modul spm bahasa melayu

Upload: najmuddin-razak

Post on 21-Jul-2015

1.938 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

Dirumus khas untuk Anda

MODUL BELAJAR SPM: BAHASA MELAYU A+I. II. III. IV. V. VI. VII. FORMAT SPM TERKINI TIPS KARANGAN RANGSANGAN TIPS KARANGAN BAHAGIAN B(100 MARKAH) CONTOH KARANGAN BM A+ TIPS CARA MENCANTIKKAN LAGI KARANGAN CARA BINA AYAT KARANGAN POWER PERIBAHASA

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) FORMAT SOALAN BAHASA MELAYU SPM SEJAK TAHUN 2004

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

TIPS KARANGAN BAHAGIAN A (30 MARKAH)

BAGAIMANA MEMBINA PERENGGAN Karangan A - Bahan Rangsangan Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah kata tidak akan dibaca. Tuliskan jumlah perkataan yang betul. Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi jumlah 180. 30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting. Rujuk Karangan Respons Terbuka. Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang. Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa. Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.

Sumber: http://cikguliz.blogspot.com/search/label/SPM

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

PANDUAN MENJAWAB KARANGAN Karangan Bahagian A - Bahan Rangsangan

a. Karangan yang ditulis mestilah berasaskan tema bahan rangsangan yang diberikan. b. Bahan rangsangan boleh terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, iklan, graf, carta, poster dan sebagainya. c. Karangan yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan. Bahagian ini amat penting kerana mencerminkan isi yang ditulis seterusnya. d. Pendahuluan mesti membincangkan tema bahan rangsangan secara khusus dan mesti ditulis ringkas, padat serta ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah perkataan). e. Pelajar perlu menyatakan 3 isi yang relevan dengan tema dan mesti diolah dengan baik. f. Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (anggaran 70 patah perkataan setiap satu isi). g. Isi mesti disusun mengikut kepentingan dan disusun rapi. h. Kesimpulan mestilah ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah perkataan). Ia mestilah ringkas, padat dan dapat merumus tema yang dibincangkan.

Ciri-ciri Karangan Yang Baik a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan sebaik-baiknya isi tersirat. Perenggan mesti kemas dan sesuai. Satu perenggan, satu isi dengan huraian isi serta contoh. Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang sebelumnya. Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami. Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan. Gunakan peribahasa, cogan kata atau ungkapan yang menarik. Gunakan penanda wacana yang sesuai. Isi diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan. Mesti mengelakkan penggunaan bahasa pasar. Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.

Kriteria Pembahagian Markah a. Kefahaman dan kebolehan pelajar memahami tema bahan rangsangan yang diberikan sama ada relevan atau tidak. b. Keupayaan pelajar mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi dan setiap isi haruslah disertakan dengan huraian lanjut dan contoh yang sesuai.

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) c. Setiap isi, fakta dan contoh yang dikemukakan harus juga sesuai dengan keadaan semasa dan mempunyai kematangan fikiran. d. Aspek bahasa pelajar pula akan dinilai dari segi penulisan yang lancar dan kemas, tiada kesalahan tatabahasa yang berat, perenggan yang betul dan kemas, menggunakan tanda bacaan dan huruf besar yang tepat. Aspek-aspek Yang Dinilai a. Karangan menepati tema bahan rangsangan. b. Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi dikembangkan. c. Ejaan dan struktur ayat. d. Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat. e. Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan. f. Pendahuluan atau pengenalan. g. Penutup atau kesimpulan karangan. h. Tulisan yang jelas. i. Pemerengganan. j. Kesantunan bahasa.

Kelemahan Calon a. Pengenalan tidak menarik. b. Isi tidak menepati tema. c. Isi tidak dihuraikan. d. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok. e. Perenggan tidak disusun dengan sempurna. f. Banyak kesalahan ejaan. g. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) h. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang. i. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad. j. Isi yang diulang-ulang. k. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja. l. Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada

Sumber: http://www.cemerlangbm.com/spm_kertas1_a_ulasan.html TIPS KARANGAN BAHAGIAN B (100 MARKAH)

KEMAHIRAN MENULIS ( KM ) Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan membaca. Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran. OBJEKTIF KM TINGKATAN 4 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii) OBJEKTIF KM TINGKATAN 5 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas. Ceraian (viii) JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF Syarahan Ceramah/Ucapan Perbahasan Rencana Laporan

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) Wawancara/Dialog Perbincangan Surat Surat Tidak Rasmi Berita Penerangan Fakta Komentar Minit Mesyuarat Ulasan/Kritikan JENIS KARANGAN KREATIF Cerpen Skrip Drama Sketsa Cerita berdasarkan peribahasa BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 ) EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN 1.Bahasa yang gramatis Tatabahasa Dewan Daftar Ejaan Rumi Kamus Dewan terkini 2.Laras yang tepat Variasi bahasa Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan 3.Pertautan idea Perhubungan yang erat ( kohesi ) Kejelekitan Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren ) 4.Wacana yang kemas Sebuah karangan yang lengkap Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN TIGA PILIHAN PERENGGAN : Perenggan Deduktif - ayat topik diikuti oleh ayat huraian Perenggan Induktif - ayat huraian diikuti oleh ayat topik Perenggan Deduktif-Induktif - ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

SOALAN CONTOH Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini. FOKUS SOALAN Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi). RANGKA KESELURUHAN Pendahuluan Ayat Rangsangan Ayat Fokus Ayat Arah Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga Penutup Pendirian, pandangan, harapan JENIS-JENIS PENDAHULUAN PENGEMBANGAN ISI Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya. FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb AT ( Ayat Topik ) Isi utama AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa ( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I) AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan 1I ( SEKIRANYA ) Merujuk kepada KBKK - Kaitan atau perhubungan - Membanding atau membeza - Meramal - pb merujuk kepada peribahasa

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) CONTOH APLIKASI RUMUS Menabung (AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza. (AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?) (AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai. ( Mengapa? ) (AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?) (AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?) (AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung. ( Siapa ? ) (AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya ) (AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? ) (AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa) CONTOH APLIKASI RUMUS Merancang perbelanjaan (AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya. (AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? ) (AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? ) (AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) (AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?) (AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. ( Sekiranya ) (AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga. (AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH : ISI CUKUP DAN BERKEMBANG SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI PERENGGAN SEIMBANG ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK ) SATU ISI -SATU PERENGGAN

KESIMPULAN Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis. - Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan. - Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan. - Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas. PENUTUP KARANGAN Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang telah dibincangkan. Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung. Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan.

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.

CONTOH KARANGAN BAHASA MELAYU Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang bertajuk Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara. Tulis rencana itu selengkapnya. Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara Oleh: Mohd Shahir Mohd Shah Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung? Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan. Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianak tirikan oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam. Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan programprogram berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita. Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, seperti melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihakpihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air. Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. Majulah sukan untuk Negara!

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) CARA UNTUK MENCANTIKKAN LAGI KARANGAN FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN -mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang -mendukung kebenaran yang kita sepakati -mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni -mengambil langkah sederap -menghirup udara hasil kemerdekaan -mengikut acuan sendiri -mengundang kontroversi -menjadi cerucuk utama pembangunan -menjulang negara ke puncak jagat -menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi -menyambut gamitan menara impian -menyebabkan imej negara tercalar -menyediakan kursus dan latihan yang relevan -menyembunyikan masalah utama masyarakat -mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran -mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan -milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi -muafakat merupakan inti kepada perpaduan -negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat -nilai keinsanan yang syumul -nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan -pelbagai cabaran yang bakal menghambat -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat -pembentukan masyarakat sakinah -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini -perlu dibaja kembali -perubahan yang diharap masih belum menjelma -petanda kehancuran generasi -pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis -kita perlu mengorak langkah -kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat -kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu -Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan -mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu -manifestasi kesanggupan bangsa -manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa -masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan -masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi -masalah sosial dan susila yang meruncing

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan -melangkah dengan seribu kekuatan -melontarkan soalan yang cukup penting -melupakan cita-cita yang lebih luhur -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah -membetulkan ketidaktepatan fakta -membimbing mereka memenuhi impian -membina impian masa depan yang lebih gemilang -membongkar kepincangan -membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka -mempengaruhi minda generasi muda -mempertahankan perasaan saling bersefahaman -mempertingkat dan memperteguh kefahaman -mempraktikkan elemen tolak ansur -memudaratkan kesejahteraan rakyat -menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak -menampilkan wajah baru yang disulami tekad -menangkis tuduhan yang tidak berasas -mencapai tahap yang mencemaskan -mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini -mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya -mendapat perhatian dan liputan media massa -mendepani masa depan yang tidak menentu

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah . Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan . Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain .. Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) Hal ini penting dalam Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa Ini menggambarkan bahawa Ini secara tidak langsung akan Ini semua meninggalkan kesan kerana Ini tentu sekali membuatkan Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah Keadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak kebelakangan ini Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Keadaan ini seharusnya boleh Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini Kendatipun demikian, kita masih Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialah PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH Sebagai contohnya Biar kita lihat Biar kita ambil contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Sebagai analoginya, Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN 01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang 06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77 07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18 08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz 10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) 11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz 12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib 17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214) 20. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) 22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orangorang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR 23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. 25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Bahagian 2 i) Penanda permulaan karangan a) Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti arus kemodenan ini, d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini, ii) Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya,

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) iii) Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala iv) Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti v) Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu, d) Maka, e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya, vi) Penanda menutup isi a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian, vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) a) justeru b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar) f) sekali gus g) di samping h) bahkan i) malar-malar viii) Penanda memulakan perenggan penutup a) Kesimpulannya, b) Intihanya, c) Secara tuntas, d) Konklusinya, e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan, i) Secara total, ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a) Walau bagaimanapun, b) Walakin begitu, c) Namun demikian, d) Daripada perspektif yang berbeza, e) Jika dilihat dari sudut lain, f) Dengan kata lain, g) Kontradiksinya, i) Di sebalik itu, j) Dalam pada itu, k) Dari sudut lain, x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, ....... b) Bak kata peribahasa Melayu, ............ c) Bak kata orang tua-tua, ........... d) Bak kata mutiara, ......... e) Bak peribahasa, ............ f) Bak kata cendekiawan, ............. g) Persis kata peribahasa, ............ h) Persis kata peribahasa Melayu, ............. i) Persis kata orang tua-tua, ............ j) Persis kata mutiara, ............ k) Persis peribahasa, ............... l) Persis kata cendekiawan, ............. m) Hal ini sama dengan peribahasa .......... n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ....... o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan peribahasa ........... q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahas

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

KERTAS 2SOALAN 1: Rumusan (30 markah)

STRATEGI MERUMUS KARANGAN PETIKAN 1 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng. Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran. Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria, Utusan Malaysia, Jun 2003)

A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT STRATEGI 1: Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali, - Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan. (masa dicadangkan 2 minit) - Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman. (masa dicadangkan 5 minit) STRATEGI 2: Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan perkataan-perkataan tersebut. Fokus 1 = Isi tersurat Fokus 2 = Isi tersirat Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat. CONTOH 1 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

STRATEGI 3: Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran. Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni). [ISI 1]

Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran. Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada kita) [ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng. Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran. (Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah) [ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung) [ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran. Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran). [ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka). [ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibitbibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran. Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara) [ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

STRATEGI 4: Senaraikan Fokus 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan kira jumlah perkataannya. Isi-isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran - Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ] - Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ] - Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada kita. [ 11 ] Atau - Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ] - Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ] - Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. [ 9 ] - Gejala sosial dapat dibendung. [4 ] - Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat setempat. [ 9 ] - Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ] - Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ] - Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

STRATEGI 5: Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap. PERINGATAN: - Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad. Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 65 patah perkataan. - Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama perenggan isi tersurat.

CONTOH: Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 46 patah perkataan ]

B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT STRATEGI: - Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara memupuk semangat kejiranan. - Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersurat dan Fokus 2 dalam arahan soalan. - Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat. - Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.

STRATEGI 1: Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan. CONTOH : - Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

memberi pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ] - Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin atau ambil berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan kejiranan / bertegur sapa / saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ] - Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga. - Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat. - Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun tetangga / persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ] - Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan - Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak sombong / berbaik sangka dengan jiran .

STRATEGI 2: Membina perenggan isi tersirat. CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan. [ 23 patah perkataan ]

C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN STRATEGI : - Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan. - Kenal pasti Fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan Fokus 1 itulah penfahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan. - Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu menjadi ayat anda sendiri. - Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja. - Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan / membicarakan .

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

CONTOH PENDAHULUAN: Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran Pendahuluan: Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita. atau Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup berjiran dalam masyarakat

D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN - Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2. - Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut. - Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut. - Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, agar, supaya, demi. - Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan. - Contoh : Kesimpulannya, .Justeru, CONTOH KESIMPULAN: Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan Atau Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam masyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat diwujudkan.

CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat. Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi

http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan. Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan. [ 100 patah perkataan]