modul pembelajaran tingkatan 3 - … filemodul pembelajaran pendidikan asas vokasional (pav) modul...

80
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL MODUL PEMBELAJARAN TINGKATAN 3 TEKNOLOGI VOKASIONAL - SAINS 2014

Upload: others

Post on 24-Sep-2019

33 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

i

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

MODUL PEMBELAJARAN

TINGKATAN 3

TEKNOLOGI VOKASIONAL - SAINS

2014

ii

MODUL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL

SAINS

TINGKATAN 3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

iv

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

v

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA

vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

vii

3. PENDAHULUAN a. Objektif Modul b. Kandungan Modul

1 2

4. MODUL PEMBELAJARAN UNIT 1 : SAINS HAYAT UNIT 2 : SAINS HAYAT UNIT 3 : SAINS FIZIKAL

UNIT 4 : SAINS BAHAN UNIT 5 : SAINS BAHAN UNIT 6 : SAINS BAHAN UNIT 7 : TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI UNIT 8 : SAINS BUMI DAN ANGKASA

1 10 35 49 62 71 79 87

vi

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara

hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1

UNIT 2: SAINS HAYAT STANDARD KANDUNGAN 1.0 Memahami pembiakan tumbuhan STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Mengenal pasti struktur dan fungsi bunga. OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.1.1 Mengenal pasti dan melabel struktur bunga.

1.1.2 Memadankan struktur bunga dengan fungsinya. 1.1.3 Mengenal pasti bahagian pembiakan jantan dan bahagian pembiakan betina bunga.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Organ pembiakan tumbuhan ialah bunga. Empat bahagian utama bunga ialah sepal, ranggi,

stamen dan pistil. Sepal dan ranggi bukan bahagian pembiakan bunga manakala stamen

dan pistil adalah merupakan organ pembiakan bunga. Stamen merupakan bahagian

pembiakan jantan yang terdiri daripada anter dan filamen. Anter terdiri daripada pundi

debunga yang mengandungi butir debunga. Pistil merupakan bahagian pembiakan betina

yang terdiri daripada stigma, stil dan ovari.

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Bunga raya, kanta pembesar, pisau lipat

SENARAI TUGASAN Tugasan 1: Mengenal pasti dan melabel struktur bunga. Tugasan 2: Memadankan struktur bunga dengan fungsinya. Tugasan 3: Mengenal pasti bahagian pembiakan jantan dan bahagian pembiakan betina

bunga.

2

LANGKAH KERJA Tugasan 1: Mengenal pasti dan melabel struktur bunga. Aktiviti 1. Arahan: 1. Buat keratan rentas bunga menggunakan pisau lipat. 2. Kenal pasti struktur bunga menggunakan kanta pembesar dengan bantuan guru. 3. Pelajar melabel struktur bunga berpandukan rajah yang disediakan oleh guru.

Struktur bunga

Ranggi Stigma Anter Pistil Ovul

d)

a)

Stamen Filamen

Stil

c)

b)

Sepal

e)

Ovari

3

LANGKAH KERJA Tugasan 2: Memadankan struktur bunga dengan fungsinya. Aktiviti 1. Arahan: Padankan struktur bunga dengan fungsinya yang betul.

Struktur bunga Fungsi

Sepal Bahagian pembiakan jantan bunga

Ranggi Melindungi ovul

Stamen Menarik perhatian serangga dan haiwan

Filamen Menyokong stigma dan bersambung ke ovari

Anter Bahagian pembiakan betina

Pistil Menyokong anter

Ovari Mengandungi butir debunga

Ovul Melindungi bunga semasa kudup

Stil Mengandungi gamet betina

Stigma Menerima dan memerangkap debunga

4

LANGKAH KERJA Tugasan 3: Mengenal pasti bahagian pembiakan jantan dan bahagian pembiakan betina

bunga.

Aktiviti 1.

Arahan:

1. Bincang bersama guru anda untuk mengenal pasti bahagian-bahagian jantan dan betina bunga.

2. Padankan struktur bunga berikut dengan bahagiannya yang betul.

Struktur bunga Bahagian

Pistil Bahagian pembiakan jantan bunga

Stamen Bahagian pembiakan betina bunga

LATIHAN

1. Bahagian pembiakan jantan bunga terdiri daripada dua bahagian. Nyatakan bahagian-bahagian tersebut.

a. ………………………………………

b. ………………………………………

2. Bahagian pembiakan betina bunga terdiri daripada empat bahagian. Nyatakan bahagian-bahagian tersebut.

a. ……………………......... b. .……………………………

c. ……………………......... d. .……………………………

5

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT

2

TAJUK

Mengenalpasti struktur dan fungsi bunga.

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI

CATATAN YA TIDAK

1. Mengenalpasti dan melabel struktur bunga.

2. Memadankan struktur bunga dengan fungsinya.

3. Mengenalpasti bahagian pembiakan jantan dan bahagian pembiakan betina bunga.

KEPUTUSAN

TERCAPAI TIDAK

TERCAPAI

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan&Tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan&Tarikh

6

STANDARD PEMBELAJARAN

1.2 Mengenal pasti pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.2.1 Menyatakan maksud pendebungaan

1.2.2 Membanding beza antara pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk melalui

persembahan multimedia 1.2.3 Memerihalkan kebaikan pendebungaan kacuk dengan memberikan contoh

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Pendebungaan sangat penting untuk pembiakan tumbuhan. Pendebungaan berlaku di

bahagian bunga. Pendebungaan selalunya dibantu beberapa agen pendebungaan seperti

haiwan, angin dan air.

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Gunting Gam SENARAI TUGASAN Tugasan 1: Menyatakan maksud pendebungaan. Tugasan 2: Membanding beza antara pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk melalui persembahan multimedia Tugasan 3: Memerihalkan kebaikan pendebungaan kacuk dengan memberikan contoh

7

LANGKAH KERJA Tugasan 1: Menyatakan maksud pendebungaan. Aktiviti 1 Arahan: Jalankan aktiviti berikut dalam kumpulan. 1. Padankan pendebungaan dengan maksud yang betul

Pemindahan bunga dari bahagian jantan ke bahagian betina

Pendebungaan

Pemindahan debunga dari bahagian jantan ke bahagian betina

Tugasan 2: Membanding beza antara pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk melalui persembahan multimedia

Aktiviti 1

Arahan:

1. Gunting gambar rajah yang disediakan dalam lampiran A

2. Bincang dalam kumpulan anda dan kenal pasti jenis pendebungaan bagi setiap

gambar rajah tersebut.

3. Tampalkan gambarah tersebut dalam ruangan yang betul di bawah.

4. Bentang dan terangkan hasil kerja anda.

8

Tampalkan hasil kerja anda yang betul dalam ruangan di bawah.

PENDEBUNGAAN KACUK

PENDEBUNGAAN SENDIRI

9

LAMPIRAN A

10

Aktiviti 2

Arahan

1. Bincangkan bersama ahli kumpulan anda ciri-ciri berikut.

2. Tuliskan S untuk pendebungaan sendiri dan K untuk pendebungaan kacuk.

Ciri-ciri S atau K

a. Berlaku pada bunga yang sama.

b. Berlaku pada bunga tumbuhan yang lain tetapi sama spesis

c. Berlaku pada bunga yang berbeza tetapi pada tumbuhan yang sama

Tugasan 3: Memerihalkan kebaikan pendebungaan kacuk dengan memberikan contoh

Aktiviti 1

Arahan

1. Dalam kumpulan anda, bincangkan senarai berikut.

Tumbuhan baru lebih sihat dan tahan penyakit

Tumbuhan baru banyak penyakit

Tumbuhan baru lebih banyak variasi.

Percambahan biji benih yang berjaya lebih tinggi

Tumbuhan tiada variasi (pelbagai jenis)

2. Dari senarai di atas, manakah merupakan kebaikan pendebungaan kacuk dan

senaraikan di dalam kotak di bawah.

3. Jelaskan pilihan jawapan anda kepada kelas.

Bil Kebaikan pendebungaan kacuk

1

2

3

11

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT

2

TAJUK

Mengenalpasti pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI

CATATAN YA TIDAK

1. Menyatakan maksud pendebungaan.

2. Membanding beza antara pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk melalui persembahan multimedia

3. Memerihalkan kebaikan pendebungaan kacuk dengan memberikan contoh

KEPUTUSAN TERCAPAI

TIDAK TERCAPAI

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan&Tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan&Tarikh

1

UNIT 3: SAINS FIZIKAL STANDARD KANDUNGAN 2.0 Memahami daya STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Mengenal pasti jenis-jenis daya. OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 2.1.1 Menyatakan maksud daya.

2.1.2 Mengenal pasti daya geseran, daya graviti, daya magnet dan daya elektrostatik melalui aktiviti 2.1.3 Memadankan jenis-jenis daya dengan contoh dalam kehidupan harian.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Setiap aktiviti dan kerja yang kita lakukan menggunakan daya. Seorang murid memerlukan

daya untuk menarik beg galas beroda ke sekolah manakala seorang ibu menggunakan daya

untuk menolak troli semasa membeli belah di sebuah pasaraya. Daya ialah sebarang bentuk

tolakan atau tarikan yang dikenakan pada sesuatu objek. Daya tidak dapat dilihat tetapi kita

dapat merasai atau melihat kesan daya ke atas sesuatu objek. Graviti bumi, magnet,

elektrostatik adalah diantara contoh-contoh yang mempunyai daya tarikan dan daya tolakan.

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Spring dan pemberat

Sikat plastik dan kain bulu

Bongkah magnet

Bongkah kayu dan neraca spring

2

SENARAI TUGASAN Tugasan 1: Menyatakan maksud daya. Tugasan 2: Mengenal pasti daya geseran, daya graviti, daya magnet dan daya elektrostatik melalui aktiviti Tugasan 3; Memadankan jenis-jenis daya dengan contoh dalam kehidupan harian. LANGKAH KERJA Tugasan 1: Menyatakan maksud daya Rajah menunjukkan pelajar A menolak sebuah meja dan pelajar B menarik guni simen.

Cadangan - Aktiviti di atas boleh dijalankan dengan menggunakan objek lain dalam makmal

Aktiviti 1. Arahan:

1. Bincangkan bersama guru anda dan lengkapkan pemerhatian berikut:

i. Pelajar A menggunakan daya untuk _________________ meja ii. Pelajar B menggunakan daya untuk _________________ guni simen

2. Berdasarkan jawapan di atas, lengkapkan maksud daya:- Daya adalah sesuatu yang __________________ atau yang _________________.

Tolak Tarik

B A

3

a. Pemberat besi (1N) yang di gantung pada spring akan

tertarik ke bawah kerana adanya daya tarikan dari

dalam Bumi yang kenali sebagai daya

_________________.

b. Cebisan kertas itu tertarik kepada sikat plastik

setelah digosok dengan kain bulu kerana

adanya daya tarikan yang dikenali sebagai

daya ________________________.

c. Daya yang menyebabkan kutub magnet bar

yang sama menolak dan kutub magnet bar

yang berlainan tertarik dikenali sebagai

daya ________________________

d. Apabila permukaan bongkah kayu itu di tarik di

atas permukaan meja yang kasar, daya X yang

melawan arah pergerakan bongkah kayu

dikenali sebagai daya __________________

LANGKAH KERJA Tugasan 2: Mengenal pasti daya geseran, daya graviti, daya magnet dan daya

elektrostatik melalui aktiviti. Aktiviti 1.

Arahan:

1. Jalankan aktiviti-aktiviti di bawah secara berkumpulan. 2. Bincang bersama guru anda dan lengkapkan kesimpulan berikut untuk menunjukkan wujudnya tarikan dan tolakan disekeliling kita dengan menggunakan perkataan di bawah.

Geseran Kemagnetan Graviti Elektrostatik

4

LANGKAH KERJA Tugasan 3: Memadankan jenis-jenis daya dengan contoh dalam kehidupan harian Aktiviti 1. Arahan. Buat garis untuk memadankan jenis daya dengan contoh dalam kehidupan harian yang betul.

Jenis Daya Contoh dalam kehidupan harian

Graviti

Permukaan tayar menjadi haus / botak

Geseran

Serbuk besi tertarik kepada magnet

Kemagnetan

Menara condong mudah tumbang

Eletrostatik

Rambut tertarik kepada belon getah yang telah

digosok dengan kain bulu

5

LATIHAN

1. Cari dan gariskan tiga jenis daya yang lain :

A B C D R T Y U I O P Q K

S D F G H J K L Y N E I S

A S D G E R T E A C T P A

W D F T R E R T Q A Y H N

B X W E R A E M T S T S A

V B N M N N V S S W E M M

F G H J G V O I M B D D W

C V B A W R Q D T M V C W

X C M V T B N M R I M C V

R E A K A H R T Y U I O O

K D E C N M Y T G H H D D

K L E R G E S E R A N D M

E Q W E R T Y U I O A S D

6

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT

3

TAJUK

Mengenal pasti jenis-jenis daya.

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI

CATATAN YA TIDAK

1. Menyatakan maksud daya

2. Mengenal pasti daya geseran, daya gravity, daya magnet dan daya elektrostatik

3. Memadankan jenis-jenis daya dengan contoh dalam kehidupan harian

KEPUTUSAN TERCAPAI

TIDAK TERCAPAI

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh

1

UNIT 3: SAINS FIZIKAL STANDARD KANDUNGAN 3.0 Memahami kekonduksian haba STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Mengenal pasti kekonduksian haba pepejal OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 3.1.1 Menentukan kadar kekonduksian haba pelbagai jenis pepejal melalui aktiviti 3.1.2 Menyusun mengikut urutan kadar kekonduksian haba pelbagai jenis pepejal 3.1.3 Menerangkan maksud konduktor dan penebat haba 3.1.4 Mengenal pasti konduktor dan penebat haba pada alatan yang digunakan dalam

kehidupan seharian melalui aktiviti

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya dengan mudah dan cepat dikenali

sebagai konduktor haba. Bahan yang menghalang haba dari mengalir melaluinya dikenali

sebagai penebat haba. Penebat haba juga dikenali sebagai konduktor haba yang lemah

kerana hanya membenarkan sedikit haba mengalir melaluinya. Logam yang berbeza

mempunyai kebolehan mengalirkan haba secara konduksi pada kadar yang berbeza.

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Tungku kaki tiga Rod aluminium Rod besi Rod kuprum Penunu Bunsen Lilin Paku tekan

2

SENARAI TUGASAN Tugasan 1: Menentukan kadar kekonduksian haba pelbagai jenis pepejal melalui aktiviti Tugasan 2: Menyusun mengikut urutan kadar kekonduksian haba pelbagai jenis pepejal Tugasan 3: Menerangkan maksud konduktor dan penebat haba Tugasan 4: Mengenal pasti konduktor dan penebat haba pada alatan yang digunakan

dalam kehidupan seharian melalui aktiviti LANGKAH KERJA Tugasan 1: Menentukan kadar kekonduksian haba pelbagai jenis pepejal melalui aktiviti Aktiviti 1. Arahan:

1. Jalankan aktiviti di bawah secara berkumpulan dengan menggunakan tiga jenis rod logam, rod aluminium (A), rod besi (B) dan rod kuprum (C) seperti dalam gambarajah di bawah.

2. Lekatkan satu paku tekan dihujung setiap rod logam menggunakan lilin.

3. Selepas dipanaskan hujung rod logam itu, catatkan pemerhatian anda dalam ruangan di bawah.

Pemerhatian: a) Paku tekan atas rod logam manakah yang jatuh terlebih dahulu b) Paku tekan atas rod logam manakah yang jatuh paling lambat

3

LANGKAH KERJA Tugasan 2: Menyusun mengikut urutan kadar kekonduksian haba pelbagai jenis pepejal. Aktiviti 1. Arahan: Berdasarkan pemerhatian anda dalam tugasan 1 di atas, bincangkan bersama guru anda perkara berikut. a) Pepejal manakah yang mempunyai kadar kekonduksian haba yang paling baik ________________________ b) Pepejal manakah yang mempunyai kadar kekonduksian haba yang paling lemah. ________________________ c) Susun mengikut urutan kadar kekonduksian haba, rod logam A, B dan C dari yang paling baik ke paling lemah. LANGKAH KERJA Tugasan 3: Menerangkan maksud konduktor dan penebat haba Aktiviti 1. Arahan: a) Bincangkan bersama guru anda maksud konduktor dan penebat haba. b) Padankan maksud konduktor dan penebat haba

Konduktor haba

Membenarkan sedikit haba mengalir melaluinya

Penebat haba

Bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya dengan mudah dan cepat

4

LANGKAH KERJA Tugasan 4: Mengenal pasti konduktor dan penebat haba pada alatan yang digunakan

dalam kehidupan seharian melalui aktiviti Aktiviti 1. Arahan: Jalankan aktiviti di bawah secara berkumpulan. Berdasarkan gambarajah di bawah, kenal pasti dan labelkan konduktor haba dan penebat haba pada alatan berikut. Bincangkan bersama guru anda.

Alatan

1

2

3

4

b) a)

b) a)

a)

b)

b) a)

5

LATIHAN

1. Cari dan garis perkataan berikut: ALUMINIUM, BESI, KUPRUM DAN PENEBAT HABA

KONDUKTOR HABA

X X V S V I H G O B Q Y O K Z

K O N D U K T O R H A B A U G

L J X O F D Q L M T X U N P X

V E F Q O E Q B G P J F A R Y

N H M M H F K B U D M Q C U O

N S J M Y H L V F W T D X M U

Z R W V S I J Y T L Z N U D L

O S P R G P B G Z J I B C N L

E P C U X J D C J G V Y Z B B

S P K W J V R P U B Q W Y E B

M A M K T P U N K T F Y G S C

Q R P W C X B G B B T V L I W

M U I N I M U L A U O F Y R U

E K L N B T R D O I W C D M E

P E N E B A T H A B A C N L F

6

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT

3

TAJUK

Mengenalpasti kekonduksian haba pepejal

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI

CATATAN YA TIDAK

1. Menentukan kadar kekonduksian haba pelbagai jenis pepejal melalui aktiviti

2. Menyusun mengikut urutan kadar kekonduksian haba pelbagai jenis pepejal

3. Menerangkan maksud konduktor dan penebat haba

4. Mengenal pasti konduktor dan penebat haba pada alatan yang digunakan dalam kehidupan seharian melalui aktiviti

KEPUTUSAN TERCAPAI

TIDAK TERCAPAI

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

1

UNIT 3: SAINS FIZIKAL STANDARD KANDUNGAN 4.0 Memahami prinsip pengembangan dan pengecutan jirim STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Memerihalkan prinsip pengembangan dan pengecutan logam OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 4.1.1 Menerangkan pengembangan dan pengecutan logam dengan menjalankan aktiviti.

4.1.2 Menyatakan contoh aplikasi pengembangan dan pengecutan logam dalam

kehidupan harian.

4.1.3 Menyelesaikan masalah mudah dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang pengembangan dan pengecutan logam.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Pengembangan dan pengecutan logam adalah berdasarkan penyerapan dan penyingkiran

haba oleh jirim di dalam logam tersebut. Jirim terdiri daripada zarah-zarah. Apabila jirim

dipanaskan, tenaga haba akan menyebabkan zarah-zarah bergetar dengan lebih cepat dan

menjauhi satu sama lain. Isipadu jirim akan bertambah dan jirim tersebut akan

mengembang. Apabila jirim disejukkan, zarah-zarah akan kehilangan tenaga haba dan

bergetar dengan lebih perlahan. Jarak antara zarah-zarah menjadi lebih dekat. Isipadu jirim

berkurang dan jirim tersebut akan mengecut. Sifat logam ini membolehkannya diaplikasikan

dalam kehidupan harian.

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Bebola dan gelang logam, penunu bunsen

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

2

SENARAI TUGASAN Tugasan 1: Menerangkan pengembangan dan pengecutan logam dengan menjalankan

aktiviti. Tugasan 2: Menyatakan contoh aplikasi pengembangan dan pengecutan logam dalam

kehidupan harian. Tugasan 3: Menyelesaikan masalah mudah dengan mengaplikasikan pengetahuan

tentang pengembangan dan pengecutan logam. LANGKAH KERJA Tugasan 1: Menerangkan pengembangan dan pengecutan logam dengan menjalankan aktiviti. Aktiviti 1. Arahan: Jalankan aktiviti di bawah dalam kumpulan anda menggunakan radas di bawah.

1. Masukkan bebola logam ke dalam gelang logam. Perhatikan apa yang berlaku.

2. Panaskan bebola logam menggunakan penunu bunsen. Kemudian masukkan bebola

logam yang telah dipanaskan itu ke dalam gelang besi. Perhatikan apa yang berlaku.

3. Rendam bebola besi yang telah dipanaskan dalam langkah 2 ke dalam air untuk menyejukkannya. Masukkan bebola besi yang telah disejukkan ke dalam gelang logam sekali lagi. Perhatikan apa yang berlaku.

4. Rekodkan pemerhatian anda dalam ruangan di bawah.

Langkah Pemerhatian ( melepasi / tidak melepasi)

1

Bebola logam ____________________________ gelang logam.

2

Bebola logam ____________________________ gelang logam.

3

Bebola logam ____________________________ gelang logam.

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

3

LANGKAH KERJA Tugasan 2: Menyatakan contoh aplikasi pengembangan dan pengecutan logam dalam

kehidupan harian. Aktiviti 1. Arahan: 1. Bincangkan bersama guru anda contoh-contoh dalam kehidupan harian di bawah. 2. Kenal pasti sekiranya contoh tersebut ada aplikasi pengembangan dan pengecutan

logam dan tandakan () dalam ruangan yang disediakan

Bil Contoh dalam kehidupan harian Tandakan ()

1

Termometer

2

Penggera kebakaran

3

Ruang antara konkrit jambatan

4

Dawai ampaian

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

4

LANGKAH KERJA Tugasan 3: Menyelesaikan masalah mudah dengan mengaplikasikan pengetahuan

tentang pengembangan dan pengecutan logam. Aktiviti 1. Arahan: Bincangkan dengan guru anda situasi berikut dan cara mengatasi masalah tersebut.

Semasa sarapan pagi, ibu anda tidak dapat membuka penutup botol jem kerana penutupnya terlalu ketat. Apakah yang akan anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut? Dengan menggunakan apa yang telah dipelajari di dalam tajuk ini, bincangkan bersama ahli kumpulan anda dan catatkan cara penyelesaiannya di bawah. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

5

LATIHAN

1. Padankan kegunaan pengembangan dan pengecutan logam dalam kehidupan seharian

dengan aplikasinya yang betul.

Kegunaan pengembangan dan pengecutan jirim Aplikasi

a. Ruang antara besi jambatan membolehkan besi mengembang pada hari panas.

Termometer

b. Ia dipasang dalam keadaan yang kendur

membolehkannya mengecut pada waktu malam. Penggera kebakaran

c. Merkuri mengembang apabila dipanaskan dan

mengecut apabila disejukkan. Wayar telefon

d. Haba menyebabkan jalur dwilogam menjadi lurus

atau membengkok dan melengkapkan atau

memutuskan litar elektrik.

Jalan konkrit

e. Ruang membenarkan pengembangan pada hari

panas menyebabkan permukaan tidak retak. Jambatan besi

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

6

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT

3

TAJUK

Memerihal prinsip pengembangan dan pengecutan logam

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI

CATATAN YA TIDAK

1. Menerangkan pengembangan dan pengecutan logam menjalankan aktiviti

2. Menyatakan contoh aplikasi pengembangan dan pengecutan logam dalam kehidupan harian

3. Menyelesaikan masalah mudah dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang pengembangan dan pengecutan logam

KEPUTUSAN

TERCAPAI TIDAK

TERCAPAI

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh

1

UNIT 4: SAINS BAHAN STANDARD KANDUNGAN 5.0 Memahami larutan dan kadar kelarutan STANDARD PEMBELAJARAN 5.1 Memerihalkan zat terlarut, pelarut dan larutan . OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 5.1.1 Menerangkan maksud zat terlarut, pelarut dan larutan dengan menjalankan aktiviti 5.1.2 Membezakan antara larutan cair, larutan pekat dan larutan tepu melalui aktiviti.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Air adalah pelarut yang luar biasa dan boleh didapati

walau dimana jua kita berada. 3/4 dari permukaan

bumi ialah air. Air wujud dalam keadaan pepejal (ais),

cecair (air) dan gas (wap air). 80% dari kandungan

tubuh kita juga terdiri dari air. Tanpa air,

kebiasaannya manusia tidak mampu hidup lebih dari

5 hari. Kita menggunakan air untuk pelbagai

keperluan harian kerana sifat air itu boleh melarut banyak bahan (zat terlarut). Air boleh

melarutkan kebanyakkan bahan sama ada pepejal, cecair atau gas. Atas keunikan sifat

melarutkan pelbagai bahan ini maka air dikenali sebagai pelarut universal.

2

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Bikar dan rod kaca Air suling dan garam halus Spatula SENARAI TUGASAN

Tugasan 1: Menerangkan maksud zat terlarut, pelarut dan larutan dengan menjalankan aktiviti.

Tugasan 2: Membezakan antara larutan cair, larutan pekat dan larutan tepu melalui aktiviti

LANGKAH KERJA Tugasan 1: Menerangkan maksud zat terlarut, pelarut dan larutan dengan menjalankan

aktiviti Aktiviti 1. Arahan: 1. Jalankan aktiviti berikut dalam kumpulan anda. 2. Ikut langkah 1, langkah 2 dan langkah 3 seperti gambarajah di bawah. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 1 - Sukat 100ml air suling dan tuangkan ke dalam satu bikar.

Langkah 2 - Masukkan 1 spatula garam halus ke dalam bikar berisi air tadi.

Langkah 3 - Gunakan rod kaca dan kacau garam dalam air hingga semua garam larut dalam air.

3

Zat terlarut

Pelarut

Larutan

Cecair yang dapat melarutkan bahan-bahan

Bahan yang boleh larut dalam sesuatu cecair.

Campuran yang terhasil apabila bahan-bahan larut

dalam cecair

Berdasarkan pemerhatian anda dalam aktiviti di atas: 1. Lengkapkan persamaan berikut dengan menggunakan perkataan yang diberikan. 2. Padankan istilah berikut dengan maksudnya yang betul. Istilah Maksud LANGKAH KERJA Tugasan 2: Membezakan antara larutan cair, larutan pekat dan larutan tepu melalui aktiviti

Aktiviti 1. Aktiviti dalam tugasan 1 di teruskan dengan menjalankan arahan berikut. Arahan: 1. Tambahkan 1 spatula garam lagi ke dalam bikar berisi 100ml air suling dan kacau

sehingga semua garam itu terlarut.

2. Teruskan menambah garam dan kacau sehingga garam yang ditambahkan tidak

dapat larut di dalam air walaupun setelah dikacau selama beberapa minit.

* Perhatian: Berikut adalah pembolehubah-pembolehubah yang mesti dimalarkan. a. Garam yang sama saiz.

b. Air suling yang sama isipadu

c. Air suling yang sama suhu.

Larutan garam Garam

Air Suling + _________________

_________________

4

Larutan cair

Larutan

pekat

Larutan tepu

Larutan yang mengandungi kandungan zat terlarut

yang banyak tetapi masih boleh melarutkan lagi zat

terlarut yang lain.

Larutan yang mengandungi zat terlarut yang

maksimum dan tidak boleh melarutkan zat terlarut

yang lain

Larutan yang mengandungi zat terlarut yang sedikit

dalam pelarut yang banyak

Aktiviti 2. Arahan: Berdasarkan pemerhatian anda dalam aktiviti di atas: 1. Labelkan larutan berikut berdasarkan jumlah zarah-zarah garam dalam air suling

menggunakan perkataan yang diberikan.

2. Padankan istillah berikut dengan maksudnya yang betul.

Istilah Maksud

Larutan Pekat Larutan Tepu Larutan Cair

__________________

________________

__________________

________________

__________________

________________

baki garam

yang tidak

boleh larut

lagi

5

LATIHAN

1. Ahmad telah menyediakan larutan gula yang sudah tepu untuk digunakan dalam satu

majlis kenduri. Apakah yang boleh dia lakukan jika dia ingin menambahkan gula lagi ke dalam larutan yang sudah tepu itu,?

Bincangkan bersama ahli kumpulan dan guru anda. Hasil perbincangan anda dicatatkan dalam ruangan di bawah.

i. _______________________________________________________________

ii. ______________________________________________________________

iii. ______________________________________________________________

Keadaan larutan gula yang tepu

6

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT 4

TAJUK Memerihalkan zat terlarut, pelarut dan larutan

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI

CATATAN YA TIDAK

1. Menerangkan maksud zat terlarut, pelarut dan larutan dengan menjalankan aktiviti.

2. Membezakan antara larutan cair, larutan pekat dan larutan tepu melalui aktiviti

KEPUTUSAN TERCAPAI

TIDAK TERCAPAI

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh

1

UNIT 4: SAINS BAHAN STANDARD PEMBELAJARAN 5.1 Memerihalkan zat terlarut, pelarut dan larutan . OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 5.1.3 Menentukan faktor yang mempengaruhi kadar kelarutan iaitu suhu pelarut, kadar

mengacau, saiz zarah zat terlarut dan isipadu pelarut dengan menjalankan aktiviti 5.1.4 Mewajarkan kepentingan air sebagai pelarut universal.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Air boleh melarutkan kebanyakan bahan samada pepejal, cecair atau pun gas. Oleh sebab itu,

air dikenali sebagai pelarut universal. Di rumah, air digunakan untuk memasak, mencuci dan

mandi. Untuk mencuci, air boleh melarutkan sabun dan bahan pencuci lain untuk

menanggalkan kotoran pada pakaian dan pinggan.

Dalam bidang pertanian, air digunakan untuk melarutkan baja dengan kaedah fertigasi dimana

larutan baja disalurkan terus ke akar tumbuhan. Selain itu air juga digunakan untuk melarutkan

bahan racun kimia dan dalam penyediaan ubat-ubatan.

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Bikar dan rod kaca Air suling ,garam halus dan garam kasar Spatula Air sejuk dan air panas

2

SENARAI TUGASAN

Tugasan 1: Menentukan faktor yang mempengaruhi kadar kelarutan iaitu suhu pelarut, kadar mengacau, saiz zarah zat terlarut dan isipadu pelarut dengan menjalankan aktiviti

Tugasan 2: Mewajarkan kepentingan air sebagai pelarut universal

LANGKAH KERJA Tugasan 1: Menentukan faktor yang mempengaruhi kadar kelarutan iaitu suhu pelarut, kadar

mengacau, saiz zarah zat terlarut dan isipadu pelarut dengan menjalankan aktiviti

Aktiviti 1. Jalankan aktiviti berikut dalam kumpulan anda. Ikut langkah 1 dan langkah 2 seperti dalam gambarajah di bawah. Langkah 1 Langkah 2 Arahan : Langkah 1 - Sukat 100ml air sejuk dan tuangkan ke dalam satu bikar A

- Sukat 100ml air panas dan tuangkan ke dalam satu bikar B

- Masukkan 1 spatula garam halus dalam kedua-dua bikar A dan B

Langkah 2 - Gunakan rod kaca dan kacau garam dalam kedua-dua bikar A dan B

dengan kadar yang sama sehingga larut.

Berdasarkan pemerhatian anda dalam aktiviti di atas: 1. Garam dalam bikar manakah larut paling cepat? _____________________________________________________________________ 2. Apakah faktor yang menyebabkan garam itu larut paling cepat? _____________________________________________________________________

A B

A B

3

Aktiviti 2. Jalankan aktiviti berikut dalam kumpulan anda. Ikut langkah 1 dan langkah 2 seperti dalam gambarajah di bawah. Langkah 1 Langkah 2 Arahan : Langkah 1 - Sukat 100ml air panas dan tuangkan ke dalam satu bikar X dan Y

- Masukkan 1 spatula garam halus dalam kedua-dua bikar X dan Y

Langkah 2 - Gunakan rod kaca dan kacau garam dalam bikar X sahaja hingga larut.

Berdasarkan pemerhatian anda dalam aktiviti di atas: 1. Garam dalam bikar manakah larut paling cepat? _____________________________________________________________________ 2. Apakah faktor yang menyebabkan garam itu larut paling cepat? _____________________________________________________________________

X Y

4

Aktiviti 3. Jalankan aktiviti berikut dalam kumpulan anda. Ikut langkah 1 dan langkah 2 seperti dalam gambarajah di bawah. Langkah 1 Langkah 2 Arahan : Langkah 1 - Sukat 100ml air suling dan tuangkan ke dalam satu bikar P dan Q

- Masukkan 1 spatula garam halus dalam bikar P

- Masukkan 1 spatula garam kasar dalam bikar Q

Langkah 2 - Gunakan rod kaca dan kacau garam dalam kedua-dua bikar P dan Q

dengan kadar yang sama sehingga garam itu larut.

Berdasarkan pemerhatian anda dalam aktiviti di atas: 1. Garam dalam bikar manakah larut paling cepat? _____________________________________________________________________ 2. Apakah faktor yang menyebabkan garam itu larut paling cepat? _____________________________________________________________________

P Q

5

LANGKAH KERJA Tugasan 2: Mewajarkan kepentingan air sebagai pelarut universal

Aktiviti 1. 1. Pilih enam orang pelakon watak-watak di bawah dan baca dahulu jalan ceritanya. 2. Lakonkan watak-watak tersebut mengikut giliran untuk mewajarkan kepentingan air

sebagai pelarut universal

Skrip Lakonan

Watak-Watak 1. Guru 2. Ali 3. Ahmad 4. Muthu 5. Ah Seng 6. Faridah Plot : Di dalam kelas Adegan : Waktu belajar Sains Guru: Assalamualaikum dan selamat pagi murid-murid Semua murid: Waalaikumussalam dan selamat pagi cikgu. Guru: Ada tak sesiapa dari kamu yang mempunyai nenek yang tinggal di kampung? Ali: Saya cikgu. Guru: Kampung nenek kamu di mana? Ali: Kampung Gajah cikgu. Guru: Masa dahulu, orang-orang di sana mencuci pakaian dimana? Ali: Kata nenek saya di tepi sungai cikgu. Guru: Selain mencuci pakaian, apa lagi kegunaan air dari sungai? Ali: Orang-orang kampung sering mandi manda di situ cikgu. Guru: Awak pula bagaimana Ahmad? Ahmad: Di kampung saya ada perigi cikgu. Guru: Apa kegunaan air perigi pula?

6

Ahmad: Kami gunakan air perigi untuk minum dan memasak. Kami juga gunakan air perigi untuk mencuci pakaian dan membersihkan lantai rumah.

Faridah: Kampung kami tak ada perigi dan juga tak ada air sungai cikgu. Guru: Bagaimana orang di kampung awak dapat bekalan air bersih? Faridah: Datuk saya ada kolam menakung air hujan cikgu. Pada musim hujan, datuk saya

dapat menakung air hujan yang banyak sebagai bekalan air minuman dan juga mencuci.

Muthu: Rumah saya ada bekalan air paip cikgu Guru: Baguslah begitu Muthu. Kita kena gunakan air dengan cermat kerana kos

membersihkan air sangat mahal. Muthu: Betul cikgu. Bulan lepas bapa saya bayar bil air sebanyak RM30.00. Ah Seng: Bapa saya cuci kereta guna air hujan cikgu. Dia takung air semasa hari hujan

dan dia gunakan air hujan itu untuk cuci kereta dan siram pokok-pokok. Guru: Bagus Ah Seng. Air sangat penting dalam kehidupan manusia kerana air adalah

bahan asas yang semua orang gunakan dalam kehidupan mereka. Ali: Betul cikgu. Kita guna air untuk membancuh kopi, teh, sirap dan berbagai lagi air

minuman cikgu. Ahmad: Selain buat minuman, kita juga guna air semasa memasak dan membuat kuih

muih. Faridah: Kalau tak ada air macam mana kita nak tanggalkan kotoran pada pakaian kita

cikgu. Muthu: Masa banjir dahulu, kami gunakan banyak air untuk mencuci lantai rumah cikgu. Ah Seng: Sebab itulah bapa saya suka takung air hujan Muthu. Guru: Mencuci, membancuh, memasak dan menanggalkan kotoran itu semua

sebenarnya adalah sifat air untuk melarutkan berbagai bahan. Itulah sebabnya, air sangat penting sebagai pelarut universal.

Muthu: Apa itu pelarut universal cikgu?

Faridah: Aiyoo! itu pun awak tak tahu ke Muthu. Air banyak kegunaannya. Oleh itu air

adalah pelarut universal kerana ia adalah pelarut yang umumnya digunakan

dalam semua keadaan.

Guru: Syabas Faridah. Awak pelajar saya yang paling pintar dalam kelas saya.

Main peranan tamat.

7

LATIHAN

1. Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi kadar kelarutan garam.

i. _______________________________________________________________

ii. ______________________________________________________________

iii. ______________________________________________________________

8

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT

4

TAJUK Memerihalkan zat terlarut, pelarut dan larutan

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI

CATATAN YA TIDAK

1. Menentukan faktor yang mempengaruhi kadar kelarutan iaitu suhu pelarut, kadar mengacau, saiz zarah zat terlarut dan isipadu pelarut dengan menjalankan aktiviti

2. Mewajarkan kepentingan air sebagai pelarut universal

KEPUTUSAN

TERCAPAI TIDAK

TERCAPAI

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh

1

UNIT 4: SAINS BAHAN STANDARD PEMBELAJARAN 5.1 Memerihalkan zat terlarut, pelarut dan larutan . OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 5.1.3 Menyatakan contoh pelarut organik dalam kehidupan harian. 5.1.4 Memadankan pelarut organik dengan penggunaannya dalam kehidupan harian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Bukan semua bahan boleh larut dalam air. Apabila tangan anda terkena cat, adakah anda

menggunakan air untuk menanggalkannya? Bagaimanakah cara untuk menanggalkan cat itu?

Selain cat, ada berbagai bahan lain yang tidak dapat ditanggalkan dengan menggunakan air

sebagai pelarutnya. Oleh itu, pelarut organik adalah jawapannya.

Terdapat berbagai pelarut organik yang biasa digunakan oleh manusia. Antaranya ialah alkohol,

turpentina, benzena, aseton, minyak tanah, petrol dan sebagainya. Cara menanggalkan kesan

seperti cat, gincu bibir, dakwat, syelek, gris dan sebagainya akan menjadi lebih mudah dengan

menggunakan pelarut organik yang sesuai.

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Berbagai jenis pelarut organik Rod kaca dan kain atau kertas tisu Cat, gincu bibir, syelek, gris SENARAI TUGASAN

Tugasan 1: Menyatakan contoh pelarut organik dalam kehidupan harian

Tugasan 2: Memadankan pelarut organik dengan penggunaannya dalam kehidupan harian

2

LANGKAH KERJA Tugasan 1: Menyatakan contoh pelarut organik dalam kehidupan harian Aktiviti 1. Jalankan aktiviti berikut dalam kumpulan anda. Arahan : 1. Dengan menggunakan air sebagai pelarut universal:

a. Tanggalkan kesan cat pada hujung rod kaca.

b. Tanggalkan kesan gincu pada hujung rod kaca

c. Tanggalkan kesan syelek pada hujung rod kaca

d. Tanggalkan kesan gris pada hujung rod kaca.

2. Ulangi aktiviti di atas dengan menggunakan pelarut-pelarut organik yang disediakan oleh guru anda.

3. Catatkan pelarut organik yang paling berkesan untuk menanggalkan kesan di hujung

rod kaca dalam ruangan di bawah. Keputusan

Kesan dihujung rod kaca Pelarut organik yang paling sesuai

Cat

Gincu

Syelek

Gris

Pemerhatian: 1. Beri satu sebab mengapa air tidak dapat melarut kesemua kesan bahan di hujung rod kaca itu. ______________________________________________________________________

2. Senaraikan beberapa jenis pelarut organik yang telah disediakan oleh guru anda.

a. ___________________________ b._________________________________

c. ___________________________ d._________________________________

e. ___________________________ f._________________________________

3

LANGKAH KERJA Tugasan 2: Memadankan pelarut organik dengan penggunaannya dalam kehidupan harian Aktiviti 1. Arahan:

Dengan menggunakan bahan rujukan yang disediakan oleh guru, kenal pasti pelarut-pelarut

yang sesuai digunakan dalam kehidupan harian manusia.

1. Padankan pelarut organik berikut dengan kegunaan mereka dalam kehidupan harian.

Pelarut organik

Kegunaan dalam kehidupan harian

Turpentina

Melarutkan kesan dakwat

Kloroform

Melarutkan kesan cat minyak

Alkohol

Melarutkan plastik plet kenderaan menjadi

pelekat atau gam

Aseton

Menanggalkan kesan gincu bibir

4

LATIHAN

1. Padankan pelarut organik berikut dengan kegunaannya dalam kehidupan harian.

Pelarut organik Kegunaan

Alkohol

Pelarut plastik sebagai pelekat

Amil asetat

Menanggalkan varnis kuku

Turpentina

Menanggalkan kesan klorofil pada pakaian

Kloroform

Menanggalkan cat

5

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT

4

TAJUK Memerihalkan zat terlarut, pelarut dan larutan

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI

CATATAN YA TIDAK

1. Menyatakan contoh pelarut organik dalam kehidupan harian

2. Memadankan pelarut organik dengan penggunaannya dalam kehidupan harian

KEPUTUSAN

TERCAPAI TIDAK

TERCAPAI

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh

1

UNIT 4: SAINS BAHAN STANDARD PEMBELAJARAN 6.0 Memahami asid dan alkali OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 6.1.1 Mengenal pasti sifat asid dan sifat alkali melalui ujian rasa dan ujian kertas litmus 6.1.2 Mengelaskan bahan-bahan dalam kehidupan harian yang bersifat asid dan alkali 6.1.3 Menyatakan kegunaan beberapa jenis asid dan alkali dalam industri dan pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Asid hanya akan menunjukkan sifatnya dengan kehadiran air. Asid mempunyai rasa yang

masam dan menukarkan kertas litmus biru kepada merah. Alkali juga hanya akan

menunjukkan sifatnya dengan kehadiran air. Alkali mempunyai rasa yang pahit dan

menukarkan kertas litmus merah kepada biru. Asid dan alkali di gunakan secara meluas di

dalam bidang industri dan pertanian.

Dalam bidang pemprosesan makanan, asid asetik digunakan dalam proses pengawetan

makanan untuk dijadikan jeruk, asid sitrik digunakan dalam pembuatan kordial berperisa

buah-buahan, manakala asid tartarik digunakan dalam pembuatan minuman ringan.

Terdapat juga asid yang digunakan dalam industri pembuatan seperti asid sulfurik yang

digunakan didalam bateri kereta.

Dalam bidang pertanian pula, asid formik digunakan untuk membekukan susu getah. Alkali

yang digunakan dalam bidang pertanian adalah larutan ammonia untuk mencegah

pembekuan susu getah. Natrium hidroksida pula di perlukan dalam proses pembuatan

sabun dan kalsium hidroksida digunakan untuk membuat simen.

2

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Asid hidroklorik cair Asid hidroklorik serbuk Natrium hidroksida cair Natrium hidroksida serbuk Kertas litmus merah Kertas litmus biru Tabung uji Mangkuk pijar Cuka Sabun Penyedut minuman SENARAI TUGASAN Tugasan 1: Mengenal pasti sifat asid dan sifat alkali melalui ujian rasa dan ujian kertas

litmus Tugasan 2: Mengelaskan bahan-bahan dalam kehidupan harian yang bersifat asid dan

alkali Tugasan 3: Menyatakan kegunaan beberapa jenis asid dan alkali dalam industri dan

pertanian LANGKAH KERJA Tugasan 1: Mengenal pasti sifat asid dan sifat alkali melalui ujian rasa dan ujian kertas

litmus Aktiviti 1. Arahan: Jalankan aktiviti berikut dalam kumpulan anda. Sifat-sifat Asid a) Ujian rasa

Aktiviti Pemerhatian

i. Dengan menggunakan penyedut

minuman, ambil sedikit cuka dan rasa dengan lidah anda.

Rasanya __________________

3

b) Ujian kertas litmus

Aktiviti Pemerhatian

i. Kedua-dua kertas litmus merah dan biru

di masukan ke dalam tabung uji yang berisi asid hidroklorik cair.

ii. Sentuhkan kedua-dua kertas litmus

merah dan biru ke atas serbuk asid hidroklorik.

Apakah yang dapat di perhatikan pada kertas litmus biru dan merah apabila di masukan kedalam larutan asid hidroklorik cair? Warna kertas litmus merah:

________________________________

Warna kertas litmus biru:

________________________________

a) Apakah yang dapat diperhatikan pada kertas litmus tersebut? ___________________________

b) Adakah sifat asid dapat ditunjukkan

oleh serbuk asid hidroklorik yang kering?

___________________________

c) Sifat asid dapat ditunjukkan dengan

kehadiran __________________

4

Sifat-sifat Alkali a) Ujian rasa

b) Ujian kertas litmus

Aktiviti Pemerhatian

i. Dengan menggunakan penyedut

minuman, ambil sedikit larutan sabun dan rasa dengan lidah anda.

Rasanya __________________

Aktiviti Pemerhatian

i. Kedua-dua kertas litmus merah dan biru

di masukan ke dalam tabung uji yang berisi larutan natrium hidroksida cair sehingga kedua-dua kertas litmus tersebut basah

ii. Sentuhkan kedua-dua kertas litmus

merah dan biru atas serbuk natrium hidroksida.

Apakah yang dapat di perhatikan pada kertas litmus biru dan merah apabila di masukan kedalam larutan natrium hidroksida cair? Kertas litmus merah : __________________ Kertas litmus biru : __________________

a) Apakah yang dapat di perhatikan pada kertas litmus tersebut ___________________________

b) Adakah sifat alkali dapat ditunjukkan oleh serbuk natrium hidroksida yang kering?

__________________________

c) Sifat alkali dapat ditunjukkan dengan kehadiran __________________

5

LANGKAH KERJA Tugasan 2: Mengelaskan bahan-bahan dalam kehidupan harian yang bersifat asid dan

alkali Aktiviti 1. Arahan: Jalankan aktiviti berikut dalam kumpulan anda.

Tandakan ( ) pada ruangan yang betul untuk mengelaskan bahan-bahan berikut

Bahan Asid Alkali

6

7

LANGKAH KERJA Tugasan 3: Menyatakan kegunaan beberapa jenis asid dan alkali dalam industri dan

pertanian Aktiviti 1. Arahan: Jalankan aktiviti berikut dalam kumpulan anda. a) Padankan asid di bawah dengan kegunaannya yang betul.

Asid Kegunaannya

Asid sitrik Membekukan susu getah

Asid asetik Membuat kordial perisa buah-buahan

Asid formik Mengawet makanan (jeruk)

Asid sulfurik Membuat minuman ringan

Asid tartarik Digunakan dalam bateri kereta

b) Padankan alkali di bawah dengan kegunaannya yang betul

Alkali Kegunaanya

Larutan ammonia Membuat simen

Kalsium hidroksida Membuat sabun

Natrium hidroksida Mencegah pembekuan susu getah

8

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT

4

TAJUK

Mengenal pasti asid dan alkali

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI

CATATAN YA TIDAK

1. Mengenal pasti sifat asid dan sifat alkali melalui ujian rasa dan ujian kertas litmus

2. Mengelaskan bahan-bahan dalam kehidupan harian yang bersifat asid dan alkali

3. Menyatakan kegunaan beberapa jenis asid dan alkali dalam industri dan pertanian

KEPUTUSAN

TERCAPAI TIDAK

TERCAPAI

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh

1

UNIT 5: TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI STANDARD KANDUNGAN

7.0 Memahami mesin ringkas

STANDARD PEMBELAJARAN 7.1 Mengenal pasti sistem tuas OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 7.1.1 Menyatakan tuas sebagai satu mesin ringkas.

7.1.2 Menyatakan ciri-ciri tuas 7.1.3 Mengenal pasti dan melabel ciri-ciri tuas pada alat yang menggunakan prinsip tuas

dalam kehidupan harian.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Penggunaan mesin dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja yang di lakukan. Mesin

dapat memudahkan kerja manusia serta menjimatkan masa dan tenaga. Mesin boleh di

kelaskan kepada mesin ringkas dan mesin kompleks. Tuas, takal, roda dan gandar, skru,

baji dan satah condong adalah beberapa contoh mesin yang ringkas manakala kereta,

motosikal, lori dan kren merupakan mesin yang kompleks kerana terdiri daripada beberapa

alat mesin ringkas yang berbeza. Ciri-ciri tuas sebagai mesin ringkas termasuklah adanya

bahagian fulkrum, beban dan daya.

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN SENARAI TUGASAN Tugasan 1: Menyatakan tuas sebagai satu mesin ringkas. Tugasan 2: Menyatakan ciri-ciri tuas Tugasan 3: Mengenal pasti dan melabel ciri-ciri tuas pada alat yang menggunakan

prinsip tuas dalam kehidupan harian.

2

LANGKAH KERJA Tugasan 1: Menyatakan tuas sebagai satu mesin ringkas. Aktiviti 1. Arahan: 1. Bincangkan bersama guru anda dan padankan fungsi setiap mesin tuas berikut. Mesin tuas Fungsi

Memudahkan manusia membuka penutup botol

Memudahkan manusia mengepil beberapa helaian

kertas

Memudahkan manusia mencabut paku

Memudahkan manusia mengangkut pasir

Memudahkan manusia menyepit ketul ais

2. Berdasarkan jawapan anda di atas, lengkap pernyataan berikut. ”Tuas adalah satu _____________ ringkas yang memudahkan manusia melakukan

kerja”

3

LANGKAH KERJA

Tugasan 2: Menyatakan ciri-ciri tuas Aktiviti 1. Arahan: Rajah menunjukkan ciri-ciri tuas yang terdapat pada sebilah gunting.

1. Bincang bersama guru anda dan labelkan ciri-ciri tuas dalam rajah di bawah.

2. Nyatakan ciri-ciri tuas. i. ...............................

ii. ...............................

iii. ...............................

(a)___________________

(c)_______________

(b)_________________

4

LANGKAH KERJA Tugasan 3: Mengenal pasti dan melabel ciri-ciri tuas pada alat yang menggunakan

prinsip tuas dalam kehidupan harian. Aktiviti 1. Arahan: 1. Kaji rajah mesin tuas berikut dalam kumpulan anda. 2. Bincangkan bersama guru anda kedudukan ciri-ciri tuas pada alat tersebut dan

labelkan dalam ruangan yang disediakan.

FULKRUM

BEBAN

Tuil besi

Tukul besi

DAYA

Playar Pemotong kertas

Penyapu

BEBAN

Pengkokot

a)

b) a)

b)

a)

b)

a)

b)

FULKRUM

a)

b)

FULKRUM

a)

b)

5

LATIHAN

1. Mana antara alat berikut adalah sejenis tuas? Tandakan (√) pada alat tersebut.

6

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT 5

TAJUK

Mengenal pasti sistem tuas.

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI

CATATAN YA TIDAK

1. Menyatakan tuas sebagai satu mesin ringkas.

2. Menyatakan ciri-ciri tuas

3. Mengenalpasti dan melabel ciri-ciri tuas pada alat yang menggunakan prinsip tuas dalam kehidupan harian.

KEPUTUSAN TERCAPAI

TIDAK TERCAPAI

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan&Tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan&Tarikh

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

1

UNIT 6: SAINS BUMI DAN ANGKASA STANDARD KANDUNGAN 8.0 Memahami bahan api fosil STANDARD PEMBELAJARAN 8.1 Memerihalkan bahan api fosil. OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 8.1.1 Menyatakan maksud fosil.

8.1.2 Menyatakan contoh bahan api fosil.

8.1.3 Menyusun urutan pembentukan petroleum.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Petroleum, gas asli dan arang batu merupakan bahan api fosil yang terbentuk daripada

peninggalan organisma yang mati dan tertanam di dalam kerak bumi berjuta-juta tahun

dahulu. Haba dan tekanan yang tinggi di dalam bumi merupakan faktor yang menyebabkan

peninggalan organisma yang mati ini bertukar menjadi bahan api fosil.

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN SENARAI TUGASAN Tugasan 1: Menyatakan maksud fosil. Tugasan 2: Menyatakan contoh bahan api fosil. Tugasan 3: Menyusun urutan pembentukan petroleum

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

2

LANGKAH KERJA Tugasan 1: Menyatakan maksud fosil Aktiviti 1. Arahan: 1. Tandakan ( / ) pada gambar yang menunjukkan contoh fosil.

2. Lengkapkan pernyataan di bawah untuk menyatakan maksud fosil.

Fosil ialah kesan tinggalan ______________, tumbuhan dan hidupan lain yang mati dan

tertanam di dalam kerak bumi berjuta tahun dahulu.

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

3

LANGKAH KERJA Tugasan 2: Menyatakan contoh bahan api fosil. Aktiviti 1. Arahan: 1. Gambarajah berikut menunjukkan tiga jenis bahan api fosil. 2. Kenal pasti tiga jenis bahan api fosil dengan menggunakan perkataan yang diberi.

LANGKAH KERJA Tugasan 3: Menyusun urutan pembentukan petroleum Aktiviti 1. Arahan: 1. Rajah di bawah menunjukkan proses pembentukan petroleum dan gas asli P, Q dan R 2. Berdasarkan gambar di bawah, susun pembentukan petroleum dan gas asli mengikut urutan pembentukannya yang betul.

P Q R

Petroleum Gas asli Arang batu

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

4

LATIHAN

1. Lengkapkan rajah di bawah dengan menyenaraikan tiga jenis bahan api fosil. Bahan api fosil

2. Gariskan tiga jenis bahan api fosil di dalam silang kata di bawah.

W R T O Q W A M A P

P G A S A S L I S E

O C Y A M I P S U T

P A N J A N G T F R

W O D H W T A A G O

Q P T G T B W R H L

T U H R G F I S J E

W O I N D Y E S K U

R G A I E J R D I M

U R P O Y K T K L M

A Q V P U L Y J A E

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

Gas asli

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

5

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT

6

TAJUK Memerihal bahan api fosil

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI

CATATAN YA TIDAK

1. Menyatakan maksud fosil.

2. Menyatakan contoh bahan api fosil.

3. Menyusun urutan pembentukan petroleum.

KEPUTUSAN

TERCAPAI TIDAK

TERCAPAI

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

6

UNIT 6: SAINS BUMI DAN ANGKASA STANDARD PEMBELAJARAN 8.2 Memerihalkan petroleum. OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 8.2.1 Menyenaraikan contoh-contoh bahan berasaskan petroleum.

8.2.2 Menyenaraikan kerjaya dalam industri petroleum.

8.2.3 Meramalkan keadaan kehidupan manusia apabila bumi kehabisan sumber petroleum.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Petroleum ialah cecair yang pekat, melekit dan likat. Petroleum mengandungi pelbagai jenis

hidrokarbon yang mempunyai takat didih yang berbeza. Penyulingan berperingkat ialah

proses pengasingan pecahan petroleum berdasarkan takat didih hidrokarbon. Setiap

pecahan mempunyai kegunaan dan sifat yang tersendiri.

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN SENARAI TUGASAN Tugasan 1: Menyenaraikan contoh-contoh bahan berasaskan petroleum. Tugasan 2: Menyenaraikan kerjaya dalam industri petroleum. Tugasan 3: Meramalkan keadaan kehidupan manusia apabila bumi kehabisan sumber

petroleum.

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

7

LANGKAH KERJA Tugasan 1: Menyenaraikan contoh-contoh bahan berasaskan petroleum. Aktiviti 1. Arahan: 1. Gambarajah di bawah menunjukkan beberapa bahan berasaskan petroleum. 2. Namakan bahan-bahan berasaskan petroleum di bawah menggunakan perkataan yang diberikan. a) b) c) d)

Ubat gegat Lilin Minyak pelincir Baldi plastik

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

8

LANGKAH KERJA Tugasan 2: Menyenaraikan kerjaya dalam industri petroleum. Aktiviti 1. Arahan: 1. Gambar di bawah menunjukkan beberapa kerjaya dalam industri petroleum. 2. Bincangkan di dalam kumpulan apakah jenis pekerjaan yang ditunjukkan.

a)

b)

c)

d)

Juru kimpal Pemandu lori Ahli geologi Operator mesin gerudi

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

9

LANGKAH KERJA Tugasan 3: Meramalkan keadaan kehidupan manusia apabila bumi kehabisan sumber

petroleum Aktiviti 1. Arahan: 1. Bincangkan dalam kumpulan, apa yang mungkin akan berlaku sekiranya bumi kehabisan sumber petroleum. 2. Serahkan hasil perbicangan kumpulan anda kepada guru untuk disenaraikan di papan putih. Daripada senarai itu, pilih tiga ramalan yang terbaik dan tuliskan dalam ruangan di bawah.

1. ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

2. ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

3. ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

10

Gas petroleum

Gas memasak

Petrol

Bahan api kereta dan motosikal

Naftalena

Bahan asas membuat plastik

Kerosina

Bahan api kapal terbang

Bitumen

Bahan menurap jalan

LATIHAN

1. Padankan bahan berasaskan petroleum dengan kegunaanya yang betul.

Bahan berasaskan petroleum Kegunaan

Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan

11

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH

TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT 6

TAJUK

Memerihal petroleum

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI

CATATAN YA TIDAK

1. Menyenaraikan contoh-contoh bahan berasaskan petroleum.

2. Menyenaraikan kerjaya dalam industri petroleum.

3. Meramalkan keadaan kehidupan manusia apabila bumi kehabisan sumber petroleum.

KEPUTUSAN TERCAPAI

TIDAK TERCAPAI

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh