modul pajsk

16
PAJSK

Upload: rohizam

Post on 05-Dec-2014

958 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

Education

TRANSCRIPT

Page 1: Modul PAJSK

PAJSK

Page 2: Modul PAJSK

2 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

2

Modul Pelaksanaan PAJSK.

1. Pendahuluan.

1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan badan

beruniform, kelab dan persatuan serta kelab sukan/permainan merupakan aktiviti

luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan

aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan

pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pada masa ini sekolah

menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan badan beruniform, kelab/persatuan

dan kelab sukan/permainan. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurang-

kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut. Rujuk subperaturan 5.1

dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS) 8591/Jld. 11 (29) bertarikh 2

Januari 1985.

1.2 Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian

Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah ada

membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh murid-

murid. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza-beza.

Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi

dan keperluan sesebuah sekolah.

1.3 Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian

Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan

format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf. Ianya penting agar keesahan dan

kebolehpercayaannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan

sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan murid ke institusi-institusi

pengajian tinggi tempatan.

Page 3: Modul PAJSK

3 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

3

1.4 Semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan perlu menggunakan panduan

penilaian ini. Penilaian ini juga boleh digunakan oleh sekolah-sekolah lain dengan

syarat mematuhi prosedur pelaksanaan aktiviti yang ditetapkan dalam Buku

Panduan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan serta Buku Panduan Pelaksanaan

Dasar 1Murid 1Sukan, Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Rasional.

2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan murid di sekolah untuk kemasukan ke

Institusi Pengajian Tinggi telah dilaksanakan mulai tahun 2006. Setelah

dilaksanakan, sistem penilaian perlu dibuat penambahbaikan bagi memudahkan

lagi pemahaman guru tentang penilaian murid dalam kegiatan kokurikulum dan

penggalakkan aktiviti sukan. Selaras dengan pelaksanaan sistem Pentaksiran

Berasaskan Sekolah dan Dasar 1Murid 1Sukan, penilaian bagi kegiatan

kokurikulum dan sukan dikaji semula. Dengan mengambil kira kepentingan

kegiatan kokurikulum dan sukan, penilaian kegiatan ini wajib dinilai dan

pemarkahan bagi ketiga-tiga bidang iaitu Sukan dan Permainan, Pasukan

Badan Beruniform serta Persatuan dan Kelab wajib diambil kira dalam

penilaian kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan kemasukan ke

sekolah berasrama penuh dan yang setara.

2.2 Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan boleh merangsang murid-murid untuk

bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di sekolah. Semua

murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana

penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercita-cita melanjutkan

pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti

kokurikulum dan sukan boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita

mereka.

Page 4: Modul PAJSK

4 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

4

3. Objektif.

3.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum dan sukan yang boleh

diterima pakai oleh semua sekolah

3.2 Membantu Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi dalam membuat

penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi tersebut.

3.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan murid

dalam aktiviti kokurikulum dan sukan

4. Garis Panduan Semasa melaksanakan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan

Sekolah.

4.1 Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut:

5.1.1 Perancangan yang jelas

5.1.2 Tempat penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian.

5.1.3 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan.

5.1.4 Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum.

5.1.5 Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluarkan oleh KPM dan agensi luar.

5.2 Gambar murid mesti dilekatkan pada Buku Rekod Penilaian Kokurikulum dan Sukan murid/pelajar.

5.3 Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Penilaian Kokurikulum dan Sukan Sekolah Menengah.

5.4 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan menyerahkan data pencapaian murid/pelajar.

5.5 Mengadakan taklimat kepada guru penasihat/pemimpin dan guru kelas.

5.6 Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.

Page 5: Modul PAJSK

5 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

5

5.7 Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Persatuan/Kelab dan Kelab Sukan/Permainan.

5.8 Melantik guru sebagai guru penasihat/pemimpin bagi kelab Sukan/Permainan, Kelab dan Persatuan serta Pasukan Badan Beruniform.

5.9 Memberi peluang kepada guru yang berkemahiran dalam sesuatu bidang menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut.

5.10 Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.

5.11 PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala.

5.12 Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Dan Sukan Sekolah boleh disediakan dalam dua bentuk seperti berikut :

5.12.1 Dalam tempoh 3 tahun (bermula dari Tahun Empat hingga Tahun Enam);

dan

5.12.2 Dalam tempoh 8 tahun (bermula dari kelas Peralihan hingga ke

Tingkatan Enam Atas); atau

5.12.3 Dua buah buku bagi tempoh 4 tahun : 5.12.3.1 Bermula dari kelas Peralihan hingga Tingkatan Tiga

5.12.3.2 Bermula dari Tingkatan Empat hingga Tingkatan Enam Atas

6. Apa yang akan ditaksir ?

• Kehadiran dalam latihan, pada hari acara atau aktiviti

• Jawatan dipegang seperti ahli jawatankuasa di peringkat sekolah, daerah

atau negeri

• Penglibatan dalam peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah

dan sekolah

• Mewakili pasukan, rumah sukan, sekolah, daerah, negeri atau negara

• Nilai-nilai murni yang ditunjukan sebelum, semasa dan selepas acara

atau aktiviti

• Pencapaian dalam sukan, permainan, dan pertandingan

• Sumbangan murid daripada aspek teknikal, pengurusan, dan sokongan

Page 6: Modul PAJSK

6 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

6

7. Kaedah pemberian nilai skor sukan dan kokurikulum

Hanya MARKAH YANG TERTINGGI sahaja dari setiap aktiviti sukan dan kokurikulum

diambil kira untuk tujuan pentaksiran. Walau bagaimana pun semua aktiviti yang

disertai murid akan direkodkan bagi:

• Menggalakkan insentif kepada semua murid mendapat imbuhan yang

setimpal dengan penglibatan dalam aktiviti berkenaan.

• Mendorong semua murid terlibat dalam aktiviti bagi mendapat tahap

pencapaian yang tertinggi dalam aktiviti yang dirancang pihak sekolah

dan pertubuhan yang berkaitan.

8. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai

panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan,

penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti jasmani, sukan,

kokurikulum dan ekstra kurikulum.

PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di

dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk

melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan

bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep 1 Murid 1 Sukan, pembangunan modal

insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

(JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 7: Modul PAJSK

7 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

7

9. Komponen PAJSK

PAJSK merangkumi lima komponen; SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan ekstra

kurikulum seperti dalam Rajah 9.1.

9.1.1 Pentaksiran SEGAK

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid

sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard

Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut

tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard

yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada

empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa"

dan "Jangkauan melunjur".

a. Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal

murid

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)

BMI

SEGAK KOKURIKULUM SUKAN

EKSTRA

KOKURIKULUM

Body Mass Index (BMI)

Merekodkan tentang ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Mengukur tahap kecergasan

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam aktiviti sukan: -Sekolah -Daerah -Negeri

-Kebangsaan -Antarabangsa

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam:

-Kelab -Persatuan -Unit Beruniform

Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam aktiviti ekstrakurikulum: -Sekolah -Daerah -Negeri -Kebangsaan -Antarabangsa

Rajah 9.1 Komponen PAJSK

Page 8: Modul PAJSK

8 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

8

b. Konstruk yang diukur

i. Perkembangan fizikal murid

ii. Kecergasan

iii. Senaman

c. Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK

i. SEGAK dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada

pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa.

ii. Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat.

iii. Guru merekod skor murid semasa melaksanakan aktiviti

SEGAK dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang

disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

iv. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK.

9.1.1.1 Pentaksiran BMI

BMI dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan

ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass

Index (BMI).

a. Objektif Pentaksiran BMI

i. Mengukur BMI murid

ii. Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan

ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid.

b. Konstruk yang diukur

i. Tinggi

ii. Berat

iii. Tafsiran BMI

Page 9: Modul PAJSK

9 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

9

Pelaksanaan Pentaksiran BMI

i. Pentaksiran BMI dilaksanakan dua kali setahun iaitu

pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun

semasa

ii. Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan

terlibat

iii. Guru merekod berat badan dan ketinggian murid serta

merekod dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh LPM.

iv. Guru mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh

aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan.

9.1.3 Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur

aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia yang bertujuan membangun modal insan dalam usaha

memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid.

Pentaksiran Sukan dan Pentaksiran Kokurikulum dalam PAJSK mengandungi

konstruk dan pelaksanaan yang hampir serupa.

Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan yang

mempertingkatkan kemahiran yang melibatkan aktiviti fizikal dan ketahanan

mental.

Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan

pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan

atau antarabangsa. (Jadual 9.1 menunjukkan Aspek Pentaksiran Aktiviti

Jasmani, Sukan dan Kokurikulum)

Page 10: Modul PAJSK

10 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

10

a. Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor

kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid

b. Konstruk yang diukur

i. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum

ii. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum

iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan d an

kokurikulum

c. Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum

i. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara

berterusan sepanjang aktiviti dijalankan mengikut kesesuaian

guru atau berkala mengikut jadual yang ditetapkan oleh

sekolah, PPD atau JPN

ii. Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat

iii. Guru merekod aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan

Borang Rumusan Aktiviti Sukan/Kokurikulum (Lampiran C) dan

memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan

oleh Lembaga Peperiksaan

iv. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK

secara automatik apabila diperlukan

v. Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum

adalah berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 9.2

Page 11: Modul PAJSK

11 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

11

Jadual 9.2 Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum

Aspek (110 Markah)

Penglibatan

(50 Markah)

Penyertaan

(40 Markah)

Prestasi

(20 Markah)

Elemen Elemen Elemen

Khidmat Jawatan Peringkat Komitmen Sumbangan Kehadiran Pencapaian

Nilai Skor Nilai Skor Nilai Skor

10 20 10 10 40 10

Page 12: Modul PAJSK

1 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

1

9.1.3.1 Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum

Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum merupakan satu usaha

untuk

mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk

aktiviti bermanfaat di luar dan di dalam waktu persekolahan yang

tidak dikendalikan oleh pihak sekolah. Aktiviti ekstra kurikulum

merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji,

membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal

untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum.

a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum adalah

mengumpul maklumat dan member kurikulum murid.

b. Konstruk yang diukur

I. Perkhidmatan

II. Anugerah daripada badan-badan lain.

III. Khidmat masyarakat.

IV. Program NILAM

c. Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum

i. Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum dilaksanakan

secara berterusan sepanjang tahun semasa dan pada

bila -bila masa di luar waktu persekolahan selepas

aktiviti ekstra kurikulum dijalankan

ii. Semua murid peringkat menengah rendah terlibat

secara sukarela. Penyertaan dan keselamatan murid

dalam aktiviti ekstra kurikulum adalah menjadi

tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaIkhtga.

(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000, bertarikh 30

Mac 2000 dan 10 Mei 2000)

Page 13: Modul PAJSK

2 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

2

iii. Pengesahan aktiviti ekstra kurikulum murid hendaklah

dibuat melalui tandatangan dan cap penganjur

iv. Guru merekod aktiviti ekstra kurikulum menggunakan

Borang Pelaporan Ekstra kurikulum (BPE; Lampiran

D) dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang

disediakan oleh Lembaga Peperiksaan

v. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi

PAJSK secara automatik apabila diperlukan

vi. Pemberatan wajaran aktiviti ekstra kurikulum

adalah

berdasarkan empat aspek iaitu perkhidmatan,

anugerah daripada badan -badan lain, khidmat

masyarakat dan program NILAM

Aspek penglibatan murid merangkumi empat elemen seperti dalam Jadual 9.3

Jadual 9.3 : Jadual Elemen Berdasarkan Aspek Ekstra Kurikulum

Aspek Element Skor

Perkhidmatan Jawatan 10

Anugerah Rujuk dokumen anugerah 10

Khidmat Masyarakat Komitmen 10

NILAM Rujuk dokumen NILAM 10

Page 14: Modul PAJSK

3 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

3

10. CARTA ALIRAN PENGISIAN BORANG KEHADIRAN DAN PEREKODAN DALAM

APLIKASI PAJSK

10.1 Peraturan mengisi borang rumusan aktiviti sukan dan kokurikulum

• Borang rumusan aktiviti sukan/ kokurikulum (Lampiran C) menggunakan

format borang yang sama

• Satu borang hanya untuk satu aktiviti sahaja

• Setiap butiran tentang keterlibatan murid dalam aktiviti sukan / kokurikulum

hendaklah diisi oleh Ketua Guru Penasihat Sukan/Kokurikulum di akhir

program aktiviti/perjumpaan dalam Borang Rumusan Aktiviti Sukan dan

Kokurikulum (Lampiran C)

• Setelah borang rumusan diisi dengan lengkap hendaklah ditandatangani oleh

murid dan disahkan oleh Ketua Guru Penasihat Sukan/ Kokurikulum dan

menyerahkan kepada Guru Kelas

• Borang rumusan tersebut yang telah dilengkapkan hendaklah dikey-in oleh

Guru Kelas dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk tujuan penskoran, perekodan dan pelaporan

Page 15: Modul PAJSK

4 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

4

10.2 Carta alir peraturan mengisi borang rekod aktiviti sukan

0.3 Carta alir peraturan mengisi borang rekod aktiviti kokurikulum

10.4 Peraturan Mengisi Borang Rumusan Aktiviti Ekstra Kurikulum

Page 16: Modul PAJSK

5 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

5

• Ketua Guru Penasihat hendaklah mengira penyertaan berdasarkan kepada

BORANG REKOD KEHADIRAN (LAMPIRAN B) dan merekodkan ke dalam

BORANG RUMUSAN AKTIVITI EKSTRA KURIKULUM (LAMPIRAN D

• Satu borang hanya untuk satu aktiviti sahaja

• Setelah borang rumusan diisi dengan lengkap hendaklah ditandatangani oleh

murid dan disahkan oleh Ketua Guru Penasihat dan Penganjur / pihak yang

berkenaan

Borang rumusan tersebut yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada guru kelas untuk tujuan key-in dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tujuan penskoran.