modul 10isi tempat kosong 1. akhirnya, aida _____ perasaan cintanya terhadap azman. 2. julian...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR2 B Modul 10 Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 16-Mar-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR2B

Modul 10

Nama : ____________________________

Page 2: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

Program Bahasa Melayu Edubest Modul 10

A. Perbendaharaan Kata & Bacaan

a. Perbendaharaan Kata

Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思

1 pengukir

-tukang ukir

雕 刻 家

2 mahir

-pandai melakukan sesuatu kerja

熟 练

3 dilantik

-dipilih

被 委 任

4 zaman

-abad, masa

时 代

5 pemerintahan

-pentadbiran

统 治

6 beraneka

-pelbagai jenis

各 种

7 dayang

-gadis-gadis pelayan di istana

宫 女

8 rupawan

-rupa yang cantik

美 貌

9

terpegun

-terperanjat (terkaku sehingga tidak berkata

apa-apa)

呆 住 了

10 keunikan

-keluarbiasaan, keistimewaan

独 特

11 jatuh hati

-suka, cinta

爱 上

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

12 meluahkan

-mengeluarkan dari mulut (perasaan)

说 出

13 isi hati

-perasaan

内 心 的 感 受

14 keayuan

-kecantikan

美 丽

15 wajah

-rupa

样 貌

16 memikat hati

-menarik hati

吸 引

17 bermuram durja

-bermasam muka

愁 眉 苦 脸

18 mendesak

-meminta dengan bersungguh-sungguh

催 逼

19 marmar

-sejenis batu yang diperoleh daripada batu kapur

大 理 石

20

membuktikan

-memperlihatkan sesuatu, menunjukkan dengan

bukti

证 明

21 kubah

-bumbung yang lengkung seperti masjid

圆 屋 顶

22 menara

-bangunan yang tinggi untuk sesuatu kegunaan

23 penjuru

-sudut

角 落

24 secepat mungkin

-secepat yang boleh

尽 快

25 bertungkus-lumus

-bekerja keras

卖 命

26 hasrat

-keinginan yang kuat, kehendak

心 愿

27 mengotakan

-menunaikan janji

守 诺 言

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

28 kemangkatan

-kematian (kerabat diraja)

驾 崩

29 maharani

-raja perempuan, permaisuri

皇 后/ 女 皇

30 maharaja

-raja besar

皇 帝

31 memperingati

-mengenangkan

纪 念

32 makam

-kubur

坟 墓

33 terpesona

-terpukau, terpikat

被 迷 住 了

34 menawarkan

-memberi

给/ 献 上

35 lumayan

-agak banyak

丰 厚/ 多

b. Latihan Perbendaharaan kata – Isi tempat kosong

1. Akhirnya, Aida _________________ perasaan cintanya terhadap

Azman.

2. Julian berusaha untuk __________________ kebolehannya

bermain bola tampar kepada jurulatihnya.

3. Kita hendaklah ________________ janji yang telah kita

taburkan agar orang lain mempercayai kita.

4. ___________________ jenis kuih dijual di sepanjang jalan

dalam bulan Ramadan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

5. Negara kita semakin maju di bawah _____________________

raja yang berjiwa rakyat itu.

6. Hari Kebangsaan disambut untuk ___________________

kemerdekaan negara kita.

7. Borang penyertaan itu hendaklah dikirim ___________________

supaya tidak melewati tarikh tutup pertandingan itu.

8. Ibu bapa ________________ untuk mencari nafkah hidup

semata-mata kerana menyayangi anak mereka.

9. Murid-murid ________________ dengan persembahan Alan yang

menakjubkan itu.

10. Kuan Seng telah _______________ oleh guru darjah sebagai

ketua darjah.

11. Hadiah yang ________________ menanti para pemenang

peraduan melukis itu.

12. Ayah ________________ apabila melihat abang yang telah

menghilangkan diri selama tiga bulan itu muncul di depan pintu

rumah.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

Taj Mahal

Pada suatu masa dahulu, ada seorang pengukir yang sangat mahir di

negara India. Pengukir itu bernama Azad Khan. Azad Khan telah dilantik

sebagai Pengukir Diraja pada zaman pemerintahan Maharaja Shah

Jahan. Pekerjaan seharian Azad Khan ialah mengukir beraneka jenis

barang yang cantik untuk maharaja.

Pada suatu hari, Maharaja Shah Jahan meminta Azad Khan

mengukir sebuah patung kayu untuk dihadiahkan kepada Maharani

Muntaz. Maharaja Shah Jahan sangat gembira apabila Azad Khan

mengukir sebuah patung yang cantik. Baginda pun memberikan hadiah

yang banyak kepada Azad Khan.

Dayang kesayangan maharani, iaitu Neelam ternampak akan patung

yang cantik itu. Neelam merupakan seorang gadis yang sunggguh

rupawan. Neelam terpegun oleh keunikan patung itu. Dalam diam-diam,

Neelam jatuh hati kepada pengukirnya. Akhirnya, Neelam memutuskan

untuk meluahkan isi hatinya kepada Azad Khan.

Pada suatu malam, Neelam mencuri keluar dari biliknya lalu pergi

ke bilik Azad Khan. Azad Khan terkejut apabila mendapati seorang gadis

berdiri di muka pintu biliknya. Keayuan wajah Neelam berjaya memikat

hati Azad Khan.

Namun begitu, Azad Khan dan Neelam tahu mereka tidak boleh

berkahwin. Hal ini adalah kerana dayang istana tidak dibenarkan

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

berkahwin. Sejak pertemuan itu, Neelam asyik bermuram durja.

Kesedihan Neelam dapat dikesan oleh Maharani Muntaz.

Setelah maharani mendesaknya, Neelam terpaksa menceritakan

perkara yang sebenar. Neelam berasa amat gembira kerana Maharani

Muntaz mengizinkan Neelam berkahwin dengan kekasihnya.

Maharani berjaya memujuk Maharaja Shah Jahan supaya

mengaturkan majlis perkahwinan untuk mereka berdua. Azad Khan dan

Neelam pun dikahwinkan dan hidup bahagia.

“Kanda akan membina sebuah bangunan yang indah untuk dinda.

Kanda akan mengukirnya dengan marmar putih demi membuktikan cinta

kanda,” Azad Khan berjanji kepada Neelam.

Azad Khan pun mengukir contoh bangunan itu dengan tekun.

Bangunan itu mempunyai sebuah kubuh yang besar dan empat buah

menara yang tinggi pada setiap penjurunya. Azad Khan mahu mendirikan

bangunan itu dengan secepat mungkin. Azad Khan sedar bahawa dia

memerlukan wang yang banyak untuk membina bangunan tersebut. Oleh

itu, dia bekerja dengan bertungkus-lumus untuk mengumpul wang.

“Dinda berasa kasihan apabila melihat kanda bekerja keras untuk

membina bangunan ini. Janganlah kanda risau, hasrat kanda untuk

mendirikan bangunan itu sudah cukup menggembirakan dinda,” kata

Neelam.

“Tidak, Neelam. Kanda mesti mengotakan janji kanda kepada

dinda,” Azad Khan tetap berdegil.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

Tidak lama kemudian, rakyat India dikejutkan dengan berita

kemangkatan Maharani Muntaz. Seluruh rakyat India berdukacita atas

kemangkatan maharani kesayangan mereka.

Maharaja Shah Jahan bercadang untuk membina sebuah bangunan

bagi memperingati kemangkatan Maharani Muntaz. Baginda mahu

rakyatnya tahu betapa dalamnya kasih baginda terhadap maharani.

Baginda telah menyerahkan tugas tersebut kepada Azad Khan.

Setelah berminggu-minggu lamanya, Azad Khan tidak dapat memikirkan

reka bentuk yang baik untuk makam itu.

“Berikan sahaja reka bentuk bangunan yang kanda reka untuk

dinda,” cadang Neelam.

“Tidak boleh, Neelam. Bangunan ini kanda ukirkan khas untukmu.

Kanda tidak akan menyerahkannya kepada sesiapa pun,” balas Azad Khan.

Neelam seorang yang bijak. Neelam sering menceritakan kebaikan

maharani. Neelam juga mengingatkan Azad Khan bahawa Maharani

Muntaz pernah menolong mereka dahulu. Jika bukan disebabkan bantuan

maharani, mereka berdua tidak mungkin dapat hidup bersama.

Setelah mendengar kata-kata isterinya, Azad Khan berasa

menyesal kerana mementingkan diri sendiri. Akhirnya, Azad Khan

bersetuju untuk menyerahkan reka bentuk bangunan itu kepada

Maharaja Shah Jahan.

Maharaja Shah Jahan terpesona dengan reka bentuk bangunan

yang unik itu. Baginda tidak menyangka Azad Khan dapat mengukir

contoh bangunan yang begitu indah. Baginda menawarkan hadiah yang

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

lumayan kepada Azad Khan. Namun, Azad Khan enggan menerima wang

tersebut.

Baginda pun memerinth arkitek yang mahir dalam bidang masing-

masing untuk membina makam tersebut. Makam tersebut diberi nama

Taj Mahal. Makam ini masih kekal hingga ke hari ini. Makam itu juga

membuktikan cinta Maharaja Shah Jahan terhadap isterinya.

B. Pemahaman

1. Mengapakah Neelam mengambil keputusan untuk berjumpa dengan

Pengukir Diraja ?

A. jatuh cinta kepadanya

B. ingin meluahkan rasa cintanya

C. ingin mempelajari cara mengukir

D. menaruh hari kepadanya dan ingin meluahkan isi hatinya

2. Apakah yang menyebabkan Neelam bermuram durja ?

A. kerana dia tidak dapat berjumpa dengan pengukir

B. kerana dia tidak boleh berkahwin dengan pengukir

C. kerana dia tidak boleh berkahwin dengan maharaja

D. kerana dia tidak dapat mempelajari kemahiran mengukir

3. Bagaimanakah Azad Khan dan Neelam menghargai jasa maharani

terhadap mereka berdua ?

A. membina istana untuk mereka

B. menyerahkan reka bentuk Taj Mahal kepada maharaja

C. menyerahkan wang yang diperolehi kepada maharaja

D. mereka sebuah Taj Mahal yang baru untuk maharaja

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

4. Mengapakah bangunan Taj Mahal sangat bererti kepada Maharaja

Shah Jahan ? (KBAT)

_____________________________________________________

_____________________________________________________

5. Apakah pengajaran yang kamu perolehi daripada cerita ini ? (KBAT)

_____________________________________________________

_____________________________________________________

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

C. Tatabahasa

Nota Ringkas:

1. Imbuhan awalan ber-, be-, bel-

Perkataan yang berimbuhan ber-, be- dan bel- membawa maksud :

Bil

Maksud perkataan

berimbuhan awalan

ber-

Contoh Contoh Ayat

1 melakukan sendiri

berehat,

berbaring

Nenek sedang berehat di

bilik.

2

perbuatan yang

melibatkan 2 pihak

bertemu,

bergaduh

Adik selalu bergaduh

dengan abang atas

perkara yang remeh-

temeh.

3

memiliki/mempunyai berumah,

berkereta

Alias sudah berumah

banglo walaupun hanya

berusia dua puluhan.

4 menggunakan

berkasut,

bertopi

Pemuda yang bertopi itu

ialah abang saya.

5 bersama

berlima,

berenam

Mereka pergi ke pekan

berlima.

6 menghasilkan /

mengeluarkan

bertelur,

berbunga

Pokok mangga itu

berbunga setelah dua

tahun ditanam.

7 sudah dilakukan

berjahit,

bertulis

Baju saya yang koyak tiu

belum berjahit.

1. Imbuhan be- digunakan untuk perkataan yang bermula dengan “r”.

2. Pengecualian : bekerja,

3. Imbuhan bel- digunakan untuk dalam perkataan “belajar”

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

Latihan 1.1

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

bersalam berdua berdiam belajar berenang

beratur berilmu berkawan berkemeja berbasikal

1. Fahmi dan Zahrul _______________ mengelilingi kampung pada

setiap hari.

2. Nani ________________ dengan anak Puan Salma sejak dia

berpindah ke situ.

3. Pemuda yang __________________ batik itu ialah pak cik saya.

4. Kami _________________ dengan datuk dan nenek sebelum pulang

ke bandar.

5. Para penumpang dikehendaki ________________ sewaktu menaiki

bas.

6. Nelayan itu _______________ ke pantai sejak perahunya karam.

7. Farid dan Faisal ialah sepupu. Mereka ________________ di

sekolah yang sama.

8. Azizi hanya ________________ diri sewaktu dimarahi ibunya.

9. Mereka ________________ bermasam muka sejak tiga hari yang

lalu.

10. Mengamalkan tabiat membaca dapat melahirkan masyarakat yang

_________________.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

Latihan 1.2

Betulkan penggunaan imbuhan pada perkataan yang bergaris. (KBAT)

1. Mak Cik Esah sering behutang dengan Pak Cik Din semenjak kematian

suaminya.

2. Afendi mula belrubah sikap setelah memenangi kuiz itu.

3. Seseorang pemimpin mestilah besikap adil dalam menjalankan

pemerintahannya.

4. Pak Jusoh beteduh di bawah pokok yang rendang setelah penat

bekerja di sawah.

5. Nenek sering berrasa sengal pada lututnya, terutama pada awal pagi.

6. Nadia becakap dengan sopan apabila berhadapan dengan orang yang

lebih tua daripadanya.

7. Sekumpulan belia di kampung itu mengadakan ekspedisi belrakit di

Jeram Besu.

8. Semua anggota keselamatan di negara ini diwajibkan berrambut

pendek.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

2. Imbuhan awalan di-

Perkataan berimbuhan awalan di- membawa maksud “kena buat”

Contoh: Kain ini dicuci oleh Leela petang tadi.

3. Imbuhan awalan ter

Perkataan berimbuhan awalan ter- membawa maksud:

Maksud perkataan

berimbuhan

awalan ter-

Contoh Contoh Ayat

1. tidak sengaja terpukul,

terambil

Ibu terpukul adik semasa hendak

memukul abang.

2. paling

tercantik,

terbesar

Pulau Tioman merupakan salah

sebuah pulau yang tercantik di

dunia.

3. mampu

melakukan

tertelan,

tertulis Ayah tertelan ubat yang pahit itu.

4. sudah dilakukan terhidang,

terbina

Setibanya saya di rumah, lauk

masakan ibu terhidang di atas

meja.

Latihan 2.1

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

termuntah ditangkap tersepak ditulis

dipukul terbalik terpijak disapu

dipanjat terbaring

1. Badrul _________________ tunggul kayu sewaktu pulang daripada

mengaji.

2. Pokok yang tinggi itu tidak dapat ________________ oleh Afendi.

3. Iskandar telah _________________ oleh beberapa orang budak

nakal.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

4. Abang __________________ di anjung rumah setelah letih bermain

bola.

5. Haslina __________________ kerana tidak tahan dengan bau yang

busuk itu.

6. Seekor ular sawa sepanjang dua meter telah __________________

oleh penduduk kampung.

7. Karangan yang baik ________________ oleh murid Tahun Empat

Cekal.

8. Datuk _________________ paku semasa dalam perjalanan ke surau.

9. Sampan yang mereka naiki ________________ kerana terlebih

muatan.

10. Luka pada siku Salman __________________ ubat untuk mengelak

jangkitan kuman.

( %)

Latihan 2.2

Beri imbuhan yang sesuai pada perkataan yang bergaris. (KBAT)

1. Dahi Jamal benjol kerana langgar tiang gol.

2. Bungkusan itu hendak hantar ke luar negara.

3. “Aku tidak beli kereta yang mahal itu,” kata Encik Hassan kepada

kawannya.

4. Ikan masin itu sangat enak jika masak lemak bersama nanas.

5. Harimau yang mengganas di kampung itu buru oleh pasukan Perhilitan

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

dengan bantuan penduduk.

6. Fiza ambil buku Lina yang diletakkan di atas mejanya.

7. Adik Sazmi dikejarkan ke hospital kerana telan duit syiling lima sen.

8. Lelaki itu hukum penjara empat bulan atas kesalahan mencuri.

( %)

3. Imbuhan awalan se-

Perkataan berimbuhan awalan se- membawa maksud:

Maksud perkataan

berimbuhan

awalan se-

Contoh Contoh Ayat

1. satu seekor,

sekalung

Seekor anjing mati dalam

kejadian tanah runtuh itu.

2. sama sejawat, sebilik Ayah melawat ke Kuantan dengan

rakan sejawatnya.

3. seluruh, semua sepanjang,

sekeluarga

Kerbau boleh bekerja sepanjang

hari.

4. tidak tentu sesiapa,

seberapa

Sesiapa yang tidak berpuas hati

bolelah berjumpa dengan ketua

darjah.

5. masa sesuatu

perbuatan

sebelum,

sesudah

Sebelum pergi ke sekolah, saya

bersarapan.

6. darjah adverba

/adjektif yang

penghabisan

selewat-lewat,

setinggi-tinggi

Hantar kerja kamu ke pajabat

selewat-lewatnya pada hari esok.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

4. Imbuhan awalan ke-

Perkataan berimbuhan awalan ke- membawa maksud:

Maksud perkataan

berimbuhan

awalan ke-

Contoh Contoh Ayat

1. kata nama

terbitan

ketua, kekasih,

kehendak

Laila dilantik sebagai ketua dalam

projek itu.

2. kata bilangan

tingkat ketiga, keseribu

Puan Maimun telah membeli

kereta Proton Waja yang

keseribu.

3. kata bilangan

himpunan

kesemua,

ketujuh-tujuh

Kesemua harta benda Encik Lim

musnah dalam kebakaran itu.

Latihan 3.1

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

sebaik-baik ketiga-tiga kedua sepantas

kekasih sesudah kesemua sekuat-kuat

1. Alia tidak dapat berjalan _________________ kakaknya kerana

kakinya sakit.

2. __________________ ekor anak kambing Pak Wan mati kerana

termakan rumput yang beracun.

3. Kakak memperkenalkan _________________nya kepada ayah dan

ibu.

4. “Rumah Wak Leman adalah yang _________________ dari sebelah

kanan surau,” terang Hafizam kepada pemuda itu.

5. “_________________nya, kamu bawa bekalan sendiri kerana harga

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

makanan di sana sangat mahal,” kata Cikgu Rohaida kepada peserta

rombongan.

6. Farah dan adiknya membasuh pinggan mangkuk ________________

makan.

7. Pak Cik Murad menarik tali lembunya yang tidak mahu berganjak dari

bawah pokok dengan __________________ hatinya.

8. __________________ peserta yang akan bertanding sebentar lagi

diminta bersedia.

( %)

Latihan 3.2

Beri imbuhan yang sesuai pada perkataan bergaris. (KBAT)

1. Kereta ayah besar tidaklah besar kereta ayah Nasuha.

2. Adik suka makan lapisan dua kek itu kerana berperisa coklat.

3. Seminar selama hari di Auditorium Universiti Malaya akan dirasmikan

oleh Menteri Pendidikan.

4. Empat orang murid yang ponteng sekolah semalam telah dipanggil oleh

Guru Besar.

5. Ayah meletakkan tandan pisang yang dibawa pulang dari kebun di atas

para-para.

6. Orang yang mengidap kencing manis mesti mengurangkan pengambilan

makanan yang manis.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

7. Pemuda itu ialah orang yang lima berhenti kerja kerana tidak tahan

dengan kerenah majikannya.

8. Semua buku yang dibeli oleh ayah akan disimpan di dalam bilik bacaan.

( %)

D. Pertuturan

Bacaan 4 : Bacaan Bestari 4

1. Bagaimanakah gempa bumi berlaku ?

2. Apakah negara yang paling kerap dilanda gempa bumi ?

3. Apakah kesan gempa bumi ? Sebutkan satu daripada

akibatnya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

E. Penulisan

Karangan Jenis Biografi

Panduan Mengarang

1. Karangan biografi menceritakan riwayat hidup atau kehidupan

harian seseorang, seperti tokoh, ahli keluarga, sahabat, guru dan

sebagainya.

2. Penulis mestilah mengenali orang yang ditulis dengan mendalam.

3. Aspek luaran seperti rupa dan aspek dalaman seperti sifat atau

perangai orang yang ditulis haruslah disentuh kalau dirinya ditulis.

Jika menulis tentang riwayat hidup, kehidupan atau tugas harian,

aspek luaran boleh ditinggalkan.

4. Perhubungan dia dengan orang lain seperti ahli keluarga atau

kawan juga hendaklah ditulis. Akhirnya, menyatakan perasaan atau

harapan anda terhadap orang yang ditulis rapat dengan anda.

Karangan Contoh:

Pak Malim seorang nelayan. Umurnya 45 tahun. Dia tinggal di

Kampung Kuala Kedah, Kedah Darul Aman. Tmmahnya berhampiran

dengan laut. Semasa kecil, Pak Malim bersekolah sehingga Tahun Enam.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

Pak Malim bekerja sebagai nelayan sudah lebih daripada dua puluh

tahun. Sejak ia berhenti sekolah, ia menolong bapanya menjaring ikan di

laut. Kemudian, Pak Malim bekerja dengan tauke Cina. Gaji yang diterima

tidak banyak. Hidup Pak Malim seperti kata pepatah “Kais pagi makan

pagi, kais petang makan petang”.

Pak Malim berusaha untuk membaiki kehidupannya. Dia telah

memohon pinjaman untuk membeli bot dan peralatan menangkap ikan.

Dengan menggunakan bot tersebut, Pak Malim dapat pergi ke tengah

laut dan mendapat hasil yang lebih banyak.

Kini, kehidupan Pak Malim sudah berubah. Dia mempunyai lima

orang pekerja untuk membantunya. Ikan-ikan yang biasa ditangkap ialah

tenggiri, bawal, gelama, kembung dan cencaru. Ikan-ikan itu dijual

secara borong. Sebahagian daripada hasil jualan ikan digunakan untuk

membayar gaji pekerja. Sebahagian lagi digunakan untuk membayar

pinjaman.

Pak Malim berhasrat untuk membesarkan lagi perusahaan

perikanannya. Oleh itu, dia terpaksa berjima cermat dan berusaha

dengan sungguh-sungguh untuk menambahkan pendapatannya. Pak Malim

percaya bahawa dengan cara ini sahaja ia akan beroleh kejayaan.

Latihan 1: Kehidupan Seorang Guru

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Latihan 2 : Kehidupan Seorang Penjaja

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 20

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 23: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

Input Bahasa

Simpulan Bahasa

1. perang dingin : Perang

secara gertak-

menggertak / berselisih

faham sehingga tidak

bercakap antara satu

sama lain

2. ringan tulang : Rajin

bekerja

3. serkap jarang :

menuduh secara tanpa

usul periksa

4. telinga kuali : Orang

yang tahan hati

walaupun dimarahi oleh

orang lain

5. ambil hati : Berasa

tersinggung

6. Bau-bau bacang :

Hubungan persaudaraan

yang jauh

7. Cepat tangan : Suka

mencuri

8. Hidung belang : Lelaki

yang suka mengusik

perempuan

9. Jinak merpatu :

Perempuan yang pandai

menjaga diri dalam

pergaulan

10. Kepala batu : Orang

yang degil

Pintar Kata

(Perkataan Banyak Makna)

1. mentah

a. belum masak:

Buah pisang

yang masih

mentah itu

kelat rasanya.

b. belum matang:

Anak gadis

yang masih

mentah itu

mudah

mempercayai

orang lain.

c. belum diproses:

Bahan-bahan

mentah ini akan

dihantar ke

kilang untuk

diproses.

2. nilai

a. harga sesuatu

barang:

Berapakah nilai

sebidang tanah

di tempat ini ?

b. mutu :Lukisan

Picasso tingi

nilainya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 21

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 24: Modul 10Isi tempat kosong 1. Akhirnya, Aida _____ perasaan cintanya terhadap Azman. 2. Julian berusaha untuk _____ kebolehannya bermain bola tampar kepada jurulatihnya. 3. Kita taburkan

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my