model rekabentuk pengajaran

12
Model Rekabentuk Sistem Pengajaran Shamsina Shamsuddin Feb 2012 Model ADDIE Model Rekabentuk Sistem Pengajaran ini mengandungi 5 fasa iaitu Analysis (analisis), Design (rekabentuk),Development (perbangunan atau pembinaan), Implementation (pelaksanaan), dan Evaluation (penilaian). Hasil pembentukan dan pelaksanaan dari setiap fasa akan memberi maklumat berguna untuk fasa-fasa seterusnya. Terdapat pelbagai variasi model ADDIE bergantung kepada penggunaannya. Dalam tulisan ini, model yang dikemukakan oleh Clark (1995) digunakan. Fasa Analisis Pada peringkat ini beberapa keperluan dikenalpasti melalui analisis perkara- perkara berikut: Analisis objektif eksplisit dan hasil pembelajaran: memastikan objektif khas dan hasil pembelajaran dibina secara spesifik, boleh diukur, realistik serta boleh dicapai dalam jangka waktu yang diperuntukkan. Analisis pencapaian: menentukan cadangan langkah penyelesaian (kayu ukur) yang dapat membezakan antara tingkahlaku sekarang dengan tingkahlaku yang ingin dicapai. Analisis sasaran: mengenalpasti ciri-ciri dan latar belakang murid termasuk gaya pembelajaran, keperluan dan pengetahuan sedia ada mereka. Analisis Tugasan: mengenalpasti dan menetapkan bentuk tugasan atau aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh murid-murid sesuai dengan objektif khas atau hasil pembelajaran yang dibina. Analisis Masalah Pembelajaran: mengenalpasti kekangan yang dihadapi untuk membolehkan pengajaran terlaksana dengan lancar seperti masalah prasarana dan peralatan. Analisis Media Pengajaran: memilih atau membina media pengajaran yang dapat membantu mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis Kos: menentukan kos sesuatu projek dengan memastikannya dalam lingkungan keupayaan peruntukan budget yang ada. Analisis pilihan-pilhan kaedah penyampaian: mengambilkira kaedah yang akan digunakan dalam pengajaran. Analisis pertimbangan pedagogikal dan teori pembelajaran: ambilkira semua aspek pedagogikal (pengetahuan konten, isu,

Upload: anne-cross

Post on 19-Feb-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh model rekabentuk sistem pengajaran

TRANSCRIPT

Page 1: Model Rekabentuk  Pengajaran

Model Rekabentuk Sistem PengajaranShamsina Shamsuddin

Feb 2012 Model ADDIEModel Rekabentuk Sistem Pengajaran ini mengandungi 5 fasa

iaitu  Analysis (analisis), Design (rekabentuk),Development (perbangunan atau

pembinaan), Implementation (pelaksanaan), dan Evaluation (penilaian).  Hasil pembentukan

dan pelaksanaan dari setiap fasa akan memberi maklumat berguna untuk fasa-fasa

seterusnya. Terdapat pelbagai variasi model ADDIE bergantung kepada penggunaannya.

Dalam tulisan ini, model yang dikemukakan oleh Clark (1995) digunakan. 

                           Fasa AnalisisPada peringkat ini beberapa keperluan dikenalpasti melalui analisis perkara-perkara berikut:

         Analisis objektif eksplisit dan hasil pembelajaran: memastikan objektif khas dan hasil

pembelajaran dibina secara spesifik, boleh diukur, realistik  serta boleh dicapai dalam jangka

waktu yang diperuntukkan.

         Analisis pencapaian: menentukan cadangan langkah penyelesaian (kayu ukur) yang dapat

membezakan antara tingkahlaku sekarang dengan tingkahlaku yang ingin dicapai.

         Analisis sasaran: mengenalpasti ciri-ciri dan latar belakang murid termasuk gaya

pembelajaran, keperluan dan pengetahuan sedia ada mereka.

         Analisis Tugasan: mengenalpasti dan menetapkan bentuk tugasan atau aktiviti yang perlu

dilaksanakan oleh murid-murid sesuai dengan objektif khas atau hasil pembelajaran yang

dibina.

         Analisis Masalah Pembelajaran: mengenalpasti kekangan yang dihadapi untuk

membolehkan pengajaran terlaksana dengan lancar seperti masalah prasarana dan

peralatan.

         Analisis Media Pengajaran: memilih atau membina media pengajaran yang dapat

membantu mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

         Analisis Kos: menentukan kos sesuatu projek dengan memastikannya dalam lingkungan

keupayaan peruntukan budget yang ada.

         Analisis pilihan-pilhan kaedah penyampaian: mengambilkira kaedah yang akan

digunakan dalam pengajaran.

         Analisis pertimbangan pedagogikal dan teori pembelajaran: ambilkira semua aspek

pedagogikal (pengetahuan konten, isu, model, kemahiran, strategi, kaedah) dan teori

pembelajaran yang dijadikan asas dalam penyampaian pengajaran.

         Analisis tempoh masa pengajaran: ambilkira tempoh waktu yang diperuntukkan

berdasarkan jadual waktu serta pemberatan topik dalam kurikulum yang telah ditetapkan.

Page 2: Model Rekabentuk  Pengajaran

         Analisis persekitaran: ambilkira persekitaran pembelajaran (bilik darjah, makmal, bengkel

atau bilik-bilik khas seperti dewan, surau dan sebagainya).

Reka bentuk (Design)Dengan menggunakan maklumat daripada fasa analisis di atas, satu rekabentuk pengajaran

dan/atau bahan pengajaran akan dibina meliputi:

Dokumentasi atau penulisan perancangan pengajaran melibatkan langkah-langkah

(ambil kira model-model pengajaran), cadangan bahan bantu dan strategi pelaksanaan.

Aplikasi strategi bermatlamatkan pencapaian domain hasil pembelajaran atau

objektif khas (kognitif, afektif dan psikomotor)

Merancang dan menyusun langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran secara

berturutan untuk tajuk-tajuk yang berlainan (mengikut turutan model pengajaran yang

dipilih).

Merekabentuk ujian rujukan norma / kriteria.

Pembangunan/Pembinaan (Development)Fasa ini merupakan fasa penulisan rancangan pengajaran dan pembinaan sebenar bahan

pengajaran yang akan digunakan berdasarkan tajuk yang akan diajar.

         Pemilihan isi kandungan dibuat berpandukan huraian sukatan pelajaran dan (pemilihan

bahan melalui proses adoptasi dan adaptasi) bahan bantu pelajaran berkaitan seperti

edaran, lembaran kerja, slaid pembentangan dan sebagainya dihasilkan termasuklah

mengesahkan kesesuaian dan kebolehpercayaan bahan-bahan tersebut

         Penyenaraian langkah-langkah serta aktiviti pelajaran yang membolehkan proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar (rujuk kepada model pengajaran yang

dipilih dalam fasa reka bentuk).

         Membina pelan pengajaran meliputi pemilihan pendekatan, strategi, kaedah serta teknik

yang akan digunakan.

         Semakan semula untuk memastikan isi kandungan, bahan yang dibina serta pendekatan

yang dipilih mengarah kepada pencapaian objektif khas atau hasil pembelajaran yang

dijangkakan.

Pelaksanaan (Implementation)Fasa ini merupakan fasa yang menjelaskan tentang proses aplikasi untuk kali pertama

pengajaran dan penggunaan bahan bantu yang menyokong pembelajaran. Selepas

pelaksanaan kali pertama ini, guru boleh membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran

yang berlaku seterusnya melaksanakan kajian tindakan untuk dibuat penyesuaian dan

Page 3: Model Rekabentuk  Pengajaran

penambahbaikan pada mana-mana bahagian perancangan, bahan bantu atau pelaksanaan

sekiranya perlu.

Penilaian (Evaluation)Sebenarnya fasa penilaian berlaku pada keempat-empat fasa terdahulu. Pada setiap fasa

(analisis, reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan) akan dibuat penilaian formatif untuk

memastikan perancangannya telah dibuat dengan sebaik mungkin. Penilaian sumatif

terhadap keberkesanan pengajaran, bahan bantu serta pencapaian objektif khas atau hasil

pembelajaran dilaksanakan setelah keempat-empat fasa awal dilaksanakan. Maklumbalas

yang diperolehi akan digunakan untuk menambahbaik perancangan pengajaran untuk topik

yang sama atau berlainan atau untuk pengajaran mata pelajaran lain yang sepadan. Aktiviti

dalam fasa penilaian ini meliputi:

         Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk memastikan murid-murid dapat

melaksanakan tugasan pembelajaran secara optima. Setiap langkah yang dilaksanakan

perlu dinilai semula untuk tujuan penambahbaikan.

         Membuat refleksi kendiri.

Contoh Aplikasi ADDIE Dalam Pengajaran Pendidikan Agama IslamFasa Analisis

Analisis tajuk: Taharah (fiqh) asas – tayamum

Analisis sasaran: Murid tahun 3, aplikasi gaya pembelajaran VARK, telah biasa dalam

amalan harian membersihkan diri daripada kotoran fizikal seperti mandi serta mencuci

tangan dan kaki menggunakan media air.

Analisis objektif: membolehkan murid menunjukcara bertayamum menggunakan debu

mengikut tertib turutan bertayamum dalam tempoh masa pengajaran.

Analisis tugasan: murid membuat penerokaan bahan tentang tayamum serta melakukan

demonstrasi cara bertayamum

Analisis masalah pembelajaran: tempoh peruntukan masa yang terbatas untuk

membolehkan semua murid terlibat dengan demonstrasi secara individu

Analisis media pembelajaran: perlu menyediakan klip video cara-cara bertayamum atau

boleh dimuat turun daripada youtube

 http://www.youtube.com/watch?v=pLZ6VcSt8hU&feature=related

Analisis pertimbangan pedagogikal dan teori pembelajaran: kaedah demonstrasi,

pendekatan pengajaran berpusatkan murid, model 5E konstruktivisme

Analisis tempoh masa pengajaran: 2 waktu X 30 minit = 60 minit

Analisis persekitaran: musolla

Fasa rekabentuk dan pembangunan

      Ranc pengajaran:

Page 4: Model Rekabentuk  Pengajaran

Langkah(Model Konstruktivisme

5E)Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

pembelajaranCatatan

Pendahuluan Doa belajar Murid berdoa secara kelas

Set Induksi(Langkah Penglibatan / Engagement)

Bersuci atau berwudhuk menggunakan air mutlak dan tayamum

Guru mengemukakan soalan berkenaan taharah atau bersuci menggunakan air.

Guru meminta murid mengaitkan amalan bersuci sekiranya tidak terdapat air.

Mengaitkan topik dengan pengetahuan sedia ada murid.

Langkah Penerokaan (Exploration)

Bahan untuk bertayamum (debu tanah)

Rukun tayamum

Gambar pegun menunjukkan sekuen melakukan tayamum (cara)

Syarat dan sebab bertayamum

Perkara yang membatalkan tayamum

Murid berkumpul dalam kumpulan pembelajaran koperatif 4 orang setelah menerima arahan guru.

Wakil setiap kumpulan diminta mengambil 4 bahan bantu yang berlainan dan mengagihkan kepada setiap ahli

Setiap murid akan mendapatkan maklumat berlainan berkaitan tayamum berpandukan bahan yang diperolehi.

Murid berkongsi maklumat dalam kumpulan untuk melengkapkan maklumat tentang tayamum.

Pembelajaran koperatif “Jigsaw”

Langkah Penjelasan (Explain)

Rukun tayamum

   Niat tayamum   Menyapu muka

Guru menayangkan klip video tayamum (suara disenyapkan) dan meminta wakil kumpulan

Bahan: Klip video tentang tayamum

Page 5: Model Rekabentuk  Pengajaran

dengan debu tanah

   Menyapu dua tangan hingga ke siku

   Tertib

menjelaskan proses bertayamum berpandukan klip vodeo.

Guru mengedarkan 2 salinan senarai semak dan mengagihkan debu tanah kepada setiap kumpulan.

Murid bekerja secara berpasangan. Secara individu seorang murid diminta menunjuk cara, manakala rakannya menyemak serta menandakan “ya” atau “tidak” dengan merujuk senarai semak.

Penilaian formatif oleh rakan sebaya dengan bimbingan guru

Langkah Penghuraian (Elaborate)

Menunaikan solat adalah wajib walaupun tidak diperolehi air untuk berwudhuk.

Penggunaan debu tanah sebagai ganti air ketika ketiadaan air.

Jenis-jenis debu yang boleh digunakan untuk bertayamum

Wajib patuh kepada perintah Allah.

Bersuci adalah

Murid diminta mengaitkan tayamum dengan solat dan taharah.

Guru mengemukakan permasalahan berkaitan tayamum seperti keadaan ketiadaan air dan tanah berdebu, contohnya dalam kapal terbang atau di angkasa lepas, dan meminta murid memberikan pandangan mereka. Guru membimbing murid ketika membuat penjelasan.

Page 6: Model Rekabentuk  Pengajaran

wajib sebelum menunaikan solat

Langkah Penilaian (Evaluate)

Dapatan daripada senarai semak

Beberapa orang murid dipilih untuk membuat penilaian tayammum berpandukan dapatan daripada senarai semak dan membandingkan dengan apa yang mereka tonton daripada klip video

Kemahiran berfikir banding beza

Penutup Rumusan oleh murid yang dipilih tentang pelajaran.

      Penilaian: Penilaian guru dan rakan sebaya ke atas demonstrasi yang dilakukan oleh murid berpandukan senarai semak yang dibina.

Bil Perkara Ya Tidak

1 Membaca basmallah dengan lengkap

2 Niat tayammum yang lengkap

3 Menepuk dua tapak tangan ke debu tanah

4 Menipiskan debu pada tapak tangan

5 Menyapu kedua tapak tangan ke seluruh muka

6 Menepuk dua tapak tangan ke debu pasir kali kedua

7 Menipiskan debu pada tapak tangan

8 Menyapu kedua tangan hingga ke paras siku

 

      Pembinaan dan penyediaan bahan bantu:

1.    Debu tanah yang secukupnya

2.    Klip video tayammum yang dimuat turun daripada youtube.

3.    Komputer riba, projektor LCD dan layar besar

Fasa pelaksanaan

      Melaksanakan rancangan dalam kelas, mencatatkan dalam diari isu-isu berkaitan

kekuatan dan kelemahan semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Fasa penilaian

      Refleksi dan cadangan penambahbaikan

Page 7: Model Rekabentuk  Pengajaran

Model ASSURE Heinich, Molenda, Russell, Smaldino (1999) telah mengemukakan satu model yang boleh

digunakan oleh guru untuk merancang pengajaran yang menekankan kepelbagaian gaya

pembelajaran murid serta pendekatan konstruktivisme di mana murid dikehendaki

berinteraksi dengan persekitaran dan bukan bersikap pasif dengan hanya menerima

penerangan dan penjelasan daripada guru. Untuk menghasilkan sebuah perancangan

pelajaran perlu guru menentukan:

         Objektif khas yang eksplisit atau hasil pembelajaran yang spesifik, boleh dicapai, boleh diukur,sebenar dan boleh dilaksanakan dalam lingkungan masa yang ditetapkan

mengikut aras-aras tertentu.

         kemahiran, pengetahuan dan sikap yang ingin dibentuk.

         bahan dan strategi yang akan digunakan.

         penstrukturan, turutan, penyampaian, pengukuhan dan pengayaan isi kandungan..

         kaedah penilaian menjurus kepada pencapaian hasil pembelajaran.

            Model Rekabentuk Sistem Pengajaran ASSURE merupakan satu proses

perancangan yang telah diubahsuai untuk membolehkan guru merekabentuk dan membina

persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan kumpulan murid yang menjadi sasaran

seperti yang dikehendaki oleh syarat-syarat di atas.  Guru boleh menggunakan proses ini

untuk menghasilkan rancangan pelajaran serta memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.           

            Model ASSURE menggabungkan garis panduan langkah-langkah pelajaran dan

hubungannya dengan proses kognitif yang dikemukakan oleh Robert Gagne untuk

memastikan berlakunya pembelajaran berkesan seperti di bawah:

(1) mendapatkan perhatian (penglibatan) 

(2) memaklumkan kepada murid tentang hasil pembelajaran yang ingin dicapai (jangkaan) 

(3) merangsang ingatan semula pembelajaran lalu (perolehan semula) 

(4) mengemukakan rangsangan pelajaran baru (persepsi terpilih) 

(5) menyediakan panduan pembelajaran (mengenkod secara semantik) 

(6) menampakkan pencapaian (membuat respons) 

(7) memberi maklumbalas (pengukuhan) 

(8) menilai pencapaian (perolehan semula) 

(9) meningkatkan penggunaan dan pemindahan (generalisasi).

Analisis Murid (Analyze learners)

Page 8: Model Rekabentuk  Pengajaran

Sebelum memulakan mereka bentuk pengajaran, seseorang guru perlu mengetahui tentang

ciri-ciri murid-muridnya yang menjadi sasaran pengajaran dan pembelajaran. Beberapa

maklumat tertentu perlu diketahui terlebih dahulu sebelum sesuatu rancangan dibina. Antara

ciri-ciri tersebut adalah:

         Ciri umum murid – umur, kumpulan etnik, jantina, tahap pencapaian, keupayaan fizikal dan

sebagainya.

         Kecekapan tertentu – pengetahuan sedia ada, kemahiran dan sikap.

         Gaya pembelajaran - verbal, logikal, visual, kinestetik, berstruktur dan sebagainya (rujuk

Model Kolb, MBTI, Memlethic, VARK, LSP atau model Gregorc).

         Kecerdasan – rujuk Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner.

Dengan memahami latar belakang murid, guru akan mampu melaksanakan ushanya untuk

membantu murid agar mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Menyatakan hasil pembelajaran (State learning outcomes)Setelah mengenali dan mengetahui latar belakang murid-murid, guru boleh mula menulis

objektif eksplisit atau hasil pembelajaran pelajaran.  Objektif eksplisit atau hasil

pembelajaran ialah hasil atau apa yang guru hendak murid capai dan bukan apa yang guru

hendak capai setelah tamat sesuatu pengajaran. Objektif khas atau hasil pembelajaran

dibina berdasarkan kepada komponen SMART merangkumi tiga bahagian

iaitu tingkahlaku, syarat serta kriteria.

Pada akhir pelajaran murid dapat:

Aras 1: menggunakan kata panggilan yang sesuai semasa berbual dengan rakan sebaya

dengan betul dan tepat.

Aras 2: mengemukakan pandangan tentang cita-cita masing-masing kepada rakan sebaya

tanpa merujuk kepada teks.

Aras  3: mengucapkan terima kasih ke atas kesemua teguran yang dibuat oleh rakan

sebaya ketika menggunakan kata panggilan yang salah.

Memilih kaedah pengajaran, media dan bahan bantu (Select instructional methods, media, and materials)Dua fasa awal di atas membantu guru untuk membuat pilihan bagi membolehkan

berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Fasa ketiga seterusnya

memerlukan guru membuat pilihan berikut:

         Kaedah pengajaran yang dirasakan sangat sesuai untuk membolehkan pencapaian objektif

khas atau hasil pembelajaran bagi kelompok murid berkenaan.

         Media yang sesuai dengan kaedah pengajaran, hasil pembelajaran serta murid. Media yang

dipilih boleh dalam bentuk teks, gambar pegun, video, audio atau komputer multimedia.

Page 9: Model Rekabentuk  Pengajaran

         Bahan-bahan yang dapat membantu murid mencapai objektif khas secara eksplisit atau

dapat menguasai hasil pembelajaran. Bahan-bahan boleh dibeli dan dibuat penyesuaian

atau dibina oleh guru sendiri. Bahan-bahan boleh jadi dalam bentuk

program perisian tertentu, muzik, pita video, gambar, dan juga peralatan seperti overhead

projector, komputer, pencetak, pengimbas, televisyen, pemain cakera laser, VCR, dan

sebagainya.

Menggunakan media dan bahan bantu (Utilize media and materials)Setelah membuat pilihan media, peralatan dan bahan bantu, guru akan mula membina

rancangan pelajaran. Guru perlu mencuba peralatan serta menggunakan bahan-bahan yang

telah dibina terlebih dahulu untuk memastikannya dapat berfungsi dengan baik serta guru

benar-benar tahu menggunakannya sebelum dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Sekiranya

menggunakan peralatan elektronik, elakkan daripada beranggapan peralatan itu sentiasa

dalam keadaan baik kerana peralatan dan perisian yang akan digunakan mungkin tidak

dapat berfungsi dengan baik.

Memerlukan Penglibatan murid (Require learner participation)Perlu diingat bahawa murid akan dapat belajar dengan baik apabila mereka terlibat

sepenuhnya dalam proses pembelajaran. Murid yang pasif akan menghadapi lebih banyak

masalah ketika guru menyampaikan pelajaran dan ketika guru cuba memaksakan

penerimaan serta penyimpanan maklumat ke dalam memori mereka. Walau apa juga

strategi pengajaran yang dipilih, guru boleh menggunakan kemahiran penyoalan,

perbincangan, kerja kumpulan, aktiviti perbengkelan, dan cara-cara lain untuk melibatkan

murid secara aktif. Bagaimana cara hendak memberikan peluang kepada murid agar terlibat

dalam aktiviti pelajaran yang dirancang sebenarnya bergantung kepada guru.

Menilai dan mengulangkaji (Evaluate and revise)Fasa akhir ini merupakan fasa paling penting. Sesiapa pun boleh menghasilkan

perancangan pelajaran tetapi seorang guru yang benar-benar baik akan membuat refleksi

tentang objektif eksplisit atau hasil pembelajaran yang dibina, strategi pengajaran, bahan

pengajaran dan penilaian pelajaran sambil menentukan sama ada elemen-elemen ini sangat

berkesan atau perlu diubah atau ditukar ganti dalam pengajaran pada masa akan

datang.   Ada masanya sesuatu perancangan kelihatan baik di atas kertas tetapi apabila

dilaksanakan kepada murid-murid dari kumpulan tertentu didapati kesemuanya tidak dapat

berjalan dengan lancar disebabkan ekspektasi guru itu terlalu tinggi atau pun terlalu rendah.

Bahan serta peralatan yang digunakan mungkin tidak sesuai untuk tahap murid berkaitan

atau bahan serta peralatan tersebut tidak menggalakkan berlakunya pembelajaran. Strategi

Page 10: Model Rekabentuk  Pengajaran

pengajaran yang dipilih mungkin gagal untuk menarik minat murid atau ada kemungkinan

guru itu sendiri gagal melaksanakan strategi tersebut. 

            Penilaian pelajaran mungkin tidak menggambarkan murid-murid dapat menjawab

soalan-soalan yang dikemukakan. Ini bermakna guru gagal menguji objektif khas atau hasil

pembelajaran yang hendak dicapai. Perubahan atau penambahbaikan terhadap kaedah

penilaian pelajaran perlu dibuat. Mungkin guru memerlukan masa yang lebih panjang untuk

membolehkan kumpulan murid tersebut mencapai objektif khas atau hasil pembelajaran

yang diinginkan. Sekiranya sesuatu pengajaran itu gagal dilaksanakan dengan berkesan, ini

tidak bermakna guru tersebut tidak baik. Guru yang tidak baik adalah guru yang tidak

membuat refleksi tentang pengajarannya atau tidak merenung semula elemen-elemen yang

dapat membantu murid-muridnya untuk berjaya dalam pelajaran.

Model KempModel Kemp (1994) terdiri daripada 9 langkah seperti berikut:

1.    Mengenalpasti masalah pengajaran dan menetapkan matlamat merekabentuk sesuatu

pengajaran.

2.    Mengenalpasti ciri-ciri murid yang perlu diberikan perhatian semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

3.    Mengenalpasti isi kandungan pelajaran dan menganalisis komponen tugasan sejajar dengan

objektif pengajaran yang ingin dicapai.

4.    Menyatakan objektif pengajaran yang perlu dicapai oleh murid.

5.    Susun atur isi kandungan mengikut langkah-langkah pengajaran secara logik.

6.    Merekabentuk strategi pengajaran untuk membolehkan murid mencapai dan menguasai

objektif pembelajaran

7.    Rancangkan langkah-langkah penyampaian pengajaran.

8.    Bina alat penilaian untuk menilai pencapaian objektif pembelajaran.

9.    Memilih sumber untuk menyokong pengajaran dan aktiviti pembelajaran.

Model Dick dan CareyDick dan Carey (1996) telah mengemukakan 10 proses utama dalam model pengajaran

mereka mengandungi 9 peringkat dalam gelungan yang berulang dan berakhir dengan

proses penilaian keberkesanan pengajaran.

 

9 peringkat dalam model rekabentuk pengajaran Dick dan Carey

Page 11: Model Rekabentuk  Pengajaran

Peringkat 1: Mengenalpasti matlamat pengajaran

Peringkat 2. Mengendalikan analisis pengajaran

Peringkat 3. Mengenalpasti Pengetahuan Sedia Ada dan ciri-ciri murid

Peringkat 4: Menulis objektif pencapaian

Peringkat 5. Membina / menggubal item-item ujian rujukan kriteria

Peringkat 6. Membina strategi pengajaran

Peringkat 7: Membina dan memilih bahan-bahan pengajaran

Peringkat 8: Membina dan melaksanakan penilaian formatif

Peringkat 9: Membina dan melaksanakan penilaian sumatif

Sumber Rujukan:Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2010). Rancangan Pengajaran Harian. Puchong.

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Dick, W., & Carey, L. (1996). The Systematic Design of Instruction (4th Ed.). New York:

Haper Collins College Publishers.

Leshin, C. B., Pollock, J., & Reigeluth, C. M. (1992). Instructional Design Strategies and

Tactics. Englewood Cliffs, NJ: Education Technology Publications