modul penyelidikan tindakankendiri berkaitan pengajaran dan pembelajaran. berasaskan masalah yang...

24
DR. ABD. SHATAR CHE ABD. RAHMAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS 2014 MODUL PENYELIDIKAN TINDAKAN

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

35 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

DR. ABD. SHATAR CHE ABD. RAHMAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KUALA LIPIS

2014

MODUL

PENYELIDIKAN TINDAKAN

Unit 4

PENYELIDIKAN TINDAKAN

(DR. ABD. SHATAR CHE ABD. RAHMAN)

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi ini, anda dapat:

• Mengetahui konsep, model dan prosedur Penyelidikan Tindakan

• Memahami rekabentuk Penyelidikan Tindakan

• Mengetahui format penulisan Penyelidikan Tindakan

• Menulis cadangan Penyelidikan Tindakan mengikut format

KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Unit ini akan memberi pendedahan kepada anda tentang Penyelidikan Tindakan. Ia

bermula dari ketidak puas hati guru sendiri mengenai amalan biasa pengajaran

mereka sendiri dan mereka ingin berikhtiar dan berusaha mengatasi perasaan itu

dengan menjalankan kajian tindakan bagi memperbaiki pengajaran dan

pembelajaran sendiri (Jack Whitehead, 1985). Penyelidikan Tindakan juga adalah

suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui

perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan

mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk

mengubah amalan-amalan mereka (McNiff,1988). Menurut Lomax 1995,

Penyelidikan Tindakan adalah satu cara kerja guru atau penyelidik di mana guru

sebagai penyelidik mengadakan disiplinnya sendiri dalam hal menyelenggara dan

menilai amalannya yang dijangka akan membawa hasil pembelajaran yang manfaat.

Selain itu, ia akan mengeluarkan guru daripada kongkongan amalan rutin dan

meningkatkan amalan-amalan profesional. Dengan itu mempunyai hak milik

(ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan.

Penyelidikan tindakan telah dimulakan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946. Pada

penyelidikan awalnya, beliau menitik beratkan perubahan-perubahan terhadap sikap

dan perlakuan manusia dalam beberapa bidang sosial seperti perkara-perkara yang

berhubung dengan kebiasaan pemakanan dan hasil pengeluaran kilang.

Penyelidikan ini telah dibuat pada penghujung perang dunia kedua. Sebaik sahaja

selepas perang dunia kedua, beliau menjalankan penyelidikan tentang prasangka

dan perhubung antara kumpulan sosial.

Idea beliau ini telah digunakan oleh rakan-rakan sekerja dan pelajar-pelajarnya

dalam penyelidikan pendidikan tentang penggubalan kurikulum dan peningkatan

profesionalisma perguruan. Teachers College, University of Columbia telah menjadi

pusat penyelidikan tindakan dalam bidang pendidikan. Stephen Corey, dekan

Teachers College University tersebut pernah menjadi penganjur (advocate)

penyelidikan tindakan yang berpengaruh. Selain daripada beliau, Kenneth Benne,

Hilda Taba dan Abraham Shumsky juga memperjuangkan bidang ini.

Selama satu dekad penyelidikan tindakan dalam pendidikan telah mengalami zaman

kegemilangannya, tetapi ianya telah merosot pada akhir tahun 50an. Kemerosotan

penyelidikan tindakan ini telah disebabkan oleh perkembangan penyelidikan yang

memisahkan antara teori dengan praktik dalam penyelidikan. Kemerosotan

penyelidikan tindakan ini berlarutan sehingga awal tahun 1976. Minat terhadap

penyelidikan tindakan timbul semula dengan wujudnya Ford Teaching Project di

United Kingdom di bawah penyeliaan John Elliott dan Clein Adelman. Projek ini

diasaskan di Centre for Applied Research in Education, University of East Anglia

dan telah melibatkan usahasama (collaborative) guru-guru untuk nienjalankan

penyelidikan tindakan dalam bidang mereka, terutama dalam pendekatan

pengajaran dan pembelajaran inkuiri penemuan. Penyelidikan ini berdasarkan

konsep tentang penilaian kendiri guru (self-monitoring teacher) yang berasaskan

pandangan Lawrence Stenshouse (1975), Beliau menyatakan bahawa guru

merupakan penyelidik dan juga pakar dalam profesionnya. Sejak penglibatan Elliott

dalam Ford Teaching Project, beliau telah meneruskan perkembangan teori dan

praktik penyelidikan tindakan dan telah menubuhkan suatu rangkaian penyelidikan

iaitu 'Classroom Action Research Networkf di Cambridge Institute of Education.

Minat terhadap penyelidikan tindakan berkembang pula di Australia dan benua

Eropah, manakala di Amerika Syarikat minat ini muncul semula kerana timbulnya

kesedaran untuk mempertingkatkan taraf pendidikan dan profesionalisma

perguruan. Minat terhadap penyelidikan tindakan ini juga timbul disebabkan

wujudnya kepekaan guru terhadap profesionalisma perguruan akibat dari kritikan

masyarakat dalam tahun 70an dan 80an. Kesedaran bahawa penyelidikan tindakan

ini berguna untuk memperbaiki pengajaran melalui renungan kendiri yang kritis telah

inencetuskan semula minat terhadap penyelidikan tindakan.

Kini konsep penyelidikan tindakan telah mula menyerap ke dalam sistem pendidikan

di Malaysia. Perubahan-perubahan di dalam sistem pendidikan telah menimbulkan

kesedaran untuk nieningkatkan profesionalisma perguruan. Salah satu cara untuk

meningkatkan profesionalisma perguruan yang bersesuaian dengan hasrat

pendidikan hari ini adalah dengan menjalankan penyelidikan tindakan supaya

bentuk terhadap kualiti peningkatan profesionalisma guru dapat ditentukan

1.2 Penyelidikan Tindakan Mewujudkan Pasukan Penyelidik Dalam Komuniti

Pembelajaran Guru

Penyelidikan Tindakan dalam KPG akan mengaplikasikan pendekatan yang dapat

memberi tumpuan kepada perubahan tingkah laku guru yang akan membentuk satu

kumpilan penyelidik Komuniti Pembelajaran. Ia terbentuk dalam kumpulan yang

kecil, di mana setiap guru yang terlibat akan membuat refleksi kendiri berkaitan

pengajaran dan pembelajaran. Berasaskan masalah yang dikenal pasti, setiap

kumpulan akan memberi fokus kepada kes yang kritikal. Ahli kumpulan akan

merancang satu inovasi pengajaran dan pembelajaran yang khusus sebagai

intervensi bagi menyelesaikan masalah. Kumpulan ini kerap bertemu untuk

menyokong ahli-ahli pasukan dalam melaksanakan tindakan, mengumpul dan

menganalisis data. Data yang dianalisis akan dinilai keberkesanannya dan

mengemukan hasil dapatan dalam kitaran tertentu.

Aktiviti 1: Memahami Konsep, Model dan Prosedur Penyelidikan Tindakan

(120 Minit)

Aktiviti pertama ini, mengkehendaki anda mencari maklumat secara online dengan

mengakses www.google.com tentang konsep-konsep penyelidikan, rekabentuk

penyelidikan, penyelidikan tindakan, model dan prosedur penyelidikan tindakan.

Maklumat yang diperoleh membolehkan anda mengetahui definisi kajian secara umum

dan takrifan penyelidikan secara khusus. Selain itu anda akan dapat membeza

bandingkan pelbagai reka bentuk penyelidikan berserta model penyelidikan tindakan.

Anda juga akan mengetahui prosedur dan dan langkah-langkah dalam pelaksanaan

penyelidikan tindakan. Kemudian, anda diminta untuk menyenaraikan pelbagai aktiviti

penyelidikan di sekolah berdasarkan konsep penyelidikan tindakan. Sila tulis di

lampiran 1 yang telah disediakan. (60 minit)

Selepas perbincangan, pemudah cara akan menerangkan lebih lanjut tentang

penyelidikan tindakan dan kesignifikanannya dengan Komuniti Pembelajaran

Profesional (KPG) di sekolah berdasarkan persoalan berikut: (60 minit)

i) Adakah aktiviti refleksi pengajaran diamalkan dalam Komuniti Pembelajaran

Profesional?

ii) Bagaimana cara anda menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran?

iii) Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran?

iv) Adakah kaedah penyelidikan tindakan dilaksanakan dalam menghadapi masalah

tersebut?

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Penyelidikan Tindakan dalam KPG akan mengaplikasikan pendekatan yang

dapat memberi tumpuan kepada perubahan tingkah laku guru yang akan

membentuk satu kumpilan penyelidik Komuniti Pembelajaran. Ia terbentuk dalam

kumpulan yang kecil, di mana setiap guru yang terlibat akan membuat refleksi

kendiri berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Berasaskan masalah yang

dikenal pasti, setiap kumpulan akan memberi fokus kepada kes yang kritikal.

Ahli kumpulan akan merancang satu inovasi pengajaran dan pembelajaran yang

khusus sebagai intervensi bagi menyelesaikan masalah. Kumpulan ini kerap

bertemu untuk menyokong ahli-ahli pasukan dalam melaksanakan tindakan,

mengumpul dan menganalisis data. Data yang dianalisis akan dinilai

keberkesanannya dan mengemukan hasil dapatan dalam kitaran tertentu.

1.4 Refleksi Nilai Pendidikan

Masalah yang dihadapi oleh seseorang murid dalam menguasai objektif

pembelajaran mestilah menjadi keutamaan seseorang guru. Jika murid tidak

dapat menguasai objektif maka salah satu faktornya adalah kegagalan guru

menjadi fasilitator yang berkesan. Kepekaan seseorang guru mestilah

menyeluruh termasuklah masalah-masalah kecil. Sekiranya masalah

penguasaan objektif pembelajaran tidak ditangani maka ia akan member impak

besar terhadap hasil pembelajaran keseluruhannya. Justeru, guru perlulah

reflektif dan menjalankan penyelidikan tindakan untuk menangani sesuatu

masalah yang timbul dalam PdP.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

2.1.1 Tinjauan Awal

Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan

berterusan terhadap sebarang kepercayaan atau sesuatu yang dianggap

sebagai ilmu. Amalan reflektif bagi guru melibatkan pemeriksaan

kepercayaan dan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran guru dan

pembelajaran murid. Ia merupakan tindakan tinjauan awal terhadap

masalah atau kes bekaitan PdP. Ciri-ciri guru yang reflektif adalah;

cuba menyelesaikan masalah di bilik darjah.

sedar dengan andaian dan nilai yang ia bawa ke pengajaran

peka terhadap konteks di mana mereka mengajar.

mengambil bahagian dalam perubahan dalam P&P

bertanggung jawab terhadap perkembangan profesionalnya

2.1.2 Analisis Tinjauan Awal

Analisis refleksi dilakukan sepanjang penyelidikan tindakan. Namun

tumpuan diberikan kepada dua peringkat iaitu pada permulaan kajian dan

selepas tindakan. Analisis tinjauan awal adalah proses meninjau pelbagai

masalah berkaitan dengan PdP. Pada peringkat ini seseorang penyelidik

perlu membuat renungan semula terhadap peristiwa dan aktiviti berkaitan

sesuatu topik mata pelajaran yang diajar. Dalam tinjauan awal ini mungkin

terdapat banyak masalah yang dapat disenaraikan sama ada berkaitan

pengetahuan atau kefahaman. Proses ini penting bagi seseorang

penyelidik menentukan fokus kajian mereka.

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Menurut Altrichter et al.,1993, fokus kajian adalah, `… broadly, any

professional situation about which teachers or others want to gain deeper

understanding, and which they want to change, is a potential starting

point.’ Fokus kajian yang sesuai berasaskan pelbagai situasi seperti

Masalah pengajaran pembelajaran peristiwa tertentu dalam bilik darjah

atau sekolah, pengalaman atau kepercayaan anda, masalah yang

berulang-ulang, pengalaman orang lain yang ingin dicuba, hasil bacaan

daripada buku-buku ilmiah dan strategi baru yang ingin dicubakan. Fokus

kajian seharusnya berdasarkan pengalaman anda, pemerhatian, hasil

kerja murid, keputusan peperiksaan atau ujian, temubual, analisis

dokumen seperti buku kedatangan, kad kemajuan dan pandangan rakan

sejawat. Kriteria pemilihan fokus kajian perlulah mempertimbangkan

beberapa aspek seperti isu yang berkaitan dengan PdP atau amalan

profesionalisme, isu yang anda boleh ambil tindakan. isu yang kecil

sebagai permulaan dan mengikut keutamaan sesuai dengan konteks

sekolah. Jadual di bawah boleh membantu dalam memimilih fokus kajian.

Aktiviti 2: Membuat Refleksi Awal dan Menentukan Fokus (120 minit)

Aktiviti ini memerlukan anda membuat renungan kembali berdasarkan persoalan di

bawah; (30 minit)

Adakah anda mempunyai keinginan untuk belajar mengenai murid anda dan diri

anda?

Adakah anda mahu mengubah sesuatu mengenai amalan anda?

Adakah anda rasa gembira apabila murid anda berjaya?

Adakah anda rasa gembira apabila anda melakukan sesuatu yang berkesan?

Adakah anda ingin diiktirafkan sebagai seorang profesional?

Anda diminta merujuk kepada kepentingan penyelidikan tindakan dan menjelaskan

keperluan melaksanakannya.

Kemudian anda perlu merenung kembali satu topik PdP Bahasa Melayu yang pernah

dijalankan berdasarkan aktiviti di bawah; (30 minit)

Adakah sesuatu persoalan yang anda ingin siasat?

Adakah sesuatu perkara/situasi yang bermasalah /tidak sempurna yang ingin

anda mengatasi?

Adakah sesuatu aspek pengajaran pembelajaran yang menimbulkan masalah

kepada anda?

Teruskan renungan anda dengan menjawab persoalan berikut: (30 minit)

Siapakah yang bermasalah?

Apakah masalah yang saya hadapi atau murid hadapi?

Bilakah masalah itu wujud atau bermula?

Di manakah berlaku atau timbulnya masalah tersebut?

Apakah sebab-sebab yang mungkin berlakunya masalah itu?

Kenapa masalah yang saya hadapi atau murid hadapi wujud?

Apakah perkaitan di antara cara saya mengajar dengan kewujudan masalah

itu?

Kenapa guru lain tidak mempunyai masalah yang sama?

Anda diminta menyenaraikan masalah atau kes yang dikenalpasti berdasarkan

persoalan di atas.

Seterusnya anda diminta memberi perhatian kepada masalah yang disenaraikan

dengan memberi fokus kepada satu daripadanya dengan mempertimbangkan beberapa

aspek berdasarkan nota 2.1.3. Tuliskan satu pernyataan masalah berdasarkan fokus

kajian anda. (30 minit)

Berdasarkan pernyataan masalah tersebut, cadangkan tajuk penyelidikan tindakan

anda. (Pemilihan tajuk mestilah `cache’ dengan mempertimbangkan hubungan antara

pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar)

Anda diminta menggunakan jadual di bawah untuk menjana pemikiran dalam Aktiviti 2:

Memperkembangkan Titik Permulaan

1. Rujuk semula kepada titik-titik permulaan yang anda telah gubal setakat ini. Tulis nota ringkas untuk merakamkan kekuatan (+) dan kelemahan (-) jika ia

digunakan sebagai fokus utama kajian anda.

a. Skop untuk Tindakan (Scope for action) Ya Tidak

Adakah situasi itu timbul daripada bidang pengalaman anda sendiri?

Bolehkah saya buat sesuatu untuk menambahbaikkan/ mengatasi situasi/perkara ini?

Adakah kemungkinan untuk saya mempengaruhi situasi ini dan/atau mengambil tindakan terhadapnya?

Adakah saya terlalu bergantung kepada orang lain dan peraturan/organisasi sekolah?

Adakah penambahbaikan dalam situasi ini bergantung kepada perubahan tingkah laku orang lain pada asasnya?

b. Kesesuaian (Relevance) Ya Tidak

Adakah situasi ini amat penting kepada saya dan kehendak profesion saya?

Adakah isu ini berfaedah dari segi pendidikan atau latihan. Adakah ia berkenaan dengan nilai pendidikan atau latihan yang penting?

Adakah mungkin isu ini akan masih menarik minat saya dalam masa beberapa minggu akan datang?

Adakah saya minat dalam situasi ini kerana saya ingin mengubah atau menambahbaikan sesuatu?

c. Kebolehkelolaan (Manageability) Ya Tidak

Adakah saya menpunyai masa untuk menjalankan perkara ini?

Adakah terlalu banyak isu persediaan or isu berkaitan yang perlu diselesaikan sebelum saya boleh mulakan projek ini?

Adakah ia akan membebankan saya?

Adakah soalan/isu ini ‘terlalu besar’?

Bolehkah saya menambahkan lagi kejayaan dalam mengusahakan soalan/isu ini, walaupun ia mungkin kecil?

d. Kepadanan (Compatibility) Ya Tidak

Adakah isu/soalan ini padan dengan aktiviti lain saya jika saya memilihnya sabagai fokus kajian saya?

Adakah ia melibatkan perkara yang saya memang perlu buat?

Bolehkah kajian ini dirangkumi dalam perancangan kerja saya?

Adakah kemungkinan saya boleh menjalankan beberapa aktiviti kajian ini secara langsung dalam tugas/kerja biasa saya.

2.2 Tinjuan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian

2.2.1 (Teori/ model/ pendekatan/ strategi berkaitan)

Terdapat beberapa model penyelidikan tindakan yang biasanya

digunakan dalam bidang pendidikan. Di bawah ini diberikan dua model

utama penyelidikan tindakan diketengahkan oleh McBridge dan Schostak

(1994) dan Kemmis dan McTaggart (1988):

Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan oleh McBride dan Schostak (1994)

Menurut model di atas, penyelidikan tindakan ialah satu kitaran yang

bermula dengan suatu masalah yang sudah dikenal pasti dan

pengumpulan data awal bagi membentuk hipotesis tentang masalah

tersebut. Tindakan untuk mengadakan perubahan kemudiannya dibentuk

serta dilaksanakan ke atas amalan yang sedia ada dan data dikumpul

untuk melihat kesan kesan kepada perubahan yang dicuba. Hasil

daripada analisis dan penilaian akhir yang dilakukan, kitaran penyelidikan

Mengenal pasti Masalah/

Fokus

Mengumpul Data Awal

Menganalisis Data dan

Membentuk Hipotesis

Membentuk Plan

Tindakan

Melaksanakan Plan

Tindakan

Mengumpul Data untuk

mengesahkan perubahan

Menganalisis dan Menilai

tindakan akan bermula semula dengan satu fokus baru yang boleh

dijadikan sebagai titik tolak kepada penyelidikan tindakan yang

selanjutnya.

Rajah 2: Model Penyelidikan Tindakan oleh Kemmis dan Mctaggart (1988).

Menurut model Penyelidikan Tindakan di atas, Penyelidikan Tindakan

mempunyai empat fasa perkembangan utama seperti berikut:

Fasa 1: Menyediakan satu pelan tindakan untuk memperbaiki

keadaan yang sedang berlaku.

Fasa 2: Bertindak ke atas/ mengikut pelan tersebut

Fasa 3: Memerhatikan kesan daripada tindakan yang dibuat dalam

konteks di mana ianya berlaku

Fasa 4: Membuat refleksi

Menurut mereka lagi, keempat-empat fasa tersebut merupakan

sebahagian daripada pusingan atau kitaran yang berterusan. Ini

bermakna, refleksi secara kritikal yang berlaku dalam Fasa 4

menyediakan asas kepada menyediakan pelan tindakan dan refleksi

seterusnya.

Pelaksanaan dan

Pemantauan

Perancangan

Refleksi

Tinjauan/ Refleksi Awal

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Setiap penyelidikan yang dilakukan memerlukan penggubalan matlamat secara

umun. Matlamat penyelidikan juga dikenali sebagai objektif umum. Pernyataan

objektif umum biasanya dibuat dalam satu ayat yang merangkumi keseluruhan

tujuan penyelidikan.

3.2 Objektif Khusus

Berdasarkan objektif umum, penyelidik perlu memperincikannya secara

ekstrinsik iaitu jelas dan boleh diukur pencapaiannya. Perincian ini dikenali

sebagai objektif khusus kerana ia perlu disenaraikan dalam pernyataan yang

mengandugi empat perkara iaitu;

Penggunaan kara kerja yang boleh diukur

Spesifik

Menyatakan kategori pencapaian yang diharapkan

jelas

3.3 Persoalan Kajian

Setiap objektif khusus yang disenaraikan perlulah diikuti dengan siri senarai

soalan kajian. Bilangan soalan kajian sekurang-kurangnya sama dengan jumlah

pernyataan dalam objektif khusus. Pembinaan persoalan kajian yang mudah

adalah dengan cara mengubah struktur ayat dalam objektif khusus kepada ayat

tanya.

Aktiviti 3: Menggubal Objektif dan Persoalan Kajian (60 minit)

Baca dan teliti semula pernyataan masalah yang telah ditulis dalam aktiviti 2. Kemudian

anda dikehendaki menggubal;

Objektif umum

Objektif khusus

Persoalan kajian

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Metodologi Penyelidikan Tindakan lebih dominan kepada ciri-ciri kajian

kualitatif. Oleh itu kumpulan sasarannya tidak melibatkan ramai responden atau

peserta kajian. Persampelannya pula merujuk kepada kaedah pemilihan secara

bertujuan (purposive sampling) kerana ia dipilih berdasarkan masalah khusus

dilokasi tertentu sahaja.

4.2 Cara Pengumpulan Data

4.2.1 Pemerhatian

Pemerhatian dengan menggunakan semak senarai (checklist) iaitu

memerhati apa yang berlaku dalam kalangan murid.

Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik

darjah, pemerhatian merupakan teknik berkesan untuk digunakan

dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian anda

akan melihat-lihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk

mendapatkan memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah.

Melalui pemerhatian, anda dapat merapatkan diri dengan murid

disamping memerhati dan mendengar apa yang berlaku dalam

kelas. Dengan kehadiran dalam kelas, anda dapat menyaksikan

perlakuan seperti berjalan-jalan dalam kelas, meminjam buku murid

lain, mengetuk meja dengan pensel, mengusik murid lain dan

sebagainya.

Maklumat yang diperolehi didapatkan dalam situasi dan keadaan

yang realistik. Sesuatu yang biasanya dianggap rutin dalam bilik

darjah, bagi anda sebagai penyelidik dianggap sebagai maklumat

penting.

a) Catatan Lapangan (Field Notes)

- Catatan lapangan merupakan cara anda merekodkan

pemerhatian tentang apa yang dilihat dalam kelas. Dengan

perkataan lain, anda mencatatkan apa yang anda perhatikan

secara langsung seperti:

- pernyataan verbatim; iaitu pernyataan yang dibuat oleh murid

seperti soalan yang ditanya, jawapan yang diberi, arahan yang

diberi dan sebagainya

- fenomena yang dilihat berlaku seperti gerak-geri murid, murid

yang kerap bercakap, murid yang enggan bercampur gaul,

murid yang menunjukkan minat, murid yang tidak minat dan

sebagainya.

b) Catatan Jurnal (Journal Notes)

Catatan Jurnal berlainan daripada catatan lapangan kerana ia

merupakan rekod tentang idea atau pemikiran, pendapat,

pengalaman, dilema, perancangan, masalah dan keraguan

yang timbul berkaitan dengan pemerhatian kelas. Catatan jurnal

adalah seperti menulis sebuah diari dimana anda

berpeluang meluahkan perasaan,

memikirkan semula tentang apa yang telah berlaku dan

membuat komentari secara peribadi terhadap data yang

didapati.

Apabila sahaja anda teringat atau terfikir sesuatu yang terlintas

semasa menjalankan kajian, anda dikehendaki mencatatnya dalam

jurnal.

4.2.2 Temu bual

Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang

digunakan dalam penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan

tindakan. Bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa teknik temu

bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan

kuantitatif. Contohnya, tentu anda pernah ditemu bual oleh wakil-

wakil syarikat tentang minat atau sikap anda terhadap sesuatu

jenama kereta, kad kredit, bank atau sebagainya.

Temu bual seumpama ini digunakan untuk mengumpul data

tentang kekerapan atau bilangan yang menggunakan sesuatu

produk atau bilangan yang mempunyai sikap positif terhadap

sesuatu barang atau perkhidmatan.

Anda juga boleh menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah.

Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru

atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan

dengan kajian. Dalam penyelidikan tindakan dimana anda ialah

guru dan juga penyelidik, anda mungkin akan temu bual murid

tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat

atau pemahaman mereka tentang pengajaran yang dilalui. Anda

mungkin temu bual mereka sebelum, semasa atau diakhir

pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai.

Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat

diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan sebagai

triangulasi yang bertujuan untuk mengesah data atau maklumat

yang diperoleh. Contohnya: daripada pemerhatian dalam kelas,

anda dapati seorang murid bernama Saiful enggan bercakap walau

pun murid-murid lain dalam kumpulan kecil giat berbincang.

Dengan menemu temu bual Saiful, anda mungkin memahami

dengan lebih tepat mengapa dia tidak mahu bercakap. Seperti

dinyatakan oleh Patton (1980);

We interview people to find out from them things we cannot

directly observe....

We cannot observe feelings, thoughts, and intentions....

We cannot observe how people organise the wjorld and

meaning they to what goes in the world.

We have to ask questions about those things.

The purpose of interviewing, then is to allow us to enter

into the other person's perspectives (hal: 196).

Menurut Patton (1980), temu bual ialah salah satu cara anda dapat

mendekati dunia murid dan memahami apa yang sebenarnya

dialami dan difikirkan oleh mereka. Ini adalah penting, kerana anda

ingin mengetahui perasaan dan pendapat mereka tentang

pengajaran yang diperkenalkan.

Cara Melakukan Temu Bual

Temu bual digunakan kerana ia merupakan satu cara untuk

mendapat maklumat yang banyak dalam satu masa yang singkat.

Temu bual digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan

gambaran holistik atau menyeluruh tentang perkara yang berlaku

semasa pengajaran dijalankan

Temu bual boleh dijalankan pada bila-bila masa yang boleh

diluangkan oleh murid, iaitu bila murid ada masa bebas seperti

masa rehat atau semasa berada di perpustakaan.

Seelok-eloknya, temu bual yang dijalankan dirakamkan dalam pita

kaset serta membuat catatan tentang perlakuan bukan lisan (non-

verbal language) yang ditunjukkan oleh murid semasa mereka

ditemu bual.

4.2.3 Penelitian Dokumen

Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan,

tulisan dan lain-lain

Jurnal - merekod pendapat, perasaan dan pandangan guru

Buku nota - mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik

darjah

Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas

4.3 Cara Menganalisis Data

Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada

"perkataan", "frasa", "ayat pendek" dan sebagainya. Ini berlainan

dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan angka yang

ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan

sebagainya.

Kaji dengan teliti "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang disebut oleh

murid atau "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang anda telah

catatkan berdasarkan apa yang anda perhatikan.

Susunkan "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang diperolehi kepada

kategori tertentu.

Cari tema, pola dan idea-idea umum yang timbul daripada data

yang dikumpulkan. Contohnya: murid yang lemah turut bercakap

dalam kelas, murid pandai membantu murid lemah, murid suka

membuat kerja secara berkumpulan.

Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun

ia bercanggah dengan apa yang anda telah rancangkan.

Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas

pandang dan mungkin idea-idea baru akan muncul.

Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain

untuk mendapat pandangan mereka.

Aktiviti 4: Rekabentuk Kajian (120 minit)

Berdasarkan tajuk penyelidikan tindakan anda, jelaskan rekabentuk kajian yang anda cadangkan dengan menyatakan;

Kaedah kajian

Peserta kajian (bilangan dan kaedah pemilihan)

Tempat kajian

Model kajian yang digunakan (Contoh: Model Kemmis & McTaggart, 1988)

Cara pengumpulan data

Cara menganalisis data

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Kitaran Kajian 1

5.1.1 Perancangan

Apakah anda hendak buat?

Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan

pengajaran anda?

Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat

kepada anda dan murid?

Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan?

Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh

anda seorang?

5.1.2 Tindakan

Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau

teknik mengajar baru?

Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah, strategi atau

teknik mengajar yang anda sedang menggunakan? Jika ya,

tentukan manakah anda akan mengubahsuai?

Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau

teknik berkenaan dalam bilik darjah? [Tempoh masa ditentukan

oleh anda; iaitu berapa lama anda agak perubahan dijangka

berlaku]

5.1.3 Pemerhatian

Teknik pemerhatian dan temu bual, data juga boleh diperoleh

daripada dokumen. Pengutipan dan pengumpulan maklumat

daripada dokumen membolehkan anda menambah,

membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh

daripada teknik pemerhatiang dan teknik temu bual. Inilah yang

dimaksudkan TRIANGULASI.

Contoh Bukti Dokumen:

- Nota yang dibuat oleh murid

- Latihan yang dibuat oleh murid

- Karangan, sajak, puisi oleh murid

- Ujian yang diberikan kepada murid

- Lukisan murid

- Gambarajah yang dibuat oleh murid

- Hasil kerja seperti rekaan, model, arca, kraf tangan dan

sebagainya

- Hasil kerja seperti ujian nyanyian, permainan alat muzik,

permainan perkusi, not-not muzik dan sebagainya.

- Hasil kerja seperti senarai semak ujian kecerdasan, catatan

kebolehan bermain bola, bola jaring takraw dan sebagainya.

- Pita audio / video / Filem

- Diari / Buku catatan murid

5.1.4 Refleksi

- Dikenali sebagai refleksi pos-tindakan. Ia bertujuan untuk;

Menilai kembali fahaman / tanggapan

Menentukan rumusan

Menentukan tindakan lanjutan

Menyedari perkembangan ilmu dan profesionalisme

5.2 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

5.2.1 Jadual Pelaksanaan

Jadual pelaksanaan penyelidikan tindakan penting sebagai panduan

kepada pengkaji. Ia akan menjadi petunjuk dalam perkembangan proses

pelaksanaan. Jadual pelaksanaan boleh dibuat dalam bentuk jadual atau

carta gantt. Dua item utama yang perlu dimasukkan dalam jadual ini ialah

aspek tindakan dan masa atau tempoh pelaksanaannya. Jadual ini akan

memudahkan pengkaji merujuk antara perkembangan apa yang telah

atau belum diambil tindakan dan perhatian seterusnya.

5.2.2 Kos Kajian

Kos kajian juga perlu dinyatakan dalam cadangan penyelidikan tindakan.

Terdapat beberapa keperluan dalam melaksanakan kajian dan

memerlukan kos. Kos kajian biasanya melibatkan tiga perkara iaitu

keperluan, sumber kewangan dan perbelanjaan.

Aktiviti 5: Mesyuarat Profesional Pasukan Penyelidik KPG dan Menggubal

Proposal Kajian (3 jam 30 minit)

Setiap komuniti sekolah mempunyai keunikannya dan masalahnya tersendiri. Guru-

guru yang mewakili setiap sekolah mempunyai pelbagai keperluan dan mempunyai

kepakaran yang akan mewujudkan perbezaan bentuk komuniti sekolah mereka masing-

masing. Malah di sesebuah sekolah itu juga mempunyai kumpulan-kumpulan guru yang

pelbagai keperluan. Oleh itu, pasukan penyelidik KPG yang ditubuhkan adalah

bedasarkan matlamat, minat dan nilai yang sama. Bagi menentukan anda memahami

Penyelidikan Tindakan dengan lebih mendalam, anda perlu mengadakan mesyuarat

profesional pasukan penyelidik KPG perlu dibaungunkan melalui aktiviti sperti di bawah;

Anda dikehendaki berada dalam kumpulan seramai empat orang. Bincangkan berkaitan

dengan penubuhan pasukan penyelidik KPG dan menggubal cadangan penyelidikan

tindakan bersama enam:

1) Sesi pra-mesyuarat (5 minit) : Anda dikehendaki berada di dalam kumpulan

secara sukarela.

2) Sesi Refleksi PdP (30 minit) : Anda dikehendaki membuat refleksi kendiri tentang

PdP berkaitan dengan mata pelajaran dengan memberi fokus kepada kes yang

kritikal. Anda perlu mengemukakan apa sahaja masalah PdP dengan kawalan

seorang pengerusi bagi mengelakkan isu-isu yang tidak berkaitan dibangkitkan

sepanjang mesyuarat. Pengerusi perlu mendapat persetujuan semua ahli untuk

memilih satu kes sahaja.

3) Sesi Pelaporan (30 minit) : Anda dikekehendaki berkongsi masalah atau kes

yang dipilih oleh setiap kumpulan dan menjelaskan justifikasinya. Kes yang

difokus itu mestilah dinyatakan punca masalah atau data yang berkaitan.

Terangkan secara ringkas agar semua guru mempunyai peluang yang sama

untuk memberikan laporan tidak rasmi. Pastikan semua peserta mendengar

secara aktif agar dapat memberikan maklum balas yang sepatutnya mrngikut

protokol yang telah dipersetujui.

4) Sesi Pembelajaran Baharu (20 minit) : anda dikehendaki memberikan idea

baharu dan berkongsi pendapat.

5) Sesi Perancangan Inovasi PdP dan Pelan Tindakan (120 minit): Cadangkan satu

inovasi PdP dan tulis pelan tindakan anda dengan menjawab empat (4) soalan

berikut:

a. Senaraikan masalah-masalah yang anda temui dalam PdP bagi mata

pelajaran atau topik yang diajar?

b. Nyatakan kes yang anda fokus dan ingin mengubahkannya? Mengapa

anda memilih kes tersebut?

c. Apakah inovasi atau idea anda?

d. Untuk melaksanakan intervensi ini, apakah yang akan anda lakukan?

Jelaskan model penyelidikan yang dipilih?

e. Cadangkan pelan tindakan untuk melaksanakankan tindakan anda.

6) Sesi Releksi Mesyuarat (5 minit): Anda dikehendaki merujuk kembali objektif

mesyuarat dan kenal pasti sama ada anda telah mencapai objektif yang telah

ditetapkan. Jika tidak kumpulan anda dikehendaki memikirkan bagaimana untuk

memastikan objektif tersebut tercapai pada pertemuan yang akan datang.

SENARAI RUJUKAN

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Stitistik Penyelidikan. Buku 1. Asas Statistik Penyelidikan. Mc Graw Hill. Kuala Lumpur.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Stitistik Penyelidikan. Buku 2. Asas Statistik Penyelidikan. Mc Graw Hill. Kuala Lumpur.

Kartini Abdul Mutalib, Ahmad Shabudin Yahya, Rosli Sahat & Badrul Hisham Alang

Osman (2012). Menguasai penyelidikan tindakan: Untuk PISMP dan DPLI, Perak:

Percetakan Lee Sdn. Bhd.

Lomax, P. (1995). Action research for professional practice , British Journal of In- Service Education, 21:1, 49-57 McNiff, J. (1988). Action research: Principles and practice. London: Routledge

Stenshouse, L. (1975). An introduction to curriculum research and development,

Heinemann

Whitehead, J. (1985). An analysis of an individual's educational development - the basis

for personally orientated action research. Published in Shipman, M. (Ed.) Educational

Research: Principles, Policies and Practice, pp. 97-108; Falmer; London.