ins kehakiman islam

Upload: -

Post on 18-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 12/3/2011

    1

    InstitusiInstitusi KehakimanKehakimanNurazmallail Bin Marni

    Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad al-Idrus

    Institusi-Institusi Islam(UICI 2042)

  • 12/3/2011

    2

    OBJEKTIFOBJEKTIF1) Memberikan gambaran umum mengenai kehakiman Islam

    dan penguatkuasaan dari segi konsep, pensyariatan, dansejarah pelaksanaan

    2) Menjelaskan prosedur-prosedur penting dalam sistemkehakiman, antaranya perlantikan hakim, etika hakim dankaedah pelaksanaan perbicaraan serta hukuman

    3) Mengutarakan aspek perbandingan antara kehakiman Islamdan sistem kehakiman yang dilaksanakan di Malaysia dalamtopik-topik yang dibincangkan

    4) Membincangkan kedudukan dan pelaksanaan kehakimanIslam di Malaysia berdasarkan latar belakang sejarah danrealiti semasa dengan merujuk beberapa peruntukanundang-undang dikuatkuasakan.

    2

  • 12/3/2011

    3

    TUJUAN INSTITUSIKEHAKIMAN & PENGUATKUASAAN

    1) Memastikan keadilan ditegakkan2) Memastikan kezaliman dihapuskan3) Memastikan hak dikembalikan kepada yang

    benar-benar berhak4) Memastikan undang-undang dipatuhi

    sepenuhnya.

    3

  • 12/3/2011

    4

    PERANAN KEHAKIMAN ISLAMPERANAN KEHAKIMAN ISLAM Menegakkan keadilan yang mutlak tanpamengenal perbezaan bangsa, warna kulit,taraf hidup, aliran politik termasuk agamasekalipun.

    Firman Allah yang bermaksud: Maka berilah keputusan (perkara) antaramanusia dengan adil dan janganlah kamumengikuti hawa nafsu, kerana ia akanmenyesatkan kamu daripada jalan Allah(Surah Sad, 38:26)

    4

  • 12/3/2011

    5

    DEFINISI KEHAKIMANDEFINISI KEHAKIMAN Al-Qada atau kehakiman bermaksud memutuskan pertikaian

    berpandukan hukum syarak. Kehakiman atau al-Qada dalam pengertian dari aspek bahasa

    mempunyai beberapa maksud, antaranya:1) Perintah atau keputusan mengenai suatu perkara.2) Pemberitahuan, perkhabaran, dan penyampaian.3) Melaksanakan dan mengakhiri sesuatu tugas.4) Menghukum, memisah, memutuskan dan mencegah.5) Perlakuan.6) Ciptaan dan penetapan.7) Mati atau mematikan.

    5

  • 12/3/2011

    6

    Sambungan Pengertian al-Qada dari segi istilah syarakialah:

    1) Pemberitahuan mengenai suatu hukumsyarak dalam bentuk yang mengikat (IbnFarhun-Maliki)

    2) Menguatkuasakan suatu hukum oleh yangmempunyai bidang kuasa berdasarkanhukum syarak (al-Ramli-Shafii)

    6

  • 12/3/2011

    7

    PERKARAPERKARA--PERKARA ASASIPERKARA ASASIDALAM KEHAKIMANDALAM KEHAKIMAN

    1. Keputusan penghakiman yang mengikatpihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian

    2. Rujukan penghakiman, iaitu al-Quran dan al-Sunnah, kemudian diikuti oleh sumber-sumber lain

    3. Keputusan penghakiman adalah berkaitandengan suatu pertikaian atau kepentingan

    4. Keputusan penghakiman dikeluarkan olehpihak yang mempunyai bidang kuasa

    7

  • 12/3/2011

    8

    PENSYARIATAN KEHAKIMANPENSYARIATAN KEHAKIMAN Banyak ayat al-Quran menjelaskan tentang halini, antaranya firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitabkepadamu dengan membawa kebenaran,supaya kamu mengadili antara manusiadengan apa yang telah Allah wahyukankepadamu, dan janganlah kamu menjadipenentang (orang yang tidak bersalah), kerana(membela) orang-orang yang khianat (Surahal-Nisa, 4:105). 8

  • 12/3/2011

    9

    Sambungan Rasulullah s.a.w. sendiri telah menjadi pemutus kepada

    beberapa pertikaian yang berlaku di kalangan masyarakatIslam semasa zaman Baginda dan telah mengutus beberapaorang sahabat untuk menjadi hakim di beberapa wilayahIslam.

    Para ulama telah bersepakat mengenai pensyariatankehakiman. Hukum melaksanakan urusan kehakiman adalahfardu kifayah bagi sesebuah negara Islam, sama sepertikefarduan jihad. Namun, tugas ini adalah wajib bagipemerintah, sama ada dengan melaksanakannya sendiri ataudengan mewakilkan orang lain.

    Hal ini demikian kerana urusan kehakiman adalah termasukdalam kuasa umum (wilayah ammah) pemerintah Islam.9

  • 12/3/2011

    10

    SEJARAH INSTITUSI KEHAKIMANSEJARAH INSTITUSI KEHAKIMAN Era kerajaan Islam Madinah, Rasulullah s.a.wsendiri menjadi kadi atau hakim.

    Setelah wafat, penggantinya ialah Khalifah AbuBakar dan kemudiannya Khalifah Umar.

    Tugas khalifah meliputi ketua kerajaan,pentadbiran dan kehakiman (ketua hakim).

    Khalifah dibantu oleh penguasa dan gabenor. Semasa Khalifah Umar, diwujudkanpendelegasian tugas daripada khalifah kepadapara kadi atau hakim.

    10

  • 12/3/2011

    11

    Sambungan Zaman Umar al-Khattab banyak perubahan

    disebabkan perkembangan wilayah Islam danbertambahnya rakyat negara Islam dari pelbagaibangsa dan agama. Antara pembaharuan yangdibawa beliau ialah pemisahan kuasa dan sistemsaraan hakim

    Zaman Uthman menukar tempat perbicaraan kesatu tempat khas (Dar al-Qada)

    Zaman Umawiyyah - diperkenalkan sistem catatanhukuman.

    11

  • 12/3/2011

    12

    Kehakiman Pada Zaman Abbasiyyah Penghakiman berdasarkan pegangan mazhab. Antara pembaharuan dalam bidang kehakiman;1. pemisahan kuasa semakin jelas2. pakaian khusus bagi hakim3. mohor hakim bagi tujuan surat-menyurat4. terdapatnya jawatan-jawatan sokongan seperti

    pengawal, kerani pegawai mahkamah dan pencatatperbicaraan

    5. tempat perbicaraan di kawasan lapang6. penulisan rekod perbicaraan.

    12

  • 12/3/2011

    13

    Sambungan Bidang kuasa hakim juga lebih luas jika dibandingkan

    dengan zaman sebelumnya. Di samping membicarakan kes jenayah dan sivil,

    hakim juga ditugaskan mengawasi harta wakaf,melantik wali dan wakil, menjadi wali bagiperempuan yang tidak mempunyai wali, malahanada kalanya mengetuai wilayah mazalim (aduan salahlaku), wilayah hisbah (pencegahan) dan wilayahshurtah (kepolisian).

    13

  • 12/3/2011

    14

    TINDAKAN KHALIFAH UMARTINDAKAN KHALIFAH UMAR1. Pembaharuan dalam struktur pentadbiran

    negara dan kehakiman.2. Pemisahan antara kuasa pentadbiran dengan

    kuasa kehakiman.3. Melantik kadi dengan pengkhususan bidang

    kuasa tertentu seperti kadi kes-kes harta.4. Sistem pendelegasian kuasa tidaklah mutlak

    kerana khalifah dan gabenor masihmempunyai kuasa kehakiman dalam keshudud dan qisas.

    14

  • 12/3/2011

    15

    5. Individu yang dilantik sebagai hakimmemenuhi semua syarat dan kelayakanseperti sahsiah yang tinggi dan berilmupengetahuan.

    6. Menubuhkan Lembaga Ifta yangberperanan dalam mengeluarkan fatwa.

    7. Menubuhkan Lembaga Hisbah yangberperanan menangani kes-kes yangberkaitan amar maruf dan nahi munkar.

    8. Memberi garis panduan kehakimanmenerusi Risalah al-Qadha atau DusturUmar Ibn al-Khattab.

    15

  • 12/3/2011

    16

    PERLANTIKAN HAKIM Hakim atau Kadi ialah orang yang berperananpenting dalam melaksanakan perundanganIslam.

    Hakim bertanggungjawab sepenuhnya untukmenjaga dan mempertahankan kedaulatanundang-undang.

    Nabi Muhammad adalah hakim yang pertamadalam Islam, diikuti Abu Bakar, Umar danbeberapa sahabat antaranya Syuraih.

    16

  • 12/3/2011

    17

    SYARAT-SYARAT HAKIM1. Islam (kecuali dalam kes tertentu)2. Baligh3. Berakal4. Merdeka5. Adil (definisi adil)6. Sempurna pancaindera (mendengar, melihat, &

    berkata-kata)7. Berpengetahuan luas dalam hukum syarak (ilmu

    tentang Quran, hadis, ijmak, dan qiyas)8. Lelaki (pandangan majoriti ulama).

    17

  • 12/3/2011

    18

    AMALAN LANTIKAN HAKIM DI MALAYSIAAMALAN LANTIKAN HAKIM DI MALAYSIA Tidak menggunapakai sepenuhnya standard yang ditetapkan

    oleh ulama. Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan mengenai kelayakan

    hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuandan Mahkamah Tinggi hanya meletakkan syarat berbentukumum sahaja, iaitu:

    Seseorang layak dilantik di bawah Perkara 122B sebagai hakimMahkamah Persekutuan, sebagai hakim Mahkamah Rayuanatau sebagai hakim mana-mana Mahkamah Tinggi jika

    (a) dia seorang warganegara; dan

    18

  • 12/3/2011

    19

    Sambungan (b) bagi tempoh sepuluh tahun sebelum pelantikannya dia

    telah menjadi peguam bela bagi mahkamah itu atau mana-mana satu daripada mahkamah itu atau menjadi anggotaperkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atauperkhidmatan perundangan sesuatu negeri, atau pada suatumasa menjadi peguam bela dan pada suatu masa lainberkhidmat sebagai anggota perkhidmatan kehakiman danperundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangansesuatu negeri.

    19

  • 12/3/2011

    20

    Syarat Tambahan Kelayakan berdasarkan kepada beberapa faktor lain seperti1. Perkhidmatan yang lama2. Pengalaman yang luas3. Telah memegang jawatan yang penting sebagai

    anggota perkhidmatan Kehakiman atau Undang-undang Persekutuan atau Negeri, atau seorangpeguam.

    4. Rekod dan akhlak yang baik5. Dipandang tinggi oleh masyarakat.

    20

  • 12/3/2011

    21

    Adab dan Etika Hakim Boleh dibahagikan kepada dua:1. Kod Etika di luar mahkamah2. Kod Etika dalam Mahkamah

    21

  • 12/3/2011

    22

    ANTARA KOD ETIKA DI LUAR MAHKAMAHANTARA KOD ETIKA DI LUAR MAHKAMAH menghindari diri daripada;1) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin

    menyebabkan syak munasabah bahawa dia telah membiarkan kepentingan persendiriannyabercanggah dengan tugas kehakimannya hinggamenjejaskan kedudukannya sebagai seorang Hakim Syarie;atau

    dia telah menggunakan kedudukan kehakimannya bagifaedahnya sendiri;

    22

  • 12/3/2011

    23

    Sambungan 2) berkelakuan dengan cara tidak jujur atau dengan sedemikian

    cara hingga memburukkan atau boleh memburukkan ataumencemarkan nama Mahkamah Syariah; membelakangkan tugas kehakimannya demi kepentinganpersendiriannya;

    bergaul bebas dengan orang ramai dengan cara yang bolehmenimbulkan syak tentang keupayaannya untuk berlakuadil dalam tugas kehakiman;

    menerima apa-apa hadiah, apabila hadiah tersebutdengan apa-apa cara berkaitan dengan pelaksanaan tugaskehakimannya:

    23

  • 12/3/2011

    24

    Sambungan mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja bagimana-mana institusi, syarikat, firma atau individu tanpadiberi keizinan atau kebenaran yang nyata oleh KetuaHakim Syarie;

    memberi pendapat mengenai sesuatu perkara ataukeadaan yang ianya sedang dibicarakan atauberkemungkinan akan menjadi suatu isu dalam mana-mana perbicaraan di hadapannya, kerana pendapatnya ituboleh kemudiannya digunakan oleh sesuatu pihak untukmenyokong hujahnya;

    24

  • 12/3/2011

    25

    Sambungan 3) meminjam wang daripada mana-mana orang atau menjadi

    penjamin kepada mana-mana peminjam, atau dengan apa-apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasikewangan kepada mana-mana orang yang secara langsungatau tidak langsung tertakluk kepada kuasa kehakimannya;atau yang dengannya dia ada atau mungkin ada urusan rasmi ; mengambil bahagian dalam aktiviti parti politik.

    25

  • 12/3/2011

    26

    Kod Etika dalam Mahkamah1) melaksanakan keadilan sebagaimana yang dikehendaki oleh

    Hukum Syarak;2) menjalankan tugas mengikut hukum Syarak dan memberi

    penghakimannya berdasarkan undang-undang berkaitan;3) tidak mendengar sesuatu kes apabila dia berkeadaan tidak

    tenang seumpama dia berkeadaan marah, lapar, haus,mengantuk, letih dan tidak sihat;.

    4) tidak boleh meninggalkan Mahkamahnya pada waktupejabat tanpa alasan yang munasabah atau tanpa terlebihdahulu mendapat keizinan daripada Ketua Hakim Syarie;

    5) memberi penghakimannya apabila dia berkeadaan tenang;26

  • 12/3/2011

    27

    Sambungan 6) tidak membicarakan apa-apa kes di mana pihak yang terlibat

    itu ialah musuhnya atau orang lain yang berkemungkinanakan mempengaruhi tugas kehakimannya sebagai seorangHakim Syarie;

    7) bertindak tegas dan adil dan tidak dipengaruhi oleh keadaanatau orang yang hadir di hadapannya;

    8) bersifat terbuka dan sabar semasa mendengar keterangandan hujah-hujah dari pihak-pihak.;

    9) memastikan prosiding di Mahkamah dijalankan denganteratur menurut peraturan Mahkamah dan mengawalkeadaan supaya perbicaraan itu dapat berjalan denganlancar;

    27

  • 12/3/2011

    28

    Sambungan 10)menggalakkan pihak-pihak menyelesaikan

    pertelingkahan mereka dan mencapai persetujuansecara sulh dalam kes-kes mal di mana-manaperingkat sebelum dia memberi penghakiman;

    11)memuliakan saksi-saksi;12)memberi layanan sama rata kepada pihak-pihak dan

    peguam-peguam;13)mengadakan perbicaraan dalam Mahkamah terbuka

    kecuali dalam keadaan khas yang dibenarkan olehundang-undang;

    28

  • 12/3/2011

    29

    ADAB & SIFAT HAKIMADAB & SIFAT HAKIM1. Ketika menjatuhkan hukuman, hakim

    hendaklah tidak berada dalam keadaan marah,keluh-kesah, bosan dan bersikap berat sebelah

    2. Ketika berada dalam mahkamah, hakimhendaklah menjaga pandangannya, banyakberdiam serta mengehadkan percakapannya

    3. Tidak boleh menerima hadiah, rasuah, danpemberian yang meragukan.

    4. Sentiasa menjaga kehormatan dan maruahnya.5. Bersifat adil sepanjang masa.

    29

  • 12/3/2011

    30

    6.Hendaklah menghukum dalam keadaantenang, tidak terpengaruh dengan orangsekeliling, memberi layanan yang samakepada semua pihak, tidak memanjangkanperbicaraan tanpa sebab, berhati-hatidengan pihak yang terlibat, memuliakansaksi, dan tidak mengadili kaum kerabat.

    7.Perlu menampilkan imej yang mempunyaikehebatan, kemuliaan dan dihormati.

    30

  • 12/3/2011

    31

    PROSES PERBICARAAN DI MAHKAMAH:PROSES PERBICARAAN DI MAHKAMAH: Sesuatu perbicaraan akan melalui tigaperingkat asas, iaitu;

    1. dakwaan atau tuntutan2. kaedah-kaedah bagi mensabitkan dakwaan3. keputusan penghakiman

    31

  • 12/3/2011

    32

    PROSES PERBICARAAN DI MAHKAMAH:PROSES PERBICARAAN DI MAHKAMAH:

    KEPUTUSAN PENGHAKIMAN

    KAEDAH-KAEDAH BAGI MENSABITKAN DAKWAAN

    DAKWAAN ATAU TUNTUTAN

    32

  • 12/3/2011

    33

    PERINGKAT PERTAMA PERBICARAAN:PERINGKAT PERTAMA PERBICARAAN:DAKWAAN ATAU TUNTUTANDAKWAAN ATAU TUNTUTAN

    Dakwaan ialah pemberitahuan tentang sesuatu hakkepunyaan seseorang yang ada pada seorang yang lain yangdilakukan di hadapan hakim.

    Dakwaan bertujuan untuk menuntut hak atau kepentinganterhadap pihak lain dalam perkara-perkara yang dipertikaikan,atau untuk mempertahankannya .

    Sesuatu dakwaan mestilah mempunyai unsur-unsur berikut:1) Orang yang mendakwa atau menuntut2) Orang yang didakwa atau dituntut3) Hak yang dituntut4) Pernyataan dakwaan atau tuntutan

    33

  • 12/3/2011

    34

    PERINGKAT KEDUA PERBICARAAN:KAEDAH-KAEDAH BAGI MENSABITKAN DAKWAAN

    Merangkumi empat kaedah;1. Kesaksian (syahadah) dan Keterangan

    (bayyinah)2. Pengakuan (iqrar)3. Sumpah (yamin) pihak tertuduh4. Fakta Berkaitan (qarain) contohnya DNA

    34

  • 12/3/2011

    35

    KAEDAHKAEDAH--KAEDAH BAGI MENSABITKAN DAKWAANKAEDAH BAGI MENSABITKAN DAKWAAN

    35

    1) KESAKSIAN(SYAHADAH) DANKETERANGAN(BAYYINAH)

    2) PENGAKUAN (IQRAR)

    3) SUMPAH (YAMIN)

    4) FAKTA-FAKTABERKAITAN (QARAIN)

  • 12/3/2011

    36

    BENTUK-BENTUK KETERANGAN dalammensabitkan dakwaan

    Secara umumnya bentuk-bentuk keteranganterbahagi kepada dua,

    1) Keterangan yang disepakati, iaitu kesaksian,pengakuan, dan sumpah

    2) Keterangan yang tidak disepakati sepertifakta berkaitan, pendapat pakar,pengetahuan hakim, catatan dan lain-lain.

    36

  • 12/3/2011

    37

    KAEDAH 1: KESAKSIAN (SYAHADAH)

    1) Kesaksian ialah pemberitahuan yang bersifat benar,diberi atas keyakinan yang pasti, bukan sangkaan;

    2) Menggunakan lafaz kesaksian atau aku bersaksi;3) Diberikan bagi kepentingan orang lain ke atas orang

    lain dan bukan bagi kepentingan orang yangmemberikan kesaksian tersebut;

    4) Bertujuan untuk mensabitkan sesuatu hak ataukepentingan, sama ada hak Allah atau hak selaindaripada-Nya.

    37

  • 12/3/2011

    38

    PERKATAAN KETERANGAN TERMASUKLAH:PERKATAAN KETERANGAN TERMASUKLAH:

    1) bayyinah dan syahadah;2) segala pernyataan yang dibenarkan atau

    dikehendaki oleh Mahkamah dibuat dihadapannya oleh saksi berhubungan denganperkara-perkara fakta yang disiasat:(keterangan lisan);

    3) segala dokumen yang dikemukakan bagipemeriksaan Mahkamah: dokumensedemikian disebut keterangan dokumentar.

    38

  • 12/3/2011

    39

    KAEDAHKAEDAH 22: PENGAKUAN (: PENGAKUAN (iqrariqrar))dalam mensabitkan dakwaan

    Pengakuan (iqrar) ialah suatu pengakuan yang dibuat olehseseorang, secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat,menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggunganterhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak.

    Sesuatu pengakuan boleh dibuat sama ada di dalamMahkamah (di hadapan Hakim) atau di luar Mahkamah (dihadapan dua orang saksi lelaki yang aqil, baligh dan adil)(Seksyen 17, AKMSWP).

    Pengakuan diterima dengan syarat orang yang melakukanpengakuan itu berakal dan baligh, melakukannya secarasukarela dan tidak dihalang oleh mana-mana undang-undangbertulis untuk mentadbirkan hartanya (Seksyen 18, AKMSWP).

    39

  • 12/3/2011

    40

    KAEDAHKAEDAH 33: SUMPAH (: SUMPAH (YAMINYAMIN):):dalam mensabitkan dakwaan

    Sumpah (yamin) adalah cara untuk menyatakan sesuatuperkara yang mungkin berlaku atau mungkin tidak berlakudengan cara yang bersungguh-sungguh dengan nama Allahatau sifat-sifat-Nya

    Sumpah dikenakan ke atas pihak yang kena dakwa sama adaIslam atau tidak, adil atau fasik, lelaki atau perempuan sebagaimenafikan dakwaan ke atas mereka

    bersandarkan hadis yang bermaksud Keterangan itu ke ataspihak yang mendakwa (menuntut), sementara sumpah itu keatas yang ingkar.

    40

  • 12/3/2011

    41

    DUA JENIS SUMPAHDUA JENIS SUMPAHDIAMALKAN DI MAHKAMAH SYARIAHDIAMALKAN DI MAHKAMAH SYARIAH

    1) Sumpah oleh pihak yang kena tuntut:konsep sumpah yang asal seperti dinyatakandalam hadis. Pihak kena tuntut diminta untukbersumpah bagi menafikan perkara yangdituntut apabila pihak penuntut gagalmengemukakan bukti yang mencukupi.

    2) Sumpah oleh penuntut:Antara kategori ini yang terpenting ialah apayang dipanggil yamin jalibah, iaitu sumpah yangbertujuan mensabitkan tuntutan.

    41

  • 12/3/2011

    42

    KAEDAHKAEDAH 44: FAKTA BERKAITAN: FAKTA BERKAITANdalam mensabitkan dakwaan

    Menurut Zaydan, fakta berkaitan (qarinah atau relevant fact)bermaksud suatu fakta yang menjadi petunjuk tentang adanyaatau tiadanya sesuatu.

    Hubungan antara fakta persoalan dan fakta berkaitan perlusampai kepada peringkat mampu melahirkan kesimpulantentang kemungkinan wujud atau tidaknya fakta persoalantersebut.

    Contoh fakta berkaitan yang mudah difahami ialah seorangperempuan yang mengandung luar nikah merupakan faktayang berkaitan kepada perbuatan zina (fakta persoalan).

    42

  • 12/3/2011

    43

    PERINGKAT KETIGA PERBICARAAN:PERINGKAT KETIGA PERBICARAAN:KEPUTUSAN PENGHAKIMANKEPUTUSAN PENGHAKIMAN

    berasaskan bukti dan keterangan yang dikemukakan dihadapan hakim.

    Ciri-ciri keputusan penghakiman dalam perundangan Islam:1) Hendaklah diputuskan dengan kadar yang segera setelah

    jelasnya bukti di hadapan hakim, melainkan dalam hal-halyang meragukan

    2) Diputuskan di hadapan pihak-pihak yang bertikai, melainkanterdapat keperluan mendesak untuk berbuat sebaliknya

    3) Dinyatakan dalam penghakiman alasan-alasanpenghakiman

    4) Keputusan penghakiman hendaklah ditulis untuk tujuanrekod mahkamah dan satu salinan diserahkan kepada pihakyang diberi penghukuman. 43

  • 12/3/2011

    44

    KehakimanKehakiman IslamIslam didi MalaysiaMalaysia1) Sebelum zaman penjajah Sistem kehakiman dan mahkamah di Melaka

    dan juga di negeri-negeri lain ketika ituadalah berasaskan undang-undang Islam dimana pengadilan dijalankan oleh satu bentukmahkamah sahaja, iaitu yang dikenali sebagaiMahkamah Balai.

    44

  • 12/3/2011

    45

    SambunganSambungan2) Zaman penjajah Mahkamah dibahagi kepada Mahkamah Syariah

    yang diketuai oleh kadi dan Mahkamah Adat yangdiketuai oleh hakim.

    Berdasarkan Ordinan Mahkamah 1948, MahkamahSyariah dimasukkan ke dalam struktur mahkamahperingkat nasional bersama-sama denganMahkamah Penghulu.

    Selepas diganti dengan Akta Mahkamah Rendah1948, Mahkamah Syariah telah diturunkanstatusnya daripada mahkamah persekutuan kepadamahkamah negeri. 45

  • 12/3/2011

    46

    Sambungan 3) Selepas kemerdekaan pada 1957, kedudukan

    Mahkamah Syariah adalah sama sepertitahun 1948, iaitu sebagai mahkamah negeriseperti diperuntukkan dalam JadualKesembilan, Senarai 2, PerlembagaanPersekutuan.

    Walau bagaimanapun, sehingga kini banyakpenambahbaikan dilakukan untukmeningkatkan kedudukan mahkamahsyariah.

    46

  • 12/3/2011

    47

    Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Akibat pengaruh penjajah British, institusi kehakiman

    di negara kita dibahagikan kepada dua, iaitu MahkamahAwam dan Mahkamah Syariah.

    Bidang kuasa Mahkamah Awam adalah terletak di bawahKerajaan Persekutuan, manakala bidang kuasaMahkamah Syariah terletak di bawah Kerajaan Negeri.

    Undang-undang Islam yang dimaksudkan dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah hanyalah berkaitan denganundang-undang diri (personal law) dan hanya berjalankuatkuasanya ke atas orang Islam sahaja.

    47

  • 12/3/2011

    48

    STRUKTUR MAHKAMAH SYARIAH Dari segi strukturnya, Mahkamah Syariah mempunyai tiga

    peringkat mahkamah, iaitu mahkamah rayuan, mahkamahtinggi, dan mahkamah rendah.

    Pentadbiran kehakiman syariah pula diketuai oleh KetuaHakim Syarie yang dilantik oleh Sultan dengan nasihatMenteri Besar atau Ketua Menteri negeri masing-masing.

    Di bawah Ketua Hakim Syarie ialah hakim-hakim di mahkamahrayuan, mahkamah tinggi, dan mahkamah rendah, KetuaPendaftar, Pendaftar dan juga Penolong-penolong Pendaftar.

    48

  • 12/3/2011

    49

    MAHKAMAHRAYUAN MAHKAMAHTINGGI MAHKAMAHRENDAH

    49

    STRUKTUR MAHKAMAH SYARIAH

  • 12/3/2011

    50

    MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIAMAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIASistem Mahkamah di Malaysia terbahagi kepada :1. Mahkamah Sivil yang merangkumi:

    1. Mahkamah Persekutuan2. Mahkamah Rayuan3. Mahkamah Tinggi4. Mahkamah Rendah

    2. Mahkamah Syariah yang meliputi:1. Mahkamah Rayuan2. Mahkamah Tinggi3. Mahkamah Rendah

    3. Mahkamah Adat50

  • 12/3/2011

    51

    51

    MAHKAMAHMAHKAMAHSYARIAH DISYARIAH DIMALAYSIAMALAYSIA

    Mahkamah Sivil

    MahkamahPersekutuan

    MahkamahRayuan

    MahkamahTinggi

    MahkamahRendah

    MahkamahSyariah

    MahkamahRayuan

    MahkamahTinggi

    MahkamahRendah

    MahkamahAdat

  • 12/3/2011

    52

    BIDANG KUASA & KEDUDUKANBIDANG KUASA & KEDUDUKANMAHKAMAH SYARIAHMAHKAMAH SYARIAH

    Undang Pentadbiran Agama Islam di Malaysia adalahwarisan undang-undang penjajah yang sengajamenyempitkan peranan perundangan Islam.

    Akibatnya, terdapat dua sistem, iaitu MahkamahSivil dan Mahkamah Syariah.

    Mahkamah Syariah terletak di bawah kuasaperundangan negeri, iaitu

    1.Mahkamah Rayuan Syariah2.Mahkamah Tinggi Syariah3.Mahkamah Rendah Syariah

    52

  • 12/3/2011

    53

    BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAHBIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH

    1. Kesalahan matrimoni2. Kesalahan berhubung dengan seks3. Minuman keras4. Tidak solat Jumaat, zakat dan tidak

    berpuasa5. Murtad6. Pengambilan anak angkat

    53

  • 12/3/2011

    54

    sambungan2. Sivil

    1. Pertunangan, nikah, cerai sertamembatalkan nikah

    2. Memberi harta benda dan tuntutanatas harta seperti hadanah, hartasepencarian, wakaf, hibah, dan nazar.

    54

  • 12/3/2011

    55

    KATEGORI KESALAHAN JENAYAH SYARIAHKATEGORI KESALAHAN JENAYAH SYARIAH1)Kesalahan yang berhubung dengan akidah sepertipemujaan salah, mendakwa sebagai bukan orangIslam untuk mengelak tindakan dan doktrin palsu.

    2)Kesalahan berkaitan dengan kesucian agama Islamseperti mempersendakan Islam, ayat-ayat al-Quranatau Hadis, berjudi, minum minuman memabukkandan tidak menghormati Ramadhan.

    3)Kesalahan-kesalahan berhubung kesusilaan sepertipersetubuhan luar nikah, pelacuran dan khalwat.

    55

  • 12/3/2011

    56

    SambunganSambungan4) Kesalahan-kesalahan matrimonial seperti

    menganiayai isteri, nusyuz, dan poligami tanpakebenaran mahkamah

    5) Kesalahan pelbagai, antaranya memujuk lariperempuan bersuami, menjual atau membeli anakkepada orang bukan Islam, qazaf (tuduhan zina),memungut zakat atau fitrah tanpa diberi kuasa danpenyalahgunaan tanda halal.

    6) Kesalahan-kesalahan penyubahatan dan percubaan.

    56

  • 12/3/2011

    57

    Implikasi Pengabaian TerhadapUsaha Penambahbaikan

    1) Mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuahnegara Islam yang memiliki institusi kehakimanIslam.

    2) Masyarakat semakin keliru dan jahil tentangperanan institusi kehakiman Islam malahmemandang rendah terhadap statusmahkamah dan hakimnya.

    3) Campurtangan Mahkamah Sivil dalam kes yangberada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

    57

  • 12/3/2011

    58

    LATIHAN1) Apakah matlamat utama kewujudan sistem kehakiman dalam

    Islam?2) Huraikan konsep kehakiman dari perspektif Islam dan

    perkara-perkara asasi dalam kehakiman itu sendiri?3) Apakah pembaharuan dalam sistem kehakiman negara Islam

    yang telah dilakukan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab?4) Huraikan perbezaan antara perlantikan hakim yang

    ditetapkan oleh Islam dengan undang-undang yang adasekarang?

    5) Pada pandangan anda, apa perlunya Islam menetapkan adabatau etika bagi seseorang hakim?

    58

  • 12/3/2011

    59

    Sambungan 6) Apakah perkara-perkara asas yang diperlukan dalam proses

    perbicaraan?7) Bayyinah itu ke atas pihak yang mendakwa (menuntut),

    sementara sumpah itu ke atas yang ingkar Huraikankenyataan ini.

    8) Sistem kehakiman di Malaysia sebelum kedatangan penjajahBritish adalah berteraskan undang-undang Islam Huraikankenyataan ini.

    9) Pada pandangan anda, adakah bidang kuasa yang diberikankepada Mahkamah Syariah pada masa sekarang adalah wajardan memadai? Mengapa?

    59