modul 04

15
MODUL 4 JENIS-JENIS KRAF TRADISIONAL Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu: 1. Alat Domestik 2. Alat Permainan 3. Alat Pertahanan Diri 4. Batik 5. Seni Tekat 6. Tembikar 7. Seni Anyaman 8. Seni Ukiran Kayu 1. ALAT DOMESTIK merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Alat dan Bahan Alat : senduk Bahan : tempurung Senduk Sumber: malaysiana.pnm.my Alat : kukur kelapa

Upload: hc-tee

Post on 16-Jan-2016

305 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL 04

MODUL 4

JENIS-JENIS KRAF TRADISIONAL

Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:1. Alat Domestik2. Alat Permainan3. Alat Pertahanan Diri4. Batik5. Seni Tekat6. Tembikar7. Seni Anyaman8. Seni Ukiran Kayu

1. ALAT DOMESTIK merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu.

Alat dan Bahan

Alat : sendukBahan : tempurung

SendukSumber: malaysiana.pnm.my

Alat : kukur kelapa

Page 2: MODUL 04

Bahan : besi, kayu

Kukur kelapaSumber: http://ceriteradimensi.blogspot.com

Alat : tenggalaBahan : kayu

TenggalaSumber: www.mykedah.com

2. ALAT PERMAINANAlat permainan disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannya dimainkan untuk mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi. Contoh-contoh alat permainan kraf tradisional adalah wau dan gasing.

Wau

WauSumber: malaysiangames.blogspot.com

Page 3: MODUL 04

Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Johor Tahukah anda bahawa sejarah permainan wau bermula sejak 3000 tahun lalu dan muncul di Negara China? Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan sejak zaman pemerintahan Empayar Melaka. Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat, Wau Bayan, Wau Bulan, Wau Burung, Wau Ikan, Wau Helang, Wau Kucing, Wau Merak, WauJala Budi, Wau Katak, Wau Puyuh, Wau Sewah, Wau Payang dan banyak lagi nama yang kebanyakan dikenali di daerah masing-masing di tanah air.

Alat - Pisau raut, parang dan gunting. Bahan - Buluh, kertas, benang, gam dan kertas warna untuk corak.

Proses Membuat Wau1. Proses Memilih buluhBuluh yang dipilih mestilah buluh jenis yang kuat, liut dan ringan.

2. Meraut buluhMeraut buluh adalah proses yang memerlukan ketelitian. Bahagian kulit buluh tidak dibuang semasa meraut. Kemudian, bilah-bilah buluh di layur pada api sebelum dilentur.

3. Membentuk rangkaMembentuk rangka memerlukan kemahiran. Biasanya buluh betung di jadikan tulang kerana ianya kuat. Pada masa kini buluh perlu ditimbang untuk imbangan yang betul. Untuk membuat sayap dan ekor, gunakan buluh yang mudah dilentur. Benang yang baik digunakan untuk mengikat agar ianya tahan.

4. Proses menampal kertas dan corak padan rangkaKertas ditampal pada rangka wau mengikut saiz. Kertas adalah daripada jenis yang ringan. Kertas warna digunakan untuk membuat warna sebagai hiasan. Corak untuk motif adalah berdasarkan "flora dan fauna”.

Gasing

Kepelbagaian GasingSumber: budaya-melayu-kita.blogspot.com

Gasing merupakan jenis permainan tradisi yang popular di negara ini. Gasing dimainkan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi. Gasing jenis tradisional adalah jenis gasing yang dimainkan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu. lagi. (rujuk Rajah 6.5) Permainan ini merupakan permainan untuk mengisi masa lapang. Kebiasaannya permainan ini di lakukan selepas mereka selesai menuai padi dan juga selepas selesai berkebun. Permainan gasing juga boleh merapatkan persahabatan di antara masyarakat kampung. Oleh sebab itu permainan gasing

Page 4: MODUL 04

dikatakan sebagai permainan masyarakat.Jenis-jenis GasingTerdapat berbagai nama dan pelbagai bentuk gasing termasuklah Gasing Lang Laut, Gasing Leper, Gasing Uri dan Gasing Piring. Gasing juga mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu seperti Paksi, Temin, Turap Labu, Bahu, Leher, Kepala dan Patak. Terdapat tiga jenis gasing seperti Gasing Pangkah, Gasing Pemusing dan Gasing Hiasan.

AlatPembaris, kertas kaca, sesiku, pengarit, tolok luar, jangka lukis, ragum, kikir, berus kikir, gandin, kakak tua, apit, pemutar skru, tukul, gerudi, pelayar, gunting, pahat, andas, kapak, pelarik, gergaji dan sebagainya.BahanKayu, timah, besi, plumbum dan loyang.

Proses Membuat Gasing

1. Memilih kayu Kayu perlu dipilih daripada jenis yang bermutu untuk menjaga kualiti gasing agar tidak pecah. Pemilihan kayu ini untuk menjaga ketahanan, kekuatan, kekerasan dan keliatan.

2. Proses MembakalKayu dikerat dan dipotong mirip bentuk kun agar senang apabila proses melarik.

3. Proses melarikProses ini dilakukan untuk membulatkan, meratakan, menyamakan ddan melicinkan gasing. Kerja-kerja melarik dilakukan dengan menggunakan alat pelarik.

4. Proses simpai Simpai ialah lingkaran logam yang dipasang pada badan gasing, terutama pada bahagian bahu, labu dan patak gasing.

3. ALAT PERTAHANAN DIRIAlat untuk mempertahankan diri dipanggil senjata. Senjata adalah alat keperluan manusia di zaman purba. Senjata digunakan untuk memburu dan juga untuk mempertahankan diri. Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak, Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Ketampanan seseorang lelaki itu tidak lengkap jikalau tidak menyelitkan keris di pinggang. Keris juga merupakan simbol kelakian Melayu.

Page 5: MODUL 04

4.31: KerisSumber: bmreynardi.blogspot.com

Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacaraupacara tertentu seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja.

4. BATIKBatik merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain.Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Kini perusahaan batik telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi industri kampung yang utama terutama di negeri Terengganu dan Kelantan. Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik yang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung. Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan mengikut peredaran zaman.

Alat dan BahanCanting, pemidang kayu, berus, dapur atau plat pemanas, periuk dan bekas besar.Kain putih, campuran lilin, pewarna, pemati warna, debu soda dan pelembut kain/fabrik.

Proses Membuat1. Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) dikeringkan dan diregangkan pada pemidang kayu.3. Motif dan corak dilakar dengan menggunakan pensil.4. Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana (lilin parafin 60% + damar 40%).5. Canting yang berisi lilin panas (cair) digunakan untuk melakar di atas permukaan fabrik.6. Bahan warna disapu pada motif.7. Fabrik dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu dengan pemati warna (sodium silikat) dan dibiarkan selama 8–12 jam atau direndam dalam cecair yang sama dengan tempoh yang sama ditempat yang terlindung.8. Fabrik yang telah dimatikan warna dibasuh dengan air ‘lalu’ atau air mengalir.9. Fabrik seterusnya direbus di dalam air panas yang telah dicampur dengan sedikit debu soda (soda ash) sehingga lilin tanggal.10. Fabrik dicuci dan dibilas dengan menggunakan air biasa sebelum dijemur sehingga kering.

Page 6: MODUL 04

Proses menghasilkan batik

5. SENI TEKATSeni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar jenis baldu.

Rajah 4.51: TekatanSumber: www.nst.com.my

Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni tekat diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.

Page 7: MODUL 04

Alat dan BahanPemidang kayu berkaki dan cuban. Benang emas, benang putih, kain dasar baldu, kertas tebal, gam dan rotan saga.

Proses Menyulam

1. Proses penciptaanDimulakan dengan menyiapkan pemidang dengan meregang kain putih, kemudian diikuti dengan menyediakan mempulur atau isi tekat dari kertas atau rotan sega. Setelah persiapan ini selesai barulah proses menyulam atau penciptaan tekat dimulakan.

2. Persiapan pemidangPenggunaan pemidang berkaki atau tidak, dimulakan dengan meregangkan kain putih di atasnya. Bahagian pinggir atau tepi kain putih yang berukuran panjang persegi dimasukkan batangpinang yang telah dihaluskan. Cara ini dilakukan untuk membuat telinga kain. Melalui bahagian ini, kain putih diikatkan ke bingkai pemidang. Dengan cara ini kain menjadi tegang. Di atas kain putih ini kain baldu sebagai dasar dilekatkan dengan menyambat kasar.

3. Membentuk mempulurMempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang telah dilekat tindih (enam hingga lapan helai). Kemudian bentuk motif dipotong dan diasingkan dari kepingan kertas. Potongan-potongan mempulur inilah yang dilekatkan di atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.

4. Menyulam Benang emas dari cuban merentasi bahagian batang mempulur dari titik A ke titik B. Di titik A benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Jarum yang sederhana matanya disesuaikan dengan lebar batang mempulur.

6. TEMBIKARTembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar.

Labu GelugurSumber: bebitomei.blogspot.com

Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri

Page 8: MODUL 04

kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarnacoklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan.

Kawasan Perusahaan Tembikar1. Kampung Sayong, Kuala Kangsar – Perak.2. Lenggong, Grik – Perak.3. Bukit Gantang, Taiping – Perak.4. Pulau Tiga, Parit, Perak.5. Kampung Alur Merah – Kedah.6. Sungai Dua, Seberang Prai – Pulau Pinang.7. Sungai Puyu, Seberang Prai – Pulau Pinang.8. Kampung Periuk, Tumpat – Kelantan.9. Kampung Mambong, Kuala Krai – Kelantan.10. Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling – Pahang.11. Kuching – Sarawak.

Alat BahanPisau, penggelek, papan golek, span, gergaji kecil, pengayak, dawai pemotong, kayu pengukur, angkup luar, pinggan, kayu pembentuk, batu sungai, pengguris dan berus.

Rajah 4.62: Alatan untuk membuat tembikar

Proses1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah.

Page 9: MODUL 04

2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga hari.3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar.7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap (‘leather hard’).9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.

Rajah 4.63: Aktiviti menghasilkan labu sayongSumber: mylabusayong.blogspot.com

Teknik PembuatanBerikut adalah teknik-teknik yang digunakan untuk membuat tembikar:(a) Teknik picitan(b) Teknik lengkaran(c) Teknik kepingan(d) Teknik Lempar Alin

Jenis Tembikar Tradisional (Labu Sayong) (a) Labu Gondol atau Labu Air(b) Labu Kepayang atau Labu Pucung(c) Labu Gelugur(d) Labu Tanah(e) Labu Panai(f) Labu Kepap(g) Labu Tela(h) Labu Leper atau Labu Bocong

Reka Bentuk Tembikar TradisionalReka bentuk tembikar dari luar tidak mempengaruhi teknik pembentukan dan penciptaan tembikar orang Melayu. Teknik pembentukan dan penciptaan orang Melayu tetap pada tahap teknologi primitif. Dengan teknik yang serba sederhana, tembikar dibakar dalam suhu biasa tanpa ukuran

Page 10: MODUL 04

tertentu. Tukang Melayu dapat melahirkan ciptaan yang unik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri. Dari segi bentuk, tembikar yang dikumpul di muzium khususnya di Muzium Negara dan Muzium Taiping telah dapat dikesan tentang kepandaian orang Melayu membentuk dan mencipta, iaitu perkembangan daya fikiran serta tingkatkebudayaan. Walaupun rupa bentuk tembikar yang dicipta itu sederhana tetapi ianya penuh dengan nilai-nilai estetika.

7. SENI ANYAMANSeni anyaman adalah seni kraf tangan yang muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. Proses anyaman adalah berbeza mengikut bahan asas yang digunakan. Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.

AnyamanSumber: vivianwzx.blogspot.com

Alat BahanParang, alat jangka, pelurut, tempayan, besen, periuk, penyisip dan pisau kecil. Pandan, mengkuang, daun nipah, buluh, paku-pakis, daun serdang, rotan, rumputrampai dan lidi.

Cara Memproses DaunProses Penerangan1. Melayur daun pandan atau mengkuangDaun dilayur di atas api sehingga kekuning-kuningan supaya daun menjadi lembut dan tahan lebih lama.2. Menjangka daunAlat jangka ialah sisir kayu atau buluh yang bermata tajam. Jangka digunakan untuk membelah daun menjadi bilah-bilah mengikut lebar yang dikehendaki.3. Melurut Daun dianginkan selama lebih kurang satu jam. Daun kemudiannya dilurut dengan menggunakan pelurut. Daun dilurut bagi tujuan melembutkan bilah-bilah daun untuk mengelakkanya daripada bergulung.4. Merendam Daun diikat menjadi tongkol-tongkol sebelum direndam. Tongkol-tongkol direndam selama dua hari dua malam untuk melunturkan warna asal daun yang hijau itu. Air rendaman ditukardua kali sehari. Tongkol daun kemudiannya dibuka untuk dicuci dan dijemur sehingga kering. Daun akan bertukar warna menjadi warna putih pasir.5. Pewarnaan daun secara tradisional(a) Kuning – kunyit(b) Jingga dan merah – buah kesumber India(c) Biru tua dan biru – daun mengkudu

Page 11: MODUL 04

(d) Hitam – buah pokok arang(e) Hijau – daun bemban

6. Proses mencelup warna(a) Panaskan air bersih sehingga mendidih.(b) Masukkan bahan pewarna.(c) Masukkan daun yang telah diikat dan biarkan selama lebih kurang setengah jam.(d) Daun dikeluarkan dan cuci dengan air bersih.(e) Buka ikatan daun dan jemur di tempat yang teduh sehingga kering(f) Dilurut daun sekali lagi sehingga lembut.

Teknik dan Proses Anyaman

Proses menganyamSumber: fardyupsi.blogspot.com

Proses Penerangan1. Lagang Proses ini juga dikenali sebagai proses menaja. Lagang merupakan tulang sesuatu ciptaan anyaman. Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya. Setiap bilah daun dibentuk seperti huruf V di tengahnya, iaitu tempat anyaman dimulakan.2. Mengayam Proses ini melibatkan tiga langkah. Anyaman tengah dilakukan ditengah atau badan sesuatu anyaman di mana daun diselang–selikan secara menegak dan melintang dengan sehelai di atas dan sehelai lagi di bawah. Mengepai merupakan proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak terburai. Anyaman sudut disebut juga sebagai anyaman bucu.3. Pepeh atau lepihTurut dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga dianyam secara berasingan dan kemudian dijahit pada barangan yang dikehendaki.4. Sisip Proses ini dilakukan bagi mengelakkan anyaman daripada terburai. Alat penyisip digunakan. Alat ini biasanya diperbuat daripada buluh. Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkankerja sisipan.5. Kerat Pisau kecil yang tajam digunakan untuk memotong lebihan bilah anyaman bagi tujuan kemasan.

KelaraiKelarai ialah corak atau motif berbentuk dan pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Kelarai ini dilakukan serentak dengan proses anyaman. Kelarai mempunyainama- nama yang tersendiri termasuk:(a) Kelarai berakar

Page 12: MODUL 04

(b) Kelarai beras patah(c) Kelarai bunga cengkeh(d) Kelarai tampuk manggis(e) Kelarai bunga mempelas(f) Kelarai anak ikan(g) Kelarai kepala lalat(h) Kelarai mata punai(i) Kelarai sisik kelah(j) Kelarai tapak harimau

Tokoh-tokoh Penting(a) Hjh. Minah Bt. Mohammed (Terengganu)(b) Cik Limah Bt. Mamat (Kelantan)(c) Dayang Asiah Bt. Awang Husin (Sabah)(d) Esah Bt. Said (Kelantan)(f) Cik Siah Bt. Jumaat (Terengganu)(g) Hjh. Asiah Bt. Saleh (Terengganu)

8. SENI UKIRAN KAYU

MengukirSumber: berteriaklah.blogspot.com

Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.

Fungsi UkiranSeni ukiran kayu berfungsi sebagai hiasan di bahagian-bahagian bangunan, alat kelengkapan dapur, perabot serta peralatan rumah. Contoh bahagian-bahagian bangunan:

(a) Pintu(b) Siling(c) Dinding(d) Tebar layar(e) Cucuran atap(f) Ambang tingkap

Page 13: MODUL 04

(g) Dinding separuh tingkap(h) Katil(i) Kerusi(j) Almari

Jenis Kayu untuk UkiranBerikut ialah jenis-jenis kayu yang boleh digunakan untuk ukiran.

(a) Cengal(b) Merbau(c) Nyatoh(d) Jelutung(e) Berlian(f) Jati(g) Sena

Alat BahanGergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun mempelas, berus, berus syelek.Kayu

Teknik Mengukir

1. Bunga timbulDibuat tidak menembusi bahagian belakang dan boleh menggunakan silat atau tidak. Tidak dapat berfungsi sebagai alat mengaliran udara tradisional. Mempunyai reka bentuk yang indah dan halus seni kraf tangannya.2. Papan tebuk Ukiran jenis ini dibuat pada papan yang ditebuk. Bentuk ukiran yang sering digunakan adalah awan larat, silang, huruf dan reka corak yang terdapat pada bahagian lambar, selasar, bahagian atas pintu dan juga dinding. Dapat berfungsi sebagai alat pengaliran udara secaratradisional. Terdapat dua jenis papan tebuk iaitu, papan tebuk silat dan papan tebuk tidak silat.

Proses Mengukir1. Pilih kayu mengikut kematangan serta urat yang cukup pejal.2. Belah kayu dan biarkan kering.3. Kayu yang sudah cukup kering dibelah dan diketam.4. Corak bunga ditekap pada permukaan kayu.5. Ukiran timbul – bahagian yang hendak dibuang, ditebuk dengan menggunakanpahat. Ukiran tebuk – bahagian yang hendak dibuang, gerudi digunakan.6. Ratakan bahagian dasar.7. Membuat ukiran silat.8. Corak diukir dengan menggunakan pisau wali.9. Licinkan ukiran dengan menggunakan kikir pari.10. Proses melicinkan ukiran diulang dengan menggunakan daun mempelas dandikuti dengan daun lalang kering.11. Gunakan kiwi kayu, varnis atau syelek bagi tujuan kemasan.

Aplikasi Ukiran Kayu

Page 14: MODUL 04

Istana Kenangan, PerakSumber: Arkib Negara Malaysia

Selain daripada Rajah 4.82 di atas, aplikasi ukiran kayu boleh dilihat pada binaan-binaanyang berikut:

1. Istana Kenangan di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak.2. Istana Balai Besar Kedah.3. Istana Tengku Nik yang kini dikenali sebagai Muzium Induk Negeri Terengganu.4. Istana Sri Menanti Negeri Sembilan.5. Masjid Kampung Keling, Melaka.6. Rumah-rumah kayu di Perlis – Melaka dan Johor.7. Istana Jahar – Kelantan.8. Rumah Pak Ali Gombak Selangor.

Motif Ukiran1. Itik Pulang Petang2. Badak Mudik3. Kepala Cicak4. Unduk-unduk5. Kosmos6. Geomerti7. Kaligrafi8. Flora

RUJUKAN

Page 15: MODUL 04

Farish A. Noor., & Khoo, E. (2003). Spirit of wood: The art of Malay wood carving. Singapore: Periplus Edition.

Maxwell, R., & Gittinger, M. (2003). Textiles of Southeast Asia: Tradition, trade and transformation. Singapore: Periplus Editions.

Norwani Mohd. Nawawi. (1989). Malaysian songket. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zainon Ismail. (1986). Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka