modul dtm 201 (vpg)

133
Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak MODUL PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (DTM 201) TAHUN 2008 Disediakan oleh Panel Penggubalan Kurikulum DPAK Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak Kandungan huraian kurikulum ini telah dibentang kepada Panel Penggubal Kurikulum, Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak pada Mesyuarat & Bengkel Penulisan Modul (23 hingga 28 Jun 2 1

Upload: wan-asuwadi

Post on 16-Jan-2016

176 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Dtm 201 (Vpg)

Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak

MODUL PENGAJARAN

KEMAHIRAN BERFIKIR(DTM 201)

TAHUN 2008

Disediakan oleh

Panel Penggubalan Kurikulum DPAKKolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak

Kandungan huraian kurikulum ini telah dibentang kepada Panel Penggubal Kurikulum,Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak pada Mesyuarat & Bengkel Penulisan Modul (23 hingga 28 Jun 2

1

Page 2: Modul Dtm 201 (Vpg)

Nama Mata Pelajaran Kemahiran Berfikir

Kod DTM 201

Taraf Mata Pelajaran Teras Major

Peringkat Diploma

Jam Kredit 2 (1 + 1)

Objektif Mata Pelajaran Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1.Mempelajari pelbagai model dan pendekatan dalam pengajaran kemahiran berfikir

2.Menggunakan kemahiran berfikir yang bersesuaian di dalam bilik darjah

Hasil Pembelajaran Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir

2. Menguasai teknik penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dan dalam kehidupan seharian

Sinopsis Mata pelajaran Kursus ini membincangkan konsep dan ciri pemikiran kreatif dan kritis. Berdasarkan teori, pelajar digalakkan terlibat secara aktif dalam mengenalpasti hubungan antara otak dengan fungsi otak dalam domain kognitif. Pelajar diberi latihan amali melakukan aktiviti secara kreatif dan kritis dan melihat persoalan persoalan secara kreatif dan kritis dengan tujuan melatih mereka membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang praktikal dengan cara terbaik serta berkesan

2

Page 3: Modul Dtm 201 (Vpg)

Minggu Tajuk1 Teori, Konsep, Definisi dan Proses kemahiran berfikir

Domain Kognitif dan Afektif2 Pemikiran Reflektif, Metakognitif ,Taksonomi COGAFF dan EQ3 Teori dan peranan Otak. Kajian Split Brain, Teori Truine dan Kecerdasan

Pelbagai4 Ujian 1 dan Pembentangan Tugasan 15 Pemakanan dan Ingatan. Ingatan jangkamasa panjang dan pendek dan lupaan.6 Pemikiran Kritis7 Pemikiran Kreatif8 Kemahiran Menaakul. Induktif dan deduktif9 Ujian 2 dan Pembentangan Tugasan 210 Strategi Berfikir11 Alat-alat Berfikir12 Pemikiran Penyelesaiaan Masalah13 Pemikiran Membuat Keputusan14 Ulangkaji

Penilaian:

Tugasan 1 15%Tugasan 2 15%Kedatangan dan penglibatan 10%Ujian 1 10%Ujian 2 10%Peperiksaan Akhir 40%------------------------------------------------------Jumlah 100%------------------------------------------------------

Tugasan:

Pembentangan 5%Penyediaan ABM 3%Isi kandungan 5%Rujukan 2%-----------------------------------------------------Jumlah 15%-----------------------------------------------------

3

Page 4: Modul Dtm 201 (Vpg)

Unit 1

Teori Pemikiran

Unit ini bertujuan menerangkan kepada pelajar topik-topik berkaitan dengan definisi, konsep dan model kemahiran berfikir. Pelajar akan didedahkan dengan elemen-elemen seperti kognitif, afektif, metakognitif dan reflektif dan kaitannya dengan pembelajaran, konsep berhubung dengan kecerdasan emosi dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya mengenai proses berfikir serta mengetahui fungsi otak.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini pelajar dapat melakukan perkara-perkara berikut:1. Menghuraikan konsep berfikir2. Menerangkan proses berfikir3. Menyenaraikan fungsi otak kiri dan otak kanan

Aktiviti pengajaran dan Pembelajaran

Pelajar didedahkan kepada pengertian kemahiran berfikir, proses berfikir, model berfikir dan kaitannya dengan fungsi otak

Pelajar membuat perbandingan antara fungsi otak kanak dan otak kiri Secara berkumpulan, pelajar diminta menghuraikan konsep berfikir, proses berfikir dan kemahiran

berfikir Pelajar mencadangkan aktiviti-aktiviti yang dapat menjana dan merangsang kemahiran berfikir

kanak-kanak

Pendahuluan

Berfikir biasanya dikaitkan dengan perkataan seperti mengingat, merenung, membuat keputusan, meramal, membuat jangkaan, membayangkan, menilai, mempercayai dan sebagainya. Banyak perkataan dikaitkan dengan berfikir, begitu juga dengan pengertian berfikir. Walaupun begitu setiap individu tahu bahawa berfikir pastinya berlaku di dalam minda. Untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran yang berfikrah, konsep yang jelas mengenai berfikir, kemahiran dan strategi berfikir perlu ada.

Teori pemikiran

Manusia mempunyai kelebihan daripada makhluk lain kerana dapat menanggapi sesuatu perkara melalui kemampuan berfikir.Berfikir adalah sentuhan imaginasi dan aplikasi bagi melakukan analisis dan sintesis sejajar dengan firman allah yang bermaksud;

Katakanlah : ‘ Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan afidah (kebolehan berfikir), tetapi sedikit kamu bersyukur’

(al-mulk, 23)

Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas sebagaimana digambarkan didalam maksud sebuah hadis nabi:

Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama tujuh puluh tahun

Oleh itu, pemikiran penting dalam menentukan kejayaan dan tingkah laku individu. Proses ber fikir berdasarkan kemampuan otak dengan melibatkan tiga perkara utama iaitu masalah, pemikiran dan penyelesaian. Akal mampu berfikir serta menghasilkan kecerdasan, kemahiran dan kepintaran.

4

Page 5: Modul Dtm 201 (Vpg)

Berfikir tidaklah memerlukan waktu, tempat ataupun keadaan khusus. Seseorang dapat berfikir sambil berjalan di jalan raya, ketika pergi ke pejabat, memandu kereta, bekerja di depan komputer, menghadiri pertemuan dengan rakan-rakan, melihat TV ataupun ketika sedang makan.

Mengapa perlu belajar berfikir ?

o tidak berfikir seperti mana yang sepatutnya o tidak membuat keputusan yang baik dan tidak dapat menyelesaikan masalah

Definasi berfikir 

Terdapat banyak definasi berfikir pernah diutarakan . Antaranya adalah :

Berfikir ...

ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab  atau membuat penentuan.                                                                                    ( Beyer, 1984)

merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.                                                                                ( Fraenkel, 1980)

melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam  minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.                                                                                  ( Mayer, 1977)

Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai

" Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "

Dalam Falsafah Pendidikan Negara

Komitmen untuk menggalakkan kemahiran berfikir telah menjadi satu agenda utama pendidikan di Malaysia. Para pendidik bersetuju bahawa kemahiran berfikir dapat dipertingkatkan dikalangan pelajar melalui proses pengajaran secara nyata yang menggunakan situasi harian sebagai konteks pembelajaran. Pelajar dikatakan berkeupayaan mempelajari kemahiran berfikir jika kurikulum memberikan tumpuan cara bagaimana ianya boleh dilakukan. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah direkabentuk untuk membantu perkembangan kemahiran berfikir.

- perkembangan daya intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani.

Memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah.

Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah

- antara objektifnya ialah membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir dan mengembangkan bakat serta kreativiti

5

Page 6: Modul Dtm 201 (Vpg)

Dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah

- mengembang dan meningkatkan daya intelek, serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif.

Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, antaranya di Sekolah Bestari. Kemahiran berfikir adalah elemen utama dalam kurikulum Sekolah Bestari diajar merentasi kurikulum dengan harapan :

kualiti pemikiran murid meningkat dapat membuat keputusan dengan tepat dapat menghasilkan idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yang kritis dan kreatif dapat membeza baik dan buruk dapat menghadapi cabaran terkini

  Tujuan belajar Kemahiran berfikir

mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak

mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau luar sekolah

menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi

hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemikiran

PendidikanPendidikan adalah proses yang diperolehi melalui pengetahuan.Pengetahuan adalah salah satu asas komponen pemikiran yang menyediakan bahan ataupun tajuk untuk difikirkan. Pemikiran dan nilai mempengaruhi tingkah laku ataupun sikap yang dikategorikan baik ataupun buruk. Operasi pemikiran yang khusus bagi nilai mungkin berbeza daripada operasi bagi bahasa dan sejarah. Berfikir dengan bijak memerlukan pengetahuan berkenaan ilmu yang dibincangkan. Oleh itu pendidikan memain peranan penting dalam membina pengetahuan dalam proses pemikiran.

EmosiEmosi yang positif seperti motivasi, emosi dan dorongan dapat merangsang individu berfikir dalam memahami erti kehidupan dengan lebih komprehensif. Oleh itu, emosi yang positif dapat dibentuk melalui pemikiran serta kesedian mencuba dalam kehidupan.

NilaiNilai berperanan dalam membentuk sikap individu. Sikap yang baik dipertingkatkan dengan pengolahan pemikiran ke atas nilai tingkahlaku yang dibentuk. Ia dapat melatih individu berfikir dan bertindak secara toleransi pada kesangsian, mencari sumber maklumat yang diterima, menghargai sumber maklumat yang diperolehi, sanggup mencari pelbagai alternatif yang berlainan dan lebih suka menimbangkan keputusan yang pelbagai.

PengalamanManusia menjadikan pengalaman itu sebagai panduan. Oleh itu, pengalaman dapat membantu manusia menangani situasi berfikir yang komplek dan inovatif.

Proses berfikir

6

Page 7: Modul Dtm 201 (Vpg)

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu objek, kita secara automatik akan mula menyoal diri sendiri?

Soalan-soalan yang mungkin ditanya ialah :-

1.Apakah objek itu?2. Apakah kegunaannya? 3. Bagaimana menggunakannya?4. Adakah ia memberi manfaat?

Apabila kita menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, kita sedang dalam proses berfikir.

Untuk mencari jawapan, kita menggunakan aspek berikut:

1. Pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek itu?)

2. Kemahiran kognitif (menyoal diri sendiri tentang objek itu)

3. Sikap dan nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)

Dengan demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif serta sikap dan nilai dalam minda individu seperti yang digambarkan dalam rajah berikut :

Proses Berfikir

Interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif serta sikap dan nilai dalam minda individu

Konsep Kemahiran Berfikir

Berfikir bertujuan mencari makna. John Dewey mendefinisikan berfikir sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Bayer mendefinisikan berfikir sebagai manipulasi input deria dan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab, atau keputusan. Berfikir terdiri daripada aktiviti mental, iaitu operasi yang dijalankan oleh minda. Operasi berfikir boleh dibahagi kepada dua jenis yang umum: kognitif dan metakognitif

Pengetahuan

Sikap/Nilai

Kemahiran Kognitif

7

Page 8: Modul Dtm 201 (Vpg)

Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna dan meliputi

1.Kemahiran yang tersendiri dan ringkas seperti kemahiran pemprosesan iaitu menganalisis dan mensintesis, penaakulan, pemikiran kritis dan kreatif

2.Strategi atau proses yang komplek, seperti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Operasi metakognitif meliputi operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran dan proses kognitif. Metakognitif biasanya dikenali sebagai berfikir tentang pemikiran. Metakognitif melibatkan operasi untuk memandu seseorang demi mencari makna khususnya dalam operasi merancang, mengarah dan menilai pemikiran.

Kesilapan Dalam Berfikir

Kesilapan semasa berfikir mengikut Perkins dan Swarts (1990) dan cara mengatasinya:

 i. Berfikir secara terburu-buru

Cara mengatasinya: beri masa untuk berfikir

ii.Fikiran yang sempit

Cara mengatasinya: aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran latihan menggunakan penyusunan grafik membanding beza

iii. Fikiran yang kabur

Cara mengatasinya: latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisan latih membuat definisi berdasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu

objek/perkara membuat kerangka karangan

 iv. Fikiran yang bercelaru

Cara mengatasinya: latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan

penulisan menyusun isi-isi penting untuk karangan carta aliran

Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :

1.Apabila minda membuat persepsi- mengajar berfikir juga bererti mengajar pelajar membuat persepsi, contohnya menajam dan mendalamkan daya persepsi

ii. Dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal- apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan

8

Page 9: Modul Dtm 201 (Vpg)

- konkrit - teknikal spt membina sesuatu model- abstrak - seperti merancang/merangka strategi, taktik

Model Kemahiran Berfikir

Walaupun Model Kemahiran berfikir ini diterangkan secara terpisah, secara realitinya semua kemahiran berfikir ini dijalankan serentak. Adakalanya sukar dikenalpasti jenis-jenis kemahiran yang dijalankan dalam satu-satu proses berfikir.

Secara amnya Kemahiran Berfikir dibahagikan kepada 2 domain utama:

o Kemahiran berfikir secara kreatif

Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti pelajar untuk mendapatkan idea-idea baru, banyak dan pelbagai

o Kemahiran berfikir secara kritis

Kategori ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna

Ciri-Ciri Pemikiran Biasa

Teknik ini kita pelajari secara tidak disedari semasa menjalani proses kehidupan seharian. Kecenderungan ini perlu dikikis supaya dapat menghaslkan idea bermutu.

Pengulangan mempengaruhi minda

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir Kreatif

Kemahiran MikroMembanding membezaMembuat kategoriMeneliti bahagian kecil dan keseluruhanMenerangkan sebabMenyusun mengikut urutanMembuat ramalanMengusul periksa andaianMembuat inferens

Kemahiran MikroMenjana dan menghasilkan ideaMencipta analogiMencipta metafora

Kemahiran Berfikir Kritis

Penyelesaian Masalah Membuat KeputusanMengkonsepsi Keputusan

Menaakul

9

Page 10: Modul Dtm 201 (Vpg)

Dikongkong oleh pengamatan mata Dikuasai niat dan kepentingan peribadi Pengalaman pertama memberi tanggapan untuk seterusnya Mengutamakan kepentingan Kuat dipengaruhi pengalaman peribadi Cepat bertanggapan ekstrim

Ciri-Ciri Pemikir Yang Baik  cekal melaksanakan tugas pendengar yang baik bekerjasama dengan orang lain jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain ) peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan sekuen yang digunakan mahir dalam menyoal dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi kesediaan mengambil risiko dan cabaran

Tingkahlaku berfikir 

Anda ingin melakukan sesuatu :-a.  Ingin lakukan cara lama atau baru ?b.  Ingin lakukan lebih baik dari dahulu ?c.  Berapa lama untuk melakukannya ?d.  Bilakah ia harus disiapkan ?e.  Adakah orang lain akan membantu untuk melaksanakannya ?f.   Apakah akan terjadi selepas melakukannya ?g.  Apakah kebaikannya ?h.  Apakah keburukannya ?i.  Apakah manfaatnya ?j.  Adakah cara yang lebih mudah melakukannya ?k.  Apakah pilihan lain untuk tidak melakukannya ?l.  Apakah kesan jika tidak melakukannya ?m. Apakah bahan dan alatannya ?n.  Adakah cara yang lebih cepat ?o.  Adakah cara yang lebih mudah ?p.  Adakah cara yang kurang kesilapan ?q.  Adakah cara kurang kekangan ?r.  Apakah akan terjadi selepas melakukannya ?s.  Apakah hasil yang akan terjadi ?

Sikap yang perlu ke arah mencapai Kemahiran Berfikir

a.  Setiap orang perlu berfikir b.  Berfikir ialah kemahiran yang boleh dibentuk dan dibangunkanc.  Anggap diri sendiri sebagai pemikird.  Yakinkan diri sendiri akan menjadi pemikir yang bertambah baike.  Berfikir memerlukan kemampuan , perlahan-lahan dan berhati-hatif.   Perkara yang sukar boleh diselesaikan dengan mudahg.  Buat tindakan satu persatuh.  Asingkan ego dari pemikiran . Pastikan objektif pemikiran dapat dicapaii.   Berfikir ialah bukan untuk betul pada setiap masaj.   Selalu merendah diri – rasa bongkak adalah tanda pemikir yang lemah

10

Page 11: Modul Dtm 201 (Vpg)

Membentuk kemahiran berfikir

a. Saya mahu paku untuk menggantungkan gambar ini ke dinding

Kita dibesarkan dengan pengalaman bahawa paku digunakan untuk menggantungkan gambar. Itulah cara paling mudah, paling murah dan paling kita sukai. Itulah cara yang ada yang kita ketahui. Atau itulah cara yang sering tertanam dalam minda kita.

b.  Saya mahu beberapa cara untuk menggantung gambar ini ke dinding

Kita boleh mengubah paradigma dan dogma dalam minda sendiri. Selalu tanamkan bahawa setiap satu perkara yang difikirkan mempunyai banyak pilihan lain untuk melakukannya. Ini melahirkan persepsi dan kemahiran berfikir yang baru.

Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir   Seronok (cadangan 40%)-  Imiginatif, gila-gila, spekulatif dan tidak diambil serius. Contoh : Bagaimana kalau kita ada 4 tangan ?

Remote (cadangan 30%)-  Besar kemungkinannya benar, ada kebenaran. Contoh : Bagaimana untuk mengelakkan kesesakan di bandararaya ?

Persekitaran sedia ada (cadangan 20%)-   Relevan dengan umur, kumpulan dan persekitaran murid dan minat mereka. Contoh : Sahabat anda cuba mengelak dari bertemu anda dan anda tidak tahu kenapa. Apakah yang patut anda lakukan ?

Berat (cadangan 10%)-  Hal-hal serius yang berkaitan dengan kita. Contoh : Patutkah remaja merokok ?

Gabungkan 2 dari 4 jenis latihan Kemahiran Berfikir setiap kali latihan secara berpasangan.Ini penting supaya ia membina Kemahiran Berfikir akibat dari tiada emosi, prejudis dan gangguan pengalaman.

Prinsip-prinsip berfikir

1.   Konstruktif (jangan negatif)

2.   Berfikir secara perlahan-lahan dan mudah a. Manusia mampu berfikir walau sebanyak mana sekalipun kalau berfikir secara perlahan- lahan dan tenang.

3.   Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri a. Ego seringkali mempengaruhi pendapat manusia

4.   Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul a. Fikirkan semula objektif kita berfikir, tujuhala dan kesan dari pendapat kita sendiri b. Walaupun pendapat kita betul, pendapat orang lain juga adalah baik dan patut diterima dan dipakai. Ada kemunginan kita tidak menerima pendapat betul orang lain kerana kita melihat dari persepsi yang salah

5.   Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai)

11

Page 12: Modul Dtm 201 (Vpg)

a. Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik, benar dan tepat b. Berfikir bukan untuk menyatakan cara kita betul c. Tidak perlu untuk membahaskan tentang pendapat orang lain

6.   Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir a. Kenalpasti apakah titik fokus kita berfikir dan apakah yang ingin dicapai dari berfikir tadi. b. Tentukan satu titik fokus sahaja. c. Elakkan terhanyut / tergelincir / terbias dari masa ke masa, dari fasal ke fasal, dari pendapat ke pendapat.

7. Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat. a.  Bijak berfikir adalah juga mahir dalam pelbagai jenis berfikir.b.  Tahu bila dan bagaimana perlu guna pelbagai teknik berfikir.

8. Apakah penyelesaian dari berfikir a.  Boleh meramal hasil berfkir dan kesan dari berfikir tadi.b.  Mampu mengenalpasti mengapa rumusan / keputusan dari berfikir tadi boleh dijayakan.

9. Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja) a.  Perasaan dan emosi juga penting kerana banyak penyelesaian masalah juga melibatkan pihak lain / manusia.b.  Gunakan perasaan dan emosi di masa yang  sesuaic.  Perasaan dan emosi digunakan di awal, ia akan mempengaruhi persepsi dan tindakan.

10. Sentiasa cari alternatif, persepsi dan idea baru a.  Cari alternatif baru, penerokaan baru, persepsi baru, kemungkinan bertindak, pendelatan yang berlainan dan pelbagai.

11. Mampu berundur dan maju semula a.  Memikirkan semula senario sebenar secara terperinci. b.  Keluasan skop membantu menjana alternatif, berpindah dari idea ke idea, menghubungkait idea. c.  Berundur menyusun semula langkah, memperbarui pendapat dan bertindak.

12 Pihak yang membahas/mempertikai ada melahirkan idea penting – ambil idea dan gunakan idea-idea tersebut.

a.  Ambil semua idea. Ada kala idea yang baik bercampur dengan idea kurang baik.b.  Idea yang baik boleh diperbaiki dan digunakanc.  Idea yang kurang baik boleh digabungkan dengan idea lain untuk menjadikan idea yang lebih baik.

13. Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan lain yang sama baik tetapi belum diketahui.

a.  Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan yang lebih baik dari persepsi lain pula.b.  Logik baru boleh muncul dari dogmatik lama.

14. Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza a.  Apabila ada pendapat betul, semua pendapat lain seringkali dianggap salah.b.  Persepsi lahir dari maklumat berbeza, pengalaman berbeza, cara pandangan berbeza.c.  Seseorang perlu peka pada pelbagai jenis persepsi yang berbeza

15. Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat a.  Bukan semua hasil berfikir menghasilkan tindakan.b.  Berfikir juga boleh menghasilkan pelan tindakan, penyelesaian masalah, mereka bentuk, pilihan atau keputusan yang diikuti dengan tindakan.c.  Tindakan mempunyai kesan dan akibat pada manusia, hidupan dan alam.

16. Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain

12

Page 13: Modul Dtm 201 (Vpg)

terfikirkannya a.  Perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada pengalaman lalub.  Masih ada cara lain untuk melakukan sesuatu yang belum kita ketahui, kita temui dan belum terlintas dalam fikiran manusia.

17. Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru. a.  Manusia boleh berkreatif apabila diberi peluang

Domain Kognitif (Taksonami Bloom -1956)

Dari definisi kemahiran berfikir yang menyatakan bahawa kemahiran berfikir berkait rapat dengan kebolehan seseorang menggunakan kedua-dua domain kognitif dan afektif dalam usaha untuk mendapat atau memberi informasi, menyelesai masalah atau membuat keputusan. Kemahiran berfikir adalah kemahiran seseorang menggunakan otak (domain kognitif) dan hati (domain afektif).Sebagai landasan kepada keyakinan dan tindakan. Dari definisi tersebut dapatlah difahamkan bahawa domain kognitif adalah kebolehan berfikir menggunakan otak. Bloom (1956) mengkategorikan domain kognitif kepada enam aras.Aras-aras tersebut terdiri dari:

1.Pengetahuan, 2.kefahaman, 3.aplikasi, 4.analisis, 5.sintaksis dan 6.penilaian

Aras pemikiran yang diketengahkan oleh Bloom boleh dibahagikan kepada dua kategori: Aras rendahdan aras tinggi.

Pemikiran aras rendah adalah terdiri dari aras pengetahuan dan kefahaman. Pemikiran aras tinggi bermula dari aras aplikasi ke aras penilaian..

Domain Afektif (Krathwohl -1964)

Satu lagi domain penting dalam kemahiran berfikir adalah domain afektif. Krathwohl dan rakan-rakan (1964) menggunakan terminologi afektif dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Domain ini sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pertaliannya yang cukup kuat dengan domain kognitif dalam proses kemahiran berfikir.

Dengan kelahiran istilah Kecerdasan Emosi seperti yang diketengahkan oleh Daniel Goleman. Domain afektif dan emosi adalah dua istilah yang berbeza tapi sama dari segi makna dan penekanan. Kedua-dua istilah menegaskan tentang kepentingan elemen perasaan, sistem nilai, keperyaan, keyakinan dalam proses membuat keputusan, memberi pendapat, pembentukan personaliti dan pegangan hidup seseorang.

Metakognitif

Metakognitif ialah berfikir tentang proses berfikir dan melibatkan aras pemikiran yang tinggi.

Sedar dan kawal proses berfikir. Refleksi proses berfikir

Metakognitif ialah fungsi eksekutif yang mengurus dan mengawal bagaimana seseorang menggunakan mindanya dan merupakan proses kognitif yang paling tinggi dan canggih. Metakognitif tidak sama dengan kognitif atau proses pemikiran (seperti membuat inferen, membuat perbandingan, membuat ramalan, menilai, membuat sintesis atau analisis). Metakognisis adalah satu-satu kebolehan dimana 'individu berdiri diluar kepalanya dan cuba mengesan cara dia berfikir atau mengesan proses kognitif yang dilakukan'.

"TAHU YANG KAMU TAHU, DAN TAHU YANG KAMU TIDAK TAHU" ("Know that you know and know that you do not know")

Aras penggunaan metakognitif

13

Page 14: Modul Dtm 201 (Vpg)

1. Aras Penggunaan Secara Sedar.

Mengenal pasti dan menyatakan :

Strategi berfikir Kemahiran berfikir Tujuan berfikir Tugasan berfikir

2. Aras Penggunaan Secara Strategik

Menyusun proses berfikir mengikut :

Keutamaan Mudah ke sukar Menentukan kesesuaian kurikulum Mencari alternatif lain

3. Aras Penggunaan Secara Reflektif

Mengimbas kembali proses berfikir yang dilalui untuk :

Membuat tindakan susulan Ubahsuaian Penilaian

John Flavell (1976) mula memperkenalkan istilah metakognitif yang ditafsirkan sebagai "pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya". Dia membahagikan metakognitif kepada 3 variabel:

1) Variabel individu - mengetahui bahawa kita semua adalah organisme kognitif atau pemikir; iaitu, segala tindak-tanduk kita adalah akhibat daripada cara kita berfikir. Variabel Individu dibahagikan kepada:

a) Variabel intra-individu  Apa yang berlaku dalam seseorang.

Contohnya: Mengetahui bahawa anda lebih dalam mata pelajaran matematik berbanding dengan mata pelajaran sejarah.

b) Variabel antara-individu  Dapat membanding dan membeza antara kebolehan kognitif orang lain.   

Contohnya: Mengetahui guru lebih lebih cekap dalam Bahasa Inggeris berbanding dengan anda.c) Variabel universalPengetahuan yang diperolehi daripada budaya sendiri.

Contohnya: Mengetahui bahawa sebagai manusia akan melakukan kesilapan, mula-mula kita faham apa yang disebut dan lama kelamaan kita sedar kita tak faham pula.

2) Variabel tugas - mengetahui keperluan, kesan dan kekangan sesuatu tugas kognitif. Contohnya sekiranya maklumat yang disampaikan oleh pensyarah adalah sukar dan tidak akan diulangi, kamu tentu akan memberi lebih perhatian dan mendengar dengan memproses maklumat itu dengan lebih teliti.3) Variabel strategi - pengetahuan tentang bagaimana melakukan sesuatu atau mengatasi kesulitan yang timbul, iaitu, bagaimana mencapai matlamat. Kamu tahu melakukan pemantauan kognitif

14

Page 15: Modul Dtm 201 (Vpg)

Reflektif

Konsep pemikiran reflektif mula diperkenalkan oleh John Dewey pada tahun 1911. Dewey beranggapan bahawa pembelajaran akan bertambah hanya apabila seseorang telah melalui pemikiran reflektif. Perkataan reflektif pada mulanya digunakan oleh Dewey adalah sama ertinya dengan pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pemikiran aras tinggi. Menurut Dewey pemikiran reflektif dapatlah ditakrifkan sebagai mengambil kira pengiktirafan kepada satu-satu kepercayaan atau apa yang dianggap sebagai ilmu pengetahuan dalam lingkungan dasar yang memperkuatkan keyakinan tersebut dan kesimpulan yang boleh diandaikan darinya

Pemikiran reflektif sama seperti pemikiran kritis memberi penekanan kepada tujuan atau maksud idea atau buah fikiran yang ingin disampaikan. Pemikiran reflektif adalah merangkumi kebolehan memahami fakta, idea, mengaplikasikan prinsip, menganalisis, membuat sintaksis dan kebolehan menilai. Dapat disimpulkan bahawa pemikiran reflektif samalah seperti pemikiran kritis berdasarkan domain kognitif seperti yang diketengahkan oleh Bloom dan tidak memberi pendekatan kepada domain afektif secara khusus.

Taksonomi COGAFF

Terminologi COGAFF lahir dari gabungan perkataan Cognitif dan Affective. Taksonomi COGAFF dilahirkan berdasarkan integrasi Taksonomi Domain Kognitif (Bloom-1956) dan Taksonomi Domain Afektif (Krathwohl-1964)

Rasional gabungan kognitif dan efektif

1.Walaupun penilaian diletakkan sebagai domain tertinggi dalam taksonomi Bloom, ini tidak bermaksud bahawa ia adalah langkah terakhir yang boleh dibuat dalam penylesaian atau membuat keputusan ini disahkan sendiri oleh Bloom.

2. Pertalian domain kognitif dan afektif dalam perkembangan mental seseorang adalah tidak dapat dipisahkan dalam pandangan bercorak holostik dalam apa sahaja sistem pendidikan.

3. Disebabkan tiada kemungkinan yang aspek kognitif boleh dipisahkan dari perasaan (afektif), seperti tidak mungkin kita pisahkan pengetahuan dari nilai.

Kegunaan Taksonomi COGAFF

1. Alat pengukur aras pemikiran soalan, aktiviti atau objektif pengajaran. Ia membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memberi landasan kepada perubahan yang mahu dilihat dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran

2. Penggunaan Taksonomi COGAFF dalam pengajaran dan pembelajaran boleh menyedarkan guru tentang aras atau domain pemikiran mana yang ingin diberi perhatian. Guru peka samada ingin menggunakan soalan aras tinggi atau rendah

3. Boleh diguna untuk menilai buku-buku atau bahan rujukan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Dengan melihat aras pemikiran yang terdapat dalam soalan dan aktiviti yang digunakan dalam sesebuah buku, kita dapat menilai samada buku tersebut sesuai digunakan untuk mengajar pemikiran kritis atau kreatif

4. Penggunaan Taksonomi COGAFF boleh menggalakkan penglibatan pelajar yang aktif. Mereka digalakkan berfikir dan berinteraksi atau berbincang bila berdepan dengan soalan

15

Page 16: Modul Dtm 201 (Vpg)

Taksonomi COGAFF

Aras/ Domain Penerangan/definisi Kata kunci Kebolehan Jenis

7. Afektif Soalan pada aras ini menggalakkan pelajar bertindakbalas dengan perasaan, emosi, sikap, nilai, sistem penilaian dan pendapat yang berbagai.

Perasaan, emosi,pendapat, nilai, sikap, kepercayaan, keyakinan, dll yang berkaitan dengan perasaan atau hati

Penyataan perasaan, emosi, nilai, sikap,keyakinan dan lain-lain yang berkaitan

Mencapah

6. Penilaian Soalan pada aras ini menggalakkan pelajar menggunakan kriteria untuk menilai atau mengadili sesuatu.

Nilai, hakimi Membina satu penilaian atau penghakiman

Mencapah

5. Sintesis Soalan pada aras ini melihat tentang kretiviti pelajar dalam melahirkan idea-idea yang tulin atau ciptaan baru

Cipta, bina, reka, gubah dan lain-lain

Mencipta idea baru Mencapah

4. Analisis Soalan pada aras ini menggalakkan pelajar supaya dapat melihat aspek-aspek berasingan tentang satu atau beberapa masalah dan bagaimana aspek-aspek tersebut mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain

Kenapa? Menggunakan informasi

Mencapah

3. Aplikasi Soalan pada aras ini melihat kebolehan pelajar mengaplikasikan idea dari satu-satu sumber kepada satu situasi lain. Mereka berupaya mengaplikasikan pengetahuannya kepada satu situasi baru

Bagaimana, selesaikan

Aplikasi informasi kepada satu situasi lain

Mencapah aras rendah

2. Kefahaman Soalan pada aras ini memerlukan pelajar menunjukkan kemampuan dalam menggunakan idea.

Nyatakan, Beri definasiBeri maksud

Kefahaman Bertumpu

16

Page 17: Modul Dtm 201 (Vpg)

Mereka menggunakan idea sepertimana yang terdapat dalam teks atau sumber idea tersebut

1. Pengetahuan Soalan pada aras ini membolehkan pelajar mengingati kembali fakta, konsep, generalisasi atau teori yang telah dipelajari.

Siapa, Bila, dimana, apa bagaimana

Mengulangi, mengingati

Bertumpu

Aras satu hingga enam dalam taksonomi COGAFF adalah menggunakan domain kognitif seperti yang diperkenalkan oleh Bloom sementara aras tujuh iaitu domain afektif seperti yang diperkenalkan oleh Krathwohl

Kecerdasan Emosi (Emotional Quation - EQ)

Masyarakat kini banyak menghadapi tekanan emosi kerana corak kehidupan yang sibuk. Kanak-kanak lebih cenderung naik radang dan agresif disebabkan oleh perubahan yang kompleks dalam corak sosial seperti pengaruh negatif televisyen dan media massa. Kita boleh mengajar kanak-kanak cara-cara mengubah biokimia emosi mereka, membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih mudah, dengan mengawal emosi supaya lebih gembira. Serotonin adalah salah satu daripada bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmitters yang menghantar mesej emosi dari otak ke bahagian-bahagian badan yang lain. Peningkatan serotonin dihubungkaitkan dengan kurangnya perlakuan mengikut gerak hati dan agresif.

Kajian-kajian terkini mendapati bahawa kecerdasan emosi dapat diajar iaitu ia boleh meningkat secara automatik melalui latihan emotional regulation (ER). ER mengubah sesuatu emosi kepada emosi yang lain dengan mengubah motivasi daripada mengelak atau menyerang kepada mengubati atau membaiki.Tiga perkara penting dalam mendidik kanak-kanak yang mempunyai EQ yang tinggi ialah masa, minat dan kemahuan untuk menikmati cabaran mendidik kanak-kanak.

Apa dia Emotional Quotion (EQ)

Terdapat tiga aspek emosi iaitu:

1. cognitive-experiential (boleh dijelaskan dengan perkataan)2. behavior-expressive (non-verbal expression seperti mimik muka, bahasa badan, gestures, posture dll) 3. Physiological-biochemical (aktiviti otak, suhu badan, kadar denyutan jantung, dll). Hanya aspek behavior-expressive dapat dilihat dengan jelas manakala dua aspek yang lain biasanya sukar dilihat.

Istilah "emotional intelligence" mula-mula sekali digunakan pada tahun 1990 oleh ahli-ahli psikologi Peter Salovey (Universiti Harvard) dan John Mayer (Universiti New Hampshire). Ia digunakan untuk menjelaskan kualiti-kualiti yang penting supaya seseorang dapat mencapai kejayaan. Antaranya termasuk:

EmpatiMenyatakan dan memahami perasaanMengawal perasaan (temper)Kebebasan (independence)Menyesuaikan diriDisukai ramaiMenyelesaikan masalah secara interpersonal

17

Page 18: Modul Dtm 201 (Vpg)

KetabahanKemesraanBaik hatiHormat

Kemudian Daniel Goleman(1995) dalam bukunya Emotional Intelligence telah membangkitkan kesedaran orang ramai tentang konsep ini yang bermula dengan implikasinya terhadap mendidik kanak-kanak sehinggalah kepentingannya di tempat kerja dan hampir dalam semua hubungan manusia.

Menurut beliau, "IQ yang tinggi belum tentu menjamin kejayaan jika dibandingkan dengan EQ". IQ menyumbang 20% dan EQ 80% dalam kejayaan !

"Jika seseorang memiliki IQ yang tinggi, ditambah dengan EQ yang tinggi pula, orang tersebut akan lebih mampu menguasai keadaan, dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru"                                                                                                                              Steg

Thomas Stanley membuat tinjauan kepada 733 "multi-millionaires" di seluruh Amerika Syarikat. Mereka diminta membuat rating terhadap 30 faktor yang menyumbang kejayaan mereka.

Lima faktor teratas ialah:

Jujur dengan semua orang.Mempunyai disiplin yang baik.Bersama-sama dengan orang lain.Mempunyai pasangan yang menyokong.Bekerja lebih kuat daripada orang lain.

IQ menduduki tempat ke 21 dan hanya dipersetujui oleh 20% sampel sahaja

EQ vs IQ

IQ dapat diukur melalui ujian kecerdasan yang dipiawaikan seperti Wechsler Intelligence Scales. Salovey dan Mayer mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai satu subset kecerdasan sosial yang melibatkan kebolehan seseorang memantau emosi dan perasaannya sendiri dan orang lain, dapat mendiskriminasikannya dan menggunakan maklumat ini untuk membimbing cara pemikiran dan tindakan seseorang itu.

Walaupun EQ mungkin tidak dapat diukur tetapi ia masih merupakan konsep yang amat bermakna. Pandangan sempit mengenai kecerdasan menyatakan bahawa IQ dipengaruhi oleh baka (genetik) dan sukar diubah melalui pengalaman seseorang. Dengan itu masa depan seseorang ditakdirkan oleh kecenderungan semula jadi ini. Alasan ini mengabaikan persoalan yang lebih mencabar: Apa yang boleh kita ubah yang dapat membantu anak-anak kita untuk lebih berjaya pada masa depan?

Temperemen bukanlah sesuatu yang ditakdirkan. Ini memberikan peluang kepada ibu bapa dan guru membantu menentukan kejayaan kanak-kanak. Apa yang dipelajari mengenai emosi semasa di rumah dan di sekolah membentuk asas kecerdasan emosi ini.Kemahiran EQ bukan berlawanan dengan IQ atau kemahiran kognitif tetapi berinteraksi secara dinamik dalam dunia sebenar. Ini dapat dicapai melalui gaya kepimpinan ibu bapa yang sesuai. Terdapat tiga gaya kepimpinan ibu bapa iaitu:

Authoritarian - ibu bapa mengenakan undang-undang yang ketat yang patut dipatuhi. Anak-anak tidak digalakkan memberikan pendapat. Ini boleh melahirkan anak-anak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah

18

Page 19: Modul Dtm 201 (Vpg)

Permissive - cara kepimpinan ini agak bebas dan pasif dalam mengenakan had-had atau dalam menghadapi keingkaran. Ibu bapa tidak mempunyai permintaan yang tinggi atau matlamat yang jelas untuk anak-anak mereka.

Authoritative - dapat mengimbangkan kedua-dua gaya tersebut. Ibu bapa yang menggunakan gaya kepimpinan ini dapat memberi bimbingan tetapi tidak terlalu mengawal mereka, memberikan input agar anak-anak dapat membuat keputusan sendiri. Gaya ini kemungkinan besar dapat melahirkan anak-anak yang lebih yakin, imaginatif, cepat menyesuaikan diri, disukai ramai, yakni mempunyai kemahiran EQ yang tinggi.

Mengapakah keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam pencapaian kecerdasan emosi?

Menurut Goleman "Family life is our first school for emotional learning; in this intimate couldron we learn how to feel about ourselves and how others will react to our feelings; how to think about these feelings and what choices we have in reacting; how to read and express hopes and fears. This emotional schooling operates not just through the things that parents say and do directly to children, but also in the models they offer for handling their own feelings and those that pass between husband and wife."

Ibu bapa perlu menunjukkan sifat penyayang (affirmative caring) dan menggunakan disiplin (affirmative discipline) dalam keadaan-keadaan tertentu. Affirmative caring bererti memupuk dan memberikan kanak-kanak sokongan emosi melalui cara yang dapat dikenalpasti secara jelas oleh kanak-kanak. Cara memberikan kasih sayang ini bukan setakat memberikan pujian atau pelukan apabila kanak-kanak memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan. Ia melibatkan penyertaan yang aktif dalam kehidupan emotional kanak-kanak.Untuk menunjukkan sifat penyayang ini, ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak yang berumur empat tahun hingga sembilan tahun patut menetapkan masa bermain (nonjudgmental time) beberapa hari dalam seminggu dan pastikan anda menghormati masa ini dan perlu konsisten.

Dalam affirmative discipline ibubapa patut berfikir dan menjangka mengenai cara-cara yang sesuai untuk bertindak balas terhadap salah laku kanak-kanak selaras dengan umur mereka. Beberapa prinsip dan strategi disiplin yang berkesan ialah:

Sediakan peraturan yang jelas dan lekatkannya di tempat-tempat yang strategik

Memberikan amaran apabila anak-anak menunjukkan tingkah laku yang tidak sopan Membentuk tingkah laku positif dengan pujian kasih sayang dan abaikan tingkahlaku yang

bertujuan hanya untuk mendapatkan perhatian Mendidik anak-anak agar mereka tahu harapan kita. Secara amnya ibu bapa harus meluangkan

masa yang cukup untuk berbual dengan anak-anak tentang nilai, peraturan dan mengapa nilai dan peraturan ini sangat penting.

Menghalang masalah daripada berlaku. Biasanya masalah berlaku akibat sesuatu petanda atau sesuatu yang merangsangkannya

Apabila anak melanggar sesuatu peraturan sama ada secara sengaja atau tidak, ambil tindakan susulan dengan mengenakan hukuman yang sesuai. Ibu bapa harus tekal dan melakukan seperti yang telah ditetapkan.

Sekiranya denda itu diperlukan, ia mestilah setimpal dengan kesalahan yang dibuat. Antara pelbagai teknik untuk mendisiplinkan anak ialah:

Teguran - memberikan teguran dengan cara yang betul supaya tingkah laku mereka berubah tanpa melahirkan perasaan dendam terhadap ibu bapa atau menimbulkan konsep kendiri yang negatif

Akibat semula jadi - strategi ini membolehkan anda membiarkan anak anda mengalami akibat logikal daripada tingkah laku yang tidak diingini supaya mereka dapat faham mengapa sesuatu peraturan itu penting. Akan tetapi kadang kala ini tidak realistik atau mungkin membahayakan. Peranan ibu bapa ialah memberikan amaran kepada anak-anak tentang akibatnya dan bukan mengancamnya. Akan tetapi sekiranya ibu bapa itu memberikan amaran dan akibatnya dalam

19

Page 20: Modul Dtm 201 (Vpg)

keadaan yang marah, maka anak-anak itu akan fokus kepada ibubapa yang marah berbanding akibatnya.

Time out/Chill out - meletakkan anak anda di sesuatu tempat/sudut yang sesuai untuk waktu yang singkat (bergantung kepada usia anak iaitu satu minit untuk satu tahun). Tempat yang perlu dielakkan ialah bilik mandi, dapur, biliknya sendiri dan bilik televisyen. Semasa time out ibu bapa tidak digalakkan banyak bercakap.Anda dibenarkan bercakap sepuluh patah perkataan atau kurang daripada itu kerana perbualan dengan anak anda bererti anda memberikan perhatian dan chill out berfungsi dengan menarik balik perhatian. Berikan pujian kepada anak anda apabila ada tingkahlaku yang sesuai setelah time out. Sebaliknya sekiranya tidak berlaku sebarang perubahan, ulang time out.

Mengambil balik keistimewaan (contohnya menonton televisyen) - tetapi elakkan daripada mengambil keistimewaan yang boleh menjejaskan pengalaman anak anda. Contohnya, melarangnya mengikut rombongan kelasnya membuat lawatan ke kilang biskut.

Pembetulan semula secara berlebihan - sekiranya anak anda melakukan sesuatu tingkah laku yang tidak baik dia mesti mengulangi tingkah laku yang betul sekurang-kurangnya 10 kali atau 20 minit.

Sistem pemarkahan - anak-anak anda akan mendapat markah untuk tingkah laku yang positif dan markah akan ditolak untuk tingkah laku yang tidak diingini.

Kanak-kanak perlu belajar bahawa semua jenis perasaan itu adalah normal tetapi ada tindakbalas yang boleh diterima dan ada yang tidak boleh diterima. Kelebihan anak-anak yang mempunyai EQ yang tinggi ialah kelebihan dari segi sosial dan kognitif. Kanak-kanak yang mempunyai EQ yang tinggi kurang mempunyai masalah tingkah laku seperti agresif. Apabila seseorang gagal memperoleh kemahiran EQ sewaktu zaman kanak-kanak dan awal remaja, ia akan menghadapi pelbagai risiko seperti kemuraman, keganasan, "eating disorder", jenayah dan penyalahgunaan dadah. Dari segi kognitif, sekiranya kanak-kanak mempunyai EQ yang tinggi dia boleh memberikan lebih banyak perhatian, lantas menjadi pelajar yang lebih berkesan.

Bagaimana orang pintar (IQ tinggi) bukan pemikir yang baik.

Secara mudahnya, ramai pelajar IQ tinggi mudah mengingat fakta serta berjaya dalam bidang akademik1. Orang mempunyai IQ tinggi (cerdas / intelek) tidak semestinya pandai berfikir tetapi mereka tidak

pernah diajar berfikir2. Mengambil satu sudut pandangan mengikut ilmu yang dipelajari ; dan kemudian mempertahankan

pandangan tersebut dengan menggunakan IQ / kepintaran / hujah mereka3. Suka mempertahankan hujah berdasarkan kepintaran (diperoleh dengan ilmu pengetahuan) ; lalu

mereka merasa tidak perlu meneroka sesuatu perkara dengan lebih luas dan mendalam4. Berasa tidak kerlu mendengar pendapat lain yang bertentangan dengan ilmu (kepintaran) mereka5. Boleh jadi ego kerana ia suka pada yang betul (logik ilmu sahaja)6. Suka “mengkritik” pandangan orang lain atau memberi pendapat mengenai pandangan orang lain.7. Dilatih untuk tidak melakukan kesilapan / menjauhi kesilapan. Akan diberi celaan / pangkah /

tiada markah untuk sebarang kesalahan.8. Tidak berminat memberi jawapan yang spekulatif. Berminat untuk jawapan betul atau salah

sahaja.9. Takut membuat spekulasi kerana ada risiko untuk salah10. Takut membuat kesilapan

Teori dan Peranan Otak

Otak adalah satu sistem biologi yang sangat kompleks.Ia mengandungi berbilion neuron atau sel saraf dan memerlukan sekurang-kurangnya dua puluh peratus daripada jumlah oksigen yang diperlukan oleh badan manusia.Kita hanya menggunakan hanya sepuluh peratus sahaja dari kemampuan otak kita. Ahli penyelidik menegaskan bahawa kemampuan otak manusia tiada hadnya.

Biologi Otak

20

Page 21: Modul Dtm 201 (Vpg)

Saiz otak manusia adalah kira-kira 325 gram yang terdiri daripada 10-12 bilion sel dan menyerap kira-kira 75% oksigen darah dalam tubuh manusia. Kranium dan bendalir memberi perlindungan kepada otak. Perkara yang menarik perhatian para penyelidik ialah kaitan di antara pemikiran/kognitif dan aktiviti-aktiviti fizikal pada otak.

Sejak awal lagi pengkaji telah cuba menerangkan otak dan kaitanya dengan pelbagai fungsi kognitif, tingkahlaku dan emosi. Antara yang terkenal ialah Franz J. Gall (1758-1828) yang mengutarakan "phrenology" yang berasal daripada perkataan "phrenos" yang bermakna minda dan "logos" yang bermakna kajian. Beliau cuba mengaitkan bahagian-bahagian tertentu otak dengan fungsi-fungsi kognitif tertentu.

Setakat ini diketahui bahawa perubahan-perubahan kimia dan elektromagnetik wujud ketika individu berfikir (seperti dalam penyelesaikan masalah). Aktiviti neural dikesan dengan alat perakam yang dipanggil "Electroencephalograph" atau EEG. Pola gelombang otak dikesan melalui elektrod yang dipasang pada kepala seseorang.

Bahagian-Bahagian OtakOtak manusia terdiri daripada beberapa bahagian:

Saraf Tunjang: atau korda spina menerima maklumat daripada sistem sensori (kulit, mata, telinga, lidah & hidung) sendi otot dan anggota lain, lalu mengeluarkan arahan motor untuk bertindak balas (seperti melakukan pergerakan)

Medula Oblongata dan Pons: merupakan sambungan atau jambatan anatara saraf tunjang dan bahagian atas otak. Medula ialah pusat proses tidak sedar seperti respirasi, denyutan jantung, tekanan darah, menelan, batuk, bersin dan lain-lain.

Otak Tengah: terletak antara medula oblongata, pons dan serebelum dan diensefalon dan korteks serebum.

Diensefalon: terdiri daripada a) hipotalmus - mengawal fungsi involuntari (pernafasan, suhu badan)b) talamus - memproses maklumat terlibat dengan penglihatan, pendengaran, rasa.

Serebelum: terletak di bawah serebrum dan memenuhi bahagian belakang karanium. Permukaan serebrum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat dan jirim putih memenuhi bahagian dalamnya. Serebelum menerima impuls dari organ-organ deria yang berkaitan dengan keseimbangan badan. Fungsi serebelum ialah menyelaras pergerakan badan & mengekalkan keseimbangan (berjalan, berlari).

Serebrum: adalah bahagian otak yang paling besar (2/3 otak manusia) dan memenuhi bahagian atas serta hadapan ruang kranium dan terbahagi kepada 2 hemisfera:- Hemisfera Kanan menerima impuls dari sebelah kiri badan.- Hemisfera Kiri menerima impuls dari sebelah kanan badan.

Kopus Kasolum menghubungi kedua-kedua bahagian serebrum. Lebih banyak lipatan dan terdiri daripada jirim kelabu.

Pemindahan Maklumat Antara Sel Otak

Maklumat yang datang daripada persekitaran melalui deria-deria dianalisiskan oleh otak untuk tindakan selanjutnya. Komponen utama dalam sistem saraf ialah sel yang dipanggil neuron. Sel ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada lokasi di otak dan fungsi.

Secara umum, sesuatu neuron terdiri daripada beberapa bahagian:

21

Page 22: Modul Dtm 201 (Vpg)

Jasad Sel - menganjur daripadanya ialah cabang-cabang halus yang dipanggil Dendrit.

Akson - tiub panjang (berbeza antara beberapa milimeter hingga satu meter) yang menjadi saluran antara jasad sel dengan neuron lain. Akson membolehkan neuron-neuron berkomunikasi di antara satu sama lain. Akson disaluti dengan lapisan lemak yang dipanggil Sarung Mielin.

Butang Terminal - Hujung akson yang dipanggil butang terminal hampir-hampir menyentuh dendrit neuron yang lagi satu.

Sinaps - ruang di antara butang terminal dan dendrit dipanggil sinaps.

Neurotransmitter - Komunikasi antara neuron berlaku apabila butang terminal melepaskan kimia-kimia yang dipanggil neurotransmitter dan hubungan dibuat yang membolehkan impuls saraf yang berunsur elektrikal disalurkan melalui jambatan cantuman kimia.

Impuls saraf selalu bergerak mengikut satu arah melalui neuron. Impuls diterima oleh dendrit, dipindahkan kepada jasad sel dan kemudian dihantar melalui akson kepada dendrit neuron yang lain. Melalui cara ini, maklumat mengalir dan disalurkan ke seluruh sistem saraf; iaitu daripada otak ke bahagian-bahagian lain badan dan sebaliknya.

Teori Split Brain

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh dua orang penyelidik neurosains, Prof. Roger Sperry dan Prof. Robert Ornstein.Bahagian permukaan otak manusia korteks, dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu hemisfera otak kanan (HOKa) dan hemisfera otak kiri (HOKi). Sekiranya HOKi cedera, bahagian kanan badan menjadi lumpuh, bagitu juga sebaliknya jika HOKa cedera bahagian kiri badan akan lumpuh. Kedua-dua hemisfera otak mempunyai cara pemprosesan maklumat yang berlainan. HOKi bertanggungjawab ke atas bahasa (penulisan dan lisan), logik , matematik dan sains manakala HOKa pula bertanggungjawab ke atas perhubungan ruang, pemikiran kreatif, fantasi, seni dan muzik

HOKi memproses maklumat secara berturutan, satu butir maklumat pada satu masa, manakala HOKa memproses maklumat secara global, iaitu keseluruhan. Walaupun HOKi dan HOKa mempunyai dua subsistem pemprosesan maklumat yang berlainan, kedua-dua hemisfera ini bertindak bersama-sama secara terselaras untuk menjalankan aktiviti harian.

HOKi yang berkaitan dengan perkembangan bahasa berkembang dengan pantas pada peringkat kanak-kanak pada umur 6-3 tahun. HOKa pula berkembang dengan pesat pada umur 8-10 tahun tahun dengan tumpuan ke atas perkembangan kemahiran ruang seperti melukis, mencari arah dan mengenali bentuk geometri.

Penggabungan kedua-dua hemisfere dapat meningkatkan prestasi seseorang dalam bidang kreativiti, ingatan dan pemetaan minda. Usaha perlu ditingkatkan untuk merangsang dan mendorong hemisfera otak yang lebih lemah dengan hemisfera otak yang lebih kuat untuk mengeluarkan hasil yang lebih berkesan.

Ada pendapat yang mengatakan orang Melayu terutamanya lebih cenderung kepada hal-hal kesenian dan mengabaikan persoalan berkaitan Matematik dan Sains. Maknanya orang Melayu lebih banyak mengguna otak kanan daripada otak kiri. Fikiran orang Melayu lebih banyak merawang secara tidak bertumpuan. Tidak bersandarkan fakta kukuh. Mungkin hanya dalam masyarakat Melayu sahaja di mana serba-serbi boleh dikaitkan dengan seni: seni silat, seni lakon, seni kata, seni pahat, seni tari, seni pertukangan, seni muzik, seni ukir dan pelbagai seni lagi. Sesuatu yang seni mesti bersifat halus. Halus itu lambang kecantikan dan keindahan. Ia terlalu subjektif.

Mungkinkah itu sebabnya pelajar Melayu dikatakan begitu lemah dalam matapelajaran Matematik dan Sains jika dibandingkan dengan pelajar bukan Melayu. Mungkin ini pandangan secara rambang sahaja.

22

Page 23: Modul Dtm 201 (Vpg)

Sebab matematik dan sains berdiri atas asas yang berfakta. Fakta adalah hujah yang kukuh. Ia memerlukan penuh tumpuan, fikiran dan tenaga. Tidak boleh diambil mudah.Matematik dan sains memerlukan penglibatan otak kiri yang lebih. Di sinilah mungkin kelemahan yang terdapat pada orang Melayu. Orang Melayu lebih menggunakan otak kanan daripada otak kiri, sehingga otak kiri berada di dalam keadaan terbiar dan kurang berfungsi. Sesuatu yang terbiar lama-kelamaan akan hilang fungsi. Jika hal ini benar,untuk mengaktifkan dan memajukan otak kiri, ia hendaklah dirangsang.

Teori The Triune Brain

Ahli neurologi Paul MacLean menekankann bahawa otak manusia mempunyai tiga bahagian. Bahagian-bahagian itu adalah otak reptilia, otak mamalia dan otak neokorteks. Ketiga-tiga bahagian otak ini beroperasi seperti komputer biologi yang bersambungan setiap satu.Setiap otak mewakili satu lapisan yang terbentuk di atas lapisan yang berevolusi sebelumnya. Beliau menamakan otak ini otak triune. Tiga otak ini dikenali sebagai:

R-Komplex – merupakan bahagian otak yang primitif seperti otak reptilia. Dari segi perubatan ia merupakan sebahagian daripada sistem saraf berpusat. Ia merupakan bahagian otak yang terkecil dan dari perpektif evolusi ia merupakan yang pertama wujud. Ia berada paling bawah yang berdekatan dengan saraf tunjang. Bahagian ini terdiri dari struktur pangkal otak- medula, pons, serebelum, mesencepalon, globus palidus dan olfactory bulbs. Ia mempunyai sifat yang sama seperti kelakuan spesies zaman primitif, antaranya spesies ular dan cicak. Otak ini mempunyai sifat tamak, agresif, mempertahankan diri dan kedominan sosial berpunca dari sini.. Ia selalu mengulangi sifat yang sama dan tidak pernah belajar dari kesilapan yang lalu. Walaubagaimanapun, fungsinya amat berguna kepada kita kerana ia menjalankan keperluan asas seperti mengawal pergerakan otot-otot, pernafasan, denyutan jantung, penghadaman, reproduktif dan peredaran darah.

Sistem Limbik – merupakan lapisan pertengahan otak yang setanding dengan otak mamalia awal. Bahagian ini terdiri daripada hipotalamus, hipokampus dan amigdala. Fungsi bahagian ini berkait dengan emosi, naluri dan peringatan serta aktiviti pemakanan dan seks. Apabila bahagian otak ini dirangsang oleh gelombang elektrik yang sangat rendah, ia menghasilkan perasaan seperti kasih sayang, takut, gembira, marah, sakit, seronok dan perasaan lain berpunca dari sini.Selain itu ia juga mengawal semua maklumat yang diterima oleh otak dan memori. Hipokampus aktif dalam menukar maklumat kepada memori jangka panjang dan pemanggilan semula memori. Sistem limbik terlibat dalam perkara berkaitan dengan makanan, keperluan seksual deria bau dan keperluan hubungan. Sistem limbik ini tidak boleh berfungsi dengan sendiri, ia perlu berinteraksi dengan neokorteks untuk memproses emosi.

Neokortex – Neokortex merupakan bahagian otak yang paling atas dan paling maju seperti otak primat dan manusia.Bahagian ini terdiri daripada serebrum yang mempunyai dua hemisfera ( otak kanan dan otak kiri)dan melingkungi 80% (2/3) daripada otak manusia. Fungsi bahagian ini berkait dengan kemahiran berfikir, iaitu kemahiran bercakap, membaca, menulis, kreativiti dan imaginasi. Neokortex ini membolehkan manusia berfikir secara logik dan memandang ke masa depan,

Ketiga-tiga otak ini berinteraksi melalui jaringan saraf dua hala. Komunikasi berterusan antara neocortex dan sistem limbik mengaitkan pemikiran dan emosi serta menyelaras tindakan terkawal. Interaksi antara peringatan, emosi, pemikiran dan tindakan membentuk keperibadian atau personaliti seseorang. Boleh dikatakan apabila satu bahagian otak bekerja dengan dominan, bahagian lain akan menyokong dan membantu.

Teori Pelbagai Kecerdasan

Latar belakang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences):

23

Page 24: Modul Dtm 201 (Vpg)

merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

Teori IQ (berasaskan kepada kecerdasan logik-matematik dan verbal-linguistik) pula mengandaikan bahawa potensi intelek seorang individu itu adalah tetap, ditentukan secara genetik dan boleh diukur pada peringkat usia muda serta akan menentukan potensi individu manusia. Gardner pula melihat fungsi kognitif dalam pandangan yang lebih luas, bertentangan dengan definisi kecerdasan mengikut Teori IQ.

Gardner telah mendefinisikan kecerdasan sebagai satu set kemahiran yang membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Oleh yang demikian, teori Gardner telah menyediakan rangka kerja untuk satu perubahan (metamophosis) pendidikan dalam semua peringkat pembelajaran

Menurut Howard Gardner, seorang mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan berikut:

Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan

Kecerdasan Verbal- Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi.Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan.Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistikContoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

Penulis, penyajak, penceramah

Kecerdasan Logik - Matematik

Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimana pun, didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata.Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan

Saintis, ahli matametik, jurutera, akauntan, pengaturcara komputer

24

Page 25: Modul Dtm 201 (Vpg)

pembelajaran koperatif. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-matematik yang tinggi.Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

Kecerdasan Visual-Spatial 

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi.   Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, pengukur

Kecerdasan Muzikal-ritma 

Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi

Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik

Kecerdasan Fizikal- Kinestatik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar

Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon

25

Page 26: Modul Dtm 201 (Vpg)

aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta mempunyai kecerdasan kinestetik.

Kecerdasan Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial.

Diplomat, ahli politik, peniaga

KecerdasanIntrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik. Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah.                

Pengarang, penyajak, ahli falsafah

Kecerdasan Naturalis

Kebolehan mengenal , mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih

Pemburu, petani, ahli sains semulajadi

26

Page 27: Modul Dtm 201 (Vpg)

berkesan melalui aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani,doktor haiwan, nelayan, pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi

Prinsip-prinsip Teori Kecerdasan pelbagai

1. Terdapat pelbagai kecerdasan dalam diri setiap individu2. Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah 3. Kecerdasan dalam diri setiap individu dan juga di antara individu itu adalah berbeza dari segi

perkembangannya 4. Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik 5. Kecerdasan Pelbagai boleh dikenal pasti dan dinyatakan 6. Setiap individu berhak mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan kepelbagaian

kecerdasannya 7. Penggunaan satu daripada kecerdasan boleh digunakan untuk meningkatkan kecerdasan yang lain 8. Latar belakang peribadi adalah faktor penting dalam membentuk pengetahuan, kepercayaan dan

kemahiran dalam semua kecerdasan P

Penerangan Teori i

1. Setiap manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan Dalam diri setiap individu, kelapan-lapan kecerdasan berfungsi bersama dalam cara yang unik. Ada yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan dan sebaliknya bagi sesetengah orang. Kebanyakan daripada kita terletak di tengah-tengah dengan kekuatan dalam beberapa jenis kecerdasan, dan kurang terbentuk dalam satu atau dua jenis kecerdasan.

2. Kecerdasan boleh dibangunkan. Gardner menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. 3. Kecerdasan berfungsi bersama dengan cara yang kompleks. Tidak ada kecerdasan yang berfungsi secara bersendirian. Kecerdasan berinteraksi dan berkait dengan satu sama lain.

4. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi cerdas.Tidak terdapat satu set kelebihan seseorang mesti perolehi untuk dianggap sebagai cerdas. Ada orang yang tidak pandai menari tetapi sungguh cekap dalam membina model. Kedua-dua kecerdasan ini memerlukan kecerdasan kinestetik siprin Teori Kecerdasan Pelbagai

Rasional kewujudan kecerdasan mengikut pendapat Howard Gardner:

Gardner telah membuat rujukan daripada beberapa sumber untuk membuktikan wujudnya lapan jenis kecerdasan . Beliau cuba membezakan di antara kecerdasan yang mempunyai punca biologi dengan bakat atau kemahiran. Beliau mengenal pasti kriteria asas setiap kecerdasan perlu ada supaya boleh dianggapkan sebagai kecerdasan.

1.Kajian kecederaan otakApabila seseorang mengalami kecederaan otak, satu bahagian kecerdasan akan rosak. Contohnya, apabila seseorang mengalami kecederaan di kawasan Broca, kecerdasan linguistik mungkin terjejas. Individu

27

Page 28: Modul Dtm 201 (Vpg)

tersebut mungkin sukar untuk bertutur, membaca dan menulis, tetapi masih boleh mengira, menari dan menyanyi.

2. Individu luar biasaTerdapat individu yang mempunyai tahap yang tinggi dalam sesuatu kecerdasan. Ada individu yang boleh mencongak nombor multi digit dalam kepala atau boleh memainkan gubahan muzik selepas sekali mendengarnya.(prodigy). Ada individu yang cacat mental tetapi mempunyai keupayaan yang tinggi dalam kecerdasan lain seperti muzik atau melukis. Pemakanan dan Otak

Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya akan menjadi lemah dan pesimis. Otaknya akan lembab dan kuasa fikirannya akan menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.

Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.

Makanan untuk kesihatan badan dan kepintaran akal

1)KarbohidratMembekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.

2)ProteinIa amat perlu untuk kesihatan otak keseluruhannya. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.

3)LemakMembekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.

4)AirMerupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya mengekalkan kesihatan otak. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.

5)MineralUntuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur - sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.

6)VitaminSemua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.

Vitamin AMenguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta

28

Page 29: Modul Dtm 201 (Vpg)

melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.

Vitamin BMembantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang.

Vitamin CPenguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya mengurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

7)SeratMelicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Zat-zat makanan untuk kekuatan ingatan

Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika.

Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur. Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam. Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh (wholemeal). Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya. Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.

Memori /Ingatan

Apa yang ditangkap oleh pancaindera manusia (sensasi) kemudian diubah menjadi informasi (persepsi) dan selanjutnya disimpan dalam memori (ingatan). Memori adalah suatu sistem yang sangat berstruktur yang menyebabkan organisme merakam fakta tentang dunia. Salah satu kelebihan manusia adalah kemampuannya menyimpan informasi yang sangat banyak, dalam jangka waktu yang lama dan dapat mengingatnya kembali. . Sperling (1960) dalam kajiannya memutusan bahawa tempoh ('duration') perakam deria ialah 1/4 hingga 1 saat (iaitu 250 miliseconds - 1000 miliseconds). Contoh: apabila kita melihat 'flash' kamera ketika mengambil gambar, imej kekal sekejap. Kapasiti perakam deria adalah besar dan tidak terhad. Memori atau Ingatan adalah sebuah fungsi dari otak dengan kegunaan untuk mengambil informasi. Memori banyak dipelajari dalam psikologi cognitive dan ilmu saraf. Ada banyak klasifikasi ingatan berdasarkan durasi, alam, dan pengambilan sesuatu yang diinginkan.

Kapasiti memori tiap orang berbeza-beza, ada yang ingat secara lengkap apa yang telah dialaminya puluhan tahun sebelumnya, ada yang cepat lupa, ada juga yang jika memorinya mencatat informasi baru maka informasi yang lama terlupa. Berfikir merupakan proses keempat setelah sensasi, persepsi dan memori, yang mempengaruhi penafsiran terhadap stimuli. Dalam berfikir orang melibatkan sensasi, persepsi dan memori sekaligus.

Dalam kehidupan sehari-hari berfikir diperlukan untuk: (a) menyelesaikan masalah (problem solving), (b) untuk membuat keputusan dan (c) untuk melahirkan sesuatu yang baru (creativity). Dalam menyelesaikan masalah ada orang yang berfikiran realistik, ada juga yang tidak realistik. Berfikir realistik, dibezakan pada dua kaedah berfikir, yaitu deduktif dan induktif. Berfikir deduktif ertinya mengambil kesimpulan khusus

29

Page 30: Modul Dtm 201 (Vpg)

dari pengertian umum. Sebaliknya berfikir induktif itu dimulai dari pernyataan khusus kemudian mengambil kesimpulan umum, atau mengambil kesimpulan umum dari pernyataan khusus.Daya ingatan adalah kebolehan untuk mengemukakan kembali segala sesuatu yang telah dilihat, dirasa, disentuh, dialami, didengar dan sebagainya. Kekuatan daya ingatan bergantung kepada keupayaan daya tumpuan perhatian (konsentrasi) yang berikan kepada sesuatu perkara/objek tertentu. Jika daya tumpuan ini lemah, maka lemahlah daya ingatan/daya tanggapan (persepsi) secara keseluruhannya. sekiranya anda memberikan sepenuh konsentrasi terhadap sesuatu perkara/idea/isu, maka anda akan dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan lebih baik dan teratur. Ini kerana seluruh tenaga minda ditumpukan terhadap perkara yang dihadapi dan ini dapat menentukan daya ingatan seseorang kerana makin tinggi daya konsentrasi yang diberikan, makin tinggi pula daya ingatan mengenai perkara itu. Di samping itu, yang penting adalah pengalaman.

Pengalaman yang dimiliki oleh seseorang itu akan menyediakan otaknya lebih banyak bahan berhubung dengan sesuatu perkara. Ini bermakna daya ingatan seseorang itu akan lebih tinggi jika dialaminya sendiri tragedi/peristiwa tragis itu berbanding dengan perkara yang cuma didengarinya. Pepatah Cina ada menyatakan: "saya dengar-saya lupa, saya lihat-saya ingat, saya buat-saya faham."

Berfikir adalah satu proses bagi mengingat semula dengan memberikan perhatian mendalam terhadap sesuatu keadaan, kejadian, masalah, isu dan sebagainya untuk mencari punca-punca dan cara-cara mengatasinya. Berfikirlah tentang masa lalu yang telah menjadi sejarah, berfikirlah hari ini yang menjadi kenyataan dan berfikirlah untuk hari esok yang merupakan suatu bayangan mendatang. Sikap malas berfikir merupakan satu halangan psikologikal dalam meningkatkan daya ingatan seseorang. Daya ingatan akan mudah luntur jika malas berfikir. Rajin menggunakan otak/selalu berfikir secara positif merupakan keperluan asas bagi meningkatkan daya ingatan, dengan ini tidak mudah lupa akan maklumat yang diterima.

Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat

1) Pengenkodan ('Encoding')    Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.2) Penyimpanan ('Storage')   Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.3)  Mengingat Kembali ('Retrieval')    Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.4)  Lupaan ('forgetting')    Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.

Ingatan Jangka Pendek

Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' . Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan. Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilangdalam masa 10-20 saat. Kapasiti ingatan jangka pendek menurut Miller (1956) ialah 7 +  2  (7 campur-tolak 2) 'chunks' dan kemudian dicadangkan oleh Simon (1974) sebagai  5 + 2  (5 campur-tolak 2) 'chunks'. Sesuatu 'chunk' tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf /angka, satu perkataan, satu ayat atau pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan oleh itu berbeza antara individu.Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak).

Ingatan Jangka Panjang

30

Page 31: Modul Dtm 201 (Vpg)

Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

Pengenkodan Malumat dalam Ingatan Jangka Panjang

Apakah yang dimaksudkan dengan 'pengenkodan'? Pengenkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, didekod dan diletakkan dalam memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian didekod. Bila kamu telah kenal pasti perkataan 'rumah'; bagaimanakah ia didekod. Adakah kamu dekodnya sebagai 'r_u_m_a_h' ? Ini mungkin dilakukan oleh individu yang tidak tahu Bahasa Melayu?. Bagaimanakah orang yang tahu Bahasa Melayu, mengenkod perkataan 'rumah'?.

Pelbagai eksperimn telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengenkod maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak dienkod dengan baik atau berkesan. Walau pun maklumat itu berada diingatan jangka pendek, selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'), maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yang mengenkod maklumat pada peringkat MAKSUD ('meaning level') berjaya memindahkan maklumat itu ke ingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan seterusnya membantu proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan eksperimen yang dijalankan oleh Craik & Lockhart pada 1972.

Lupaan dalam Ingatan Panjang ('Forgetting')

Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Tiga teori diutarakan bagi menerangkan lupaan.

1) Teori Reputan ('Decay Theory')    Maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan oleh masa.2)  Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory')     Maklumat itu ada terdapat tetapi tidak dapat dicari kerana kiu ('cue') yang sesuai tidak ada untuk mengeluarkan maklumat itu.3)  Teori Gangguan ('Interference Theory')     Maklumat lain menggangu maklumat yang hendak diingat

Sikap malas berfikir merupakan satu halangan psikologikal dalam meningkatkan daya ingatan seseorang. Daya ingatan akan mudah luntur jika malas berfikir. Rajin menggunakan otak/selalu berfikir secara positif merupakan keperluan asas bagi meningkatkan daya ingatan, dengan ini tidak mudah lupa akan maklumat yang diterima.

31

Page 32: Modul Dtm 201 (Vpg)

Unit 2

Kemahiran Berfikir Kritis

Unit ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar memahami dan mengetahui jenis-jenis kemahiran berfikir secara kritis

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini pelajar dapat melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menghuraikan jenis-jenis kemahiran berfikir kritis2. Mengaitkan jenis-jenis kemahiran berfikir kritis dengan pengajaran dan pembelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Pelajar didedahkan kepada maksud pemikiran kritis Pelajar berbengkel untuk menghuraikan jenis-jenis kemahiran kritis serta teknik-teknik untuk

berfikir secara kritis Pelajar menyediakan contoh-contoh aktiviti yang memerlukan kemahiran berfikir kritis

Kemahiran Berfikir Kritis

Pemikiran kritis merujuk kepada keupayaan menggunakan minda bagi membuat pertimbangan atau penilaian dengan cermat. Pemikiran kritis ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam

" kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah "

Perkataan kritis berasal daripada perkataan inggeris iaitu critic. Kata dasar ‘kritis’ adalah perkataan Greek kriths (kritikos) yang membawa erti menimbang (judge). Menimbang bermaksud menilai, membezakan, mencetuskan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar ataupun salah.

Kritis tidak membawa maksud yang negetif seperti kritik, hentam, komen, kecam dan bangkang. Sebaliknya, ia adalah sifat semula jadi manusia bagi mencari kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Apabila kita berfikir secara kritis ia dapat membantu mencari kesilapan, kesalahan dan kelemahan pada cara-cara berfikir seseorang itu ataupun pada idea ataupun cadangan yang dikemukakan.

Dalam erti kata lain, pemikiran kritis adalah suatu pemikiran yang berdisiplin dan didasari oleh standard-standard intelektual yang jelas.Antara standard yang pelu dimiliki oleh pemikir yang kritis adalah:

KejelasanSebelum kita menilai hujah seseorang kita perlu memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan. Dengar dengan penuh tumpuan dan fahami setiap idea yang dibentangkan.

KepersisanPemikir yang kritis melihat sesuatu secara persis dan sentiasa menyoal bagi mendapatkan jawapan-jawapan yang persis. Kekeliruandan ketidakpastian dapat dielakkan.

32

Page 33: Modul Dtm 201 (Vpg)

KetepatanMaklumat yang salah atau kurang tepat akan menghasilkan pemikiran yang salah. Pemikir yang kritis sentiasa berusaha membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat dan logik.

KaitanIndividu yang berfikir secara kritis berupaya mengenalpasti kaitan antara satu perkara dengan perkara yang lain secara logik. Ini termasuk kaitan antara maklumat yang ada dengan masalah yang dihadapi, antara idea sokongan dengan kesimpulan serta antara bukti yang diberi dengan hujah yang dijana

KonsistensiIndividu yang kritis sentiasa berusaha mengenal pasti ketidaksejajaran dalam pemikiran. Terdapat dua jenis ketidaksejajaran. Ketidaksejajaran logikal berlaku apabila mengatakan sesuatu dengan cara yang tidak konsisten. Manakala ketidaksejajaran praktikal berlaku apabila mengatakan sesuatu bercanggah dengan perbuatan

Ketepatan logikalBermakna memberi pandangan yang munasabah dan diterima akal.pernyataan seperti ’kekayaan menjadikan manusia alpa’ adalah contoh yang tidak logikal kerana ia terlalu umum. Ia boleh diperbaiki dengan menambah ‚’kadang-kadang’ atau ‚’adakalanya’

Empat ciri utama pemikiran kritis

Reaktif : Pemikiran kritis adalah reaksi atau gerakbalas terhadap idea-idea yang sedia ada dan bukan penghasilan idea yang baru.Hasil pemikiran kritis adalah idea yang disampaikan secara menyakinkan, munasabah dan bernas.

Penilaian : Pemikiran kritis digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu idea itu patut dipercayai, atau sesuatu tindakan itu patut dibuat. Penilaian dibuat berasaskan satu set kriteria, termasuk keaslian, kebenaran, kejituan, kemunasabahan dan nialai idea berkenaan.

Analisis : Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir yang asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami denagn jelas. Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci dan objektif.

Logik : Pemikiran kritis merangkumi kaedah menaakul secara logik dan bersepadu, dengan mempertimbangkan andaian yang dibuat, secara sedar tentang hujah yang berat sebelah

Kemahiran berfikir secara kritis digunakan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mempelajari konsep yang baru.Pemikiran kritis boleh dibahagi kepada dua komponen yang utama iaitu analisis dan penilaian

Menganalisa secara Kritis

Tujuan menganalisis maklumat adalah untuk meningkatkan pemahaman dan menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui. Kemahiran menganalisis dengan kritis boleh dibahagi kepada dua kategori

1.Menganalisis Idea

Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara

a. MencirikanMengenalpasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

33

Page 34: Modul Dtm 201 (Vpg)

Tujuan: Mendefinasi konsep atau item. Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

Langkah Penggunaan :

Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh. Kenalpasti ciri-cirinya.

b. Membanding dan membeza Mengkaji persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih daripada dua perkara berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Perkara yang dikaji boleh merupakan sesuatu objek, peristiwa, organisma, idea, sistem atau institusi.

Tujuan: Memahami perkara-perkara yang dibandingkan dengan lebih mendalam Mengelak daripada terkeliru tentang perkara-perkara yang seakan-akan sama Membantu dalam kemahiran yang lebih kompleks seperti mengelas, membuat definisi, dan membuat

analogi Membantu membuat keputusan yang bijak Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan Membuat pilihan atau keputusan

Langkah Penggunaan :

Perhatikan satu antara dua atau lebih objek. Kenalpasti satu daripada ciri objek itu. Tentukan samada objek yang lain mempunyai ciri yang sama. Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

c. Mengumpul dan mengelasMengelompokkan sebilngan perkara kedalam kategori yang berlainan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.Perkara yang dikelas boleh merupakan objek, peristiwa, organisma, idea atau institusi

Tujuan Membantu kita memilih perkara yang diperlukan Mengasingkan kelas yang perlu diberi perlindungan, seperti makanan mudah rosak, objek mudah

pecah Membantu kita mengetahui sifat ahli-ahli dalam kelas yang sama, contohnya ikan adalah berdarah

sejuk Membantu kita mengenal pasti perhubungan antara kelas-kelas yang berkaitan, seperti

perhubungan antara mamalia dan burung yang berdarah panas

d. Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan Menganalisis perkaitan antara bahagian-bahagian kecil dalam sesuatu perkara dengan perkara yang berkenaan secara keseluruhannya. Perkaitan ini boleh dikaji dari segi struktur atau fungsi, atau kedua-duanya. Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organisma, idea, sistem atau institusi

Tujuan Membantu kita memahami sumbangan bahagian-bahagian terhadap sesuatu sistem Memudahkan penyelenggaraan dan pembaikan setiap komponen yang berkaitan Memahami tentang struktur dan fungsi bahagian-bahagian dapat meningkatkan kreativiti kita

kerana kita boleh mengkaji cara mengubah suai atau meningkatkan keberkesanan setiap bahagian demi meningkatkan keberkesanan sistem keseluruhan

34

Page 35: Modul Dtm 201 (Vpg)

e. Membuat sekuens / urutanMengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan kriteria yang bermakna. Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organisma, idea atau institusi.

Tujuan Pengesanan mana-mana perkara yang disusun mengikut turutan dapat dijalankan denagn senang,

cepat dan ekonomi Objek-objek yang disusun mengikut urutan dapat disimpan dalam ruang yang memadai. Sebarang

objek yang hilang dapat dikesan dengan cepat Sesuatu peristiwa yang telah berlaku seperti kemalangan dapat ditinjau semula supaya sebab

kemalangan dan siapakah yang bertanggungjawab dapat dikenal pasti Semasa menyusun tugas secara urutan, kita boleh mengutamakan tugas yang lebih penting

Jenis-jenis urutan

Urutan abjak-senarai nama Urutan masa- Sejarah Kesultanan Melaka Analisis operasi-prosedur membuat kerja kursus berportfolio Rangkaian sebab-kepupusan dinosaur Kitar-kitar oksijen Pangkatan- rancangan kerja mengikut keutamaan

2. Menganalisis hujah

Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran seseorang mengkomunikasikan idea

a. Menerang sebab dan kesimpulanMenganalisis samada kesimpulan yang diberi disokong oleh sebab-sebab tertentu yang bernas

Tujuan Menganalisis hujah yang diberi oleh orang lain secara kritis Membuat kesimpulan berdasarkan sebab-sebab yang bernas Sekiranya alasan-alasan yang diberi tidak kuat, elak menerima kesimpulan yang dicapai

b. Mengusul periksa andaian

Mengkaji samada andaian yang dibuat tentang sesuatu perkara itu tepat atau tidak sebelum keputusan dibuat untuk menerima atau tidak menerima andaian berkenaan

Tujuan Supaya andaian yang dibuat adalah munasabah Supaya tindakan yang diambil dapat mendatangkan kesan yang dijangka Supaya tuduhan yang tidak berasas dapat dielakkan

Menilai Secara Kritis

Menilai secara kritis adalah untuk memastikan kata putus atau kesimpulan yang dibuat berkemungkinan betul lebih dari berkemungkinan salah. Kemahiran menganalisis dengan kritis boleh dibahagi kepada dua kategori

1.Menilai Maklumat

Menentukan kebolehpercayaan sumber maklumatMenentukan samada sumber maklumat yang diterima boleh dipercayai atau tidak

35

Page 36: Modul Dtm 201 (Vpg)

Tujuan Membuat keputusan berdasarkan sumber maklumat yang boleh dipercayai Elakkan daripada kegagalan yang disebabkan oleh maklumat yang salah

2.Menilai Inferens

Membuat inferensMembuat kesimpulan awal tentang sesuatu makna, pola atau kelunjuran berdasarkan pemerhatian, maklumat, bukti atau petanda tertentu

Tujuan Membuat kesimpulan awal berdasarkan maklumat yang diterima Memahami sesuatu situasi dengan cepat supaya bersedia menghadapinya

Kemahiran yang berkaitan dengan menilai inferens termasuklah:

a. Menerangkan SebabMenjelaskan apakah yang sebenarnya menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku berdasarkan bukti-bukti yang dapat dikumpul

Tujuan Sekiranya sebab-sebab sesuatu peristiwa dapat diketahui, kita boleh cuba menghalang peristiwa

yang buruk daripada berlaku, atau mendorong peristiwa yang baik supaya berlaku Membuat ramalan berdasarkan sebab-sebab yang diketahui

b. Membuat ramalan Membuat jangkaan samada sesuatu perkara atau peristiwa mungkin akan berlaku pada suatu masa yang akan datang. Jangkaan ini dibuat berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang sediadaTujuan

Membuat persediaan atau perancangan tindakan yang lebih sesuai denagn situasi yang mungkin berlaku

Berikhtiar dengan kemampuan sendiri bagi mengelakkan kejadian atau peristiwa yang tidak diingini

Jenis-jenis ramalan Trend atau kecendrongan- keadaan ekonomi Kesan sesuatu peristiwa- kos bercuti di London Akibat daripada pilihan yang dibuat- apa akan terjadi kerana membuat pilihan tertentu

c. Membuat generalisasiMembuat satu kenyataan umum tentang sesuatu perkara yang tertentu berdasarkan bukti-bukti yang terdapat dalam maklumat-maklumat yang dikaji

Tujuan Membolehkan kita belajar tentang sifat-sifat kumpulan yang sama Boleh mengetahui sifat ahli sesuatu kumpulan sekiranya kita mengetahui sifat umum

d. Menaakul melalui analogiMenghasilkan kenyataan yang dapat menggambarkan sesuatu perkara dengan membandingkan perkara ini dengan perkara lain berdasarkan persamaan dan perbezaan antara dua perkara yang berkenaan. Dengan itu kita dapat membuat kesimpulan tentang perkara ini berdasarkan pemahaman tentang perkara yang beranalogi.

Tujuan Memudahkan pemahaman tentang sesuatu perkara secara membandingkan perkara itu dengan

sesuatu perkara lain yang sudah diketahui

36

Page 37: Modul Dtm 201 (Vpg)

Membuat inferens tentang sesuatu perkara berdasarkan ciri-ciri yang sama yang ada pada perkara lain yang sudah diketahui

Membuat inferens tentang sesuatu perkara berdasarkan ciri-ciri yang sama yang ada pada perkara yang beranalogi

Menjalankan ujian ke atas perkara yang beranalogi untuk menilai perkara yang sebenar, contohnya menguji kekuatan jambatan dengan menggunakan model (analogi)

e. Membuat penaakulan bersyaratMembuat kesimpulan berdasarkan maklumat dalam bentuk ’sekiranya .... maka’. Iaitu satu kesimpulan bersyarat

Tujuan Menggabungkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan syarat unyuk memperluaskan lagi

pengetahuan Membantu kita berfikir tentang syarat-syarat yang dikenakan pada kita. contohnya ´sekiranya

saya memandu melebihi 100km/j, maka saya melanggar undang-undang lalu lintas’

Jenis-jenis pemikiran kritis

Pemikiran kritis terbahagi kepada dua kategori iaitu pemikiran kritis rendah dan pemikiran kritis tinggi.

Pemikiran kritis rendah

Kategori ini melibatkan proses kognitif yang sederhana. Antara kemahiran-kemahiran kritis tahap ini adalah membanding dan membeza, membuat kategori, membuat sekuens atau urutan, meneliti bahagian-bahagian kecil serta keseluruhan dan menerangkan sebab

Pemikiran kritis tinggi

Ia melibatkan proses kognitif dan metakognitif. Pemikiran tahap ini menggunakan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan. Diantara kemahiran pada tahap ini adalah membuat ramalan, usul periksa andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi dan mencari sebab dan membuat kesimpulan

Stail pemikiran kritis

Stail pragmatik

Stail ini mementingkan keadaan sebenar dan mengutamakan apa yang praktikal dan perkara yang dapat dilakukan dengan memberi keutamaan kepada maklumat dan fakta dalam membuat penilaian. Antara sifat-sifatnya adalah:

1. Mengutamakan apa yang boleh dibuat2. Mementingkan keadaan dan situasi

3. Memikirkan apa yang patut dilakukan

4. Melihat daripada pelbagai aspek

5. Melihat keuntungan jangka pendek

Stail negatif

37

Page 38: Modul Dtm 201 (Vpg)

Berfungsi menerbitkan penilaian dan keputusan. Ia memberi fokus pada kesan-kesan aspek negetif dan membolehkan orang itu melihat kesan dan risiko atas apa yang berlaku. Antara sifat-sifatnya adalah:

1. Mengemukakan alasan negetif2. Menduga penolakan

3. Mencari alasan mengapa sesuatu perkara itu gagal

4. Mengemukakan masalah dan risiko

Stail analitikal

Stail ini bertujuan menghuraikan dan meneliti. Ia baik bagi menghasilkan pelbagai analisis, huraian dan kritikan. Antara ciri-cirinya adalah:

1. Mencari fakta dan maklumat secukupnya berkenaan topik yang difikirkan2. Mendefinasikan perkara-perkara dan masalah yang yang dikupas secara terperinci

3. Mencari beberapa jalan bagi menyelesaikan masalah yang difikirkan

4. Menilai baik buruk jalan yang difikirkan berdasarkan logik

5. Membuat keputusan bagi memilih jalan yang difikirkan baik

6. Memikirkan cara bagi melaksanakan keputusan itu

Stail objektif

Ia mementingkan fakta dan maklumat dan tidak mengandungi unsur-unsur emosi ataupun sensasi. Antara ciri-cirinya adalah:

1. Mengemukakan fakta yang ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak2. Tidak membuat tafsiran pada fakta-fakta yang ada

3. Membezakan fakta daripada pendapat

4. Membezakan fakta daripada kemungkinan

5. Membezakan fakta daripada keyakinan

Stail saintifik

Mengutamakan prosedur dalam membuat andaian dan spekulasi. Ia juga berasaskan tahap ilmiah yang sesuai dan releven. Ciri-ciri pemikiran kritis stail ini adalah:

1. Mencari kebenaran sains melalui pengutipan data dan menganalisisnya2. Tindakan berperingkat dan tersusun

3. Membentuk hipotesis berkenaan sesuatu fenomena

4. Mempertegohkan dan mempertahankan hipotesis

38

Page 39: Modul Dtm 201 (Vpg)

Stail historis

Bertujuan mencari sebab-sebab dan akibat sesuatu peristiwa dan kejadian. Lazimnya pemikiran jenis ini menggunakan peristiwa, isu dan kejadian masa lalu. Segala data dan maklumat bersifat fizikal dan bukan fizikal dianalisis dan hasilnya diterjemahkan bagi menerangkan peristiwa yang berlaku. Antara ciri-cirinya adalah;

1. Mencari, mempersembahkan maklumat dan data yang lalu.2. Membuat hipotesis kejadian masa lalu

3. Mencari sebab dan akibat sesuatu kejadian

4. Membuat penilaian

Stail reaktif

Bermula apabila sesuatu isu ataupun perkara itu berlaku dan yang pasti perkara itu bukan berabad-abad lamanya. Ciri-ciri yang penting dalam penikiran ini adalah:

1. Bertindak ataupun berfikir selepas terdedah pada rangsangan2. Mencari kelemahan dan kekurangan yang ada

3. Mengkaji dan meneliti setiap aspek ataupun bahagian

4. Mencari ruang bagi mempertikai sesuatu perkara

Stail sistematik

Bermula daripada tahap yang mudah kepada tahap yang sukar, daripada awal sampai akhir. Antara ciri-cirinya adalah:

1. Bertindak mengikut tahap yang sesuai2. Mengikut panduan dan kriteria yang ditetapkan

3. Berasaskan fakta dan maklumat

4. Mengambil kira risiko dan kesan jangka masa pendek dan panjang

Antara contoh Kemahiran Berfikir kritis  Bil Kemahiran Berfikir Perkataan atau frasa yang memberi makna yang sama

a Mencirikan Menyatakan ciri-ciri unsurMemperlihatkan sifatMenyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsurMengenal pasti kualiti, sifat, ciri dan unsurMenyebut ciri-ciri, sifat dan unsur

b Membanding dan membeza Mencari persamaan dan perbezaanMenyenaraikan ciri persamaan dan perbezaanMenentukan ciri sepadan dan tak sepadanMenyatakan ciri serupa dan tidak serupa

39

Page 40: Modul Dtm 201 (Vpg)

Menyatakan persamaan dan perbezaanMenyususn ciri-ciri yang sama dan berbeza

c Mengumpul dan mengelaskan Membuat pengelasan berasaskan ciri-ciri yang sepunyaMengumpulkan mengikut sesuatu kategoriMengumpul mengikut ciri-ciri yang boleh dibandingkanMengkategorikan ciriMenyusun mengikut kriteriaMenyusun mengikut kumpulan

d Membuat urutan Menyusun mengikut sesuatu tertib berasaskan nilai, abjad, kronologi, saiz, corak, masa dan lain-lainMenyusun secara menaik atau menurunMenyusun secara rantai urutanMenyusun mengikut kumpulan

e Menyusun mengikut keutamaan Mengatur mengikut sesuatu kriteria daripada yang paling penting kepada yang kurang penting atau menyenaraikan idea mengikut kepentinganMenyusun berdasarkan segera kepada kurang segeraMenyenaraikan mengikut hierarki berdasarkan matlamatMengatur mengikut paling hadapan kepada paling belakangMenyusun mengikut paling atas kepada paling bawah

f Menganalisis Mencerakinkan maklumatMengolah ideaMengesan penyebabMenghuraikan faktor-faktor penyebabMembuat andaian berasaskan maklumatMenghurai mengikut ciriMenghurai kepada bahagianMencerakin komponan yang terlibatMencari bukti bukti yang menyokongMengimbas kembali ideaMengkaji kesan baik dan burukMengkaji keputusan berasaskan fakta

g Mengesan kecondongan Menentukan pendirian berat sebelahMenentukan pemberatan kepada satu pihakMenentukan pendirian ke satu pihak

h Menilai Menaksir maklumatMempertimbangkan pendapat dan pandanganMempertimbangkan cadanganMenyatakan rasionalMembahaskan isu atau pernyataanMembuat pertimbanganMemberi alasan untuk menerima atau menolakMembuat wajaranMempertimbangkan kesan dan akibatMembuat pilihanMenentukan nilai

i Membuat kesimpulan Merumuskan isuMenyatakan hasil selepas analisis

40

Page 41: Modul Dtm 201 (Vpg)

Menyusun alasanMembuat resolusiMembuat persetujuanMembuat keputusan bijaksana yang muktamatMenggulung hujah

41

Page 42: Modul Dtm 201 (Vpg)

Unit 3

Kemahiran Berfikir Kreatif

Unit ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar memahami dan mengetahui jenis-jenis kemahiran berfikir secara kreatif

Hasil pembelajaran

Pada akhir unit ini pelajar dapat melakukan perkara-perkara berikut:1. Menghuraikan jenis-jenis kemahiran berfikir secara kreatif2. Mengaitkan jenis-jenis kemahiran berfikir secara kreatif dengan pengajaran dan pembelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

1. Pelajar didedahkan kepada maksud pemikiran kreatif2. Pelajar berbengkel untuk menghuraikan jenis-jenis kemahiran berfikir kreatif dan strategi serta

teknik untuk berfikir secara kreatif3. Pelajar menyediakan satu rancangan pengajaran sehari yang melibatkan kemahiran berfikir secara

kreatif

Pemikiran kreatif ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baru, estetik dan membina.

" kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "

Abdullah hassan dan Ainon Abdullah (2001) menyenaraikan lapan ciri pemikiran kreatif, iaitu:

Sengaja menghasilkan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru. Mengutamakan cara lain dalam melihat sesuatu yang sedang difikirkan Memberi fokas kepada usaha hendak mengubah idea yang ada pada masa ini. Mencari cara baru bagi menggantikan penyelesaian yang sedang digunakan sekarang Sengaja menghasilkan idea-idea yang dapat memeranjatkan fikiran-fikiran biasa Menganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logik pada awalnya Menumpukan perhatian kepada kemungkinan berlaku pada masa akan datang

Empat ciri utama pemikiran kreatif

Keberanian : Pemikiran yang kreatif memerlukan keberanian untuk menjana idea yang banyak, pelbagai dan baru tanpa dikongkong oleh idea yang lama. Oleh itu pemikir yang kreatif berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko dan kritikan dan bersedia untuk bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat.

Imaginatif : Pemikiran yang kreatif memerlukan imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman yang lepas. Imiginasi memerlukan kemahiran sintesis, iaitu cantuman idea-idea yang sedia ada

Perkembangan idea : Salah satu hasil imaginasi adalah perkembangan atau peluasan idea yang sedia ada. Walaupun idea yang dihasilkan bukan merupakan rekaan yang baru, tetapi hasil itu dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru.

Reka cipta : Hasil pemikiran kreatif yang unggul adalah penghasilan idea yang baru, iaitu reka cipta. Reka cipta juga dijalankan berasaskan proses sintesis idea yang sedia ada, sehingga sesuatu yang asli dicipta.

Dua jenis kemahiran berfikir kreatif adalah:

42

Page 43: Modul Dtm 201 (Vpg)

Menjana idea yang banyak, pelbagai dan asli sebagai jawapan yang mungkin untuk soalan-soalan yang berkaitan dengan kehidupan peribadi dan profesional ; menjana kemungkinan-kemungkinan

Mencipta analogi yang membantu kita meningkatkan pemahaman yang mendalam ; mencipta metafora

a. Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai Menghasilkan idea-idea yang dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau menghasilkan ciptaan baru

Tujuan

Membolehkan kita memikirkan sebab-sebab yang mungkin bagi sesuatu perkara Menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan pilhan dan penyelesaiaan untuk dipertimbangkan

sebelum membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Belajar menjana idea-idea sendiri supaya tidak perlu bergantung pada orang lain sebelum

membuat pilihan

Prinsip menjana idea

Penjanaan idea kreatif secara bersistem dan terancang memerlukan teknik yang sesuai mengikut situasi, ruang dan masa. Idea tidak datang secara semula jadi. Oleh itu, prinsip yang dapat dilakukan adalah seperti berikut:

Perhatian kepada apa?

Idea sedia ada Elemen dalam realiti semasa Sifat nilai dan kategori Andaian, pola dan paradigma Metafora dan analogi Perkara yang lazimnya anda tidak beri tumpuan Apa yang berfungsi dan tidak berfungsi

Lari daripada apa?

Pola pemikiran lama Masa dan tempat Penilaian awal Halangan dan peraturan Pengalaman lepas

Pergerakan dalam situasi apa?

Membina idea Pecahkan idea utama kepada idea-idea kecil Perbaiki, tambah, ganti dan tukar dengan idea-idea baru Gabung serta masukkan idea-idea kecil ke dalam idea utama Gunakan idea anda Pada tempat dan masa Kepada pandangan lain Perkaitan bebas

Kerangka untuk mencetuskan idea

43

Page 44: Modul Dtm 201 (Vpg)

Pada amnya, peta minda merupakan penjelman idea, konsep, kemungkinan dan apa sahaja hasil minda yang diluks pada kertas. Antara peta minda yang popular masa kini ialah rajah Buzan. Buzan (1990) dalam bukunya yang bertajuk 'Use Your Head' telah menyenaraikan tujuah hukum untuk melukis peta minda. Rajah Buzan dapat menjelaskan proses pemikiran atau mewujudkan idea-idea dalam minda.

Di samping itu, perkaitan serta cabang-cabang suatu idea dengan idea-idea yang berkaitan dapat distrukturkan dengan jelas dan lebih konkrit. Selain rajah Buzan, peta minda yang lain adalah seperti 'relevance tree'. Sesuatu tajuk utama dipecahkan kepada sub-tajuknya. Contoh yang biasa digunakan ialah Carta Organisasi sesebuah pertubuhan. Struktur organisasi dapat difahami dengan lebih jelas lagi dengan adanya pertalian 'line' dan 'staff'. Biasanya garisan biasa menunjukkan tanggunjgawab langsung kepada matlamat organisasi manakala garisan berputus-putus menunjukkan fungis staf yang berperanan menyokong dan menasihati ahli organisasi yang lain sahaja.

Suatu lagi bentuk peta minda yang tidak perlu dibincangkan dengan panjang lebar lagi ialah rajah tulang ikan. Rajah ini digunakan untuk meneliti sebab dan punca masalah sesuatu proses atau organisasi. Teknik ini sangat diutamakan semasa bengkel-bengkel kawalan mutu yang diadakan beberapa tahun yang lalu.

Senarai semak

Senarai semak merupakan alat mencetuskan idea yang mudah digunakan dan berkesan. Berbagai-bagai senarai semak telah dinyatakan untuk membantu murid-murid dan orang dewasa yang terperangkap dengan kebuntuan fikiran.

Antara senarai semak yang paling biasa digunakan ialah enam orang rakan baik Kipling yang berbunyi 'Who, What, How, Why, Where' dan 'When'. Para wartawan serta pegawai polis sentiasa menggunakan senarai semak ini untuk mendpatkan butiran-butiran sesuatu peristiwa. Murid-murid sekolah juga menggunakan senarai tersebut untuk merangka karangan.

Manakala senarai semak untuk mencetuskan idea mengikut Osborn (Richards, 1990) adalah seperti beriktu:

Put to other uses?

Adapt?

Modify?

Magnify?

Minify?

Substitue?

Rearrange?

Reverse?

Combine?

Merombak struktur pemikiran yang sedang dan sering digunakan. Ini bertujuan untuk menerbitkan idea baru.

Contoh : Tongkat orang buta.  Bil  Sifat Bagaimana kalau......a. Dibuat daripada aluminium Dibuat daripada grafit ?b. Bentuk silinder panjang Pipih / segiempat / leper ?c. Boleh dilipat  Boleh laras sorong masuk seperti arial radio / tripod kamera ?d. Warna krom Grafit / plastik jernih ?

e. Krom sadur berkilatGrafit jernih boleh dibubuh lampu dan berkelip-kelip / pancar sinar ?

44

Page 45: Modul Dtm 201 (Vpg)

f. Tiada aksesori tambahanAksesori bunyi signal menandakan halangan spt tembok, longkang dll.

g. Tiada aksesori kecemasan Aksesori kecemasan seperti kecurian, sesat dll.

h.Tali supaya tidak terlepas dari pegangan

Ada tali dan tambahan asesori bunyi peluit jika tercicir / kehilangan.

i. Berat  Ringan dan boleh terapung di dalam airj. Ketinggian yang piawai Mudah laras mengikut ketinggian pengguna.

Senarai semak yang mempunyai persamaan juga di beri oleh Abdullan dan Ainon (1994). Mengikut pengarang-pengarang tersebut, soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk mencetuskan idea berasaskan sesuatu benda yang dipilih:

Boleh ia dibesarkan?Boleh ia dikecilkan?

Bolehkah ia ditinggikan?

Bolehkah ia direndahkan?

Bolehkah ia dipanjangkan?

Bolehkah ia dipendekkan?

Bolehkah ia ditebalkan?

Bolehkah ia dinipiskan?

Bolehkah ia dibulatkan?

Bolehkah ia dilonjongkan?

Bolehkah ia diluruskan?

Bolehkah ia dibengkokkan?

Bolehkah ia diterbalikkan?

Bolehkah ia digabungkan dengan benda lain?

Bolehkah ciri-cirinya ditambah?

Bolehkah ciri-cirinya dikurangkan?

Bolehkah warnanya ditukar?

Bolehkah fungsinya ditukar?

Bolehkah bahannya ditukar?

Bolehkah baunya ditukar?

Bolehkah ia dileburkan?

Bolehkah ia dipisahkan?

Bolehkah benda lain berfungsi sepertinya?

Bolehkah ia melakukan fungsi benda lain?

Senarai semak tersebut didapati terlalu penjang dan agak susah diingati. Untuk memudahkan aplikasinya dalam dan di luar bilik darjah maka dicadangkan suatu mnemonik digunakan. Contohnya adalah GLUKOSA.

Seperti yang diketahui umum, glukosa diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi metabolisme hayat. Bagaimanapun, kita juga boleh menggunakan GLUKOSA untuk menghasilkan idea-idea baru. GLUKOSA yag diertikan adalah seperti berikut:

G - ganti atau gabung

45

Page 46: Modul Dtm 201 (Vpg)

L - lebihkan (diperbanyakkan dari segi kuantiti sesuatu unsur)U - ubahsuai (ubah warna, bentuk, proses, rasa, bau, bunyi dan lain-lain)K - kurangkan (diperkecilkan dari segi kuantiti sesuatu unsur)O - olakkan (diulang-ulang, diputar, dikisar dan dipusingkan)S - songsangkan (diterbalikkan dari segi masa, proses, arah dan lain-lain)A - aplikasi atau adaptasi.

Untuk menghasilkan rekaan baru, kita boleh menggunakan GLUKOSA untuk meneliti sesuatu benda atau idea yang sedia ada. Teknik ini sebaik-baiknya digunakan secara sengaja dan dijadikan sebagai suatu kebiasaan berfikir. Harus ditegaskan di sini bahawa senarai semak ini boleh diperluskan lagi dan tidak muktamad.

Untuk memudahkan aplikasinya di bilik darjah maka suatu bentuk penyusun grafik dicadangkan.

IDEA / PROSES /BENDA SEDIA ADA

Idea / proses & bentuk baru

Unsur/Ciri/Bahagian Senarai SemakKemungkinan, Akibat & Kesan

G

L

U

K

O

S

A

Kemahiran mencetuskan idea merupakan suatu kemahiran berfikir yang penting diperolehi. Analisa ringkas tentang beberapa kerangka mencetuskan idea telah merangkumi peta minda, teknik morfologi dan senarai semak. Kerangka berfikir memperluaskan perspektif dan persepsi kita terhadap sesuatu konsep dan seterusnya membebaskan minda kita dari kebuntuan idea baru. Adalah diharapkan bahawa gabungan senarai semak dalam bentuk mnemonik dengan penyusun grafik boleh merupakan suatu alat yang kuat dan berkesan

b.Mencipta metafora

Menggunakan bahasa figurative untuk menerangkan makna sesuatu perkara. Metafora menegaskan ciri-ciri sesuatu objek, orang atau peristiwa dengan menggunakan sesuatu perkara lain yang beranalogi untuk menerangkan ciri-ciri dengan jelas dan dramatis. Apabila kita mencipta metafora, kita menggunakan suatu analogi secara figurative.

Tujuan

Membolehkan kita memikirkan sebab-sebab yang mungkin bagi sesuatu perkara Menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan pilihan dan penyelesaian untuk dipertimbangkan

sebelum membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Belajar mengguna idea-idea sendiri supaya tidak perlu bergantung pada orang lain sebelum

membuat pilihan

46

Page 47: Modul Dtm 201 (Vpg)

Ciri-ciri pemikir yang kreatif

Memiliki perasaan ingin tahu yang tinggi Sentiasa mencari masalah Merasa seronok dengan persaingan atau cabaran Optimistik Berkebolehan menangguhkan pertimbangan Merasa selesa dengan imaginasi Melihat masalah sebagai peluang Melihat masalah sebagai sesuatu yang menarik Sebarang masalah diterima secara beremosi Kebolehan mencabar andaian Tidak mudah berputus asa, tabah dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu, serta kuat bekerja

Proses menerbitkan pemikiran kreatif

Idea penting kepada manusia kerana dengannya manusia dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kreativiti terdiri daripada himpunan pengetahuan, imaginasi dan penilaian. Proses ini berlaku menerusi penyusunan semula dan perkaitan antara pengetahuan dan pengalaman dalam cara yang baru. Bagi berfikiran kreatif, orang itu perlu mempunyai beberapa maklumat berkenaan perkara yang hendak difikirkan. Terdapat beberapa cara bagaimana idea kreatif dapat diterbitkan antaranya proses menyoal, proses tidak sengaja, pengalaman, proses kesilapan, imaginasi dan visualisasi.

Proses menyoalOrang itu menyoal apabila dia ingin tahu ataupun tidak pasti akan sesuatu perkara. Soalan dapat ditujukan kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain. Keadaan ini membuka minda kita dengan lebih luas.

Proses tidak sengajaProses ini berlaku secara tidak langsung. Idea datang menerusi pemerhatian persekitaran dan mendapat idea dari persekitaran

PengalamanReka cipta melalui pengalaman berbeza daripada reka cipta yang melalui proses tidak sengaja. Melalui pengalaman, kita tahu sesuatu perkara yang dicipta itu akan berjaya.

Proses kesilapanKemajuan dalam bidang sains dan perubatan adalah hasil kajian dan eksperimen. Dalam proses itu kadang-kadang ahli sains membuat kesilapan dalam pentafsiran dan penelitian. Dalam kesilapan itu mereka menjumpai formula atau kaedah baru bagi menyelesaikan masalah ataupun menjayakan kajiannya

Imaginasi dan visualisasiSemua orang mampu membuat imaginasi dan visualisasi. Proses imaginasi dan visualisasi bersifat abstrak, tetapi dapat diterjemahkan secara konkrit. Visualisasi dan imaginasi dapat dilakukan dengan lima prinsip utama:

1. Tentukan matlamat yang igin dicapat2. Cipta idea dan buatkan gambaran yang jelas3. Sentiasa tumpukan pemerhatian4. Timbulkan daya positif5. Meningkatkan fungsi otak kanan

Teknik-teknik melahirkan pemikiran kreatif

47

Page 48: Modul Dtm 201 (Vpg)

1. Teknik sumbang saran : Pengumpulan idea daripada ahli kumpulan tanpa menjalankan undian ataupun kritikan pada idea yang diberikan walaupun tidak logik seterusnya perbincangan bersama dijalankan bagi menentukan idea yang diguna pakai.

2. Teknik penipuan: Meniru apa yang pernah dibuat oleh orang lain sehingga mendapat idea baru yang diinginkan.

3. Teknik peta minda: Melibatkan pengambilan nota dan menggunakannya bagi menjana idea secara berkaitan. Ciri utama adalah memori visual, kata kunci, penglibatan secara sedar, pengelompokan dan perkaitan.

4. Analisis inventori masalah: Fokus pada masalah-masalah yang wujud. Mengenal pasti masalah dan membincangkan masalah

Pemikiran kritis lahir dari kreatif dan pengalaman

Bil  Kritis Punca kreatifa. Arkitek maritim Amerika mengkaji supaya

pergerakan kapal lebih laju semasa di lautArkitek dapat ilham dengan mengkaji pergerakan ikan lumba

b. Pereka fesyen YSL ingin menjual lebih banyak pakaian

Mengubahsuai fesyen lama

c.Mengurangkan serangan musuh padi seperti tikus

Membiakkan musuh semulajadi tikus seperti burung hantu

d. Jurutera R&D ingin mencipta bumbung yang boleh berubah warna dan membalik/menyerap haba mengikut cuaca yang berubah-ubah

Mengkaji fenomena perubahan cicak kobeng

e. Pakar penternakan ingin menghasilkan baka lembu yang besar dan tahan penyakit

Mengahwinkan lembu dengan seladang.

Contoh Bentuk umum - “Tolong dapatkan saya minuman” (Bagaimanakah anda dapat memenuhi permintaannya dengan tepat?)Bentuk terperinci - “Tolong dapatkan saya minuman Milo panas tanpa ais.”

Contoh a.   Carikan beberapa cara untuk saya sangkutkan gambar hiasan ini ke dinding ruang tamu.b.   Tolong lukiskan saya sekeping gambar lukisan.

Tumpuan / membayangkan tampak Tumpuan memberi maksud membayangkan, berimiginasi, membayang tampak sesuatu dalam minda. Ia sebahagian asas dari pemikiran kerana kita tidak dapat memastikan setiap satu yang berlaku dalam kehidupan. Kita cuma ingin melihat apa akan berlaku dan menumpukannya dalam minda kita. Tumpuan itu mungkin tidak benar tetapi kita mendapat sedikit petunjuk darinya.

Contoh a.   Apa akan terjadi sekiranya semua pengangkutan disediakan percuma ?b.   Apa akan terjadi sekiranya kutub utara mencair menjadi air ?

Mengarah ke tumpuan Semua pertanyaan dan soalan adalah mengarah ke tumpuan. Bagaimanapun, arahan juga mengarah ke tumpuan. Tumpuan selalunya terbentuk dari 3 cara :1.  Sebarang perkara yang menarik perhatian dan perasaan2.  Tabiat perhatian yang dibentuk melalui pengalaman dan amalan3.  Tarikan dari satu butiran ke satu butiran

48

Page 49: Modul Dtm 201 (Vpg)

Contoh :a.  Tumpukan perhatian anda ke arah cara membuat reban ayamb.  Tumpukan perhatian anda kepada perbandingan dua set mesin pencuci kain ini.c.  Fokuskan kepada penjajahan barat ke atas kerajaan timur dalam abad ke 19d.  Fokuskan kepada kaedah-kaedah mengatasi masalah buta huruf di kalangan pelajar.

Pengecaman dan muat tepat Otak menyimpan pola dan corak yang dibentuk dari pengalaman. Pola kita memakai baju membuat kita memakai baju secara otomatis tanpa berfikir bagaimana langkah-langkah untuk memakai baju. Bagaimanapun sebab untuk berfikir ialah untuk menyediakan corak-corak berfikir yang routine supaya kita dapat menjalani kehidupan melalui corak-corak berfikir yang wujud tadi.

Contoh :a.  Langkah-langkah untuk berpakaian ?b.  Langkah-langkah untuk menyeberang jalan raya ?c.  Langkah-langkah untuk makan nasi ?

Pergerakan dan alternatif Pergerakan bermaksud  bagaimana untuk ke hadapan dari titik ini. Ia mungkin sekali provokasi, di luar pengalaman dan menongkah arus ilmu semasa. Pergerakan termasuklah integrasi, penggabungjalinan, penyerapan, penyatuan. Ia sering dilihat sebagai igauan, mimpi, lamunan. Namun ia melahirkan alternatif.

Contoh :a.  Provokasi : Kereta mempunyai tayar persegi empatb.  Provokasi : Apakah alternatif yang ada ?d.  Provokasi : Apa berikutnya ?

Contoh pelajar pintar dan bijaksana

Guru   :  Kelas kita ada 10 orang murid. Empat orang demam, berapa orang yang akan hadir ke kelas ?

Pintar :  Enam orang, cikguBijak  :  Kalau ada murid yang demam datang juga ke sekolah, cikgu ?

Idea kreatif dan inovatif

Apakah idea kreatif dan inovatif? Petikan berikut dapat menjelaskan konsep ini.

‘ Sebatang besi buruk bernilai RM5. Jika besi buruk tersebut menghasilkan ladam kuda, nilainya akan bertambah menjadi RM 50.00. Jika diginakan untuk membuat jarum nilainya meningkat kepada RM300.00. Jika menghasilkan spring jam, ia bernilai RM2000.00.Perbezaan antara RM5 dan RM2000.00, adalah kretiviti dan inovasi.

Menurut sarjana dan pakar pemikiran kreatif, idea dikatakan bernilai kreatif apabila ia memenohi beberapa syarat berikut;

AsliIdea kreatif mestilah asli. Asli dalam kontek ini bukan bermakna idea itu tidak pernah wujud sebelum ini iaitu baru sama sekali. Idea yang sudah diadaptasikan dan ditambah nilai boleh dianggap sebagai asli.

BaruIdea kreatif bersifat baru. Ia bermaksud idea yang diterbitkan dan dipasarkan masih baru dalam kategorinya. Lampin pakai buang yang baru misalnya dapat disarung seperti seluar (pulls-up). Lampin ini dianggap idea kretif yang baru.

49

Page 50: Modul Dtm 201 (Vpg)

BergunaIdea kreatif mestilah berguna. Ia dikatakan berguna apabila idea itu dapat diterjemahkan secara nyata dan konkrit. Idea ini dapat memberi manfaat dan nilai tambah kepada pengguna. Idea kreatif yang berguna mesti mengandungi nialai kebaikan melebehi dari nilai keburukan

PraktikalIdea kreatif yang diterjemahkan secara konkrit dapat menyelesaikan dan mengatasi masalah yang dihadapi. Misalnya terdapat mesen yang berfungsi sebagai penyapu sampah. Tetapi ianya tidak praktikal kerana hanya sampah yang ringan sahaja dapat dilonggokkan, berbanding harga dan kos penyelenggaraannya yang agak mahal.

Dapat dipasarkanDalam kontek bisnes, idea kreatif dapat dipasarkan. Kita sedia maklum bahawa idea yang hendak dipasarkan terlebih dahulu didaftarkan dan mendapat lessen. Hak cipta atau paten yang diperolehi membolehkan individu atau syarikat yang memasarkan suatu produk itu berhak memonopoli pasaran

Dengan kata lain, otak kanan menghasilkan idea kreatif, manakala otak kiri berfungsi sebagai penilai idea. Dengan kata lain otak kanan berusaha mengeluarkan sebanyak mungkin idea-idea kreatif, manakala otak kiri cuba menyaring idea-idea kreatif yang terbaik untuk dilaksanakan

6.Stail pemikiran kreatif

Stail lateralKaedah menerbitkan idea yang baru. Idea baru tidak berkaitan langsung dengan idea lama. Stail ini melihat penyelesaian masalah dan kaedah membuat keputusan dengan menggunakan teknik yang agresif bagi memaksa minda menerbitkan idea yang luar biasa. Idea yang terbit menerusi teknik-teknik lateral ini tidak dinilai sebaliknya ia diguna pakai walaupun nampak tidak releven

Stail projektifMenggunakan pendekatan meramal iaitu meramalkan apa yang belum dan akan berlaku, memberikan sebab dan faktor-faktor yang mungkin wujud pada masa depan, dan memerlukan maklumat dan pengalaman peribadi bagi membuat penilaian trend masa depan

Stail emotifMenggunakan jenis emosi yang mendalam seperti kecintaan, ketakutan, kebencian, kemarahan, syak wasangka dan keimanan. Seluruh hasil pemikiran menunjukkan pengaruh emosi itu dengan menggunakan logik.

Stail positifMelihat sesuatu idea dengan baik sangka. Ia menumpukan pada kebaikan dan mengatasi kelemahan yang ada.

Stail imaginatifMenekankan peranan imaginasi minda. Minda kita dapat membuat penggambaran berkenaan perkara yang kita kehendaki secara visual.

Antara contoh Kemahiran Berfikir Kreatif

Bil Kemahiran Berfikir Perkataan atau frasa yang memberi makna yang sama

a Membuat kesimpulan Merumuskan isuMenyatakan hasil selepas analisisMenyusun alasan

50

Page 51: Modul Dtm 201 (Vpg)

Membuat resolusiMembuat persetujuanMembuat keputusan bijaksana yang muktamatMenggulung hujah

b Menjana idea Mengemukakan ideaMencadangkan alternatifMencadangkan sebabMenyenaraikan ideaMenyatakan cara lainMenyumbangkan pendapatMenyatakan kemungkinanMenghasilkan ideaMencetuskan ideaMelahirkan idea

c Membuat inferens Membuat kesimpulan awal daripada pemerhatianMembuat rumusan awal daripada dataMembuat kesimpulan awal daripada maklumatMembuat tanggapan awalMembuat penyataan awalMembuat pendirian awalMenyatakan ketetapan awal

d Menghubungkait Menerangkan sebab dan akibatMenyatakan perkaitanMenyatakan sebab musabatMenyatakan implikasiMengkaji perkaitan/pertalianMencari perkaitanMengaitkan ideaMembuat perhubungan

e Meramal Menyatakan apa yang akan berlakuMembuat jangkaanMenganggarkan apa yang akan berlakuMembuat perlunjuranMenyatakan kemungkinan yang akan berlaku

f Membuat hipotesis Menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannyaMembuat andaian yang dibuktikan kebenarannyaMembuat pernyataan yang perlu diuji ketepatannyaMenyatakan pandangan yang perlu diuji kejituannya

g Mensintesis Mengkabungkan ideaMengubah semulaMenyatukan idea-ideaMenyepadukan idea-idea

h Mengitlak Membuat pernyataan umum berdasarkan pola Membuat generalisasiMembuat rumusan umum daripada keseluruhan idea

i Menganalogi MetaforaMembuat sindiranMembuat kiasan

51

Page 52: Modul Dtm 201 (Vpg)

Membuat perlambanganMembuat simulasiMembandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan

j Mereka cipta gambaran mental Cadangan idea asliMenghasilkan gubahan asliMereka bentukMencipta sesuatuMembuat innovasiMenghasilkan idea yang kreatifMembuat pengubahsuaian

Pemikiran kritis Pemikiran kreatifAnalitik GereratifConvergent DivergentVertikal LateralKebarangkalian KemungkinanPertimbanagan Pertimbangan tertangguhPengadilan TertundaBerfokus BerselerakObjektif SubjektifOtak kiri Otak kananVerbal VisualLinear AssosiatifPenaakulan Kekayaan,noveltiYa tetapi Ya dan

52

Page 53: Modul Dtm 201 (Vpg)

Unit 4

Kemahiran Menaakul

Unit ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar dengan kemahiran menaakul secara induktif dan deduktif

Hasil pembelajaran

Pada akhir unit ini pelajar dapat melakukan perkara-perkara berikut:1. Menghuraikan ciri-ciri kemahiran menaakul2. Membuat perbezaan antara penaakulan induktif dan deduktif3. Mengaitkan jenis-jenis kemahiran menaakul dengan pengajaran dan pembelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

1. Pelajar menyenaraikan perbezaan antara menaakul induktif dan deduktif2. Pelajar dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menyenaraikan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran menggunakan kemahiran penaakulan induktif dan satu kumpulan lagi menggunakan kemahiran deduktif

Pendahuluan

Gaya pemikiran yang dimaksudkan adalah gaya kita berfikir. Ia boleh diertikan sebagai stail pemikiran seseorang.Struktur pemikiran memperlihatkan bagaimana bahan-bahan penaakulan itu dibina atau dicerakinkan.Contohnya bagaimana kita berfikir untuk membuat keputusan, bagaimana kita menaakul untuk menyelesaikan masalah, bagaimana kaedah kita mengumpul idea untuk membina konsep, atau bagaimana kita mencerakin idea, iaitu membuat huraian secara terperinci.Dalam bidang kemahiran berfikir ada dua gaya lazim yang selalu digunakan, iaitu berfikir secara induktif dan berfikir mengikut gaya deduktif.

Gaya Pemikiran.

a. Gaya Induktif

Gaya penaakulan yang dikenali sebagai induktif dimaksudkan dengan istilah penaakulan melalui contoh-contoh. Pemikiran cara ini melibatkan pemerhatian dengan teliti sebelum dapat membuat pengitlakan atau mengait simpul sesuatu keputusan. Dengan menggunakan pengetahuan lalu dan pengetahuan sedia ada, disertai contoh yang mencukupi kita boleh membuat satu justifikasi yang adil.

Pemikiran cara induktif menekankan keupayaan kita membina sesuatu daripada rumus yang ada. Ia melibatkan kemahiran mengumpul, mengenal pasti mengkategori, mengklasifikasi, mengait simpul, dan sebagainya. Ia membawa konsep pemikiran bertumpu, iaitu kegiatan membina, menstruktur atau membentuk sesuatu berdasarkan maklumat dan data yang ada.

Konsep Induktif

Data Model Teori

Gaya pemikiran induktif adalah asas kepada pemikiran. Generalisasi induktif seseorang tidak sama dengan orang lain. Ini disebabkan berbezaan individu daripada segi latarbelakang, pendidikan dan pengetahuan. Proses induksi mestilah diasaskan kepada banyak contoh untuk membolehkannya diguna pakai. Ia harus berkredibiliti tinggi dan sah. Semakin banyak contoh yang diaplikasikan semakin tinggi kadar

53

Page 54: Modul Dtm 201 (Vpg)

kebolehpercayaan. Contoh yang banyak dan menyeluruh akan menyediakan asas yang baik untuk membuat konklusi

Untuk perbincangan, cuba perhatikan ayat-ayat berikut yang memperlihatkan konsep pemikiran induktif

Contoh Helang seekur burung dan ia boleh terbangPipit seekur burung dan ia boleh terbangGagak adalah juga seekur burung dan ia boleh terbang

Generalisasi Oleh sebab helang, pipit dan gagak boleh terbang dan semuanya adalah burung, maka semua burung boleh terbang

Contoh di atas memperlihatkan contoh-contoh terhad iaitu hanya tiga sahaja sebelum membuat konklusi. Ini menyebabkan konklusi tersebut salah kerana burung unta tidak boleh terbang

Contoh Serangga adalah binatang hidup dan ia akan matiHaiwan adalah binatang hidup dan ia akan matiTumbuh-tumbuhan adalah benda hidup dan ia akan matiIkan adalah binatang hidup dan ia akan matiManusia adalah hidup dan ia akan mati

Generalisasi Oleh sebab serangga, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusiaadalah benda-benda hidup dan semuanya akan mati, maka semua

benda hidup pastinya akan mati

Contoh kedua, premis yang menyatakan semua benda hidup akan mati adalah seakan-akan benar. Ini kerana contoh yang diambil dan digunakan adalah banyak dan menyeluruh. Tiada bukti yang dapat menunjukkan yang benda-benda hidup tidak akan mati. Induktif mengikut beberapa buah kamus diertikan sebagai proses menaakul daripada yang khusus kepada yang umum

b. Gaya Deduktif

Deduktif secara lateral bermaksud menolak atau memotong. Perbuatan menolak atau memotong melibatkan kegiatan menganalisis.Contohnya pada setiap bulan kita mendapat gaji RM2000, dari situ kita berbelanja mengikut senarai perbelanjaan yang diperuntukkan. Ini bermakna kita akan memotong atau menolak daripad pendapatan kita. Tindakan ini telah dilakukan mengikut proses deduktif.

Deduktif menggunakan konsep pencerakinan atau analisis. Ia melibatkan pemecahan satu konsep, atau teori, atau idea, atau pernyataan, atau perwatakan dan sebagainya

Deduktif adalah proses logik yang terdiri daripada tiga bahagian yang dinamakan sebagai silogisme. Silogisme terdiri daripada dua premis dan satu kesimpulan.

Logik tradisional

a.  Silogismeb.  Silogisme bersyaratc.  Silogisme hipotetikal

Silogisme

Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis dan satu kesimpulan. Contoh :

54

Page 55: Modul Dtm 201 (Vpg)

Premis 1 Premis 2  Kesimpulana. Pelajar yang rajin akan berjaya Ali seorang pelajar yang rajin Ali akan berjaya

b.Orang alim memakai jubah dan janggut

Pak Haji memakai jubah dan janggut

Pak Haji adalah orang alim.

Silogisme bersyarat

Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis yang menjadi syarat dan satu kesimpulan. Premis 1 menjadi syarat utama dan Premis 2 menjadi syarat kecil. Contoh :

Premis 1 (syarat utama) Premis 2 (syarat kecil) Kesimpulan

a. Kalau kamu masuk universiti, kamu akan berjaya.Kamu sedang belajar di universiti, maka kamu tentu akan berjaya.

b.Kalau Malaysia menggunakan Bahasa Inggeris,

Malaysia akan jadi negara maju.

Malaysia sekarang tidak menggunakan Bahasa Inggeris, maka Malaysia tidak akan jadi negara maju.

Contoh lain :Bintang jelita pujaan kita, Siti Norhaliza menggunakan sabun krim pelembab muka jenama XXY. Anda juga akan mengunakan krim pelembab muka jenama XXY, maka anda akan jadi jelita seperti bintang pujaan anda.Silogisme hipotetikal

Silogisme hipotetikal ialah silogisme yang mempunyai proposisi hipotesis yang terdapat anteseden dan konsekuen di dalamnya. Contoh :

Proposi hipotesis Proposi hipotesis Kesimpulan

Bahagian 1 Bahagian 2 Konsekuena. Kalau menangis air mata mesti keluarb. Kalau mahal itu tanda barangan baik.c. Kalau bukan hidup tentu ia mati

Contoh lain :

a.  Kalau berjaya di sekolah rendah, tentu akan berjaya ke universiti.b.  Kalau mamalia ada paru-paru, tentu paus dan kelawar ada paru-paru.c.  Kalau gempa bumi ada di Indonesia, tentu gempa bumi ada di Malaysia.

Konsep Deduktif

Teori Model Data

Contohnya, apabila kita berfikir tentang keluarga bahagia, kita tentu terfikir apa yang dimaksudkan dengan kebahagian itu. Konsep keluarga bahagia melibatkan pelbagai ciri yang antaranya ialah wang yang mencukupi, tubuh badan yang sihat, rumah yang selesa, kereta yang baik, isteri yang cantik dan anak-anak yang terdidik. Pemecahan konsep bahagia kepada ciri-cirinya telah dilakukan mengikut proses deduktif

Konsep deduktif kebahagian

Konsep keluarga bahagia

55

Page 56: Modul Dtm 201 (Vpg)

wang yang mencukupi, tubuh badan yang sihat, rumah yang selesa kereta yang baik, isteri yang cantik dan anak-anak yang terdidik

Pemikiran gaya deduktif menekankan keupayaan memecah atau menghurai. Ia menggunakan kemahiran menerangkan,menjelaskan, menceritakaan, menganalisis dan sebagainya. Ia membawa konsep pemikiran mencapah.

Sekiranya kita beranggapan Ali seorang budak yang baik, kita harus memberikan ciri-ciri yang berkaitan dengan personalitinya.

Berikut ini diperlihatkan konsep baik

1.Fizikali.Perangaiii.Pakaian

-Kemas-Bersih

2.Kerohaniani.Agama

-amalan-tuntutan-peribadi

ii.Kekeluargaan-prihatin-tanggungjawab-penyayang

Dapat diperhatikan satu pencerakinan konsep yang melibatkan personaliti seseorang. Sifat baik itu telah dianalisis dalam dua kategori. Daripada kedua-dua kategori itu pula dianalisis lagi untuk melihat bahagian-bahagian yang lebih kecil yang berkaitan. Proses deduktif boleh digunakan untuk menentukan sesuatu hujah atau pernyataan itu mempunyai kebenaran. Setiap pernyataan atau hujah akan menjadi kukuh apabila ia mempunyai idea-idea sokongan atau alasan yang menasabah

2. Hubungan antara pemikiran Induktif dengan pemikiran deduktif

Perhatikan contoh dibawah

Pernyataan pertama

Pengalaman pahit yang pertama dengan nangka Pengalaman pahit yang kedua dengan nangka Pengalaman pahit yang ketiga dengan nangka Pengalaman pahit yang keempat dengan nangka Pengalaman pahit yang kelima dengan nangka Pengalaman pahit yang keenam dengan nangka Pengalaman pahit yang ketujuh dengan nangka

Konklusi : nangka memudaratkan diri sayaPernyataan kedua

Nangka memudaratkan diri saya (generalisasi) Kafetaria itu menyediakan bubur nangka (Kes tertentu)

56

Page 57: Modul Dtm 201 (Vpg)

Saya tidak sepatutnya ke sana sekiranya saya tidak mahu ditimpa kesusahan - (konklusi)

Konklusi nangka memudaratkan diri saya merupakan generalisasi yang dihasilkan melalui proses induktif. Penyataan kedua, iaitu kafetaria itu menyediakan bubur nangka, adalah baru dan ia merupakan satu kes tertentu.

Kita menggunakan pemikiran gaya deduktif lebih banyak dalam kehidupan kita berbanding dengan gaya pemikiran induktif. Generalisasi induktif yang kita bentuk dan proses deduktif yang kita gunakan menjadi panduan terbaik apabila kita bercadang membuat sesuatu keputusan.

Generalisasi yang dihasilkan daripada pemikiran induktif adalah kunci kepada proses deduktif. Dalam proses induktif kita mesti mempunyai satu generalisasi untuk dijadikan asas penaakulan. Induksi mesti mendahului deduksi, kerana induksi menyediakan kita satu generalisasi.

Penggunaan pemikiran bentuk deduktif membolehkan kita menaakul, iaitu berfikir untuk mencari dan mengenal pasti sesuatu yang kita telah ketahui kepada yang kita tidak ketahui. Ia adalah inferens, menggunakan peraturan tertentu tentang informasi yang dikumpul dan dilapurkan. Semakin banyak yang kita tahu semakin baik penaakulan kita. Dan semakin jelas kita memerhati maka semakin baik persepsi yang dapat kita bentuk dan semakin baik konklusi yang kita buat.

Jenis-jenis penaakulan

Menaakul atau cara-cara memberi alasan adalah juga sebahagian daripada kegiatan berfikir.

Empat jenis penaakulan

a. Menaakul melalui tanda-tanda isyarat atau simbul

Simbul mempunyai maksud tertentu dan ia menunjukkan sesuatu. Lampu merah di jalan raya menandakan kita perlu berhenti seketika. Makna lampu merah itu diterjemahkan oleh sesuatu alat deria. Dalam kehidupan harian kita menggunakan simbul sebagai panduan apabila kita memerhatikan awam hitam tebal dilangit (sesuatu yang kita ketahui) menandakan akan berlaku hujan ribut. Bagi mereka yang mempunyai pengalaman dengan cuaca demikian akan segera mencari tempat perlindungan. Mereka menghubungkan cuaca demikian dengan pengalaman mereka. Penaakulan mereka memaksa mereka bertindak.

Penaakulan berdasarkan tanda atau simbul menyebabkan masalah apabila penaakul menggunakan terlalu sedikit maklumat semasa menghubungkan tanda-tanda dengan realiti. Mengangkat bendera putih dalam sesuatu peperangan bukan simbul tetapi memberi isyarat. Melambai-lambai tangan memberi isyarat bukan simbul. Lampu merah, kuning dan hijau adalah isyarat dan bukan simbul.

b. Menaakul melalui analogi

Analogi adalah satu lagi cara kita berfikir. Ia melibatkan kegiatan membanding dua peristiwa atau fenomena yang ciri-cirinya adalah hampir serupa. Apabila membuat perbandingan kita tidak dapat mengelak daripada melihat juga perbezaan. Perbandingan melalui gaya analogi lebih menekankan kepada sifat atau ciri-ciri keserupaan.

Menganalogi adalah satu proses pembelajaran yang mempunyai falsafahnya sendiri. Apabila dua perkara mempunyai ciri-ciri penting yang serupa, maka diandaikan bahawa pembelajaran sesuatu yang belum diketahui itu akan menjadi mudah dan lebih sempurna.

Apabila kita menaakul secara analogi kita melihat sesuatu yang selari antara dua peristiwa atau fenomena yang sama.Kita membanding satu perkara dengan perkara lain yang mempunyai ciri-ciri yang serupa. Sekiranya peristiwa itu mempunyai persamaan yang mencukupi untuk mengambarkan perbandingan sepunya, maka menaakul secara analogi boleh membantu kita membuat ramalan yang lebih tepat dan betul.

57

Page 58: Modul Dtm 201 (Vpg)

c. Menaakul melalui sebab dan akibat

Penaakulan secara sebab dan akibat melibatkan aktiviti mental yang membabitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain, ia menggunakan kata penghubung ‘kerana’

Cuba pertimbangkan ayat berikut;

‘ Saya lambat ke pejabat kerana kereta saya rosak ‘

Ayat ini memberi satu maklumat kepada pendengarnya. Saya mahu memberitahu mereka inferens yang saya lakukan. Kelambatan berlaku adalah disebabkan oleh sesuatu yang terjadi di luar kawalan saya. Penaakulan melalui sebab telah membantu memberi alasan yang menasabah. Kita menggunakan penaakulan bersebab dalam dua bentuk. Kita membuat inferens yang melibatkan sesuatu perkara itu berlaku disebabkan oleh satu perkara lain. Kita bangun lambat sebab jam loceng tidak berbunyi pada waktu yang ditetapkan.

Corak penaakulan bersebab melibatkan aktiviti membuat hubungan antara sesuatu yang diketahui dengan sesuatu yang tidak kita ketahui. Pertanyaan seperti adakah terdapat perkaitan yang sebenar antara apa yang kita tanggapi sebagai sebab dan akibat. Berapa banyak sebab yang membolehkan terhasilnya kesan tersebut? Bagaimanakah rapatnya hubungan antara sebab dan akibat? Berapa banyak maklumat yang diperolehi untuk menyokong adanya pertalian antara sebab dan akibat? Dan sebagainya.

d. Penaakulan melalui contoh-contoh

Penaakulan melalui contoh-contoh adalah satu bentuk aktiviti mental yang melibatkan proses berfikir secara induktif. Gaya pemikiran jenis ini membabitkan pembentukan konklusi melalui contoh-contoh yang faktual, illustrasi, atau kes. Dalam penaakulan melalui contoh-contoh, keberangkalian inferens dihubungkan secara terus dengan jawapan kepada dua soalan: berapa banyak contoh yang kita ada, adakah contoh-contoh itu dapat mewakili kumpulan yang ditinjau atau dikaji? Kebolehpercayaan akan berkurang apabila terlalu sedikit sample atau contoh.

Penaakulan melalui contoh-contoh memerlukan sifat tipikal. Generalisasi yang kita buat tentang sesuatu itu mesti diasaskan kepada bukti-bukti yang terdapat pada sesuatu kes itu sahaja, jangan melibatkan yang lain. Penaakulan melalui contoh-contoh memerlukan kita memeriksa contoh-contoh yang berasingan dimana pendapat itu diasaskan.Kita perlu memastikan yang contoh-contoh tersebut merupakan pusat kepada pendapat yang hendak diutarakan. Contoh-contoh mestilah konkrit,berpotensi, jelas dan berkaitan.

4. Kemahiran menaakul dan mensintesis

Contoh:Berdasarkan senarai yang diberikan, bina satu siratan makanan lengkap yang terdapat dalam ekosistem Gunung Tebu.

Langkah Mensintesis 1

Kenal pasti dan mendefinisi tajuk

Siratan makanan (umum) Siratan makanan di ekosistem Gunung Tebu (spesifik)

Taakulannya ialah Secara Deduktif

Langkah Mensintesis 2.

Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan

58

Page 59: Modul Dtm 201 (Vpg)

Pokok padi adalah tumbuhan hijau (spesifik) Pokok padi adalah pengeluar (spesifik) Tumbuhan hijau adalah pengeluar (umum)

Taakulannya ialah Secara Induktif

Tumbuhan hijau adalah pengeluar (umum) Pokok padi adalah tumbuhan hijau (spesifik)

Taakulannya ialah Secara Deduktif

Pernyataan umum ; Semua tumbuhan hijau adalah pengeluar

Langkah Mensintesis 3.

Kelaskan data atau maklumat ke dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk, perkara atau subjek Contoh :

Pengeluar Primer dan pengguna. Tumbuhan hijau dan semua yang makan tumbuhan hijau (umum)

Pokok padi dan tikus (spesifik) Taakulannya ialah Secara Deduktif

Pokok padi dan tikus (spesifik) Tumbuhan hijau dan semua yang makan tumbuhan hijau (umum)

Taakulannya ialah Secara Deduktif

Langkah Mensintesis 4.

Kenal pasti hubungkait antara kategori dengan kategori dan/atau

kategori dengan tajuk atau kedua-duanya.  

Contoh 1. Kategori dengan kategori Pengeluar dimakan oleh banyak pengguna primer. Pengguna primer pula dimakan oleh satu atau lebih pengguna daripada aras yang tinggi. (umum) Siratan makanan yang dibina (spesifik)

Contoh 2. Tajuk dengan kategori

Dalam siratan makanan yang dibina terdapat pengeluar dan banyak kategori pengguna (umum) Siratan makanan yang dibina (spesifik)

59

Page 60: Modul Dtm 201 (Vpg)

Unit 5

Strategi Berfikir

Unit ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar mengenai strategi berfikir secara mengkonsepsi, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menganalisis isu

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini pelajar dapat melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menghuraikan langkah-langkah melaksanakan strategi mengkonsepsi, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menganalisis isu

2. Menyenaraikan cara-cara menggunakan strategi berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran3. Menghuraikan langkah-langkah penyelesaian masalah dan membuat keputusan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

1. Pelajar diminta menghuraikan langkah-langkah dalam melaksanakan strategi mengkonsepsi, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan menganalisis isu2. Pelajar dibahagi kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu strategi berfikir dan diminta untuk menghasilkan satu modul untuk digunakan dalam pengajaran

Pendahuluan

Strategi berfikir adalah merupakan proses berfikir yang lebih kompleks berbanding dengan kemahiran berfikir. Ia adalah merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir. Dalam setiap strategi berfikir terdapat langkah tertentu yang perlu diikuti dan dalam setiap langkah tersebut kemahiran tertentu perlu digunakan. Individu yang melalui proses berfikir ini biasanya akan mengikuti urutan langkah tersebut dan mungkin mengulangi beberapa kali sehinggalah matlamat akhir dicapai.

Strategi berfikir dapat dilakukan melalui empat cara, iaitu

1.Membina konsep2.Menyelesaikan masalah3.Membuat keputusan4.Menganalisis isu

Perincian bagi setiap strategi berfikir meliputi definisi, situasi di mana strategi berfikir perlu digunakan, langkah penggunaan dan contoh penggunaan strategi berfikir. Kemahiran berfikir utama yang terlibat dalam setiap langkah strategi berfikir juga disenaraikan.

Kemahiran mengkonsepsikan

Istilah mengkonsepsi merujuk kepada apa sahaja proses yang boleh dideskripsi sebagai satu kesan operasi secara konkrit. Ia beroperasi melalui langkah-langkah yang difahami dengan baik yang menghasilkan satu representasi semula konsep secara jelas.Proses ini boleh digunakan di mana sahaja asalkan terdapat orang yang mahu membangunkan satu konsep bagi penilaian atau perancangan, dimana rangka tersebut akan dipamerkan dalam bentuk peta konsep.

60

Page 61: Modul Dtm 201 (Vpg)

Peta konsep adalah satu representasi bergambar daripada sebuah pemikiran kumpulan yang mempamerkan semua idea yang berkaitan dengan topik dan menggambarkan bagaimana idea-idea ini berkaitan sesama sendiri dan juga memperlihatkan yang mana satu idea yang lebih releven, mustahak, sesuai dan bertepatan

Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau  model berdasarkan ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait. Strategi ini digunakan untuk membina konsep atau model yang diaplikasikan untuk:

   1. Menjelaskan sesuatu fenomena.    2. Menyelesaikan masalah.    3. Membuat keputusan.

   Langkah penggunaan:

   1. Kenal pasti maklumat atau contoh yang berkaitan   2. Kenal pasti ciri sepunya pada maklumat atau contoh    3. Kelaskan ciri    4. Hubungkaitkan kelas untuk membina konsep awal    5. Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau mengubah suai konsep awal    6. Bina konsep sebenar

Setiap langkah dalam mengkonsepsikan melibatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Jadual berikut menunjukkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif utama yang terlibat dalam setiap langkah mengkonsepsikan.

Langkah mengkonsepsikan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif Utama1. Kenal pasti maklumat atau contoh yang berkaitan

menjanakan ideamembandingkan dan membezakan

2. Kenal pasti ciri sepunya pada maklumat     atau contoh

mencirikan menghubungkaitkan

3. Kelaskan ciri menghubungkaitkanmengumpul dan mengelas

4. Hubungkaitkan kelas untuk membina     konsep awal

menghubungkaitkanmensistesiskan

5. Kenal pasti maklumat atau contoh lain     dan bukan contoh untuk menguji atau     mengubah suai konsep awal

menjanakan ideamenghubungkaitkan mensintesiskan

6. Bina konsep sebenar mensintesiskanmengitlak

Contoh mengkonsepsikan

Anda dibekalkan dengan sebatang rod besi, bikar, air, sebiji belon yang berisi dengan gas hidrogen. Kaji bahan tersebut dan binakan konsep jirim.

Untuk membina konsep tentang jirim dengan menggunakan bahan yang disediakan, langkah mengkonsepsikan perlu diikuti :

1. Kenal pasti maklumat atau contoh yang berkaitan    Maklumat : Besi, air, gas hidrogen dalam belon,bikar

2. Kenal pasti ciri sepunya pada maklumat atau contoh     Ciri bagi besi, air, gas hidrogen, bikar ialah :    

61

Page 62: Modul Dtm 201 (Vpg)

    (a) mempunyai jisim    (b) boleh menempati ruang          Menempati ruang dan berjisim adalah ciri sepunya bagi besi, air, bikar dan gas hidrogen

3. Kelaskan ciri     (a) menempati ruang     (b) mempunyai jisim

4. Hubungkaitkan kelas untuk membina konsep awal     Menghubungkaitkan ciri menempati ruang dan berjisim dengan besi, air, bikar dan gas hidrogen untuk membina konsep awal.    Bahan yang dapat menempati ruang dan mempunyai jisim dinamakan jirim.

5. Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau mengubah suai konsep awal yang telah dibina     (a) Contoh lain : Minyak, gas oksigen, loyang     (b) Bukan contoh : Bayang, imej      Ulasan :     (a) Contoh lain : Ketiga-tiganya mempunyai jisim dan menempati ruang     (b) Bukan contoh : Kedua-dua item tidak mempunyai jisim dan tidak menempati ruang

6. Bina konsep sebenar     Satu konsep yang mantap dibina :     Jirim adalah bahan yang mempunyai jisim dan menempati ruang.

Catatan : Sekiranya guru mendapati konsep yang dibina oleh pelajar tidak selari dengan konsep  yang diterima umum, guru perlulah membimbing pelajar untuk mendapatkan konsep yang  betul dengan mengulangi langkah kedua.

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Masalah boleh dianggap sebagai beban dan kesusahan, masalah juga boleh dianggap sebagai cabaran dan peluang yang berharga. Sikap yang positif pada masalah akan membuat kita lebih berupaya menyelesaikan masalah itu.Sikap negetif akan memjadikan masalah itu tidak dapat diselesaikan.

Menyelesaikan masalah ditakrifkan sebagai strategi atau proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat cadangan yang terbaik bagi mengatasi kesukaran, halangan atau kekurangan yang dihadapi. Strategi asas dalam proses menyelesaikan masalah adalah mengenal pasti dan menganalisis masalah, mencadangkan penyelesaian-penyelesaian yang mungkin, menilai dan meramal akibat setiap penyelesaian dan seterusnya mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar ataupun kesulitan yang tidak dijangkakan.

Digunakan apabila:

1. Tiada jawapan yang diketahui. 2. Diketahui ada perbezan antara apa yang dijangkakan dengan apa yang sepatutnya berlaku.

Langkah:

1. Kenal pasti, fahami dan tafsir masalah. 2. Jelaskan Masalah. 3. Cari alternatif cara-cara penyelesaian masalah4. Memilih cara penyelesaian terbaik.

62

Page 63: Modul Dtm 201 (Vpg)

5. Lakukan operasi penyelesaian yang terpilih 6. Memeriksa kesan atau nilaikan penyelesaian.

Langkah Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Utama

1.Mengenalpasti dan memahami masalah Mencirikan Membanding dan membeza Mengumpul dan mengelas

2.Menjelaskan masalah

3.Mencari alternatif penyelesaian masalah

Membuat inferes Menghubungkait Menjana idea Meramal Mengesan kecondongan Menilai Membuat gambaran mental Mensintesis

4.Melakukan operasi

5.Menilai penyelesaian

Mensintesis Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mereka cipta Mengesan kecondongan Menilai Membuat kesimpulan Mengitlak

Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu. Menyelesaikan sesuatu  masalah  boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan. Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan.

Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendak dipertimbangkan semula ataupun ditolak.

Objektif menyelesaikan masalah:

Membuat penyelesaian yang terbaik

Mempertimbangkan banyak pilihan untuk membolehkan kita bertindak dengan bijak setelah memikirkan banyak pilihan dan kesan akibatnya.

Alat fikir yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah:

Peta minda Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah

Apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah anda berfikir untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah?

Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk mengatur pelbagai perabot. Didapati sebuah almari pakaian tidak boleh dibawa masuk ke bilik tidur utama kerana saiznya terlalu besar.

Situasi 2: Terperangkap di dalam lif.

63

Page 64: Modul Dtm 201 (Vpg)

Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait rapat dengan menyelesaikan masalah.

Jenis masalah

‘Ill-defined’ – masalah yang tidak mempunyai jalan penyelesaian yang jelas. Contohnya : meningkatkan markah ujian bagi ujian yang akan datang, menawan hati seseorang, menjinakkan seekor kucing liar, membuat minuman Nescafe-milo, dan sebagainya.

‘Well defined’- Masalah yang mengandungi maklumat yang lengkap untuk digunakan dalam proses menyelesaikan masalah tersebut. Contoh: melengkapkan pantun dua kerat, menjawab soalan ujian, menyediakan sarapan pagi, menjahit seluar yang koyak, menjawab teka-teki, melancong ke India dan lain-lain

Komponen menyelesaikan masalah

Untuk penyelesaian masalah yang berkesan, seseorang itu memerlukan beberapa kemahiran;

1. Kemahiran atau strategi generik adalah prosedur-prosedur atau langkah-langkah yang dilalui oleh penyelesai masalah semasa menyelesai sesuatu masalah

2. Kemahiran dan strategi khusus tentang kandungan bidang3. Pengetahuan tentang masalah yang hendak diselesaikan4. Kesedaran metakognitif sebagai penyelesai masalah

Halangan untuk mencapai penyelesaian masalah:

Maklumat yang tidak kena mengena mengganggu penyelesaian masalah untuk bergerak membuat penyelesaian

Fenomena ‘functional fixedness’ ,memerhati sesuatu objek hanya setakat kegunaan biasa sahaja Fenomena ‘einstellung’ , pemikiran mental yang tetap dan tidak mahu berganjak daripada keadaan

biasa atau lazim. Perasaan kegelisahan yang tidak perlu, kebanyakkan orang sentiasa merasa terbatas oleh aggapan

mereka sendiri

Pengaplikasian Dalam Pengajaran

1. Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi menyelesaikan masalah menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi yang memerlukan  penyelesaian.

2. Perkembangan: Perkenalkan proses penyelesaian masalah dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.

3. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik yang telah dibincangkan bagi menyelesaikan masalah berkaitan.

Contoh:

Sebuah bongkah kayu yang diletakkan di atas suatu satah condong. Cadangkan bagaimanakah bongkah kayu dapat menuruni satah condong itu dengan lebih mudah.

64

Page 65: Modul Dtm 201 (Vpg)

Pelaksanaan Langkah  

1. Mengenal pasti dan memahami masalah

Membolehkan bongkah kayu menuruni satah condong dengan lebih mudah.

2. Menjelaskan masalahGeseran antara pemukaan kayu dengan permukaan satah condong menghalang pergerakan bongkah kayu di atas satah condong

3. Mencari alternatif penyelesaian masalah

Cara mengurangkan geseran: Menggunakan roda, minyak pelincir, alas bebola,penggelek, tali dan lain-lain.

4. Melakukan operasiMengeksperimenkan.

5. Menilai penyelesaianMemilih cara yang paling mudah bagi bongkah kayu menuruni satah.

Strategi penyelesaian masalah

Sesuatu masalah perlu diselesaikan dengan menggunakan sesuatu strategi. Strategi ini digunakan di peringkat merancang dan melaksana penyelesaian.

Antara strategi yang dikemukakan adalah:

Cuba Jaya : Cuba satu penyelesaian, terima jika berjaya dan singkir jika gagal. ‘Heuristics’: menggunakan petua am seperti pandangan orang yang berpengalaman atau langkah-

langkah yang diperhatikan yang memberi manfaat Analogi : Strategi ini menghendaki kita membuat kaitan masalah yang ada dengan pengetahuan

lepas sama secara analogi Membuat perwakilan minda : Tukar cara bagaimana masalah tersebut digambarkan mungkin

dengan melukis gambar atau model Melakon masalah: Strategi ini digunakan untuk membantu memahami masalah tersebut dengan

lebih jelas Membuat jadual: Membentuk jadual dan memasukkan maklumat yang diberi dan seterusnya

menentukan jalan pola atau trend yang berkaitan dengan penyelesaian yang diberi

Kemahiran berfikir dalam Penyelesaian masalah

Menyelesaikan Masalah Kemahiran Berfikir Beraras Tinggia Mendefinisikan dan memahamkan masalah Mencirikan objek

Memahamkan tujuanMemahamkan masalahMengingat semula pengetahuan dan pengalaman lalu

b Mengenal pasti dan mendefinisikan punca sebab masalah

Mengingat semula Membuat andaianMembuat pencirianMengumpul dan mengelasMembuat inferensMenghubung kait

c Mencerna penyelesaian alternatif Menjana ideaMeramal

65

Page 66: Modul Dtm 201 (Vpg)

Membuat andaianMembuat gambaran mentalMenyumbang saranMengesan andaian yang tidak dinyatakan

d Menilai alternatif MenilaiMengesan kecondonganMenganalisis Mengenal pasti yang berkaitan dan yang tidak berkaitan

e Bersetuju dengan penyelesaian terbaik Mengenal pasti kekuatan dan kelemahanMengesan perkara-perkara yang menarikMenganalisis dan mengesan kecondonganMenilai dan membuat gambaran mentalMensintesis

f Membina satu pelan tindakan MenganalisisMenyusun mengikut keutamaanMereka cipta

g Menilai penyelesaian Mengesan kecondonganMenilaiMembuat kesimpulan mengitlak

Kemahiran Membuat Keputusan

Setiap hari manusia membuat keputusan. Apabila kamu bangun pagi, kamu memutuskan sama ada hendak ke kuliah atau tidak. Kamu boleh memilih untuk tidak datang ke kelas dan menuju ke perpustakaan. Membuat keputusan ditakrifkan sebagai "tindakan memilih daripada berbagai-bagai jalan tindakan ('course of action') atau alternatif. Membuat keputusan yang baik memerlukan meneliti berbagai-bagai alternatif. Setiap alternatif atau jalan tindakan mempunyai berbagai-bagai kemungkinan ('possibilities') dan individu yang pandai membuat keputusan menyedari dan dapat menentukan akibat sesuatu alternatif. Secara teori individu itu dapat menentukan akibat sesuatu alternatif dipilih dan dilaksanakan. Contohnya: Apakah mungkin terjadi sekiranya saya pilih untuk balik awal dan ponteng kelas.

Membuat keputusan ditakrif sebagai strategi atau proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat pemilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan alternatif setelah dipertimbangkan dengan teliti, strategi asas dalam proses membuat keputusan adalah mencadangkan, menganalisis dan menilai pilihan-pilihan; meramal akibat setiap pilihan dan akhirnya memilih pilihan terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

Digunakan untuk :

1. Membuat satu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai penyelesaian.

2. Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih.

Contoh membuat keputusan:

Memilih tempat tinggal untuk semester akan datang Menentukan hala tuju organisasi Mencari pembekal alat tulis

66

Page 67: Modul Dtm 201 (Vpg)

Mencari produk baru untuk mendapat pasaran yang tinggi Mengambil tindakan tatatertib bagi pekerja

Tujuan membuat keputusan

Membolehkan kita membuat pemilihan yang terbaik Mengelakkan kita daripada bertindak secara terburu-buru yang boleh merugikan kita Mencapai kegembiraan bukannya perasaan menyesal dengan keputusan yang dibuat Menjadikan kita lebih rasional dan sabar Memanfaatkan sumber maklumat

Langkah membuat keputusan

1. Kenal pasti matlamat untuk dicapai. 2. Kenal pasti semua alternatif. 3. Analisis semua alternatif mengikut kriteria umum. 4. Susun alternatif mengikut keutamaan. 5. Pilih alternatif yang terbaik. 6. Nilaikan secara terperinci. 7. Buat keputusan dengan memilih satu alternatif terbaik.

Latihan:

Ahmad tinggal di rumah teres satu tingkat, lot tengah Taman Sentosa. Beliau mendapati pengudaraan di rumahnya kurang baik menyebabkan keadaan di dalam rumahnya sangat panas terutamanya pada waktu tengah hari.

Cadangkan beberapa kaedah untuk membantu Ahmad mengatasi masalah tersebut.

Antara kaedah yang dicadangkan, manakah yang terbaik?

Mengapa ?

Andaikan anda sebagai ketua jabatan yang berhasrat hendak membuat keputusan sama ada hendak memecat pekerja anda ataupun tidak. Sekiranya anda hendak membuat keputusan yang bijak, berhikmah, dan sukar dipertikaikan, apakah yang anda mesti lakukan?

Tentulah anda hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan. Justeru, anda tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Anda kenalah menggunakan sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tekal, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.

Robin Forgarty & James Bellanca (1990) dalam bukunya Teach Them Thinking  mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting". Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E.

J  untuk Jot down occasion for decision U untuk Use brainstorming for alternatives D untuk Decide on best possibilities G untuk Gauge positive and negative outcomes E untuk Express selection; DECIDE.

67

Page 68: Modul Dtm 201 (Vpg)

Penyelesaian Masalah Membuat Keputusan1 Mempunyai punca atau asal dari masa lalu dan

mempunyai masalah sedia ada sebelumnya yang mesti ditadbir atau diselesaikan untuk masa akan datang. Sehubungan itu ia mesti diterangkan dengan sejelasnya dan mempunyai objektif yang kukuh

Mempunyai dasar atau punca pada masa kini dengan satu pandangan jauh kehadapan untuk satu resolusi. Satu keputusan yang diambil adalah satu komitmen kepada satu sebab tindakan yang dipilih daripada alternatif yang ada

2 Merupakan proses mental yang memerlukan pemikiran tahap tinggi untuk mencari idea-idea dan langkah-langkah bagi mencari satu strategi untuk menyelesaikan masalah

Merupakan proses mental yang memerlukan pemikiran tahap tinggi untuk membuat keputusan melalui pemilihan terbaik berdasarkan pilihan-pilihan yang ada

3 Langkah-langkahnya adalah:1. Mengenalpasti masalah utama dan sampingan dan maklumat yang diberi2. Merancang strategi penyelesaian3. Melaksanakan strategi4. Menilai/menyemak semula

Langkah-langkahnya adalah:1. Mengenalpasti masalah2.Mengenalpasti pilihan-pilihan yang ada dan akibat sesuatu pilihan3.membuat pemilihan terbaik berdasarkan kriteria4.Menilai pilihan yang dibuat

4 Melibatkan atau memerlukan satu set operasi atau tindakan yang mesti diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Melibatkan pertimbangan terhadap kemungkinan atau membuat anggaran tertentu terhadap alternatif yang ada sebelum pemilihan dibuat atau dilaksanakan

5 Kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih menumpu kepada proses mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah tertentu untuk bertindak dan mengatasi halangan

Contoh: Ketiadaan wang untuk membeli sebuah kenderaan kerana ketiadaan kenderaan menimbulkan pelbagai masalah dalam kehidupan harian

Proses menentukan mana satu pilihan harus dibuat berdasarkan aiternatif-alternatif yang ada.

Contoh: Untuk memilih satu daripada model-model kereta yang diperlukan berdasarkan kemampuan

6 Dalam penyelesaikan masalah, sesuatu masalah itu mesti wujud dan berusaha membebaskan diri dari kesulitan yang dihadapi bagi mencapai matlamat

Contoh: Bagaimanakah mengatasi masalah kanak-kanak ponteng sekolah

Dalam membuat sesuatu keputusan, masalah tidak semestinya diperlukan.

Contoh; Apakah kaedah terbaik untuk pergi ke Kuala Lumpur? (menaiki motosikal, bas, komuter atau kereta sendiri)

7 Mengambil kira perkara-perkara yang lepas dan ingin diselesaikan atau diperbaharui mengikut situasi sekarang

Contoh; masalah sering lewat ketempat kerja dan bagaimanakah cara mengatasinya

Mengambil kira situasi sekarang dan memberi kemungkinan situasi yang diingini bagi membuat keputusan

Contoh: Kereta jenis apakah yang bersesuaian bagi keluarga yang mempunyai 7 orang ahli yang berumur antara 2-40 tahun.

Soalan:a) Apakah langkah-langkah utama dalam proses Membuat Keputusan? b) Apakah yang menghalang manusia membuat keputusan dengan berkesan?

Kemahiran menganalisis

Menganalisis adalah tindakan memecahkan sesuatu perkara kepada beberapa bahagian konstituen yang berkait rapat dengan tujuan memahami sesuatu isu. Menganalisis adalah satu lagi cara yang dapat digunakan bagi menggerakkan daya fakir manusis. Menganalisis ertinya mencerakin, iaitu melihat perincian sesuatu perkara itu dengan memeriksa ciri-ciri ataupun butiran yang berkaitan secara mendalam.

68

Page 69: Modul Dtm 201 (Vpg)

Menganalisis adalah satu kemahiran yang komplek kerana melibatkanbeberapa lagi kemahiran lain untuk menghasilkan analisis yang sempurna.

Dalam proses menganalisis kita juga akan perlu menggunakan kemahiran lain seperti mengklasifikasi atau mengkategori untuk melihat ciri-ciri persamaan atau perbezaan. Kita juga menggunakan kemahiran memerhati dan mengenal pasti unsur-unsur untuk menghubungkaitkan bahagian-bahagian yang berkait rapat atau yang setara atau yang berkaitan dengan sebab dan akibat

Berikut adalah dua cara kita membuat analisis.

1.Analisis isu

Mengenal pasti dan memahami isu Mengenalpasti maklumat yang berkaitan Mencerakin maklumat kepada kelas-kelas ciri Memperinci kelas-kelas ciri Mengenal pasti maklumat dan contoh-contoh tambahan Menyemak dan menilai

2.Analisis hujah meliputi

Mengenal pasti isu Mengenal pasti dakwaan yang dipertahankan Mengenal pasti alas an yang digunakan bagi mempertahankan dakwaan Mempersembahkan semula struktur hujah

69

Page 70: Modul Dtm 201 (Vpg)

Unit 6 

Alat-Alat Berfikir

Unit ini bertujuan menerangkan kepada pelajar penggunaaan alat-alat berfikir. Di sini dikemukakan  enam alat berfikir yang boleh digunakan untuk membantu membuat pengurusan lisan, mengurus  pemikiran secara visual, terkawal, secara tersusun dan sistematik.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini pelajar dapat melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menjelaskan pengertian alat-alat berfikir2. Menghuraikan cara-cara penyelesaiaan masalah menggunakan alat-alat berfikir

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

1. Pelajar didedahkan kepada jenis-jenis alat berfikir2. Pelajar diminta menghuraikan langkah-langkah dalam melaksanakan strategi mengkonsepsi,

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan3. Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan.Setiap kumpulan diberi alat berfikir dan diminta untuk

menghasilkan satu modul untuk digunakan dalam pengajaran guru.

Alat-alat Berfikir

1. Peta Minda2. Soalan dan Penyoalan3. Pengurusan Grafik 4. CoRT 5. Lembaran pengurusan lisan (LPL)

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.

1. Peta MindaKegunaan Peta Minda

1.  Mengambil nota semasa mendengar kuliah2.  Simpanan nota ringkas3.  Mencatat isi-isi penting semasa dan selepas membaca bahan bacaan 4.  Mencatat, menyusun dan megembangkan isi penting yang sedang difikirkan

1.Peta Minda (Mind Mapping)

Peta minda diperkenalkan oleh Tony Buzan (1984) sebagai suatu cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar boleh membuat Peta Minda mengikut aktiviti yang dijalankan.Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.

70

Page 71: Modul Dtm 201 (Vpg)

Kita boleh meningkatkan keberkesanan mencatat nota dengan menggunakan anak panah, warna dan kod istimewa untuk menonjolkan perhubungan penting. Kaedah ini lebih berkesan berbanding dengan kaedah mencatat nota denagan menggunakan ayat.

Buzan mencadangkan teknik Peta Minda yang menggunakan ciri-ciri berikut: Kata kunci Imej Warna Lukisan tiga dimensi Saiz yang berbeza-beza Garis dibawah (underline)

Antara bentuk Peta Minda adalah :

1. Pengkelasan      2. Rantai urutan     3. Kitaran      4. Kitaran (berpusat)   5. Tangga hiraki     6. Pohon fikiran     7. Pengkelasan (berpusat)   

Panduan membuat Peta Minda - Pengkelasan

Bahan :1.  Pen / pensel berwarna2.  Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik)

Persediaan :a.  Kenalpasti konsep / idea utamab.  Bina dengan pantasc.  Bina dengan riang dan positifd.  Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahane.  Dalam keadaan selesa dan tenangf.   Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.

Panduan membuat Peta Minda – Rantai urutan

1.  Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas2.  Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai3.  Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama – satu cabang untuk satu isi utama4.  Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang5.  Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan maklumat tambahan6.  Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran7.  Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan. Tuliskan maklumat tambahan

Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan :

1.  Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.2.  Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya.3.  Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita4.  Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang- cabang5.  Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan

71

Page 72: Modul Dtm 201 (Vpg)

2.Soalan dan Penyoalan

Soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas,sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras , skop dan fokus

5W1H - Soalan yang berdasarkan kata tanya berikut dikenali sebagai “5 wives 1 husband”What? Apa?Who? Siapa?Where? Di mana?When? Bila?Why? Mengapa?How? Bagaimana?

Sekiranya soalan yang ditanya berasas kognitif tinggi seperti mengapa dan bagaimana, bermakna pelajar tersebut berfikir pada aras tinggi

Contoh :Sudin pukul kucingShaari bermain dengan kucingCuba bandingkan

Soalan dan penyoalan – kurang mencabar minda1.  Sudin pukul apa ?2.  Shaari bermain dengan siapa ?3.  Apakah haiwan itu ?

Soalan dan penyoalan – merangsang minda1.  Apa berlaku bila kucing kena pukul ? (Kemahiran meramal)2.  Bandingkan watak Sudin dengan Shaari (Kemahiran membanding)3.  Kenapa Sudin memukul kucing ? (Kemahiran memberi sebab)

Soalan mengikut aras taksonomi Bloom

 

Pengetahuan – soalan yang memerlukan pelajar mengingat kembali fakta, definisi, perkara yang telah dipelajari

72

Page 73: Modul Dtm 201 (Vpg)

Contoh : Beri nama penuh TNB

Kefahaman – merupakan aras soalan yang memerlukan pelajar menyatakan, menerangkan idea-idea yang telah difahami dan diperolehi.Contoh : Apa yang dimaksudkan dengan pengurusan grafik

Aplikasi – aras soalan yang boleh menguji pelajar untuk menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang telah diperolehi dalam situasi yang baruContoh : Resipi asas membuat kek ialah 1:1:1 tepung, gula dan lemak. Kirakan keperluan bahan untuk membuat campuran tersebut.

Analisis – aras soalan yang memerlukan pelajar untuk mengasing idea-idea atau perkara utama dalam komponen yang menunjukkan mereka memahami kaitan dan hubungan komponen tersebutContoh: Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah remaja masa kini

Soalan analisis ini memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan pemahaman tentang faktor-faktor yang terlibat contohnya: rakan, media, keluarga dan memahami bagaimana setiap faktor ini menjadi penyebab kepada masalah ini.

Sintesis – aras soalan yang memerlukan pelajar untuk mencantum unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu perkara untuk menghasilkan sesuatu yang baru.Contoh: Bagaimanakah cara-cara untuk menyelesaikan masalah keruntuhan moral remaja masa ini?

Untuk soalan aras sintesis ini, pelajar perlu boleh membuat analisis tentang faktor faktor yang menjadi masalah keruntuhan moral terlebih dahulu dan kemudiannya, mencadangkan aktiviti berkaitan dengan faktor-faktor tersebut yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah keruntuhan moral. Misalnya salah satu faktor tersebut adalah ibu bapa, maka salah satu cara yang boleh dicadangkan ialah mengadakan sesi pelajaran keibubapaan untuk keluarga dalam membantu menangani masalah keruntuhan moral remaja.

Penilaian – aras soalan yang tertinggi dalam Taksonami Bloom. Soalan aras ini memerlukan pelajar melakukan pemilihan, diskriminasi, memberi rasional,alasan tertentu, menyatakan baik buruk, betul salah, kekuatan, kelemahan terhadap sesuatu perkara isu atau subjek.Contoh: Pada pendapat anda patutkah jangkamasa sekolah dilanjutkan? Beri sebab mengapa anda setuju/tidak setuju dengan pendapat itu.

Soalan aras begini memerlukan pelajar untuk menunjukkan yang mereka telah menguasai aras-aras yang lebih rendah, dan segala kefahaman pengetahuan ini disimpulkan dan dirumuskan supaya menjadi rasional pada pilihan yang dibuat di tahap penilaian

Soalan bertumpu dan bercapah

Soalan bertumpu, terdapat soalan yang hanya memerlukan jawapan yang tetap. Sekiranya jawapan yang diterima berbeza daripada apa yang dikehendaki atau berlainan daripada apa yang tercatat, maka jawapan itu adalah salah.Soalan ini dipanggil soalan bertumpu.

Contoh: Senaraikan 4 model kereta buatan Malaysia (Jawapan terhad kepada kereta buatan Malaysia, walaupun jumlahnya banyak.)

Soalan bercapah ,tidak menuju kepada suatu jawapan yang tetap.Soalan bercapah memerlukan seseorang menyatakan pandangan, perasaan, komen, ramalan dan penilaiannya terhadap sesuatu perkara atau isu.

Contoh: Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah dikalangan ramaja? (Jawapan yang bakal diterima, tidak terhad-pelbagai)

Soalan boleh dikategerikan kepada jenis bertumpu dan bercapah

73

Page 74: Modul Dtm 201 (Vpg)

  Soalan Bertumpu Soalan bercapah Aras rendah Aras tinggi

  Jawapan atau respon terhad Jawapan atau respon luas

  Berbentuk tertutup Berbentuk terbuka

  Sesuai menguji daya ingatan Sesuai menguji penaakulan dan penafsiran

  Lebih bersifat objektif Lebih bersifat subjektif

 

Latihan:

Nyatakankan soalan-soalan berikut sebagai soalan bertumpu atau bercapah dan aras tinggi atau rendah.

1. Pada pendapat anda, apakah tajuk yang paling sesuai untuk buku ini?2. Apakah yang terjadi jika komputer tidak dicipta?

Lingkaran soalan

Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.

Lingkaran soalan adalah suatu model untuk memperkembangkan soalan-soalan pengajaran. Dalam model ini, soalan dibentuk secara bertindanan menurut tiga skop.

Tiga skop khusus iaitu Perkara(P), Individu(I) dan Luar Individu(LI) , kombinasi tiga skop ini akan menjanakan lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir

Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks bacaan yang dibaca. Diantara contoh-contoh (P) ialah kereta tempatan, hari perayaan, kraftangan.Contoh: Beri lima jenis kereta tempatan(P) yang yang dikeluarkan oleh negara kita.

Individu (I) merujuk kepada individu yang dikehendaki menjawab soalan, pembaca, ahli dalam perbincangan yang diperlukan memberi respon, berhubung dengan perkara (P) yang dibincangkan.Contoh:Adakah anda (I) memiliki kereta keluaran tempatan (P)?

Luar individu (LI) merujuk kepada skop diluar individu, contohnya masyarakat(rakan, negara, luar negara), tempat (kampung, bandar, daerah, negeri, negara dan luar negara, masa (sekarang, akan datang), walau bagaimanapun perkara yang dibincangkan tetap sama.Contoh: Beri 3 jenis kereta luar negara(LI) yang terdapat di pasaran negara kitaContoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu)

1. Perkara -  Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.

2. Individu -   Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar - besaran ?

3. Luar Individu - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap industri buah-buahan di Malaysia ?

Contoh Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu)

4. Perkara + Individu

74

Page 75: Modul Dtm 201 (Vpg)

Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat dimajukan ?

5. Individu + Luar IndividuPada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya membeli durian dari Negara Thai (LI) ?

6. Perkara + Luar IndividuApakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara  (LI) ?

7. Perkara + Individu + Luar IndividuBuah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara bukan tropika (LI) . Adakah anda (I) bersetuju dengan pendapat ini ? Beri alasan anda.

Aplikasi lingkaran soalan

1. Turutan soalan yang ditanya bergantung kepada perkara yang dibincangkan oleh guru dan pelajar sendiri. mulakan dengan soalan yang bertindan diikuti oleh soalan yang tidak bertindan

2. Penggunaan lingkaran soalan adalah fleksibel. Misalnya dalam menulis karangan, Perkara merupakan tajuk karangan, individu merupan penulis dan luar perkara merupakan bakal pembaca karangan.

Latihan:

1. Apakah skop lingkaran soalan

2. Pilih satu tajuk. Bina tujuh soalan dengan menggunakan model lingkaran soalan.

3. Pengurusan grafik (PG) Pengurusan grafik membantu guru atau pelajar menvisualkan bagaimana mereka berfikir tentang isi kandungan bidang kajian. Pengurusan Grafik merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis fakta dan data untuk membantu menghurai masalah / situasi / kandungan. Sesuatu pengurusan grafik mempunyai bahagian-bahagian yang boleh ditukar-tukar untuk membolehkan kita mengawal proses mencari dan mengaitkan perhubungan. Bahagian-bahagian ini termasuk garis, bulatan gambar dan perkataan

Pelbagai jenis PG telah digunakan untuk kemahiran atau proses yang berlainan Antara PGnya adalah :

1. Membanding dan membeza2. Mengkelaskan3. Membuat urutan4. Menyusun mengikut keutamaan5. Membuat ramalan6. Menerangkan sebab7. Mengusul periksa andaian8. Membuat inferens9. Mentafsir maklumat10. Membuat gambaran mental11. Membuat analogi12. Membuat keputusan

Bagaimana menggunakan pengurusan grafik

75

Page 76: Modul Dtm 201 (Vpg)

Merancang dan menyusun idea untuk persembahan aktiviti pembelajaran secara lisan mahupun bertulis supaya pelajar dapat menjelaskan idea mereka secara teratur.

Memahami proses pemikiran kendiri sekiranya pelajar menulis apa yan difikirkan langkah demi langkah menurut turutan dalam PG

Menterjemahkan sesuatu fikiran yang tersirat dalam minda kepada bentuk yang tersurat dalam PG

4.CoRT (Cognitive Research Trust)

Dr. Edward de Bono memperkenalkan program CoRT (Cognitive Research Trust) Terdapat enam program CoRT. CoRT direkacipta supaya mudah dan praktikal.

Terbahagi kepada 6 bahagian yang setiap satu mempunyai 10 pelajaran :

CoRT 1 – Keluasan (memperluaskan persepsi.)CoRT 2 - OrganisasiCoRT 3 - InteraksiCoRT 4 – Kreativiti (memperluas pemikiran lateral dan kreatif.)CoRT 5 – Maklumat dan rasaCoRT 6 – Tindakan

Pembahagian CoRT

CoRT 1 terbahagi kepada 3 bahagian :1. logik dan persepsi

-  CAF-  APC

2. nilai-  OPV-  C&S-  PMI

3. fokus dan punca-  AGO-  FIP

CoRT 1 (Cognitive Research Trust)

Mengandungi alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat CoRT1 diberi nama berasaskan singkatan frasa. Ia mempunyai kegunaan untuk untuk melahirkan persepsi dan mudah dipelajari / digunakan.

1. PMI - Plus, Minus, Interesting (Baik, buruk, menarik)

PMI bermaksud baik, buruk dan menarik. Iaitu suatu idea yang kita fikirkan tentang sebarang peraturan, keputusan dan rancangan. Kita jarang memikirkan suatu idea berdasarkan tiga perspektif itu. Kita hanya fikirkan tentang baik atau pun buruk, Manakala menarik jarang difikirkan. Berdasarkan PMI kita dapat mengenal pasti faedah dan kepentingannya. Ia membuka minda bagi mengumpul seberapa banyak maklumat yang membolehkan kita membuat keputusan yang wajar.

Contoh idea

Semua bentuk peperiksaan diadakan dalam bentuk temu duga. Kuliah diadakan sekali seminggu Semua ibu diwajibkan menyusu anak dengan susu badan

2.  CAF -Consider all factors (Mempertimbangkan semua faktor)

76

Page 77: Modul Dtm 201 (Vpg)

CAF bermaksud mempertimbangkan semua factor. Kita tidak sekadar memfokaskan pada faktor-faktor yang berdekatan dengan kita tetapi juga pada perkara-perkara lain seperti ekonomi, politik dan sosial. Dengan mengambil kira faktor lain, idea-idea berkaitan dengan peraturan, keputusan dan rancangan yang dibuat memberi kesan positif kepada pihak yang terlibat. CAF bermaksud mempertimbangkan suatu idea daripada pelbagai faktor. Idea-idea yang disarankan perlu difikirkan daripada pelbagai sudut dan perspektif seperti;

1. Ugama2. Kepercayaan, etika dan nilai3. Ekonomi dan politik4. Sosiobudaya5. Sains dan teknologi

Contoh idea:

Penagih dadah dikenakan hukuman mati atau gantung mandatori Jangkamasa pengajian maksimum bagi semua kursus Ijazah Pertama adalah 2 tahun Semua rakyat diwajibkan menanam sebatang pokok setiap tahun

3.  C&S -Consequences and sequel (Kesan dan akibat)

C&S bermaksud kesan dan akibat berdasarkan suatu jangka masa. Idea yang berkualiti adalah idea yang tepat dengan kos risiko yang rendah mengikut tempuh masa. Apakah kesan dan akibat idea itu bertahan dalam jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang?. Bagaimana dengan risiko yang akan dihadapi. Idea itu berkorelasi dengan risiko dan tempoh masa.

1, Kesan dan akibat positif dalam jangka masa pendek tetapi negetif dalam jangka masa panjang.2. Kesan dan akibat negetif dalam jangka masa pendek tetapi positif dalam jangka masa panjang.3. Kesan dan akibat positif dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang4. Kesan dan akibat negetif dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang

Ia penting memiliki prinsip-prinsip berikut:

Kesan yang dijangkakan akan berlaku perlu jelas Kesan membawa kebaikan untuk semua Kesan yang mengandungi risiko Kesan tidak bercanggak mengikut jangka masa

Senarai idea itu merangkumi kesan dan implikasi masa seperti berikut

1. Jangkamasa masa pendek (1 hari hingga 1 bulan)2. Jangkamasa masa sederhana pendek (1 bulan hingga 12 bulan)3. Jangkamasa masa sederhana panjang (1 tahun hingga 10 tahun)4. Jangkamasa masa panjang (10 tahun hingga 100 tahun)5. Jangkamasa masa sangat panjang (1 abad hingga 1000 tahun)6. Jangkamasa masa terlalu panjang ( 1 melenium sehingga bila-bila)

Contoh idea Malaysia memiliki bom nuklear Segenting Kra di sempadan malaysia Thailand dijadikan sebuah terusan setaraf dengan Terusan Panama Kesan kegawatan ekonomi pada bank-bank perdagangan tempatan4.  AGM - Aims, Goals and Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif)

77

Page 78: Modul Dtm 201 (Vpg)

AGO bermaksud tujuan, matlamat dan objektif. Persepsi kita bergantung pada apa yang kita fikir dan hendak lakukan. Apabila kita membuat perancangan, peraturan dan keputusan, persepsi membawa kita kepada satu paradigma yang kita inginkan. Tujuan, matlamat dan objektif yang hendak dicapai mestilah jelas dan konkrit. Kita perlu mengambil kira banyak faktor dalaman psikologi dan fizikal serta faktor-faktor luaran. Tujuan, matlamat dan objektif mestilah yang memberi nilai tambah kepada diri kita dan persekitaran

AGO bermaksud bertindak dan melakukan perkara dengan tujuan, matlamat dan objektif yang tepat. Tindakan, keputusan dan penyelesaian perlu mengambil kira tujuan, matlamat dan objektif yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Jelas dan tidak kabur Bersifat khusus atau umum Realistik dan dapat diukur. Tindakan dan pelan bertindak yang komprehensif.

Contoh idea

Apakah AGO wawasan 2020 Apakah AGO Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Apakah AGO Pendemokrasian Pendidikan

5.  FIP - First, Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang paling terpenting)

FIP bermaksud keutamaan yang paling penting. FIP tidak bersifat individu ataupun berkumpulan. Ramai yang tidak dapat mengenal pasti keutamaan yang paling penting dalam membuat keputusan, rancangan ataupun peraturan. Adakalanya yang paling penting tidak disenarai pendekkan. Akibat tidak mengutamakan apa yang paling penting, sudah tentu objektif dalam suatu perancangan dan keputusan tidak mencapai sasaran yang dikehendaki. FIP bermaksud bertindak dan melakukan suatu perkara berdasarkan perkara yang lebih utama, lebih penting dan lebih prioriti.

Antara prinsip FIP adalah:

FIP perlu jelas dan tepat FIT yang dibuat berdasarkan pertimbangan yang tidak bereat sebelah Ambil perhatian terhadap FIP umum dan khusus

Contoh idea: Apakah FIP bagi mendapat Ijazah Kepujian kelas Satu Apakah FIP Falsafah Pendidikan Negara? Apakah FIP menjadi Negara maju pada tahun 2020?

6.  OPV - Other Peoples View (Pandangan orang lain)

OPV ialah pandangan pihak lain. Kita hidup di dalam dunia yang terdiri daripada beraneka ragam manusia. Pepatah mengatakan ‘rambut sama hitam, tetapi hati siapa tahu’. Oleh itu, keanekaragaman peraturan, keputusan dan rancangan yang dibuat melibatkan orang lain; individu atau suatu pihak perlu mendapatkan konsensus pihak lain. Kita perlu menggerakkan persepsi dalam pelbagai hala supaya ia dapat memberi kepuasan kepada semua pihak yang terlibat.

OPV bermaksud pandangan orang lain berkenaan suatu tindakan dan keputusan yang dibuat. Idea yang disarankan perlu difikirkan daripada pelbagai sudut dan perspektif. Tindakan, keputusan dan penyelesaian perlu mengambil OPV supaya ia membuahkan hasil semaksimum mungkin. Yang lebih penting, semua pihak berada dalam situasi menang-menang, bukan situasi menang kalah ataupun seri.

Antara prinsip-prinsip penting OPV adalah:

78

Page 79: Modul Dtm 201 (Vpg)

Mengambil kira pandangan dan pendapat umum, pelbagai peringkat usia, pendidikan, lokasi penempatan, taraf pekerjaan, kawan-kawan, nilai dan minat.

Mengambil kira pandangan dan buah fikiran seluruh organisasi. Mengambil kira pandangan subordinat. Mengambil kira pandangan etnik lain. Mengambil kira pandangan dan sensitiviti agama serta kepercayaan lain

Contoh idea:

Penyebar dan penulis surat layang dan khabar angin dikenakan tahanan ISA Semua rakyat diwajibkan bersenan 240 minit sebulan Wanita tidak dibenarkan bekerja selepas jam 6.00 petang Kadar kelajuan di lebuh raya ditingkatkan kepada 150 km/j.

7.  APC - Alternatives, Possiblities and Choices (Alternatif, kemungkinan dan pilihan yang dapat dibuat)

APC ialah alternative, kemungkinan dan pilihan yang dapat dibuat dan diramalkan yang berpunca daripada keputusan, peraturan dan rancangan yang dijalankan. APC bermaksud bertindak dan melakukan suatu perkara bersadarkan alternative, kemungkinan dan pilihan.

Antara prinsip penting APC adalah:

Lihat suatu perkara daripada pelbagai dimensi dan spektrum. Pastikan APC terbaik Pilih APC berdasarkan faktor-faktor semasa dan akan datang.

Contoh idea: Permintaan melebihi tawaran dalam pasaran kerja khususnya yang melibatkan siswazah Warung-warung di tepi jalan dihapuskan berkuat kuasa serta merta. Kenderaan tidak dibenarkan memasuki zon bandar raya Johor Bahru pada waktu perdana iaitu pagi dan

petang

CoRT 1 & kognitif

Fokus : akademikCoRT1 Kegunaan Contoh kognitif

PMI Untuk menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan

Membantu ibu di rumah. Bincangkan

CAF Mengambil kira semua faktor yang terlibat Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pekerja asing datang ke Malaysia ?

C&S Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan Apakah kesan yang timbul jika siaran televisyen 24 jam dilaksanakan ?

AGO  Tujuan, matlamat dan objektif  Apakah tujuan dan matlamat maharaja Hirohito menjadikan sebuah negara moden ?

FIP  Memberi keutamaan kepada yang terpenting Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan oleh Raja Mongkut dalam pemodenan kerajaan Siam ?

79

Page 80: Modul Dtm 201 (Vpg)

OPV  Mendapatkan pandangan orang lain Pak Sako dilabel sebagai penghasut rakyat oleh Kerajaan British di Malaya. Apakah pandangan anda ?

APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan Senaraikan kemungkinan kekangan dalam pembinaan industri otomobil di Malaysia dan pilihan-pilihan yang ada dalam mengatasi kekangan – kekangan itu

CoRT 1 & metakognitif

Fokus : Penyelesaian masalah kendiri

CoRT1 Kegunaan Contoh kognitif

PMI Untuk menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan

Pilih lembaran pengurusan grafik yang sesuai untuk melihat masalah itu dari pelbagai perspektif. 

CAF Mengambil kira semua faktor yang terlibat Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kita tidak bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan akademik ?

C&S Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan Apakah kesan yang timbul jika saya memilih untuk menghafal berbanding dengan memahamkan fakta- fakta penting dalam tajuk hakisan dan luluhawa ?

AGO  Tujuan, matlamat dan objektif  Apakah objektif saya semasa belajar teknik-teknik belajar yang betul ?

FIP  Memberi keutamaan kepada yang terpenting Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di rumah ?

OPV  Mendapatkan pandangan orang lain Apakah pendapat anda cara penyelesaian masalah saya ini berkesan selepas dilaksanakan ? 

APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan Apakah pilihan yang ada untuk saya membaiki kelemahan saya dalam pelajaran ?

CoRT 1 & metakognitif

Fokus : Persekitaran

CoRT1 Kegunaan Contoh kognitif

PMIUntuk menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan Malaysia melaksana program gunasama basikal secara percuma dan dimiliki kerajaan.

Malaysia melaksana program gunasama basikal secara percuma dan dimiliki kerajaan. Anda mengguna basikal dan meninggalkannya untuk

80

Page 81: Modul Dtm 201 (Vpg)

digunakan oleh orang lain pula.

CAF Mengambil kira semua faktor yang terlibat Keluarga anda memilih satu tempat untuk berkelah. Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira untuk pergi ke percutian tersebut ?

C&S Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan Beberapa negara menggunakan tol untuk lebuhraya. Apakah alternatif lain kepada pengguna untuk menjelaskan bayaran selain dari tol yang digunakan ?

AGO  Tujuan, matlamat dan objektif  Apakah objektif saya semasa belajar teknik-teknik belajar yang betul ?

FIP  Memberi keutamaan kepada yang terpenting Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di rumah ?

OPV  Mendapatkan pandangan orang lain Apakah pendapat anda cara penyelesaian masalah saya ini berkesan selepas dilaksanakan ? 

APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan Apakah pilihan yang ada untuk saya membaiki kelemahan saya dalam pelajaran ?

Contoh penggunaan CoRT1 dalam proses P&P

Contoh penggunaan OPV dalam proses P&PMatapelajaran  : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian TempatanKaedah  : Lakonan

Isu  : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Ibu dugong itu tidak ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbang anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu mencari makan sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si Tenang. Bagaimanapun Pak Mat  terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang-undang negara.

Pelakon : Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan, pelancong,  penduduk kampung, jurukamera, wartawan, dll.Panduan : Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang lain.

Contoh penggunaan PMI dalam proses P&PMatapelajaran  : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains Sosial / SRTKaedah  : Sumbangsaran

Isu  : Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang terkenal dengan sampah-sarapnya. Ramai penduduk, kakitangan awam dan terutamanya penduduk kawasan setinggan membuang sampah ke dalam sungai.

Panduan : Murid / pelajar akan membincangkannya dalam kumpulan masing-masing. Mereka mencari ikhtiar bagaimana untuk menangani isu ini.  Satu kaedah yang ditemui akan disumbangsarankan . Cari  perkara baik, buruk dan menarik daripada kaedah yang dipilih tadi.

Contoh penggunaan CAF dalam proses P&P

81

Page 82: Modul Dtm 201 (Vpg)

Matapelajaran  : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / SainsKaedah  : Permainan kecil

Isu  :  Sebuah kemalangan telah berlaku. Saksi tunggal dalam kemalangan itu adalah seorang pemuda yang cuma tahu menggunakan dua perkataan iaitu “ya’ dan ‘tidak’ . Maklumat lanjut terpaksa dicari sendiri oleh murid / pelajar lain. Murid / pelajar lain perlulah bertanya dan menyiasat daripada saksi tadi. Panduan :  Seorang murid / pelajar (juga dibantu oleh guru) akan mencatat semua pertanyaan yang diajukan.  Semua soalan berkaitan dengan faktor-faktor  kemalangan yang diterbitkan oleh setiap murid / pelajar yang bertanya tadi adalah faktor-faktor penting dalam mana-mana kemalangan lain di seluruh negara. Soalan-soalan yang dikumpulkan dan dicatatkan ini akan dibentangkan semula kepada murid / pelajar selepas permainan ini selesai.

Contoh penggunaan APC dalam proses P&PMatapelajaran  : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Kemahiran HidupKaedah  : Lakonan

Isu  : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Ibu dugong itu tidak ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu mencari makan sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si Tenang. Bagaimanapun Pak Mat  terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang-undang negara.

Pelakon : Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan, pelancong, penduduk kampung, jurukamera, wartawan, dll.Panduan : Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang lain.

Contoh penggunaan FIP dalam proses P&PMatapelajaran  : Ekonomi Rumah Tangga / Bahasa Melayu / Bahasa InggerisKaedah  : Amali / simulasi

Isu  : Sebuah keluarga ingin memasak sejenis makanan yang tidak pernah mereka masak sendiri. Mereka ingin mencuba memasaknya sendiri. Mereka menggunakan  resepi yang ada dalam simpanan mereka sebagai rujukan bagi menyediakan makanan tersebut.

Bahan : buku masakan / resepi masakan

Panduan : FIP disebatikan dalam pengajaran mengikut kesesuaian kaedah dan kebolehan murid / pelajar-pelajar.   Contoh penggunaan APC dalam proses P&PMatapelajaran  : Geografi / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Kajian TempatanKaedah  : Mencari maklumat / inkuiri penemuan / kemahiran belajar

Isu  : Malaysia yang terlalu maju dalam perindustrian tidak mencukupi sumber tenaga. Bagi mendapatkan sumber tenaga yang mampu menggerakkan industri dan tanggung jawab sosialnya, kerajaan terpaksa mencari dan mendapatkan sumber tenaga bagi tujuan tersebut.

Pendekatan : Penggunaan perpustakaan, bahan buku rujukan dan bukan buku, borang Lembaran Pengurusan Grafik dll.

Kaedah : Murid-murid dan pelajar diberi peluang untuk mencari maklumat dari perpustakaan, menggunakan kemahiran penggunaan perpustakaan, kemahiran mencari dan mengendali maklumat, kemahiran belajar ; juga inkuiri penemuan .

Contoh penggunaan C&S dalam proses P&P

82

Page 83: Modul Dtm 201 (Vpg)

Matapelajaran  : Bahasa Melayu / Bahasa InggerisKaedah  : Konsentrasi

Isu  : Suatu kebakaran telah berlaku. Banyak insiden / episod dapat diperhatikan.

Bahan : Radio perakam, pita rakaman (muzik lembut, instrumental)

Pendekatan : Murid-murid / pelajar akan melalui proses konsentrasi, membuat catatan atau pelbagai pendekatan lain yang difikirkan lebih sesuai.

Senario hari ini “…….perlu segera habis sukatan.”“…… peperiksaan lebih penting.”“….. . semua pihak bertanya tentang kejayaan dalam peperiksaan.”“….... pelajar terpaksa disuapkan ( diberikan ) sebanyak mungkin maklumat.”“…….pelajar kurang persediaan.”“…….cukuplah sekadar yang ada.”“…….terlalu banyak kekangan / masalah.”“.........malas nak berfikir bagaimana nak rancang KBKK.”

5.Lembaran Pengurusan Lisan

Lembaran Pengurusan Lisan boleh digunakan sebagai panduan menjalankan kemahiran berfikir mengikut kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Kemahiran menyelesaikan masalah.a.  Apakah masalahnya ?b.  Apakah masalah utama dan masalah sampingan ?c.  Bagaimana cara meneyelesaikan masalah utama dan masalah sampingan ?d.  Apakah cara penyelesaian yang  terbaik ?e.  Apakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?

Lembaran Pengurusan Lisan : Mengkelas 1.  Kenal pasti ciri-ciri umum sekumpulan item2.  Beri nama kepada kumpulan item itu3.  Kenal pasti ciri-ciri lain4.  Masukkan ciri-ciri yang sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil5.  Ulangi langkah-langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam satu kumpulan.

Lembaran Pengurusan Lisan : Membanding 1.  Perhatikan item yang dibandingkan2.  Kenal pasti satu daripada ciri-ciri itu3.  Tentukan sama ada item lain mempunyai ciri yang sama4.  Nyatakan ciri-ciri yang sama dan berbeza5.  Membuat kesimpulan

Lembaran Pengurusan Lisan : Membuat urutan 1.  Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut nilai, abjad, saiz, corak atau masa2.  Ambil satu item sebagai asas3.  Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan yang ditentukan4.  Semak semula susunan tersebut

Lembaran Pengurusan Lisan : Menyusun mengikut keutamaan 1.  Tentukan matlamat

83

Page 84: Modul Dtm 201 (Vpg)

2.  Ambil satu item sebagai asas3.  Ambil item yang lain dan bandingkan dengan  item asas sama ada lebih dekat dengan matlamat4.  Jika lebih dekat dengan matlamat, letakkan di atas sebagai item asas.  Jika tidak letakkan di bawah.5.  Ulangi langkah-langkah di atas bagi item yang lain satu demi satu.6.  Membuat kesimpulan

Lembaran Pengurusan Lisan : Mentafsir maklumat 1.  Kumpulkan maklumat2.  Tentukan pola maklumat3.  Buat keputusan

Lembaran Pengurusan Lisan : Meramal 1.  Perhatikan atau kumpulkan maklumat2.  Tentukan corak atau pola yang terdapat dalam kumpulan maklumat3.  Buat jangkaan yang paling sesuai

Lembaran Pengurusan Lisan : Menerangkan sebab 1.  Apakah kemungkinan sesuatu kejadian itu berlaku ?2.  Apakah bukti-bukti yang kemungkinan itu berlaku ?3.  Nyatakan perincian bukti yang dikenalpasti4.  Bukti yang manakah paling nyata (jika ada)

Lembaran Pengurusan Lisan : Mengusul periksa andaian 1.  Perhatikan sesuatu situasi2.  Nyatakan mengapa situasi sedemikian terjadi3.  Berikan satu jawapan yang rasional sebagai andaian4.  Semak semula sama ada andaian tersebut boleh diuji atau tidak

Lembaran Pengurusan Lisan : Membuat inferens 1.  Perhatikan sesuatu situasi2.  Nyatakan sebab situasi sedemikian terjadi3.  Semak alasan sama ada berasaskan pendapat atau pertimbangan4.  Cari alasan lain

Lembaran Pengurusan Lisan : Menjana idea 1.  Tetapkan tajuk perbincangan2.  Senaraikan semua idea yang dikemukakan3.  Renung kembali idea yang dikemukakan4.  Tambah lagi idea jika ada5.  Hubungkait idea yang telah disambungkan.

Lembaran Pengurusan Lisan : Membuat gambaran mental 1.  Bayangkan matlamat tertentu2.  Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental3.  Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat4.  Lihat keseluruhan gambaran

Lembaran Pengurusan Lisan : Membuat analogi 1.  Bandingkan dua item / perkara yang tidak sama2.  Cari sifat-sifat yang sama yang boleh dihubungkaitkan3.  Nyakan hubungkait sebagai metafora

Lembaran Pengurusan Lisan : Penyelesaian masalah 1.  Apakah masalahnya ?2.  Apakah masalah utama dan apakah masalah sampingan ?

84

Page 85: Modul Dtm 201 (Vpg)

3.  Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ?-    Masalah utama-    Masalah sampingan

4.  Apakah cara penyelesaian yang terbaik ?5.  Adakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?

Lembaran Pengurusan Lisan : Membuat keputusan 1.  Kenalpasti alternatif-alternatif yang boleh diambil bagi membuat keputusan2.  Apakah kesan/akibat yang dijangka timbul apabila alternatif dilaksanakan, sama ada baik atau buruk.3.  Nyatakan pilihan yang terbaik4.  Apakah kriteria utama pilihan tersebut dibuat ?5.  Apakah keputusan terbaik bagi memenuhi matlamat.

85

Page 86: Modul Dtm 201 (Vpg)

Unit 7

Pengoperasian Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sebilangan orang belajar seumur hidupnya dan bila mereka meninggal mereka telah belajar semua perkara kecuali untuk memikir    -Domerque-

Pemikiran tidak boleh menggantikan maklumat (ilmu), dan maklumat tidak boleh menggantikan pemikiran. Kedua-duanya diperlukan untuk perkembangan intelek.    -Edward de Bono-

Mengapa kemahiran berfikir ?

“…..mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, ….”    -Falsafah Pendidikan Negara-

“…..mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif ….”    -Objektif KBSM-

“…..untuk mencapai hasrat Wawasan …..”    -Wawasan 2020-

Unit ini bertujuan memperkenalkan pelajar mengenai konsep berfikir dan fungsinya dalam pengajaran dan pembelajaran serta cara mempraktik dan mengaplikasi kemahiran berfikir dalam pelbagai situasi

Hasil pembelajaran

Pada akhir unit ini pelajar dapat melakukan perkara-perkara berikut:

Menghuraikan pelbagai kemahiran berfikir dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaannya. Menjelaskan cara menggunakan kaedah-kaedah pemikiran dalam pelbagai situasi

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1. Sumbangsaran mengenai amalan guru dalam menggalak dan merangsang pemikiran murid.2. Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk:

a. Mencadangkan dan menjelaskan cara-cara menggalakkan dan merangsangkan jenis-jenis kemahiran berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran

b. Menghuraikan peranan guru dalam meningkatkan pembelajaran yang efektif dan bermakna di kalangan kanak-kanak

3. Pelajar menyediakan satu rancangan mengajar seminggu yang menjelaskan cara menggunakan kaedah-kaedah pemikiran

Penggunaan kemahiran berfikir dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu perkara baru tetapi samada kita sedari atau pun tidak, ia telah pun dilaksanakan.

Sewaktu mengajar kita bukan sahaja menggunakan kemahiran-kemahiran tertentu untuk berfikir, tetapi ia melibatkan aktiviti bilik darjah yang aktif dan lebih praktikal.

86

Page 87: Modul Dtm 201 (Vpg)

Aktiviti kumpulan diperkenalkan untuk membolehkan pelajar dilatih berfikir berdasarkan sesuatu tugas yang diberi. Dalam proses mereka mencari penyelesaian, mereka akan menjana pemikiran mereka secara terbuka dan dengan lebih pelbagai hala melalui kemahiran-kemahiran tertentu seperti memerhati, memahami, mentafsir, mengenal pasti, memilih, mengkategori, mengklasifikasi, membanding, menilai dan sebagainya.

Pelajar melakukan ini dalam sesi-sesi perbincangan, dan sesi perbincangan ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan (intrakumpulan) atau antara kumpulan (interkumpulan). Untuk mendapatkan satu penyelesaian yang baik, pelajar harus digalakkan mencari dan mendapatkan maklumat tertentu yang boleh dijadikan idea sokongan bagi menguatkan lagi hujah dan alasan mereka.

Objektif dan Matlamat Pengajaran

Guru harus menyedari bahawa tugas mereka adalah untuk melaksanakan satu program mengajar pelajar bagaimana hendak menggunakan keupayaan berfikir untuk menyelesaikan masalah supaya mereka belajar bagaimana membuat keputusan yang rasional Guru harus menyedari bahawa menganalisis kemahiran berfikir mempunyai beberapa matlamat. Antara matlamat tersebut adalah:

a. Untuk membantu pelajar belajar menggunakan kemahiran berfikir yang asas dengan betul supaya mereka mampu menganalisis isu dan masalah dengan berkesan

b. Untuk membantu pelajar belajar menggunakan cara yang betul dalam proses membuat keputusan supaya mereka boleh menghasilkan lebih banyak keputusan yang berkesan

c. Untuk membantu pelajar menjadi pembaca atau pendengar yang lebih kritikal supaya mereka boleh dikod dan enkod maklumat dengan cara yang lebih efektif

d. Untuk membantu pelajar belajar proses membentuk, membina, atau mencipta supaya mereka boleh menggunakan bahasa persuasif dan menulis dengan kadar kualiti yang tinggi

e. Untuk menyediakan satu cara bagi kanak-kanak yang berpotensi tinggi untuk menyedari akan potensi intelektual dan kreatif mereka.

Guru mesti mempunyai anggapan bahawa:

a. Para pelajar tidak semestinya menjadi pemikir yang lebih baik hasil daripada pembelajaran semua perkara di sekolah. Oleh yang demikian mereka perlu mendapat satu bentuk pengajaran yang lebih sistematik, tersusun dan mempunyai tatacara prosedur serta langkah-langkah khusus yang tertentu.

b. Kemahiran berfikir boleh diaplikasikan kepada semua subjek yang dipelajari. Pelajar harus dibekalkan dengan keupayaan dan kemahiran berfikir dengan sempurna

c. Guru harus menyiapkan diri dengan pelbagai maklumat untuk membolehkan mereka menjadi tenaga pengajar yang berkesan, khususnya kemahiran berfikir

d. Kemahiran berfikir merupakan penggerak minda bagi membolehkan pelajar menghadapi mata pelajaran dengan lebih sempurna. Pembelajaran menjadi berkesan sekiranya otak cergas dan berfungsi kearah yang dimaksudkan

e. Keupayaan berfikir berkembang beransur-ansur mengikut masa. Kesempatan memberi latihan banyak berfikir selaras dengan perkembangan otak mereka membolehkan pelajar bergerak cergas

Guru harus mengakui hakikat bahawa kemahiran berfikir membawa banyak faedah kepada pelajar.

Antaranya ialah:a. Menjadi pelajar pemikir yang lebih efektif dan berketrampilanb. Membantu memperbaiki pencapaian akademik para pelajarc. Membantu memperkembangkan konsep kendiri yang lebih positifd. Membantu memperluaskan kebiasaan dan kebolehan berfikire. Menawarkan ‘survival’ dan kejayaan masa depan.

87

Page 88: Modul Dtm 201 (Vpg)

Prinsip mengajar berintegrasikan Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum.

1. Gunakan pendekatan yang mudah dan menarik2. Gunakan pelbagai kaedah. Ini termasuk :

-   permainan,-   simulasi-   lakonan-   mimik-   monolog-   dialog-   nyanyian.

Apakah strategi dan kesepaduan Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran ?

1. Pendekatan bersepadu – penggunaan 2. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)3. Aktiviti seronok dan menarik4. Kaedah yang mengembangkan intelek5. Persediaan murid dan guru

Apakah peranan Kemahiran Berfikir (KB) dalam pengajaran dan pembelajaran ?

1. Mengembangkan isi pelajaran2. Merangsang aktiviti guru dan pelajar

Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang baik untuk KB

-  mudah dibina, mudah diguna, mudah disimpan, mudah alih.-  maklumatnya jelas-  kesepaduan BBM dan alat KB-  menjurus kepada objektif pengajaran dan pembelajaran-  murah, tahan, selamat diguna dan menarik

Kemahiran berfikir dan perpustakaan.

Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibantu dengan penggunaan perpustakaan untuk:-  menentukan maklumat, skop, jenis dan sumber-  mencari maklumat-  menggunakan maklumat, kemahiran dan teknik belajar, kaedah, teknologi-  mencatat maklumat-  melapor maklumat, berkomunikasi-  menilai strategi, kemahiran, pengalaman dan kepuasan.

Stail mengajar dengan integrasi KB 1. Patut dilakukan

-  Mudah dan seronok-  Jelas dengan apa yang sedang dilakukan

2. Elakkan :-  Kekaburan-  Menggunakan masa latihan yang terlalu panjang-  Kaitan dengan fokus yang sedang dibuat

88

Page 89: Modul Dtm 201 (Vpg)

3. Galakkan :-  Beralih ke Kem. Berfikir yang lain walaupun yang sedang dijalankan itu menarik dan memberangsangkan-  Bebas, fikiran dibuka dan terbuka

4. Disiplin :-  Masa tepat dan cepat-  Fokus tajuk sahaja supaya tidak terbias

Strategi mengajar

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah yang berpusatkan pelajar. Di bawah strategi ini, peranan pelajar adalah diutamakan. Pelajar didorong untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara total dan bertindak secara aktif dalam semua aktiviti berkumpulan, berpasangan dan sebagainya. Pelajar digalakkan berinteraksi, bertukar pandangan dan pendapat, dan didorong membuat keputusan yang berkesan.

Antara strategi yang diperkenalkan ialah simulasi, projek, main peranan, drama, perbincangan, perdebatan, membuat lapuran, menyelesaikan masalah dan sebagainya.. Guru mengurangkan peranannya ketahap yang minimum. Beliau hanya bertindak dengan mengarah, mengawal perlakuan pelajar. Peranan mereka sebagai fasilitator yang fungsinya untuk memberi panduan, dorongan dan memudah cara.

Dua strategi pengajaran yang biasanya digunakan adalah:

1. Cara Insidental

Kaedah ini tidak dirancang secara formal. Kemahiran berfikir diintegrasikan dalam mata pelajaran lain. Penjanaan pemikiran boleh berlaku secara insidental apabila guru secara kebetulan berhadapan dengan satu masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar pada waktu itu. Guru harus menyedari akan tujuan dan matlamat masalah itu diketengahkan. Ia bukan berhasrat mendapat jawapan dari pelajar tetapi yang lebih penting ialah pelajar boleh membuat andaian, boleh meramal, boleh menerangkan, boleh mengkatagorikan, boleh menjelaskan, boleh mencerakinkan, boleh mengait simpul dan sebagainya. Kaedah ini disebut sebagai pembelajaran berfikrah. Ia melibatkan penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung. Kemahiran berfikir dipelajari dan dikuasai bersama-sama isi kandungan mata pelajaran tertentu.

2. Cara Terancang

Guru akan memberi perhatian kepada kemahiran berfikir secara serius dan menggalakkan pelajar mengeluar pendapat atau pandangan.Aktiviti menjana pemikiran dilaksanakan mengikut prosedur yang sebenar dan khusus. Dalam kaedah ini guru harus dapat menyediakan satu petikan senario yang terancang. Pastikan dalam senario itu terdapat pelbagai isu sekiranya kita hendak meneroka pelbagai pandangan atau idea, Pastikan terdapat masalah sekiranya kita hendak menggalakkan pelajar kita belajar menyelesaikan masalah secara berkesan. Pastikan terdapat satu perancangan atau satu cadangan sekiranya kita tahu mengajar kepada pelajar kita cara-cara membuat keputusan yang baik.

Aktiviti harus berjalan secara berkumpulan. Pelajar akan membincangkan isu yang diketengahkan dan kemudian menjalankan tugas mereka sehingga selesai. Pelajar ini akan berpindah kepada kumpulan lain untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan daripada kumpulan yang lain. Selepas proses ini berlaku, mereka akan kembali semula ke kumpulan masing-masing untuk menyiapkan satu hasil perbincangan. Hasil perbincangan boleh dipersembahkan kepada kelas untuk pertimbangan dan penilaian.

Pengaplikasian Dalam Pengajaran

1.Permulaan:

89

Page 90: Modul Dtm 201 (Vpg)

Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi memperkenalkan kemahiran  membuat keputusan dengan menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi.

2. Perkembangan: Perkenalkan proses membuat keputusan dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.

3. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik.

Strategi aktiviti

Aktiviti KBKK Kemahiran berfikir

Membanding dan membeza  Menaakul, menganalisis, mengenal pasti persamaan dan perbezaan, membuat kesimpulan.

Dramatik dan emosi  Menganalisis, menilai, membuat kesimpulan

Rangka rujuk  Memikir secara kreatif, mencapah, menganalisis, menilai , membuat kesimpulan

Misteri / masalah  Menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan

Kontrovesi / perbahasan / pertikaian 

Menganalisis, membezakan fakta dengan andaian.

Apakah Kemahiran Berfikir?

1. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. 2. Terdapat beberapa istilah berikut yang biasa digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir:

Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi:

1. Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat.

2.Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjanakan idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang.

3.Perkataan ‘kemahiran berfikir’ yang biasa digunakan bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK):

1. KBKK adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat.

2. KBKK adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru.

3. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran berfikir secara kreatif.

90

Page 91: Modul Dtm 201 (Vpg)

Pemikiran ‘Vertical’ dan ‘Lateral’:

1.Pemikiran ‘vertical’ bermakna pemikiran secara logik dan kritis. Contoh: Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku?

2.Pemikiran ‘lateral’ bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik; pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif. Contoh: Bagaimanakah kita boleh ukur tinggi sesuatu pokok?

Pemikiran bertumpu dan bercapah:

1. Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menganalisis sesuatu data atau maklumat. Contoh: Ali deman. Dia tidur di bilik darjah. Mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu mengajar?

2. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak?

Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan melalui mana-mana istilah tersebut di atas harus dikuasai oleh pelajar:

Membuat kaitan:

Pelajar harus boleh mengaitkan dengan cepat dan luas mengenai sesuatu. Contoh: Apakah boleh dikaitkan dengan ‘BUKU’?

Membanding dan membeza:

Pelajar harus boleh membanding dan membezakan dua atau lebih benda, cerita, atau cara dengan mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan serta membuat huraian atau kesimpulan.

Contoh: Banding dan bezakan dua cerita: "Sang Kancil dan Buaya" dengan "Anjing dengan Bayang-bayang".

Mengkelaskan: Pelajar harus boleh mengkelaskan pelbagai benda, cerita dan cara di dalam kelas-kelas yang sesuai. Kemahiran ini melibatkan kemahiran membanding dan membezakan ciri-cirinya serta mengkelaskannya di dalam kelas-kelas yang sesuai.

Contoh: Kumpulkan yang berikut ke dalam kelas-kels yang sesuai: buku, anjing, pokok bunga raya, harimau, Ahmad. Menilai: Pelajar anda harus boleh menilai sesuatu benda, tindakan, watak, cerita, atau cara untuk menentukan sama ada baik, menarik, kelebihannya, akan berjaya, atau kreatif.

Contoh: Ali terlupa bawa pensel ke sekolah. Ahmad meminjamkan penselnya kepada Ali. Nilaikan perbuatan Ali dan Ahmad.

Menyusun atur: Pelajar harus boleh menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan, atau cara mengikut sesuatu urutan, pola, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki.

Contoh: Susunkan tugas berikut mengikut keutamaan:

91

Page 92: Modul Dtm 201 (Vpg)

1. Siram pokok bunga. 2. Baiki tayar basikal yang bocor. 3. Buat latihan matematik.

Mengenal pasti pernyataan ‘benar’ dan ‘palsu’:

Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan’benar’ dan ‘palsu’ dengan menggunakan pengetahuannya atau dengan menaakul secara logik.Contoh: Yang manakah pernyataan benar?

1. Matahari terbit di Barat. 2. Lembu makan rumput.

Mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat:

Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat Pernyataan berasaskan fakta senang dibuktikan sama ada benar atau salah Pernyataan berasaskan pendapat adalah pandangan seseorang dan pernyataan itu susah dibuktikan sama ada benar atau salah.

Contoh: 1. Sekolah Ali mendapat 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR pada tahun ini. (Pernyataan berasaskan fakta; faktanya ialah 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR pada tahun ini)

2. Pelajar akan belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka belajar dengan muzik. (Pernyataan berasaskan pendapat; pendapat ialah sekiranya mereka belajar dengan muzik.)

Mengenal pasti pernyataan berat sebelah: Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan yang berat sebelah.

Contoh: Kenal pasti sama ada pernyataan berikut adalah berat sebelah:

1. Lebih daripada 90% pengguna termasuk Awie menggunakan sabun X berbanding dengan sabun Y. 2.Makanan kesihatan X mengandungi lebih banyak Vitamin A tetapi harganya lebih tinggi berbanding dengan makanan kesihatan Y.

Mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab:

Pelajar harus boleh mengenal pasti sebab bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti sebab daripada dua pernyataan berikut: Ali terlanggar kereta. Kakinya patah.

1.Pelajar harus juga boleh menyatakan pelbagai sebab mengapa sesuatu tindakan atau kejadian berlaku.

Contoh: Aminah menangis. Mengapa?

Mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat:

1.Pelajar harus boleh mengenal pasti akibat sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti akibat daripada dua pernyataan berikut: Ali tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Bapa Ali menasihatinya. 2.Pelajar harus juga boleh meramal pelbagai akibat bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Ahmad memandu keretanya dengan laju. Apakah yang mungkin akan terjadi?

Membuat inferens atau kesimpulan awal:

92

Page 93: Modul Dtm 201 (Vpg)

Pelajar harus boleh membuat generalisasi atau hipotesis dengan mendapatkan satu pola dan membuat satu pernyataan umum atau hipotesis.

Contoh: Aminah boleh menjahit baju. Siti juga boleh menjahit baju. Apakah generalisasi atau pernyataan umum yang boleh dibuat?

Mentafsir:

Pelajar harus boleh mentafsir perkataan, ayat, gambar, atau graf.

Contoh: Mentafsirkan ayat berikut:1.Orang itu panjang tangan. 2.Air tenang jangan disangka tiada buaya.

Mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci:

Pelajar harus boleh mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci untuk pemahaman yang lebih jelas. Idea utama dalam sesuatu perenggan menggambarkan isi kandungan di dalam perenggan itu.

Idea sokongan menerangkan idea utama.

Butir-butir terperinci menghuraikan dengan lebih mendalam tentang idea utama atau idea sokongan.

Contoh: Kenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci di dalam maklumat berikut: Ali suka bermain bole sepak. Dia bermain dengan kawan-kawannya. Mereka bermain di padang kampung mereka. Padang itu kecil.

Merumus atau meringkas: 1.Pelajar harus boleh merumus atau meringkaskan sesuatu maklumat.

2.Kemahiran merumus melibatkan kemahiran mengenal pasti dan menyusun idea utama dan idea sokongan yang penting dan kemudian menyatakannya secara ringkas.

Contoh: Ringkaskan perenggan yang diberi di atas.

Membuat keputusan:

Pelajar anda harus boleh membuat keputusan mengikut langkah-langkah berikut:1.Janakan pelbagai pilihan. 2.Ramalkan akibat untuk sesuatu pilihan. 3.Tentukan kriteria seperti keselamatan, kos, masa, minat, atau kriteria lain untuk membuat pilihan.

Pilih pilihan terbaik berasaskan kriteria. Contoh: Anda ingin membeli kasuk sukan. Apakah yang harus diambilkira untuk memilih jenis kasut sukan?

Menyelesaikan masalah:

1.Pelajar harus boleh menyelesaikan dua jenis masalah iaitu yang memerlukan idea baru dan memerlukan analisis. 2.Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan idea baru dengan mengikut langkah berikut:

93

Page 94: Modul Dtm 201 (Vpg)

Janakan cara atau idea untuk menyelesaikan masalah itu. Pilih cara yang difikirkan baik. Laksanakan cara yang telah dipilih itu. Nilai sama ada cara itu berkesan.

Contoh: Persatuan Pengakap bercadang membersihkah satu kawasan pantai yang tercemar tetapi menghadapi masalah kewangan. Bagaimanakah persatuan itu boleh mendapat wang?

Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan analisis dengan mengikut langkah berikut:

1.Tentukan faktor yang mungkin menyebabkan masalah itu berlaku. 2.Janakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah itu. 3.Pilih cara yang terbaik 4.Laksanakan cara yang telah dipilih itu. 5.Nilai sama ada cara itu berkesan.

Contoh: Kebanyakan pelajar di sekolah X lemah dalam mata pelajaran Matematik. Bagaimanakah masalah itu boleh diselesaikan?

Bagaimanakah Kemahiran Berfikir Boleh Dikembangkan? 1.Guru harus mengembangkan kemahiran berfikir dengan pendekatan penyerapan.

2.Dalam pendekatan penyerapan, kemahiran berfikir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran dikembangkan.

3.Pelajar perlu juga tahu akan jenis kemahiran berfikir yang digunakan serta langkah-langkah dalam proses berfikir.

4.Dalam perkembangan kemahian berfikir, guru harus juga menegaskan proses berfikir iaitu langkah-langkah dalam kemahiran berfikir itu.

Contoh: Dalam topik "Benda-benda Hidup", mata pelajaran Sains sekolah rendah, guru boleh mengembankan kemahiran membanding dan membeza sera mengkelaskan benda hidup selain daripada mengenal pasti pelbagai benda hidup.

5.Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berhubung dengan kemahiran membuat ayat yang mudah, anda boleh mengembangkan kemahiran menyusun atur dengan memberi perkataan dan meminta pelajar menyusunnya untuk mendapatkan ayat yangbermakna.

Contoh: Susun perkataan berikut supaya menjadi ayat yang bermakna: Badminton dengan bermain Ali kawan-kawannya

6.Apabila pelajar telah tahu tentang setiap kemahiran berfikir tersebut di atas, anda harus memperkukuhkan penguasaannya dengan menggunakan pelbagai aktiviti.

Lihat contoh di bawah ini:

Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan. Orang tua itu hendak melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad sendiri melintas jalan. Ali membantu orang tua itu melintas jalan.Guru boleh mengembangkan kemahiran berfikir aras rendah dengan soalan berikut:

a. Siapa yang nampak orang tua di tepi jalan?

94

Page 95: Modul Dtm 201 (Vpg)

b. Apakah yang hendak dibuat oleh orang tua itu? c. Siapakah dibantu oleh Ali untuk melintas jalan?

Guru boleh memperkembangkan kemahian berfikir aras tinggi dengan soalan atau aktiviti berikut:

a. Mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan? b. Apakah akan terjadi sekiranya Ali tidak membantu orang tua itu? c. Apakah pendapat anda tentang tindakan Ali dan Ahmad? d. Bandingkan watak Ali dengan watak Ahmad? e. Bagaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya tiada Ali? f. Tuliskan sepucuk surat kepada Majlis Bandaraya untuk memberi cadangan bagi orang awam melintas jalan yang sesak. g. Perbahasan: dua kumpulan akan bahaskan yang berikut: "Kereta persendirian harus tidak dibenarkan dibandar". h. Projek: Buat satu kajain tentang jalan raya yang sangat sesak dn menyusahkan orang awam melintas jalan raya berhampiran rumahanda. i. Melukis jejantas untuk orang tua melintas jalan.

Aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan kemahiran berfikir termasuk:

a. soal jawab b. sumbang saran c. permainan d. pertandingan e. kuiz f. teka teki g. perbahasan h. projek:

mereka bentukmereka ciptamengkajimenyelidikmembuat eksperimenmenghasilkan sesuatu produkmenyelesaikan sesuatu masalah

Aktiviti untuk mengembangkan kemahiran berfikir yang tersebut di atas boleh dilakukan secara kelas, kumpulan atau perseorangan.

Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kritis

1.  Apakah persamaan dan perbezaan di antara ………... dengan …….….?2.  Bagaimanakah kita boleh mengelas-kan / mengkategorikan ……………?3.  Apakah idea-idea utama dalam ….?4.  Bagaimanakah anda tahu ………..?5.  Mengapakah anda memilih ………?6.  Apakah bukti untuk menyokong kesimpulan anda ?7.  Mengapakah ……………. berlaku ?8.  Apakah interpretasi yang boleh dibuat mengenai …………………..?

Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kreatif

1.  Sekiranya ……..(syarat) ini diubah, apakah akan terjadi ?2.  Apakah ramalan / rumusan / kesimpulan yang boleh dibuat mengenai  ……………..……….……?3.  Apakah idea / pilihan / dsb yang lain / baru untuk …………………….…...?

95

Page 96: Modul Dtm 201 (Vpg)

4.  Apakah perhubungan / perkaitan di antara ……… dengan ……………..?5.  Apakah pola / corak yang dapat dilihat mengenai ……………………?6.  Apakah pendapat anda tentang ….?7.  Apakah generalisasi / hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan kepada ………………………………………. ?

Contoh soalan-soalan untuk membuat keputusan 1.  Apakah pilihan-pilihan / alternatif yang mungkin …………..?2.  Apakah akibat sesuatu pilihan ….…?3.  Apakah kriteria-kriteria untuk membuat keputusan untuk ……..…?4.  Pilihan yang manakah yang terbaik berdasarkan kepada kriteria  ……...?

Contoh soalan-soalan untuk menyelesaikan masalah

1.  Apakah sebenarnya yang menyebabkan (masalah) ………...itu berlaku ?2.  Apakah cara-cara yang mungkin untuk menyelesaikan (masalah) …………… itu ?3.  Cara penyelesaian manakah yang terbaik untuk menyelesaikan (masalah) …………...itu. Mengapa ?4.  Apakah kesan-kesan bagi setiap cara penyelesaian yang telah dilaksanakan ?5.  Apakah andaian kesan yang terjadi jika mana-mana satu cara penyelesaian itu dilaksanakan ?

Contoh kaedah permainan (Permainan Berfikir 10 Minit)   Dua orang pemain A dan BA : KucingB : Keluarga kucing di dalam hutanA : Keluarga kucing di dalam hutan adalah harimau. Harimau semakin pupus. Bagaimana untuk mengekalkan spesis ini ?B : Harimau diburu oleh pemburu. Bagaimana kalau memburu harimau diharamkan. Taman Rimba Rimau diwujudkan.A : Menariknya, tiada lagi pembunuhan harimau. Buruknya, harimau dari Taman Rimba Rimau mungkin  mengancam manusia dan ternakan. Menariknya, pastikah semua harimau tidak akan keluar dari Taman Rimba Rimau ?B : Terdapat harimau dari Taman Rimba Rimau membunuh manusiaA : Kalau ingin tambahan populasi harimau, kita perlu menternak harimau dan kemudian melepaskannya ke dalam hutan.B : Menariknya, kita boleh menternak harimau yang bermutu sahaja. Buruknya, bilangan populasinya membiak perlahan. Menariknya, harimau ternakan boleh dilatih supaya menjauhi manusia sebelum dilepaskan semula ke dalam hutan.A : Harimau betina boleh ditangkap, diberi suntikan hormon penyubur dan kemudian dilepaskan semula. Ini menambahkan pesat populasi pembiakannya.

Rujukan

96

Page 97: Modul Dtm 201 (Vpg)

Ainon Mohd and Abdullah Hassan (2007) Kuasa berfikir kreatif : teknik menyelesaikan masalah secara kreatif. Shah Alam :PTS Millennia Sdn Bhd

Ainon Mohd and Abdullah Hassan (2006) Pandai berfikir. Shah alam :PTS Millennia Sdn Bhd

Ainon Mohd and Abdullah Hassan (2006) Belajar Berfikir. Kuala Lumpur :PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Ainon Mohd and Abdullah Hassan (2005) Kuasa berfikir kreatif : teknik menyelesaikan masalah secara kreatif. Shah Alam :PTS Millennia Sdn Bhd

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (1996) Pemikiran Logikal dan Kritikal, Kuala lumpur : Utusan Publications

Edward de Bono (1995), ‘Teach Yourself To Think’ , London : Viking,

Elias, Maurice, Tobias, Steven & Brian Friedlander (1999) Emotionally Intelligent Parenting. Hodder and Stoughton, Great Britain.

Goleman, Daniel (1995) Emotional Intelligence. Bantam Books, New York

J.A.Phillips (1992). Metacognitive Strategies for Helping Poor Readers in the Content Areas . Malaysian Journal of Reading. vol.1. 11-17. 

Kamarudin Hj. Husin (2003) Kemahiran berfikir dan berkomunikasi.Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd. Azhar abd.Hamid, Othman A. Kassim dan Muhammed Fauzi Othman (2005) Cipta idea baru: teknik praktikal menghasilkan idea kreatif & inovatif . Bentong :PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Mohd. Azhar Abd.Hamid (2001)Pengenalan pemikiran kritis & kreatif, Skudai :Universiti teknologi malaysia

Nuradzian bin Nashruddin ,Penyelaras, Pusat Kegiatan Guru Kawasan Tanjung Ipoh. Negeri Sembilan Darul Khusus.

Poh Swee Hiang (2005). Kemahiran berfikir :kurikulum kursus persediaan program sarjana muda pendidikan. Kuala Lumpur; Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Shapiro, Lawrence E. (1997) How To Raise A Child With High EQ. HarperCollins Publishers, New York

Bahan Kemahiran berfikir ini adalah salinan sempena kursus 5 hari Pendedahan KBSB untuk guru-guru Sains negeri Melaka, bertempat di Dewan Bestari, PPD Melaka Tengah.

97