modul ulang kaji kertas 2 - soalan kertas 2 set 3

3
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU UNTUK PMR (SET 3) KERTAS 2 (02/2) 2013 TINGKATAN 3 DUA JAM Bahagian A(i) Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara masyarakat menghargai polis. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib bin Tun Razak telah mengumumkan bahawa indeks jenayah di Malaysia semakin menurun. Anggota polis menghadapi pelbagai cabaran ketika menjalankan tugas. Anggota polis terpaksa berpanas dan berhujan merentas kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak. Anggota polis terpaksa bekerja sehingga larut malam termasuklah ketika mengadakan sekatan jalan raya dan menempuh hutan belantara, sungai, dan sebagainya untuk mengesan dan menangkap penjenayah yang mendedahkan mereka terhadap pelbagai bahaya. Banyak cara yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menghargai jasa dan pengorbanan polis. Antaranya ialah masyarakat haruslah prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab polis. Orang ramai sewajarnya sentiasa memberikan perhatian dan bekerjasama memberikan sebarang maklumat yang diperlukan. Operasi yang dijalankan pihak polis sudah tentunya akan melibatkan pelbagai versi dan variasi siasatan yang terdedah kepada ancaman. Ahli masyarakat perlulah membantu polis melaporkan jenayah yang dilihat oleh mereka. Masyarakat juga harus melatih diri dan ahli keluarga tentang kepentingan aspek keselamatan. Komitmen polis menjaga keamanan membolehkan kita menjalankan tugas seharian dan membina kehidupan yang lebih baik. Idea yang bernas juga boleh kita salurkan kepada polis melalui pelbagai saluran seperti Rakan Cop sebagai inspirasi kepada warga polis untuk bekerja dengan integriti yang tinggi. Sikap hormat menghormati dan menghargai warga keselamatan seperti polis perlulah menjadi amalan masyarakat bagi menjunjung visi dan misi negara iaitu Sifar Jenayah. Masyarakat turut berperanan menghayati jasa dan pengorbanan polis yang sering dipaparkan di kaca televisyen berdasarkan pengalaman realiti yang ditempuhi. Banyak drama dan filem bercorak kepolisan diharap dapat menyedarkan masyarakat agar lebih menghormati pasukan polis yang setia mempertahankan keselamatan negara. Masyarakat haruslah menjaga perlakuan dan peka dengan keadaan persekitaran mereka terhadap sebarang bentuk jenayah yang berlaku agar dapat membantu mengurangkan bebanan pihak polis. Persepsi negatif ahli masyarakat terhadap polis haruslah dikikis agar rakyat dapat menjalinkan hubungan yang mesra terhadap warga polis dan negara bebas dan selamat daripada jenayah. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Indeks Jenayah Menurun, Anggota Laksana Tugas Penuh Dedikasi”, Dr. Rusinah Siron, Utusan Malaysia, April 2012)

Upload: jeff-jj

Post on 30-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

revision BM

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Ulang Kaji Kertas 2 - Soalan Kertas 2 Set 3

MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU UNTUK PMR (SET 3) KERTAS 2 (02/2) 2013

TINGKATAN 3 DUA JAM

Bahagian A(i) – Ringkasan

[20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara masyarakat menghargai polis. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib bin Tun Razak telah mengumumkan bahawa indeks jenayah di Malaysia semakin menurun. Anggota polis menghadapi pelbagai cabaran ketika menjalankan tugas. Anggota polis terpaksa berpanas dan berhujan merentas kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak. Anggota polis terpaksa bekerja sehingga larut malam termasuklah ketika mengadakan sekatan jalan raya dan menempuh hutan belantara, sungai, dan sebagainya untuk mengesan dan menangkap penjenayah yang mendedahkan mereka terhadap pelbagai bahaya. Banyak cara yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menghargai jasa dan pengorbanan polis. Antaranya ialah masyarakat haruslah prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab polis. Orang ramai sewajarnya sentiasa memberikan perhatian dan bekerjasama memberikan sebarang maklumat yang diperlukan. Operasi yang dijalankan pihak polis sudah tentunya akan melibatkan pelbagai versi dan variasi siasatan yang terdedah kepada ancaman. Ahli masyarakat perlulah membantu polis melaporkan jenayah yang dilihat oleh mereka. Masyarakat juga harus melatih diri dan ahli keluarga tentang kepentingan aspek keselamatan. Komitmen polis menjaga keamanan membolehkan kita menjalankan tugas seharian dan membina kehidupan yang lebih baik. Idea yang bernas juga boleh kita salurkan kepada polis melalui pelbagai saluran seperti Rakan Cop sebagai inspirasi kepada warga polis untuk bekerja dengan integriti yang tinggi.

Sikap hormat menghormati dan menghargai warga keselamatan seperti polis perlulah menjadi amalan masyarakat bagi menjunjung visi dan misi negara iaitu Sifar Jenayah. Masyarakat turut berperanan menghayati jasa dan pengorbanan polis yang sering dipaparkan di kaca televisyen berdasarkan pengalaman realiti yang ditempuhi. Banyak drama dan filem bercorak kepolisan diharap dapat menyedarkan masyarakat agar lebih menghormati pasukan polis yang setia mempertahankan keselamatan negara.

Masyarakat haruslah menjaga perlakuan dan peka dengan keadaan persekitaran mereka terhadap sebarang bentuk jenayah yang berlaku agar dapat membantu mengurangkan bebanan pihak polis. Persepsi negatif ahli masyarakat terhadap polis haruslah dikikis agar rakyat dapat menjalinkan hubungan yang mesra terhadap warga polis dan negara bebas dan selamat daripada jenayah.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Indeks Jenayah

Menurun, Anggota Laksana Tugas Penuh Dedikasi”, Dr. Rusinah Siron, Utusan Malaysia, April 2012)

Page 2: Modul Ulang Kaji Kertas 2 - Soalan Kertas 2 Set 3

Bahagian A(ii) : Pemahaman

[10 markah]

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1) Berikan maksud rangkai kata persepsi negatif. [2 markah]

2) Berdasarkan petikan, nyatakan dua cabaran yang dihadapi oleh anggota polis ketika bertugas. [4 markah]

3) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kurang memberikan kerjasama kepada

pihak polis apabila berlaku sesuatu jenayah? [4 markah]

Bahagian B

[20 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan hidup berjiran. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Membantu Ketika Sakit Mengeratkan Silaturahim Menjamin Keselamatan

Page 3: Modul Ulang Kaji Kertas 2 - Soalan Kertas 2 Set 3

Bahagian C

[40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Pasar raya sering menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli keperluan harian.

Ceritakan pengalaman anda sepanjang mengunjungi pasar raya tersebut.

2. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. Jelaskan usaha-usaha yang sewajarnya dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan mulia tersebut.

3. Sahabat anda baru sahaja kehilangan ayahnya akibat kemalangan jalan raya. Anda mengambil keputusan menghantar surat untuk mengucapkan takziah anda dan bertanyakan khabarnya. Tulis surat tersebut selengkapnya.

4. Tabiat merokok sememangnya mengancam kesihatan dan boleh membawa maut. Huraikan kesan-kesan negatif tabiat merokok terhadap manusia.

5. Tulis sebuah cerita menarik yang diakhiri dengan ayat di bawah. “……… sejak kejadian itu Sabrina bertekad tidak mahu melarikan diri dari rumah lagi.”

Bahagian D

[10 markah]

Jawaban mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

Berdasarkan satu novel daripada novel di atas, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.

6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim