modul ice breaking

5
MODUL ICE BREAKING - modul untuk sesi perkenalan dan pembentukan kumpulan peserta - mengajak peserta supaya sedia menerima situasi baru dan rasa dihargai - memberi ruang kepada peserta berinteraksi antara satu sama lain - mewujudkan ruang untuk memupuk ikatan setia kawan PENGENALAN Fasilitator mengalu-ngalukan kehadiran peserta. Mengucapkan tahniah atas pemilihan untuk menyertai program. Patut rasa bersyukur kerana diberi ruang dan peluang. Fasilitator memperkenalkan diri. FASA 1 (Kenal Diri) Aktiviti 1 (berkenalan-tanya nama) - fasilitator suruh peserta bergerak secara rawak. Buat aksi seperti burung terbang. Pastikan tidak bergerak bersama rakan satu sekolah. Biarkan mereka bergerak sebebasnya. - fasilitator tiup wisel sebagai tanda berhenti. Tidak dibenar bergerak sedikit pun. - fasilitator mengarahkan peserta cari rakan yang berdekatan (pastikan sesama jantina). Kalau ada yang tiada pasangan biarkan mereka bertiga. -suruh mereka berkenalan antara satu sama lain. Tanya nama, nama sekolah dan tempat asal. Pastikan berkomunikasi dalam Inggeris dan amalkan senyum Rasianal : mewujudkan rasa diterima dan dihargai serta buang rasa malu. Aktiviti 2 (bangga dengan nama yang diberi) - fasilitator mengarahkan peserta bergerak secara rawak lagi. Berlari-lari anak di dalam dewan sebebasnya. Biarkan beberapa ketika. - fasilitator beri arahan untuk berkumpul ikut huruf awal pada nama masing-masing ikut jantina (lelaki dengan lelaki, perempuan-perempuan dengan perempuan) - galakkan mereka berinteraksi. Tekankan denda akan diberi kalau ada dua kumpulan yang sama (terpulang kepada fasi, denda yang hendak diberi).

Upload: mysha08

Post on 20-Nov-2015

58 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ice

TRANSCRIPT

MODUL ICE BREAKING- modul untuk sesi perkenalan dan pembentukan kumpulan peserta

- mengajak peserta supaya sedia menerima situasi baru dan rasa dihargai

- memberi ruang kepada peserta berinteraksi antara satu sama lain

- mewujudkan ruang untuk memupuk ikatan setia kawan

PENGENALAN

Fasilitator mengalu-ngalukan kehadiran peserta. Mengucapkan tahniah atas pemilihan untuk menyertai program. Patut rasa bersyukur kerana diberi ruang dan peluang. Fasilitator memperkenalkan diri.

FASA 1 (Kenal Diri)

Aktiviti 1 (berkenalan-tanya nama)- fasilitator suruh peserta bergerak secara rawak. Buat aksi seperti burung terbang. Pastikan tidak

bergerak bersama rakan satu sekolah. Biarkan mereka bergerak sebebasnya.

- fasilitator tiup wisel sebagai tanda berhenti. Tidak dibenar bergerak sedikit pun.- fasilitator mengarahkan peserta cari rakan yang berdekatan (pastikan sesama jantina). Kalau ada yang tiada pasangan biarkan mereka bertiga.-suruh mereka berkenalan antara satu sama lain. Tanya nama, nama sekolah dan tempat asal. Pastikan berkomunikasi dalam Inggeris dan amalkan senyumRasianal : mewujudkan rasa diterima dan dihargai serta buang rasa malu.

Aktiviti 2 (bangga dengan nama yang diberi)- fasilitator mengarahkan peserta bergerak secara rawak lagi. Berlari-lari anak di dalam dewan sebebasnya. Biarkan beberapa ketika.- fasilitator beri arahan untuk berkumpul ikut huruf awal pada nama masing-masing ikut jantina (lelaki dengan lelaki, perempuan-perempuan dengan perempuan)

- galakkan mereka berinteraksi. Tekankan denda akan diberi kalau ada dua kumpulan yang sama

(terpulang kepada fasi, denda yang hendak diberi).- fasi akan mengulas kumpulan mengikut abjad dari A-Z. Kenal pasti huruf mana yang banyak digunakan. (biasanya orang Melayu lebih kepada huruf M/A untuk lelaki dan huruf S/N untuk perempuan.

- fasi memberi ulasan kenapa perlu ada nama, apa istimewanya nama pada diri seseorang.

- fasi menyatakan perlunya berterima kasih kepada kedua ibu bapa kerana telah memberi nama yang baik kepada mereka. Perlu bersyukur dan terima seadanya itulah nama yang diberi oleh orang tua sebagai pengikat kasih saying mereka.

Rasional : menghargai nama sendiri sebagai identiti. Hormat kepada orang lain dengan memanggil nama yang betul dan jangan hina kalau ada rakan yang namanya agak pelik.Nota: Boleh perbanyakkan aktiviti contohnya ikut kerjaya pilihan, ikut hobi yang sama, ikut warna, makanan, minuman, anak sulong atau anak bongusu dalam keluarga dan lain-lain yang difikirkan bersesuaian sebelum meneruskan aktiviti bulan kelahiran. Lihat kesesuaian masa.Aktiviti 3 (bulan kelahiran)- fasilitator menyuruh peserta bergerak secara rawak lagi. Kalau boleh buat pelbagai aksi sambil berlari-lari anak. Biarkan beberapa ketika. Ambil masa, biar peserta betul-betul seronok bergerak.- fasi menyuruh mereka sekali lagi berkumpul dalam kumpulan ikut bulan kelahiran (campur lelaki dan perempuan). Pastikan pergerakan terkawal.- fasi akan mengulas setiap bulan kelahiran dari Januari-Disember. Lihat bulan mana paling subur (ramai orang lahir) dan lihat juga bulan yang sedikit kelahiran atau bulan yang tida kelahiran. Gunakan kebijaksanaan fasi untuk mengulas bulan kelahiran ini.- fasi menyruh kumpulan bulan Januari berdiri. Suruh yang lain duduk kecuali seorang yang lahir pada tarikh yang paling awal dalam bulan tersebut. Fasi Tanya kepada peserta yang tinggal itu

tentang tarikh kelahirannya. Minta peserta beri tepukan gemuruh.

- fasi memaklumkan peserta itulah sebagai abang long atau kak long (orang Sarawak panggil waa). Maklumkan adik-adik kena hormat kepada orang yang tua. Secara tidak lansung dapat kenal peserta paling tua dalam program. Panggil dia sebagai Abang Long/Kak Long (Pak Waa/Mak Waa).- buat aktiviti yang sama untuk kumpulan bulan Disember.

- seterusnya suruh kumpulan yang lahir dalam bulan September berdiri. Tanya siapa yang lahir pada hari ini. Kalau ada, raikan hari lahir mereka/dia. Ramai-ramai nyanyikan lagu birthday. Kalau boleh fasi beri sesuatu yang boleh mereka/dia ingat sepanjang hidup. Kalau tidak ada yang lahir pada hari itu; Tanya hari semalam,esok atau lusa. Raikan juga.Rasional : Menghormat sesama kawan dan mengamalkan budaya memanggil orang yang lebih tua sebagai abang/kakak dan yang lebih muda sebagai adik.

Aktiviti 4 (bergerak pantas/bertindak cepat)- fasi akan mengarahkan peserta buat satu barisan panjang yang dimulai orang yang paling tua dihadapan dan paling muda dibelakang. Biarkan peserta melakukannya.

- ketika ini fasi boleh melihat siapa yang bertindak cuba mendominasi kumpulan atau bertindak sebagai ketua.

- setelah siap barisan tersebut, ambil masa untuk menyemak satu persatu mulai dari Januari sampai Disember.

- setelah itu bentukkan satu bulatan besar dengan menemukan orang yang pertama dengan orang terakhir. Pastikan orang yang pertama dan terakhir itu abang long dan adik bongsu tadi (dalam aktiviti 3)

- fasi akan berada di dalam bulatan/ditengah-tengah bulatan. Buat rumusan tentang aktiviti fasa 1

kenal diri secara menyeluruh kepada peserta.Rasional : Sentiasa mematuhi arahan dan faham arahan serta sentiasa buat yang terbaik

FASA 2 ( MEMBENTUK KUMPULAN)Aktiviti 5 (baris ikut sekolah)- fasi mengarahkan kepada semua peserta untuk berada di dalam kumpulan sekolah yang sama dan duduk dalam barisan menghadap fasi. (boleh pecahkan mengikut lelaki dan perempuan)- fasi minta semua peserta dari setiap sekolah membilang nombor 1,2,3,4 dan 5 (kalau kumpulan hendak dibentuk itu ada lima. Bergantung kepada berapa kumpulan yang hendak dibentuk).

-setelah itu minta peserta mengingat nombor masing masing.

Aktiviti 6 (mari menari)

- fasi akan memainkan lima jenis muzik tarian yang berbeza. Bergantung kepada bilangan kumpulan yang hendak dibentuk tadi. Contoh muzik yang boleh digunakan; ngajat, joget, tarian naga/singa, hindustan, sumazau atau chiken dance dll.

- fasi minta supaya setiap peserta bergerak mengikut tarian yang dimainkan berdasarkan nombor peserta dalam aktiviti 5 tadi.-buat pergerakan tarian sambil berkumpul ikut kumpulan yang sama. Ketika ini fasi perlu bijak

menggalakkan peserta supaya bergerak mengikut arahan. Sebab mungkin ada yang malu hendak buat. Kawan pergerakan peserta sebab mereka bercampur.

Rasional : menghormati tarian setiap budaya masyarakat di Malaysia/global

Aktiviti 7 (ahli kumpulan)- setelah semua berada dalam kumpulan, pastikan mereka duduk dalam barisan dan menghadap

fasi.-fasi edarkan sekeping kerta A4 (sediakan pen kalau perlu) kepada setiap kumpulan yang dah dibentuk tadi. Suruh mereka menulis nama masing-masing dalam kumpulan tersebut. Ambil kertas tersebut untuk diserahkan kepada urus setia program.

Rasional : mendapat maklumat tentang senarai kumpulan dengan mudah/cepat

Aktiviti 8 (penutup)- sebagai penutup; setiap kumpulan dikehendakki mempersembahkan tarian kumpulan masing- masing berdasarkan muzik tarian tadi (sama ada dihadapan atau di barisan yang ada). Peserta perlu sporting

- fasi boleh mainkan muzik tarian supaya boleh diikut oleh peserta dan sekaligus menghangatkan lagi suasana.

-setelah selesai aktiviti persembahan, fasilitator perlu binding atau rumuskan aktiviti ice breaking yang telah dijalankan.

Rasional : seronok dan sedia untuk meneruskan aktiviti program selanjutnya.BAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK MODUL INI; Kertas A4 Pensel atau pen Muzik tarian (pen drive/cd) Radio/laptop untuk mainkan muzikModul ice breaking disediakan oleh cikgu sapri paee sk agama miri sekolah cluster kecemerlangan fasa 4