@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR2B
Modul 10
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Program Bahasa Melayu Edubest Modul 10
A. Perbendaharaan Kata & Bacaan
a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思
1 pengukir
-tukang ukir
雕 刻 家
2 mahir
-pandai melakukan sesuatu kerja
熟 练
3 dilantik
-dipilih
被 委 任
4 zaman
-abad, masa
时 代
5 pemerintahan
-pentadbiran
统 治
6 beraneka
-pelbagai jenis
各 种
7 dayang
-gadis-gadis pelayan di istana
宫 女
8 rupawan
-rupa yang cantik
美 貌
9
terpegun
-terperanjat (terkaku sehingga tidak berkata
apa-apa)
呆 住 了
10 keunikan
-keluarbiasaan, keistimewaan
独 特
11 jatuh hati
-suka, cinta
爱 上
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
12 meluahkan
-mengeluarkan dari mulut (perasaan)
说 出
13 isi hati
-perasaan
内 心 的 感 受
14 keayuan
-kecantikan
美 丽
15 wajah
-rupa
样 貌
16 memikat hati
-menarik hati
吸 引
17 bermuram durja
-bermasam muka
愁 眉 苦 脸
18 mendesak
-meminta dengan bersungguh-sungguh
催 逼
19 marmar
-sejenis batu yang diperoleh daripada batu kapur
大 理 石
20
membuktikan
-memperlihatkan sesuatu, menunjukkan dengan
bukti
证 明
21 kubah
-bumbung yang lengkung seperti masjid
圆 屋 顶
22 menara
-bangunan yang tinggi untuk sesuatu kegunaan
塔
23 penjuru
-sudut
角 落
24 secepat mungkin
-secepat yang boleh
尽 快
25 bertungkus-lumus
-bekerja keras
卖 命
26 hasrat
-keinginan yang kuat, kehendak
心 愿
27 mengotakan
-menunaikan janji
守 诺 言
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
28 kemangkatan
-kematian (kerabat diraja)
驾 崩
29 maharani
-raja perempuan, permaisuri
皇 后/ 女 皇
30 maharaja
-raja besar
皇 帝
31 memperingati
-mengenangkan
纪 念
32 makam
-kubur
坟 墓
33 terpesona
-terpukau, terpikat
被 迷 住 了
34 menawarkan
-memberi
给/ 献 上
35 lumayan
-agak banyak
丰 厚/ 多
b. Latihan Perbendaharaan kata – Isi tempat kosong
1. Akhirnya, Aida _________________ perasaan cintanya terhadap
Azman.
2. Julian berusaha untuk __________________ kebolehannya
bermain bola tampar kepada jurulatihnya.
3. Kita hendaklah ________________ janji yang telah kita
taburkan agar orang lain mempercayai kita.
4. ___________________ jenis kuih dijual di sepanjang jalan
dalam bulan Ramadan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Negara kita semakin maju di bawah _____________________
raja yang berjiwa rakyat itu.
6. Hari Kebangsaan disambut untuk ___________________
kemerdekaan negara kita.
7. Borang penyertaan itu hendaklah dikirim ___________________
supaya tidak melewati tarikh tutup pertandingan itu.
8. Ibu bapa ________________ untuk mencari nafkah hidup
semata-mata kerana menyayangi anak mereka.
9. Murid-murid ________________ dengan persembahan Alan yang
menakjubkan itu.
10. Kuan Seng telah _______________ oleh guru darjah sebagai
ketua darjah.
11. Hadiah yang ________________ menanti para pemenang
peraduan melukis itu.
12. Ayah ________________ apabila melihat abang yang telah
menghilangkan diri selama tiga bulan itu muncul di depan pintu
rumah.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Taj Mahal
Pada suatu masa dahulu, ada seorang pengukir yang sangat mahir di
negara India. Pengukir itu bernama Azad Khan. Azad Khan telah dilantik
sebagai Pengukir Diraja pada zaman pemerintahan Maharaja Shah
Jahan. Pekerjaan seharian Azad Khan ialah mengukir beraneka jenis
barang yang cantik untuk maharaja.
Pada suatu hari, Maharaja Shah Jahan meminta Azad Khan
mengukir sebuah patung kayu untuk dihadiahkan kepada Maharani
Muntaz. Maharaja Shah Jahan sangat gembira apabila Azad Khan
mengukir sebuah patung yang cantik. Baginda pun memberikan hadiah
yang banyak kepada Azad Khan.
Dayang kesayangan maharani, iaitu Neelam ternampak akan patung
yang cantik itu. Neelam merupakan seorang gadis yang sunggguh
rupawan. Neelam terpegun oleh keunikan patung itu. Dalam diam-diam,
Neelam jatuh hati kepada pengukirnya. Akhirnya, Neelam memutuskan
untuk meluahkan isi hatinya kepada Azad Khan.
Pada suatu malam, Neelam mencuri keluar dari biliknya lalu pergi
ke bilik Azad Khan. Azad Khan terkejut apabila mendapati seorang gadis
berdiri di muka pintu biliknya. Keayuan wajah Neelam berjaya memikat
hati Azad Khan.
Namun begitu, Azad Khan dan Neelam tahu mereka tidak boleh
berkahwin. Hal ini adalah kerana dayang istana tidak dibenarkan
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
berkahwin. Sejak pertemuan itu, Neelam asyik bermuram durja.
Kesedihan Neelam dapat dikesan oleh Maharani Muntaz.
Setelah maharani mendesaknya, Neelam terpaksa menceritakan
perkara yang sebenar. Neelam berasa amat gembira kerana Maharani
Muntaz mengizinkan Neelam berkahwin dengan kekasihnya.
Maharani berjaya memujuk Maharaja Shah Jahan supaya
mengaturkan majlis perkahwinan untuk mereka berdua. Azad Khan dan
Neelam pun dikahwinkan dan hidup bahagia.
“Kanda akan membina sebuah bangunan yang indah untuk dinda.
Kanda akan mengukirnya dengan marmar putih demi membuktikan cinta
kanda,” Azad Khan berjanji kepada Neelam.
Azad Khan pun mengukir contoh bangunan itu dengan tekun.
Bangunan itu mempunyai sebuah kubuh yang besar dan empat buah
menara yang tinggi pada setiap penjurunya. Azad Khan mahu mendirikan
bangunan itu dengan secepat mungkin. Azad Khan sedar bahawa dia
memerlukan wang yang banyak untuk membina bangunan tersebut. Oleh
itu, dia bekerja dengan bertungkus-lumus untuk mengumpul wang.
“Dinda berasa kasihan apabila melihat kanda bekerja keras untuk
membina bangunan ini. Janganlah kanda risau, hasrat kanda untuk
mendirikan bangunan itu sudah cukup menggembirakan dinda,” kata
Neelam.
“Tidak, Neelam. Kanda mesti mengotakan janji kanda kepada
dinda,” Azad Khan tetap berdegil.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Tidak lama kemudian, rakyat India dikejutkan dengan berita
kemangkatan Maharani Muntaz. Seluruh rakyat India berdukacita atas
kemangkatan maharani kesayangan mereka.
Maharaja Shah Jahan bercadang untuk membina sebuah bangunan
bagi memperingati kemangkatan Maharani Muntaz. Baginda mahu
rakyatnya tahu betapa dalamnya kasih baginda terhadap maharani.
Baginda telah menyerahkan tugas tersebut kepada Azad Khan.
Setelah berminggu-minggu lamanya, Azad Khan tidak dapat memikirkan
reka bentuk yang baik untuk makam itu.
“Berikan sahaja reka bentuk bangunan yang kanda reka untuk
dinda,” cadang Neelam.
“Tidak boleh, Neelam. Bangunan ini kanda ukirkan khas untukmu.
Kanda tidak akan menyerahkannya kepada sesiapa pun,” balas Azad Khan.
Neelam seorang yang bijak. Neelam sering menceritakan kebaikan
maharani. Neelam juga mengingatkan Azad Khan bahawa Maharani
Muntaz pernah menolong mereka dahulu. Jika bukan disebabkan bantuan
maharani, mereka berdua tidak mungkin dapat hidup bersama.
Setelah mendengar kata-kata isterinya, Azad Khan berasa
menyesal kerana mementingkan diri sendiri. Akhirnya, Azad Khan
bersetuju untuk menyerahkan reka bentuk bangunan itu kepada
Maharaja Shah Jahan.
Maharaja Shah Jahan terpesona dengan reka bentuk bangunan
yang unik itu. Baginda tidak menyangka Azad Khan dapat mengukir
contoh bangunan yang begitu indah. Baginda menawarkan hadiah yang
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
lumayan kepada Azad Khan. Namun, Azad Khan enggan menerima wang
tersebut.
Baginda pun memerinth arkitek yang mahir dalam bidang masing-
masing untuk membina makam tersebut. Makam tersebut diberi nama
Taj Mahal. Makam ini masih kekal hingga ke hari ini. Makam itu juga
membuktikan cinta Maharaja Shah Jahan terhadap isterinya.
B. Pemahaman
1. Mengapakah Neelam mengambil keputusan untuk berjumpa dengan
Pengukir Diraja ?
A. jatuh cinta kepadanya
B. ingin meluahkan rasa cintanya
C. ingin mempelajari cara mengukir
D. menaruh hari kepadanya dan ingin meluahkan isi hatinya
2. Apakah yang menyebabkan Neelam bermuram durja ?
A. kerana dia tidak dapat berjumpa dengan pengukir
B. kerana dia tidak boleh berkahwin dengan pengukir
C. kerana dia tidak boleh berkahwin dengan maharaja
D. kerana dia tidak dapat mempelajari kemahiran mengukir
3. Bagaimanakah Azad Khan dan Neelam menghargai jasa maharani
terhadap mereka berdua ?
A. membina istana untuk mereka
B. menyerahkan reka bentuk Taj Mahal kepada maharaja
C. menyerahkan wang yang diperolehi kepada maharaja
D. mereka sebuah Taj Mahal yang baru untuk maharaja
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Mengapakah bangunan Taj Mahal sangat bererti kepada Maharaja
Shah Jahan ? (KBAT)
_____________________________________________________
_____________________________________________________
5. Apakah pengajaran yang kamu perolehi daripada cerita ini ? (KBAT)
_____________________________________________________
_____________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Tatabahasa
Nota Ringkas:
1. Imbuhan awalan ber-, be-, bel-
Perkataan yang berimbuhan ber-, be- dan bel- membawa maksud :
Bil
Maksud perkataan
berimbuhan awalan
ber-
Contoh Contoh Ayat
1 melakukan sendiri
berehat,
berbaring
Nenek sedang berehat di
bilik.
2
perbuatan yang
melibatkan 2 pihak
bertemu,
bergaduh
Adik selalu bergaduh
dengan abang atas
perkara yang remeh-
temeh.
3
memiliki/mempunyai berumah,
berkereta
Alias sudah berumah
banglo walaupun hanya
berusia dua puluhan.
4 menggunakan
berkasut,
bertopi
Pemuda yang bertopi itu
ialah abang saya.
5 bersama
berlima,
berenam
Mereka pergi ke pekan
berlima.
6 menghasilkan /
mengeluarkan
bertelur,
berbunga
Pokok mangga itu
berbunga setelah dua
tahun ditanam.
7 sudah dilakukan
berjahit,
bertulis
Baju saya yang koyak tiu
belum berjahit.
1. Imbuhan be- digunakan untuk perkataan yang bermula dengan “r”.
2. Pengecualian : bekerja,
3. Imbuhan bel- digunakan untuk dalam perkataan “belajar”
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1.1
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
bersalam berdua berdiam belajar berenang
beratur berilmu berkawan berkemeja berbasikal
1. Fahmi dan Zahrul _______________ mengelilingi kampung pada
setiap hari.
2. Nani ________________ dengan anak Puan Salma sejak dia
berpindah ke situ.
3. Pemuda yang __________________ batik itu ialah pak cik saya.
4. Kami _________________ dengan datuk dan nenek sebelum pulang
ke bandar.
5. Para penumpang dikehendaki ________________ sewaktu menaiki
bas.
6. Nelayan itu _______________ ke pantai sejak perahunya karam.
7. Farid dan Faisal ialah sepupu. Mereka ________________ di
sekolah yang sama.
8. Azizi hanya ________________ diri sewaktu dimarahi ibunya.
9. Mereka ________________ bermasam muka sejak tiga hari yang
lalu.
10. Mengamalkan tabiat membaca dapat melahirkan masyarakat yang
_________________.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1.2
Betulkan penggunaan imbuhan pada perkataan yang bergaris. (KBAT)
1. Mak Cik Esah sering behutang dengan Pak Cik Din semenjak kematian
suaminya.
2. Afendi mula belrubah sikap setelah memenangi kuiz itu.
3. Seseorang pemimpin mestilah besikap adil dalam menjalankan
pemerintahannya.
4. Pak Jusoh beteduh di bawah pokok yang rendang setelah penat
bekerja di sawah.
5. Nenek sering berrasa sengal pada lututnya, terutama pada awal pagi.
6. Nadia becakap dengan sopan apabila berhadapan dengan orang yang
lebih tua daripadanya.
7. Sekumpulan belia di kampung itu mengadakan ekspedisi belrakit di
Jeram Besu.
8. Semua anggota keselamatan di negara ini diwajibkan berrambut
pendek.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Imbuhan awalan di-
Perkataan berimbuhan awalan di- membawa maksud “kena buat”
Contoh: Kain ini dicuci oleh Leela petang tadi.
3. Imbuhan awalan ter
Perkataan berimbuhan awalan ter- membawa maksud:
Maksud perkataan
berimbuhan
awalan ter-
Contoh Contoh Ayat
1. tidak sengaja terpukul,
terambil
Ibu terpukul adik semasa hendak
memukul abang.
2. paling
tercantik,
terbesar
Pulau Tioman merupakan salah
sebuah pulau yang tercantik di
dunia.
3. mampu
melakukan
tertelan,
tertulis Ayah tertelan ubat yang pahit itu.
4. sudah dilakukan terhidang,
terbina
Setibanya saya di rumah, lauk
masakan ibu terhidang di atas
meja.
Latihan 2.1
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
termuntah ditangkap tersepak ditulis
dipukul terbalik terpijak disapu
dipanjat terbaring
1. Badrul _________________ tunggul kayu sewaktu pulang daripada
mengaji.
2. Pokok yang tinggi itu tidak dapat ________________ oleh Afendi.
3. Iskandar telah _________________ oleh beberapa orang budak
nakal.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Abang __________________ di anjung rumah setelah letih bermain
bola.
5. Haslina __________________ kerana tidak tahan dengan bau yang
busuk itu.
6. Seekor ular sawa sepanjang dua meter telah __________________
oleh penduduk kampung.
7. Karangan yang baik ________________ oleh murid Tahun Empat
Cekal.
8. Datuk _________________ paku semasa dalam perjalanan ke surau.
9. Sampan yang mereka naiki ________________ kerana terlebih
muatan.
10. Luka pada siku Salman __________________ ubat untuk mengelak
jangkitan kuman.
( %)
Latihan 2.2
Beri imbuhan yang sesuai pada perkataan yang bergaris. (KBAT)
1. Dahi Jamal benjol kerana langgar tiang gol.
2. Bungkusan itu hendak hantar ke luar negara.
3. “Aku tidak beli kereta yang mahal itu,” kata Encik Hassan kepada
kawannya.
4. Ikan masin itu sangat enak jika masak lemak bersama nanas.
5. Harimau yang mengganas di kampung itu buru oleh pasukan Perhilitan
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
dengan bantuan penduduk.
6. Fiza ambil buku Lina yang diletakkan di atas mejanya.
7. Adik Sazmi dikejarkan ke hospital kerana telan duit syiling lima sen.
8. Lelaki itu hukum penjara empat bulan atas kesalahan mencuri.
( %)
3. Imbuhan awalan se-
Perkataan berimbuhan awalan se- membawa maksud:
Maksud perkataan
berimbuhan
awalan se-
Contoh Contoh Ayat
1. satu seekor,
sekalung
Seekor anjing mati dalam
kejadian tanah runtuh itu.
2. sama sejawat, sebilik Ayah melawat ke Kuantan dengan
rakan sejawatnya.
3. seluruh, semua sepanjang,
sekeluarga
Kerbau boleh bekerja sepanjang
hari.
4. tidak tentu sesiapa,
seberapa
Sesiapa yang tidak berpuas hati
bolelah berjumpa dengan ketua
darjah.
5. masa sesuatu
perbuatan
sebelum,
sesudah
Sebelum pergi ke sekolah, saya
bersarapan.
6. darjah adverba
/adjektif yang
penghabisan
selewat-lewat,
setinggi-tinggi
Hantar kerja kamu ke pajabat
selewat-lewatnya pada hari esok.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Imbuhan awalan ke-
Perkataan berimbuhan awalan ke- membawa maksud:
Maksud perkataan
berimbuhan
awalan ke-
Contoh Contoh Ayat
1. kata nama
terbitan
ketua, kekasih,
kehendak
Laila dilantik sebagai ketua dalam
projek itu.
2. kata bilangan
tingkat ketiga, keseribu
Puan Maimun telah membeli
kereta Proton Waja yang
keseribu.
3. kata bilangan
himpunan
kesemua,
ketujuh-tujuh
Kesemua harta benda Encik Lim
musnah dalam kebakaran itu.
Latihan 3.1
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
sebaik-baik ketiga-tiga kedua sepantas
kekasih sesudah kesemua sekuat-kuat
1. Alia tidak dapat berjalan _________________ kakaknya kerana
kakinya sakit.
2. __________________ ekor anak kambing Pak Wan mati kerana
termakan rumput yang beracun.
3. Kakak memperkenalkan _________________nya kepada ayah dan
ibu.
4. “Rumah Wak Leman adalah yang _________________ dari sebelah
kanan surau,” terang Hafizam kepada pemuda itu.
5. “_________________nya, kamu bawa bekalan sendiri kerana harga
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
makanan di sana sangat mahal,” kata Cikgu Rohaida kepada peserta
rombongan.
6. Farah dan adiknya membasuh pinggan mangkuk ________________
makan.
7. Pak Cik Murad menarik tali lembunya yang tidak mahu berganjak dari
bawah pokok dengan __________________ hatinya.
8. __________________ peserta yang akan bertanding sebentar lagi
diminta bersedia.
( %)
Latihan 3.2
Beri imbuhan yang sesuai pada perkataan bergaris. (KBAT)
1. Kereta ayah besar tidaklah besar kereta ayah Nasuha.
2. Adik suka makan lapisan dua kek itu kerana berperisa coklat.
3. Seminar selama hari di Auditorium Universiti Malaya akan dirasmikan
oleh Menteri Pendidikan.
4. Empat orang murid yang ponteng sekolah semalam telah dipanggil oleh
Guru Besar.
5. Ayah meletakkan tandan pisang yang dibawa pulang dari kebun di atas
para-para.
6. Orang yang mengidap kencing manis mesti mengurangkan pengambilan
makanan yang manis.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
7. Pemuda itu ialah orang yang lima berhenti kerja kerana tidak tahan
dengan kerenah majikannya.
8. Semua buku yang dibeli oleh ayah akan disimpan di dalam bilik bacaan.
( %)
D. Pertuturan
Bacaan 4 : Bacaan Bestari 4
1. Bagaimanakah gempa bumi berlaku ?
2. Apakah negara yang paling kerap dilanda gempa bumi ?
3. Apakah kesan gempa bumi ? Sebutkan satu daripada
akibatnya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Penulisan
Karangan Jenis Biografi
Panduan Mengarang
1. Karangan biografi menceritakan riwayat hidup atau kehidupan
harian seseorang, seperti tokoh, ahli keluarga, sahabat, guru dan
sebagainya.
2. Penulis mestilah mengenali orang yang ditulis dengan mendalam.
3. Aspek luaran seperti rupa dan aspek dalaman seperti sifat atau
perangai orang yang ditulis haruslah disentuh kalau dirinya ditulis.
Jika menulis tentang riwayat hidup, kehidupan atau tugas harian,
aspek luaran boleh ditinggalkan.
4. Perhubungan dia dengan orang lain seperti ahli keluarga atau
kawan juga hendaklah ditulis. Akhirnya, menyatakan perasaan atau
harapan anda terhadap orang yang ditulis rapat dengan anda.
Karangan Contoh:
Pak Malim seorang nelayan. Umurnya 45 tahun. Dia tinggal di
Kampung Kuala Kedah, Kedah Darul Aman. Tmmahnya berhampiran
dengan laut. Semasa kecil, Pak Malim bersekolah sehingga Tahun Enam.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pak Malim bekerja sebagai nelayan sudah lebih daripada dua puluh
tahun. Sejak ia berhenti sekolah, ia menolong bapanya menjaring ikan di
laut. Kemudian, Pak Malim bekerja dengan tauke Cina. Gaji yang diterima
tidak banyak. Hidup Pak Malim seperti kata pepatah “Kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang”.
Pak Malim berusaha untuk membaiki kehidupannya. Dia telah
memohon pinjaman untuk membeli bot dan peralatan menangkap ikan.
Dengan menggunakan bot tersebut, Pak Malim dapat pergi ke tengah
laut dan mendapat hasil yang lebih banyak.
Kini, kehidupan Pak Malim sudah berubah. Dia mempunyai lima
orang pekerja untuk membantunya. Ikan-ikan yang biasa ditangkap ialah
tenggiri, bawal, gelama, kembung dan cencaru. Ikan-ikan itu dijual
secara borong. Sebahagian daripada hasil jualan ikan digunakan untuk
membayar gaji pekerja. Sebahagian lagi digunakan untuk membayar
pinjaman.
Pak Malim berhasrat untuk membesarkan lagi perusahaan
perikanannya. Oleh itu, dia terpaksa berjima cermat dan berusaha
dengan sungguh-sungguh untuk menambahkan pendapatannya. Pak Malim
percaya bahawa dengan cara ini sahaja ia akan beroleh kejayaan.
Latihan 1: Kehidupan Seorang Guru
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Latihan 2 : Kehidupan Seorang Penjaja
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Input Bahasa
Simpulan Bahasa
1. perang dingin : Perang
secara gertak-
menggertak / berselisih
faham sehingga tidak
bercakap antara satu
sama lain
2. ringan tulang : Rajin
bekerja
3. serkap jarang :
menuduh secara tanpa
usul periksa
4. telinga kuali : Orang
yang tahan hati
walaupun dimarahi oleh
orang lain
5. ambil hati : Berasa
tersinggung
6. Bau-bau bacang :
Hubungan persaudaraan
yang jauh
7. Cepat tangan : Suka
mencuri
8. Hidung belang : Lelaki
yang suka mengusik
perempuan
9. Jinak merpatu :
Perempuan yang pandai
menjaga diri dalam
pergaulan
10. Kepala batu : Orang
yang degil
Pintar Kata
(Perkataan Banyak Makna)
1. mentah
a. belum masak:
Buah pisang
yang masih
mentah itu
kelat rasanya.
b. belum matang:
Anak gadis
yang masih
mentah itu
mudah
mempercayai
orang lain.
c. belum diproses:
Bahan-bahan
mentah ini akan
dihantar ke
kilang untuk
diproses.
2. nilai
a. harga sesuatu
barang:
Berapakah nilai
sebidang tanah
di tempat ini ?
b. mutu :Lukisan
Picasso tingi
nilainya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B10 21
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my