mohammad farhan lockman (mardec-yala) edited_0.pdf · audit terhadap operasi makmal dan ......

10
Artikel disumbangkan oleh: Mohammad Farhan Lockman • Azira Ahmad • Mohd Helmi Mohd Kassim Md Sodiqin Md Salleh • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin Pada 15 Mei 2017, satu majlis penghargaaan kepada kakitangan dan para pekerja Mardec-Yala Co. Ltd telah diadakan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Senior Corporate Advisor, Dato’ Mohd Emir Mavani Abdullah, Head of Midstream, Encik Zamhari Yusoff, Head of Downstream Encik Ong Chin Kiat dan Technical Advisor (Engineering), Encik Teoh Ee Seng. Majlis tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada kakitangan dan pekerja Mardec-Yala di atas pencapaian yang baik di bawah pimpinan General Manager, Encik Yusniee Baharin. Peningkatan prestasi pada tahun 2016 di atas hasil usaha para pekerja. Majilis tersebut telah dimeriahkan dengan seramai 12 orang kakitangan dan 95 pekerja Mardec- Yala. Edisi Mei 2017 Gambar 1: Pembukaan dan pengenalan majlis Gambar 2: Pekerja Mardec-Yala yang hadir memeriahkan majlis. • Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala)

Upload: hoangtruc

Post on 17-Feb-2018

311 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala) edited_0.pdf · audit terhadap operasi makmal dan ... menegaskan penggunaan senarai semak audit iaitu VDA 6.3 yang ... dipindahkan secara terus

Artikel disumbangkan oleh:

Mohammad Farhan Lockman • Azira Ahmad • Mohd Helmi Mohd Kassim

Md Sodiqin Md Salleh • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin

Pada 15 Mei 2017, satu majlis

penghargaaan kepada kakitangan dan

para pekerja Mardec-Yala Co. Ltd telah

diadakan. Majlis tersebut telah dihadiri

oleh Senior Corporate Advisor, Dato’

Mohd Emir Mavani Abdullah, Head of

Midstream, Encik Zamhari Yusoff,

Head of Downstream Encik Ong Chin

Kiat dan Technical Advisor

(Engineering), Encik Teoh Ee Seng.

Majlis tersebut diadakan sebagai

penghargaan kepada kakitangan dan

pekerja Mardec-Yala di atas

pencapaian yang baik di bawah

pimpinan General Manager, Encik

Yusniee Baharin. Peningkatan prestasi

pada tahun 2016 di atas hasil usaha

para pekerja. Majilis tersebut telah

dimeriahkan dengan seramai 12 orang

kakitangan dan 95 pekerja Mardec-

Yala.

Edisi Mei 2017

Gambar 1: Pembukaan dan pengenalan majlis

Gambar 2: Pekerja Mardec-Yala yang hadir

memeriahkan majlis.

• Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala)

Page 2: Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala) edited_0.pdf · audit terhadap operasi makmal dan ... menegaskan penggunaan senarai semak audit iaitu VDA 6.3 yang ... dipindahkan secara terus

Mukasurat 2 dari 10

Majlis ini dimulakan dengan bacaan

doa oleh Saudara Ahmad. Selesai

bacaan doa, Head of Midstream; Encik

Zamhari Yusoff memberi sepatah dua

kata. Seterusnya, Senior Corporate

Advisor; Dato’ Mohd Emir Mavani

Abdullah memberi ucapan serta

merasmikan majlis ini.

Upacara diteruskan dengan

penyampaian hadiah. Seramai 12

orang ketua bahagian telah mewakili

bahagian masing-masing menerima

penghargaan daripada Mardec Berhad

di atas pencapaian mereka pada tahun

2016.

Setelah selesai majlis penyampaian

hadiah, semua rombongan dari Ibu

Pejabat Mardec dibawa mengelilingi

kilang dan diberi penerangan umum

tentang operasi kilang Mardec-Yala.

Gambar 3: Pemberian cenderahati daripada

Dato' Mohd Emir Mavani Abdullah kepada

Encik Ramjan Tufol.

Gambar 4: Penerangan tentang operasi kilang

oleh Encik Ameen Bosu

Gambar 5: Penjelasan mengenai operasi

kilang oleh Encik Yusniee Baharin.

Gambar 6: Pekerja-pekerja MARDEC-Yala

bergambar kenangan bersama pihak

pengurusan MARDEC

Page 3: Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala) edited_0.pdf · audit terhadap operasi makmal dan ... menegaskan penggunaan senarai semak audit iaitu VDA 6.3 yang ... dipindahkan secara terus

Mukasurat 3 dari 10

Pada 25 Mei 2017, wakil dari syarikat

Pirelli iaitu Encik Allan Lim telah datang

ke MPSB Mentakab untuk melakukan

audit terhadap operasi makmal dan

juga pemprosesan getah “Standard

Malaysia Rubber” (SMR).

Tujuan audit dilakukan adalah untuk

memastikan MPSB Mentakab

mencapai spesifikasi dan

menghasilkan produk berkualiti tinggi

seperti yang diperlukan oleh pihak

Pirelli, bebas dari sebarang

pencemaran.

Bagi pihak Pirelli, Encik Allan Lim

menegaskan penggunaan senarai

semak audit iaitu VDA 6.3 yang

digunapakai oleh “German Automotive

Standard”. Fokus utama audit

melibatkan pengurusan pembekal,

proses analisis dan pengeluaran dan

juga sokongan pelanggan terhadap

produk yang dihasilkan.

Gambar 7: Sesi penerangan operasi MPSB

Mentakab oleh Encik Yazid Yusop

Gambar 8: Encik Allan Lim dibawa melihat

pemprosesan di bahagian “Feeding Station”

Gambar 9: Encik Allan melawat

kawasan sekitar MPSB Mentakab

• Azira Ahmad (Ibu Pejabat)

Page 4: Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala) edited_0.pdf · audit terhadap operasi makmal dan ... menegaskan penggunaan senarai semak audit iaitu VDA 6.3 yang ... dipindahkan secara terus

Mukasurat 4 dari 10

Gambar 11: Kakitangan MARDEC

mendengar penjelasan daripada

Encik Allan Lim

Gambar 12: Penerangan keputusan

ujian makmal oleh Encik Marzwan

Proses audit yang dilakukan ini turut

merangkumi lawatan ke Makmal

Mentakab bagi melihat proses ujian

dijalankan termasuk pemeriksaan

umum peralatan makmal dan

keputusan ujian.

Gambar 10: Encik Allan Lim dibawa melihat

pemprosesan di bahagian “Baling” dan

“Packaging”

Page 5: Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala) edited_0.pdf · audit terhadap operasi makmal dan ... menegaskan penggunaan senarai semak audit iaitu VDA 6.3 yang ... dipindahkan secara terus

Mukasurat 5 dari 10

Gambar 13: Peserta yang hadir terdiri

daripada MPSB Mentakab, Ibu Pejabat dan

Dr. Zaid Isa

Gambar 14: Sesi latihan dan pengenalan

peralatan oleh Cik Suhaila

Pada 16 Mei 2017, wakil dari syarikat

Arachem (M) Sdn. Bhd. iaitu Cik

Suhaila telah menjalankan latihan

pengenalan bagi alat DR 900 dan DRB

200 di MPSB Mentakab. Kedua-dua

alat tersebut adalah alat untuk

mengukur tahap AN (ammoniacal

nitrogen), TN (total nitrogen), dan

COD (chemical oxygen demand) di

dalam air efluen.

Latihan pengenalan fungsi peralatan

tersebut dihadiri oleh 10 orang pekerja

MPSB Mentakab, ibu pejabat dan juga

Dr Zaid Isa, Penasihat Alam Sekitar

bagi pihak MARDEC.

Pengenalan peralatan DR 900 dan DRB

200 bertujuan bagi menjelaskan fungsi

dan kaedah penggunaan kedua-dua

alat tersebut. Dengan adanya

peralatan ini, pihak makmal boleh

menjalankan pemantauan dalaman

bagi parameter AN dan TN.

• Muhammad Hamizan Abu Hassan (Ibu Pejabat)

Page 6: Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala) edited_0.pdf · audit terhadap operasi makmal dan ... menegaskan penggunaan senarai semak audit iaitu VDA 6.3 yang ... dipindahkan secara terus

Mukasurat 6 dari 10

Gambar 16: Alat DR 900

Gambar 15: Alat DRB 200

Gambar 17: Petugas makmal

melakukan ujian Ammoniacal

Nitrogen (AN) dengan tunjuk ajar

oleh Cik Suhaila

Alat DRB 200 digunakan untuk

memanaskan dan mencernakan

sampel. Pemanasan dan pencernaan

sampel hanya melibatkan ujian bagi

parameter TN dan COD.

Alat DR 900 pula digunakan bagi

menjalankan ujian kolorimetri

(colorimetric). Ujian tersebut

melibatkan ketiga-tiga parameter, iaitu

AN, TN, dan COD. Bacaan daripada alat

tersebut dapat disimpan dan

dipindahkan secara terus ke komputer.

Page 7: Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala) edited_0.pdf · audit terhadap operasi makmal dan ... menegaskan penggunaan senarai semak audit iaitu VDA 6.3 yang ... dipindahkan secara terus

Mukasurat 7 dari 10

Bersempena bulan Ramadhan, satu

majlis gotong royong yang menjadi

tradisi telah diadakan di MARDEC-Yala

sebelum bermulanya bulan puasa.

Majlis tersebut diuruskan oleh para

pekerja sendiri bertujuan

mengeratkan silaturrahim. Menu

istimewa adalah Nasi Arab berserta

ayam goreng.

• Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala)

Page 8: Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala) edited_0.pdf · audit terhadap operasi makmal dan ... menegaskan penggunaan senarai semak audit iaitu VDA 6.3 yang ... dipindahkan secara terus

Mukasurat 8 dari 10

Gambar 18: Sumbangan kepada Masjid Paron

Gambar 19: Sumbangan kepada Masjid

Kampung Dusun

Gambar 20: Sumbangan kepada Masjid Yamek

Gambar 21: Sumbangan kepada Masjid

Kubang Badak

Gambar 22: Sumbangan kepada Masjid Chanrian

Aktiviti tersebut juga termasuk

pemberian sumbangan MARDEC-Yala

kepada surau-surau yang berdekatan

kawasan kilang yang menjadi amalan

setiap kali menjelang Ramadhan.

Diharap sumbangan tersebut sedikit

sebanyak membantu pihak surau

untuk persediaan menyambut

Ramadhan.

Page 9: Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala) edited_0.pdf · audit terhadap operasi makmal dan ... menegaskan penggunaan senarai semak audit iaitu VDA 6.3 yang ... dipindahkan secara terus

Mukasurat 9 dari 10

Pada 29hb Mei dan 30hb Mei 2017,

satu latihan kebakaran telah

dijalankan di MPSB Kuala Berang.

Latihan dijalankan dengan kerjasama

pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia (JBPM) daerah Kuala Berang.

Objektif Latihan: -

• Untuk melatih petugas-petugas

kebakaran yang dilantik

menjalankan tugas-tugas yang

diberikan dengan sempurna

dan mengikut prosedur

• Supaya dapat menguji

keupayaan bertindak serta

keberkesanan peralatan

kebombaan pada sesebuah

bangunan

Mengikut Akta Bomba 1988

Seksyen 5 (1) adalah menjadi

peranan Jabatan Perkhidmatan

BOMBA dalam mengambil langkah-

langkah :

a) Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.

b) Melindungi nyawa dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran.

c) Menentukan adanya jalan keluar

apabila berlaku sebarang

kebakaran, penyelenggaraan dan

pengawalseliaan yang sempurna

Gambar 24 : Penerangan tentang cara

penggunaan alat pemadam api

Gambar 23: Tempat berkumpul ketika kecemasan

Gambar 25: Latihan memadam kebakaran

• Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin (Ibu Pejabat)

Page 10: Mohammad Farhan Lockman (MARDEC-Yala) edited_0.pdf · audit terhadap operasi makmal dan ... menegaskan penggunaan senarai semak audit iaitu VDA 6.3 yang ... dipindahkan secara terus

Mukasurat 10 dari 10

Semua makmal di kilang Mardec telah

menyertai “31st Interlaboratory

Crosscheck” yang dianjurkan oleh

pihak Mech Chem Laboratory pada

bulan April 2017 yang lalu. Keputusan

daripada siri ujian tersebut telah

diedarkan oleh pihak penganjur pada

24 Mei 2017.

Keputusan ujian ini menunjukkan

terdapat beberapa makmal di kilang

Mardec memberi keputusan yang tidak

selari.

Sehubungan itu, unit Teknikal dan

Kualiti Produk menyarankan pihak

kilang untuk mengambil langkah-

langkah yang diperlukan bagi

memastikan semua makmal dalam

keadaan terbaik serta mampu

memberi keputusan ujian yang tepat

dan tidak meragukan.

Mentakab Rubber & Effluent Testing

Lab (MRETL) - 4th Parallel Testing with

Lembaga Getah Malaysia (LGM)

MRTEL telah menjalankan Siri Ujian Selari

yang ke-4 bersama pihak LGM pada 8 Jun

2017 yang lalu.

Siri ujian ini merupakan salah satu syarat

yang perlu dipenuhi bagi memastikan makmal

MRETL mendapat pengiktirafan dari LGM

untuk mengeluarkan Sijil Keputusan Ujian

(“COA”) tanpa melalui pihak ketiga. Siri ujian

ini dijangka akan tamat pada 22 Jun 2017 ini.

Gambar 27: Mooney Viscometer

Gambar 26: Wallace Plastimeter

• Md Sodiqin Md Salleh (Ibu Pejabat)