lmck 1421 pemikiran kritikal & penyelesaian · pdf filelaporan akhir kempen kesedaran ......

13
LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM 1 2016/2017 SET 4 LAPORAN AKHIR KEMPEN KESEDARAN PELAJAR TENTANG BAHAN KIMIA BERBAHAYA DALAM ALAT KOSMETIK KUMPULAN 7 PENSYARAH DR SAKHINAH BINTI ABU BAKAR DISEDIAKAN OLEH AIMI SYAHIRAH BINTI MOHD SUHAIMI A147341

Upload: dinhcong

Post on 26-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN

MASALAH

SEM 1 2016/2017

SET 4

LAPORAN AKHIR

KEMPEN KESEDARAN PELAJAR TENTANG BAHAN

KIMIA BERBAHAYA DALAM ALAT KOSMETIK

KUMPULAN 7

PENSYARAH

DR SAKHINAH BINTI ABU BAKAR

DISEDIAKAN OLEH

AIMI SYAHIRAH BINTI MOHD SUHAIMI A147341

Page 2: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

ii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat dapat kami

menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami

untuk kursus citra LMCK 1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah, Dr. Sakhinah

binti Abu Bakar, kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan serta meluangkan

masa untuk membantu kumpulan kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Kami juga ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang memberikan

pelbagai bantuan tidak kira dari segi masa, wang dan tenaga untuk membantu menyiapkan

tugasan ini. Mereka juga memberikan sokongan moral yang tidak terhingga kumpulan kami

mampu menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami

secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses tugasan ini dijalankan. Mereka juga

sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bantuan yang kami perlukan.

Sepanjang menjalankan tugasan ini, kami dapat merasakan pelbagai kenangan manis

mahupun pahit tetapi amatlah berharga dan bermakna dalam kehidupan kami sebagai seorang

pelajar.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada mereka yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan tugasan ini.

Page 3: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

iii

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN .............................................................................................................................. ii

ISI KANDUNGAN ............................................................................................................................ iii

1.0 PENGENALAN ........................................................................................................................... 1

2.0 OBJEKTIF .................................................................................................................................... 2

3.0 PERLAKSANAAN PROJEK ..................................................................................................... 2

4.0 HASIL DAPATAN ...................................................................................................................... 3

5.0 BIDANG TUGAS ........................................................................................................................ 5

6.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................. 6

7.0 REFLEKSI ..................................................................................................................................... 7

8.0 LAMPIRAN .................................................................................................................................. 8

Page 4: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

1

1.0 PENGENALAN

Alat kosmetik merupakan perkara penting bagi masyarakat sekarang tidak kira lelaki atau

perempuan. Ini adalah kerana mereka beranggapan kecantikan perlu ada terhadap diri

masing-masing. Namun bukan semua kosmetik memberikan kesan yang positif kepada

pengguna kerana penciptaan produk kosmetik boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang

mempunyai modal untuk membuat perniagaan.

Oleh kerana permintaan kosmetik yang tinggi, ramai pengusaha cuba membuat jenama

kosmetik sendiri tanpa memikirkan kandungan bahan kimia dalam kosmetik dan hanya

inginkan mendapatkan pulangan yang besar. Ada sesetengah produk yang tidak berdaftar atau

mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Maka mereka akan

menjual melalui media sosial seperti Instagram dan Facebook.

Kebanyakkan para pengguna juga tidak menitikberatkan bahan kimia yang terdapat dalam

kandungan kosmetik tersebut, samada mereka tidak tahu apakah bahan kimia yang berbahaya

atau mereka memang tidak mengendahkan bahaya tersebut. Ini kerana, mereka hanya ingin

mahu menjadi cantik secepatnya yang mungkin tanpa melihat kesan buruk pada masa akan

datang.

Penggunaan kosmetik atau yang bahaya akan mendatangkan kesan buruk pada masa akan

datang seperti jerawat tumbuh secara tidak terkawal, parut di muka dan barah kulit. Bukan

sahaja akan merendahkan kenyakinan pengguna malah mereka akan menderita pada masa

panjang. Oleh itu, kami ingin mengkaji tentang kesedaran para pengguna terhadap bahan

kimia yang berbahaya di dalam kosmetik.

.

Page 5: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

2

2.0 OBJEKTIF

1. Memberikan kesedaran kepada pengguna kosmetik agar lebih berhati-hati apabila

membeli barangan kosmetik.

2. Mengenalpasti kepekaan pengguna terhadap bahan kimia dalam barangan kosmetik

3. Menyenaraikan bahan kimia yang berbahaya kepada para pengguna melalui media

sosial.

4. Mengenalpasti samada pengguna masih menggunakan barangan kosmetik tersebut

walaupun terdapat bahan kimia yang berbahaya.

3.0 PERLAKSANAAN PROJEK

Kami mengumpul data berdasarkan borang soal selidik tentang pemilihan barang kosmetik.

Seramai 20 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa/i pelbagai jantina dan umur

membantu menjawab soal selidik yang kami berikan. Selain itu, kami juga mengedarkan

risalah tentang produk kosmetik yang terkandung bahan kimia berbahaya seperti kesan buruk

pada masa akan datang, senarai bahan kimia yang berbahaya dan langkah-langkah

pencegahan. Kami juga menggunakan pendekatan media sosial seperti facebook untuk

memberitahu orang awam tentang bahan kimia berbahaya di dalam kosmetik.

Page 6: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

3

4.0 HASIL DAPATAN

Berdasarkan daripada kajian yang dibuat, seramai 95% responden telah menggunakan

barangan kosmetik manakala hanya 5% responden sahaja yang tidak menggunakan sebarang

produk kosmetik. Kosmetik yang mereka pilih tidak terhad kepada kecantikanseperti bedak

dan gincu sahaja tetapi untuk perawatan diri juga seperti losyen dan juga pencuci muka.

Rajah 1 Jumlah Pelajar UKM yang Menggunakan Barangan Kosmetik

Seterusnya kami ingin mengkaji kepekaan responden terhadap produk kosmetik yang mereka

gunakan samada ianya telah didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

atau tidak. Terdapat 36.8% responden yang masih tidak tahu produk yang mereka gunakan

didaftar atau tidak manakala 63.2% responden tahu bahawa produk mereka telah didaftarkan

di KKM. Hal ini menunjukkan bahawa mereka masih peka dengan produk yang mereka pakai

dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengkaji tentang produk yang mereka gunakan.

Selain itu, kami juga ingin mengkaji samada responden mengetahui tentang jenis bahan kimia

yang berbahaya yang terkandung di dalam kosmetikyang mereka gunakan. Berdasarkan bar

graf di bawah, bilangan tertinggi bahan kimia yang paling dikenali oleh responden adalah

merkuri. Seramai dua orang menyatakan paraben dan tidak tahu tentang bahan kimia yang

95%

5%

Pengguna barangan kosmetik

Ya

Tidak

Page 7: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

4

berbahaya. Manakala silikon, hydroquinone dan lemak khinzir mempunyai bilangan seramai

seorang responden sahaja.

Rajah 2 Senarai Bahan Kimia Berbahaya yang Dikenali

Akhir sekali, terdapat juga 15% responden yang masih mengatakan mungkin untuk

menggunakan sesuatu produk kosmetik jika ia terbukti berkesan walaupun setelah

mengetahui terdapat bahan-bahan kimia yang berbahaya didalamnya. Ini menunjukkan

bahawa mereka masih ingin menggunakan kosmetik tersebut kerana keberkesanannya tanpa

memikirkan kesan buruk pada masa akan datang

0

1

2

3

4

5

6

7

Lemak Khinzir Merkuri Hydroquinone Paraben Tidak Pasti Silikon

Senarai bahan kimia berbahaya yang responden kenali

Page 8: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

5

5.0 BIDANG TUGAS

Kami telah mengadakan perbincangan untuk memilih tajuk cadangan yang perlu

dibentangkan kepada pensyarah kami, Dr Sakhinah binti Abu bakar. Kami bersama-sama

memikirkan tajuk-tajuk yang menarik dan berkaitan dengan isu semasa. Maka kami telah

menyenaraikan beberapa tajuk dan bentangkan kepada pensyarah kami.

Selepas tajuk kami dipersetujui, kami sekali lagi mengadakan perbincangan untuk

menyenaraikan beberapa soalan berkaitan dengan tajuk ini untuk diletakkan dalam borang

kaji selidik. Kami menggunakan borang soal selidik secara atas talian iaitu melalui ‘Google

Form’. Kami masing-masing menyebarkan ‘link’ soal selidik kepada pelajar UKM. Setelah

mendapatkan keputusan kajian, kami meneruskan kepada tugas yang lain iaitu membuat

risalah tentang tajuk, poster dan juga laporan akhir.

Kami merekabentuk risalah dengan maklumat yang penting dan kata kunci yang menarik

agar pembaca tertarik dengan maklumat yang ingin disampaikan oleh kami dan

mempratikkannya. Reka bentuk poster pula kami lakukan dengan warna yang menarik serta

lebih banyak gambar dan graf agar lebih senang difahami dan tidak bosan apabila membaca.

Namun kami masih meletakkan kata kunci yang menarik supaya poster kami tidak lari

daripada tajuk asal. Tugasan yang dibahagikan adalah mencari maklumat, merekabentuk

risalah, dan menyebarkannya. Selain itu, kami juga sama-sama menyebarkan maklumat ini

melalui Facebook. Ini adalah kerana media sosial banyak memainkan peranan penting dalam

penyebaran maklumat. Kami boleh menyebarkan maklumat bukan kepada pelajar UKM

sahaja malah masyarakat di luar sana.

Melalui perbincangan dan membuat bersama-sama, kami dapat melaksanakan projek ini

dengan cepat dan mudah. Walaupun terdapat kekangan masa, namun kami masih mencuba

berbincang bersama dengan melakukan mesyuarat kecil selepas tamat kuliah atau berbincang

melalui whatsapp. Dengan cara ini, kami dapat membuat keputusan dengan lebih cepat dan

menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan.

Page 9: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

6

6.0 KESIMPULAN

Kosmetik bukan hanya digunakan untuk kecantikan sahaja malah untuk perawatan di kulit

sebagai contoh mengurangkan minyak di muka dan jerawat. Namun kini kegunaan kosmetik

lebih hebat berbanding dulu kerana produk kosmetik sekarang mampu mencerahkan kulit

serta mengelupaskan kulit muka agar muka lebih gebu dan bersih.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, masih terdapat beberapa responden yang masih

tidak mengetahui bahan kimia yang berbahaya malah ada juga yang masih ingin

menggunakan kosmetik tersebut walaupun mereka tahu terdapat bahan kimia yang berbahaya

kerana ingin menjadi cantik dalam masa yang singkat. Ini adalah disebabkan mereka tidak

memikirkan kesan masa panjang yang akan terjadi pada tubuh mereka.

Sungguhpun begitu, kami telah mengambil beberapa langkah untuk memberi kesedaran

kepada pengguna kosmetik yang bukan sahaja pelajar universiti malah masyarakat yang

menggunakan kosmetik melalui poster dan laman sosial seperti facebook. Contohnya, kami

telah menyenarai bahan-bahan kimia berbahaya yang terkandung di kosmetik, kesan buruk

penggunaan kosmetik yang berbahaya, dan memperkenalkan sebuah syarikat ALS iaitu

sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk menguji bahan yang terdapat di

dalam bahan kosmetik, sesuai kepada pengusaha baru kosmetik.

Oleh itu, para pengguna perlu meningkat pengetahuan tentang kosmetik agar mereka boleh

menghindari pelbagai penyakit berbahaya pada masa akan datang. Pelbagai kebaikkan yang

mereka akan dapat jika mereka mematuhi panduan yang diberikan oleh KKM dan kesihatan

mereka akan terjaga sehingga hari tua.

Page 10: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

7

7.0 REFLEKSI

Setelah tugasan diberikan oleh pensyarah, saya dan ahli kumpulan telah melaksanakan

beberapa aturan langkah untuk menyiapkan tugas yang diberikan. Langkah pertama yang

kami ambil adalah memikirkan masalah atau isu semasa yang perlu diberi perhatian untuk

dijadikan tajuk projek. Setelah masing-masing melontarkan idea untuk dijadikan tajuk,

perbincangan dilakukan untuk memikirkan kesesuaian setiap tajuk. Setelah berbincang, kami

sebulat suara memilih masalah kurangnya kesedaran terhadap bahan-bahan berbahaya di

dalam alat kosmetik dan kecantikan sebagai masalah yang boleh kami cuba selesaikan. Di

sini, kami telah menggunakan kemahiran pemikiran kritikal dalam menilai setiap masalah

yang dicadangkan untuk dipilih sebagai tajuk projek seterusnya memikirkan cara-cara untuk

meningkatkan kesedaran terhadap bahan-bahan berbahaya di dalam alat kosmetik dan

kecantikan.

Tindakan yang kami ambil untuk mencapai objektif projek pertama sekali adalah dengan

membuat dan mengedarkan borang maklum balas kepada pelajar-pelajar UKM untuk

mengetahui tahap kesedaran mereka terhadap bahan-bahan berbahaya di dalam alat kosmetik

dan kecantikan. Dengan mengenalpasti tahap kesedaran mereka, barulah kami dapat

mengetahui tindakan dan maklumat yang sesuai untuk kami sebarkan untuk memastikan

kempen kesedaran ini berjaya. Tindakan yang diambil seterusnya ialah membuat dan

mengedarkan flyers kepada pelajar-pelajar UKM untuk menyebarkan maklumat-maklumat

tentang bahan kimia yang terdapat dalam alat kosmetik dan kecantikan. Walaubagaimanapun,

terdapat kekurangan dalam tindakan ini iaitu pengedaran flyers hanya boleh dibuat dalam

jumlah terhad. Oleh itu, kami memikirkan alternatif lain lalu membina facebook page sebagai

satu lagi medium untuk berkongsi maklumat dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan

pelajar UKM kerana ia tidak melibatkan kos yang tinggi dan akan mencapai lebih ramai

pembaca dan seterusnya dpt mencapai objektif dengan lebih cepat.

Kesimpulannya, subjek citra Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah ini sedikit sebanyak

dapat membantu pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dengan berfikiran

rasional dan bertindak dengan tepat. Sebarang konflik atau akibat sesuatu tindakan yang

diambil perlu diselesaikan dengan penuh tanggungjawab dan berhikmah.

Page 11: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

8

LAMPIRAN

Page 12: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

9

Risalah

Halaman facebook

Maklumat yang dikongsi di halaman

facebook

Page 13: LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN · PDF filelaporan akhir kempen kesedaran ... kimia berbahaya dalam alat kosmetik kumpulan 7 pensyarah dr sakhinah binti abu bakar disediakan

10

Poster