miskonsepsi

10
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU SARJANA MUDA SEKOLAH RENDAH (ELEKTIF SAINS) TAJUK: MISKONSEPSI TAJUK FIZIK “JIRIM DAN JISIM”

Upload: izardiismail

Post on 19-Jun-2015

2.779 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Miskonsepsi

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU

SARJANA MUDA SEKOLAH RENDAH (ELEKTIF SAINS)

TAJUK: MISKONSEPSI TAJUK FIZIK

“JIRIM DAN JISIM”

Page 2: Miskonsepsi

PENGENALAN

Sebagaimana yang diketahui, tajuk dalam matapelajaran sains fizik agak sukar

dikuasai oleh murid. Terdapat topik tertentu yang murid tidak memahami konsepnya atau

berlakunya ‘miskonsepsi’. Faktor utama yang menjadi kegagalan mereka adalah kurang minat

mereka terhadap subjek ini dan mereka tidak memahami konsep dalam tajuk-tajuk tersebut.

Mereka lebih suka menghafal tanpa mereka fahami apa yang mereka hafal, sebab itulah

apabila soalan peperiksaan dikeluarkan (soalan yang agak sukar) mereka sukar untuk mencari

jawapan yang sebenar kerana mereka hanya menghafal tetapi tidak cuba untuk memahami.

Untuk itu, kami telah memilih satu topik khas dari sukatan pelajaran Tahun 4 sebagai

topik kajian untuk kerja kursus ‘miskonsepsi’ ini. Topik tersebut adalah “ Ukuran Jisim ”

dalam unit pengukuran, manakala temanya Menyiasat Alam Fizikal. Tajuk ini secara

umumnya menerangkan tentang pengukuran berat dan alatan yang digunakan untuk

mengukur berat. Namun sering kali terdapat salah tanggapan murid berkenaan berat dan jirim

objek. Murid sering beranggapan bahawa berat atau jisim adalah sama dengan kuantiti jirim.

Murid kebiasaannya akan keliru apabila ditanyakan soalan apakah jisim dan jirim.

Kebanyakkan murid mengalami ‘miskonsepsi’ ini adalah kerana mereka tidak pernah

menjalankan eksperimen berkaitan jisim dan jirim. Selain itu mereka juga tidak didedahkan

dengan pelbagai gambarajah atau aktiviti yang menunjukkan perbezaan keadaan jisim dan

jirim.

Semasa pengajaran dijalankan, kebiasaannya guru hanya menggunakan teknik teori

saja tanpa amali atau dalam erti kata lain ‘chalk and talk’ di mana murid hanya membuat

bayangan mengikut apa yang di ucap atau ditulis oleh guru di papan putih di hadapan kelas.

Murid juga tidak diberi peluang untuk menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan tajuk

tersebut mungkin disebabkan kekurangan alatan di makmal atau guru tidak tahu bagaimana

untuk menjalankan eksperimen berkaitan tajuk tersebut. Oleh sebab itu murid-murid merasa

bosan dan tidak berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang topik yang diajar

oleh guru dan merasakan topik itu tidak penting dan tidak menarik minat mereka.

Bagi menjalankan pengajaran sub-topik ini lebih berkesan, kami mencadangkan

beberapa kaedah atau strategi pelaksanaan. Kaedah yang paling sesuai dan berkesan

digunakan dalam mengajar topik ini ialah kaedah eksperimen. Melalui kaedah ini, murid

dapat membuat hipotesis atau ramalan awal sebelum eksperimen dijalankan. Selain itu, murid

juga terdedah dengan kemahiran proses sains dimana mereka dapat mengenalpasti dan

Page 3: Miskonsepsi

mengawal pembolehubah yang terlibat. Oleh yang demikian, proses pembelajaran dan

pengajaran berlaku dalam keadaan yang lebih menyeronokkan kerana murid berpeluang

untuk mencari dan menjalankan aktiviti itu sendiri. Selain itu, dalam era globalisasi ini,

penggunaan komputer sudah terlalu sinonim dengan dunia pendidikan. Maka, sesuailah

kiranya pengajaran topik ini dijalankan menggunakan komputer. Guru boleh menggunakan

bahan yang dibekalkan oleh pihak kerajaan dalam bentuk CD ROM ataupun kepada guru

yang berkesempatan boleh mencari atau mendapatkan video yang berkaitan di dalam internet.

Melalui kaedah pengajaran ini, murid akan lebih memberi perhatian dan meningkatkan

pemahaman mereka kerana dapat melihat gambaran dengan konsep yang lebih jelas..

Kecenderungan murid member tumpuan dan perhatian terhadap pembelajaran yang

menggunakan multimedia ini lebih tinggi berbanding sesi pengajaran ‘chalk and talk’ yang

sering dijalankan di kelas.

Page 4: Miskonsepsi

Contoh rancangan pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi membantu dan memperbetulkan salah konsep murid berkaitan tajuk jirim.

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran : SAINS Tarikh : 17 DISEMBER

Kelas : 5 ARIF Bil. Pelajar : 30 ORANG

Tempat : MAKMAL SAINS Masa : 10:30-11:30 PAGI

TAJUK : JIRIM

OBJEKTIF :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:

i. Menyebut perbezaan antara jisim dan jirim.

ii. Membuat perbandingan antara jisim dan jirim.

iii. Menyebut faktor yang mempengaruhi perbezaan antara jirim dan jisim.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah mengetahui tentang berat.

ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM)

Video, alat penimbang mampatan, akuarium berisi air(bergantung pada saiz alat penimbang),

bongkah kayu, bola sepak, buah kelapa tua, batu bata, 2 botol plastik (sama saiz dan boleh

dimasukkan guli) dan guli .

PENGURUSAN KELAS

Memastikan kerusi, meja dalam keadaan teratur.

LANGKAH KESELAMATAN

Memastikan alatan yang digunakan tidak membahayakan murid.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

Berani mencuba, memberi tumpuan, bekerjasama

Page 5: Miskonsepsi

Masa Isi pelajaran Hasil Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran

dan Pengajaran

Catatan

2 minit

Pengenalan/Pra Pengajaran:Salam dan bertanya khabar.Bacaan doa.

Murid menjawab salam dan menyatakan khabar.Murid membaca doa.

Guru memberi salam bertanya khabar dan meminta murid membaca doa.

Kesediaan belajar

3 minit

Set Induksi:

Guru mencetus idea murid dengan bertanyakan soalan.

Contoh soalan guru.

1.Apakah perbezaan antara Jirim dan jisim?

2. Apakah nama alat ini?

3. Dimana alat ini biasa digunakan dan apa kegunaanya?

Guru menyatakan tajuk pelajaran.

Murid menjawab soalan secara lisan.

Murid menjawab soalan guru.

-Guru menunjukkan alat penimbang dan bertanyakan soalan.

-Guru meminta beberapa orang murid menjawab soalan yang diajukan.

ABBMAlat penimbang

KPS:Membanding beza

10 minit

Penyampaian isi pelajaran

-Menyebut perbezaan antara jisim dan jirim.

Contoh soalan guru.

1.Murid manakah yang lebih berat?

2. Murid manakah yang lebih besar kandungan/ kuantiti jirimnya?

Murid dapat membezakan:

-Jisim ialah berat sesuatu benda atau objek.

- Jirim pula ialah kandungan bahan sesuatau benda atau objek.

-Guru memanggil dua orang murid yang berlainan saiz.Guru membuat timbangan berat murid tersebut.-Guru menunjukkan 2 botol yang sama saiz. 1 botol dibiarkan kosong dan 1 botol diisi dengan guli. Guru menunjukkan

ABBM:-Alat penimbang-dua murid yang berlainan saiz. -1 botol kosong dan 1 botol berisi guli

Page 6: Miskonsepsi

berat awal botol berisi guli(mewakili jirim) dan kemudian mengeluarkan sebahagian guli tersebut. Guru membuat timbangan sekali lagi.

- Guru bersoaljawab berdasarkan aktiviti tersebut serta memberi penerangan.

30minit Penstrukturan

-Membuat pemerhatian perbezaan dan perbandingan antara jisim dan jirim.

Contoh soalan guru selepas aktiviti dijalankan:

-Adakah terdapat perbezaan timbangan objek tersebum sebelum dan selepas dimasukkan kedalam akuarium berisi air?

Murid dapat:-Membezakan antara jisim dan jirim.-Menyebut faktor yang mempengaruhi perubahan jisim.

-Guru meminta murid membuat timbangan beberapa objek yang telah disediakan oleh guru.-murid merekodkan hasil ukuran timbangan tersebut.

-Guru meletakkan alat penimbang didalam akuarium berisi air dan murid sekali lagi membuat timbangan objek tersebut.- murid merekod hasil ukuran timbangan tersebut.

ABBM:-Alat penimbang-akuarium berisi air- Bongkah kayu- Buah kelapa- Bola-Batu bata

Page 7: Miskonsepsi

-Guru dan murid membuat perbincangan dan bersoaljawab berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

10 minit Aplikasi idea

Murid dapat :Membandingkan perbezaan antara jisim dan jirim

-Guru menunjukkan tayangan video angkasawan yang berjalan di permukaan bulan.

-Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran.

ABBM:-Video

5minit

Penutup:

Mengulang semula isi pembelajaran hari ini.

Memberi tugasan untuk kerja rumah.

Murid dapat menyatakan bahawa:

i. Perbezaan antara jisim dan jirim.

ii. Menyebut faktor yang mempengaruhi perubahan jisim dan jirim.

-Guru menyoal berkaitan isi pelajaran hari ini.

-Guru meminta murid membuat kesimpulan.

-Murid membuat latihan dalam buku kerja.

Aktiviti pengayaan: Buku aktiviti Akses kendiri.