modul tingkatan 6

Upload: arumugam-ramesh

Post on 10-Jan-2016

83 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kaunseling

TRANSCRIPT

Bidang :AkademikTajuk :Orientasi Mata Pelajaran - Kepentingan Mata PelajaranObjektif :Murid dapat :-

1. Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.

2. Mendedahkan peluang kerjaya pilihan mata pelajaran yang sesuai.

3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa :40 minit

Sasaran :Tingkatan EnamBahan :Kertas A4.

Langkah-langkah:1. Set induksiGuru Kaunseling membuka perbincangan mengenai kepentingan menguasai setiap mata pelajaran.

2. Guru Kaunseling berbincang tentang kepentingan setiap mata pelajaran. 3. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mengikut mata pelajaran .4. Guru Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap mata pelajaran menengah atas.

Penilaian :Murid mencatat maklumat yang diberi Guru Kaunseling.

Rumusan :Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran dapat membolehkan murid memperoleh kemahiran asas, pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah : Membaca Jambatan Ilmu.

Bidang:Akademik

Tajuk

:Kemahiran Belajar Berkumpulan

Objektif:Murid dapat :-

1. Memberi teknik kemahiran belajar berkumpulan.

2. Meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid.

3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa

:80 minit

Sasaran:Tingkatan EnamBahan:Kertas A4, kertas sebak, alat tulis. lampiran 6ALangkah-langkah :1. Set induksi:

Guru Kaunseling membuka perbincangan mengenai teknik-teknik belajar yang diamalkan oleh murid.

2. Guru Kaunseling berbincang tentang kepentingan belajar.

3. Murid menyenaraikan kepentingan belajar berkumpulan.

4. Guru Kaunseling menjelaskan syarat-syarat belajar berkumpulan.

i. Bilangan ahli antara 3 5 orang

ii. Mempunyai jadual waktu belajar

iii. Mempunyai seorang ketua dan penolong ketua

kumpulan

a. Setiap kumpulan digalakkan mempunyai nama

kumpulan, etika kumpulan dan motto kumpulan.

5. Guru Kaunseling membentuk kumpulan belajar.6. Murid dikehendaki :-

i. Memilih ahli kumpulan

ii. Duduk dalam kumpulan

iii. Melantik ketua dan penolong kumpulan

iv. Menentukan nama, etika dan moto kumpulan.

Penilaian:Guru Kaunseling membuat pemerhatian.

Rumusan:Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi

meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.

Falsafah:1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.LAMPIRAN 6A

SEKOLAH MENENGAH .

NAMA KUMPULAN BELAJAR

MOTTO KUMPULAN

TINGKATAN

NAMA KETUA KUMPULAN

NAMA AHLI

1.

2

3

4

5

ETIKA KUMPULAN

1.

2

3

4

5

Bidang:Akademik

Tajuk

:Kemahiran Belajar Berkumpulan

Objektif:Murid dapat :-1. Memberi teknik kemahiran belajar berkumpulan.

2. Meningkatkan keyakinan diri.

3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.

Masa

:40 minit

Sasaran:Tingkatan EnamBahan:Kertas A4, kertas sebak, alat tulis.

Langkah-langkah :1. Set induksi

Guru Kaunseling membuka perbincangan mengenai teknik-teknik belajar yang diamalkan oleh murid.

2. Guru Kaunseling berbincang tentang kepentingan belajar.

3. Murid menyenaraikan kepentingan belajar berkumpulan.4. Guru Kaunseling membantu murid membentuk kumpulan belajar.5. Murid dikehendaki :-

i. Memilih ahli kumpulan

ii. Duduk dalam kumpulaniii. Melantik ketua dan penolong kumpulaniv. Menentukan nama, etika dan motto kumpulan.6. Guru Kaunseling menjelaskan teknik belajar berkumpulan.

i. Teknik satu topik semua murid membaca dan

memahami topik yang sama dan

membentangkannya.

ii. Teknik pelbagai topik setiap murid membaca dan

memahami topik tertentu dan membuat

pembentangan topik tersebut.

iii. Teknik menjawab soalan peperiksaan semua murid

menjawab soalan peperiksaan bersama-sama dan

saling membantu.

7. Murid belajar dalam kumpulan.

Penilaian:Murid merekodkan maklumat kumpulan dan belajar secara

berkumpulan berdasarkan teknik yang didedahkan.

Rumusan:Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi

meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.

Falsafah:Ramai ahli, banyak idea, tingkat ilmu.

Bidang:Akademik

Tajuk

:Kemahiran Membuat Rujukan

Objektif:Murid dapat :-

1. Membuat rujukan di perpustakaan.

2. Membuat rujukan dengan cepat.

3. Mengenal pasti sumber rujukan.

Masa

:80 minit

Sasaran:Tingkatan EnamBahan:Buku rujukan, ensiklopedia, kamus, atlas, gezitier, majalah,

buletin, laporan, filem, slaid, video, kaset, cakera padat,

internet, direktori telefon, lampiran 6B.

Langkah-langkah:1. Set induksi Guru Kaunseling membuka perbincangan tentang kekerapan murid membuat rujukan di perpustakaan.

2. Murid diperjelaskan betapa pentingnya menguasai kemahiran merujuk.

3. Murid diperkenalkan sumber rujukan :-

i. Bahan bercetak ensiklopedia, kamus, atlas, gezitier, majalah, buletin, laporan, direktori telefon.

ii. Bahan bukan bercetak papan kenyataan, batu bersurat, filem, slaid, video, kaset dan cakera padat.

iii. Bahan multimedia internet, portal pendidikan.

4. Murid mencari maklumat berpandukan soalan dalam lampiran 6B.

5. Guru Kaunseling membuat semakan.

Penilaian:Guru Kaunseling membuat pemerhatian dan memastikan

murid bekerjasama dalam mencari maklumat.

Rumusan:Merujuk bahan, dapat membantu murid memperoleh maklumat yang tepat, jelas dan terperinci.

Falsafah :Malu bertanya sesat jalan.

LAMPIRAN 6B

Helaian Soalan

1. Tuliskan nombor telefon Jabatan Pelajaran Negeri Perlis Telefon direktori.

2. Apakah maksud trampil ? Kamus

3. Tentukan kedudukan Kuala Lumpur. Peta & internet.

4. Tuliskan alamat Mohd. Adi b. Ismail. - Direktori5. Nyatakan proses membuat roti. Buku rujukan, Internet6. Gua Kelam adalah destinasi pelancongan. Nyatakan kedudukannya.- Atlas, Pamplet, Internet7. Jawatan tertinggi bagi Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia.-Carta, Internet8. Apakah laman web bagi Kementerian Pelajaran Malaysia ? Internet, PampletBidang:Akademik

Tajuk

:Penulisan ResumeObjektif:Murid dapat :-

1. Memahami kepentingan resume.

2. Menulis resume mengikut format yang betul.

Masa

:80 minit

Sasaran:Murid Tingkatan 6 RendahBahan:Contoh resume, format resume (lampiran 6C, 6CI,6CII dan

6CIII).

Langkah-langkah :1. Set induksi Guru Kaunseling bersoal jawab dengan murid tentang proses mendapatkan pekerjaan.

Bagaimana mengetahui kewujudan jawatan kosong. Boleh menghantar resume untuk memohon sesuatu jawatan walaupun tiada iklan dikeluarkan.

2. Guru Kaunseling menjelaskan kandungan resume.

3. Guru Kaunseling menerangkan tentang kepentingan resume : -

Tanggapan awal pihak yang berkenaan

Menggambarkan keperibadian pemohon. Mengetahui latar belakang dan maklumat pemohon dengan cepat.

4. Guru Kaunseling menerangkan format penulisan resume.

Mengikut butir-butir yang dikehendaki

Menekankan kehendak bakal majikan.

Ditaip dengan jelas dan saiz huruf yang sesuai (Times New Roman Font 12 )

5. Guru Kaunseling menunjukkan contoh resume dan surat permohonan pekerjaan (rujuk Lampiran 6CI, 6C-II dan 6C-III).6. Murid menulis resume mengikut format yang diberikan.

Penilaian:Pembentangan resume.

Rumusan:Resume dapat membantu murid-murid menyediakan

maklumat secara tersusun sebelum menceburi bidang kerjaya.

Falsafah:Pekerjaan adalah satu cabaran

LAMPIRAN 6C

Nota Guru

1. Penulisan resume merupakan satu daripada tiga langkah untuk mendapatkan pekerjaan selain daripada temuduga dan tawaran kerja.

2. Merupakan tanggapan pertama yang mendorong bakal majikan manjalankan temuduga terhadap anda.

3. Hampir semua pekerjaan yang dipohon memerlukan resume walaupun pada asasnya resume perlu untuk kerja-kerja pengurusan dan profesional sahaja.

4. Resume merupakan perkara yang menarik perhatian majikan walaupun bagi jawatan yang tidak memerlukan temuduga.

5. Keutamaan diberi kepada pemohon yang menyertakan resume kepada majikan.

6. Resume mengutarakan butir-butir asas diri pemohon jawatan iaitu

Nama, alamat lengkap, nombor telefon

Butir butir peribadi

Objektif

Rekod pekerjaan dengan majikan terdahulu

Latar belakang pendidikan

Pengetahuan bahasa

Keahlian profesional

Karya-karya yang pernah diterbitkan

7. Resume akan dihantar kepada bakal majikan sama ada melalui pos, e-mail atau lain-lain sistem penghantaran bersama-sama surat permohonan pekerjaan 8. Bakal majikan akan meneliti resume itu dan meminta maklumat lanjut atau memanggil temuduga.

9. Jangan memberi maklumat yang terlalu mendalam kerana perkara ini boleh dilakukan semasa temuduga.

10. Resume adalah pengenalan diri untuk menarik bakal majikan dan harus dibuat sebaik mungkin.11. Resume asas mesti mengandungi perkara-perkara berikut :

Data Personal

Objektif

Kelayakan

Pendidikan

Aktiviti Kokurikulum

Pengalaman bekerja

Kemahiran komputer

Hobi

12. Dua jenis resume yang ditekankan ialah

Resume asas untuk mereka yang pertama kali memohon jawatan.

Resume kronologi untuk memohon jawatan berikutnya.LAMPIRAN 6C-IContoh Resume Asas

No. 10 Taman Indah,

Tel : 07-4847287

83000 Batu Pahat, Johor.

RESUMEMOHD. MUIZUDIN B. ASRI

DATA PERSONAL

Tarikh Lahir

: 1 November 1979

N.Kad Pengenalan: 791224-045166

E-mail

: [email protected]

Taraf Perkahwinan: Bujang

Kesihatan

: Sihat tubuh badan

OBJEKTIF

Memohon jawatan di bahagian pengurusan

KELAYAKAN

1. Mendapat pendidikan yang baik

2. Kejayaan akademik yang tinggi

3. Berupaya bekerja keras untuk kepentingan syarikat

4. Bersedia bekerja di bawah tekanan

5. Berpengalaman membuat kerja sambilan sewaktu di universiti sebagai penyelia kilang elektronik

6. Fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan boleh memahami bahasa Jepun dan Mandarin.

PENDIDIKAN

1. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran ( Pengurusan Sumber Manusia UTM 2001 )

2. Mendapat Anugerah Canselor pada akhir tahun 2001

AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Bola Sepak

2. PALAPES

PENGALAMAN BEKERJA

1999 2000 : Syarikat Elektronik Fujitsu, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

KEMAHIRAN KOMPUTER

1. Windows

2. Microsoft Word

HOBISenifoto, perkhemahan, catur.LAMPIRAN 6C-IIRESUME & TEMUDUGA

FOTONama penuh

:No. kad pengenalan : E-mail

:Warganegara

:

Alamat tempat tinggal :

No. telefon

:

Umur

:

Tarikh dan tempat lahir :

Jantina

:

Status perkahwinan

:

Jumlah anak jika berkahwin:

Status kesihatan

:

Tinggi / berat

:

Bahasa

: Lisan

Tulisan

Kemahiran komputer

:

Latar belakang pendidikan :

1. Sekolah

:

2. Universiti / IPT

:

Anugerah

:

Aktiviti kokurikulum

:

Pengalaman bekerja

:

Gaji sekarang

:

Rujukan

:

Saya akui segala maklumat dan keterangan yang diberi adalah benar

TandatanganLAMPIRAN 6C-III

CONTOH SURAT MEMOHON PEKERJAANMohd Lutfil Hadi bin Zulkifli,

No. 10, Lorong 1M 2/21,

Bandar Indera Mahkota 2,

25200 Kuantan.

Tarikh : 24 Mac 2008Pengurus Sumber Manusia,

Lot 53 & 57, Persiaran Bunga Tanjung 2,

Kawasan Perindustrian Senawang,

70400 SEREMBAN.

Tuan,

PERMOHONAN BAGI JAWATAN PENOLONG PENGURUS (BAHAGIAN MEDIA)

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jawatan kosong di syarikat tuan yang iklannya telah disiarkan di dalam akbar Berita Harian yang bertarikh 23 Mac 2008.2.Saya sangat berminat untuk berjawat jawatan tersebut.

3.Bersama-sama ini disertakan satu salinan resume sebagai menyokong permohonan saya.

4.Semoga permohonan saya ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.

(MOHD LUTFIL HADI BIN ZULKIFLI)

Bidang:Akademik

Tajuk

:Penempatan Selepas STPM

Objektif:Murid dapat :-

Mengetahui tentang hala tuju pendidikan tinggi dan haluan kerjaya selepas STPM.

Masa

:40 minit

Sasaran:Tingkatan Enam.Bahan:Lampiran maklumat, brosur, lampiran kerja, salinan slip

peperiksaan STPM

Langkah-langkah:1. Set induksi. Guru Kaunseling bersoal jawab dengan murid tentang hala tuju kerjaya dan cita-cita selepas STPM.

2. Guru Kaunseling menerangkan hala tuju kerjaya dan peluang pendidikan tinggi selepas mendapat keputusan STPM.

3. Murid diminta menulis semula pemilihan kursus di institusi pendidikan tinggi dan hala tuju kerjaya secara berkumpulan.

4. Murid-murid membuat pembentangan mengikut kumpulan.

Penilaian:Murid membuat pembentangan dan menyatakan kembali

hala tuju selepas STPM.

Rumusan:Peperiksaan STPM menjadi penentu hala tuju kerjaya murid

tingkatan 6.

Falsafah :Pendidikan Cemerlang, Kerjaya Gemilang, Kehidupan Terbilang.

Bidang:Akademik

Tajuk

:Kajian Tindakan

Objektif:Murid dapat :-

1. Pendedahan mengenai kajian tindakan.

2. Membina budaya ilmu melalui penyelidikan.

3. Menjalankan kajian tindakan.

Masa

:40 minit

Sasaran:Tingkatan EnamBahan:Kertas A4, kertas sebak, alat tulis.

Langkah-

Langkah: 1. Set induksi Guru Kaunseling menunjukkan hasil kajian tindakan untuk perbincangan.

i. Apakah yang dikaji?ii. Apakah hasil dapatan?iii. Apakah kebaikan kajian tersebut?2. Guru Kaunseling berbincang mengenai kepentingan kajian tindakan. i.Boleh meningkatkan prestasi. ii.Membantu menyelesaikan masalah.

iii.Membuat perancangan.

3. Murid menyenaraikan kepentingan kajian tindakan.

3. Guru Kaunseling menjelaskan prosedur-prosedur dalam menjalankan kajian tindakan.

i.Mengenalpasti masalah ii.Merancang tindakan

iii.Melaksanakan tindakan

iv. Membuat penilaian

4. Guru membantu murid membentuk kumpulan kajian.

6. Murid berbincang mengenai topik kajian tindakan yang

akan dijalankan.

7. Guru Kaunseling berbincang mengenai kesesuaian tajuk kajian tindakan.

Penilaian :Setiap kumpulan mempunyai satu tajuk kajian tindakan yang sesuai.Rumusan :Kajian tindakan sangat penting bagi penyelesaian masalah

dan perancangan tindakan berikutnya.

Falsafah :Penyelidikan Asas Pembangunan Dan Pemantapan Ilmu.

Bidang:Akademik

Tajuk

:Kajian Tindakan

Objektif:Murid dapat :-

1. Pendedahan mengenai kajian tindakan.

2. Membina budaya ilmu melalui penyelidikan.

3. Menjalankan kajian tindakan.

Masa

:40 minit

Sasaran:Tingkatan Enam.Bahan:Kertas A4, kertas sebak, alat tulis, lampiran 6E dan 6F.

Langkah-Langkah:1. Set induksi Guru Kaunseling menunjukkan hasil kajian tindakan

untuk perbincangan.

i. Apakah yang dikaji?

ii. Apakah hasil dapatan?

iii. Apakah kebaikan atau sumbangan kajian tersebut?2. Guru Kaunseling berbincang mengenai kepentingan

kajian tindakan. i. Boleh meningkatkan prestasi.

ii. Membantu menyelesaikan masalah.

iii. Membuat perancangan.

3. Guru Kaunseling menjelaskan dengan lebih terperinci

prosedur dalam menjalankan kajian tindakan.

i. Mengenal pasti isu, masalah atau situasi

a. Apakah yang sedang berlaku? b. Bagaimanakah sesuatu isu / masalah / situasi

itu wujud. c. Apakah yang boleh dilakukan sebagai

tindakan Guru Kaunseling. ii.Pemilihan isu kajian

iii. Merancang tindakan

a. Menyediakan matlamat tindakanb. Menyediakan rasional / sebab-sebab

cadangan tindakan.c. Untuk aktiviti baru d. Penyataan keperluan yang lain seperti sumber

rujukan, kewangan, tenaga, kelengkapan, masa dan sebagainya.

4. Meninjau dan mengutip data kajian tindakan awal.

i. Bahan-bahan dokumentasi seperti buku lawatan bilik bimbingan dan kaunseling, jadual kedatangan,

keputusan peperiksaan, latar belakang murid, buku demerit murid dan sebagainya.

ii. Transkripsi hasil temubual dengan murid bersama

dengan guru.

5. Instrumen / alat untuk mengenal pasti masalah / isu

i. Pemerhatian

ii. Temubual

iii. Ujian kertas bertulis

iv. Soal selidik

6. Melaksanakan tindakan

Contoh: mempertingkat bilangan murid ke sekolah untuk kelas 4A i.ceramah kesedaran ii. taklimat

iii. bimbingan dan kaunseling kelompok

iv. pemantauan kehadiran berterusan

v. kolaboratif dengan unit disiplin

vi. Sentuhan Kasih Pengetua touching pentadbiran.

vii. penghargaan (sijil) kerana perubahan positif murid

Penilaian:Setiap kumpulan menyiapkan rangka untuk

menjalankan kajian tindakan.

Rumusan:Kajian tindakan sangat penting bagi penyelesaian masalah

dan perancangan tindakan berikutnya.

Falsafah:Penyelidikan Asas Pembangunan dan Pemantapan Ilmu.

LAMPIRAN 6DNOTA :KONSEP ASAS KAJIAN TINDAKAN

1.0 DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Mc. Niff (1988), . Pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan itu. Melibatkan guru melaksanakan inkuirinya secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian.

Elliott & Adelman (1976) yang mempelopori kajian tindakan bilik darjah di United Kingdom, menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesional guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.

2.0 KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

Suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu amalan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui perubahan amalan Guru Kaunseling.

Melibatkan proses perkembangan amalan Guru Kaunseling yang sistematik melalui refleksi yang membina dan analisis yang kritikal.

Melibatkan pembinaan teori daripada amalan sebenar. Penekanannya kepada praktik.

Membudayakan penyelidikan

Kolaboratif dengan guru-guru lain

3.0 CIRI-CIRI UTAMA KAJIAN TINDAKAN

Guru Kaunseling dapat :

Memperbaiki kualiti melalui perubahan perlaksanaan perkhidmatan Guru Kaunseling Melibatkan proses perkembangan amalan bimbingan dan kaunseling yang sistematik melalui refleksi yang membina. Analitikal kritikal dalam tindakan diperlukan dalam merancang strategi.

Membina teori serta amalan sebenar dan penekanan kepada praktik.

Keutamaan dalam memahami dan memperbaiki amalan Guru Kaunseling.

LAMPIRAN 6ECONTOH FORMAT KAJIAN TINDAKAN

Tajuk : Peningkatan Motivasi Murid Tingkatan Enam1.0 Latar belakang:

Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan motivasi murid tingkatan enam menjelang peperiksaan STPM.

2.0 Matlamat:

Meningkatkan motivasi murid untuk peningkatan prestasi pencapaian dalam STPM.

3.0 Rasional:

Menjelang peperiksaan STPM murid menghadapi pelbagai masalah yang menimbulkan tekanan dan melemahkan motivasi murid. Justeru itu, kajian tindakan ini perlu dijalankan mengikut kehendak semasa bagi mengatasi masalah yang timbul.

4.0 Objektif:

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

i- Mengenal pasti masalah murid menjelang peperiksaan STPM.

ii- Merangka plan tindakan untuk mengatasi masalah yang timbul.

iii- Meningkatkan motivasi dan penghargaan kendiri murid.

iv- Meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam STPM.

5.0 Sasaran:

Murid Tingkatan Enam A (35 orang)

6.0 Tempoh Pelaksanaan:

2 minggu persekolahan.

7.0 Pelaksanaan

i- Mengenal pasti masalah melalui temu bual dalam kelas berkenaan

ii- Meminta murid menjawab soalan terbuka dalam sehelai kertas, misalnya; menjelang peperiksaan saya menghadapi masalah berikut..iii- Mengumpul maklumat yang diberi oleh murid.

iv- Menganalisis dan mengelompok masalah mengikut keutamaan berdasarkan intuisi profesionalisme Guru Kaunseling. Contoh : kelompok murid yang menghadapi motivasi menurun dan kurang persediaan menghadapi STPM.

v- Merancang dan melaksanakan program yang sesuai berdasarkan kelompok. Contoh : Program Yakin Boleh, Program Ulangkaji Bersama Guru Subjek / Klinik Mata Pelajaran, Group Study, Pembimbing Rakan Sebaya, Program Reading Aloud, Masih Ada Yang Sayang / Curahan Kasih dan sebagainya.

vi- Refleksi, penilaian dan pemantauan.

vii- Menulis laporan hasil tindakan.

Bidang

:Kerjaya

Tajuk

:Dunia Kerjaya Meritokrasi dan STPM

Objektif

:Murid dapat :-

1. Memahami konsep, pengiraan dan pelaksanaan meritokrasi untuk kemasukan ke IPTA/IPTS.

2. Mengetahui pengiraan unjuran markah pencapaian di

peringkat STPM .

3. Memperoleh kemahiran mengira merit untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Masa

: 40 minit

Sasaran: Tingkatan Enam

Bahan: Alat multimedia, keputusan ujian pengesanan, salinan

keputusan STPM sebenar

Langkah-

Langkah

:1. Set induksi :

Guru Guru Kaunseling menayangkan klip video/gambar

yang memaparkan pesta konvokesyen di IPTA/IPTS.

Menunjukkan contoh ijazah yang telah diterima oleh para

graduan.

2. Guru Kaunseling memperlihatkan contoh pengiraan PNGK

Majlis Peperiksaan Malaysia.

3. Guru kaunseling mengedar salinan slip peperiksaan STPM dan kod kursus yang ditawarkan semua universiti di Malaysia.4. Murid membuat pengiraan PNGK dan memilih lapan kursus mengikut kelayakan yang disusun mengikut keutamaan.5. Murid memilih dan menyusun senarai universiti mengikut keutamaan.6. Guru Kaunseling merumuskan aktiviti yang telah dijalankan.

Penilaian

:1. Murid membentangkan hasil pengiraan PNGK yang telah diperolehi dan membandingkan kelayakan masuk bagi mengikuti kursus yang dipilih.

2. Murid dapat menyenaraikan rangka dan langkah bagi memastikan mereka dapat meneruskan pengajian di universiti yang menjadi pilihan.

Rumusan

:1. Persediaan yang mantap serta konsisten akan dapat membantu murid mencapai tahap yang diperlukan.

2. Aktiviti kokurikulum juga dapat membantu murid untuk melanjutkan pengajian di universiti awam.

Falsafah

:1. Setiap individu perlu mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dan peka serta prihatin terhadap perkembangan pendidikan di peringkat di IPTA.

2. Setiap murid perlu menggunakan segala kemudahan dan peluang yang ada di sekolah untuk membantu mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Bidang:Akademik

Tajuk

:Penempatan Selepas STPM

Objektif:Murid dapat mengetahui tentang hala tuju pendidikan

tinggi dan haluan kerjaya selepas STPM.

Masa

:40 minit

Sasaran:Tingkatan EnamBahan:Lampiran maklumat, brosur.

Langkah-langkah:1. Set induksi. Guru Kaunseling menjelaskan kepada murid tentang peluang ke IPTA / IPTS selepas STPM.2. Murid diminta menulis kembali secara berkumpulan tentang pemilihan kursus di institusi pendidikan tinggi

dan hala tuju kerjaya.

3. Murid-murid membuat pembentangan mengikut kumpulan.

Penilaian :Murid membuat pembentangan dan menyatakan kembali

hala tuju selepas STPM.

Rumusan:Peperiksaan STPM menjadi penentu hala tuju kerjaya murid

tingkatan 6.

Falsafah :Pendidikan Cemerlang, Kerjaya Gemilang, Kehidupan Terbilang.

Bidang

:Kerjaya

:Dunia Kerjaya Pemilihan Kerjaya

Objektif

:Murid dapat memahami dengan lebih mendalam berkaitan :1. Kemudahan rawatan kesihatan diri dan keluarga

2. Gaji3. Skim perlindungan diri dan keluarga

4. Peluang kenaikan pangkat

Masa

: 2 jam

Sasaran: Tingkatan Enam

Bahan: Sistem pembesar suara, CD pemilihan kerjaya pilihan

Langkah- langkah

:1. Set induksi :

Pengerusi forum merangka tajuk yang akan dibincangkan dan memperkenalkan ahli panel.2. Ahli panel menjelaskan mengenai kerjaya masing-masing.

3. Pengerusi forum memberi laluan untuk penonton

mengemukakan pertanyaan

4. Sesi soal jawab bermula.

5. Majlis forum ditamatkan.

6. Guru Kaunseling memberi tugasan kepada peserta.

Penilaian: Murid menyiapkan tugasan yang diberi.

Rumusan

:1. Perkongsian pengalaman dan ilmu antara murid dan ahli panel merupakan kaedah pembelajaran yang baik.

2. Murid dapat membuat perancangan dan pemilihan yang terbaik bagi memasuki alam kerjaya.

Falsafah

:1. Pengalaman seseorang merupakan sumber maklumat yang tinggi nilainya pada orang lain.

2. Pengalaman yang dilalui oleh seseorang sesuai dijadikan

sempadan atau panduan untuk individu lain bagi

membina kehidupan yang lebih cemerlang.

3. Setiap individu perlu menghormati pengalaman orang lain.

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk: Kemahiran Membuat Keputusan

Objektif: Murid dapat :- 1. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri.

2. Memahami nilai diri.

3. Berupaya membina alternatif membuat keputusan.

Masa: 40 minit

Sasaran: Tingkatan Enam

Bahan: Rajah 4 petak pilihan (sukuan 4)

Langkah-

langkah

: 1. Set induksi :- Kaedah pemilihan ketua (Murid diberi masa selama 5 minit

untuk memilih seorang ketua dari calon yang dicadangkan). 2. Guru Kaunseling menunjukkan kaedah pemilihan ketua

secara mudah (setiap pelajar mengangkat tangan apabila calon pilihan mereka diundi). 3. Pelajar membuat pilihan kemasukan ke universiti selepas STPM dengan menggunakan rajah pilihan sukuan (empat petak pilihan) iaitu TERIMA; TIDAK TERIMA; BERPELUANG; TIADA PELUANG dan lain-lain yang difikirkan sesuai. 4. Murid membentangkan pilihan mereka mengikut kumpulan. 5. Perbincangan dalam kumpulan besar tentang kaedah

pemilihan sesuatu kumpulan. 6. Murid memberikan maklum balas positif dan komen yang membina terhadap rakan sekelas. 7. Guru Kaunseling memberikan penghargaan kepada semua

murid.

Penilaian: Merekod dan membuat pemerhatian

Rumusan: 1. Bijak membuat pilihan

2. Pilihan sekarang akan menentukan masa hadapan

3. Kaedah membuat keputusan perlu dikuasai dengan Berkesan

Falsafah: Bersedia menghadapi masalah

Bidang: Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk: Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Objektif: Murid dapat :- 1. Mengenalpasti masalah sebenar

2. Berupaya membina alternatif penyelesaian

3. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah

Masa: 40 minit

Sasaran: Tingkatan Enam

Bahan: Lampiran 6F-I dan 6F-II

Langkah-

langkah

: 1. Set induksi Permainan Tac Tac Doe (menyebut pernyataan dan

murid membuat keputusan segera dengan bergerak ke arah bulatan. YA atau TIDAK atau TIDAK PASTI). 2. Guru Kaunseling mengklasifikasi kumpulan murid mengikut pilihan masing-masing. 3. Kaunseling mengedarkan lampiran kes dan borang

penyelesaian masalah. 4. Murid diminta menyenaraikan masalah yang timbul ke

dalam borang yang disediakan. 5. Murid diminta membuat pilihan masalah berdasarkan

keutamaan . 6. Murid memilih dan menyenaraikan tiga masalah utama. 7. Murid memilih masalah yang perlu segerakan dan catatkan

langkah-langkah penyelesaiannya.

8. Murid membuat pembentangan hasil penyelesaian yang

dibincangkan.

Penilaian: Merekod dan membuat pemerhatian

Rumusan: 1. Bijak membuat pilihan. 2. Sebagai pemimpin (ahli masyarakat), perlu cekap untuk

menyelesaikan masalah. 3. Kaedah penyelesaian masalah perlu dikuasai dengan berkesan.

Falsafah: Bersedia menghadapi masalah

LAMPIRAN 6F-ISayangi Daku

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

KES 1

Qistina seorang pelajar Tingkatan 6. Beliau akan mengambil Peperiksaan STPM pada tahun ini. Walau bagaimanapun pada saat ini beliau mengalami tekanan hidup yang amat berat. Beliau tidak mempunyai masa yag mencukupi untuk mengulangkaji dan menelaah pelajaran kerana terpaksa menjalankan tugas-tugas ibu semasa di rumah. Ibunya sibuk berniaga dari pagi sampai petang malah kadang-kadang sampai ke malam. Tiga orang adik beradiknya masih bersekolah dan dua orang lagi masih belum bersekolah. Pada masa ini Qistina tinggal bersama-sama dengan datuknya. Qistina, ibu dan adik beradiknya tinggal bersama-sama di rumah datuknya dan terpaksa tunduk keada arahan datuknya. Pernah Qistina memohon untuk tinggal di asrama tetapi dihalang datuknya walaupun emaknya membenarkannya. Ayahnya pula telah berpisah dengan ibunya sejak lima tahun yang lalu dan tidak pernah menghubungi mereka lagi.Sebagai seorang pelajar yang penyayang, apakah cara-cara yang boleh anda lakukan untuk membantu Qistina. LAMPIRAN 6F-IIBorang Penyelesaian Masalah

Senarai Masalah

1. .........................................

2. .........................................

3. .........................................

4. .........................................

5. .........................................

Masalah Utama

Masalah Kecil

1. .....................................................

2. ...................................................

3. ......................................................

Menyelesai Masalah

1. ....................................................

2. ....................................................

3. ....................................................

Pilih satu yang perlu disegerakan dan catatkan langkah penyelesaian

Apakah yang patut dibuat:

Bidang:KeibubapaanTajuk

: Komunikasi

1. Kemahiran Menyelesaikan Masalah Dalam Keluarga.

2. Kemahiran Membuat Keputusan Untuk Keluarga Objektif :Murid dapat :-

1. Menyatakan dan mengaplikasikan kemahiran penyelesaian masalah.

2. Membuat keputusan dengan bijak.

Bahan:Alat multimedia.

Masa

:60 minitSasaran:Tingkatan Enam Langkah-

Langkah:1. Set induksi.

Guru menayangkan video berkaitan isu dalam sebuah

keluarga.

2. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan tayangan video.

3. Guru meminta contoh daripada murid berkaitan dengan

isu-isu keluarga.

4. Murid berada dalam kumpulan dan membincangkan kaedah menangani isu keluarga.5. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.6. Guru dan murid membuat rumusan berdasarkan tajuk

perbincangan.7. Guru menjelaskan kepada murid tentang cara dan kaedah membuat keputusan dalam menghadapi sesuatu isu yang berkaitan dengan keluarga.

Penilaian :Murid menilai isu keluarga yang positif melalui perbincangan kumpulan.

Rumusan :Menangani isu keluarga dengan bijaksana.Falsafah : 1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana

muafakat.

2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak

berguna.Bidang: Keibubapaan

Tajuk

: Perkembangan Remaja Masa Kini Dan Akan Datang.

Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan.

Objektif:Murid dapat :-1. Membuat keputusan dalam kehidupan seharian.

2. Membuat pilihan yang tepat.

Masa

: 60 minitSasaran: Tingkatan Enam Bahan: Carta, alat multimedia, Lampiran 6G-I (Kes), Lampiran 6G-

II (Borang Pengurusan Grafik) Langkah-Langkah:1. Set induksi: Guru Kaunseling mengemukakan permasalahan kepada murid dan murid diminta memilih satu jawapan yang sesuai. Contoh; Seorang murid telah mengajak kawannya

pergi membeli-belah semasa hujan renyai.

Pada masa yang sama dia mempunyai tugasan di rumah yang perlu disiapkan. Apakah keputusan yang perlu dibuat? 2. Murid diagihkan kepada kumpulan . Setiap kumpulan tidak melebihi 10 orang dan membincangkan masalah serta membuat kuputusan dalam kumpulan.(Lampiran

6G-I) dan mengisi borang pengurusan grafik yang

disediakan (Lampiran 6G-II) 3. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan masing- masing dalam kumpulan besar dan ahli lain disarankan memberi pandangan hasil pembentangan kumpulan.

4. Guru merumuskan hasil perbincangan murid.

Penilaian : Murid diberi persoalan problem solving untuk diselesaikan. Rumusan : 1. Bijak membuat pilihan. 2. Sebagai pemimpin (ahli masyarakat), perlu cekap untuk

menyelesaikan masalah.

3. Kaedah penyelesaian masalah perlu dikuasai dengan berkesan.

Falsafah :Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk

padahnya.LAMPIRAN 6G-IKES 2

Tania dan Bella adalah bersahabat. Mereka sama-sama menduduki peperiksaan SPM yang lepas dan keduanya berjanji untuk sama-sama melanjutkan pelajaran ke universiti. Tania mendapat pangkat I dan Bella mendapat pangkat II dalam SPM.

Tania mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke UiTM Kursus Diploma Komputer Sains tetapi Tania mengikut Bella untuk sama-sama masuk ke Tingkatan 6 Rendah kerana memegang janji mereka.

Setelah 2 bulan berlalu, Tania merasa sangat tidak berminat untuk meneruskan pelajaran di Tingkatan 6 dan ingin memohon semula masuk ke UiTM tetapi merasa bersalah kepada Bella.Tugasan

Gunakan borang grafik keputusan untuk membantu anda.

LAMPIRAN 6G-II

Bidang: Keibubapaan

Tajuk

: Kepimpinan - Strategi Menangani Cabaran Kepimpinan

Keluarga (Penyelesaian Masalah, Ekonomi, Sosial, Agama Dan Pendidikan)Objektif : Murid berupaya mengambil tindakan dengan bijak dan

berhemah dalam menangani isu-isu kekeluargaan.Masa

: 1 jamSasaran: Tingkatan EnamBahan: Keratan akhbar, Kertas sebak dan marker.Langkah-Langkah : 1. Set induksi- Guru Kaunseling membuka minda murid

dengan menyampaikan input secara ringkas melalui

keratan akhbar berkaitan cabaran kepimpinan keluarga pada masa kini. 2. Murid diberikan tugasan secara kumpulan. 3. Murid akan berbincang secara kumpulan bagi salah satu

aspek cabaran. 4. Murid akan menyediakan maklumat untuk dibentangkan

melalui kertas sebak.5. Murid dalam setiap kumpulan akan membuat

pembentangan. 6. Murid lain akan mencatat, menyoal dan memberi pandangan tambahan. 7. Guru Kaunseling akan membuat rumusan berkaitan

perbincangan dan menjurus kepada objektif pembelajaran yang ingin dicapai.Penilaian: Soal jawab, hasil pembentangan.Rumusan : Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya

tugasan mencari maklumat diberikan lebih awal.Falsafah: Setiap cabaran perlu tindakan yang bijak dan berhemah.

Bidang:Keibubapaan

Tajuk

:Perkembangan Remaja (Kemahiran Berfikir Dan Membuat Keputusan)Objektif :Murid dapat :-

1. Membincangkan isu-isu kekeluargaan2. Memberikan idea yang positif secara proaktif

3. Mengambil iktibar yang baik hasil daripada perbincanganSasaran:Tingkatan EnamBahan:Kelengkapan untuk perbahasanMasa

:60 minitLangkah-Langkah : 1. Set Induksi

Membahagikan murid kepada kumpulan, setiap kumpulan

3 orang). 2. Melantik Urusetia

3. Ahli kumpulan membincangkan isu yang diberikan untuk kumpulan masing-masing, contohnya isu sumbang

mahram, penderaan, keluarga penagih dadah dan lain- lain yang difikirkan sesuai berdasarkan isu semasa4. Murid membahaskan tajuk yang diberikan di hadapan murid-murid lain.

5. Guru membuat rumusan

Penilaian:1. Murid dapat memberikan idea spontan dan bernas.Rumusan :Murid perlu sentiasa bersedia dengan ilmu pengetahuan

yang luas. Falsafah:1. Menghormati pendapat orang lain.

2. Hasil yang baik adalah dari keputusan yang dan amalan yang baik.

3. Bertanggungjawab dengan idea yang diberikan.

Bidang : KeibubapaanTajuk : Kerukunan Dan Kesejahteraan Keluarga -

Batasan Pergaulan Dalam KeluargaObjektif :Murid dapat :-

1. Mengklasifikasikan pergaulan yang positif dan negatif dalam keluarga.

2. Menjaga hak dan keselamatan individu dalam keluarga.

Bahan: Kertas A4, pensil, poster atau gambar perkahwinan orang

Melayu, Cina dan IndiaMasa

: 60 minit Sasaran:Tingkatan Enam Langkah-

Langkah:1. Set induksi :

Guru Kaunseling menunjukan poster perkahwinan orang

Melayu, Cina dan India dan meminta murid melihat poster dan menghayati kandungan yang tersirat.

2. Kemudian murid diminta menyatakan; Mengapa perlu

berkahwin? .

3. Jika murid tidak dapat menjawab seperti yang dikehendaki, Guru Kaunseling perlu menerangkan tujuan sesuatu perkahwinan. Untuk menjaga maruah manusia

supaya kehidupan lebih teratur.

4. Perbincangan dalam kelas; Kenapakah perlunya pergaulan dalam keluarga juga dibatasi melalui agama, adat dan tatasusila?Penilaian : 1. Murid dapat memberikan hujah kepentingan

membatasi pergaulan dalam keluarga.

2. Murid dapat menjaga diri sendiri dan mengelak gejala

negatif melalui pergaulan. Rumusan : Murid memahami batasan pergaulan. Falsafah

: Maruah Perlu Dipertahankan .

Bidang: Pembangunan Diri Tajuk

: Penyelesaian Masalah-Konflik Hala Tuju Murid

Objektif: Murid :-

1. Mengetahui nilai kehidupan yang telah dilalui. 2. Memahami kehidupan masa depan. 3. Mempunyai matlamat hidup yang jelas.Masa

: 40 minitSasaran: Tingkatan Enam Bahan: Bahan edaran Garis Hayat, Lampiran 6HLangkah-Langkah: 1. Set induksi: Guru Kaunseling menceritakan mengenai kehidupan masa lampaunya.2. Guru Kaunseling mengedarkan bahan edaran garis hayat dan menerangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh murid.3. Murid diminta memenuhi Garis Hayat yang diedarkan

oleh Guru Kaunseling. 4. Murid diminta membentangkan hasil dapatan garis hayat. 5. Murid memberi pandangan dan pendapat.6. Guru Kaunseling membuat rumusan akhir tentang nilai pembelajaran yang diperolehi dari perbincangan tersebut.Penilaian: Murid dapat membina graf kehidupan mengikut keadaan

masa senang (+) atau keadaan masa susah (-) mereka.Rumusan : Meningkatkan nilai kehidupan murid ke arah kehidupan berkualiti.Falsafah : Murid perlu sentiasa bersyukur kepada Tuhan yang memberi peluang untuk hidup.LAMPIRAN 6 HGARIS HAYAT:Positif (menyaronokan)

789101112131415161718

(tahun)Negatif( menyedihkan)Bidang: Pembangunan Diri Tajuk

: Penyelesaian Masalah-Konflik NegaraObjektif: Murid :-1. Mengetahui cabaran yang dihadapi oleh negara.

2. Mempunyai matlamat hidup yang jelas.Masa

: 40 minit

Sasaran: Tingkatan EnamBahan: Bahan edaran, lampiran 6ILangkah: 1. Set induksi: Guru Kaunseling menceritakan mengenai sejarah negara.

2. Guru Kaunseling mengedarkan bahan edaran dan menerangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan

oleh murid. 3. Murid diminta menyenaraikan cabaran wawasan 2020 yang diedarkan oleh guru.4. Murid memberi pandangan dan pendapat.5. Guru Kaunseling membuat rumusan akhir tentang nilai

pembelajaran yang diperoleh dari perbincangan tersebut Penilaian: Murid dapat menyenaraikan cabaran wawasan 2020 dengan baik.Rumusan: Meningkatkan nilai kehidupan murid ke arah kehidupan berkualiti.Falsafah :

Hendak Seribu Daya, Tidak Hendak Seribu Dalih. Kalau Yakin Pasti Boleh.

Lampiran 6 IWawasan 2020

a) Senaraikan cabaran Wawasan 2020i.......................................................................................................................................................................................................................................................

ii......................................................................................................................................................................................................................................................

iii....................................................................................................................................................................................................................................................

iv.....................................................................................................................................................................................................................................................

v.....................................................................................................................................................................................................................................................

vi....................................................................................................................................................................................................................................................

vii...................................................................................................................................................................................................................................................

viii..................................................................................................................................................................................................................................................

ix..................................................................................................................................................................................................................................................

Bidang:Pembangunan Diri Tajuk

: Membantu Dalam KeluargaObjektif:Murid :- 1. Mengetahui peranan mereka dalam keluarga. 2. Memahami kehidupan keluarga bahagia. 3. Menyenaraikan ciri-ciri keluarga bahagia.Masa

: 40 minitSasaran: Tingkatan Enam Bahan : Bahan edaran, lampiran 6JLangkah-Langkah: 1. Set induksi: Guru Kaunseling bersoal jawab mengenai keluarga murid.

2. Guru Kaunseling mengedarkan bahan edaran dan

menerangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh murid. 3. Murid diminta menyenaraikan ciri-ciri keluarga bahagia.

4. Murid memberi pandangan dan pendapat. 5. Guru membuat rumusan akhir tentang nilai pembelajaran

yang diperolehi dari perbincangan tersebut.Penilaian : Murid dapat menyenaraikan ciri-ciri keluarga bahagia.Rumusan : Sahsiah yang cemerlang menggambarkan keluarga yang

bahagia.Falsafah : Keluarga bahagia bermula dari diri yang cemerlang.

Lampiran 6JKeluarga Bahagia

Anda adalah anak yang mempunyai sahsiah yang cemerlang. Apakah yang anda tahu ciri-ciri keluarga bahagia?i.......................................................................................................................................................................................................................................................

ii......................................................................................................................................................................................................................................................

iii....................................................................................................................................................................................................................................................

iv.....................................................................................................................................................................................................................................................

v.....................................................................................................................................................................................................................................................

vi....................................................................................................................................................................................................................................................

vii...................................................................................................................................................................................................................................................

viii..................................................................................................................................................................................................................................................

ix..................................................................................................................................................................................................................................................

Bidang:Pembangunan Diri

Tajuk

:Peningkatan Kendiri- Teori Maslow

Objektif :

Murid :-

1. Mengetahui keutamaan asas dalam kehidupan seorang manusia

2. Meningkatkan keperluan diri untuk bergerak ke arah kesempurnaan kendiri. 3. Memberi sumbangan untuk memajukan sekolah.Masa :

40 minitSasaran : Tingkatan EnamBahan : Lampiran 6KLangkah-

Langkah : 1. Set induksi Guru Kaunseling berbincang mengenai keutamaan dalam hidup. 2. Meminta murid memenuhi carta keperluan mengikut pandangan teori Maslow. 3. Menerangkan dengan lebih lanjut tentang Teori Maslow

Rumusan : Mengutamakan kesempurnaan diri/hidup.Penilaian : Menilai murid melalui perlakuan secara realiti.Falsafah : Manusia normal akan bergerak ke arah kehidupan yang

lebih sempurna

Lampiran 6K

III

II

I

kkkkepe

TEORI MASLOW

Peringkat 1:..

Contoh:

Peringkat II:

Contoh:

Peringkat III:

Contoh:Bidang:Pembangunan Diri

Tajuk

:Negara Ku Yang Dicintai

Objektif :

Murid :- 1. Mencintai negara 2. Melahirkan taat setia kepada negara

3. Mengetahui pengalaman warganegara Malaysia yang

telah berjaya mengharumkan negara

Masa

:40 minitSasaran : Tingkatan EnamBahan : Gambar tokoh-tokoh negara mengikut bidang politik, sukan

dan korporatLangkah-

Langkah : 1. Set induksi Guru Kaunseling bertanya kepada murid tokoh yang berjaya mengharumkan nama negara

2. Meminta murid berbincang bagaimana untuk

menanamkan rasa cinta dan taat setia kepada negara.

3. Menilai tokoh yang berjaya mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang.Rumusan: Melahirkan murid yang cinta dan taat setia kepada negara.Penilaian:Menilai contoh-contoh yang dibincangkan.Falsafah : Manusia mati meninggal nama dan harimau mati meninggalkan belang.Bidang:Pembangunan Diri

Tajuk : Rukunegara - Peranannya Dalam Menyatupadukan

Bangsa Di Malaysia

Objektif : Murid :-

1. Mengetahui kelima-lima komponen yang terkandung

dalam Rukunegara 2. Memahami matlamat dan objektif Rukunegara

3. Mengetahui peranan setiap anggota masyarakat dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia

Masa : 40 minitSasaran : Tingkatan EnamBahan : Keratan akhbar, lampiran 6LLangkah-

Langkah : 1. Set induksi

Memilih seorang pengerusi dan 4 orang ahli forum. 2. Pengerusi menerangkan serba sedikit mengenai tajuk

forum hari ini. 3. Pengerusi akan mengemukakan soalan-soalan yang telah disediakan awal untuk disampaikan kepada kepada ahli forum. 4. Menerima soalan-soalan daripada peserta/murid lain 5. Rumusan oleh pengerusi

Rumusan : Melahirkan rasa saling menghormati antara satu

sama lain.Penilaian : Menilai murid melalui pemerhatian terhadap sikap, kelakuan dan percakapan dengan orang lain

Falsafah : Perpaduan Kaum Teras Kesejahteraan Negara Lampiran 6LSoalan-Soalan Forum

1. Apakah komponen-komponen dalam Rukunegara?

2. Apakah matlamat wujudnya Rukunegara?

3. Bagaimana Rukunegara boleh menyatupadukan pelbagai bangsa di Malaysia?

4. Apakah peranan setiap rakyat di Malaysia dalam mengekalkan keharmonian masyarakat?

5. Mengapa masih berlaku peristiwa-peristiwa yang boleh menggugat keamanan negara?

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Sumbangan Sosial Hidup Cemerlang Tanpa DadahObjektif : Murid :-

1. Mengetahui kesan dan akibat penggunaan dadah .

2. Mempraktik dan meningkatkan cara penggunaan

teknologi maklumat di dalam sebaran maklumat Anti Dadah.

3. Mengetahui kesan dan akibat penggunaan dadah

dari segi akta dan perundangan.Masa : 80 minit

. Sasaran : Tingkatan EnamBahan : Pelbagai bahan Pendidikan Pencegahan Dadah,

Internet di Pusat Sumber/Makmal Komputer, Komputer

Langkah- Langkah : 1. Set induksi:Guru Kaunseling meminta murid-murid untuk menyanyikan lagu :

Berkorban Apa Saja / Seroja.

2. Guru Kaunseling membentuk 4 kumpulan.3. Guru memberi taklimat mengenai kaedah untuk mendapatkan bahan rujukan.

4. Guru memberikan masa selama 30 minit untuk murid-murid mendapatkan maklumat.

5. Murid-murid membina sebaran maklumat melalui kaedah dalam bentuk brosur, buletin, kata-kata mutiara, flyer dan poster.

6. Murid-murid diminta menyebarkan hasilan dapatan dengan melalui beberapa kaedah seperti berikut:

i. Mempamerkan di papan kenyataan kelas.

ii. Mempamerkan di papan kenyataan di kawasan laluan murid yang strategik. iii. Mengedarkan brosur dan buletin kepada pentadbir, guru-guru, murid-murid dan staf sokongan. Penilaian : Perbincangan guru dan murid mengenai tugasan secara bertulis Rumusan : Persembahan yang menarik dapat mempengaruhi individu. Falsafah: 1. Murid perlu peka akan perkembangan diri dan kesan

dadah terhadap kesihatan.Bidang: Pendidikan PencegahanTajuk: Sumbangan Sosial - Pertandingan Kembara Anti DadahObjektif: Murid dapat :- 1. Pendedahan kepada aktiviti sosial yang

sihat.

2. Memperoleh kemahiran berkomunikasi.

3. Peluang menyebarkan maklumat.

4. Mengetahui kesan dan akibat penyalahgunaan dadah dari segi akta perundangan.

Masa: 180 minit Sasaran: Tingkatan Enam Bahan: Borang clue, pen, pas pengenalan diri/kebenaran

keluar kelas, lampiran borang, risalah berkaitan penyalahgunaan dadah serta perkaitannya dengan perundangan.

Langkah-

Langkah: 1. Set induksi:

Memberi taklimat kembara:i. Objektif kembara.ii. Peraturan kembara Anti Dadah.

iii. Membentuk kumpulan. 2. Guru Kaunseling mengedarkan sampul surat yang

mengandungi keratan clue kepada setiap kumpulan.

3. Setelah keratan clue lengkap dicantumkan, setiap

kumpulan akan mengikut arahan clue tersebut ke

check points seterusnya ( Cantuman clue ini akan

digunakan untuk setiap clue sehingga check points

terakhir).

4. Check point pertama akan membawa tugasan kepada

Ketua Bidang Kemanusian. Contoh clue; Seorang guru

yang tegas.

Check point kedua akan membawa tugasan kepada

Guru Disiplin.

Check point ketiga akan membawa tugasan kepada

Penolong Kanan Kokurikulum.

Check point keempat akan membawa tugasan kepada Guru Kaunseling.

Check point terakhir akan membawa tugasan kepada pekerja am/staf sokongan Penilaian : Soal selidik di dalam borang penilaian murid.

Rumusan : 1. Pentingnya mengetahui akta perundangan penyalahgunaan dadah. 2. Berkerjasama dalam membenteras dadah. Falsafah : 1. Dadah Musuh Negara 2. Hidup Mulia Tanpa Dadah

Lampiran 6M-IBorang Pemarkahan

Nama kumpulan :..........................................

Skala skor pemarkahan.

5. Amat baik 4. Baik 3. Sederhana 2. Kurang baik1.Lemah

Check PointSikapKerjasamaKepimpinanKetepatan JawapanJumlah

1

2

3

4

5

Lampiran 6M-II*Guru Kaunseling perlu menyediakan borang clue mengikut keperluan.

Contoh Soalan Yang Boleh Dikemukakan Di Check Point

1. Definisi dadah dan jenis-jenis dadah.

2. Mengapa remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah?3. Apakah kesan kepada remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah?4. Bagaimana cara mengatasi dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah?5. Setiap kumpulan perlu mencipta lagu yang bertemakan anti dadah

Membuat Keputusan

Pilihan-pilihan

Pilihan-pilihan

Positif

Positif

Negatif

Negatif

PAGE 61