modul sains tingkatan 5 - bab 1

37
MAWAR 23: MODUL SAINS TINGKATAN 5 (BAB 1) “LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US” BAB 1 : MIKROORGANISMA DAN KESANNYA TERHADAP BENDA HIDUP 1.1 Pengelasan Mikroorganisma 1. Mikroorganisma ialah hidupan seni yang hanya dapat dilihat menerusi mikroskop. 2. Mikroorganisma dapat dikelaskan kepada 5 kumpulan utama iaitu: a) Bakteria d) Protozoa b) Virus e) Alga c) Kulat 3. Mikroorganisma dikelaskan berdasarkan ciri-ciri berikut: a) Saiz d) Nutrisi b) Rupa bentuk e) Habitat c) Cara pembiakan Pelbagai jenis mikroorganisma Bakteria Virus Protozoa Alga Kulat 1 Mikroorganism a juga dikenali

Upload: mohd-shahrizal-mohd-yusoff

Post on 18-Dec-2015

472 views

Category:

Documents


44 download

DESCRIPTION

Modul Sains Tingkatan 5 - Bab 1

TRANSCRIPT

MAWAR 23: MODUL SAINS TINGKATAN 5 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US

BAB 1:MIKROORGANISMA DAN KESANNYA TERHADAP BENDA HIDUP

1.1 Pengelasan Mikroorganisma

1. Mikroorganisma ialah hidupan seni yang hanya dapat dilihat menerusi mikroskop.2. Mikroorganisma dapat dikelaskan kepada 5 kumpulan utama iaitu:Mikroorganisma juga dikenali sebagai mikrob

a) Bakteriad)Protozoab) Viruse)Algac) Kulat3. Mikroorganisma dikelaskan berdasarkan ciri-ciri berikut:a) Saizd)Nutrisib) Rupa bentuke)Habitatc) Cara pembiakan

Pelbagai jenis mikroorganisma

Bakteria Virus Protozoa Alga Kulat

1.) Bakteria Mempunyai dinding sel yang teguh yang memberikan bentuk kepada bakteria. Dinding sel tidak dibina dari selulosa, tetapi dari asid amino dan polisakarida. Berbentuk rod Berbentuk sfera Berbentuk pilin Berbentuk koma

Struktur asas bakteriaSaizRupa bentukCara pembiakanNutrisiHabitat

-antara 0.5-1.0m-unisel dan sangat seni-hanya boleh dilihat dengan mikroskop cahaya pada kuasa tinggi

-mempunyai rerambut atau pili (membantu melekat pada permukaaan tertentu)-mempunyai ekor atau flagellum (membantu pergerakan)-bentuk asas bakteria adalah sfera,rod,berpilin dan koma-pembiakan aseks iaitu secara belahan dedua, iaitu 1 bakteria induk membahagi 2 dan membentuk 2 sel anak-pembiakan seks dilakukan secara konjugasi-autotrof-membuat makanan sendiri melalui fotosintesisparasit-memperoleh makanan daripada organisma hidup yang lain-saprofit-memperoleh makanan daripada organisma mati seperti kayu reput

-terdapat di merata-rata tempat seperti udara, darat dan air

2.) Virus Terdiri daripada bebenang asid nukleik sama ada asid deoksiribonukleik (DNA) atau asid ribonukleik (RNA) yang dilindungi oleh lapisan protein yang dipanggil kapsid. Bentuk heliks Gabungan kedua bentuk Bentuk polihedral

Bentuk-bentuk virus

Kitaran pembiakan virus bakteriofaj

SaizRupa bentukCara pembiakanNutrisiHabitat

- kurang daripada 0.2m-struktur adalah sangat ringkas-hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop electron-kapsid membezakan bentuk asas virus sama ada berbentuk heliks, polihedral atau gabungan kedua-duanya-tidak mempunyai sitoplasma, nukleus dan membran-ianya adalah parasit, iaitu membiak dengan cara menjangkiti sel perumah seperti bakteria, haiwan dan tumbuhan-ia tidak memakan. Namun ia menggunakan bahan di dalam sel hidup untuk menggandakan bilangannya-semua virus hidup di dalam sel hidup-virus yang menyerang bakteria disebut bakteriofaj

3.) Kulat Kelihatan seperti pokok

tunas

Struktur mukor,sejenis kulat yang tumbuh di atas permukaan roti Yis membiak secara pertunasan

SaizRupa bentukCara pembiakanNutrisiHabitat

-antara 10m dan 100m-terdapat kulat unisel cth: yis, dan kulat multisel cth: mukor-boleh dilihat dengan kanta tangan atau mikroskop cahaya kuasa rendah-mempunyai dinding sel dan nukleus tetapi tiada akar, batang atau daun-berbentuk filamen atau sfera-mukor terdiri dari struktur sporangium dan struktur berbentuk bebenang yang disebut hifa-yis terdiri daripada sel sahaja-pembiakan aseks-mukor membiak melalui pembentukan spora-spora adalah sel seni yang dibebaskan oleh sporangium. Ia akan dibawa oleh angin dan kemudian bercambah pada persekitaran sesuai-yis membiak secara pertunasan-tidak boleh membina makanan sendiri-Saprofit( peroleh makanan dari organisma yang telah mati)-Parasit(peroleh makanan dari organisma yang masih hidup)-hidup di tempat yang gelap dan lembap-terdapat pada bangkai haiwan, roti dan lain-lain

4.) Protozoa Mempunyai struktur dalaman yang kompleks. Dua contoh protozoa adalah Ameba dan Paramesium. Ameba membentuk unjuran pada badannya yang dikenali pseudopodium/kaki palsu. Paramesium mempunyai rerambut halus yang dikenali silia.Ia menggunakan silia untuk bergerak dan memasukkan makanan ke dalam badannya.

Bentuk paramesium Bentuk ameba

SaizRupa bentukCara pembiakanNutrisiHabitat

-antara 5m hingga 250m.-ianya adalah unisel dan terdapat juga berkumpulan atau berkoloni.-boleh dilihat menggunakan mikroskop cahaya.-Ameba tidak mempunyai bentuk tertentu, kerana sentiasa berubah semasa bergerak.-Paramesium berbentuk selipar.-Ameba dan Paramesium membiak secara aseks, iaitu belahan dedua.-pembiakan seks paramesium dilakukan secara konjugasi.-Ameba dan paramesium hidup secara saprofit

-ameba boleh dijumpai di dalam tanah, air tawar dan laut, dan pada haiwan lain.-paramesium boleh dijumpai di dalam air tawar.

5.) Alga Ia adalah tumbuhan akuatik yang mempunyai klorofil. Alga hijau sangat penting kerana hampir separuh dari oksigen yang kita gunakan adalah hasil dari fotosintesis alga hijau.

Bentuk euglena

Sitoplasma Flagelum Vakuol

Kloroplas Membran sel

Bentuk spirogira

Sel vakuol

Kloroplas Sitoplasma Nukleus

SaizRupa bentukCara pembiakanNutrisiHabitat

-antara 1m hingga 10000m.-terdapat alga unisel cth: euglena dan alga multisel cth: spirogira.-boleh dilihat dengan mata kasar.-tidak mempunyai akar, batang dan daun.-memikili pelbagai rupa bentuk seperti euglena dan spirogira (filamen).-membiak secara aseks melalui belahan dedua.-namun spirogira melakukan pembiakan seks iaitu melalui konjugasi.-dapat membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.-ianya adalah pengeluar dalam satu rantaian makanan.-air tawar dan masin, tanah lembap dan kulit pokok.

1.2 Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

1.) Nutrien Meningkatkan kadar pertumbuhan mikroorganisma. Namun apabila faktor lain seperti cahaya, kelembapan, suhu dan pH terhad, ia akan merencatkan pertumbuhan mikroorganisma walaupun nutrien bertambah.

2.) Kelembapan Amat diperlukan bagi pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma. Persekitaran yang kering menyebabkan mikroorganisma kurang aktif atau mungkin mati.

3.) Cahaya Pendedahan kepada cahaya ultraungu boleh membunuh mikroorganisma. Kebanyakkan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat tumbuh dengan lebih baik dalam keadaan gelap. Mikroorganisma berklorofil seperti alga memerlukan cahaya untuk melakukan proses fotosintesis.

4.) Suhu Suhu optimum untuk pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma adalah antara 35C hingga 40C. Pada suhu ini,ia sangat aktif. Contoh makanan di dalam peti sejuk tahan lama pada suhu yang rendah.

Eksperimen 1.1 (sila rujuk buku teks Sains Tingkatan 5 (Odonata Publishing, m/s 11) Tujuan : Mengkaji kesan nutrient terhadap pertumbuhan mikroorganisma.

Mikroorganisma memerlukan nutrient untuk pertumbuhan dan pembiakan

Fokus Mawar 23 : Kumpulkan data seperti dalam jadual yang berikut:

Piring petriAB

NutrienAdaTiada

Pemerhatian

Sambil diperhatikan oleh guru bertugas, di dalam kelas tuisyen, pelajar diminta membincangkan eksperimen yang telah dijalankan di sekolah.

1.) Analisis data dan buat kesimpulan eksperimen berdasarkan keputusan yang diperoleh.________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

Perbincangan:

1.) Apakah langkah berjaga-jaga yang mesti diambil supaya anda mendapat keputusan yang jitu dan tepat?________________________________________________________________________________________________________________________________________________2.) Adakah hipotesis anda diterima atau ditolak?________________________________________________________________________

Tujuan: Mengkaji kesan kelembapan terhadap pertumbuhan mikroorganisma.

Pertumbuhan mikroorganisma bergantung pada kelembapan

Fokus Mawar 23 : Kumpulkan data seperti dalam jadual yang berikut:

Piring petriAB

KelembapanAdaTiada

Pemerhatian

Sambil diperhatikan oleh guru bertugas, di dalam kelas tuisyen, pelajar diminta membincangkan eksperimen yang telah dijalankan di sekolah.

1.) Analisis data dan buat kesimpulan eksperimen berdasarkan keputusan yang diperoleh.________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Perbincangan :

1.) Apakah langkah berjaga-jaga yang mesti diambil supaya anda mendapat keputusan yang jitu dan tepat?________________________________________________________________________2.) Adakah hipotesis anda diterima atau ditolak?________________________________________________________________________

Eksperimen 1.2 (sila rujuk buku teks Sains Tingkatan 5 (Odonata Publishing, m/s 12)

Eksperimen 1.3 (sila rujuk buku teks Sains Tingkatan 5 (Odonata Publishing m/s 13) Tujuan : Mengkaji kesan cahaya terhadap pertumbuhan mikroorganisma.

Cahaya menghalang pertumbuhan mikroorganisma

Fokus Mawar 23 : Kumpulkan data seperti dalam jadual yang berikut:

Tabung ujiAB

LokasiDi dalam almari yang gelapDi tepi tingkap makmal

Pemerhatian

Sambil diperhatikan oleh guru bertugas, di dalam kelas tuisyen, pelajar diminta membincangkan eksperimen yang telah dijalankan di sekolah.

1.) Analisis data dan buat kesimpulan eksperimen berdasarkan keputusan yang diperoleh.________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Perbincangan :

1.) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan keputusan eksperimen?________________________________________________________________________________________________________________________________________________2.) Adakah hipotesis anda diterima atau ditolak?________________________________________________________________________

Eksperimen 1.4 (sila rujuk buku teks Sains Tingkatan 5 (Odonata Publishing, m/s 14) Tujuan: Mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan mikroorganisma.

Mikroorganisma memerlukan suhu yang sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakan

Fokus Mawar 23 : Kumpulkan data seperti dalam jadual yang berikut:

Tabung ujiABC

LokasiDi dalam peti sejukDi dalam almariDi dalam inkubator

Suhu (C)

Pemerhatian

Sambil diperhatikan oleh guru bertugas, di dalam kelas tuisyen, pelajar diminta membincangkan eksperimen yang telah dijalankan di sekolah.

1.) Analisis data dan buat kesimpulan eksperimen berdasarkan keputusan yang diperoleh.________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Perbincangan :

1.) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan keputusan eksperimen?________________________________________________________________________________________________________________________________________________2.) Adakah hipotesis anda diterima atau ditolak?________________________________________________________________________

Eksperimen 1.5 (sila rujuk buku teks Sains Tingkatan 5 (Odonata Publishing, m/s 15) Tujuan: Mengkaji kesan nilai pH terhadap pertumbuhan mikroorganisma.

Mikroorganisma tidak boleh tumbuh dan membiak di persekitaran yang terlalu berasid dan beralkali

Fokus Mawar 23 : Kumpulkan data seperti dalam jadual yang berikut:

Tabung ujiABC

Nilai pH

Pemerhatian

Sambil diperhatikan oleh guru bertugas, di dalam kelas tuisyen, pelajar diminta membincangkan eksperimen yang telah dijalankan di sekolah.

1.) Analisis data dan buat kesimpulan eksperimen berdasarkan keputusan yang diperoleh.____________________________________________________________________________________________________________________________________________

Perbincangan :

1.) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan keputusan eksperimen?____________________________________________________________________________________________________________________________________________2.) Adakah hipotesis anda diterima atau ditolak?______________________________________________________________________

Fokus Mawar23

Bincangkan bersama guru kelas berhubung faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma.

1.3 Pengetahuan tentang Mikroorganisma Berfaedah

Contoh barangan kegunaan harian yang dihasilkan oleh mikroorganisma

Proses pereputanPerubatan Perindustrian Percernaan makanan Pertanian

Faedah Mikroorganisma

1.) Proses Percernaan Makanan Flora usus bertindak ke atas sisa makanan dan menghasilkan vitamin biotin dan K. Bakteria ini menghasilkan enzim yang tidak dapat dihasilkan oleh sel manusia untuk memecahkan polisakarida seperti kanji, fiber dan oligosakarida kepada gula ringkas. E.coli menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya bagi mengelakkan penyakit. Bakteria, protozoa dalam pencernaan herbivor seperti lembu,ia menghasilkan enzim selulase untuk mencernakan selulosa kepada gula ringkas.

2.) Pertanian Bakteria, kulat berperanan dalam kitar nitrogen.Ia membantu menyuburkan tanah. Bakteria mengawal biologi. Contoh: bakteria digunakan bagi mengawal pembiakan rama-rama dan kumbang perosak, manakala kulat pula mengawal serangga perosak.

3.) Perindustrian Bakteria dadih, tali dan kain, cuka, barangan kulit. Kulat kicap, minuman beralkohol, roti, serbuk pencuci.

4.) Perubatan Bakteria, kulat antibiotik dan antikulat digunakan bagi merawat penyakit. Virus, bakteriadijadikan vaksin bagi melindungi manusia dari penyakit. Terdapat bakteria yang diubah suai bagi menghasilkan insulin, iaitu hormon yang digunakan dalam rawatan penyakit kencing manis.

5.) Proses Pereputan Bakteria, kulat menghuraikan organisma mati dan bahan buangan haiwan kepada sebatian ringkas yang membantu menyuburkan tanah. Bakteria fakultatif digunakan dalam merawat kumbahan untuk menghuraikan bahan buangan pepejal kepada produk berguna seperti biogas, biopepejal, dan bioeffluent.

Contoh kegunaan mikroorganisma

Kegunaan bakteria dalam penghasilan dadih, tali, tali pinggang, cuka dan lain-lain

Fokus Mawar23

Guru dikehendaki membincangkan contoh-contoh lainnya berkenaanfaedah mikroorganisma kepada kehidupan.

1.4 Kesan Mikroorganisma Berbahaya kepada Manusia

1.) Mikroorganisma berbahaya seperti bakteria, protozoa, kulat dan virus yang boleh menyebabkan penyakit dikenali patogen.2.) Patogen boleh dikelaskan berdasarkan tindakannya ke atas perumah.Bakteria

Menghasilkan toksik yang boleh membunuh sel perumah

Protozoa

KulatMenghasilkan enzim untuk menghuraikan tisu perumah

Patogen

VirusMenjangkiti perumah dan merosakkan sel perumah

Hubung Kait Jenis Mikroorganisma dengan Penyakit dan Simptom Utama PenyakitJENIS MIKROORGANISMAPENYAKITSIMPTOM UTAMA

BakteriaTibi atau batuk kering Batuk berpanjangan, kahak pekat, hilang selera makan, sakit dada dan cepat letih.

Kolera (Taun) Muntah, cirit-birit, dahaga dan bibir kering.

Jangkitan seks:

-Gonorea

-Sifilis Pesakit lelaki: sakit semasa buang air, keluar bendalir putih, berkemungkinan mandul. Pesakit wanita: kesakitan dirasai apabila jangkitan merebak ke serviks, uterus, tiub Falopio dan ovari, dan mungkin mandul.

Fasa 1: ulser di kemaluan Fasa 2: kulit berbintik merah, demam, tiada selera, hilang berat badan, sakit otot, sendi dan tulang. Fasa akhir: gangguan sistem saraf.

Kancing dagu/gigi( Tetanus) Otot rahang kejang, demam, sakit kepala

ProtozoaMalaria Demam, menggigil, anemia dan air kencing berwarna kuning gelap.

VirusAIDS Cirit-birit, hilang selera makan, hilang berat badan, lemah otot, sistem pertahanan badan musnah.

Selesema Hidung dan mata berair, sakit kerongkong, batuk, demam dan sakit badan.

Demam denggi Bintik merah pada kulit dan pendarahan pada hidung, mulut, kulit serta organ dalaman.

Hepatitis (A atau B) Demam kuning, letih dan lemah badan, hilang selera dan muntah.

Cacar air Demam, bintik merah pada kulit, gatal dan sakit kepala

KulatPanau Tompok cerah pada kulit dan gatal.

Kurap Berbentuk gelang berwarna merah dan menimbulkan rasa gatal, berdarah, kuku tebal, kuning dan mudah patah.

Fokus Mawar23

Guru diminta membincangkan contoh-contoh lain berkenaan kesan berbahaya mikroorganisma kepada kehidupan. Lakukan soal-jawab di dalam kelas.

Pelbagai Cara Mikroorganisma Boleh Menyebabkan PenyakitMakanan

Vektor

Cara Jangkitan Penyakit

Udara

Air

Sentuhan

a.) Makanan makanan tercemar penyakit taun, disenteri, hepatitis Ab.) Vektor lalat,nyamuk penyakit taun, malaria, demam denggic.) Udara batuk, bersin, kahak selesema, beguk, tibi, cacar aird.) Air air tercemar taun, hepatitis A, poliomielitise.) Sentuhan seks, pemindahan darah, berkongsi jarum,berkongsi barangan AIDS, Hepatitis B, panau, kurap

1.5 Cara-cara Mencegah Penyakit yang Disebabkan Mikroorganisma

Langkah Mencegah Jangkitan

Pensterilan

Imunisasi

Pengawalan Vektor

Kaedah pensterilan bermaksud membunuh atau menyingkirkan mikroorganisma daripada sesuatu objek atau persekitaran. Terdapat 3 kaedah pensterilan iaitu penggunaan haba, bahan kimia dan sinaran.

1.) Haba: Suhu yang tinggi dapat membunuh mikroorganisma. Sesuai digunakan pada barangan logam, kaca dan kain.autoklaf : suhu dalam autoklaf melebihi 120 C, dan ia mampu membunuh mikrob dan sporanya. pendidihan :suhu 100C mampu membunuh mikrob,tetapi tidak sporanya.

2.) Bahan kimia:Bahan kimia disapu pada permukaan kulit dan peralatan, serta disembur ke persekitaran.disinfektan: digunakan pada lantai atau cadar. Contoh: klorin, peluntur. antiseptik: disapu pada kulit atau luka. Contoh: ubat kuning dan ubat biru.

3.) Penggunaan sinaran :Sinaran berkeamatan tinggi digunakan untuk membunuh mikroorganisma. sinar gama : merupakan sinar radioaktif yang digunakan untuk mensteril makanan dalam tin atau bekas tertutup. sinar ultraungu : ia boleh membunuh 99% mikroorganisma di udara. Contoh: lampu di sekitar bilik pembedahan.

Kaedah keimunan bermaksud daya tahan badan terhadap jangkitan penyakit. Keimunan diperoleh apabila badan kita menghasilkan antibodi untuk menentang patogen tertentu. Terdapat 2 jenis keimunan iaitu keimunan aktif dan keimunan pasif.

1.) Keimunan Aktif (K.A) diperoleh apabila badan menghasilkan antibodi melawan patogen.Keimunan Aktif

Keimunan aktif buatanKeimunan aktif semula jadi

diperoleh melalui suntikan vaksin, bagi menghalang penyakit contoh: vaksin BCG untuk tibi dan vaksin Salk untuk poliomielitis

apabila seseorang sembuh dari jangkitan patogen tertentucontoh: cacar air dan demam campak

2.) Keimunan Pasif (K.P) diperolehapabila badan mendapat bekalan antibodi dari sumber lain.Keimunan Pasif

Keimunan pasif buatanKeimunan pasif semula jadi

diperoleh melalui suntikan antiserum. Anti serum mengandungi antibodi yang diperoleh daripada darah haiwan yang telah dijangkiti penyakit dan sembuh dari penyakit tertentu. Ianya hanya bersifat sementara contoh antiserum untuk merawat tetanus, difteris dan rabies

diperoleh oleh anak dalam kandungan dari ibunya dan boleh dipindahkan dari ibu kepada anak melalui penyusuan

Gambar graf keimunan

Kawalan vektor. Vektor ialah agen pembawa penyakit. Ianya penting kerana jika vektor terkawal, maka penyebaran jangkitan penyakit akan dapat dikawal. Oleh itu, perlu dilihat kitar hidup vektor. Contoh vektor adalah lalat dan nyamuk.

Nyamuk betina bertelur di permukaan air tenang.Nyamuk

Vektor dapat dikawal dengan cara berikut:a.) Nyamuk dewasa: boleh disembur dengan racun serangga.b.) Telur nyamuk: buang air yang bertakung dan berus bahagian dalam pasu.Tin dan tayar lama boleh ditanam.c.) Jentik-jentik: sembur selapisan nipis minyak pada permukaan air untuk menghalang jentik-jentik bernafas.d.) Pupa: membela ikan, meletakkan lapisan minyak pada permukaan longkang.

Kitar hidup nyamuk

Lalat betina bertelur pada makanan.Lalat

Vektor boleh dikawal dengan cara:a.) Lalat dewasa: sembur dengan racun serangga dan perangkap elektrik.b.) Telur: menutup makanan, buang sisa makanan di dalam tong yang bertutup.c.) Larva: membuang sisa makanan di dalam tong yang bertutup.d.) Pupa: bersihkan rumah dengan kerap.

Lalat dewasa

Telur

Pupa

Larva

Kitar hidup lalat

Fokus Mawar23

Bincangkan di dalam kelas tuisyen anda berhubung langkah-langkah bagi mengelakkan patogen.

1.6Cara-cara Merawat Penyakit yang Disebabkan oleh MikroorganismaPerubatan Tradisional Rawatan yang menggunakan ubat tradisional untuk merawat penyakit.Pokok teh ( Camellia sinensis)Boleh merawat karang gigi,keracunan dan menguatkan sistem keimunan

Pokok ramunggai ( Moringa oleifera)

Air rebusan akarnya diminum sebagai tonik dan boleh merawat penyakit kulit, selsema dan skurvi

Lidah buaya ( Aloe vera)

Mempercepat proses penyembuhan luka

Delima ( Punica granatum)

Membantu melegakan cirit-birit dan disentri

Lengkuas ( Alpinia galangal)

Mengubati luka

Fokus Mawar23

Setiap pelajar diminta untuk membincangkan herba-herba lain yang berguna terhadap kesihatan.Perubatan Moden Rawatan yang menggunakan teknologi moden dan bahan kimia sintetik. Pembedahan adalah langkah terakhir bagi merawat penyakit.

Antiserum

Antikulat

Antibiotik

Ubat sintetik

Eksperimen 1.6 (sila rujuk buku teks Sains Tingkatan 5 (Odonata Publishing, m/s 41) Tujuan : Mengkaji kesan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria.Pernyataan masalah : Apakah kesan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria?Hipotesis : Antibiotik akan merencatkan pertumbuhan bakteria.Pemboleh ubah : (a) Dimanipulasikan : Kehadiran antibiotik (b) Bergerak balas : Pertumbuhan bakteria (c) Dimalarkan : Jenis bakteria

Piring petriAB

KandunganAgar-agar nutrient steril+kultur bakteria Bacillius subtilis+ceper kertas turas yang direndam di dalam air sulingAgar-agar nutrient steril + kultur bakteria Bacillius subtilis + ceper kertas turas yang direndam di dalam air larutan peninsilin

Pemerhatian

Fokus Mawar 23 : Sambil diperhatikan oleh guru bertugas, pelajar diminta membincangkan eksperimen yang telah dijalankan di sekolah.______________________________________________________________________________

Kesimpulan:Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang tindakan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria?______________________________________________________________________________

Antibiotik dan Antikulat Penggunaan antibiotik dan antikulat yang kerap boleh melemahkan sistem pertahanan semula jadi tubuh.

1.) Antibiotik: ialah sebatian kimia yang diekstrak daripada mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. ia boleh membunuh atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma lain di dalam sel badan manusia. terdapat dalam pelbagai bentuk seperti pil dan cecair, samaada disuntik atau diminum. tindakan antibiotik hanya berkesan terhadap penyakit akibat jangkitan bakteria dan kulat sahaja. Berikut adalah contoh antibiotik dan penyakit yang dirawat:AntibiotikPenyakit

PenisilinGonorea, sifilis

StreptomisinTibi

TetraksiklinaKolera, disentri

KloramfenikolKolera, tifus

2.) Antikulat: digunakan untuk merawat penyakit jangkitan kulat seperti kelemumur, kulat dan panau.

Bahaya Penggunaan Ubat-ubatan Tanpa Pengawasan dan Priskripsi Doktor

Pengambilan ubat batuk secara berlebihan boleh memberikan kesan negatif. Sesetengah ubat mengandungi dadah tertentu. Oleh itu, ianya perlu mengikut dos yang betul. Dos berlebihan boleh menyebabkan alahan serta kerosakan buah pinggang dan hati. Preskripsi doktor merangkumi maklumat yang diberikan kepada jururawat atau ahli farmasi tentang jenis ubat, kuantiti dan jangkamasa pengambilan sesuatu ubat.

Fokus Mawar23

Bincangkan di dalam kelas tuisyen anda berhubung dua cara yang digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan mikroorganisma.

1.7Kewujudan Mikroorganisma yang Dapat Memberikan Kesan yang Mendalam terhadap Kehidupan Manusia dan Keseimbangan Alam

a.)Sumbangan mikroorganisma meluas dalam pelbagai bidang seperti perubatan, pertanian dan perindustrian. Contohnya penghasilan ubat, antibiotik, baja kompos, roti, kain dan barangan kulit. Mikroorganisma dalam sistem pencernaan manusia turut membantu dalam sistem imunisasi dan penghasilan vitamin.b.)Mikroorganisma yang berbahaya sememangnya mendatangkan kemudaratan dalam hidup kita, seperti mendatangkan pelbagai jenis penyakit , makanan cepat rosak, tanaman dijangkiti dan mungkin boleh menyebabkan sumber makanan terjejas.c.)Mikroorganisma membantu dalam proses pereputan dengan menguraikan semula sebatian nitrogen untuk kesuburan tanah untuk dikitarkan dalam kitar nitrogen, membantu menyerap nitrogen untuk kesuburan tanah pertanian dan mikroorganisma yang menjalankan fotosintesis membekalkan banyak oksigen.

~ BAB 1 TAMAT ~

21