modul 11

3
MODUL 11 LATIHAN : KATA GANDA 1. Sejak berpindah ke bandar ,Sukri tidak _________ lagi tentang perkembangan yang berlaku di kampung itu. A tanya-menanya C kenal-mengenal B tahu-menahu D tengok – menengok 2. Gadis itu _______ ke pejabat kerana sudah lewat. A terkial-kial C tercungap-cungap B terkinja-kinja D terkocoh-kocoh 3. Kedengaran _______ suara orang bernyanyi ketika saya duduk di atas pangkin itu. A jelas-jelas C samar-samar B sayup-sayup D jauh-jauh 4. Selepas mesyuarat mereka minum sambil _____ di tepi kolam renang itu. A berbual-bual C bercakap-cakap C berehat-rehat D berbaring-baring 5. Encik Razak membawa _______ dari Surabaya untuk kami. A oleh-oleh C abuk-abuk B otak-otak D sagu-sagu 6. Beberapa ekor ______ yang berwarna –warni terbang di dalam rumah kami. A kupu-kupu C labah-labah B pijat-pijat D labi-labi 7. Suasana dalam mesyuarat itu ______ apabila dua pihak berbalah. A huru-hara C lintang-pukang B hingar-bingar D porak-peranda

Upload: shaan7821

Post on 23-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL 11

MODUL 11

LATIHAN : KATA GANDA

1. Sejak berpindah ke bandar ,Sukri tidak _________ lagi tentang perkembangan yang berlaku di

kampung itu.

A tanya-menanya C kenal-mengenal

B tahu-menahu D tengok – menengok

2. Gadis itu _______ ke pejabat kerana sudah lewat.

A terkial-kial C tercungap-cungap

B terkinja-kinja D terkocoh-kocoh

3. Kedengaran _______ suara orang bernyanyi ketika saya duduk di atas pangkin itu.

A jelas-jelas C samar-samar

B sayup-sayup D jauh-jauh

4. Selepas mesyuarat mereka minum sambil _____ di tepi kolam renang itu.

A berbual-bual C bercakap-cakap

C berehat-rehat D berbaring-baring

5. Encik Razak membawa _______ dari Surabaya untuk kami.

A oleh-oleh C abuk-abuk

B otak-otak D sagu-sagu

6. Beberapa ekor ______ yang berwarna –warni terbang di dalam rumah kami.

A kupu-kupu C labah-labah

B pijat-pijat D labi-labi

7. Suasana dalam mesyuarat itu ______ apabila dua pihak berbalah.

A huru-hara C lintang-pukang

B hingar-bingar D porak-peranda

Page 2: MODUL 11

8. Jalan raya yang _____ itu amat berbahaya khususnya kepada penunggang motosikal dan basikal.

A lintang-pukang C lekuk-lekak

B lintang-kedak D kacau-bilau

9. Seorang pekerja bahagian stor telah diberhentikan ______ oleh pihak pengurusan pasar raya itu

kerana masalah disiplin.

A terus-menerus C serta-merta

B pontang-panting D tunggang-langgang

10. _______ penceroboh itu sedang diperhatikan oleh pihak keselamatan melalui kamera litar

tertutup.

A Tingkah-laku C Gerak-geri

B Sorak-sorai D Desas-desus

11. Jalan raya yang baru diturap itu memudahkan kami _____ ke tempat kerja.

A ulang-alik C mundar-mandir

B pindah-randah D lalu-lalang

12. ______ waris keluarga yang ditimpa kemalangan itu masih kedengaran.

A Kumat-kamit C Bongkar-bangkir

B Senda-gurau D Sedu-sedan

13. Ada _______ yang mengatakan bahawa pengurus syarikat itu akan meletakkan jawatan.

A tindak-tanduk C corat-coret

B karut-marut D desas-desus

14. Mata budak itu _______ apabila dimarahi oleh ibunya.

A terkebil-kebil C terkelip-kelip

B terkial-kial D terikut-ikut

Page 3: MODUL 11

15. Penjahat itu ______ untuk melepaskan diri.

A melaung-laung C meraung-raung

B meronta-ronta D menarik-narik

16. Para penyokong pasukan bola sepak Selangor _______ apabila Bambang berjaya menjaringkan

gol.

A terkial-kial C terkebil-kebil

B terikut-ikut D terlonjak-lonjak

17. Pelbagai program telah diatur demi menggalakkan penduduk taman itu ______ antara satu

sama lain.

A percaya-mempercayai C perlu-memerlukan

B kasih-mengasihi D kenal-mengenal

18. ”Budi cikgu akan saya kenang _______ ,” kata Fatin.

A sekuat-kuatnya C selama-lamanya

B semalam-malaman D sehari-harian

19. Kita jangan mudah ______ akan cara hidup barat.

A terambil-ambil C terikut-ikut

B tertiru-tiru D terbuai-buai

20. Sampah sarap yang _____ di Sungai Kelantan itu adalah akibat daripada perbuatan segelintir

orang yang tidak bertanggungjawab.

A tertimbul-timbul C tersekat-sekat

B tertindih-tindih D terapung-apung