burnley 1971(yang dikenali dengan Piala Razak).Bintang dan tuahnya terus bersinar selepas itu apabila ia dipilih mewakili skuad belia Asia kemudiannya Malaysia “B” dan seterusnya Malaysia “A”.Dengan terpilihnya ia mewakili skuad negara dan negeri ,dorongan untuk Mokhtar berniat dengan serius semakin kuat dan ia tidak melihat ke belakang lagi.

Pada tahun ,dia dipilih mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (kini Piala Razak) di Kuching,Sarawak.Pada bulan Jun 1972,buat kali pertama,Mokhtar terpilih mewakili negara di Kejohanan Piala Jakarta Raya, Indonesia.

Pencapaian

Di padang bola,Mokhtar memakai jersi nombor 10.Pemain berjeris nombor 10 itulah yang menjadi ayam tambatan Malaysia.Kehebatan pada waktu itu tiada tandinganya di rantau ini.Namanya harum di mana-mana sahaja .Dalam setiap perlawanan,gerak-gerinya sentiasa diawasi.Pihak lawan tentu akan meletakkan seorang atau dua orang pemain pertahanan mereka untuk memastikan pergerakan Mokhtar supaya tidak terlalu bebas.Namun sebagai pemain pintar,Mokhtar selalu saja berjaya melepaskan diri daripada pertahanan lawan untuk menjaring gol.

Sepanjang penglibatannya dalam arena bola sepak,pelbagai pengalaman pahit dan manis pernah dirasainya.Antara yang paling mengembirakannya ialah apabila pasukan Malaysia berjaya mendapat pingat gangsa dalam Sukan Asia di Tehran,Iran.Mokhtar telah menjaringkan kedua-dua gol untuk membawa kemanangan manis kepada Malaysia.Kejayaan

Page 3: MOKTHAR DAHARI Maklumat

mendapat pingat gangsa pada tahun 1977 merupakan satu peristiwa yang bersejarah kepada dirinya.

Pada 1978, seorang pemain antarabangsa dari England mengatakan bahawa mutu permainan Mokhtar adalah setaraf dengan mutu permaianan pemain-pemain bola sepak bahagiansatu di England.Sehingga kini,masih belum ada pemain lain selepas Mokhtar menerima pujian seperti ini.

Pada 1976,ia mendapat kecederaan di lutut.Lutut Mokhtar terpaksa dibedah akibat kecederaan yang dialami dalam permainan .Kemudian pada 1979,ia telah menarik diri daripada pasukan kebangsaan.

Mokhtar Sebagai Pemain

Mokhtar sering dianggap sebagai permata dalamsukan bola sepak Malaysia.Mokhtar sendiri menempa nama pada usia 19 tahun apabila buat pertama kalinya menyarung jersi pasukan kebangsaan.Kepantasan dan tendangan kencangnya meletakkan Malaysia sebagai antara pasukan terbaik di Asia.Sumbanganya juga membolehkan pasukan kebangsaan mengekalkan kejuaraan Piala Merdeka selama empat tahun berturut-turut antara 1974-1978.Kepada bekas jurulatih negara,Trevor Hartley,Mokhtar merupakan “Raja Bola Sepak Malaysia”.Ia telah mewakili negara lebih 150 kail dan kehebatan di padang dan kepimpinan serta imej yang bersih membuatkan ia dijuluki gelaran “Supermokh”.D

Dalam kejohanan Sukan SEA di Jakarta(1979) itu,Malaysia menggondol pingat eams setelah menewaskan pasukan tuan rumah 1-0 hasil jaringan yang cantik daripada Mokhtar.

Sepanjang penglibatan Mokhtar dalam perandingan Piala Malaysia(1972-1987),dia berjaya membantu Selangor menjuarai piala itu selama 10 kali dan menghasilkan 177 gol.Pada 1986,Mokhtar terpilih sebagai pemain terbaik dalam perlawanan akhir.Sebagai penjaring prolifik ,Mokhtar mengumpul sejumlah 125 gol pada peringkat antarabangsa 167 perlawanan (1972-1985).

Pada tahun 1976, Mokhtar terpilih sebagai Olahragawan Terbaik,Anugerah Sukan Negar.Pada tahun yang sama, dia dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Yang di-Pertuan Agong.Tahun itu juga, Mokhtar mendapat pengiktirafan sebagai “Footballer of the Year ” oleh majalah World Star Soccer yang diterbitkan di Singapura.Persaraan sebenarnya adalah pada 1986 setelah dia memimpin pasukan Selangor menjuarai Piala Malaysia dan seterusnya menghadiahkan jersi nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.

Pada bulan Januari 1988,dia menyertai Kelab Kwong Yik Bank dan menjuarai Liga Selangor sebagai mengakhiri penglibatannya dalam bola

Page 4: MOKTHAR DAHARI Maklumat

sepak buat selama-lamanya kerana pada bulan November tahun itu, Mokhtar menghidap sejenis penyakit ganjil,iaitu lemah dan susut berat badan.Mokhtar Dahari akhirnya meninggal dunia pada 11 julai 1991 di Pusat Perubatan Subang,Selangor kerana menghidap penyakit muscular dystophy.