modul pengajian am penggal 2, stpm 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · web...

31
MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2013 – SOALAN 5 1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah aset bank perdagangan di Malaysia bagi tahun-tahun yang dinyatakan. Sektor perbankan di Malaysia bertambah baik bagi tempoh tahun 2003 hingga tahun 2007.Keadaan politik yang stabil dan ekonomi yang kukuh merupakan faktor yang menyebabkan keadaan ini. Dalam tempoh tersebut, didapati bank perdagangan telah mempunyai aset yang meningkat dalam sektor instrumen deposit bolehniaga yang dipegang, sektor pinjaman pendahuluan, sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia, dan sektor aset asing. Jumlah keseluruhan aset bank perdagangan pada tahun 2003 ialah sebanyak RM419 839.1 juta dengan sektor instrumen deposit bolehniaga yang dipegang ialah sebanyak RM6744.7 juta dan sektor pinjaman pendahuluan berjumlah RM355 610.1 juta. Sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia dan sektor aset asing, masing-masing berjumlah RM50 999.9 juta dan RM6484.4 juta. Nilai aset bank perdagangan pada tahun 2004 menunjukkan peningkatan dalam semua sektor.Jumlah aset pada tahun ini ialah sebanyak RM518 819.9 juta. Daripada jumlah tersebut, sektor pinjaman pendahuluan merupakan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak RM447 453.3 juta dan sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia menduduki tempat kedua, iaitu sebanyak RM58 255.5 juta. Jumlah sektor aset asing pada tahun ini bernilai RM6556.8 juta. Pada tahun 2005, nilai aset bagi sektor pinjaman pendahuluan masih lagi tertinggi dengan nilai RM524 722.8 juta, sektor aset asing pula sebanyak RM6602.7 juta, sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia bernilai RM66 439.8 juta dan sektor instrumen deposit bolehniaga yang dipegang pula berjumlah RM10 092.7 juta. Nilai sektor aset asing pada tahun 2006 menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, iaitu pertambahan sebanyak RM4090.6 juta. Sektor pinjaman pendahuluan meningkat kepada RM580 355.8 juta manakala sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia berjumlah RM85 262.3 juta daripada jumlah keseluruhan aset bank perdagangan pada tahun yang berkenaan, iaitu sebanyak RM688 348.3 juta. Pada tahun 2007, terdapat penurunan jumlah aset bank perdagangan bagi sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia, iaitu sebanyak RM38 992.9 juta dari tahun 2006. SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 13

Upload: others

Post on 29-Jul-2020

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

STPM 2013 – SOALAN 5

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah aset bank perdagangan di Malaysia bagi tahun-tahun yang dinyatakan.

Sektor perbankan di Malaysia bertambah baik bagi tempoh tahun 2003 hingga tahun 2007.Keadaan politik yang stabil dan ekonomi yang kukuh merupakan faktor yang menyebabkan keadaan ini. Dalam tempoh tersebut, didapati bank perdagangan telah mempunyai aset yang meningkat dalam sektor instrumen deposit bolehniaga yang dipegang, sektor pinjaman pendahuluan, sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia, dan sektor aset asing.

Jumlah keseluruhan aset bank perdagangan pada tahun 2003 ialah sebanyak RM419 839.1 juta dengan sektor instrumen deposit bolehniaga yang dipegang ialah sebanyak RM6744.7 juta dan sektor pinjaman pendahuluan berjumlah RM355 610.1 juta. Sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia dan sektor aset asing, masing-masing berjumlah RM50 999.9 juta dan RM6484.4 juta.

Nilai aset bank perdagangan pada tahun 2004 menunjukkan peningkatan dalam semua sektor.Jumlah aset pada tahun ini ialah sebanyak RM518 819.9 juta. Daripada jumlah tersebut, sektor pinjaman pendahuluan merupakan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak RM447 453.3 juta dan sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia menduduki tempat kedua, iaitu sebanyak RM58 255.5 juta. Jumlah sektor aset asing pada tahun ini bernilai RM6556.8 juta.

Pada tahun 2005, nilai aset bagi sektor pinjaman pendahuluan masih lagi tertinggi dengan nilai RM524 722.8 juta, sektor aset asing pula sebanyak RM6602.7 juta, sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia bernilai RM66 439.8 juta dan sektor instrumen deposit bolehniaga yang dipegang pula berjumlah RM10 092.7 juta.

Nilai sektor aset asing pada tahun 2006 menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, iaitu pertambahan sebanyak RM4090.6 juta. Sektor pinjaman pendahuluan meningkat kepada RM580 355.8 juta manakala sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia berjumlah RM85 262.3 juta daripada jumlah keseluruhan aset bank perdagangan pada tahun yang berkenaan, iaitu sebanyak RM688 348.3 juta.

Pada tahun 2007, terdapat penurunan jumlah aset bank perdagangan bagi sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia, iaitu sebanyak RM38 992.9 juta dari tahun 2006. Namun begitu, bagi sektor-sektor lain menunjukkan peningkatan. Sektor instrumen deposit bolehniaga yang dipegang meningkat amat ketara dari tahun sebelumnya. Sektor ini mencatat jumlah sebanyak RM22 764.0 juta, manakala sektor aset asing dan sektor pinjaman pendahuluan masing-masing berjumlah RM13 441.9 juta dan RM631 896.3 juta.

Jumlah aset bank perdagangan di Malaysia yang meningkat dalam kebanyakan sektor menunjukkan kemantapan ekonomi Malaysia dalam tahun-tahun berkenaan dan ditambah dengan kedudukan nilai mata wang yang kukuh di pasaran antarabangsa.

(Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Mac 2009. Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2008.Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 13

Page 2: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

STPM 2013 – SOALAN 6

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran indeks pengeluaran sektor perindustrian dari tahun 2005 hingga tahun 2009.Prospek ekonomi yang baik melalui petunjuk indeks tertentu penting untuk memperlihatkan pertumbuhan pembangunan sosioekonomi negara.Dalam pengeluaran perindustrian, indeks juga merupakan pengukur penting perkembangan sektor berkenaan.

Dari tahun 2005 hingga tahun 2009, keseluruhan indeks pengeluaran daging telah meningkat secara berterusan.Daripada indeks asas 100 mata pada tahun 2005, indeks pengeluaran daging meningkat kepada 105.8 mata pada tahun 2006.Pada tahun 2007, indeks pengeluaran daging meningkat kepada 110.5 mata dan meningkat sebanyak 1.8 mata pada tahun 2008.Pada tahun 2009, indeks pengeluaran daging mencecah angka tertinggi, iaitu 115.6 mata.

Dalam tempoh yang sama, bagi pengeluaran tenusu, peningkatan berlaku dengan ketara sekali. Daripada indeks asas 100 mata pada tahun 2005, indeks pengeluaran tenusu meningkat kepada 101.9 mata pada tahun 2006 dan meningkat lagi sehingga mencecah 115.8 mata pada tahun 2007. Pada tahun 2008, indeks pengeluaran tenusu ialah sebanyak 121.4 mata dan mencapai 158.3 mata pada tahun 2009.

Dalam industri bijirin pula, daripada indeks asas 100 mata pada tahun 2005 telah meningkat kepada 110.5 mata pada tahun 2006. Indeks industri bijirin terus meningkat lagi kepada 120.2 mata pada tahun 2007.Permintaan yang tinggi terhadap hasil bijirin menyebabkan indeks pengeluaran bijirin terus meningkat sebanyak 5.6 mata pada tahun 2008 berbanding dengan tahun 2007. Pada tahun 2009, indeks industri bijirin telah meningkat lagi, iaitu mencecah angka 135.8 mata.

Bagi industri minuman pula, daripada indeks asas 100 mata pada tahun 2005, telah merosot kepada 98.5 mata pada tahun 2006, sebelum meningkat semula kepada 105.5 mata pada tahun 2007. Perkembangan industri membuat minuman sama ada minuman kotak, tin, atau botol menyebabkan indeks pengeluaran industri ini meningkat kepada 117.2 mata pada tahun 2008. Pada tahun 2009, indeks pengeluaran industri minuman telah meningkat kepada 120.5 mata.

Cukai rokok dan tembakau yang tinggi menyebabkan indeks pengeluaran industri tembakau menurun kepada 95.7 mata pada tahun 2006 berbanding dengan indeks asas 100 mata pada tahun 2005. Pada tahun 2007, indeks pengeluaran industri tembakau meningkat semula dan mencapai 99.0 mata sebelum menurun semula sebanyak 5.5 mata pada tahun 2008.Penurunan terus berlaku kepada indeks industri tembakau pada tahun 2009, iaitu menurun sebanyak 6.0 mata berbanding dengan tahun 2008.

(Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Mac 2010.Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2009.Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 14

Page 3: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

STPM 2013 (U) – SOALAN 5

3. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan keluasan kawasan tanaman sayur-sayuran mengikut negeri terpilih dari tahun 2006 hingga anggaran tahun 2010 di Malaysia.

Menjelang tahun 2010, pengeluaran sayur-sayuran akan ditumpukan kepadajenis yang bernilai tinggi untuk kegunaan tempatan dan pasaran eksport. Pengeluaran sayur-sayuran telah meningkat pada kadar purata 13.8% setahun ekoran daripada peluasan kawasan tanaman. Pada tahun 2006, keluasan tanaman sayur-sayuran di negeri Kedah ialah 1013 hektar. Keluasan ini meningkat kepada 1333 hektar pada tahun 2007 tetapi merosot kepada 1330 hektar pada tahun 2008 sebelum meningkat kembali sebanyak 430 hektar setahun kemudian. Sayur-sayuran dijangka akan ditanam di kawasan seluas 1440 hektar pada tahun 2010.

Negeri Kelantan mempunyai kawasan tanaman sayur-sayuran yang paling banyak berbanding dengan negeri-negeri lain bagi kesemua tahun yang diliputi. Kelantan mencatatkan keluasan tertinggi pada tahun 2007, iaitu 4287 hektar berbanding dengan keluasan asalnya sebanyak 3053 hektar pada tahun 2006. Kawasan tanaman sayur-sayuran ini berkurangan pada tahun berikutnya, iaitu sebanyak 677 hektar dan berkurangan lagi sebanyak 262 hektar berbanding dengan tahun sebelumnya.Jumlah kawasan tanaman sayur-sayuran dianggarkan meningkat semula kepada 4100 hektar pada tahun 2010.

Negeri Perak pula mempunyai keluasan kawasan tanaman yang sama bagi tahun 2006 dan 2007, iaitu sebanyak 1385 hektar. Walau bagaimanapun, keluasan kawasan tanaman ini mengalami pengurangan yang besar, iaitu sebanyak 58.05% pada tahun 2008 tetapi meningkat semula kepada 1205 hektar setahun kemudian. Harga pasaran kelapa sawit yang tinggi menyebabkan para petani beralih kepada tanaman tersebut sehingga dijangka mengurangkan keluasan kawasan tanaman sayur-sayuran kepada 620 hektar pada tahun 2010.

Keluasan kawasan tanaman sayur-sayuran di Selangor mengalami kemerosotan sebanyak 711 hektar pada tahun 2007 daripada sejumlah 2382 hektar pada tahun 2006. Keluasan berkenaan meningkat sebanyak 696 hektar kepada 2367 hektar pada tahun ketiga tetapi merosot kepada 2334 hektar pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, keluasan kawasan berkenaan dijangka mencapai paras 2560 hektar pada tahun 2010.

(Disesuaikan daripada Perangkaan Agromakanan 2010, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia)

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 15

Page 4: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

STPM 2013 (U) – SOALAN 5

4. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan hasil Kerajaan Persekutuan antara tahun 2006 dengan tahun 2007 dan dengan anggaran tahun 2008.

Dalam bajet tahun 2007, beberapa langkah percukaian telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengurangkan kos pengendalian perniagaan dan menambah baik iklim pelaburan negara. Langkah tersebut telah merangsang aktiviti ekonomi sekaligus meningkatkan hasil kerajaan.Sumber hasil Kerajaan Persekutuan boleh dibahagikan kepada dua sumber utama, iaitu hasil cukai yang boleh dibahagikan kepada cukai langsung dan cukai tidak langsung dan satu lagi ialah hasil bukan cukai. Sepanjang tempoh tahun 2006 hingga tahun 2008 (anggaran), hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan terus meningkat, iaitu sebanyak RM106 462 juta pada tahun 2006, meningkat kepada RM124 043 juta pada tahun 2007 dan dianggarkan terus meningkat kepada RM128 782 juta pada tahun 2008.

Hasil cukai langsung boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu cukai syarikat, cukai pendapatan petroleum, dan cukai pendapatan individu.Jumlah hasil cukai langsung pada tahun 2006 ialah RM57 347 juta. Daripada jumlah itu, sebanyak RM26 477 juta ialah cukai syarikat, manakala RM20 674 juta ialah cukai pendapatan petroleum dan selebihnya ialah cukai pendapatan individu. Hasil cukai tidak langsung pada tahun 2006 ialah RM15 109 juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM8577 juta datangnya daripada duti eksais manakala selebihnya adalah daripada cukai jualan. Bagi hasil bukan cukai pada tahun 2006 pula, kutipannya adalah daripada hasil lesen dan permit dan juga daripada pendapatan pelaburan, iaitu masing-masing berjumlah RM9212 juta dan RM24 794 juta.

Pada tahun 2007 pula, hasil cukai langsung kerajaan berjumlah RM65 575 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak RM30 821 juta dikutip daripada cukai syarikat, sebanyak RM22 600 juta dikutip daripada cukai pendapatan petroleum, dan selebihnya datang daripada cukai pendapatan individu. Jumlah hasil cukai tidak langsung pula ialah sebanyak RM15 644 juta.Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8500 juta ialah duti eksais dan selebihnya ialah cukai jualan.Hasil bukan cukai pula pada tahun 2007 berjumlah RM42 824 juta.Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM33 568 juta datang daripada pendapatan pelaburan dan selebihnya datang daripada hasil lesen dan permit.

Sumber hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2008 dianggarkan meningkat sebanyak RM4739 juta berbanding dengan tahun 2007. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM70 406 juta ialah hasil cukai langsung, manakala sebanyak RM16 200 juta ialah cukai tidak langsung, dan selebihnya ialah hasil bukan cukai. Pada tahun 2008, hasil cukai syarikat dianggarkan sebanyak RM34 806 juta, cukai pendapatan petroleum pula sebanyak RM22 235 juta, dan selebihnya ialah cukai pendapatan individu.Sementara itu, hasil duti eksais pula dianggarkan sebanyak RM8800 juta dan selebihnya ialah hasil cukai jualan.Hasil pendapatan pelaburan pula dianggarkan sebanyak RM32 568 juta dan selebihnya ialah hasil lesen dan permit.

(Disesuaikan daripadaLaporan Ekonomi Malaysia 2007/2008http://www.treasuryigov. my/pdf/economy /0809)

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 16

Page 5: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

STPM 2014 - SOALAN 5

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk Malaysia mengikut kumpulan umur dari tahun 2005 hingga tahun 2009.Jumlah penduduk Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2009 menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2005, jumlah penduduknya ialah 26 127 700 orang dan pada tahun 2009 jumlah ini bertambah kepada 28 307 000 orang, iaitu peningkatan sekitar lapan peratus. Peningkatan ini merupakan petanda baik untuk masa depan negara bagi memastikan agar bekalan tenaga kerja mencukupi menjelang tahun 2020.

Daripada jumlah tersebut, kumpulan umur 15-64 tahun merupakan kumpulan terbesar, iaitu melebihi 50 peratus jumlah penduduk Malaysia.Jumlah kumpulan ini pada tahun 2005 ialah 16 483 000 orang dan bertambah kepada 16 859 000 orang pada tahun 2006.Jumlah kumpulan umur 0-14 tahun pada tahun 2005 pula ialah sebanyak 8 525 300 orang dan jumlah ini bertambah kepada 8 632 000 orang pada tahun 2006.Jumlah penduduk dalam kumpulan umur 65 tahun dan lebih pada tahun 2005 ialah 1 119 400 orang dan bertambah kepada 1 149 600 orang pada tahun 2006.

Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan dunia perubatan berkembang dan pada masa yang sama telah menghasilkan ubat-ubatan dan makanan tambahan untuk memanjangkan usia penduduk Malaysia. Ini menyebabkan jumlah penduduk dalam kumpulan umur 65 tahun dan lebih meningkat untuk tiga tahun seterusnya. Pada tahun 2007, jumlah kumpulan ini ialah sebanyak 1 187 000 orang dan bertambah kepada 1 232 300 orang pada tahun 2008 dan terus meningkat sebanyak 54 000 orang pada tahun 2009.

Kumpulan umur 15-64 tahun merupakan kumpulan umur yang produktif dan menjadi tulang belakang kepada perkembangan ekonomi negara. Pada tahun 2007, jumlah kumpulan ini ialah sebanyak 63.4 peratus atau 17 237 000 orang manakala kumpulan umur 0-14 tahun pula ialah 8 748 600 orang.

Kumpulan umur 0-14 tahun pada tahun 2008 ialah sebanyak 8 876 200 orang, iaitu 32 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk pada tahun berkenaan.Jumlah kumpulan umur 15-64 tahun pula ialah melebihi 8 743 800 orang daripada kumpulan umur 0-14 tahun.Pada tahun 2009 pula, jumlah kumpulan umur 15-64 tahun ialah sebanyak 18 006 000 orang, iaitu melebihi 8 991 300 orang daripada kumpulan umur 0-14 tahun.

Suasana Malaysia yang aman dan ekonomi yang berkembang seiring dengan perkembangan dunia menyebabkan keperluan tenaga kerja amat mendesak. Hal ini demikian supaya segala pembangunan yang akan dilaksanakan mempunyai tenaga kerja yang kompeten.

(Disesuaikan daripada Buku Maklumat Perangkaan Malaysia 2009,Jabatan Perangkaan Malaysia)

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 17

Page 6: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

STPM 2014 - SOALAN 6

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai permohonan bantuan modal yang diterima oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) daripada beberapa buah koperasi di negara ini dan nilai permohonan yang diluluskan mengikut j enis proj ek bagi tahun 2010 dan tahun 2011.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) diberikan peruntukan khas untuk memberikan bantuan modal kepada syarikat-syarikat koperasi yang ada di negara ini bagi membantu koperasi menjalankan aktiviti yang telah dirancangnya.Walau bagaimanapun, setiap permohonan tidaklah diluluskan sepenuhnya oleh SKM.Jumlah atau nilai yang diluluskan bergantung kepada projek yang hendak dijalankan dan kriteria tertentu.

Pada tahun 2010, bagi projek peruncitan dan perniagaan, jumlah atau nilai permohonan bantuan modal yang diterima oleh SKM ialah sebanyak RM12.52 juta.Daripada jumlah itu, hanya RM4.46 juta yang diluluskan.Pada tahun yang berikutnya, jumlah permohonan yang diterima untuk projek ini meningkat dengan banyak, iaitu sebanyak 20.84%.Jumlah yang diluluskan juga meningkat kepada RM19.22 juta.Permohonan bantuan modal bagi kerja4ierja kontrak pula secara bandingan mencatat angka yang terkecil.Jumlah permohonan yang diterima pada tahun 2011 hanya meningkat sebanyak RM3.93 juta berbanding dengan jumlahnya pada tahun 2010.Jumlahnya pada tahun 2011 ialah RM13.92 juta.Bagi nilai yang diluluskan pula, jumlahnya pada tahun 2011 ialah RM8.53 juta.Angka ini merupakan lebihan sebanyak RM4.75 juta berbanding dengan jumlah yang diluluskan pada tahun 2010.

Bagi projek pengangkutan pula, nilai permohonan bantuan modal yang diterima pada tahun 2010 ialah sebanyak RM25.62 juta.Pada tahun 2011, jumlah permohonan tersebut turun secara mendadak, iaitu sebanyak RM7.22 juta.Dari segi nilai yang diluluskan pada tahun 2011 pula adalah kecil, iaitu hanya RM4.42 juta.Angka ini menunjukkan pengurangan yang ketara, iaitu sebanyak RM19.04 juta berbanding dengan tahun sebelumnya.

Permohonan bantuan modal bagi projek pembinaan mencatat angka yang tertinggi, iaitu nilai permohonan pada tahun 2010 ialah sebanyak RM47.93 juta tetapi pada tahun yang berikutnya naik sebanyak RM50.57 juta, satu kenaikan yang mencatat angka melebihi 100%. Dari segi jumlah yang diluluskan pula, nilainya pada tahun 2011 ialah sebanyak RM40.81 juta, meningkat sebanyak RM15.16 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Bagi projek pertanian pula, pada tahun 2010, nilai permohonan yang diterima mencatat angka RM40.50 juta, tetapi nilai yang diluluskan hanya RM18.19 juta.Tahun yang berikutnya mencatat nilai yang menurun, iaitu jumlah permohonan hanya mencatat nilai RM27.12 juta, manakala nilai yang diluluskan berjumlah RM13.79 juta.

(Disesuaikan daripada Tabung Modal Pusingan SKM Bantu Biaya Aktiviti Koperasi, Utusan Malaysia, 29 Mac, 2012)

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 18

Page 7: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

STPM 2014 (U) - SOALAN 5

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran komoditi perikanan mengikut jenis dan aliran jumlah hasil pengeluaran komoditi perikanan di Malaysia bagi tempoh sepanjang tahun 2006 hingga tahun 2010.

Sektor perikanan dikategorikan kepada tangkapan ikan marin dan pengeluaran akuakultur. Aktiviti akuakultur merangkumi pengeluaran ikan, kerang-kerangan, tiram, rumpai laut, dan lain di laut, tasik, kolam atau sungai. Sepanjang tempoh lima tahun, iaitu dari tahun 2006 hingga tahun 2010, pengeluaran komoditi perikanan menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2006, kuantiti pengeluaran ikan marin ialah sebanyak 1 379 770 tan metrik berbanding dengan pengeluaran akuakultur, iaitu sebanyak 212 027 tan metrik sahaja.

Pada tahun 2008 pula, kuantiti pengeluaran ikan marin ialah sebanyak 1 394531 tan metrik, iaitu meningkat sebanyak 13 107 tan metrik berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2007. Begitu juga dengan kuantiti pengeluaran akuakultur, iaitu pada tahun 2008 pengeluarannya ialah sebanyak 354 428 tan metrik berbanding dengan pengeluarannya pada tahun 2007, iaitu sebanyak 268 514 tan metrik. Kuantiti pengeluaran ikan marin menunjukkan kemerosotan yang sedikit pada tahun 2009, berbanding dengan tahun 2008. Pengeluaran pada tahun 2009 ialah sebanyak 1 393 226 tan metrik. Walau bagaimanapun, pengeluaran ini meningkat semula pada tahun 2010, iaitu sebanyak 35 655 tan metrik. Dalam tempoh yang sama, kuantiti pengeluaran akuakultur terus menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2009, kuantiti pengeluaran akuakultur ialah sebanyak 472 306 tan metrik dan terus meningkat sebanyak 108 742 tan metrik pada tahun 2010.

Tentang hasil pengeluaran ikan marin pula, pada tahun 2006, ia menyumbang sebanyak RM4916 juta dan meningkat kepada RM5039 juta pada tahun 2007. Pada tahun 2008, hasil pengeluaran ikan marin telah meningkat lagi sebanyak RM581 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Hal ini menunjukkan sumbangan sektor ini dalam industri perikanan semakin kukuh dan berkembang. Pada tahun 2010, sumbangan hasil pengeluaran ikan marin mencatat sebanyak RM6651 juta, iaitu telah meningkat sebanyak RM329 juta berbanding dengan tahun 2009.

Sumbangan hasil daripada pengeluaran akuakultur juga turut meningkat sepanjang lima tahun berkenaan. Pada tahun 2010, hasil pengeluaran akuakultur ialah sebanyak RM2773 juta, iaitu meningkat sebanyak RM1482 juta berbanding dengan tahun 2006.Berbanding dengan tahun 2006, pada tahun 2007 hasil pengeluaran akuakultur telah meningkat sebanyak RM102 juta dan pada tahun berikutnya hasil pengeluaran ini meningkat lagi kepada RM1740 juta.Pada tahun 2009, sumbangan hasil pengeluaran akuakultur telah melangkau angka dua ribu, iaitu telah mencecah nilai RM2321 juta.

Jumlah keseluruhan hasil pengeluaran kedua-dua jenis komoditi itu pada tahun 2006 yang cuma RM6207 juta telah melonjak kepada RM9424 juta pada tahun 2010, iaitu meningkat sebanyak RM3217 juta sepanjang tempoh lima tahun berkenaan.

(Disesuaikan daripada Jabatan Perikanan Malaysia,

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 19

Page 8: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

http://www.dof.gov.my/portal)

STPM 2014 (U) - SOALAN 6

8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan unjuran permintaan komoditi makanan utama terpilih bagi tempoh tahun 2010 hingga tahun 2020 (anggaran).

Usaha untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, dan mampu dibeli akan diteruskan melalui program peningkatan pengeluaran dan produktiviti komoditi makanan.

Beras yang menjadi makanan ruji penduduk Malaysia dijangka masih lagi menjadi pilihan utama menjelang tahun 2020. Permintaan terhadap beras pada tahun 2010 ialah sebanyak 2300 ribu tan metrik dan dijangka meningkat sebanyak 195 ribu tan metrik atau 8.48% lima tahun kemudian. Bagi menampung permintaan penduduk yang terus bertambah, kerajaan telah mengusahakan penanaman padi berskala besar dengan menyatukan sawah padi yang berskala kecil dan bertaburan melalui pewujudan estet padi. Usaha tersebut adalah selaras dengan peningkatan permintaan penduduk terhadap beras yang dijangka mencecah 2685 ribu tan metrik pada tahun 2020.

Peningkatan pendapatan pengguna dan perubahan demografi dijangka mengubah diet pemakanan penduduk.Perubahan tersebut menyebabkan buah-buahan dan sayur-sayuran mendapat permintaan yang tinggi.Pada tahun 2010, permintaan bagi buah-buahan ialah sebanyak 2689 ribu tan metrik, iaitu melebihi permintaan bagi sayur-sayuran sebanyak 1109 ribu tan metrik. Permintaan bagi buah-buahan dijangka terus mengatasi permintaan bagi sayur-sayuran sebanyak 1086 ribu tan metrik pada tahun 2015. Permintaan terhadap sayur-sayuran pada tahun 2015 dijangka sebanyak 1907 ribu tan metrik.Pada tahun 2020, dijangka terdapat sebanyak 3365 ribu tan metrik permintaan terhadap buah-buahan, manakala permintaan bagi sayur-sayuran pula masih kurang daripada buah-buahan, iaitu dijangka sekitar 2454 ribu tan metrik.

Permintaan terhadap daging lembu dan kerbau adalah paling rendah berbanding dengan komoditi makanan lain walaupun permintaan terhadap daging lembu dan kerbau memperlihatkan aliran peningkatan berterusan. Pada tahun 2010, permintaan terhadap daging lembu dan kerbau hanyalah sebanyak 162 ribu tan metrik dan dijangka meningkat kepada 194 ribu tan metrik pada tahun 2015, sebelum dijangka menokok lagi sebanyak 19.59% pada tahun 2020. Harga daging ayam dan itik yang lebih murah di pasaran menyebabkan trend permintaan terhadap komoditi ini lebih tinggi daripada daging lembu dan kerbau. Pada tahun 2010, permintaan bagi daging ayam dan itik melebihi permintaan terhadap daging lembu dan kerbau sebanyak 851 ribu tan metrik. Permintaan bagi daging ayam dan itik dijangka meningkat sebanyak 1163 ribu tan metrik lima tahun kemudian dan dijangka meningkat lagi sebanyak 1327 ribu tan metrik pada tahun 2020.

Pada tahun 2020, permintaan terhadap ikan dijangka sebanyak 1918 ribu tan metrik, iaitu peningkatan sebanyak 20.40% berbanding dengan tahun 2015. Pada tahun 2010 pula, terdapat sebanyak 1315 ribu tan metrik sahaja permintaan terhadap ikan. Dasar Jaminan Makanan Negara yang digubal diharap dapat membantu penduduk Malaysia meringankan beban peningkatan kos pengeluaran di samping menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil tani demi memastikan permintaan penduduk terhadap komoditi makanan dapat dipenuhi.

(Disesuaikan daripada Dasar Agromakanan Negara 2011-2020,Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Disember 2011)

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 20

Page 9: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

STPM 2015 - SOALAN 5

9. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan penggunaan air bermeter mengikut sektor dan negeri terpilih bagi tempoh tahun 2008 bingga tahun 2010 di Semenanjung Malaysia.

Permintaan terhadap air bermeter untuk kegunaan domestik dan bukan domestik semakin bertambah bagi menampung keperluan semua pengguna termasuk rumah kediaman, hotel, premis perniagaan, kilang, sekolah, universiti, dan jabatan kerajaan. Kadar penggunaan air bermeter oleh sektor domestik mewakili antara 40% hingga 60% daripada keseluruhan bekalan air yang disediakan dan purata keperluan domestik per kapita di Malaysia ialah 230 liter sehari.

Pada tahun 2008, penggunaan air bermeter oleh sektor domestik dan bukan domestik di negeri Johor mengatasi negeri-negeri lain. Daripada sejumlah 982 juta liter sehari penggunaan air, 69.45% telah digunakan oleh sektor domestik dan yang selebihnya digunakan oleh sektor bukan domestik. Penggunaan air bermeter oleh sektor domestik di Kedah pula ialah sebanyak 470 juta liter sehari, iaitu melebihi sebanyak 303 juta liter sehari penggunaan air oleh sektor bukan domestik. Walaupun penggunaan air oleh sektor domestik di Pulau Pinang pada tahun 2008 adalah paling sedikit, iaitu sebanyak 439 juta liter sehari tetapi sektor bukan domestik telah mencatatkan penggunaan air yang tertinggi, iaitu sebanyak 305 juta liter sehari.

Negeri Johor masih menunjukkan penggunaan air bermeter yang lebih tinggi daripada negeri Kedah dan Pulau Pinang pada tahun 2009 ekoran daripada pertambahan penduduk di negeri tersebut. Penggunaan air bermeter untuk sektor domestik di Johor meningkat kepada 713 juta liter sehari. Walau bagaimanapun, penggunaan air oleh sektor bukan domestik berkurang kepada 285 juta liter sehari berbanding dengan tahun 2008. Penggunaan air oleh sektor bukan domestik di Pulau Pinang juga berkurang kepada 288 juta liter sehari, iaitu pengurangan sebanyak 5.57% daripada tahun 2008. Penggunaan air bermeter bagi sektor domestik pula meningkat sebanyak 12 juta liter sehari kepada 451 juta liter sehari. Di negeri Kedah, penggunaan air bermeter bagi kedua-dua sektor tersebut meningkat, iaitu masing-masing menokok sebanyak 4 juta liter sehari berbanding dengan tahun sebelumnya.

Pada tahun 2010, pengguna sektor domestik bagi kesemua negeri terlibat telah meningkatkan penggunaan air bermeter daripada 1638 juta liter sehari pada tahun 2009 kepada 1692 juta liter sehari. Sebanyak 494 juta liter sehari daripada sejumlah 1692 juta liter sehari digunakan oleh sektor domestik di Kedah dan 730 juta liter sehari lagi merupakan penggunaan sektor domestik di Johor. Jumlah selebihnya digunakan oleh sektor domestik di Pulau Pinang. Bagi pengguna sektor bukan domestik, Pulau Pinang terns unggul di tempat pertama pada tahun 2010 dengan penggunaan air sebanyak 315 juta liter sehari, iaitu melebihi sebanyak 9 juta liter sehari daripada penggunaan air di Johor. Sektor bukan domestik di Kedah masih merupakan pengguna air bermeter yang paling sedikit, iaitu sebanyak 189 juta liter sehari pada tahun 2010. Bagi menampung permintaan air bermeter yang terus meningkat, kerajaan telah memajukan projek bekalan air daripada sumber-sumber baharu dan membaik pulih keupayaan loji-loji air sedia ada, selain menyarankan pengguna domestik supaya mengamalkan penjimatan semasa menggunakan air.

(Disesuaikan daripada Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia, Disember 2011)

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 21

Page 10: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

STPM 2015 - SOALAN 6

10. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikut negara asal dan mengikut program penyelesaian menyeluruh pada 16 Disember 2011.

Dalam usaha untuk mengawal kamasukan pekerja asing, terdapat program penyelesaian menyeluruh yang antaranya ialah peringkat pemutihan dan pengampunan ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI). Pada 16 Disemberr 2011, jumlah pekerja asing mengikut tujuh negara terpilih yang mengalami pemutihan dan pengampunan berjumlah 116 690 orang dan daripada jumlah tersebut seramai 66 978 orang ialah pekerja asing yang mengalami proses pemutihan dan selebihnya di bawah proses pengampunan.

PATI dari negara Indonesia adalah yang paling ramai yang mengalami peringkat pemutihan dan pengampunan. Pekerja asing dari Indonesia yang mengalami peringkat pemutihan berjumlah 42 544 orang, iaitu berlebih sebanyak 7402 orang berbanding dengan mereka yang terlibat dengan peringkat pengampunan.

Pekerja dari Bangladesh berjumlah 15 946 orang. Pekerja-pekerja ini memenuhi keperluandalam sektor-sektor tertentu, terutamanya sektor perladangan dan perkilangan. Pada tempoh yang sama, warga Myanmar yang terlibat dalam peringkat pemutihan berjumlah 6527 orang dan disahkan sebagai pekerja asing di negara ini, manakala yang terlibat dalam peringkat pengampunan seramai 2467 orang dan dibenarkan pulang ke negara asal mereka.

Seterusnya, wujud perbezaan yang besar bagi PATI yang datang dari negara India. Mereka yang terlibat dalam peringkat pengampunan berjumlah 4039 orang. Merekadibenarkan pulang ke negara asal mereka. Jumlah ini jauh lebih besar berbanding dengan hanya 903 orang yang disahkan sebagai pekerja asing di negara ini. Pekerja asing dari negara Nepal yang berjumlah 4873 orang telah diberikan pemutihan dan pengampunan.

Sejumlah 612 orang pekerja asing dari Vietnam yang mengalami peringkat pemutihan dan diterima bekerja di negara Malaysia. Namun begitu, seramai 1289 orang diberikan pengampunan dan dibenarkan pulang ke negara asal mereka. PATI dari negara Kemboja yang diberikan pemutihan dan pengampunan ialah seramai 2348 orang.

Program penyelesaian menyeluruh merupakan suatu usaha untuk menangani lambakan pekerja asing yang boleh menggugat peluang pekerjaan rakyat tempatan.

(Disesuaikan daripada Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri, Malaysia, 2012)

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 22

Page 11: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

STPM 2015 (U) - SOALAN 5

11. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut sektor terpilih dari tahun 2010 hingga tahun 2013 (ramalan).

Perkembangan dalam pembangunan ekonomi Malaysia telah meningkatkan KDNK pada setiap tahun. Perkembangan dalam sector-sektor terpilih pula menunjukkan bahawa ekonomi negara ini semakin mantap pada setiap tahun. Dari tahun 2010 hingga tahun 2012, sector ini didapati meningkat dan dijangkakan pada tahun 2013 terus meningkat dengan kadar yang lebih tinggi.

Pada tahun 2010, jumlah KDNK sebanyak RM287 643 juta dan dijangka meningkat kepada RM319 198 juta pada tahun 2013. Pada tahun 2010, sector pertanian menyumbang sebanyak RM51 263 juta dan dijangka meningkat sebanyak RM5651 juta pada tahun 2013. Walaupun sumbangan sector pertanian kurang berbanding dengan sector lain, namunKDNK tetap meningkat sebanyak RM451 juta. Pada tahun 2012, jumlahnya ialah RM54 750 juta.

KDNK sektor perlombongan dan kuari tidak stabil pada tempoh berkenaan. Harga pasaran yang tidak stabil mempengaruhi jumlah berkenaan. Dalam tempoh tersebut KDNK paling tinggi dijangka pada tahun 2013, iaitu RM66 351 juta berbanding dengan RM66 122 juta pada tahun 2010. Pada tahun 2011, nilainya menurun sebanyak RM3788 juta berbanding dengan tahun 2010. Pada tahun 2012, nilainya meningkat sedikit kepada RM63 220 juta.

KDNK sektor perkilangan meningkat agak ketara dalam tempoh berkenaan. Pada tahun 2010, sector ini menyumbang sebanyak RM170 258 juta, meningkat kepada RM178 333 juta pada tahun berikutnya dan meningkat lagi sebanyak RM8535 juta pada tahun 2012, manakala pada tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM195 933 juta. Sektor perkilangan ini menyumbang pendapatan yang besar kepada negara dengan pembinaan kawasan industry dan pembinaan banyak kilang baharu di seluruh negara.

Keseluruhannya, semua sector menjadi penyumbang yang sentiasa menunjukkan peningkatan kecuali sector perlombongan dan kuari.Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai urus tadbir yang betul kea rah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada suatu hari nanti.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2012, Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 23

Page 12: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

STPM 2015 (U) - SOALAN 6

12. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan majikan berdaftar dan penerima faedah perlindungan PERKESO serta aliran kes kemalangan perusahaan yang telah dilaporkan dan diselesaikan dari tahun 2007 hingga tahun 2009.

Pelbagai perlindungan telah diwujudkan untuk membantu golongan pekerja di Malaysia. Salah satunya adalah melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). PERKESO ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan perlindungan kepada pekerja-pekerja daripada kejadiaan luar jangka, seperti kemalangan perusahaan, keilatan, dan kematian. Dalam hal ini, pihak majikan akan membayar caruman bulanan bagi setiap pekerjanya yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam jadual caruman PERKESO.

Bilangan majikan yang berdaftar menunjukkan peningkatan sepanjang tahaun 2007 hingga tahun 2009. Pada tahun 2007, seramai 649 603 orang majikantelah didaftar dalam PERKESO. Jumlah ini telah bertambah seramai 74 689 orang pada tahun 2009. Padatahun sebelumnya, jumlah ini telah mengalami pengurangan seramai 39 827 orang berbanding dengan tahun 2009. Golongan majikan merupakan pelindung utama kepada para pekerja di bawah jagaannya.

Bagi kumpulan penerima faedah perlindungan PERKESO pula, bilangan mereka juga mengalami pertambahan. Pada tahun 2007, seramai 290 463 orang pekerja telah menerima faedah melalui PERKESO, manakala pada tahun 2008jumlah ini telah meningkat kira-kira 2.62% daripada tahun 2007. Jumlah ini terus bertambah menjadi 324 784 orang pada tahun 2009.

PERKESOmjuga merekodkan bilangan kes kemalangan perusahaan yang dilaporkan di bawah Akta Pampasan Pekerja. Sebanyak 56 339 kes telah dilaporkan kepada PERKESO pada tahun 2007. Jumlah ini mengalami penurunan sebanyak 2206 kes pada tahun berikutnya dan mengalami peningkatan sebanyak 1075 kes pada tahun 2009.

Keadaan yang tidak tekal juga berlaku pada bilangan kes kemalangan perusahaan yang Berjaya diselesaikan. Pada tahun 2007, sebanyak 44 688 kes telah diselesaikan dengan bantuan PERKESO. Pada tahun 2008 pula, kes ini mencatat peningkatan sebanyak 9445 kes. Pada tahun 2009, kes kemalangan perusahaan yang telah diselesaikantelah mencatat penurunan sebanyak 6.6% berbanding dengan tahun 2008.

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 24

Page 13: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2010, Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

STPM 2016 - SOALAN 5

13. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan pembahagian guna tenaga mengikut industri terpilih pada tahun 2011 dan tahun 2012.

Bilangan guna tenaga di Malaysia semakin meningkat pada setiap tahun selaras dengan pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi negara. Sesebuah negara yang mahu meningkat maju perlu memperbanyak peluang pekerjaan. Peningkatan guna tenaga pada tahun 2011 dan tahun 2012 ini meliputi semua industri terpilih.

Guna tenaga dalam industri terpilih ini menunjukkan peningkatan sebanyak 438 500 orang pada tahun 2012 berbanding dengan 12 284 500 orang pada tahun 2011. Selain pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi negara, pertambahan ini juga berlaku kerana kemasukan pekerja dari negara asing. Industri yang paling banyak memerlukan guna tenaga ialah industri perkhidmatan, iaitu menggunakan guna tenaga seramai 7 442 600 orang pada tahun 2011. Keperluan dalam sektor perhotelan, restoran, dan pengangkutan menyebabkan industri perkhidmatan ini memerlukan guna tenaga yang lebih ramai pada tahun 2012, iaitu seramai 7 649 200 orang.

Dalam industri perkilangan, bilangan guna tenaga yang diperlukan adalah ramai selaras dengan kemajuan negara. Pada tahun 2011, bilangan guna tenaga seramai 2 222 300 orang diperlukan dan bilangan ini meningkat sebanyak 5600 orang pada tahun berikutnya. Kawasan perindustrian yang dibina di setiap negeri meningkatkan bilangan ini dan pelbagai kilang didirikan di kawasan berkenaan.

Dalam industri pertanian, perhutanan, penternakan, dan perikanan, guna tenaga tetap tinggi walaupun tidak mencecah satu perempat guna tenaga keseluruhan. Pada tahun 2011, bilangan guna tenaga sebanyak 1 410 000 orang dan meningkat sedikit menjadi 1 601 700 orang pada tahun 2012. Penggunaan teknologi moden mungkin mengurangkan penggunaan tenaga manusia dalam industri ini berbanding dengan industri lain.

Industri pembinaan merupakan industri ketiga tertinggi penggunaan guna tenaga walaupun tumpuan industri ini banyak di kawasan bandar dan pinggir bandar. Pada tahun 2011, jumlah guna tenaga ialah 1 133 600 orang. Jumlah ini meningkat kepada 1 163 700 orang pada tahun 2012. Industri perlombongan dan kuari mencatatkan bilangan guna tenaga paling rendah dalam kalangan industri terpilih. Bilangan lombong dan kuari yang semakin sedikit di negara ini, telah menyebabkan guna tenaga yang ramai tidak diperlukan dalam industri ini berbanding dengan industri lain. Walaupun begitu, ada peningkatan bilangan guna tenaga pada tahun 2012 berbanding dengan tahun 2011. Pada tahun 2011, bilangan guna tenaga ialah sebanyak 76 000 orang. Jumlah ini meningkat sebanyak 4500 orang pada tahun 2012.

Guna tenaga yang semakin meningkat ini menunjukkan perkembangan dalam

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 25

Page 14: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

pembangunan negara. Bilangan guna tenaga yang cukup besar dalam industri perkhidmatan dan perkilangan menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2013,Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

STPM 2016 - SOALAN 6

14. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pelawat tempatan dan pelawat luar negara yang mengunjungi taman laut di negeri-negeri terpilih di Malaysia dari tahun 2007 hingga tahun 2009.

Taman laut ialah kawasan perairan laut yang berada dalam lingkungan zon dua batu nautika dari tikas air surut terendah. Taman laut ini diwujudkan untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan akuatik. Taman seperti ini telah menarik ramai pelawat tempatan dan luar negara. Taman ini telah dijadikan sebagai tempat rekreasi dan penyelidikan.

Menurut rekod Jabatan Taman Laut Malaysia, pada tahun 2007, sejumlah 110 629 orang pelawat telah berkunjung ke taman laut di Kedah dan daripada jumlah tersebut seramai 86 049 orang merupakan pelawat luar negara. Selain Kedah, pelawat tempatan dan pelawat luar negara juga berkunjung ke taman laut di Terengganu. Akan tetapi, di Terengganu, jumlah pelawat tempatan melebihi jumlah pelawat luar negara, iaitu sebanyak 74.6% daripada jumlah keseluruhan pelawat. Jumlah keseluruhan pelawat di situ ialah 151 397 orang. Taman laut di Pahang pula mencatat jumlah pelawat kedua tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. Pelawat tempatannya seramai 73 688 orang manakala pelawat luar negara ialah seramai 75 312 orang. Taman laut di Johor pula mencatat kunjungan pelawat seramai 66 656 orang. Jumlah ini agak kecil berbanding dengan negeri-negeri lain. Daripada jumlah tersebut, seramai 15 098 orang ialah pelawat luar negara.

Pada tahun 2008 pula, taman laut bagi empat buah negeri terpilih masih menarik perhatian pelawat luar negara. Taman laut di Pahang telah mencatat jumlah pelawat paling tinggi, iaitu 191 929 orang. Sebanyak 65% daripada jumlah pelawat di Pahang terdiri daripada pelawat tempatan dan selebihnya ialah pelawat luar negara. Taman laut di Johor pula mencatat jumlah pelawat paling sedikit, iaitu seramai 68 664 orang. Pelawat tempatan ialah seramai 41 199 orang manakala pelawat luar negara pula adalah yang selebihnya. Bagi Kedah dan Terengganu pula, kedua-dua negeri itu mencatat jumlah pelawat seramai 96 071 orang dan 151 824 orang. Jumlah pelawat luar negara bagi kedua-dua negeri ialah seramai 72 773 orang di Kedah dan 22 292 orang di Terengganu, manakala selebihnya ialah pelawat tempatan.

Kunjungan pelawat ke taman laut di negeri-negeri terpilih telah menunjukkan peningkatan pada tahun 2009. Taman laut di Pahang masih mencatat kunjungan pelawat paling tinggi, iaitu 194 392 orang dan diikuti oleh Terengganu, iaitu seramai 170 126 orang. Kedah pula mencatat jumlah ketiga tinggi, iaitu seramai 102 866 orang, manakala Johor pula mencatat jumlah pelawat yang rendah, iaitu seramai 63 374 orang sahaja. Pelawat tempatan juga telah menyumbang keuntungan kepada pihak Jabatan Taman Laut Malaysia. Hal ini demikian kerana kunjungan mereka turut mencatat jumlah tertentu di negeri-negeri terpilih, seperti di Pahang, iaitu seramai 105 867 orang, diikuti Terengganu, iaitu seramai 99 434 orang, 38 025 orang pula

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 26

Page 15: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

di Johor, dan seramai 25 454 orang di Kedah. Pelawat-pelawat luar negara pula adalah yang selebihnya.

(Disesuaikan daripada Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia,kemas kini pada 26 Mac 2013)

STPM 2016 (U) - SOALAN 5

15. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penggunaan air oleh pelbagai sektor di negeri Sarawak dari tahun 2008 hingga tahun 2011.

Air amat diperlukan dalam setiap aktiviti kehidupan. Penggunaannya pada setiap tahun telah menunjukkan peningkatan. Air yang mencukupi akan memudahkan segala urusan, sama ada urusan yang melibatkan hal domestik ataupun komersial.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, penggunaan air bagi tempoh empat tahun di negeri Sarawak telah menunjukkan peningkatan. Sejumlah 247 976 ribu meter padu air telah digunakan pada tahun 2008 dan penggunaan ini meningkat kepada 263 279 ribu meter padu pada tahun berikutnya. Daripada jumlah tersebut, penggunaan air oleh sektor domestik, terutamanya kediaman penduduk di negeri Sarawak mencatat rekod yang paling tinggi berbanding dengan sektor lain, iaitu 147 648 ribu meter padu pada tahun 2008. Penggunaan air ini meningkat sebanyak 14 057 ribu meter padu pada tahun 2009.

Bagi sektor perindustrian dan perniagaan pula, penggunaan air pada tahun 2009 ialah sebanyak 75 050 ribu meter padu berbanding dengan 71 606 ribu meter padu pada tahun 2008. Penggunaan air bagi sektor pentadbiran pula, terutamanya bagi pihak kerajaan pada tahun 2008 dan 2009 ialah masing-masing sebanyak 22 456 ribu meter padu dan 20 757 ribu meter padu. Penggunaan ini pada tahap yang sederhana dan berhemah. Penggunaan air yang selebihnya pula adalah untuk kegunaan sektor lain yang merangkumi sektor pertanian, perladangan, penternakan, dan sebagainya.

Pada tahun 2010 pula, penggunaan air bagi keempat-empat sektor ini ialah berjumlah 3 192 ribu meter padu dan jumlah ini meningkat sebanyak 1 312 ribu meter padu pada tahun 2011. Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah digunakan oleh sektor domestik, manakala sebanyak 77 974 ribu meter padu air digunakan oleh sektor perindustrian dan perniagaan. Penggunaan air daripada sektor ini telah merosot sebanyak 24.7 peratus pada tahun 2011 berbanding dengan tahun sebelumnya. Sektor pentadbiran pula telah menggunaan air sebanyak 21 504 ribu meter padu dan sektor lain pula mencatat penggunaan air yang selebihinya pada tahun 2010.

Sektor domestik telah menggunakan air sebanyak 167 809 ribu meter padu pada tahun 2011. Pada tahun yang sama, penggunaan air oleh sektor pentadbiran di negeri Sarawak mencatat peningkatan yang besar, iaitu sebanyak 93.3 peratus berbanding dengan penggunaan air pada tahun 2010. Sektor lain pula mencatat penggunaan air sebanyak 6 414 ribu meter padu.

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 27

Page 16: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Sarawak 2012, Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

STPM 2016 (U) - SOALAN 6

16. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan bilangan sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan mengikut negeri terpilih pada tahun 2012 dan tahun 2013 di Malaysia.

Pendidikan di Malaysia boleh diperoleh dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta, atau secara persendirian. Kementerian Pendidikan Malaysia dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk menguruskan pembangunan pendidikan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan serta sekolah bantuan kerajaan. Tempoh persekolahan wajib antara 12 hingga 13 tahun, di samping peningkatan bilangan pelajar yang layak mendapat pendidikan telah menyebabkan bilangan sekolah rendah dan sekolah menengah bertambah dari semasa ke semasa.

Negeri Johor, Kelantan, Selangor, dan Kedah merupakan negeri di Malaysia yang mempunyai bilangan sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan yang banyak pada tahun 2012. Negeri Johor mencatatkan bilangan sekolah kerajaan yang terbanyak, iaitu sebanyak 1143 buah. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 893 buah ialah sekolah rendah dan selebihnya ialah sekolah menengah. Bilangan sekolah kerjaaan di Kelantan pula kurang sebanyak 48.47 peratus berbanding dengan bilangan sekolah kerajaan di Johor. Negeri Kelantan hanya mempunyai 418 buah sekolah rendah dan 171 buah sekolah menengah.

Permintaan yang tinggi terhadap pendidikan rendah di Selangor menyebabkan sebanyak 648 buah sekolah rendah kerajaan telah didirikan pada tahun 2012. Bilangan sekolah rendah ini lebih sebanyak 379 buah daripada bilangan sekolah menengah di negeri berkenaan. Bilangan sekolah kerajaan di Kedah pula sedikit bilangannya berbanding dengan sekolah kerajaan di Selangor. Di Kedah, bilangan sekolah rendah ialah sebanyak 539 buah dan bilangan sekolah menengah pula sebanyak 181 buah.

Pada tahun 2013, bilangan sekolah kerajaan di semua negeri yang terlibat menunjukan peningkatan daripada tahun sebelumnya. Bilangan sekolah kerajaan di Johor masih mendahului negeri-negeri lain. Bilangan sekolah rendah di Johor ialah sebanyak 903 buah, iaitu lebih sebanyak 69.99 peratus daripada bilangan sekolah menengah di negeri tersebut. Bilangan sekolah rendah di Kelantan adalah sama seperti pada tahun 2012, tetapi bilangan sekolah menengah di negeri berkenaan meningkat sedikit kepada 173 buah.

Trend pertambahan bagi kedua-dua jenis sekolah ini turut ditunjukkan oleh negeri Selangor dan negeri Kedah pada tahun 2013. Bagi sekolah rendah, pertambahan di Selangor hanyalah sebanyak dua buah dan di Kedah pula meningkat sebanyak tiga buah berbanding

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 28

Page 17: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

dengan tahun sebelumnya. Bagi sekolah menengah pula, negeri Selangor menunjukkan pertambahan kepada 271 buah dan negeri Kedah pula meningkat kepada 182 buah.

(Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2013, Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

STPM 2017 - SOALAN 5

17. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan perbelanjaan pembangunan kerajaan Malaysia mengikut sektor bagi tempoh tahun 2010 hingga tahun 2012.

Perbelanjaan pembangunan kerajaan Malaysia dalam tempoh tiga tahun, iaitu 2010, 2011 dan 2012 telah menurun. Terdapat empat sektor dalam perbelanjaan berkenaan, iaitu keselamatan, perkhidmatan sosial, perkhidmatan ekonomi, dan pentadbiran awam.

Pada tahun 2010, perbelanjaan dalam sektor keselamatan bernilai RM3970 juta daripada perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM52 792 juta pada tahun berkenaan. Pada tahun berikutnya, perbelanjaan sektor ini berjumlah RM4373 juta dan bertambah sebanyak RM10 juta pada tahun 2012. Perbelanjaan ini berubah-ubah disebabkan oleh keperluan negara dalam sektor ini meningkat kerana keperluan semasa khususnya operasi tertentu yang berlaku di sempadan negara, seperti di Sabah.

Perbelanjaan dalam sektor perkhidmatan sosial yang merujuk kepada pendidikan dan latihan, kesihatan, dan perumahan sentiasa menurun dalam tempoh berkenaan kerana keperluan bagi sektor perkhidmatan sosial tersebut hampir lengkap dan adanya langkah penjimatan oleh pihak kerajaan. Pada tahun 2010, jumlah perbelanjaan sebanyak RM20 784 juta. Jumlah perbelanjaan dalam sektor ini menurun dalam tempoh dua tahun berikutnya. Pada tahun 2012, jumlah perbelanjaan sebanyak RM13 623 juta, iaitu berkurang sebanyak RM2 151 juta dari tahun sebelumnya.

Trend perbelanjaan dalam sektor perkhidmatan ekonomi berbeza jika dibandingkan dengan sektor perkhidmatan sosial. Perbelanjaan dalam sektor perkhidmatan ekonomi sentiasa meningkat pada setiap tahun kerana keutamaan pada sektor tertentu. Pada tahun 2010, jumlah perbelanjaannya ialah sebanyak RM26 121 juta. Ia meningkat sebanyak RM2080 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2012, jumlah perbelanjaan ini meningkat lagi sebanyak RM1618 juta kepada RM29 819 juta. Penekanan yang lebih kepada bidang pengangkutan dan perhubungan telah menjadikan perbelanjaan bagi sektor perkhidmatan ekonomi sentiasa meningkat. Sektor ini diberikan lebih perhatian kerana Malaysia mahu menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti.

Sektor terakhir dalam perbelanjaan pembangunan ialah pentadbiran awam. Perbelanjaan dalam sektor ini paling sedikit berbanding dengan perbelanjaan dalam sektor pembangunan yang lain. Dalam tempoh tiga tahun berkenaan, perbelanjaan sektor ini pada tahun 2011 adalah paling sedikit, iaitu RM957 juta. Jumlah ini berkurang sebanyak RM960 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, perbelanjaan sektor ini telah bertambah sebanyak RM467 juta pada tahun berikutnya. Keadaan perbelanjaan yang tidak stabil untuk sektor ini menunjukkan

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 29

Page 18: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

sifat fleksibel kerajaan yang berbelanja mengikut keperluan semasa.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2012, Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

STPM 2017 - SOALAN 6

18. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan bilangan kenderaan bermotor yang didaftar dari tahun 2009 hingga tahun 2010.

Masalah kesesakan jalan raya menjadi isu yang penting kepada pihak kerajaan tempatan dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengatasinya. Dalam hal ini, bilangan kenderaan di jalan raya yang semakin meningkat juga menjadi satu daripada punca kesesakan jalan raya.

Bilangan kenderaan bermotor yang didaftar pada tahun 2009 ialah sebanyak 18 816 782 unit, manakala pada tahun 2010 jumlah kenderaan bermotor yang didaftar ialah sebanyak 17 107 704 unit. Jumlah kenderaan bermotor pada amnya adalah lebih rendah pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2009. Keadaan ini berkemungkinan disebabkan oleh langkah kerajaan yang menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Pada tahun 2009, bilangan motokar yang didaftar ialah sebanyak 8 506 080 unit. Jumlah ini telah berkurangan sebanyak 3 391 160 unit pada tahun berikutnya. Kenderaan bermotor seperti motosikal juga telah didaftar sebanyak 8 940 230 unit. Jumlah ini lebih tinggi berbanding dengan jumlah yang didaftarkan untuk motokar, iaitu sebanyak 434 150 unit pada tahun yang sama. Pada tahun 2010, bilangan motosikal yang didaftar ialah sebanyak 10 441 907 unit.

Selain motosikal, ramai orang terutamanya golongan yang berumur 30-an menggunakan teksi dan kereta sewa untuk sampai ke destinasi. Sebanyak 95 728 unit teksi dan kereta sewa telah didaftarkan pada tahun 2009. Pada tahun berikutnya, lebih ramai orang mula menggunakan teksi dan kereta sewa kerana kadar bayaran perjalanan menjadi rendah. Ia berkurang sebanyak 34% untuk pergi ke destinasi masing-masing. Natijahnya, lebih banyak teksi dan kereta sewa didaftar untuk digunakan dan berlaku peningkatan sebanyak 17 233 unit menjadi 112 961 unit.

Bilangan bas yang didaftarkan pada tahun 2010 berkurangan sebanyak 17 432 unit berbanding dengan bilangan bas yang didaftarkan pada tahun sebelumnya. Bilangan bas yang didaftarkan pada tahun 2009 ialah sebanyak 66 581 unit. Bilangan kenderaan barang yang didaftarkan pada tahun 2009 pula ialah sebanyak 736 222 unit. Jumlah ini bertambah akibat perkembangan ekonomi di bawah Model Baru Ekonomi (MBE). Pada tahun 2010, jumlah kenderaan bermotor seperti kenderaan barang yang didaftarkan ialah sebanyak 966 177 unit. Kenderaan lain yang didaftarkan pada tahun 2009 ialah sebanyak 471 941 unit dan bilangan ini telah berkurangan menjadi 422 590 unit pada tahun berikutnya.

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 30

Page 19: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

Penggunaan kenderaan bermotor di negara ini telah bertambah dari setahun ke setahun. Pertambahan ini menunjukkan betapa pentingnya pengangkutan pada hari ini dalam kalangan penduduk dari pelbagai peringkat usia dan pekerjaan.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2012, Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

STPM 2017 (U) - SOALAN 5

19 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pengusaha produk industri asas tani mengikut kategori produk dan pola jumlah jualan produk industri asas tani di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun 2014.

Industri asas tani merupakan satu daripada program utama Jabatan Pertanian di bawah Program Transformasi Ekonomi. Program ini berjaya melahirkan ramai pengusaha produk industri asas tani dan meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Pada tahun 2010, bilangan pengusaha makanan tradisi ialah sebanyak 1190 orang. Walau bagaimanapun, peningkatan pengetahuan dan kemahiran tentang produk makanan tradisi, seperti pembuatan baulu, dodol, halwa, dan wajik berjaya melonjakkan bilangan pengusaha produk ini kepada 2947 orang pada tahun 2012. Bilangan ini merupakan peningkatan sebanyak 423 orang berbanding dengan tahun sebelumnya. Bilangan pengusaha produk makanan tradisi pada tahun 2013 dan pada tahun 2014 masing-masing ialah 2800 orang.

Bilangan pengusaha produk makanan sejuk beku, seperti cucur badak, karipap, samosa, dan pau di bawah bimbingan Jabatan Pertanian hanya berjumlah 460 orang pada tahun 2010, dan mengalami peningkatan sebanyak 1040 orang empat tahun berikutnya. Bilangan pengusaha produk makanan sejuk beku ini ialah sebanyak 1434 orang pada tahun 2013, iaitu merosot sebanyak empat orang berbanding dengan tahun 2012. Pada tahun 2011, pengusaha yang melibatkan diri dalam penghasilan makanan sejuk beku ialah sebanyak 1245 orang.

Strategi Jabatan Pertanian berjaya meningkatkan jualan produk industri asas tani sebanyak RM339.3 juta kepada RM750.50 juta pada tahun 2014 berbanding dengan jualan pada tahun 2010. Pada tahun 2011, jumlah jualan produk industri asas tani ialah sebanyak RM513.93 juta, iaitu kurang sebanyak RM198.57 juta berbanding dengan tahun 2012. Pada tahun 2013, jualan produk ini berjumlah RM698.59 juta.

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 31

Page 20: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

(Disesuaikan daripada Perangkaan Agromakanan 2014, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, April 2015)

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B Page 32

Page 21: MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2, STPM 2017stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/5... · Web view2020/04/05  · Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah

MODUL PENGAJIAN AM PENGGAL 2

STPM 2017 (U) - SOALAN 6

20 Berdasarkan petikan dibawah, sediakan carta yang menunjukkan perbezaan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan yang mengikuti bidang Pengajian Sains dan Teknologi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun 2012.

Bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di negara kita merupakan satu fenomena biasa. Keadaan ini dibuktikan dengan jumlah pelajar perempuan yang mengikuti bidang Sains dan Teknologi di IPTA pada tahun 2012 ialah sebanyak 28 139 orang. Jumlah ini melebihi sebanyak 5592 orang berbanding dengan jumlah pelajar lelaki yang mengikuti bidang yang sama pada tahun 2012.

Bilangan pelajar lelaki yang mengikuti bidang Sains Matematik dan Komputer ialah sebanyak 5474 orang. Pelajar perempuan pula sebanyak 10 280 orang, iaitu melebihi 4806 orang berbanding dengan pelajar lelaki. Keadaan sebaliknya berlaku dalam bidang Kejuruteraan, Pembuatan, dan Pembinaan. Pelajar lelaki masih kekal mengatasi pelajar perempuan. Bilangan pelajar lelaki ialah sebanyak 14 079 orang, iaitu melebihi pelajar perempuan sebanyak 2511 orang.

Bidang Pertanian dan Veterinar masih diminati oleh pelajar perempuan. Bilangan pelajar perempuan yang mengikuti bidang ini misalnya di Universiti Putra Malaysia ialah sebanyak 1728 orang atau 6.14 peratus daripada jumlah keseluruhan. Pelajar lelaki hanya sebanyak 1305 orang atau sebanyak 5.79 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar lelaki. Bidang Kesihatan dan Kebajikan juga diminati oleh pelajar perempuan. Bilangan pelajar perempuan ialah sebanyak 4563 orang, pelajar lelaki pula hanya 1689 orang, iaitu kurang sebanyak 2874 orang jika dibandingkan dengan pelajar perempuan.

Kerajaan telah berusaha untuk menyeimbangkan bilangan pelajar lelaki dan perempuan di IPTA.

(Disesuaikan daripada Indikator Pengajian Tinggi Malaysia 2011-2012,Kementerian Pendidikan Malaysia)

SMKST/MODUL PA PENGGAL 2: BAHAGIAN B 33