miyio empat tahun berturut-turut · 2018. 4. 11. · usm, pula u pinang , 18 april 2017 – pusat...

3
4/9/2018 USM News Portal - RCE USM JADI PENGANJUR BERSAMA PERTANDINGAN MIYIO EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4885-rce-usm-jadi-penganjur-bersama-pertandingan-miyio-untuk-empat-tahun-berturut-turut 1/3 USM, PULAU PINANG, 18 APRIL 2017 – Pusat Kepakaran Serantau (RCE), Universiti Sains Malaysia (USM) telah dilantik oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadi penganjur bersama pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) untuk kali keempat pada tahun ini. Penglibatan RCE USM dengan MIYIO bermula pada tahun 2014 sehingga kini dan MIYIO merupakan pertandingan projek rekacipta dan inovasi pelajar daripada sekolah menengah dalam dan luar negara. Pada tahun ini, ia dianjurkan oleh Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheik Shahabuddin, Pulau Pinang. Pertandingan MIYIO 2017 kali ini diadakan di Mydin Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang disertai oleh 215 orang peserta dari pelbagai negara. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... RCE USM JADI PENGANJUR BERSAMA PERTANDINGAN MIYIO EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT 18 APR brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by Repository@USM

Upload: others

Post on 06-Mar-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MIYIO EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT · 2018. 4. 11. · USM, PULA U PINANG , 18 APRIL 2017 – Pusat Kepakaran Serantau (RCE), Universiti Sains Malaysia (USM) telah dilantik oleh Bahagian

4/9/2018 USM News Portal - RCE USM JADI PENGANJUR BERSAMA PERTANDINGAN MIYIO EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4885-rce-usm-jadi-penganjur-bersama-pertandingan-miyio-untuk-empat-tahun-berturut-turut 1/3

USM, PULAU PINANG, 18 APRIL 2017 – Pusat Kepakaran Serantau (RCE), Universiti Sains Malaysia(USM) telah dilantik oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster, KementerianPendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadi penganjur bersama pertandingan Malaysian InternationalYoung Inventors Olympiad (MIYIO) untuk kali keempat pada tahun ini.

Penglibatan RCE USM dengan MIYIO bermula pada tahun 2014 sehingga kini dan MIYIO merupakanpertandingan projek rekacipta dan inovasi pelajar daripada sekolah menengah dalam dan luar negara.Pada tahun ini, ia dianjurkan oleh Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheik Shahabuddin, PulauPinang. Pertandingan MIYIO 2017 kali ini diadakan di Mydin Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yangdisertai oleh 215 orang peserta dari pelbagai negara.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

RCE USM JADI PENGANJUR BERSAMA PERTANDINGANMIYIO EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT18

APR

brought to you by COREView metadata, citation and similar papers at core.ac.uk

provided by Repository@USM

Page 2: MIYIO EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT · 2018. 4. 11. · USM, PULA U PINANG , 18 APRIL 2017 – Pusat Kepakaran Serantau (RCE), Universiti Sains Malaysia (USM) telah dilantik oleh Bahagian

4/9/2018 USM News Portal - RCE USM JADI PENGANJUR BERSAMA PERTANDINGAN MIYIO EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4885-rce-usm-jadi-penganjur-bersama-pertandingan-miyio-untuk-empat-tahun-berturut-turut 2/3

Peserta MIYIO daripada Lyceum For Gifted Students, Dushanbe, Tajikistan, Asrorov Ehrom dan SomonSultonov menyatakan kegembiraan mereka berada di Pulau Pinang dan ini merupakan kali pertamamereka datang ke Malaysia dan USM. Mereka yang mencipta E-Number untuk pertandingan MIYIO2017 kali ini berhasrat untuk menyambung pelajaran mereka di USM dalam pengkhususan TeknologiIndustri.

Sementara itu, Nabiela El Rizqa bersama rakannya daripada Semesta Bilingual Boarding School,Indonesia, mencipta ‘Reaching Fisherman Prosperity by Optimizing Wind Energy’ untuk pertandinganini. Nabiela yang masih menuntut di peringkat menengah rendah berasa teruja ketika melawat USM.

Hampir 60 orang peserta antarabangsa menyertai lawatan ke USM dan mereka diberi pendedahanmengenai USM oleh ahli RCE USM, Dr. Aidiahmad Dewa di Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA), USMbaru-baru ini.

Yang turut hadir semasa sesi lawatan peserta MIYIO 2017 ialah Pensyarah Pusat Pengajian SainsBiologi, Dr. Nurul Salmi Abdul Latip; Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar & Alumni) Pusat PengajianFizik USM, Professor Dr. Fauziah Sulaiman; Pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri, Dr.Japareng Lalung; Penolong Pendaftar Kanan, Khairul Aswad Abd Aziz; rakan-rakan RCE USM, guru-guru dan peserta MIYIO 2017.

Teks: Nur Shahidatul Shahira Bt Zakaria (Pelajar Internship PP Komunikasi)

Page 3: MIYIO EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT · 2018. 4. 11. · USM, PULA U PINANG , 18 APRIL 2017 – Pusat Kepakaran Serantau (RCE), Universiti Sains Malaysia (USM) telah dilantik oleh Bahagian

4/9/2018 USM News Portal - RCE USM JADI PENGANJUR BERSAMA PERTANDINGAN MIYIO EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4885-rce-usm-jadi-penganjur-bersama-pertandingan-miyio-untuk-empat-tahun-berturut-turut 3/3

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015