abdullah hussin.docx

34
PENGHARGAAN ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberi taufik dan hidayah kepada saya sehingga berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus portfolio tokoh sastera Abdullah Hassan ini dengan sempurna. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan pensyarah Encik Muhaiyuddin Bin Mohamed Aziz kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi banyak nasihat dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Dengan bantuan rakan, keluarga dan daya usaha saya sendiri dapatlah saya mencari maklumat berkaitan tugasan ini dengan lancar. Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Diharap segala maklumat yang telah saya perolehi dapat saya gunakan kelak. Sekian terima kasih. 1

Upload: siti-suria-walat

Post on 08-Jul-2016

63 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: abdullah hussin.docx

PENGHARGAAN

     ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberi taufik dan

hidayah kepada saya sehingga berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus portfolio tokoh

sastera Abdullah Hassan ini dengan sempurna.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan pensyarah

Encik Muhaiyuddin Bin Mohamed Aziz kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dalam

menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah

banyak memberi banyak nasihat dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Dengan

bantuan rakan, keluarga dan daya usaha saya sendiri dapatlah saya mencari maklumat

berkaitan tugasan ini dengan lancar.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada sesiapa yang

terlibat dalam membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Diharap segala maklumat yang

telah saya perolehi dapat saya gunakan kelak.

Sekian terima kasih.

1

Page 2: abdullah hussin.docx

1.0 PENDAHULUAN

Kajian dan penelitian berkaitan proses kreatif dalam penciptaan tokoh sastera di

Malaysia telah diakui dan dirasai kepentingannya. Jika tahun 1930 diambil sebagai

bermulanya kesusasteraan Melayu moden, maka telah berlalulah selama enam dekad tanpa

ada tradisi penulisan biografi tokoh sastera. Berbanding dengan tokoh-tokoh di bidang lain

umpamanya tokoh dalam bidang politik atau ekonomi, buku-buku atau hasil penulisan yang

memaparkan sumbangan tokoh sastera amat kurang sebagai rujukan para pelajar, mahasiswa,

pendidik, pembaca dan peneliti kesusasteraan Melayu pada peringkat kebangsaan dan

antarabangsa. Kita hanya membaca karya sahaja tanpa bahan-bahan yang dapat

mengukuhkan pembacaan dan analisis. Sebenarnya biografi dan tulisan berkaitan proses

kreatif boleh membantu kita mengetahui latar belakang dan karya tokoh sastera. Salah satu

sebab mengapa kurangnya hasil penulisan biografi tokoh sastera di Malaysia ialah tokoh

sastera itu sendiri tidak bersedia untuk menceritakan pengalaman mereka berbeza dengan

sasterawan di Barat yang secara terbuka dan terang-terangan berani mengungkapkan hal-hal

dalaman dan peribadi yang berkaitan dengan karya mereka. Agak sukar menemukan bahan

bacaan yang spesifik menulis mengenai seseorang tokoh sastera. Sedikit sekali penemuan

mengenai tokoh sastera apabila dicari di laman sesawang yang menjadi sumber maklumat

tercanggih dan paling diminati kini.

2.0 PENGENALAN

Menurut Nik Hassan Basri (2005), kesusasteraan merupakan kata terbitan apitan ‘ke’

dan ‘an’ manakala ‘susastera’ ialah kata majmuk. Menurut beliau lagi, susastera boleh

dicerakinkan kepada tiga segmen iaitu ‘su’, ‘sas’ dan ‘tera’. Segmen-segmen tersebut berasal

daripada bahasa Sanskrit. Perkataan ‘su’ membawa makna elok, indah dan molek. Perkataan

‘sas’ pula bererti ajarkan, berikan panduan atau arahkan. Manakala perkataan ‘tera’ pula

bermaksud media, karya, bahan atau alat yang merupakan gagasan, idea atau pemikiran

pengarang, iaitu hasil daripada pengamatan, pembacaan, ilham dan pengalaman yang pernah

dilaluinya. Oleh itu, ‘susastera’ bermakna karya bahasa yang elok yang mempunyai ciri-ciri

istimewa dan bernilai seni dalam penciptaannya yang berbeza dengan penggunaan bahasa

sehari-hari.

2

Page 3: abdullah hussin.docx

Kesusasteraan telah didefinisikan oleh Hashim Awang(1984) sebagai ciptaan seni

yang disampaikan melalui bahasa. Mana Sikana (1990) telah mentakrifkan kesusasteraan

sebagai hasil pengkaryaan seseorang, iaitu hasil daripada pengamatan, kepekaan, sensitiviti

dan daya kecelikan intelek pengarang terhadap pelbagai fenomena kehidupan di sekitarnya.

Malahan tegasnya, melalui karya yang dihasilkan tersimpul pelbagai pengalaman, perasaan,

sikap dan pemikiran. Segala keindahan, imaginasi, ilusi pengarang sebagai teks diri dan

ideologi, budaya sejarah, moraliti zaman, malah sebagai teks sosial yang secara modifikasi

meresap masuk ke dalam karya sastera.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) bahawa dalam konteks pendidikan,

perkataan kesusasteraan didefinisikan sebagai karya bahasa yang menyatakan pengalaman

dan perasaan manusia secara kreatif dan di dalamnya terkandung gambaran masyarakat dan

nilai-nilai hidup. Jika dikaji dari sudut pendidikan, karya sastera dapat berfungsi sebagai alat

pendidikan untuk mengimbangi perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani.

Kesusasteraan Melayu telah mendukung unsur dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

Selain itu, kesusasteraan juga mendukung nilai murni daripada segi keindahan, kehalusan,

kekreatifan, keintelektualan, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kewangan.

Dengan menghayati hasil karya kesusasteraan yang ada, pelajar dapat memahami ketuhanan,

kealamiah, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kehidupan.

Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa karya sastera dapat memberi

pengetahuan, menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani dan diamalkan dalam kehidupan

seharian, memberi ketenangan dan kepuasan setelah menghayati karya seni. Usaha para

pengkarya menghasilkan pelbagai karya boleh dianggap sebagai luar biasa. Secara tidak

langsung mereka telah berbakti kepada masyarakat disamping menyara kehidupan mereka.

3.0 PERKEMBANGAN SASTERA

Sejarah kesusasteraan Melayu yang ada pada hari ini telah lama wujud. Pada

peringkat awal, kesusasteraan Melayu berbentuk lisan dan persoalannya berkisar tentang

kehidupan masyarakat. Kesusasteraan Melayu klasik lebih berkonsepkan hiburan dan

pengajaran. Pada awal kurun ke-17 barulah karya sastera Melayu klasik dibukukan iaitu

setelah adanya sistem tulisan. Nama pencipta atau pengarangnya tidak ditulis atau dicatat

pada karya itu. Hal ini kerana pengarang pada masa itu bukan sahaja memiliki perasaan

3

Page 4: abdullah hussin.docx

rendah diri tetapi tidak suka memperkenalkan diri dan menganggap sesebuah karya

kesusasteraan itu ada empunya, pemilik dan penciptanya yang paling agung iaitu Allah s.w.t.

Tanpa keizinan, keredaan, kehendak dan kerestuanNya, maka karya-karya sastera tidak dapat

dihasilkan.

Pada zaman peralihan, hasil kesusasteraan Melayu didapati memiliki perbauran

pengaruh Hindu dan Islam. Namun demikian kedatangan Islam di Nusantara telah mewarnai

suasana persekitarannya, iaitu telah menyebabkan berlakunya perkembangan baru kepada

kesusasteraan Melayu. Sedikit demi sedikit pengaruh Hindu telah disisihkan.

Semasa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, perkembangan kesusasteraan Melayu

mengalami banyak perubahan, terutamanya apabila lahirnya karya yang dihasilkan oleh

Abdullah Munsyi. Beliau ialah pengarang Melayu yang disifatkan oleh pengkritik sastera

Melayu sebagai antara pengarang yang memecah tradisi yang membawa satu kelainan kepada

kesusasteraan Melayu. Karya-karya yang dihasilkan dikatakan lebih bersifat realistik.

Pada awal abad ke-19, kebanyakan karya yang dihasilkan dalam bahasa Melayu ialah

yang berupa karya saduran dan terjemahan. Karya asalnya adalah hasil kesusasteraan luar

Nusantara seperti kesusasteraan Arab, Inggeris dan India. Pada masa itulah karya yang

dihasilkan telah menggunakan mesin cetak. Antara karya yang terkenal pada ketika itu ialah

Syair Dandan Setia, Syair Surat Al-Kiamat dan Syair Siti Zubaidah.

Dalam abad ke-20 pula, kebanyakan karya kesusasteraan Melayu yang dihasilkan

ialah karya-karya daripada pengarang Angkatan Sasterawan 50-an atau ringkasnya ASAS 50.

Angkatan ini memperjuangkan konsep “Seni Untuk Masyarakat”, iaitu kesusasteraan Melayu

dijadikan wadah utama kepada penyaluran semangat kebangsaan pada kalangan orang

Melayu. Antara objektif angkatan ini ialah melahirkan kesusasteraan Melayu yang bermutu,

di samping menyedarkan masyarakat tentang pentingnya nilai kemerdekaan kepada bangsa.

Hasil perjuangan angkatan ini, akhirnya penjajah Inggeris terpaksa akur dan mengalah

kepada kehendak penduduk Tanah Melayu serta memberi kemerdekaan kepada negara pada

tanggal 31 Ogos 1957.

Selepas merdeka, kesusasteraan Melayu lebih terarah tujuannya. Antara hala tuju

pengkarya kesusasteraan Melayu era globalisasi ini ialah membicarakan realiti kehidupan,

menyatupadukan masyarakat, memajukan dan membangunkan rakyat dan negara.

4

Page 5: abdullah hussin.docx

4.0 LAHIRNYA TOKOH-TOKOH SASTERA

Karya kesusasteraan yang wujud sebelum adanya mesin cetak dan meluasnya

pendidikan yang bercorak formal, biasanya tertulis dalam suasana yang penuh dengan nilai

tradisi. Dalam karya yang sedemikian, bentuk dan penggunaan bahasanya mudah dilihat.

Anggota masyarakatnya amat berpegang teguh kepada nilai dan norma yang ditetapkan

bersama. Disebabkan sifat masyarakat yang sedemikian lahirlah, tulisan yang terikat dalam

bentuk percakapannya, penggambaran watak, penggunaan bahasa dan moralnya. Sifat yang

terikat ini dapat diperhatikan bagi karya bertulis atau lisan yang menunjukkan stereotaip.

Seolah-olah ada satu peraturan yang diterima tanpa ada perubahan di dalam karya-karya

tersebut. Contohnya, yang dapat dilihat pada karya yang dicipta di istana raja yang bersifat

umum daripada segi struktur dan pengolahan wataknya. Oleh itu tidak keterlaluan jika

dikatakan bahawa kesusasteraan Melayu warisan, mencerminkan suatu kehidupan yang

mempertahankan kerukunan hidup bersama.

Setelah Inggeris membuka sekolah Melayu, penciptaan sesuatu karya berubah dan

bersifat lebih formal. Setelah terbitnya akhbar dan majalah secara meluas, orang Melayu

digesa mengikut perubahan zaman. Pada peringkat awal kedatangan Inggeris, muncullah

Abdullah Munsyi yang menjadi pelopor kesusasteraan Melayu moden. Karya beliau

memperlihatkan kecenderongan untuk meninggalkan sifat-sifat kesusasteraan Melayu tradisi.

Karya-karya beliaulah yang menjadi pegangan para pengarang selepas beliau pada tahun-

tahun 1860-an dan seterusnya.Teknologi moden dan pengaruh luar telah menyebabkan

terhasil dan tersebar karya sastera dalam bahasa Melayu.

Kadar kenal huruf meningkat melalui pendidikan. Para pelajar Melayu yang membaca

bahan bacaan dari luar telah terpengaruh dan bagi mereka yang kreatif telah terdorong untuk

menghasilkan karya mereka sendiri. Karya-karya yang dihasilkan dapat disiarkan dalam

akhbar dan majalah yang tumbuh akibat kemasukan teknologi percetakan. Syarikat-syarikat

percetakan yang tumbuh selepas itu memungkinkan pelbagai genre sastera dicetak dan

dibukukan. Kemudian, sebelum Perang Dunia Kedua telah wujud akhbar, majalah, novel,

cerpen dan sajak. Hal ini memudahkan karya diterbitkan dan menjadi penggalak kepada

pengkarya baru. Sebelum negara kita merdeka, ruang akhbar dan majalah telah menjadi

medan meluahkan perasaan dan membangkitkan semangat juang menentang penjajah.

Beberapa penulis yang giat menyumbangkan karya mereka ketika itu ialah Abdul Rahim

Kajai, Onn Jaafar, Syed Syeikh al-Hadi, Mohd. Eunos Abdullah, Syeikh Mohd. Tahir

5

Page 6: abdullah hussin.docx

Jalaluddin, Haji Abas Mohd. Taha, Harun Aminurrashid, Embong Yahya, Abdullah Sidek,

Ahmad Bakhtiar, Za’ba, Abdullah Sidek, Ahmad Murad Nassaruddin, A. Samad Ahmad,

Ishak Haji Muhammad, Shamsuddin Salleh, Raja Mansor dan lain-lain lagi.

Selepas merdeka pula, sastera telah memainkan peranan sebagai medium untuk

mengisi kemerdekaan, membentuk pemikiran dan menggerakkan pembangunan. Penulis

sebelum merdeka masih menghasilkan karya mereka walaupun setelah merdeka. Selain itu,

muncul pula penulis-penulis baru seperti Keris Mas, Wijaya Mala, Hasan Ali, A. Samad Said,

Yahya Samah, Suratman Markasan, Ibrahim Omar, Arena Wati, Aziz Jahpin, Khadijah

Hashim, Syed Alwi, Zahari Affendi, Abdullah Hussain, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan

ramai lagi. Mereka menulis dalam pelbagai genre sastera Melayu moden.

5.0 ABDULLAH HUSSAIN - SASTERAWAN NEGARA KELAPAN

Abdullah Hussain melibatkan diri dalam hampir semua bidang penulisan seperti puisi,

novel, cerpen, biografi, ulasan karya sastera, rencana umum, buku-buku bahasa dan pepatah,

serta terjemahan karya-karya sastera antarabangsa, namun demikian, sumbangan beliau yang

lebih menonjol dalam bidang kesusasteraan Melayu ialah dalam bidang penulisan cerpen dan

novel. Abdullah Hussain telah memanfaatkan pengalaman beliau yang luas dan pelbagai itu

dalam karya-karya beliau. Dalam penulisannya beliau sering menggunakan nama pena seperti

A.A., Adiwijaya, A.H., Andi Jaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda, Roslany, Ashikin,

Suryakanta dan Zamroed. Beliau telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-8 dan

dianugerahkan bintang kebesaran bergelar Dato’ oleh kerajaan negeri Kedah.

6

Page 7: abdullah hussin.docx

6.0 BIODATA DATO’ ABDULLAH HUSSAIN

Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai

Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman. Pada tahun 1926, Abdullah mula belajar di Sekolah

Melayu Sungai Limau dan lulus darjah Lima dalam tahun 1931.  Dari tahun 1932 hingga

tahun 1933, Abdullah belajar pula di Sekolah St. Michael, Alor Setar hingga lulus darjah

Tujuh dalam tahun 1935. 

Sebelum menceburkan diri dalam dunia penulisan, Dato’ Abdullah Hussain telah

bekerja sebagai penolong penjaga stor di sebuah perusahaan lombong bijih di Pahang dalam

tahun 1939.  Pada akhir tahun itu, beliau berhijrah ke Pulau Pinang dan bekerja di syarikat

surat khabar Sahabat.  Semasa di sinilah, Abdullah mendapat dorongan menulis daripada

pengarang akhbar tersebut iaitu Ahmad Noor Abdul Shukoor.  Di samping itu, Abdullah giat

dalam Perkumpulan Sahabat yang kerap mengadakan pertemuan sesama penulis di utara

Semenanjung.  Kebolehan awalnya dalam bidang penulisan telah terbukti, apabila cerita

bersirinya berjudul “Binti Penghulu” diterbitkan dalam akhbar Sahabat, disusuli cerita “Harta

dan Jodoh Menanti di England” sebanyak 38 siri. 

Pada tahun 1940, Abdullah bertugas pula sebagai pembantu pengarang Saudara di

Pulau Pinang.  Beliau bertugas di situ hingga awal tahun 1941 apabila Saudara ditutup. 

Dalam tahun itu juga, telah terbit dua buah noveletnya iaitu Kasih Isteri dan Dia ...

Kekasihku. Beliau kemudiannya bertugas di Kem Tentera Inggeris di Sungai Petani, Kedah

sebagai kerani sehinggalah Jepun memerintah Tanah Melayu.

Sebulan sesudah tentera Jepun menduduki Kedah, Abdullah dibawa oleh

pasukan Fujiwara Kikan ke Kuala Lumpur dan kemudian dikirim ke Sumatera sebagai fifth

columnist (seakan-akan perisik utama sebelum sesuatu tindakan diambil).  Malangnya, sebaik

sahaja mendarat di Sumatera, Abdullah telah ditangkap oleh pemerintah kolonial Belanda

lalu ditahan di Medan. Apabila Jepun mendarat di Sumatera, Abdullah segera dibebaskan lalu

dibawa ke Aceh dan diberi tugas di Gunseikanbu. Abdullah kemudiannya dihantar ke

Singapura untuk menjalani kursus pentadbiran di Syonan Koa Kunrenzo selama tiga bulan. 

Sekembalinya ke Aceh, beliau dilantik menjadi kerani Gunseibu di Langsa.  Tugas ini

merapatkan beliau dengan Aceh, tempat asal orang tuanya.  Semasa di Banda, Aceh, beliau

ikut menerbitkan surat khabar Acheh Shimbun dan menjadi koresponden beberapa akhbar

termasuk Sumatera Shimbun. Abdullah menyertai beberapa sayembara mengarang roman

sejarah dan pernah mendapat tempat kedua dalam sayembara mengarang cerpen di Aceh.

7

Page 8: abdullah hussin.docx

Setelah Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua, Abdullah dilantik menjadi Kepala

Polisi (Polis) Daerah Langsa. Beliau ikut mengumumkan proklamasi kemerdekaan

Indonesia.  Tidak lama sesudah  itu, beliau dilantik pula sebagai Wedana Daerah Langsa. 

Kedatangan semula tentera Belanda ke Indonesia sesudah berundurnya tentera Jepun,

menjadikan Indonesia bergolak dan Abdullah turut terlibat dalam perjuangan kemerdekaan

itu.

Pada tahun 1947, beliau kembali bertugas di dalam kepolisian sebagai Kepala Polis

Pulau Sabang, di samping menjadi wakil Kepala Bahagian Penelitian Aliran Masyarakat,

iaitu semacam bahagian cawangan khas di Jabatan Polis. Pada tahun 1948, Abdullah

berangkat ke Pulau Pinang sebagai agen pemerintah daerah Aceh dan bekerja sebagai

Pengurus Cardoba Trading Co., iaitu sebuah syarikat import dan eksport.  Kemudian, beliau

bertugas pula sebagai Pengurus Pacific Trading Co., di Phuket, Thailand hingga tahun 1949

sebagai agen menyeludup senjata ke Indonesia bagi keperluan perjuangan kemerdekaan

Indonesia. Pada tahun 1950,  Abdullah kembali semula ke Sumatera dan menjadi pengarang

majalah Puspa di Medan.  Beliau telah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang

cerpen sempena perayaan Hari Buruh di Medan.

Pada tahun 1951, beliau meninggalkan Medan untuk menjadi kerani di Syarikat

Perkapalan Acheh Trading and Shipping Company yang berpangkalan di Singapura.  Dalam

tahun-tahun berikutnya, beliau lebih banyak menumpukan masanya dalam bidang penerbitan

dan penulisan.  Beliau menjadi koresponden surat khabar Merdeka, Berita Indonesia dan

majalah mingguan Merdeka yang diterbitkan di Jakarta, menjadi Pengurus Empiric

Film Company, Pengarang Majalah Bintang, Majalah Filem, Akhbar Semenanjung dan

Pengurus firma import dan eksport Hasbur Trading Company.  Kemudian beliau menjadi

Pengurus Penerbitan P. Ramlee dan diterbitkan oleh Malay Film Production Singapura.

Mulai 1 Januari 1961, Abdullah berpindah dan bekerja di Kuala Lumpur.  Beliau

bertugas di Oxford University Press sebagai pembantu pengarang kanan hingga 31  Disember

1964.  Sewaktu bertugas di penerbitan itulah, Abdullah telah menterjemahkan beberapa karya

sastera dunia. Dari tahun 1965 hingga bulan Februari 1968, beliau menjawat tugas yang sama

di Franklin Books Programme di samping menjadi editor majalah Angkatan Baru. Mulai 1

Mac 1968, Abdullah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka. Mula-mula sebagai Penolong

Pengarang, kemudian mulai tahun 1972 sebagai Pengarang pula. Kemudian, beliau menjadi

Pegawai Penyelidik di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. 

8

Page 9: abdullah hussin.docx

Di samping menjadi editor majalah-majalah Dewan Masyarakat, Dewan

Bahasa dan Dewan Sastera, beliau juga menjadi editor dan penerbit majalah Penulis, lidah

rasmi Persatuan Penulis Nasional (PENA).  Sewaktu di bahagian inilah, Abdullah Hussain

banyak sekali membuat sorotan cerpen yang bersifat membimbing bakat-bakat baru seperti

yang tersiar dalam Dewan Sastera 1972 dan 1973.  Kemudian Abdullah bertugas sebagai

Ketua Unit Bahasa dan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah di Kota

Kinabalu dan bertanggungjawab memimpin majalah Dewan Perintis edisi Sabah sejak Mei

1978 hingga September 1979.  Mulai Oktober 1979, Abdullah menjadi Ahli Cipta di

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.  Mulai 1 Julai 1982 pula, beliau mendapat tawaran

bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei, sebagai Pegawai Bahasa Kanan dan

mengetuai Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera di samping menjadi ketua editor

majalah Bahana dan Mekar.  Abdullah pernah menjadi karyawan Tamu Dewan Bahasa dan

Pustaka sekitar tahun 1993 hingga 1996.

7.0 SUMBANGAN ABDULLAH HUSSAIN

Sejarah penulisan Abdullah Hussain merupakan rentetan yang panjang dan bermula

sejak tahun 1939. Penglibatan dalam dunia kesusteraan Malaysia sebenarnya berkait rapat

dengan penyertaan beliau dalam pelbagai sayembara penulisan yang pernah diadakan di

Indonesia dan di negara ini. Sayembara penulisan ini sedikit sebanyak telah menyemarakkan

semangat perjuangannya dalam dunia penulisan sebagai motivasi dan pengujian bakat

kreatifnya. Setelah 40 tahun menulis, sumbangannya terhadap kesusasteraan Melayu masih

terus mengalir seolah-olah beliau tidak pernah kekeringan ilham dan tenaga.  Beliau menulis

dalam semua genre dengan mengikutsertakan watak-watak pelbagai bangsa. Menurut beliau,

penduduk negara ini terdiri daripada berbagai-bagai suku kaum di samping bangsa Melayu

yang menjadi peribuminya, maka perpaduan bangsa hanya dapat dicapai melalui penggunaan

satu bahasa yang sama dan bahasa Melayu yang baik.

Novel-novelnya iaitu Terjebak, Peristiwa dan Aku Tidak Minta merupakan rakaman

pengalaman-pengalaman berunsur seram, tragis, dan lucu sewaktu Abdullah di Indonesia dan

di Thailand.  Ketiga-tiga novel tersebut, di samping Rantau Selamat dan Interlok adalah

sumbangannya yang bermakna dalam bidang penulisan novel sehingga kini.  Sementara

bukunya Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dianggap sebagai salah satu kamus peribahasa

yang terbaik sehingga kini. Abdullah juga gigih menterjemah beberapa buah karya sastera

9

Page 10: abdullah hussin.docx

dunia. Dalam bidang biografi, Abdullah telah menghasilkan biografi tentang Seniman Agung

P. Ramlee, Pendita Za’ba, Tun Datu Haji Mustapha iaitu bekas Ketua Menteri Sabah dan

tokoh sastera, Harun Aminurrashid.

8.0 HASIL PENULISAN ABDULLAH HUSSAIN

8.1 Novel

Abdullah Hussain juga menghasilkan sejumlah novel-novel yang penting dalam

sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Dalam penulisan novel, Abdullah

Hussain telah melontarkan pelbagai kritikan sosial dan permasalahan masyarakat Melayu di

desa, kota dan Nusantara. Pada peringkat awal penulisannya, Abdullah Hussain menulis siri

novel atau cerita bersambung berjudul Binti Penghulu dan novel bersiri Harta dan Jodoh

Menanti di England sebanyak 38 siri dalam akhbar Sahabat. Penghasilan novelnya sesudah

itu banyak dipengaruhi oleh luasnya cakerawala pembacaan novel-novel Timur dan Barat

khususnya pengarang dari Indonesia dan Rusia dan daripada pengalaman peribadi. Sehingga

kini Abdullah Hussain telah menghasilkan beberapa buah novelet seperti Dia ... Kekasihku

(1941), Kasih Isteri (1941), Amin Pemuda Desa (1947), Berenang di Lautan Madu (1957) ,

Kalau Tidak Kerana Tuan (1957), Janganlah Jangan (1964).

Novel-novel Abdullah Hussain yang lain ialah Terjebak (1964), Peristiwa (1965),

Rantau Selamat (1965), Aku Tidak Minta (1967), Kuala Lumpur Kita Punya (1967), Interlok

(1971), Intan (1976), Noni (1976), Buih di Atas Air (1980) dan Masuk ke Dalam Cahaya

(1983).

8.2 Terjemahan Novel

Abdullah Hussain juga memberikan sumbangan yang besar dalam kegiatan

penterjemahan karya-karya besar karangan novelis Barat dan Timur yang ternyata amat

membantu menyemarakkan pengajian kesusasteraan bandingan dan penyebarluasan karya-

karya agung daripada kesusasteraan asing untuk dinikmati oleh sasterawan tempatan. Karya-

karya yang pernah diterjamahkan oleh Abdullah Hussain ialah novel Orang Tua dengan Laut

karya Ernest Hemingway (1961), Bumi Bertuah karya Pearl S. Buck (1962), Mutiara karya

10

Page 11: abdullah hussin.docx

John Steinbeck (1962), Angin Timur Angin Barat karya Pearl S. Buck (1964), Lorong Midaq

karya Naquib Mahfouz (1986) dan Isabella karya Maulana Mohamad Saeed (1987).

8.3 Autobiografi dan Biografi

Abdullah Hussain juga terkenal sebagai seorang penulis biografi yang penting di

negara ini dan beliau merupakan salah seorang sasterawan yang mengembangkan genre ini di

Malaysia. Sumbangan Abdullah Hussain dalam penulisan biografi dan autobiografi ialah

melalui autobiografinya yang berjudul Sebuah Perjalanan (1984) dan biografi P. Ramlee

Seniman Agung (1973), Pendeta Za’ba Dalam Kenangan bersama-sama Khalid Hussain

(1974), Harun Aminurrashid: Pembangkit Semangat Kebangsaan (1982) dan biografi Tun

Datu Mustapha.

8.4 Buku

Abdullah Hussain yang tidak gemar menonjolkan diri sendiri juga memberikan

sumbangan dalam mengekalkan unsur budaya dan seni bangsa Melayu iaitu peribahasa.

Beliau telah menghasilkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (1965), Kamus Simpulan

Bahasa (1966) dan Canai Budi (1998). Beliau juga menghasilkan buku Penulisan Cerpen:

Kaedah dan Pengalaman (1960) yang bermanfaat kepada para penulis muda yang ingin

berjinak-jinak dalam penulisan cerpen. Abdullah Hussain telah menyusun buku Balabatu dan

Lain-lain Cerita (DBP, 1980) dan Bayagong dan Lain-lain Cerita (DBP, 1982). Ini

memperlihatkan sikap prihatinnya terhadap pengumpulan dan pendokumentasian cerita-cerita

rakyat Sabah yang semakin tidak diketahui oleh generasi muda.

8.5 Antalogi Cerpen

Beliau juga menghasilkan antologi cerpen Kota ke Kota (1977), Sebuah Pekan

Bernama Semporna, Cahaya Langit dan Dari Kota Cahaya dan telah menyelenggara beberapa

anatologi cerpen bersama yang sebahagiannya digunakan sebagai teks kajian sastera SPM

dan STPM iaitu Hadiah (penyusunan bersama A. Bakar Hamid, 1973) dan Jejak Langkah

(penyusunan bersama Ismail Ahmad, 1975).

11

Page 12: abdullah hussin.docx

8.6 Skrip Drama Pentas dan Filem

Abdullah Hussain merupakan seorang sasterawan versatile kerana keupayaannya

menulis semua genre penulisan dengan baik. Hal ini terbukti dengan keupayaan beliau

menulis skrip drama televisyen, skrip drama pentas dan skrip filem yang berkesan. Genre

drama pentas hasil karya beliau ialah drama Intan (Dewan Bahasa, Januari 1972) dan

antologi berjudul Di Atas Pentas (1984) serta skrip filem Konserto Terakhir.

8.7 Puisi

Abdullah Hussain juga berbakat dalam penulisan puisi meskipun tidak seproduktif

genre-genre lain yang diceburinya. Malahan beliau pernah menerbitkan kumpulan puisi

persendirian dalam tulisan rumi berjudul Menanti Kekasih (1948). Antara puisi beliau yang

terakhir berjudul Kisah Dua Ekor Tupai, Masa Berangkat Semakin Dekat, Arafah, Medan

Uhud dan Sare.

8.8 Esei

Abdullah Hussain telah menghasilkan sejumlah besar esei yang tersiar di pelbagai

akhbar dan majalah tanah air dari Indonesia yang menyentuh pelbagai aaspek kehidupan

seperti kesusasteraan, keagamaan, pendidikan, perjalanan, bahasa, tokoh dan kebudayaan,

politik, ekonomi dan seumpamanya yang menyangkut dunia Melayu, umat Islam dan bangsa

Melayu di Malaysia dan Nusantara. Antara esei beliau ialah Jurnalisme Baru dalam Karya

Kreatif dan Menoleh ke Belakang Sebelum Melangkah Lalu Melangkah dengan Yakin.

9.0 BEBERAPA ULASAN KARYA ABDULLAH HUSSAIN

Antara tahun 1939 hingga 1999, Abdullah Hussain telah menghasilkan sejumlah besar

cerpen yang menarik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri yang sebahagian besarnya

digarap berdasarkan pengalaman sebenar yang digabungjalinkan dengan daya imiginasi

beliau. Kecenderungan Abdullah mengambil tempat, nama dan lokasi sebenar dalam karya

12

Page 13: abdullah hussin.docx

cerpen dan novelnya hanya dilakukannya secara kebetulan sahaja meskipun memang ada

wujudnya teori daya kewartawan baru yang diperkenalkan oleh Tom Wolfe dalam bukunya

The New Journalism (1973). Abdullah Hussain telah menggunakan gaya ini seawal

penglibatannya dalam dunia penulisan apalagi beliau telah berkecimpung dalam dunia

kewartawan dan kesusasteraan lebih dulu daripada Tom Wolfe.

Dalam cerpen-cerpennya, Abdullah Hussain gemar menggunakan nama tempat,

watak, lokasi sebenar dan hal-hal alamiah yang wujud dalam realiti kehidupan ke dalam

karya-karyanya setelah difiksyen menjadi sebuah karya sastera yang menarik, memanusiakan

jiwa manusia dan mempertajamkan akal budi kemanusiaan. Cerpen-cerpen tersebut memang

jelas mempunyai ciri-ciri penulisan gaya kewartawan baru yang ditekuninya yang

menggambarkan persepsi dan pemikiran beliau selaku perakam peristiwa yang dilaluinya dan

berhubung rapat dengan perubahan-perubahan yang dialami oleh masyarakat Melayu atau

Islam di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia malah di Negara Jepun yang dikunjungi

pada tahun 1999.

9.1 Cerpen Pertemuan di Tijiandjur (Dewan Bahasa, November 1972)

Cerpen Pertemuan di Tijiandjur (Dewan Bahasa, November 1972) mempunyai latar

penciptaan yang tersendiri kerana ia berdasarkan kesan kunjungan Abdullah Hussain ke

Jakarta pada tahun 1970 untuk mengiringi Sanusi Junid berkahwin dengan Nila Inangda

Manyam Kuemala. Sesudah selesai urusan perkahwinan beliau berkunjung ke Tjimahi dan

mengalami masalah apabila brek kereta yang dinaiki rosak dan berhenti seketika di Pekan

Tjiandjur. Persinggahan di pekan Tjiandjur mengingatkan kembali beliau dengan perjuangan

kemerdekaan Indonesia yang pernah diikutinya sekitar tahun 1945. Imbasan-imbasan

kenangan ini diolah semula menurut format sebuah drama daripada suatu program televisyen

Movie of The Week yang telah mendorong menggarap cerpen Pertemuan di Tjiandjur yang

bukan sahaja menggunakan teknik filem tetapi juga memanfaatkan gaya kewartawanan baru.

Dalam cerpen ini Abdullah Hussain memaparkan isu perlunya seorang wanita kembali

kepada sifat kewanitaannya seperti watak Ana atau Kapten Ana yang sebelum itu terlalu

bersifat kelelakian untuk mengatasi sifat-sifat wanita yang lemah.

13

Page 14: abdullah hussin.docx

9.2 Cerpen Pertemuan di Kuching (Dewan Bahasa, Julai 1973)

Penghasilan cerpen Pertemuan di Kuching (Dewan Bahasa, Julai 1973) berkait rapat

dengan pengalaman sebenar beliau dalam kunjungan kali pertama ke Sarawak yang ketika itu

masih di bawah ancaman komunis. Keganasan pengganas komunis yang memuncak di

Sarawak banyak mengorbankan nyawa orang-orang awam yang tidak berdosa. Keadaan

menjadi lebih tragis lagi apabila ada orang awam yang menjadi tali barut pengganas komunis

dan menyelinap ke tengah masyarakat dan berkahwin dengan jejaka yang berlainan ideologi.

Tragedi keganasan komunis di Sarawak sebenarnya tidak banyak dikreatifkan oleh

sasterawan Malaysia dan gejala ini dijadikan bahan penulisan cerpen yang menarik oleh

Abdullah Hussain.

9.3 Cerpen Pertemuan di Kota Bharu (Dewan Sastera, Oktober 1974)

Cerpen Pertemuan di Kota Bharu (Dewan Sastera, Oktober 1974) terhasil daripada

pengalaman sebenar Abdullah Hussain ketika menemankan seorang kawan untuk

menyelesaikan suatu urusan di Pejabat Tanah Kuala Lumpur yang terpaksa menunggu begitu

lama sebelum dapat bertemu dengan pegawai berkenaan. Beliau terkesan ada unsur

diskriminasi dari aspek layanan terhadap pelanggan Melayu dan bukan Melayu. Menurut

Abdullah Hussain, seorang perempuan Cina dilayan dengan begitu cepat sebaik sahaja dia

tiba di kaunter sedangkan beliau dan rakannya yang lebih awal datang dibiarkan menunggu.

Pengalaman sebenar ini mendorong Abdullah Hussain menggarap masalah ini dengan

mengambil latar belakang Kota Bharu, Kelantan dan memasukkan pelbagai masalah

kemanusiaan seperti masalah kehidupan seorang penarik beca yang amat mengharapkan

kejayaan anaknya dalam kehidupan dan kerjaya tetapi telah terbunuh kerana dilanggar oleh

anaknya sendiri yang sedang memandu kereta Alfa Romeo pemberian bapa teman wanitanya.

Menurut Abdullah Hussain, suatu sifat orang Kelantan yang cukup diingatinya iaitu

mempelawa tetamunya makan nasi setiap kali datang ke rumah mereka dan hal ini amat

menarik hatinya yang mendorongnya menghasilkan cerpen tersebut. Cerpen ini kaya dengan

limpahan perasaan kemanusiaan dan mengundang daya fikiran pembaca yang antara lainnya

menekankan perlunya seorang anak yang berjaya dalam pengajian di menara gading

mengetahui asal usulnya dan tidak lupa daratan apabila sudah berjaya.

14

Page 15: abdullah hussin.docx

9.4 Cerpen Mellisa (Dewan Sastera, Ogos 1992)

Cerpen Mellisa (Dewan Sastera, Ogos 1992) ditulis berdasarkan nama seorang pelajar

Universiti Malaya yang menulis latihan ilmiah berdasarkan buku Sebuah Perjalanan pada

tahun 1991. Pelajar itu mempunyai cita-cita, angan-angan dan impiannya yang tersendiri

tentang perhubungan Melayu-Cina di Negara ini. Abdullah Hussain dengan daya

kreativitinya yang tersendiri dan berpengalaman luas mengadunkan kisah ini dengan

memasukkan pelbagai kisah kemanusiaan khususnya tentang tragedi 13 Mei 1969 yang

banyak mengubah pandangan kepada kedua-dua kaum ini agar lebih bertolak ansur, dan

bersatu padu untuk hidup bersama dalam sebuah Negara yang berbilang kaum.

9.5 Cerpen Nagasaki (Dewan Sastera, September 1999)

Cerpen terbaru Abdullah Hussain yang berjudul Nagasaki (Dewan Sastera, September

1999) ditulis kesan kunjungan beliau ke Negara Jepun pada tahun 1999. Di Jepun beliau

berpeluang memerhati, meneliti dan menyaksikan sendiri kesan kemusnahan kota Nagasaki

yang menjadi sasaran kedua bom atom tentera Amerika dalam usaha pemusnahan umat

manusia. Pengeboman kota Nagasaki menjadi lebih ironis menurut Abdullah Hussain kerana

mereka mengebom gereja yang terbesar di Jepun yang dibina oleh orang Barat sendiri.

Cerpen ini memaparkan kekejaman tentera Amerika dan kekejaman peperangan yang tidak

mengenal mangsa sama ada daripada kalangan musuh mahupun keluarga mereka sendiri.

9.6 Novel Interlok (1971)

Novel Interlok (1971) dihasilkan untuk menyertai Peraduan Mengarang Novel

Sepuluh Tahun Merdeka anjuran Kerajaan Malaysia pada tahun 1967 yang antara lain

menetapkan tema yang berdasarkan perjuangan kemerdekaan, pembangunan negara dan

penghidupan di Malaysia. Novel Interlok dituliskan berdasarkan semangat ini dan usaha

memupuk perhubungan di Malaysia iaitu Melayu, India dan Cina menerusi satu bahasa iaitu

15

Page 16: abdullah hussin.docx

bahasa Melayu yang mesti diterima sebagai asas perpaduan bangsa Malaysia dalam

menghadapi pelbagai masalah perkauman yang ditinggalkan oleh penjajah. Mesej penting

dalam novel ini ialah perpaduan bangsa boleh dipupuk dan disuburkan menerusi Bahasa

Kebangsaan yang tunggal, bahasa Melayu.

9.7 Novel Masuk ke Dalam Cahaya (1983)

Novel Masuk ke Dalam Cahaya (1983) ditulis untuk menyertai Peraduan Mengarang

Novel Bercorak Islam anjuran Yayasan Islam Terengganu pada tahun 1978. Penulisan novel

ini sesuai dengan era kebangkitan Islam dewasa itu yang meliputi aspek kesusasteraan Islam.

Dorongan terbesar Abdullah Hussain menamakan novel Masuk ke Dalam Cahaya ini diambil

daripada maksud ungkapan surah al-Baqarah, ayat 257:

”Tuhan adalah pelindung orang yang beriman. Ia keluarkan mereka dari kegelapan

masuk (ke dalam) cahaya tapi orang yang tiada beriman perlindungannya ialah

syaitan yang membawa mereka dari cahaya (masuk) ke dalam kegelapan; merekalah

penghuni api (neraka) mereka tinggal di dalamnya selama-lamanya.”

Menurut Abdullah, penulisan novel ini dipadankan daripada satu skrip filem yang

berjudul “Tuhan atau Syaitan” yang ditulis bersama-sama Seniman Agung P. Ramlee dan

Jaffar Abdullah. Penulisan skrip filem ini telah terbengkalai kerana sesuatu sebab yang tidak

dapat dielakkan, Abdullah Hussain lalu mengusahakan penulisan novelnya yang lengkap

dengan memasukkan watak-watak manusia dan bukan manusia seperti iblis, syaitan dan

sebagainya. Novel ini memenangi hadiah penghargaan dalam peraduan mengarang yang

disertainya dan kini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk Edisi Khas

Sasterawan Negara.

16

Page 17: abdullah hussin.docx

9.8 Novel Imam (1995)

Novel Imam (1995) mempunyai latar proses penciptaan yang agak panjang kerana ia

ditulis sewaktu Abdullah Hussain tinggal di Negara Brunei Darussalam. Penulisan novel

selama tiga tahun ini didorong oleh peristiwa-peristiwa semasa yang melanda masyarakat

Islam di seluruh dunia ketika itu seperti peperangan Iran-Iraq, negara-negara Islam yang

kucar-kacir, masalah penganut Islam yang menjadi golongan minoriti di negara bukan Islam

dan sasaran tomahan kuasa-kuasa besar dunia sama ada di timur mahupun barat. Di samping

masalah yang melanda masyarakat Islam di Malaysia yang berpecah-belah kerana perbezaan

fahaman politik, bertambahnya perbuatan negatif seperti pecah amanah, rasuah,

penyelewengan harta anak yatim, isu sumbang muhrim dan sebagainya.

Kesemua ini dikreatifkan dan dicernakan oleh Abdullah Hussain menerusi gaya

kewartawanan baru yang menggabungkan unsur fakta dan fiksyen sehingga menghasilkan

sebuah novel berunsurkan Islam yang besar dalam melukiskan peranan imam yang

merupakan pemimpin umat Islam dalam sesuatu jemaah atau kariah dalam segala macam

intrigue dan persoalannya. Unsur gaya kewartawanan baru bertambah terserlah lagi dengan

penggunaan unsur wawancara biasanya digunakan oleh golongan wartawan untuk

mendapatkan sesuatu maklumat atau berita dan hal ini dilakonkan oleh seorang wataknya

untuk menilai Imam Mihad sama ada wajar atau tidak dikenakan tindakan oleh pihak

berkuasa agama.

9.9 Pendeta Za’ba dalam Kenangan (1974)

Dalam buku ini dimasukkan sebahagian daripada tulisan biografi beliau iaitu Pendeta

Za’ba dalam Kenangan (1974) yang diusahakannya bersama-sama Khalid Hussain. Biografi

ini ditulis sewaktu Za’ba dalam keadaan uzur. Za’ba menceritakan kisahnya dan Abdullah

Hussain menyalinnya dalam bentuk tulisan tangan kerana pada zaman itu belum ada

kemudahan pita rakaman seperti sekarang. Setiap kali berjumpa Za’ba minta untuk

17

Page 18: abdullah hussin.docx

menyemaknya dan membuat beberapa pembetulan sehinggalah akhirnya dia tidak

menyemaknya lagi.

9.10 Drama Keruh di Hulu

Drama televisyen berjudul Keruh di Hulu diambil daripada cerpen Darah Daging oleh

Haji Abdul Rahman Yusoff ini membawa isu sejagat dan sering berlaku di mana-mana

apabila pasangan suami isteri yang berlainan keturunan menjadi mangsa perceraian.

9.11 Drama Pentas Intan (Dewan Bahasa, Januari 1972)

Drama Pentas Intan yang bercorak komedi ini asalnya daripada novel Intan karya

Abdullah Hussain sendiri untuk tujuan pementasan di Kuala Lumpur. Novel ini juga

diadaptasi ke bentuk drama televisyen oleh Abdullah sendiri dan dilakonkan oleh P. Ramlee.

Novel Intan juga diadaptasi ke bentuk skrip filem di Indonesia oleh Sarinande Film dengan

judul Intan Berduri

9.12 Puisi Kisah Dua Ekor Tupai (Dewan Sastera, Jun 1986) dan Puisi-Puisi Lain

Puisi Kisah Dua Ekor Tupai dicipta berdasarkan pengalaman semasa kecil yang

sering melihat perlakuan tupai di kampungnya. Dua ekor tupai putih dan hitam

melambangkan erti siang dan malam. Tupai yang sentiasa merosakkan tanaman adalah

lambang umur yang semakin dekat ke penghujung.

Puisi-puisi Abdullah Hussain kebanyakannya menceritakan keadaan sesuatu tempat

dan kedudukan persekitaran yang dikunjunginya berdasarkan pengalaman sebenar yang

dialaminya dan digabungjalinankan dengan daya kreatif dan seninya yang tersendiri seperti

terungkap dalam puisi-puisi lain. Proses penciptaan puisi Masa Berangkat Semakin Dekat,

Arafah dan Medan Uhud ditulis berdasarkan pengalaman mengerjakan fardu haji yang pernah

dilaluinya pada tahun 1406 hijrah atau tahun 1986. Pengalaman mengerjakan fardhu haji

merupakan perjalanan rohani yang amat menyentuh hati setiap umat Islam termasuklah

Abdullah Hussain.

18

Page 19: abdullah hussin.docx

9.13 Esei bertajuk Jurnalisme Baru dalam Karya Kreatif

Esei beliau yang bertajuk Jurnalisme Baru dalam Karya Kreatif memperjelaskan

pengakuannya tentang gaya penulisan kewartawanan baru yang dipraktiskan secara langsung

dan tidak langsung dalam proses penciptaan karya-karyanya sama ada cerpen, novel, drama,

puisi, filem dan sebagainya. Esei ini penting untuk menyelami pemikiran sebenar beliau

tentang gaya kewartawanan baru yang digunakannya.

9.14 Esei berjudul Menoleh ke Belakang Sebelum Melangkah Lalu Melangkah

dengan Yakin

Esei beliau berjudul Menoleh ke Belakang Sebelum Melangkah Lalu Melangkah

dengan Yakin merupakan kertas kerja yang dibentangkan pada Dialog Agung Bersama

Sasterawan Negara pada 26 Februari 2000 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Esei ini cukup

penting untuk menyelami visi dan harapan beliau dalam menangani reformasi kesusasteraan

pada abad ke-21 yang lebih mencabar dan memerlukan kekuatan ilmu dan ketrampilan

proaktif dan anjakan paradigm untuk menghadapi ledakan teknologi maklumat.

10.0 PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

Ketrampilan dan keunggulannya dalam bidang penulisan novel teruji dengan

kemenangan novel Imam Mihad (yang kemudian diberi judul Imam sahaja) dalam

Sayembara Novel Nasional (Mengenang Pak Sako) yang memberikan hadiah bernilai RM 30

000. Abdullah Hussain pernah memenangi hadiah ketiga (tiada pemegang pertama pertama

dan kedua) dalam Sayembara Mengarang Roman Sejarah di Aceh dengan karyanya yang

berjudul Darah Pembalasan. Abdullah Hussain juga pernah memenangi tempat kedua dalam

Sayembara Mengembara Cerpen di Aceh dengan cerpennya yang berjudul Manusia Baru.

Dalam Sayembara Mengarang Cerpen sempena perayaan Hari Buruh di Medan,

Sumatera pada tahun 1950, cerpen beliau yang berjudul Kario Buruh Kebun telah mendapat

hadiah pertama. Beliau juga beberapa kali memenangi sayembara lain dalam penulisan

cerpen berunsur Islam yang diadakan di negara ini. Cerpennya, Tuhan, Bagaimana Akan Kau

Cari-Nya? memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Cerpen Berunsur Islam anjuran

Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Agama) pada tahun 1977. Cerpen Cahaya Langit menang

19

Page 20: abdullah hussin.docx

hadiah kedua sayembara yang sama (1983). Cerpennya Sahabat memenangi hadiah sagu hati

dalam Sayembara Cerpen anjuran ESSO-GAPENA pada tahun 1979. Kumpulan cerpennya

Cahaya Langit memenangi hadiah penghantaran Yayasan Pelajaran Islam-DBP 1988.

Hasil kesungguhan dan kegigihan beliau berkarya, maka novel terbaru beliau

iaitu Imam telah terpilih memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1994/95, dan sebelum itu

novel yang sama telah berjaya menggondol hadiah Hadiah Novel Nasional (mengingati Pak

Sako), 1992/94, yang dianjurkan bersama oleh Syarikat Utusan Melayu dan Public Bank

Berhad.  Puncak dari segala-galanya itu ialah apabila Abdullah Hussain dinobatkan sebagai

Sasterawan Negara yang kelapan dalam tahun  1996.  Sebelum itu iaitu dalam tahun 1981,

Abdullah Hussain telah terpilih menerima anugerah S.E.A. Write Awards di Bangkok.

      Selain mendapat pengiktirafan tertinggi dalam bidang penulisan kreatif, Abdullah

Hussain juga telah dianugerahi Pingat Jawa Hukom Ngon Adat Lembaga Kebudayaan Aceh

(LAKA) 1995, dan bersempena hari ulang tahun keputeraan Sultan Kedah, beliau telah

dianugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran

Dato dalam tahun 1995.

11.0 KESIMPULAN

Sastera dapat menjadikan pembaca memahami kehidupan dengan lebih berfalsafah,

iaitu dapat menerima keperihalan tentang manusia dan masyarakat yang kadangkala sukar

untuk di mengertikan oleh fikiran rasional. Sememangnya kehidupan manusia ini penuh

dengan kemungkinan yang tidak terduga dan sastera mampu menjelaskannya. Pengarang

ialah manusia kreatif yang memiliki kemampuan berfikir, berimaginasi, dan berbahasa untuk

menghasilkan karya, sama ada puisi, novel, cerpen, ataupun drama. Manusia dan

masyarakatnya ialah bahan mentah yang sangat penting kepada pengarang. Keperihalan

manusia dan masyarakat menjadi ilham kepada pengarang untuk berkarya. Maka, karya

dilihat sebagai cermin masyarakat yang melalui proses pemilihan, pentafsiran, dan penilaian

pengarangnya. Lantaran itu, karya sastera sangat menarik untuk dibaca bukan hanya itu

cermin kehidupan, tetapi juga sebagai pandangan alternatif kepada apa-apa yang kita lihat

dan fikirkan tentang manusia dan masyarakatnya.

20

Page 21: abdullah hussin.docx

Dalam masyarakat berasaskan sains dan teknologi seperti di Malaysia, kehadiran

sastera sangat bererti. Tanpa sastera, masyarakat maju kehilangan unsur penting

kehidupannya. Sastera bukan sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan

masyarakat. Melalui sastera, banyak yang dapat dipelajari. Sastera sangat diperlukan untuk

melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat mempelajari

sejarahnya untuk memperbaik kehidupan mereka. Sastera membawa dunia baharu kepada

pembaca dan dunia ini memperkaya pembaca dalam konteks emosi dan intelek. Sastera

berupaya memberikan pendidikan kepada emosi dan intelek pembaca. Mesej yang

disampaikan dengan bahasa yang terpilih memberi kekuatan keindahan kepada karya sastera

dan menyuburkan penghayatan pembaca dalam memberi ruang untuk membina imaginasi

bagi mendapat satu mesej mental dan emosi. Pembaca akan menikmati satu pengalaman

estetik yang memberikan nikmat yang tersendiri.

21

Page 22: abdullah hussin.docx

RUJUKAN

Abdullah Hussain. (1977). Terjebak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hussain. (1983). Masuk ke dalam cahaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan       Pustaka.

Abdullah Hussain. (1985). Sebuah perjalanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hussain. (1995). Imam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hussain. (1996). Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Kamal Abdullah dan Zaiton Ajmain. (1997). Jambak 3. Kuala Lumpur: Dewan      Bahasa dan Pustaka.

Awang Had Salleh. (1989). Sastera dan sosiologi dalam penulisan kreatif. Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. (1984). Pengajaran kesusasteraan di sekolah menengah atas: Kaedah      apresiasi sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran tingkatan V. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Citra Komsas. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pertemuan abadi: koleksi terpilih Abdullah Hussain. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Umar Junus. (1986). Sosiologi sastera: Persoalan teori dan metod. Kuala Lumpur: Dewan     Bahasa dn Pustaka.

http://www.mykedah2.com/20hall_fame/201a_6.htm

www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content...

http://www.dawama.com/Dato-Abdullah-Hussain-1996/q?cid=269&doit=showclass

22