leptospirosis report usm

Upload: mizwhite

Post on 08-Jul-2015

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PUSAT PENGAJIAN SAINS FARMASI

FAR 241 ANTIMICROBIAL THERAPY

LEPTOSPIROSISTAN HONG HUEI SITI KHAIRIYAH SALLEH SITI NORZULAIKHA RAMELY TAN CHUN MING TAN KEAN ZHI KUMPULAN: 22 PENASIHAT: PROF. MADYA DR. SYED AZHAR SYED SULAIMAN 99657 99646 99648 99656 99658

ISI KANDUNGAN1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Pengenalan Sebab-sebab Utama Jangkitan Penyakit Leptospirosis Patologi Leptospirosis Tanda-tanda dan Simptom Ujian Dianogsis bagi Leptospirosis Rawatan bagi Leptospirosis Langkah-langkah Pencegahan Kesimpulan Rujukan

3 8 9 12 17 21 28 32 34

2

PengenalanApakah itu Leptospirosis? Leptospirosis adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria selepas terdedah kepada bakteria Leptospira interrogans dan dikenali juga sebagai penyakit Weil, demam canicola, penyakit kuning hemorrhagic, penyakit kuning spirochetal, lumpur panas, malaria, penyakit dari babi, selesema caver ataupun selesema sewerman.

Tafsiran Leptospirosis Penyakit weil merupakan jangkitan yang singkat bagi manusia dan ia menyebabkan pesakit mengalami penderitaan dari penyakit kuning. Namun begitu, istilah ini sering disalahtaksirkan untuk menerangkan jangkitanjangkitan Leptospirosis. Realitinya, leptospirosis merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku, tetapi penyakit ini senang untuk dijangkiti dan boleh berlaku di semua tempat selagi tempat itu mempunyai pembawa penyakit tersebut. Ia juga merupakan penyakit berjangkit yang mempengaruhi manusia serta haiwan dan telah dianggap sebagai zoonosis yang paling umum di dunia.(1)

Sejarah dan Perkembangan Leptospirosis Penyakit ini pertama kalinya dikenali pada tahun 1883 dan kebanyakannya ia berlaku dalam golongan penjahit. Pada tahun 1886, 4 orang telah menghidap penyakit kuning yang serius, demam dan pendarahan dalam ginjal. Walau bagaimanapu, pada tahun 1916, Inada et al berjaya mengesan sebab akibat agen tersebut di Jepun.(2) Jenis pekerjaan mempengaruhi 30-50% daripada jumlah kes dalam kalangan manusia. Jenis pekerjaan yang berisiko tinggi menghidap penyakit ini adalah terdiri daripada bidang perternakan, doktor haiwan, pemilik kedai haiwan peliharaan, bidang

3

pertanian, tukang paip, jurulatih haiwan, penyembelih, bidang perlombongan batu arang, bidang perikanan, angkatan tentera, pemerah susu dan bidang pembetung. Kajian terhadap pekerja-pekerja dalam bidang pembetung menunjukkan Leptospirosis paling senang untuk dijangkiti. Oleh itu, mereka lebih memerlukan antibodi leptospira sebagai kawalan. Pekerja dalam bidang pembetung dan petani yang terdedah kepada rendaman lumpur and saluran air yang tercemar daripada air kencing serta najis tikus yang telah dijangkiti leptospirosis merupakan penyebab jangkitan ini berlaku. Selain daripada jenis pekerjaan, aktiviti-aktiviti rekreasi juga merupakan penyebab penyakit ini boleh tersebar. Antara kegiatan rekreasi yang menyumbang factor jangkitan Leptospirosis ialah melancong di kawasan hutan hujan tropikal, berakit,(3)

memanjak bukit, berkayak,(4,5) memancing, berlayar, berenang, meluncur air dan

aktiviti-aktiviti luar yang berkemungkinan besar terdedah kepada air yang tercemar. Selain itu, menjalankan perkemahan dan melancong di kawasan endemik juga meningkatkan risiko untuk dijangkiti. Pada tahun 2000, satu wabak yang tidak diketahui telah tersebar dalam kalangan atlet yang bertanding dalam pertandingan Eco-Challange-Sabah di Malaysia. Laporan menunjukkan sebanyak 44% daripada wabak tersebut menyerupai leptospirosis.(4) Terdapat 3 faktor yang menyebabkan ia dijangkiti iaitu melakukan aktiviti berkayak, berenang dan terminum air Sungai Segamat. Pada tahun 1998, atlet-atlet yang telah menyertai pertandingan bersiri di Springfield, Illinois dan mereka yang pernah berenang di Tasik Springfield telah disahkan mengidap leptospirosis.(6) Manakala, atlet-atlet yang tidak menunjukkan apa-apa simptom leptospirosis dan menyertai pertandingan yang sama juga disahkan mengidap leptospirosis melalui ujian makmal. Selain itu, mereka yang terdedah kepada air pada tempoh yang lama dan berenang di Tasik Springfield merupakan sebab-sebab utama berlakunya leptospirosis. Pada tahun 1997, pelancongpelancong dari Amerika Syarikat yang mengunjungi Costa Rica dan terlibat dalam aktiviti berakit juga terdedah kepada penyakit ini.(3) Wabak ini juga merebak dengan meluas ketika banjir besar di Nicaragua pada tahun 1995.(7) Di Brazil, jangkitan Leptospirosi mencatatkan jumlah yang tertinggi sepanjang musim panas terutamanya apabila berlaku hujan lebat dan banjir di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, banjir berskala kecil juga boleh mengakibatkan4

penduduk terdedah kepada penyakit ini. Hal in dapat dilihat melalui kes- kes yang pernah berlaku sebelum ini seperti banjir yang berlaku di kampus Universiti Hawai pada tahun 2004. Banjir ini telah menyebabkan mereka yang terlibat dalam proses pembersihan dijangkiti leptospirosis.(8) Selain itu, terdapat wabak yang terbaru telah melanda di kem tahanan Juru. Dalam kes ini, seramai 26 pendatang asing tanpa permit telah dihantar ke 2 hospital dan seorang tahanan dari Myanmar telah meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam. Mereka telah terminum air yang tercemar oleh air kencing haiwan yang berada berhampiran di tempat kejadian.

Klasifikasi Leptospirosis Leptospirosis merupakan penyakit yang berpunca daripada bakteria spiral. Penyebab penyakit ini terdiri daripada genus Leptospira, dalam keluarga Leptospiraceae, dalam order Spirochaetales, dalam kelas dan filum Spirochaetes, dan akhirnya dalam domain bakteria. Bentuk Spirochetes ini adalah anaerobes yang bergelung halus, tipis, bergerak, memerlukan tempat bergantung dan lambat membiak. Flagella membantu mereka bersembunyi di dalam tisu. Konsep awal bagi genus Leptospira hanya terdiri daripada 2 spesis: L. interrogans yang menyebabkan penyakit dan L. biflexa bersaprofit. Dalam kajian pada masa sekarang, terdapat 7 spesis leptospires yang boleh menyebabkan penyakit ini berlaku dan ianya wujud lebih daripada 250 serovar. Kebanyakan serovar leptospiral ditemui dalam mamalia liar dan menyebabkan populasi setempat akan terganggu. Organisma ini juga mempengaruhi lebih kurang 160 spesies mamalia termasuk tikus, babi, anjing, kucing, raccoon, lembu and sebagainya. Rodensia merupakan takungan yang paling penting dan tikus merupakan sumber paling umum di seluruh dunia.(9,10) kebanyakan serovar leptospiral berhubung kait dengan binatang tertentu.(9) Misalnya, L. pomona dan L. interrogans yang boleh ditemui pada lembu dan babi, L. grippotyphosa didapati pada lembu, biri-biri, kambing dan tikus padi, L. ballum and L. icterohaemorrhagiae dikaitkan dengan tikus dan L. canicola dijumpai pada anjing. Antara serovar lain yang penting adalah autumnalis,

5

hebdomidis dan australis. Jadual di bawah menunjukkan pelbagai jenis genomospesis dan juga contoh-contoh serovar bagi genomaspesis tersebut.

Genomospesis L.interrogans

Serovar Australis [membawa menyakit] Bataviae Cynopteri Hebdomadis Louisiana Mini Pyrogenes Sejroe L.biflexa [tanpa membawa penyakit] L. borgpetersenii L. inadai L. noguchii L. santarosai L. weilii L. kirshneri Andamana

Autumnalis Canicola Djasiman Icterohaemorrhagiae Lyme Panama Ranarum Shermani Codice

Ballum Celledoni Grippotyphosa Javanica Manhao Pomona Sarmin Tarassovi Semaranga

Saiz Leptospirosis

6

Bakteria secara umumnya mempunyai panjang 20 m dan diameter 0.1 m. Saiznya lebih panjang Jika dibandingkan dengan sel darah merah yang berdiameter 7 m. Namun, kelebarannya terlampau kecil menyebabkan kita mengalami kesukaran untuk melihat di bawah mikroskop optik. Oleh itu, kita hanya dapat melihat teknik kontras melalui mikroskop dark-field. Leptospirosis merupakan bakteria gram negatif dan tidak mempunyai perbezaan dari segi visual antara serovar lain. Spesimen yang hidup bergerak dengan cepat kerana mereka perlu disebarkan dengan kadar yang singkat untuk mencari tempat takungan yang baru.

7

Sebab-sebab utama jangkitan penyakit LeptospirosisLeptospirosis merupakan penyakit yang jarang dijumpai, berjangkit dan menyebabkan pesakit mengalami kesan yang teruk. Penyakit ini berpunca daripada bacteria Leptospira. Bakteria yang memainkan peranan penting ialah bakteria Leptospira icterohaemorrhagiae (serovar bagi Leptospira interrogans).[11]

Antara sebab-sebab utama jangkitan penyakit Leptospirosis termasuk:a. Melalui sentuhan bahan-bahan yang telah dicemari oleh air kencing haiwan

yang telah dijangkiti Leptospirosis. Jangkitan manusia selalu disebabkan oleh pendedahan kepada bakteria daripada haiwan yang telah berjangkit. Antara binatang yang berkemungkinan besar membawa bakteria Leptospira adalah lembu ternakan, khinzir (babi), kuda, anjing dan rodensia.[12] Sebanyak 90% kes adalah melalui air kencing daripada binatang-binatang tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga kemungkinan jangkitan secara langsung melalui darah. Fenomena ini berlaku melalui pemindahan secara terus (berlaku semasa sentuhan antara air kencing haiwan berjangkit dengan pesakit menyebabkan bacteria memasuki sistem pengaliran darah) adalah jarang berlaku. Namun, pemindahan secara terus tetap akan berlaku apabila pendedahan tidak sengaja semasa mengawal haiwan berjangkit.[11]

b. Melalui pengambilan air yang telah dicemari. Selain itu, jangkitan ini juga berlaku melalui air untuk diminum atau untuk rekreasi seperti berenang. Sebagai contoh, semasa berenang, bakteria dapat memasuki sistam pengaliran darah perenang tersebut melalui kulit yang cedera setelah terdedah kepada air yang telah dicemari air kencing haiwan yang telah berjangkit. [12] Bukan itu sahaja, bakteria juga dapat memasuki badan melalui mata dan hidung ketika terdedah kepada udara yang tercemar dengan Leptospira. Di samping itu, sesetengah perkerjaan juga berisiko tinggi terhadap jangkitan penyakit ini. Contohnya petani, penternak, pekerja rumah penyembelih, dan doktor haiwan.[11]

8

Patologi bagi LeptospirosisKeterangan Umum Leptospirosis merupakan penyakit jenis sistemik dan kebanyakannya

menyebabkan patologi renal dan hepatik, di samping pendarahan melampau di meratarata tempat. Kadar kematian dalam kes yang serius adalah tinggi, tetapi keadaan ini dapat dikawal jika terapi antibiotik diberikan kepada pesakit pada peringkat awal.[13] Jangkitan leptospirosis bermula apabila bakteria memasuki sistem pengaliran darah manusia secara fizikal. Namun, mereka tidak dapat menembusi kulit yang kering dan tanpa cendera. Hal ini kerana, kulit yang kering dan tiada kecenderaan merupakan halangan yang sempurna untuk menghalang penembusan bakteria.[13] Antara lokasi yang paling ketara ialah pada kulit yang tercedera dan terkoyak. Membran mukus yang meliputi laluan udara, mulut, peparu dan organ sek perempuan juga merupakan laluan yang berpotensi tinggi bagi bakteria untuk memasukinya. [13] Di samping itu, tarikan nafas atau penelanan bakteria yang berpotensi menyebabkan jangkitan berlaku iaitu melalui penafasan masuk titisan air udara yang dicemari oleh bakteria.[12] Selain itu, leptospirosis juga dapat merebak melalui hubungan seks.[13] Bakteria ini tidak dibawa secara langsung oleh udara tetapi ainya daripada titisan air di udara. Oleh itu, risiko untuk berjangkit melalui pernafasan adalah tinggi terutamanya apabila terdedah kepada titisan-titisan air yang telah dicemari oleh bakteria (bakteria yang terkandung di dalam air) seperti kerja-kerja pencuci penghawa dingan. Namun begitu, jangkitan tidak akan berlaku jika seseorang berhampiran dengan persakit yang telah dijangkiti bakteria tersebut.[12]

Patologi Jangkitan Akut Setelah Kemasukan Bakteria Leptospira Apabila bakteria leptospirosis memasuki badan manusia, ia akan merebak ke sistem limfa dan peredaran darah dalam masa beberapa minit, dan mencetuskan jangkitan sistemik dengan cepat. Namun, kadar pertumbuhan bakteria leptospirosis adalah lambat, oleh itu tempoh pengeraman adalah di antara 2 hingga 28 hari biasanya dalam lingkungan 3 hingga 14 hari. Tempoh pencetusan penyakit bagi kebanyakan kes adalah sangat cepat, diikuti dengan sakit kepala yang serius. Linangan air mata9

konjunktival dua hala, tanda meningitis, pyrexia yang mencecah 39C dan ke atas adalah tanda-tanda bagi penyakit ini. Selain itu, ruam yang merah dan tidak tetap serta tidak celur sering dijumpai. Pesakit leptospirosis sering mengadu sakit pada otot, penat, dan rasa loya.[13] Perubahan dari segi psikologi juga sering terjadi dalam kalangan pesakit. Pesakit akan merasa tertekan, kekeliruan, dan cenderung untuk menyerang. Bakteria akan wujud di dalam aliran darah dalam beberapa hari yang pertama, iaitu S0 (hari tanpa simptom) hingga S9 (hari kesembilan dengan wujudnya simptom). Maka, bacteria dapat diasingkan secara terus. Selepas tempoh tersebut, bakteria akan memasuki tisu-tisu di dalam badan dan ujian yang dijalankan hendaklah bergantung kepada pengesanan antibiotik.[13]

Jangkitan Leptospirosis yang Berlangsung secara Satu Fasa Bagi kes yang tidak serius, jangkitan leptospirosis akan mengikuti fasa pertama dalam tempoh 3 hingga 7 hari. Simptom-simptom yang telah dinyatakan di atas akan wujud pada hari S0 (hari tanpa simptom), kemuncak pada hari S2 (hari kedua dengan wujudnya simptom) dan akan berkurangan pada hari seterusnya. Oleh itu, ia sering disalah tafsirkan melalui diagnosis iaitu merupakan salah satu daripada jangkitan pyrexic. Antibiotik masih berguna dalam fasa ini tetapi pesakit dapat disembuhkan dengan bantuan sistem keimunan badan itu sendiri.[13]

Jangkitan Leptospirosis yang Berlangsung secara Dua Fasa Dalam kes jangkitan sederhana dan serius, ia akan mengikuti dua fasa, iaitu fasa septisemia permulaan seperti yang dinyatakan di atas ,diikuti remission transient, kemudian menurun dengan cepat selepas satu atau dua hari. Simpton Icteric akan wujud semasa fasa kedua ini, dan kematian akan berlaku dalam masa yang singkat jika rawatan terapi diberikan kepada pesakit. Patologi dwifasa tidak selalunya menunjukkan jangkitan yang serius. Realitinya, dalam kes yang amat serius, perbezaan antara fasa

10

akan hilang dan kesihatan pesakit akan merosot dengan cepat dari S0. Dalam keadaan sedemikian, pesakit akan mati dalam tempoh sepuluh hari. [13]

11

Tanda-tanda dan SimptomKeterangan Am Tanda- tanda dan simptom bagi pesakit yang telah dijangkiti oleh leptospirosis adalah sukar untuk dilihat kerana simptomnya berbeza bagi semua pesakit. Sesetengah simptomnya adalah begitu lazim ditemui, tetapi terdapat juga sebahagian kecil pesakit yang akan mengalami kesakitan yang boleh membawa maut yang dikenali Weil's disease. Keadaan jangkitan leptospirosis bergantung pada umur dan kesihatan pesakit, strain bakteria yang mengakibatkan jangkitan dan jumlah bakteria yang memasuki badan manusia. Leptospirosis sering mengakibatkan jangkitan pada sistemik manusia dan menyebabkan deman secara tiba-tiba. Bagi kes yang sederhana, simptom jangkitan hanya akan berlangsung selama beberapa hari sahaja, mengikut jenis selesema. Akan tetapi, ia sering berlaku dalam kedua- dua fasa pertama dan kesakitannya berlangsung beberapa hari serta diikuti dengan sedikit pemulihan. Seterusnya, fasa kedua akan bermula. Kes sederhana mempunyai dua fasa dalam jangka masa yang singkat dan pesakit akan pulih. Tetapi, bagi kes serius, pesakit akan mengalami kesakitan yang teruk sehingga membawa kepada kecacatan organ dan berkemungkinan maut jika tidak diubati dengan kadar segera.[14]

Jangka Masa antara Jangkitan dan Kemunculan Simptom (Jangka Masa Pengeraman) Jangka masa pengeraman bagi leptospirasi bagi seorang manusia adalah antara 3 hingga 21 hari. Kebanyakan pesakit mengalami kesakitan selepas 7 hingga 14 hari. [15] Kebiasaannya, jangka masa pengeraman ini tidak akan melebihi 28 hari, namun begitu, terdapat laporan yang menyatakan tempoh pengeraman leptospirosis pernah berlaku dalam jangka masa yang panjang. Simptom tidak akan muncul dalam tempoh masa 24 jam kecuali kandungan bakteria yang banyak telah memasuki saluran darah. Bagi binatang, jangka masa pengeraman adalah dari 2 hingga 20 hari.[16]

12

Simptom Fasa Pertama (Fasa Akut) Kebanyakan pesakit jangkitan leptospirosis akan mengalami simptom fasa akut ini. Simptom Leptospirosis fasa ini bermula secara tiba-tiba, antaranya ialah: [15] Deman pada suhu 38 c (100.4F) atau ke atas - Lazimnya berlaku pada semua pesakit leptospirosis

Sakit kepala yang teruk - Lazimnya berlaku pada semua pesakit leptospirosis

Kesakitan otot dan sendi- Kesakitan otot yang keterlaluan terutamanya pada betis dan bahagian belakang

badan. Kesakitan otot dapat dirasa terutamanya semasa disentuh atau bergerak.

Kesejukan - Biasanya berlaku pada pesakit Leptospirosis

Kemerahan bola mata

Keletihan

Kepeningan13

- Kemungkinan menyebabkan muntah dan tidak lazim berlaku pada pesakit.

Muntah- Kemungkinan berlaku pada pesakit tetapi tidak lazim.

Cirit-birit- Kemungkinan berlaku pada pesakit tetapi tidak lazim.

Batuk - Kemungkinan berlaku pada pesakit tetapi tidak lazim.

Sakit tekak - Kemungkinan berlaku pada pesakit tetapi tidak lazim.

Ruam (bintik-bintik merah) pada kulit- Ketumbuhan pada kulit dalam tempoh 1 atau 2 hari yang pertama. Biasanya

pesakit akan terasa kulitnya panas dan kelihatan merah. Ruam terdapat pada semua tempat tetapi dalam kes tertentu, ia terhad pada bahagian kulit depan kaki. Kadangkala, kegatalan dapat dirasai tetapi, ruam hanya muncul dalam 30% bagi kesemua kes yang telah dilaporkan.[14]

Denyutan nadi yang pantas14

- Berlaku pada beberapa hari yang pertama

Perubahan psikologi - Pesakit akan berasa tidak bersemangat, keliru, agresif dan kemungkinan menjadi

psikotik (skizofrenia dan halusinasi), berubah personaliti dan menjadi zalim. Selepas fasa ini iaitu antara 3 hingga 5 hari, pesakit akan sembuh. Semasa fasa ini, bakteria masih aktif dalam darah dan ia juga dikenali fasa septicimia yang boleh dikesan melalui pemeriksaan makmal (diagnosis ).

Simptom Fasa Kedua Terdapat perbezaan bagi simptom fasa kedua antara jangkitan leptospirosis pada tahap sederhana dan teruk. Bagi jangkitan pada tahap sederhana, kebanyakannya tidak menunjukkan simptom fasa kedua. Namun, jika ianya bertambah serius, pesakit akan mengalami kesakitan fasa kedua selepas pesakit seolah-olah sembuh. Simptom awal dan deman akan kembali di samping sakit dada, sakit abdomen, masalah renal dan perubahan psikologi. Pertambahan simptom meningitis sering dikesan, begitu juga kekejangan leher dan muntah. Walau bagaimanapun, kebanyakan pesakit kes sederhana tidak mengalami kerosakan hati serta ginjal dan mereka akan sembuh pada akhirnya. Selain itu, sakit tekak dan batuk kering dengan pengeluaran darah juga akan berlaku. Tetapi pesakit akan sembuh selang beberapa minggu jika terus diberi rawatan.

5 hingga 10% pesakit Leptospirosis akan mengalami fasa kedua dengan jangkitan yang serius. Keadaan ini tidak dapat dikenalpasti puncanya. [15] Namun, simptomnya seperti kes sederhana tetapi ia lebih jelas dan pelbagai organ akan terjejas. Kerosakan hati dan ginjal akan berlaku dalam tempoh 10 hari. Jangkitan serius ini

15

dikenali 'icteric' kerana pesakit akan mengalami deman kuning (jaundice) dan ia juga dikenali sebagai Weil's disease. Simptom fasa kedua dalam jangkitan serius adalah disebabkan oleh Bakteria Leptospira yang merebak ke dalam organ badan pesakit seperti otak, ginjal, hati, mata dan paru-paru. a. Otak Jangkitan otak akan menyebabkan simptom meningitis seperti:

Kepala sakit yang teruk Sensitif terhadap cahaya Kekejangan leher

b. Ginjal Ginjal akan kehilangan fungsi dan menyebabkan simptom seperti:

Kehilangan selera Keletihan Kesesakan nafas Bengkakan kaki dan tangan

c. Hati Jangkitan pada hati akan menyebabkan simptom hipertitis seperti:

Kehilangan berat badan Kesakitan otot Keletihan Kepeningan Intoleransi terhadap alcohol Kesakitan pada bahagian yang medekati hati Deman kuning

16

Pesakit yang tidak diberi akan menyebabkan fungsi hati akan merosot dengan cepat dan kerosakan hati boleh membawa kepada maut.[17] d. Mata Iris atau tisu dan otot yang menyokong iris dan retina akan dijangkiti. Jangkitan ini dikenali uveitis. Simptom uveitis terdiri daripada:

Sakit mata dan mata kelihatan merah Sensitif terhadap cahaya (photophobia) Floaters (Kemunculan bintik-bintik dalam penglihatan) Penglihatan yang kabur

e. Paru-paru Jangkitan paru-paru menyebabkan simptom seperti berikut:

Batuk Kesesakan nafas Batuk dan ludah berdarah Jika rawatan tidak dijalankan, peparu akan mengalami kerosakan dan seterusnya

menyebabkan perdarahan dalaman yang boleh membawa kepada maut.

Ujian Diagnosis bagi LeptospirosisBeberapa ujian boleh dilakukan secara klinikal untuk mengesan penyakit leptospirosis yang disebabkan oleh bakteria spesis leptospires. Antaranya adalah ujian antibodi (serodiagnosis), kaedah pengkulturan bakteria dan ujian mikroskop darkfield. [20]17

Ujian-ujian diagnosis ini akan dijalankan dengan menggunakan spesimenspesimen pesakit. Pemilihan spesimen bergantung kepada fasa jangkitan bakteria dalam badan pesakit. Bakteria leptospira ini akan memasuki sistem peredaran dalam masa 10 hari tempoh pengeraman. Pada peringkat awal fasa penyakit, bakteria ini akan dijumpai dalam kebanyakan cecair badan seperti darah, air tulang belakang dan air kencing.[18] Dalam tempoh 5-10 hari jangkitan, badan pesakit akan menghasilkan antibodi bagi melawan pesakit. Oleh itu, pada peringkat akhir fasa penyakit, tisu-tisu badan yang menghasilkan antibodi perlu dikumpul untuk diuji. Contoh spesimen-spesimen yang perlu diuji secara klinikal adalah :1. Contoh darah bersama heparin. Heparin digunakan untuk mencegah pembekuan

darah. Darah perlu dikulturkan selama 10 hari di dalam medium pengkulturan yang tertentu. Specimen ini perlu dikulturkan menggunakan medium terpilih seperti medium Fletcher medium Stuart dan medium Ellinghausen bersama neomycin atau 100-200ug 5-fluoroucil. Medium kemudian perlu disimpan dalam suhu persekitaran (suhu bilik) kerana suhu yang rendah akan membahayakan bakteria ini.[20]

2. Contoh air kencing. Contoh ini perlu dikulturkan kerana bakteria leptospira

mempunyai jangka hayat yang pendek dalam air kencing. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya dapat diuji apabila mendapat contoh air kencing yang tulen dan perlu diinokulasi dalam medium yang bersesuaian tidak lebih daripada 2 jam selepas diperolehi. Jangka hayat bakteria ini dapat dipanjangkan dengan meneutralkan keasidan air kencing.

3. Contoh bedah siasat. Bagi mendiagnosis pesakit yang telah meninggal dunia,

beberapa spesimen penting perlu dikumpulkan seperti spesimen daripada buah pinggang, pankreas, jantung, hati dan air tulang belakang. Jenis-jenis spesimen adalah bergantung kepada sumber dan had pengkulturan. Spesimen yang hendak diuji perlulah bebas daripada bakteria dan di perolehi sejurus berlaku kematian. Spesimen ini perlu disimpan pada suhu 40C untuk mengelakkan sel-sel daripada pecah dengan sendiri (autolysis). Antara teknik lain yang boleh digunakan18

adalah teknik silver staining dan teknik pengesanan antibodi menggunkan mikroskop dark-field. Terdapat pelbagai cara untuk menjalankan diagnosis bagi penyakit leptospirosis. Walau bagaimanapun, ujian yang paling sesuai untuk dijalankan adalah ujian serologi. Badan akan menghasilkan antibodi selepas terdedah kepada bakteria. Dalam ujian ini, serum pesakit akan diuji dengan antigen. Antigen terdiri daripada spesis leptospires yang hidup atau ekstrak leptospira. Antibodi akan didapati selepas beberapa hari jangkitan bermula dan kekal selama beberapa minggu atau tahun. Oleh sebab itu, antibodi hanya dapat dikesan pada peringkat jangkitan aktif sahaja. [18] Terdapat 2 kaedah yang sering digunakan untuk menjalankan ujian serologi iaitu microscopic agglutination test (MAT) dan enzyme-linked immunosorbent assay (ELISA). MAT merupakan ujian piawai untuk ujian serologi manakala ELISA berkaitan dengan ujian pengesanan bagi penyakit leptospirosis.[18,19] MAT adalah ujian menentukan pengumpalan antibodi dalam serum pesakit dengan mencampurkan cairan serum dan antigen. Antibodi anti-leptospires dalam serum akan menyebabkan leptospires melekat antara satu sama lain menghasilkan gumpalan (clumps). Proses ini dipanggil pengaglutinat (agglutination) dan kemudiannya diperiksa menggunakan mikroskop dark-field. Proses penganglutinat ini melibatkan 2 kelas antibodi iaitu IgM dan IgG. Badan pesakit kebiasaannya akan menghasilkan antibodi terhadap serum yang telah dijangkiti. Walau bagaimanapun, terdapat antibodi badan yang akan tersalah bertindak ke atas serum yang normal. Hal ini biasanya akan berlaku pada peringkat awal penyakit. Dalam minggu pertama penyakit, tindak balas heterologous (berlainan) dengan serum normal lebih kuat berbanding tindakbalas homologous (sama) . Akibatnya, keputusan diagnosis akan tertukar; tindakbalas heterologous akan memberi keputusan positif dan tindakbalas homologous member keputusan negatif. Fenomena ini dinamakan paradoxical reaction.[20] MAT mempunyai beberapa kebaikan dan kelemahan yang tertentu. Antara kebaikan utama bagi kaedah MAT adalah kaedah adalah spesifik dan keberangkalian mendapat keputusan yang tepat adalah tinggi. Antara kelemahan pada kaedah MAT

19

adalah kaedah ini memerlukan sumber untuk mengkulturkan dan mengekalkan spesis bakteria leptospira hidup .Kaedah ini juga tidak diselaraskan pada peringkat piawai. Kaedah ELISA merupakan satu kaedah yang terkenal dan mempunyai cerakin yang tertentu. Kaedah ini boleh dijalankan dengan menggunakan peralatan komersil atau dengan menggunakan antigen yang dihasilkan oleh perumah. [20] Kebiasaannya, antigen spesifik gen digunakan untuk mengenalpasti antibodi IgM dan kadang kala untuk mengesan antibodi IgG. Kehadiran antibodi IgG akan membuktikan jangkitan bakteria leptospira yang terkini tetapi perlu diingat bahawa antibodi IgM mungkin akan kekal selama beberapa tahun. Ujian spesifik-gen ELISA mempunyai kebarangkali positif pada peringkat awal penyakit berbanding MAT. Antara kebaikan kaedah ELISA adalah kaedah ini dapat mengenalpasti

kehadiran antibodi pada peringkat awal penyakit.Oleh itu, jangkitan terkini boleh dikesan. Keadah ini juga hanya memerlukan sejenis antigen yang digunakan iaitu antigen spesifik-gen. Antigen ini mempunyai sifat pathogenik dan saprofit sama seperti leptospira. Kaedah ELISA juga merupakan satu kaedah yang diselaraskan pada peringkat piawai. Bakteria Leptospira tidak perlu dikulturkan di dalam makmal untuk menghasilkan antigen sekiranya terdapat peralatan komersil. Walau bagaimanapun, antara kelemahan kaedah ini adalah sebahagian kaedah ELISA kurang spesifik berbanding MAT dan kebarangkalian tindakbalas yang lemah berdasarkan kehadiran penyakit-penyakit lain yang mungkin termasuk. Keputusan kaedah ELISA sepatutnya diuji oleh MAT. Langkah-langkah pemantauan perlu diambil sekiranya spesimen yang diambil pada peringkat awal jangkitan memberikan keputusan yang berbeza apabila diuji dengan kaedah ELISA dan MAT.

Ujian pemeriksaan (screening test) Terdapat beberapa ujian seperti ujian pengumpalan mikroskop, ujian pengumpalan PAtoc-slide, ujian penggumpalan microcapsule, ujian pengumpalan Latex dan ujian dipstick. Semua keputusan bagi setiap ujian ini seharusnya diuji sekali lagi dengan menjalan ujian lain atau dengan MAT.[20] Selain itu, terdapat cara untuk mengesan terus bakteria leptospira ini iaitu dengan menggunakan kaedah kultur,

20

mikroskop padang gelap, suntikan menggunakan haiwan makmal dan polymerase chain reaction (PCR).

Pengkulturan Bakteria leptospira boleh hidup dalam pelbagai jenis kultur tisu. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan bakteria ini sangat perlahan. Tempoh minimum bagi pertumbuhan bakteria ini adalah sekurang-kurangnya 6- 8 jam. Suhu yang optimum bagi pertumbuhan bakteria jenis adalah di antara 28- 300C. [19] Bagi kaedah pengkulturan, kebiasaannya cecair badan pesakit akan diambil untuk diuji seperti darah dan air kencing. 1-3 titis cecair ini akan dikulturkan menggunakan kultur tisu. Pertumbuhan bakteria ini akan dapat dikenalpasti dalam tempoh seminggu atau lebih selepas dikulturkan. Oleh itu, spesimen yang dikultur perlulah diperiksa setiap hari dalam tempoh 4 bulan. Pemeriksaan ini boleh dilakukan dengan menggunakan mikroskop dark- field.

Rawatan LeptospirosisRawatan Awal21

Leptospirosis dirawat secara awal melalui antimicrobial terapi. Kemujaraban terapi ini dapat dilihat melaui kaedahnya yang sedikit, random dan percubaan mengawal placebo.[21] Rawatan yang terbaik dan sering dipilih (1.5 juta units setiap 6 jam) untuk merawat leptospirosis pada peringkat awal ialah penicillin.[33] Manakala, rawatan altenatif termasuk ampicillin (500mg-750mg setiap 6 jam), amoxicillin (500mg setiap 6 jam), erythromycin (250mg setiap 6 jam untuk 5 hari), doxycycline (100mg untuk 2 kali sehari)[26]

, tetracycline, cephalosporin dan aminoglycosides.[33] Doxycycline juga

merupakan salah satu antibiotik yang menjadi pilihan untuk merawat penyakit ini. Ia merupakan salah satu kumpulan ubat dan agen antibiotik yang dikenali sebagai tetracyclines serta mempunyai tempoh sakit yang paling singkat iaitu 2 hari.[21,34] Doxycycline dapat mengurangkan tempoh demam muntah dan juga cirit- birit[16, 33] [34] [22]

dan melegakan kebanyakan

simptom seperti sakit kepala serta sakit anggota tubuh, batuk tidak berkahak, loya, . Selain itu, doxycycline digunakan sebagai prophylaxis. Oleh itu, pelancong-pelancong yang melancong di negara yang telah disahkan

dijangkiti leptospirosis seharusnye membuat ujian kesihatan dan mereka dibenarkan mengambil 200 mg doxycycline setiap minggu bermula sebelum dan semasa tempoh mereka berada di negara tersebut .[23, 33, 34]

Rawatan Serius Pada peringkat ini, pesakit akan diberikan antibiotik secara suntikan, berbeza pada peringkat awal, pesakit hanya diberi antibiotik secara oral mengikut kadar yang ditetapkan. Kebanyakan pesakit yang ditahan di hospital akan diberi ubat penicillin G terapi yang akan disuntik ke dalam pembuluh darah serta perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak hospital.[22] Selain itu, terdapat percubaan klinikal yang menunjukan keberkesanan untuk merawat penyakit merbahaya seperti leptospirosis iaitu ubat cephalosporin (generasi ketiga)[22]

dan erythromycin.[21,

27]

Walau bagaimanapun,

penicillin sentiasa dijadikan pilihan utama seperti yang telah dinyatakan di bahagian rawatan awal. Terdapat kajian menunjukkan penicillin boleh menyebabkan tindakan penyakit jerisch- Herxheimer terjadi.[25, 33] Namun, risiko ini boleh diterima dan tidak patut dibimbingi.[25] Tambahan pula, rawatan leptospirosis merupakan proses yang rumit iaitu menahan agen penyebab dan melawan komplikasi yang mungkin terjadi daripada penyakit ini. Seperti dinyatakan di atas, terdapat beberapa ubat yang boleh merawat penyakit leptospirosis ini (doxycyclin, penicillin, ampicillin) dan ubat tersebut22

merupakan antibiotik yang dikenali sebagai aetiotropic.[16] Pesakit yang disahkan mengidap penyakit leptospirosis perlu mendapatkan antibiotik tersebut kerana manusia tidak mempunyai vaksin untuk menghalang virus penyakit ini daripada terus merebak serta vaksin yang diperolehi daripada haiwan mempunyai ketegangan yang sedikit dan ianya hanya sesuai untuk jangka masa yang singkat iatu beberapa bulan sahaja. Vaksin untuk leptospirosis ini sering digunakan di Eropah dan Asia. Vaksin tersebut hendaklah diberi setiap tahun seperti flu shot di United State.[23] Berikut merupakan mekanisme-mekanisme antibiotik yang terlibat dalam rawatan leptospirosis: Doxycycline [28]:1. Doxycycline menghalang aktiviti collagenase dalam vitro. 2. Doxycycline juga mengurangkan aktiviti pembentukan collagenase di dalam[23]

Walau bagaimanapun, vaksin ini tidak digunakan

larutan gingival crevicular pesakit. Collagenase merupakan enzim yang memangkin tindakan hidrolisis ikatan peptide dalam ruang triple helical.3. Antibakteria iaitu antiprotozal (tetracyclines) merupakan agen yang bertindak

untuk menghalang penghasilan protein dengan menghalang dinding aminoacyltRNA, dimana penukaran RNA kepada mRNA berlaku dan membentuk ribosom lengkap. Ikatan yang dapat diterbalikkan berlaku secara awal di 30 S unit ribosomal pada hidupan yang mudah dipengaruhi. Hal in kerana, dinding sel bakteria tidak dapat menghalang tindakan tersebut.

Tetracyclines4. Demeclocycline bertindak menghalang ADH (merangsang penyerapan air di

dalam bahagian distal yang terdapat dalam buah pinggang dan menyebabkan berlaku diuresis) dalam rawatan sindrom yang mempunyai hormon anti diuretik yang tidak sesuai atau dikenali SIADH.23

Penicillin [29]:

1. Penicillin merupakan -laktam antibiotik.2. Penicillin merencat sintesis dinding sel bakteria (lisisbakteria). Hal ini kerana sel

haiwan tidak mempunyai dinding sel dan ianya senang untuk dimusnahkan oleh agen penicillin.3. Selain

itu,

ia

menghalang

sintesis

protein

termasuk

aminoglicoside,

tetracyclines, chloramphenicol. 4. Penicillin juga menghalang transkripsi dan replikasi asid nukleik termasuk acid nalidixik (sintesis antibakteria) dan proflavin. 5. Seterusnya, penicillin menghalang metabolisme sel (antimetabolit). Ia merencat metabolisme mikroorganisme tetapi bukan pada perumahnya. Contoh: sulfonamide.6. Saling tindak balas penicillin adalah terhadap membran plasma iaitu terdapat

beberapa agen atibakteria yang saling bertindak balas dengan membrane plasma pada sel bakteria menyebabkab ketelapan membran terjejas. Contoh: polymyxins, tyrothricin.

Cephalosporin [23]:

24

1. Cephalosporin merupakan bakteria dan mempunyai tindakan mekanisme yang

sama seperti -laktam antibiotik (penicillin) tetapi kurang rangsangan terhadap enzim penicillinase. 2. Ia menghalang sintesis protein iaitu lapisan peptidoglikan (penting untuk membentuk dinding sel) pada dinding sel bakteria.3. Langkah terakhir transpeptidasi dalam sintesis peptidoglikan dibantu oleh enzim

transpeptidase atau dikenali sebagai protein pengikat penicillin (PBPs). PBPs terikat di D-Ala-D-Ala iaitu di hujung muropeptide (pencetus peptidoglikan) pada lingkaran peptidoglikan. 4. -laktam menyerupai tindakan ini dan menghalang secara bersaing pada lingkaran peptidoglikan terhadap PBP.

Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar oleh air kencing binatang[24, 27]

dan seharusnya pesakit

memerlukan ketahanan badan yang kuat. Rawatan untuk leptospirosis melibatkan dos antibiotik yang tinggi bagi mendapatkan hasil yang berkesan dalam menghapuskan virus penyakit ini.[23] Dos ubat untuk pesakit yang dibenarkan ialah: penicillin 5- 8 MU (bagi orang dewasa) setiap hari untuk lima hari walaupun dalam kebanyakan kajian menyatakan dos ubat yang tinggi (sehingga 20MU) hendaklah diberi secara rutin. Manakala, bagi pesakit yang alergi pada penicillin, alternative ubat boleh digunakan iaitu erythromycin pada dos 250mg QID untuk lima hari[6]

atau tetracycline, 10- 20

mg/kg setiap hari serta diberi secara suntikan atau pun 25- 50 mg secara oral untuk seminggu.[34] Rawatan antibiotik seperti doxycycline dan penicillin yang diberikan secara oral merupakan rawatan yang paling berkesan bagi peringkat awal[23]

.

Sesetengah pesakit yang kritikal memerlukan penjagaan di hospital dan akan diberi25

suntikan ke dalam pembuluh darah serta perlu mendapatkan rawatan antibiotik berterusan. Kes rumit yang melibatkan leptospirosis boleh mempengaruhi organ di dalam sistem badan kerana penyakit ini boleh menyebabkab kegagalan organ untuk berfungsi dengan baik.[23, 24] Oleh itu, pesakit seharusnya ditempatkan di tempat yang di khaskan kerana keadaan pesakit tersebut yang tidak sesuai boleh menyebabkan kardiovaskular mengalami gangguan dengan cepat[22]

. Selain itu, fungsi kalenjar ginjal perlu dinilai

dengan berhati-hati dan dialisis boleh dipertimbangkan dalam kes kegagalan kalenjar ginjal untuk membenarkan organ tersebut terus berfungsi.[25] Kebanyakan kes yang melibatkan kerosakan kalenjar ginjal merupakan tindakan berbalik sehingga menyebabkab pesakit hidup dalam keadaan sakit yang genting.[22] Di samping itu, jangkitan yang melibatkan paru-paru dan ginjal juga memerlukan rawatan perubatan yang berterusan serta diberi rawatan dialisis.[25] Paru-paru dan ginjal tersebut akan kembali normal selepas penyakit dapat disembuhkan. Walau bagaimanapun, kadar kematian yang telah dilaporkan yang melibatkan leptospirosis ialah dalam lingkungan 5%- 40%.[23] Hal ini bergantung kepada ketahanan organ yang dijangkiti untuk terus berfungsi dan tahap kesihatan pesakit yang pernah dijangkiti leptospirosis sebelum ini. Hal ini kerana, kesihatan pesakit sebelum dijangkiti virus penyakit ini menjadi ukuran untuk ia sembuh sepenuhnya. Manakala, kes yang melibatkan masalah pernafasan yang merbahaya haruslah menggunakan mesin peredaran dan perlindungan udara yang baik.[22] Pengawasan kardiak secara berterusan perlulah dicapai untuk mengelakkan berlaku arrhythmias yang terdiri daripada kadar tekanan jantung yang melebihi daripada tahap normal dan penyusutan ventikular.[31] Selain itu, terdapat rawatan bagi sesetengah pesakit yang tidak menunjukkan sebarang tindak balas bagi rawatan terapi yang biasa dilakukan iaitu dengan pertukaran plasma, steroid hormon (menghasilkan adrenal kortex dan terlibat dalam sistem dalaman seperti tindakan stress, tindakan ketahanan dan juga keradangan) dan suntikan ke dalam pembuluh darah.

Rawatan Sokongan26

Selain itu, terdapat juga rawatan terapi sokongan untuk merawat pesakit leptospirosis.[16, 25]

Rawatan ini terdiri daripada detaxication dan normalisasi

keseimbangan hydo-elektrolitik.[16] Glukosa dan larutan garam digunakan sebagai penyerap dialisis bagi kes yang kritikal.[25] Penghapusan kalsium merupakan kaedah yang biasa digunakan dan sekiranya tahap kalium terlalu tinggi, pesakit tersebut perlu mendapat ujian tertentu. Manakala, tahap serum fosforus akan meningkat apabila kalenjar ginjal gagal untuk berfungsi. Di samping itu, terdapat juga kaedah untuk merawat penyakit yang berada pada dasar iaitu hyperphosphatemia (dialisis) atau kalsium karbonat yang diberikan secara oral. Walau bagaimanapun, dos ubat dapat dikurangkan dengan pengambilan corticosteroids[30]

seperti prednisole bermula dari 30

mg hingga 60 mg dalam tempoh 7-10 hari.[16] Tambahan pula, pengambilan corticosteroid tidak menyebabkan kesan yang kritikal dan ia juga sesuai untuk pesakit yang berdarah rendah dan mempunyai penyakit hati. [34] Penjagaan organ dan menjalani rawatan merupakan langkah yang penting dalam kes yang melibatkan paru-paru, kalenjar ginjal atau pun jantung. [16] Di samping itu, penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.[34] Bagi pakar dalam bidang penyakit yang berjangkit haruslah dapat membezakan penyakit leptosprosis dengan simptom yang biasa dan ianya memerlukan rawatan yang berbeza mengikut tahap penyakit tersebut. Hal ini kerana, penyakit ini dapat merebak dengan cepat dan pesakit haruslah diberi penjagaan yang rapi. Penyakit ini juga dapat dikesan melalui contoh dan ujian yang dijalankan serta dibantu oleh Pusat Penyelidikan Penyakit Berbahaya, CDC dan World Health Organization (WHO). Selain itu, pesakit juga digalakkan supaya mengamalkan diet yang betul untuk mengelakkan mengidap penyakit yang lain.[22] Akhir sekali, ubat antibiotik yang diberikan kepada pesakit hendaklah berkesan untuk melawan leptospirosis dan juga menghalang kumankuman yang lain.[22] Walau bagaimanapun, rawatan tersebut haruslah mengikut penerangan terapi untuk leptospirosis sahaja.

Rawatan untuk Binatang Peliharaan27

Bagi haiwan seperti anjing, penicillin merupakan antibiotik yang sering digunakan untuk menghentikan tahap leptospiremic iaitu jangkitan darah dan doxycycline digunakan untuk menghapuskan tahap pembawa. Berdasarkan senarai laporan Pusat Penyelidikan Penyakit Berbahaya, CDC kebangsaan, haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing boleh berhubung leptospirosis dan haiwan tersebut juga boleh dijangkiti seperti manusia iaitu melalui pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air tercemar dan melalui kesan luka pada kulit.[23] Jangkitan ini dapat dikesan apabila haiwan peliharaan tersebut mengalami muntah, kurang selera makan, berat berkurangan serta kurang melakukan aktiviti. Jika hal ini berlaku, binatang tersebut hendaklah diuji dan dirawat oleh doktor haiwan. Rawatan awal seperti antibiotik dapat mngurangkan dan menghalang kerosakan organ di dalam badan.[23] Jika haiwan peliharaan anda disahkan dijangkiti leptospirosis, anda dinasihatkan tidah terlalu terdedah kepada persekitaran. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa membasuh tangan menggunakan sabun dan air yang bersih selepas membersihkan haiwan peliharaan anda tersebut. Langkah yang terbaik ialah menggunakan sarung tangan setiap kali anda melakukan kerja-kerja pembersihan serta menggunakan larutan pembersih (1:10) untuk membersihkan kawasan yang telah dicemari oleh haiwan tersebut. Selain itu, anda hendaklah memastikan haiwan peliharaan tersebut mendapat rawatan antibiotik mengikut arahan doktor.[23]

28

Langkah-langkah Mencegah LeptospirosisKita hendaklah sentiasa peka terhadap persekitaran serta mengawalkan langkahlangkah untuk mencegah leptospirosis dalam rutin hidup kita seharian agar tidak dijangkiti penyakit ini. Antaranya ialah:

Elakkan diri daripada terdedah di kawasan berair Kebanyakan jangkitan leptospirosis yang pernah dilaporkan berlaku disebabkan oleh air yang tercemar. Di samping itu, pekerja- pekerja dari bidang pertanian mencatatkan risiko yang tertinggi di antara sektor pekerjaan. Selain itu, pekerja yang berkerja di sektor rekreasi seperti perenang juga merupakan golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan leptospirosis dan ianya perlu dititik beratkan. Hal ini menunjukkan kita masih lagi mempunyai masalah dalam menangani punca-punca jangkitan ini seperti menjalankan aktiviti berisiko tinggi (pertanian). Oleh itu, kita hendaklah sentiasa peka terhadap tahap kesihatan dan mengambil rawatan awal jika terdapat apa-apa simptom. Pengambilan antibiotik sebagai langkah pencegahan hanya boleh dipertimbangkan jika pesakit menghadapi risiko yang sangat tinggi dalam masa yang singkat. Hal ini disebabkan oleh kesan sampingan yang teruk. Selain itu, aktiviti renang mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti leptospirosis dan banyak kes yang berkaitan telah dilaporkan setiap tahun. Walau bagaimanapun, cara-cara praktikal untuk mencegah penyakit ini semasa berenang masih belum diketahui. Hal ini kerana, semasa aktiviti renang dilakukan, air akan sentiasa memasuki melalui mulut perenang. Pengawasan keadaan dalam kalangan peserta serta memberi nasihat merupakan langkah yang lebih bermanfaat daripada terus memberikan perubatan. Di samping itu, memberi pendidikan tentang langkah- langkah mencegah penyakit ini juga berguna bagi mengelakkan masyarakat daripada terdedah kepada air tercemar. Pemancing atau pun pekerja- pekerja yang sentiasa terdedah dengan kawasan tercemar sepatutnya memakai pakaian kalis air dan sarung tangan. Pemancing yang mendapat kecederaan ringan ketika memancing akan mudah terdedah terhadap leptospirosis dan mengakibatkan bakteria dapat masuk ke dalam badan. Selain itu,29

orang ramai digalakkan tidak memakan ikan yang telah ditangkap di kawasan yang tercemar. Walaupun terdapat teori yang menyatakan memasak dalam suhu yang tinggi mampu membunuh bakteria dalam ikan. Namun, kebiasaannya tahap memasak adalah tidak cukup untuk menjamin keselamatan sepenuhnya. Tambahan pula, bimbingan secara spesifik amat diperlukan untuk menjaga keselamatan pekerja-pekerja di kawasan air yang tercemar. Mereka yang sentiasa terdedah kepada air tercemar hendaklah berfikir secara rasional sebelum melakukan apa- apa tindakan serta sentiasa mengambil langkahlangkah untuk mencegah penyakit ini sewajarnya. Antara cara-cara untuk mengelakkan penyakit ini ialah kurangkan air yang memasuki badan kita, sentiasa berwaspada dengan simptom-simptom yang ada dan mengambil rawatan secepat mungkin jika kurang sihat. Hal ini kerana, Kita tidak mempunyai cara yang cepat dan senang untuk mengelak daripada penyakit in dijangkiti. Tambahan pula, penggunaan antibiotik sebagai langkah pencegahan leptospirosis adalah tidak digalakkan. Ada sebilangan perenang akan menggunakan bilasan antibiotik untuk mencuci mulut mereka, tetapi hal ini terbukti tidak memberikan kesan yang nyata terhadap mereka dan ianya hanya berupaya menjaga kebersihan gigi sahaja. Bagi penyelam yang mengalami kemungkinan akan bersentuhan dengan kulit yang luka, mereka sepatutnya memilih pakaian yang bersesuaian dan cuba mengelakkan diri daripada terminum air semasa penukaran nafas. Bagi penyelam komersil mereka sepatutnya patuh kepada peraturan pekerjaan dan syarat-syarat insuran semasa bekerja di kawasan air yang tercemar, termasuklah penggunaan sistem hard-hat, station washdown dan kerap mengambil ujian perubatan. Bagi sesiapa yang mengambil tugas khusus seperti pasukan penyelamat juga dipastikan mereka mengikuti semua protokol tersebut. Walau bagaimanapun, orang ramai perlu diingatkan bahawa nasihat ini adalah terhadap mereka yang sering terdedah di air tawar dan bukan di kawasan air masin. Hal ini kerana, bakteria tidak dapat hidup di dalam air masin.

30

Elakkan diri daripada haiwan yang telah dijangkiti leptospirosis Pendedahan kepada haiwan terutamanya haiwan peliharaan merupakan salah satu faktor penyakit ini boleh merebak. Hal ini kerana, haiwan peliharaan merupakan pembawa rodensia atau pembawa yang telah dijangkiti penyakit. Sektor pekerjaan yang kerap terdedah kepada rodensia dan binatang lain adalah seperti pengumpulan sampah, kawalan binatang perosak, pembinaan atau pertanian. Di samping itu, perbezaan status antara jangkitan dengan pembawa penyakit harus dinyatakan dengan jelas. Binatang yang telah dijangkiti akan menunjukkan simptom penyakit dan kesan akhir sama ada sembuh dari penyakit ataupun mati. Pembawa penyakit mempunyai sekumpulan bakteria yang hidup dalam badan mereka tanpa menunjukkan symptom- simptom penyakit. Mereka masih hidup sepanjang hayat tanpa mengalami sebarang kesan negatif. Walaupun ianya boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain, namun pembawa penyakit akan berada dalam keadaan sihat. Pembawa penyakit yang utama adalah tikus, tetapi rodensia-rodensia dan mamalia kecil yang lain juga berupaya untuk merebak penyakit bergantung kepada lokasi tertentu, seperti reccoons, tetupai, tikus padi dan sebagainya. Dalam negara membangun, statistik telah menunjukkan bahawa 20% daripada jumlah tikus liar merupakan pembawa penyakit leptospirosis. Mereka menyebarkan penyakit ini melalui air kencing ke semua mana tempat yang dilalui. Kebiasaan bakteria akan mati jikalau air kencingnya telah kering, tetapi air kencing yang telah bercampur dengan air akan menyebabkan bakteria hidup dalam jangka masa yang panjang. Bagi sesiapa yang kerap menjalankan aktiviti penangkapan tikus liar, mereka perlulah berjaga-jaga terhadap air kencing tikus, tanah yang basah ataupun air berdekatan yang berpotensi sebagai sumber jangkitan leptospirosis. Gigitan tikus secara tidak sengaja juga boleh menyebabkan mereka dijangkiti leptospirosis. Tikus yang baru mati masih berisiko menjadi pembawa dalam tempoh masa yang singkat, tetapi ini hanya berlaku jika bersentuhan secara langsung dengan bangkainya. Di samping itu, kerja-kerja pembasmi adalah diperlukan. Selepas pereputan bangkai, perbezaan keasidan dalam badan akan membunuh leptospires dan kesimpulannya ia tidak mampu hidup dalam skeletal kering. Kebiasaan anjing dan binatang perliharaan akan disuntik vaksin bagi menjamin keselamatan.

31

Binatang perliharaan yang telah dijangkiti leptospirosis merupakan sumber jangkitan yang berpotensi dalam tempoh beberapa minggu yang pertama, tetapi ini hanya berlaku jika seseorang digigit ataupun terkena bendalir dari badan binatang itu. Walau bagaimanapun, jangkitan ini tidak mungkin berlaku melalui sebaran udara dan sentuhan. Tambahan pula, kes seperti ini tidak pernah berlaku pada haiwan liar. Binatang yang telah dijangkiti juga hendaklah dijaga dengan rapi semasa proses rawatan dan sentiasa membersihkan bendalir dalam badan binatang tersebut.

Elakkan diri daripada terdedah di kawasan yang telah disahkan dijangkiti leptospirosis . Pelancong-pelancong yang melawat di negara yang telah disahkan dijangkiti leptospirosis mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan penduduk di negara tersebut. Hal ini disebabkan oleh mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah. Terdapat pelbagai jenis serovar leptospira yang menjadi penyebab penyakit. Namun, terdapat sesetengah badan mempunyai keimunan bagi serovar tertentu, walau bagaimanapun ini tidak bererti ia boleh menahan daripada serangan serovar bagi leptospira yang lain. Kes leptospirosis lebih banyak berlaku di negaranegara yang membangun di mana pertanian menjadi faktor utama dan ianya berkombinasi dengan populasi rodensia. Pelancong-pelancong sepatutnya berhati-hati dan mengurangkan aktiviti-aktiviti mereka di negara yang berisiko tinggi. Para perlancong akan selamat daripada dijangkiti leptospirosis sekiranya mereka mengambil langkah berjaga- jaga dengan menjaga kesihatan diri serta tidak melakukan aktiviti yang berisiko untuk dijangkiti seperti berenang dan mendaki bukit.

32

KesimpulanLeptospirosis dikenali sebagai penyakit weil, demam canicola, penyakit kuning hemorrhagic, penyakit kuning spirochetal, lumpur panas, selesema caver ataupun selesema sewerman. Selain itu, leptospirosis berpunca daripada Leptospira interrogans, sejenis bakteria spiral genus Leptospira, keluarga Leptospiraceae, order Spirochaetales, kelas dan filum Spirochaetes. Spirochetes ialah anaerobes yang bergelung halus, nipis, bergerak, dan memerlukan tempat bergantung serta lambat untuk membiak. Manakala, Flagella membantu mereka memasuki tisu pesakit. Antara sebab utama jangkitan penyakit Leptospirosis adalah melalui sentuhan dengan bahan-bahan yang telah dicemari oleh air kencing haiwan pembawa Leptospira. Di samping itu, jangkitan juga akan berlaku melalui pengambilan air yang telah dicemari bakteria Leptospira. Bakteria-bakteria akan memasuki sistem pengaliran darah manusia secara fizikal untuk mencetuskan permulaan jangkitan. Lokasi yang paling ketara untuk bakteria Leptospira memasuki ke dalam badan ialah kecenderaan pada kulit yang terkoyak serta membran mukus yang terdapat pada laluan udara, mulut, peparu, dan organ pembiakan perempuan. Jangka masa pengeraman bagi leptospirasi dalam badan seorang manusia adalah antara 3 hingga 21 hari. Namun, kebanyakan pesakit mengalami kesakitan selepas 7 hingga 14 hari. Leptospirosis sering mengakibatkan jangkitan sistemik manusia dan menyebabkan deman secara tiba-tiba serta sering berlaku dalam dua fasa. Antara simptom fasa pertama ialah deman pada suhu 38 c (100.4F) atau ke atas, sakit kepala yang teruk, kesakitan otot dan sendi, kesejukan dan keletihan. Fasa kedua pula akan menyebabkan jangkitan merebak ke dalam organ-organ yang utama seperti otak, hati, ginjal, paru-paru dan mata. Beberapa ujian boleh dilakukan secara klinikal untuk mengesan penyakit leptospirosis. Antaranya ialah ujian antibodi (serodiagnosis), kaedah pengkulturan bakteria dan ujian mikroskop serap cahaya. Dalam tempoh 10 hari jangka pengeraman, bakteria Leptospira akan dijumpai dalam kebanyakan cecair badan seperti darah, air tulang belakang dan air kencing. Dalam tempoh 5-10 hari jangkitan, antibodi akan dihasilkan. Oleh itu, pada peringkat akhir fasa penyakit, tisu-tisu badan yang menghasilkan antibodi perlu dikumpul untuk diuji.33

Leptospirosis dirawat secara awal melalui antimicrobial terapi. Rawatan yang terbaik dan sering dipilih untuk merawat leptospirosis pada peringkat awal ialah penicillin. Manakala, rawatan altenatif pula termasuk ampicillin, amoxicillin, erythromycin, doxycycline, tetracycline, cephalosporin dan aminoglycosides. Pesakit yang ditahan di hospital akan diberi ubat penicillin G terapi yang akan disuntik ke dalam pembuluh darah. Manusia tidak mempunyai vaksin untuk menghalang virus penyakit ini kerana vaksin yang diperolehi daripada haiwan mempunyai ketegangan yang sedikit dan hanya sesuai untuk jangka masa yang singkat iaitu beberapa bulan sahaja. Terdapat juga rawatan terapi sokongan untuk merawat pesakit leptospirosis. Rawatan ini terdiri daripada detaxication dan normalisasi keseimbangan hydoelektrolitik. Majoriti daripada kes-kes jangkitan manusia adalah disebabkan oleh air yang tercemar. Maka, orang ramai dinasihati supaya berwaspada semasa melakukan pekerjaan atau pun aktiviti yang terdedah dengan air tercemar. Orang ramai harus mengelakakan kemasukkan air tercemar ke dalam mulut atau pada bahagian yang luka. Pemancing dan pekerja di kawasan tercemar sepatutnya memakai pakaian kalis air serta memakai sarung tangan. Selain itu, ikan yang telah ditangkap di kawasan yang tercemar seharusnya tidak dimakan. Kita juga disarankan untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada bintang yang berpotensi menjadi vektor leptospirosis seperti tikus. Kebersihan dan keselamatan diri harus dipentingkan semasa bersentuhan dengan binatang ternakan seperti anjing, kucing dan kuda. Pelancong-pelancong pula harus mengelakkan diri daripada melawat negara yang mengalami endemik leptospirosis.

34

Rujukan1.

Palaniappan RU, Ramanujam S, Chang YF. Leptospirosis: pathogenesis, immunity, and diagnosis. Curr Opin Infect Dis. Jun 2007;20(3):284-92.

2.

Inada R, Ido Y, et al. Etiology, mode of infection and specific therapy of Weil's disease. J Exp Med. 1916;23:377-402.

3.

Centers for Disease Control and Prevention. Outbreak of leptospirosis among white-water raftersCosta Rica, 1996. MMWR Morb Mortal Wkly Rep. 1997;46:577579.

4.

Centers for Disease Control and Prevention. Update: outbreak of acute febrile illness among athletes participating in Eco-Challenge-Sabah 2000 Borneo, Malaysia, 2000. MMWR Morb Mortal Wkly Rep. 2001;50:2124.

5.

Shaw RD.

Kayaking

as

a

risk

factor

for

leptospirosis. Mo

Med. 1992;89:354357.

6.

CDC. Update: leptospirosis and unexplained acute febrile illness among athletes participating in triathlons--Illinois and Wisconsin, 1998. MMWR Morb Mortal Wkly Rep. Aug 21 1998;47(32):673-6.

7.

CDC. Outbreak of acute febrile illness and pulmonary hemorrhage-Nicaragua, 1995. JAMA. Dec 6 1995;274(21):1668.

35

8.

Gaynor K, Katz AR, Park SY, Nakata M, Clark TA, Effler PV. Leptospirosis on Oahu: an outbreak associated with flooding of a university campus. Am J Trop Med Hyg. May 2007;76(5):882-5.

9.

Tappero JW, Ashford DA, Perkins BA., Leptospira species (leptospirosis). In: Mandell GL, Bennett JE, Dolin R, eds. Principles and Practice of Infectious Diseases. 5th ed. Philadelphia, PA: Churchill Livingstone; 2000:24952501.

10. Gordon Smith CE, Turner LH, Harrison JL, Broom JC. Animal leptospirosis in

Malaya 1: methods, zoogeographical background, and broad analysis of results. Am J Trop Med Hyg. 1961;24:521.

11. Judith Green-McKenzie. Leptospirosis in Humans. [Online]. 2008 May 20

[cited

2009

Aug

20];[4

screens].

Available

from:

URL:

http://emedicine.medscape.com/article/788751

12. The Leptospirosis Information Center. Causes of Infection - Guide for the

Public [Online]. 2004 [cited 2009 Aug 16];[1screen]. Available from: URL:http://www.leptospirosis.org/topic.php?t=31

13. The Leptospirosis Information Leptospirosis Professional [1screen]. Available from:

Center.

Pathology of Acute Human

Guide [Online]. 2004 [cited 2009 Aug 16];

URL:http://www.leptospirosis.org/topic.php?t=37

14. The Leptospirosis Information Center. Overview of Human Leptospirosis

Guide for the Public [Online]. 2004 [cited 2009 Aug 15];[1screen]. Available from: URL:http://www.leptospirosis.org/topic.php?t=30

36

15. NHS Choices. Leptospirosis-Symptoms [Online]. 2008 Dec 12 [cited 2009

Aug 17]; [1screen]. Available from: URL:http://www.nhs.uk/Conditions/Leptospirosis/Pages/Symptoms.aspx

16. Wikipedia. Leptospirosis [Online]. [cited2009 Aug 17]; [1screen]. Available

from: URL: http://en.wikipedia.org/wiki/Leptospirosis

17. The Merck Manuals Online Medical Library For Healthcare Professionals. Leptospirosis: Spirochetes: Merck Manual Professional [Online]. 2005 Nov [cited 2009 Aug 18]; [1screen]. Available from: URL:http://www.merck.com/mmpe/sec14/ch174/ch174c.html18. Patrick W Hickey, MD, FAAP. Leptospirosis from University of the Health

Sciences [Online]. Oct 8, 2008 [cited 2009 July 22]; Available from : URL: http://emedicine.medscape.com/article/965698

19. Department of Pathobiology and Diagnostic Investigation College of

Veterinary Medicine, Michigan State University. Carole A. Bolin, Diagnosis and Control of Bovine Leptospirosis [Online].[cited 2009 July 23]; Available from:URL:http://www.wdmc.org/2003/Diagnosis%20and%20Control%20of %20Bovine%20

20. WHO

Library Cataloguing-in-Publication Data. Human Leptospirosis:

guidance for diagnosis, surveillance and control [Online]. 2003 [cited 2009 July 23]; Available from: URL :http://whqlibdoc.who.int/hq/2003/WHO_CDS_CSR_EPH_2002.23.pdf

37

21. E Dale Everett, MD, Stephen B Calderwood, MD Morven S Edwards, MD

Elinor and L Baron, MD. Treatment and prevention of leptospirosis [serial online]. 2009 [cited 2009 July 25]. Available from: URL:http://www.uptodate.com/patients/content/topic.do? topicKey=~smWWqDljNd2GlJq

22. Sandra G Gompf. Leptospirosis: Treatment & Medication [serial online]. 2008

[cited

2009

July

25].

Available

from:

URL:http://emedicine.medscape.com/article/220563-treatment

23. John P. Cunha, DO and William C. Shiel Jr. Leptospirosis [online]. 2007 [cited

2009

July

25].

Available

from:

URL:http://www.medicinenet.com/leptospirosis/page3.htm

24. Guidugli F and Castro AA, Atallah N. Antibiotics for leptospirosis [serial

online].

2000

[cited

2009

July

25].

Available

from:

URL:http://www.cochrane.org/reviews/en/ab001306.html25. The Leptospirosis Information Center. Treatments for Infection- Guide for the

Professionals [Online]. 2004-2009 [cited 2009 July 25]. Available from: URL:http://www.leptospirosis.org/topic.php?t=38

26. Med India. Networking for health [Online].1997 2009 [cited 2009 July 25]. Available from: URL:http://www.medindia.net/patients/patientinfo/Leptospirosis_treatment.ht m

27. Ministry of Health search. Leptospirosis [online]. 2008 [cited 2009 July 26]. Available from:38

URL:http://search.moh.gov.my/i/?s=&p=rawatan+leptospirosis&s

28. Doxycycline

[online].

[cited

2009

July

26].

Available

from:

URL:http://www.life-extension-drugs.com/doxycycline.htmlv

29. Tao Le, Vikas Bhushan. First aid for the USMLE step 1 2009: A student to student guide. 19th ed. McGraw Hill Professional; 2008. p. 612- 179.

30. Corticosteroid

[online].

[cited

2009

July

26].

Available

from:

URL:http://en.wikipedia.org/wiki/Corticosteroid

31. Tachycardia

[online].

[cited

2009

July

26].

Available

from:

URL:http://en.wikipedia.org/wiki/Tachycardia

32. Spencer J, Simm Am, Sessions RB, Clarke AR and Walsh TR, editors. Mechanism of Cephalosporin and Cephamycin Hydrolysis by the IMP-1 Metallo-b Lactamase. Proceeding of the 43rd Interscience Conference on Antimicrobial Agents and Chemotherapy; 2003 Sept 14-17; University of Bristol, Bristol, United Kingdom. Chicago; 2003

33. Thomas J. Marrie. Community- acquired pneumonia; Pneumonia associated with contaminated water. Springer; 2001. p. 925-422, 423. 34. Ralph D. Feigin. Texbook of pediatric infectious diseases; Bacterial infectious. Volume 2. 5th ed. Gulf Professional Publishing; 2004. p. 3348-1718, 1719.

39