modul ice breaking

5
AKTIVITI: GREAT EGG DROP Great Egg Drop” juga dikenali sebagai Menara Masa Depan adalah suatu aktiviti di mana para peserta dikehendaki membina sebuah menara di mana matlamat utamanya adalah menghalang telur daripada jatuh. Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada ahli setiap kumpulan. Aktiviti ini juga melatih para peserta untuk berfikir secara kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah apabila diberikan sumber. OBJEKTIF 1) Melatih para peserta untuk bekerjasama di dalam kumpulan. 2) Memberi ruang kepada peserta untuk berfikir secara kritis berbekalkan sumber yang diberikan. 3) Melatih sifat berunding dan bertolak ansur di dalam sesebuah urusan. 4) Memikul tanggungjawab menjaga amanah yang diberikan. MASA 1) 5 minit – Penerangan dan pembahagian kumpulan 2) 10 minit – Rundingan di antara kumpulan 3) 30 minit – Pembinaan Menara 4) 15 minit – Konklusi SASARAN 12 orang peserta (Pengawas SPBT) BAHAN-BAHAN 1) Bahan-bahan terbuang seperti botol, tin minuman dan sebagainya yang dirasakan bersesuaian. 2) Telur

Upload: mommyaqil

Post on 21-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ice breaking

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Ice Breaking

AKTIVITI: GREAT EGG DROP

“Great Egg Drop” juga dikenali sebagai Menara Masa Depan adalah suatu aktiviti di mana para peserta dikehendaki membina sebuah menara di mana matlamat utamanya adalah menghalang telur daripada jatuh. Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada ahli setiap kumpulan. Aktiviti ini juga melatih para peserta untuk berfikir secara kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah apabila diberikan sumber.

OBJEKTIF

1) Melatih para peserta untuk bekerjasama di dalam kumpulan.2) Memberi ruang kepada peserta untuk berfikir secara kritis

berbekalkan sumber yang diberikan.3) Melatih sifat berunding dan bertolak ansur di dalam sesebuah

urusan.4) Memikul tanggungjawab menjaga amanah yang diberikan.

MASA

1) 5 minit – Penerangan dan pembahagian kumpulan2) 10 minit – Rundingan di antara kumpulan3) 30 minit – Pembinaan Menara4) 15 minit – Konklusi

SASARAN

12 orang peserta (Pengawas SPBT)

BAHAN-BAHAN

1) Bahan-bahan terbuang seperti botol, tin minuman dan sebagainya yang dirasakan bersesuaian.

2) Telur

PELAKSANAAN

1) Fasilitator meminta para peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.

Page 2: Modul Ice Breaking

2) Fasilitator memberikan arahan kepada setiap kumpulan aktiviti yang akan dijalankan.

3) Fasilitator menerangkan matlamat aktiviti adalah untuk mereka cipta sebuah menara di mana menara tersebut mampu mencegah telur yang diberikan daripada pecah.

4) Fasilitator meminta supaya melantik seorang yang berperanan sebagai perunding. Kemudian, setiap kumpulan diberikan bahan-bahan untuk membina replika menara.

5) Peserta dibenarkan untuk menggunakan alatan dari luar dalam proses pembinaan.

6) Fasilitator memberikan tempoh masa untuk menyiapkan menara. (30 minit)

7) Setelah masa tamat, fasilitator akan meminta setiap meletakkan telur di puncak menara dalam tempoh masa 5 minit bagi menguji kekuatan menara yang dibina.

8) Pemenang dinilai melalui menara yang mampu mencapai matlamat pembinaan iaitu menghalang daripada telur jatuh atau pecah.

9) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.

Page 3: Modul Ice Breaking

MODUL KEPIMPINAN

AKTIVITI: ICE BREAKING

Ice Breaking adalah suatu sessi yang penting bagi sesebuah program kerana ia bertujuan untuk membuka minda dan pemikiran para peserta sebelum program atau kursus dimulakan. Oleh kerana latarbelakang peserta tidak sama, ice breaking digunakan sebagai satu titik permulaan yang seharusnya positif dan menyeronokkan.

OBJEKTIF

1) Untuk menghilangkan rasa malu di antara satu sama lain.2) Untuk menghilangkan jurang perbezaan di antara satu sama lain.3) Melatih peserta untuk menjadi pemimpin.4) Melatih peserta berkomunikasi dengan baik.

MASA

1) 10 minit – taklimat sessi pengenalan2) 20 minit – aktiviti “whose story is this?”

SASARAN

12 orang peserta (Pengawas SPBT)

PELAKSANAAN

1) Peserta dipecahkan kepada 3 kumpulan diwakili oleh 3 orang fasilitator.2) Di dalam kumpulan, peserta dikehendaki mengadakan taaruf ringkas tentang

diri mereka. Setiap peserta hendaklah menerangkan dengan ringkas tentang diri mereka kepada ahli di dalam kumpulan.

3) Selepas selesai taaruf ringkas, peserta diberikan sekeping kertas dan dikehendaki untuk menulis secara ringkas tentang pengalaman yang pernah

Page 4: Modul Ice Breaking

mereka alami berserta nama mereka sekali. Pengalaman itu hendaklah menggambarkan tentang diri mereka sendiri.

4) Setelah tamat masa yang diberi. Fasilitator akan mengutip semua kertas dan memasukkan ke dalam sebuah bekas.

5) Kemudian, fasilitator akan mengambil 3 helai kertas dari bekas tersebut dan memanggil nama peserta yang tercatat di atas kertas tersebut. Peserta yang dipanggil namanya dikehendaki keluar dan diasingkan daripada kumpulan mereka.

6) Fasilitator akan membacakan salah satu kisah daripada peserta yang dipanggil nama dan ahli kumpulan yang lain akan cuba meneka kisah siapa yang diceritakan.

7) Setelah ahli kumpulan melakukan perbincangan, undi dibuat. Aktiviti akan diulang hingga kesemua kisah ahli di dalam kumpulan dibacakan.

8) Setelah tamat masa, peserta perlu berkumpul semula dalam kumpulan yang besar.

9) Fasilitator meminta wakil setiap kumpulan untuk memperkenalkan ahli kumpulan mereka.

10) Aktiviti tamat setelah masa yang diberikan mencukupi dan ketua bagi program akan dilantik dan barang amanah akan diberikan.