modul rph kh tahun 6 pendidikan khas

5
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Asas (Masakan) Kelas : 6 Bijak Masa : 60 minit Bilangan Murid : 6 orang Tajuk : 2. Alatan Memasak Standard Kandungan : 2.1 Mengetahui peralatan memasak Standard Pembelajaran : 2.1.1 Menyenaraikan alatan asas i. Menyukat Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyenaraikan tiga daripada empat alatan menyukat. EMK : Teknologi maklumat dan komunikasi, Keusahawanan Bahan Bantu Belajar (BBB) : Garam, gula, tepung gandum, alatan menyukat,kad gambar dan kad perkataan LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN Set Induksi (5 Minit) 1. Guru menunjukkan bahan yang dibawa iaitu sepeket gula, sepeket garam, sepeket tepung gandum dan alat penimbang. 2. Murid memegang bahan yang dibawa oleh guru. 3. Murid dan guru bersoaljawab tentang bahan dan alat yang dibawa. Cadangan soalan: i) Apakah benda dan bahan yang cikgu pegang ini? ii) Dimanakah biasa kamu lihat benda dan bahan yang cikgu pegang ini? iii) Bahan manakah yang lebih berat? iv) Bagaimanakah cara menentukan berat sesuatu bahan? EMK: Keusahawanan

Upload: intanzuraida

Post on 11-Feb-2016

262 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KSSRPK

TRANSCRIPT

Page 1: Modul RPH Kh Tahun 6 Pendidikan Khas

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Asas (Masakan)

Kelas : 6 Bijak

Masa : 60 minit

Bilangan Murid : 6 orang

Tajuk : 2. Alatan Memasak

Standard Kandungan : 2.1 Mengetahui peralatan memasak

Standard Pembelajaran : 2.1.1 Menyenaraikan alatan asas

i. Menyukat

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid

dapat menyenaraikan tiga daripada empat alatan

menyukat.

EMK : Teknologi maklumat dan komunikasi,

Keusahawanan

Bahan Bantu Belajar (BBB) : Garam, gula, tepung gandum, alatan menyukat,kad

gambar dan kad perkataan

LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN

Set Induksi

(5 Minit)

1. Guru menunjukkan bahan yang dibawa iaitu

sepeket gula, sepeket garam, sepeket tepung

gandum dan alat penimbang.

2. Murid memegang bahan yang dibawa oleh

guru.

3. Murid dan guru bersoaljawab tentang bahan

dan alat yang dibawa.

Cadangan soalan:

i) Apakah benda dan bahan yang cikgu

pegang ini?

ii) Dimanakah biasa kamu lihat benda

dan bahan yang cikgu pegang ini?

iii) Bahan manakah yang lebih berat?

iv) Bagaimanakah cara menentukan berat

EMK:

Keusahawanan

Page 2: Modul RPH Kh Tahun 6 Pendidikan Khas

LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN

sesuatu bahan?

Langkah 1

(10 Minit)

1. Guru menunjukkan slaid gambar alatan

menyukat menggunakan komputer.

2. Murid cuba menamakan alatan yang

diketahui.

3. Murid dibimbing untuk menamakan alatan

menyukat dengan betul.

Laptop EMK :

Teknologi

Maklumat dan

Komunikasi

Langkah 2

(15 Minit)

1. Murid diminta memegang alatan menyukat

yang dibawa.

2. Murid mengambil alatan menyukat seperti

gambar yang ditunjukkan oleh guru.

3. Murid menamakan alatan yang dipegang.

4. Murid melabelkan nama alatan menyukat pada

alatan menyukat yang di bawa oleh guru.

Kad imbas

Benda maujud

Kad perkataan

Langkah 3

(10 minit)

1. Murid mencari gambar alatan menyukat yang

disebutkan oleh guru.

2. Murid menamakan semula alatan

berpandukan kad gambar yang dipegang.

3. Murid memadankan kad gambar dengan

benda maujud.

Kad Imbasan

Langkah 4

(15 minit)

1. Murid memadankan gambar dengan nama

alatan.

2. Murid mengisi tempat kosong dengan nama

peralatan.

Lembaran kerja

Penutup

(5 minit)

1. Murid cuba menggunakan alatan menyukat

untuk menyukat bahan yang disediakan

secara bebas sambil menyebut nama

peralatan tersebut.

2. Guru mengulang semula nama peralatan

Benda maujud

Bahan maujud

Page 3: Modul RPH Kh Tahun 6 Pendidikan Khas

LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN

berpandukan benda maujud.

Tajuk : 2. Alatan Memasak

Standard Kandungan : 2.1 Mengetahui peralatan memasak

Standard Pembelajaran : 2.1.1 Menyenaraikan alatan memasak

i) menyukat

_____________________________________________________________________________________

Nama : __________________________________

Kelas : __________________________________

Tarikh : __________________________________

Arahan : Padankan gambar dengan nama peralatan.

Page 4: Modul RPH Kh Tahun 6 Pendidikan Khas

Tajuk : 2. Alatan Memasak

Standard Kandungan : 2.1 Mengetahui peralatan memasak

Standard Pembelajaran : 2.1.1 Menyenaraikan alatan memasak

i) menyukat

_____________________________________________________________________________________

Nama : __________________________________

Kelas : __________________________________

Tarikh : __________________________________

Arahan : Isikan tempat kosong dengan nama peralatan yang betul.

Jag Penyukat

Sudu Penyukat

Penimbang

Page 5: Modul RPH Kh Tahun 6 Pendidikan Khas

_________________________ ____________________________

_________________________