sakinatul raadiyah abdullah

13
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 306 TRANSFORMASI KAEDAH PERLAKSANAAN WAKAF: SATU TINJAUAN AWAL TERHADAP PENGURUSAN WAKAF KORPORAT JOHOR CORPORATION (JCorp) 1 Sakinatul Raadiyah Abdullah 2 Pusat Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia Abstrak Kaedah wakaf mempunyai ruang yang cukup besar dalam membangun ekonomi masyarakat Islam di negara ini. Usaha penggemblengan wakaf adalah satu pendekatan yang sesuai dan berciri maju dalam menyusun masyarakat tempatan dan seterusnya membangun kekuatan ekonomi. Kepelbagaian kaedah perlaksanaan wakaf mutakhir ini memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada masyarakat untuk melakukan amalan terpuji ini. Maka, tujuan utama penulisan ini adalah untuk mengupas pelaksanaan wakaf korporat dari perspektif Islam di samping meninjau sejauhmana kaedah pelaksanaan wakaf mengikut kaedah ini memberi kebaikan kepada umat Islam sejagat khususnya. Namun persoalannya, adakah pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut dapat memenuhi matlamat amalan wakaf dalam Islam. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji kaedah perlaksanaan wakaf korporat yang telah dilakukan oleh beberapa agensi seperti JCorp. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel. Metodologi penulisan adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Hasil kajian mendapati wakaf korporat yang diperkenalkan oleh JCorp merupakan adaptasi daripada wakaf saham yang terdapat dan diterima pakai di dalam Islam. Berasaskan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut ternyata pelaksanaan pembangunannya telah memberi manfaat yang besar kepada seluruh masyarakat. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dikemukakan bagi tujuan menambahbaikkan dalam pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut. Kata Kunci: Transformasi, Wakaf Korporat, Johor Corporation (JCorp) 1 Kertas kerja yang dibentangkan dalam The 9 th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2015) di Universiti Sains Malaysia, Malaysia pada 8-9 Disember 2015. 2 Sakinatul Raadiyah binti Abdullah merupakan calon Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia.

Upload: idmac2015

Post on 15-Jan-2017

239 views

Category:

Presentations & Public Speaking


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 306

TRANSFORMASI KAEDAH PERLAKSANAAN WAKAF: SATU TINJAUAN

AWAL TERHADAP PENGURUSAN WAKAF KORPORAT JOHOR

CORPORATION (JCorp)1

Sakinatul Raadiyah Abdullah2

Pusat Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Kaedah wakaf mempunyai ruang yang cukup besar dalam membangun ekonomi

masyarakat Islam di negara ini. Usaha penggemblengan wakaf adalah satu

pendekatan yang sesuai dan berciri maju dalam menyusun masyarakat tempatan dan

seterusnya membangun kekuatan ekonomi. Kepelbagaian kaedah perlaksanaan

wakaf mutakhir ini memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada masyarakat

untuk melakukan amalan terpuji ini. Maka, tujuan utama penulisan ini adalah untuk

mengupas pelaksanaan wakaf korporat dari perspektif Islam di samping meninjau

sejauhmana kaedah pelaksanaan wakaf mengikut kaedah ini memberi kebaikan

kepada umat Islam sejagat khususnya. Namun persoalannya, adakah pelaksanaan

pembangunan wakaf tersebut dapat memenuhi matlamat amalan wakaf dalam Islam.

Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji kaedah perlaksanaan wakaf

korporat yang telah dilakukan oleh beberapa agensi seperti JCorp. Analisis dilakukan

dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel.

Metodologi penulisan adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan

analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Hasil kajian mendapati wakaf

korporat yang diperkenalkan oleh JCorp merupakan adaptasi daripada wakaf saham

yang terdapat dan diterima pakai di dalam Islam. Berasaskan laporan tahunan yang

dikeluarkan oleh syarikat tersebut ternyata pelaksanaan pembangunannya telah

memberi manfaat yang besar kepada seluruh masyarakat. Kajian ini diakhiri dengan

beberapa cadangan dikemukakan bagi tujuan menambahbaikkan dalam pelaksanaan

pembangunan wakaf tersebut.

Kata Kunci: Transformasi, Wakaf Korporat, Johor Corporation (JCorp)

1 Kertas kerja yang dibentangkan dalam The 9

th ISDEV International Islamic Development

Management Conference (IDMAC 2015) di Universiti Sains Malaysia, Malaysia pada 8-9 Disember

2015. 2 Sakinatul Raadiyah binti Abdullah merupakan calon Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan

Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia.

Page 2: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 307

PENDAHULUAN

Wakaf merupakan salah satu amalan kebajikan yang terpuji dan dituntut dalam

Islam. Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menggalakkan umat Islam

melakukan amalan kebajikan seperti sedekah jariah, hibah, derma dan sebagainya3.

Di samping itu, terdapat juga beberapa hadith Nabi SAW yang menuntut umat Islam

melakukan amalan kebajikan ini4.

Melalui tuntutan yang terdapat dalam al-Quran dan hadith tersebut, ini mengajar

umat Islam bahawa harta yang paling baik dan paling disayangi itulah yang terbaik

untuk diinfaq atau diserah kepada jalan Allah. Hal demikian bagi membolehkan umat

manusia keseluruhannya mendapat manfaat yang maksimum hasil daripada harta

tersebut (Nik Mustapha Nik Hassan, 2014).

Sejarah membuktikan institusi wakaf bertindak sebagai sumber pembiayaan dan

menyumbang dalam pembangunan sosioekonomi ketika zaman pemerintahan

Khalifah Othmaniah. Menerusi sumbangan wakaf, keperluan asas dan pembangunan

infrastruktur masyarakat Muslim khasnya dan bukan Islam amnya dapat dibantu.

Menyedari potensi dan peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi negara,

kerajaan mula mengorak langkah dengan melakukan penambahbaikkan dan

pembaharuan. Hal ini adalah sangat wajar memandangkan peruntukan undang-

undang yang berbeza di setiap negari (Nurul Asykin Mahmood & Muhammad

Hakimi Mohd Shafiai, 2013). Jika ditinjau dari aspek sejarah, institusi-institusi wakaf

terutamanya pada zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyyah mempunyai peranan

yang amat besar di dalam membiayai pembinaan kemudahan-kemudahan awam bagi

manfaat masyarakat (Murat, 2011a; Magda, 2013). Pelbagai fasiliti awam seperti

jalan raya, jambatan, sekolah dan hospital dibiayai oleh dana-dana wakaf tanpa

melibatkan peruntukan daripada kerajaan. Ianya juga memberikan peluang pekerjaan

kepada golongan muda dan membantu meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam.

Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah melemahkan institusi wakaf untuk

terus berperanan sebagai agen pembangunan negara. Walaubagaimanapun, di dalam

tempoh tiga dekad yang lalu sehingga kini telah menyaksikan umat Islam di

beberapa negara seperti Turki, Pakistan, Kuwait dan Malaysia berusaha

mengembalikan semula peranan besar institusi wakaf. Pihak kerajaan dan juga

badan-badan swasta di negara terbabit telah terlibat secara langsung di dalam

menguruskan dan mentadbir aset-aset wakaf sedia ada dan membangunkan harta-

harta baru wakaf.

3Antaranya, firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan

yang sebenarnya sehingga kamu belanjakan sebahagian daripada harta yang paling kamu sayangi

dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”.

Lihat, al-Quran, al-Imran: 92. 4 Antaranya, hadith yang diriwayatkan daripada Muslim yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah

r.a, Nabi s.a.w bersabda: Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya

kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan doa daripada akan-anak

soleh yang mendoakannya". (Hadith Riwayat Muslim). Lihat, al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin

Syarf (1994), Sahih Muslim bi Syarh al-Imam Muhyi al-Din al-Nawawi, jld. 11, hadith no. 4199,

Beirut: Dar al-Ma„rifah, hal. 817.

Page 3: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 308

Di Malaysia, kerajaan telah memberi peruntukan khas dalam Rancangan Malaysia

untuk pembangunan institusi wakaf sedia ada yang dijangka mampu menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi (Sanep Ahmad &

Nur Diyana Muhamed, 2011). Menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9),

tumpuan diberi kepada program pembangunan hartanah wakaf. Peruntukan yang

diberi adalah sebagai pembiayaan bagi projek-projek pembangunan di atas tanah

wakaf milik MAIN.

Perlu juga ditegaskan bahawa penglibatan sektor korporat di dalam pengurusan dan

pentadbiran wakaf akan dapat membantu memperbaiki imej dan persepsi masyarakat

terhadap institusi wakaf yang dianggap tidak mempunyai tadbir urus yang cekap di

dalam pengurusan aset-aset wakaf. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku

pemegang amanah tunggal harta wakaf di negeri-negeri didapati tidak mempunyai

staf yang cukup, terlatih dan berpengalaman di dalam mengurus sejumlah besar aset

wakaf (Siti Mashitoh, 2006). Selain itu MAIN juga didapati tidak mempunyai data

rekod aset wakaf yang sistematik yang menyebabkan terdapat kes-kes kehilangan

rekod tanah wakaf (Megat dan Asiah, 2006). Aspek dokumentasi juga telah

mengakibatkan terdapat tanah-tanah wakaf yang menjadi rebutan di antara pewaris-

pewaris dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kerana nama pemilik tanah masih

belum ditukar walaupun telah diwakafkan dan apabila berlaku kematian, pewaris

menganggap hartanah tersebut merupakan harta faraid (Wan Abdul Halim, 2012).

Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji kaedah perlaksanaan wakaf

korporat yang telah dilakukan oleh beberapa agensi seperti JCorp serta akan

mengenalpasti adakah pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut dapat memenuhi

matlamat amalan wakaf dalam Islam.

PENGERTIAN WAKAF KORPORAT

Perkataan wakaf dari sudut bahasa berasal daripada perkataan “waqafa” yang

bermaksud berhenti, mencegah ataupun menahan. Dari sudut istilah pula, wakaf

bererti apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada

sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah5 dan wasiat di samping mengekalkan

sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf

kepada Allah SWT. Jadi secara umumnya wakaf bermaksud menahan zat sesuatu

barang daripada dijual, digadai, dihibahkan serta tidak boleh dipindahkan sebagai

warisan demi manfaatnya telah disedekahkan ke jalan Allah (Mohamad Zaim

Isamail, Khadher Ahmad: 2013).

Manfaat harta yang diwakafkan adalah untuk kebajikan umum atau khusus (yang

ditetapkan) mengikut kepada niat pewakaf. Pendapatan, perolehan atau manfaat

daripada harta wakaf itu perlu dibelanjakan untuk kebaikan dan kebajikan sebagai

usaha pendampingan diri pewakaf kepada Allah SWT. Dengan sebab itu, harta

tersebut tidak lagi menjadi milik pewakaf, tidak boleh diambil kembali dan tidak

boleh dimiliki oleh sesiapa. Ianya hak milik mutlak Allah SWT. Kaedah pengurusan

5 Hibah adalah pemberian (dari seseorang) dengan pengalihan hak milik atas hartanya yang jelas, yang

ada semasa hidupnya kepada orang lain. Jika di dalamnya disyaratkan adanya pengganti yang jelas,

maka ia dinamakan jual beli (Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, 2008: 105).

Page 4: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 309

yang baik perlu dilakukan oleh golongan yang diamanahkan untuk menguruskan

harta wakaf agar tujuan dan niat asal pewakaf dapat dimanfaatkan dengan baik dan

pahala pewakaf berterusan (Ahmad Mohamed Ibrahim, 1997).

Wakaf juga merupakan satu amalan sedekah yang merupakan sebahagian daripada

amalan soleh yang diamalkan oleh umat Islam seiring dengan perkembangan Islam

itu sendiri. Amalan wakaf sememangnya mempunyai ganjaran besar di sisi Allah

SWT. Kesedaran umat Islam pada hari ini berkaitan dengan wakaf semakin tinggi.

Justeru, amalan rohani ini menjadi satu cara bagi mendekatkan diri kepada Allah

SWT bersesuaian dengan ganjaran yang berterusan dan berlipat kali ganda menanti

pewakaf di dunia dan di akhirat (Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad: 2013).

Ini jelas sebagaimana sabda Nabi SAW:

Dari Abi Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasullullah s.a.w

bersabda, “Apabila mati seorang anak Adam, terputus

segala amalannya kecuali tiga benda, sedekah jariah,

ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan

anak soleh yang sentiasa mendoakan kepadanya.”

(Hadith riwayat Abu Dawud)

Wakaf juga merupakan ejen pembangunan ekonomi umat Islam. Ia merupakan salah

satu daripada kontrak tabarru’6 dalam sistem muamalat Islam. Tujuannya ialah

memberikan ruang kepada umat Islam untuk menginfaqkan harta pada jalan

kebajikan menuju redha Allah SWT. Bahkan, wakaf juga mampu membantu

golongan tertentu bagi meningkatkan taraf hidup mereka di samping menjana aset

kekayaan umat Islam.

Kecenderungan syarikat-syarikat korporat melibatkan diri dalam aspek pengurusan

dan pembangunan aset wakaf yang turut dikenali sebagai wakaf korporat secara tidak

langsung menunjukkan etika terpuji dunia korporat yang tidak hanya berfokuskan

kepada kegiatan yang bersifat keuntungan semata-mata. Kebanyakan syarikat-

syarikat terlibat di dalam program-program wakaf yang melibatkan pendidikan,

kesihatan dan pengurusan hartanah wakaf. Kegiatan seperti ini adalah sebahagian

daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) entiti korporat. Institusi wakaf dapat

mengambil manfaat tentang aspek-aspek tadbir urus terbaik, akauntabiliti dan

transparensi dunia korporat di dalam pengurusan dan pentadbiran aset-aset wakaf

terutamanya wakaf tunai yang memerlukan pengalaman dan kepakaran tersebut.

Wakaf korporat merujuk kepada suatu aspek pengurusan harta-harta wakaf yang

berbentuk harta alih seperti wang tunai, saham syarikat dan dividen saham yang

diurus tadbir secara penuh oleh entiti korporat ataupun secara kerjasama di antara

syarikat korporat dan pihak berkuasa wakaf (Magda, 2013). Di antara elemen penting

bagi struktur wakaf korporat adalah aset wakaf adalah di dalam bentuk harta alih,

6 Tabarru' bermaksud suatu bentuk derma ikhlas yang diberi oleh satu pihak dengan tidak meminta

pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain. Tabarru' adalah antara amalan soleh yang sangat

digalakkan oleh Islam. Islam menggalakkan semangat tolong-menolong dan berkasih sayang antara

satu sama lain. Justeru amalan bersedekah ini sangat tinggi nilainya di sisi Islam (Wan Jemizan Wan

Deraman, 2009).

Page 5: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 310

manakala pemegang amanah wakaf iaitu syarikat korporat adalah merupakan

mutawwali dan juga penerima harta wakaf (Asharaf dan Abdullaah, 2013)

Terminologi wakaf korporat pertama kali digunakan oleh pihak Johor Corporation

(JCorp) yang melancarkan wakaf korporat pada tahun 2006 dengan mewakafkan

saham miliknya yang bernilai RM200 juta di dalam anak syarikatnya iaitu Kulim

(M) Berhad, KPJ Healthcare Berhad dan Johor Land Berhad (JCorp, 2006;

Muhammad Ali Hashim, 2011). Wakaf An-Nur Corporation (WANCorp) iaitu anak

syarikat JCorp telah dipertanggungjawabkan mengurus wakaf korporat yang

memberikan fokus kepada aspek kesihatan melalui rangkaian Klinik Wakaf An-Nur

dan Hospital Wakaf An-Nur (Asharaf and Abdullah, 2012; Hajah Mustafa et.al,

2009; Ab. Shakor, 2011). Pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik dan

hospital berkenaan dikenakan caj yang minima iaitu Ringgit Malaysia Lima sahaja

dan pesakit-pesakit terdiri daripada yang beragama Islam dan lain-lain.

Terdapat syarikat-syarikat korporat di beberapa negara yang telah melibatkan diri di

dalam pengurusan harta wakaf terutamanya yang melibatkan sektor pendidikan dan

kesihatan. Dua konglomerat terkemuka di Turki umpamanya seperti Koc Holdings

yang memiliki sekitar 500 anak syarikat dan Habanci Holdings melalui Koc

Foundation dan Sabanci Foundation telah terlibat secara langsung di dalam

membiayai penubuhan universiti dan sekolah wakaf (Murat, 2011a). Manakala di

Pakistan Hamdard Laboratories iaitu sebuah syarikat berkaitan farmaseutikal telah

menubuhkan Hamdard Foundation yang bertujuan untuk menguruskan dan

menyalurkan dana wakaf kepada penerima-penerima yang terdiri daripada pelajar-

pelajar sekolah dan orang miskin (Hamdard Foundation, 2013). Jika diteliti, ketiga-

tiga entiti korporat di atas telah menubuhkan Yayasan Amanah mereka sendiri bagi

mengurus dan mentadbir aset-aset wakaf mereka.

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Metodologi penulisan adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan

analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Analisis dilakukan dengan

meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel. Kajian

perpustakaan dijalankan dengan bersumberkan buku, kertas seminar, laman

sesawang agensi yang berautoriti seperti JAWHAR, JAKIM, Majlis Agama Islam

Negeri dan laman sesawang individu pakar bidang ekonomi Islam.

PELAKSANAAN PEMBANGUNAN WAKAF KORPORAT JCORP

Institusi wakaf di negara ini telah mula mengorak langkah berkembang selaras

dengan perkembangan dan keperluan semasa. Kajian menunjukkan institusi tersebut

tidak lagi tertumpu kepada pembangunan tanah semata-mata. Ia mula mengambil

langkah dengan memperkenalkan beberapa kaedah pembangunan wakaf yang

bersifat kontemporari seperti wakaf tunai, wakaf sukuk, saham wakaf, wakaf saham

dan sebagainya. Bentuk wakaf yang paling kontemporari di negara ini ialah

pelaksanaan wakaf korporat yang diperkenalkan oleh Johor Corporation Berhad

(JCorp). Wakaf korporat ini dipercayai merupakan yang pertama dilaksanakan oleh

sebuah institusi bisnes korporat di dunia. Ia diuruskan oleh anak syarikatnya iaitu

Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) yang merupakan sebuah syarikat

Page 6: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 311

berhad dengan jaminan JCorp sendiri. WANCorp ditubuhkan untuk menguruskan

aset dan saham-saham syarikat kumpulan JCorp yang diwakafkan di samping

berperanan sebagai 'Maukuf Alaihi' ke atas semua saham-saham dan lain-lain bentuk

sekuriti syarikat JCorp7.

Sejarah WANCorp bermula pada 25 Oktober 2000 dengan nama Pengurusan Klinik

Waqaf An-Nur Berhad. Melalui Perjanjian Persefahaman di antara JCorp dan Majlis

Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 4 Disember 2009, MAIJ bersetuju melantik

WANCorp untuk menjalankan kuasa dan tugas-tugas sebagai Nazir Khas menurut

Kaedah-Kaedah Wakaf 1983 di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri

Johor 2003. Pelantikan ini berkuatkuasa mulai 11 Julai 2005. Perjanjian ini juga

membolehkan JCorp terus mewakafkan saham-saham syarikat miliknya mengikut

kaedah wakaf korporat. Ciri utama wakaf korporat JCorp adalah terletak pada kaedah

pengurusan harta iaitu saham-saham syarikat JCorp yang diwakafkan di mana semua

saham akan didaftarkan sebagai wakaf dengan MAIJ di atas nama WANCorp.

Selaku Nazir Khas, WANCorp akan bertanggungjawab menguruskan semua urusan

yang berkaitan dengan saham-saham tersebut dan pengagihan manfaat sebagaimana

terkandung di dalam hujjah wakaf (Abd. Shakor bin Borham, 2011)8.

Waqaf korporat ini bukan sekadar memperuntukan sumbangan manfaat kepada

program atau golongan sasaran seperti lazimnya kerana WANCorp turut merangka

strategi bagi mengoptimumkan penggunaan harta wakaf seterusnya

memaksimumkan nilai manfaat bagi jangka masa panjang. Tindakan tersebut

dikenali sebagai proses produktiviti waqaf korporat yang merujuk kepada penjanaan

kembali manfaat wakaf. Menerusi proses itu, manfaat harta wakaf tidak hanya

tertumpu kepada satu peringkat sahaja kerana penggunaan manfaat daripada

peringkat pertama diharap membantu penerima khususnya dan ekonomi negara

amnya bertambah baik pada peringkat kedua. Walaupun tidak semua program agihan

manfaat waqaf korporat dapat dijana kembali, namun dari sudut ekonomi, penerima

manfaat wakaf dapat keluar daripada zon kemiskinan dan diharap turut sama terlibat

sebagai pewakaf (Nurul Asykin Mahmood & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai,

2013).

Pelaksanaan wakaf korporat JCorp dilakukan dengan mewakafkan sejumlah RM200

juta (Nilai Aset Bersih) saham dalam anak syarikat yang tersenarai dan RM50.27 juta

(Nilai Aset Bersih) saham dalam anak syarikat yang tidak tersenarai di Bursa

Malaysia. Pada 29 Jun 2009, WANCorp telah menggunakan kaedah istibdal unit

saham Johor Land Berhad yang diwakafkan memandangkan syarikat tersebut telah

dikeluarkan dari syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Penggantian ini

dilakukan dengan unit saham dalam Al-'Aqar KPJ REIT iaitu sebuah lagi anak

syarikat JCorp yang tersenarai di Bursa Malaysia. Sehingga Disember 2009, nilai

keseluruhan aset bersih saham-saham yang diwakafkan telah meningkat kepada

RM282.89 juta. Ini termasuklah nilai saham-saham dalam syarikat yang tersenarai

dan tidak tersenarai di Bursa Malaysia. (Lihat lampiran A). Dari segi pengagihan

manfaat, WANCorp bertanggungjawab mengagihkan berdasarkan kepada hujjah

wakaf di mana sebanyak 70% kepada JCorp sebagai Pelaburan semula dan

Pembangunan Insan, 25% kepada WANCorp untuk manfaat Fisabilillah dan 5% 7 Lihat, Laporan Tahunan Johor Corporation: 2008.

8 Lihat, Laporan Tahunan Johor Corporation: 2009.

Page 7: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 312

diserahkan kepada MAIJ. Sejak tahun 2006 sehingga 2009, jumlah manfaat

Fisabillah yang telah diterima oleh WANCorp berjumlah RM2,786,169.74.

Manakala jumlah agihan manfaat yang telah diserahkan kepada MAIJ berjumlah

RM557,566.00 (Abd. Shakor bin Borham, 2011).

Melalui agihan manfaat Fisabilillah, ia digunakan bagi membiayai program

kebajikan dan amal, pembangunan dan modal insan, merawat pesakit dan

sebagainya. Ini termasuklah pelaksanaan progam di bawah tanggungjawab sosial

korporat (TSK) JCorp. Antaranya, mengendalikan perkhidmatan kesihatan di 13

buah rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) dan Pusat Dialisis di 4 buah klinik

dan sebuah hospital wakaf yang diuruskan oleh KPJ Healthcare Bhd9. Sehingga 31

Disember 2009 seramai 544,949 orang pesakit telah menerima rawatan ini seluruh

rangkaian KWAN manakala 115 orang pesakit menerima rawatan dialisis. Di

samping itu, WANCorp juga terlibat dalam pengurusan masjid dan pembangunan

tanah wakaf. Sehingga kini, WANCorp telah menguruskan 7 buah masjid dan 2 buah

sekolah agama serta membangunkan sebidang tanah untuk Rumah Kebajikan Anak

Yatim Darul Hanan. Selain itu, WANCorp turut memantau 10 buah masjid, 3 buah

surau jumaat dan 22 buah surau yang dibina di dalam kawasan ladang-ladang di

bawah pengurusan Kulim (Malaysia) Berhad dengan jumlah ahli kariah dianggarkan

lebih 15,000 orang. Bagi pembangunan sosioekonomi pula, WANCorp telah

menyediakan pemberian bantuan kewangan yang dikenali sebagai Waqaf Dana

Niaga (WDN) yang berkonsepkan pinjaman kebajikan (qardul hasan) di samping

penubuhan briged wakaf bagi menyediakan misi bantuan kecemasan seperti gempa

bumi, tsunami dan sebagainya (Abd. Shakor bin Borham, 2011).

Pewakafan saham merupakan perubahan baru kepada bentuk pengaplikasian wakaf

sejajar dengan peredaran zaman. JCorp merupakan perintis kepada konsep ini apabila

bertindak melepaskan sebahagian harta yang dimiliki iaitu saham. Saham merupakan

pelengkap kepada hasrat JCorp sebagai pewakaf yang membawa ke arah

merealisasikan wawasan sebagai Institusi Korporat Amanah. Sebagaimana yang

telah dinyatakan sebelum ini, Johor Corporation (JCorp) adalah syarikat korporat

pertama yang memperkenalkan wakaf korporat di Malaysia pada tahun 2006 iaitu

dengan mewakafkan saham syarikat yang berjumlah RM200 juta dan diuruskan oleh

Wakaf An-Nur Corporation selaku mutawwali atau pengurus wakaf (Hajah Mustafa

et al, 2009; Abd. Shakor, 2011). Sebahagian dari dividen yang diperolehi dari saham-

saham terbabit akan disalurkan bagi tujuan sosial dan kemaslahatan umat Islam.

9 Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur terdiri daripada Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang, Klinik

Waqaf An-Nur Kotaraya, Klinik Waqaf An-Nur Batu Pahat, Klinik Waqaf An-Nur Senawang, Klinik

Waqaf An-Nur Sungai Buloh, Selangor, Klinik Waqaf An-Nur Muar, Klinik Waqaf An-Nur Kluang,

Klinik Waqaf An-Nur Ijok, Kuala Selangor, Klinik Waqaf An-Nur Kuching, Sarawak, Klinik Waqaf

An-Nur Samariang, Sarawak Klinik Waqaf An-Nur Bukit Indah, Ampang Klinik Waqaf An-Nur

Larkin Sentral dan Klinik Waqaf An-Nur Manjoi, Perak (terkini). Manakala Pusat Dialisis terdiri

daripada Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang, Pusat Dialisis KWAN Kotaraya, Pusat Dialisis

KWAN Batu Pahat, Pusat Dialisis KWAN Senawang dan Pusat Dialisis KWAN Sarawak. WANCorp

juga sedang merancang akan membuka sebuah Kinik Wakaf an-Nur di Kelantan. Lihat, The Star,

“WANCorp to open Waqaf An-Nur clinic in Kota Baru”, 8 Mac 2010. Setiap pesakit akan dikenakan

bayaran sebanyak RM5 setiap kali rawatan termasuk bayaran ubat. Bagi rawatan dialisis pula, setiap

pesakit akan dikenakan bayaran sebanyak RM90 setiap kali rawatan. Lihat, Laporan Tahunan

WANCorp 2009.

Page 8: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 313

Manakala sebahagian lagi dimasukkan semula ke dalam akaun sebagai pendapatan

dari saham-saham yang dimiliki.

Berdasarkan kepada analisis perlaksanaan wakaf korporat yang dilakukan oleh

JCorp, dapat dilihat transformasi kaedah wakaf kepada wakaf korporat memenuhi

kehendak dan dapat memenuhi matlamat amalan wakaf dalam Islam. Ini dapat dilihat

kepada konsep yang wujud dimana strategi elemen perniagaan ini telah

memaksimumkan keupayaan waqaf korporat bagi merealisasikan matlamat yang

disasarkan pada awal penubuhan. Sistem pengurusan kewangan yang baik mampu

memandu ke arah kemajuan seterusnya memperoleh kejayaan yang cepat dalam

sesuatu bidang perniagaan. Ini akan memberi satu kesan baik dan positif dalam

sistem ekonomi Islam khususnya.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Berdasarkan kepada kajian yang dibuat didapati waqaf korporat sangat berpotensi

memastikan kepemilikan ekuiti Muslim di Malaysia terpelihara dan berkembang.

Selain itu, telah wujud kesedaran berhubung dengankeupayaan waqaf korporat

terhadap pembangunan ekonomi umat seterusnya menjadi sektor ketiga sebagai

pelengkap program pembangunan kerajaan. Keadaan ini membawa kepada

penjimatan perbelanjaan kerajaan, pinjaman pihak kerajaan dan juga cukai. Kejayaan

ini akan menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk mempraktikkan waqaf korporat

sebagai sumbangan syarikat kepada masyarakat.

Pentadbiran institusi wakaf yang teratur dan berkesan berupaya mengumpul sejumlah

kekayaan yang besar dari pelbagai pihak termasuklah sektor swasta. Sumbangan

sukarela daripada sektor swasta ini sebenarnya dapat mengurangkan beban

perbelanjaan negara ke atas pemerintah semata-mata. Sebaliknya, menerusi

pendekatan ini, keupayaan dan sumbangan sektor swasta digembleng untuk

menyertai ekonomi dengan lebih efisien seterusnya menjadi sebahagian daripada

pemain utama dalam ekonomi.

Berdasarkan tinjauan ini, wakaf korporat JCorp yang diuruskan oleh WANCorp ini

dipercayai merupakan yang pertama dilaksanakan oleh sebuah institusi bisnes

korporat di dunia. Wakaf korporat ini merupakan adaptasi daripada wakaf saham

yang dilakukan dalam bentuk wakaf musytarak. Berdasarkan kepada hujah wakaf,

sebahagian manfaatnya telah dikhususkan kepada ahli iaitu JCorp sendiri dan

sebahagiannya dikhususkan untuk khairi atau kebajikan iaitu WANCorp dan MAIJ.

Pengalaman Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) juga membuktikan

dengan jelas potensi wakaf korporat sebagai satu pembaharuan institusi yang boleh

membawa anjakan paradigma besar kepada pembangunan ekonomi negara. Konsep

wakaf korporat yang diasaskan WANCorp berbeza, dan ia bukannya berkonsep

tanggungjawab sosial yang biasa dijalankan oleh mana-mana badan korporat. Ia

mempunyai struktur organisasi tersendiri, menjadikan WANCorp badan korporat

autonomi berstatus wakaf yang diiktiraf sepenuhnya Majlis Agama Islam Johor.

Matlamat jangka panjang wakaf korporat ialah menjadi organisasi berautonomi

penjana harta kekayaan perniagaan dan korporat kekal berkembang bertambah nilai.

Page 9: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 314

Wakaf korporat wajib diurus secara profesional oleh barisan eksekutif iaitu ahli

dalam perniagaan dan korporat. Apabila diurus secara profesional, wakaf korporat

berprestasi tinggi boleh menjadi Perbadanan Waqaf Antarabangsa satu hari nanti

dengan menerajui strategik perniagaan untuk manfaat umat Islam khasnya dan

kepentingan ekonomi negara Islam amnya. Ciri utama wakaf korporat JCorp ini

adalah terletak pada kaedah pengurusan saham-saham yang diwakafkan. Sebagai

Nazir khas, WANCorp bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan saham-

saham yang diwakafkan dan mengagihkan manfaat berasaskan hujjah wakaf. Justeru,

pelaksanaan pembangunan wakaf korporat ini telah memberi sumbangan dan

manfaat yang besar terutama dari aspek pembangunan sosioekonomi dan sosial

masyarakat Islam di negara ini.

Walau bagaimanapun, beberapa cadangan dikenalpasti sebagai penambahbaikkan

dalam pelaksanaan pembangunan wakaf korporat ini. Antaranya, mewujudkan

lembaga pengawasan syariah yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan

pembangunan wakaf korporat JCorp, memberi pengecualian daipada sebarang

bentuk bayaran kepada pesakit yang menerima rawatan di rangkaian KWAN dan

HWAN dengan ditanggung sepenuhnya oleh WANCorp melalui peruntukan agihan

manfaat Fisabillah, memperluaskan lagi skop aktiviti pembangunan sosioekonomi

dan sosial temasuk institusi pendidikan Islam selaras dengan pelaksanaan program

tanggungjawab sosial korporat JCorp. Semoga pelaksanaannya akan menjadi

pemangkin kepada pelaksanaan wakaf korporat di syarikat-syarikat atau institusi

bisnes korporat lain negara ini.

RUJUKAN

Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Recent Development in the Administration of

Islamic Law in Malaysia. dalam; Abdul Monir Taacob (eds), The

Administration of Islamic Law, Kuala Lumpur: IKIM.

Abdul Halim Ramli & Kamarulzaman Sulaiman. (2006). Pembangunan Harta

Wakaf: Pengalaman Negara-Negara Islam. Kertas kerja dibentangkan dalam

Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006 pada 12-14 September 2006 di Kuala

Lumpur.

Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Recent Development in the Administration of

Islamic Law in Malaysia. dalam; Abdul Monir Taacob (eds), The

Administration of Islamic Law, Kuala Lumpur: IKIM.

Abd. Shakor bin Borham. (2003), ”Konsep Wakaf Menurut Islam”, dalam Jurnal

Kemanusiaan, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, bil. 1/2003.

Abd. Shakor bin Borham (2011), Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor

Corporation Berhad (Jcorp): Satu Tinjauan, International Conference on

Humanities: Kuala Lumpur.

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam. (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

(Pindaan 2002) (Akta 505).

Asmak Ab Rahman. (2009), “Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat

Islam Dan Aplikasinya Di Malaysia”, dalam Jurnal Syariah, Akademi

Pengajian Islam, jld. 17, bil.1/2009.

Che Zuaina Ismail. (2010). Perundangan Wakaf Di Malaysia: Analisis Beberapa Isu

Berbangkit. Kertas kerja yang dibentangkan dalm 5th ISDEV International

Graduate Workshop 2010 di USM, Pulau Pinang.

Page 10: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 315

Enakmen Pentadbiran Agama Islam. (Negeri Pulau Pinang) 2004 (Enakmen Nombor

4 Tahun 2004).

Fatwa Ke 23, Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2008). Hukum Membangunkan Tanah

Wakaf Khas Dengan Membangunkan Selain Niat Asal Pewakaf. Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Putrajaya.

Hydzulkifli Hashim & Asmak Ab. Rahman. (2012), Pengurusan Pembangunan

Harta Wakaf: Pengalaman Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

(MAINPP) Terhadap Wakaf Seetee Aishah. Jurnal Pengurusan (IJMS 19, 2),

Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Manual Pengurusan Tanah Wakaf. (2005), Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji, Jabatan

Perdana Menteri, Putrajaya.

Manual Pengurusan Wakaf Tunai. (2009). Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji, Jabatan

Perdana Menteri, Putrajaya.

Mohamad Akram Laldin, Mek Wok Mahmud & Mohd. Fuad Sawari. (2010),

Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Waqaf, Jurnal Pengurusan JAWHAR,

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Putrajaya.

Meor Hezbullah Meor Abd Malik. (2011). Potensi Istibdal Sebagai Instrumen

Pembangunan Wakaf Khas Yang Produktif: Kajian Kes di Majlis Agama

Islam Pulau Pinang. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam 5th

ISDEV

International Islamic Management Development Conference (IDMAC) pada

13-14 Disember 2011, Anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam

(ISDEV), USM, Pulau Pinang, Malaysia.

Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md. Ariffin & Muhammad

Ikhlas Rosele. (2013), Pemerkasaan Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan. Kertas

Kerja yang dibentangkan dalam 5th

Islamic System Conference (iECONS

2013) pada 4-5 September 2013. Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia.

Mohd Daud Bakar. (1999). Amalan Institusi Wakaf Di Beberapa Negara Islam. Satu

Perbandingan Dalam Konsep Pelaksanaan Wakaf Di Malaysia, Kuala

Lumpur: IKIM.

Osman Sabran. (2002). Pengurusan Harta Wakaf, Skudai. Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.

Razali Othman. (2013), Institusi Wakaf: Sejarah Dan Amalan Masa Kini. Dewan

Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Wahbah Zuhaily. (2005). Ihya Nizam al-Waqf wa Fiqhuhu Mahliyan wa Dauliyan.

Kertas kerja dibentangkan di Mukmat al-Shariqah li al-Waqf al-Islami, 26-27

April 2005, Sarjah, UAE.

Zakaria Bahari. (2012). Pemerkasaan Instrumen Wakaf Dalam Pembangunan

Ekonomi. Kertas kerja yang dibentangkan di International Conference On

Religiousity In Development di Hotel Madani, Medan pada 26-27 April

2012, anjuran Universitas Medan Area (UMA), Medan, Indonesia.

LAPORAN/AKHBAR/MAJALAH

Bernama, “JCorp wakaf saham anak syarikatnya RM200 juta”, 16 Ogos 2007.

Berita Harian, “GLC, Swasta Wajar Amal Jihad Perniagaan”, 13 Januari 2009.

Majalah Milenia Muslim, September 2006, “Wakaf Korporat Pertama di Dunia”.

Majalah Usahawan Sukses, “Jihad Bisnes Memakmurkan JCorp”, bil. 59 Tahun

2009.

Page 11: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 316

Laporan Tahunan Johor Corporation 2008 dan 2009.

Laporan Tahunan WANCorp 2008 dan 2009.

Utusan Malaysia, 19 Mei 2009. “KWANB kini dikenali Waqaf An-Nur Corporation

Bhd”; 26 September 2009, “Wakafkan Syarikat Milik Kerajaan”.

Page 12: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 317

LAMPIRAN A

PRESTASI SYARIKAT YANG TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA

SYARIKAT

UNIT SAHAM

DIWAKAFKAN (Juta

Unit)

NILAI ASET BERSIH

SEMASA MULA

DIWAKAFKAN

(3 Ogos 2006) (RM

Juta)

NILAI PASARAN

SEMASA MULA

DIWAKAFKAN

(3 Ogos 2006) (RM

Juta)

NILAI PASARAN

PADA

31 Dis 2008 (RM Juta)

NILAI PASARAN

PADA

31 Dis 2009 (RM Juta)

Kulim (Malaysia)

Berhad

12.35 142.00 51.61 56.56 93.23

KPJ Healthcare Berhad 18.60 45.00 34.03 47.42 121.05

Johor Land Berhad 4.32 13.00 4.41 3.04 -

Al-Aqar KPJ REIT 12.62 13.00 - - 12.34

Jumlah 200.00 90.05 107.02 226.62

PRESTASI SYARIKAT YANG TIDAK TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA

SYARIKAT

UNIT SAHAM

DIWAKAFKAN (Juta

Unit)

NILAI ASET BERSIH

SEMASA MULA

DIWAKAFKAN (RM

Juta)

NILAI ASET BERSIH

PADA

31 DIS 2008

(RM Juta)

NILAI BERSIH PADA

31 DIS 2009

(RM Juta)

Tiram Travel Sdn Bhd 0.23 0.26 0.75 1.26

Capaian Aspirasi Sdn Bhd 0.08 0.01 0.07 0.16

TPM Management Sdn

Bhd 50.33 50.00 52.34 54.85

Jumlah 50.27 53.16 56.27

Page 13: Sakinatul Raadiyah Abdullah

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 318

Sumber: Laporan Tahunan Wancorp (2009).