mis hoh 2

17
Bahagian 1 Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan diperjelaskan lagi dalam peraturan-peraturan pendidikan (prasekolah) 1997, yang ditulis dalam perenggan 5(1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaianberterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. 22(2) Kukurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan dibawah Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing. Manakala dalam Akta Pendidikan 1996 Seksyen 24, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut, seksyen 24 – Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah. “Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini”. Tujuan utama pentaksiran dan penilaian dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti pelbagai kecergasan dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan membantu mempertingkatkan perkembangan mereka. Sebab kenapa penilaian ini dikatakan proses pengajaran dan pembelajaran berterusan adalah kerana, penilaian bertujuan untuk mengumpul maklumat yang berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak-kanak seterusnya menjadi panduan bagi menentukan objektif yang perlu dicapai dan hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak- kanak.

Upload: diana-murad

Post on 14-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pentaksiran

TRANSCRIPT

Page 1: mis hoh 2

Bahagian 1

Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan

diperjelaskan lagi dalam peraturan-peraturan pendidikan (prasekolah) 1997, yang ditulis dalam

perenggan 5(1) Tiap-tiap tadika hendaklah

membuat penilaianberterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif,

afektif dan psikomotor. 22(2) Kukurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan dibawah

Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan

diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.

Manakala dalam Akta Pendidikan 1996 Seksyen 24, Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut,

seksyen 24 – Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah.

“Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini”.

  Tujuan utama pentaksiran dan penilaian dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti

pelbagai kecergasan dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan membantu

mempertingkatkan perkembangan mereka. Sebab kenapa penilaian ini dikatakan proses

pengajaran dan pembelajaran berterusan adalah kerana, penilaian bertujuan untuk mengumpul

maklumat yang berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak-kanak

seterusnya menjadi panduan bagi menentukan objektif yang perlu dicapai dan hala tuju

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membolehkan guru

memilih dan merancang pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-

kanak.

Oleh itu, pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting

kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai

potensi murid secara menyeluruh. Hasil penilaian inilah yang membolehkan guru untuk

mengambil tindakan susulan yang berkesan dalam membantu memperkembangkan potensi

murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Daripada hasil penilaian

yang telah dibuat, guru dapat membuat pertimbangan tentang tiga perkara iaitu mengesan

keberkesanan pengajaran guru, mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid seterusnya

merancangdan mengubah suai aktiviti pengajaran bagi membantu perkembangan dan

pertumbuhan murid.

Page 2: mis hoh 2

Apakah itu pentaksiran? Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan Latin yang

membawa maksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon. Pentaksiran

merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta

pertimbangan tentang produk proses pendidikan. Pentaksiran juga boleh didefinisikan

sebagai “apa-apa sahaja kaedah yang diguna untuk lebih memahami pengetahuan, kemahiran,

dan adab, nilai ,akhlak yang dimiliki oleh seseorang murid sama ada melalui atau tanpa melalui

proses proses pengajaran dan pembelajaran”. (Dari bahan oleh Dr. Jamil Adimin, Lembaga

Peperiksaan, Kementerian Peperiksaan Malaysia). Selain itu, David Lambert dan David Lines,

(2000), berpendapat bahawa, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah,

merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.

Seterusnya, Gearheart (1990), mengetengahkan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan

penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan

intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.

Justeru, Salvia dan Yseldyke (1978), mengemukakan bahawa penaksiran boleh didefinisikan

sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan

masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Menurut noraini idris (2008) pula, pentaksiran

dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran

yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar di samping Lembaga

Peperiksaan Malaysia (2000) berpendapat bahawa penaksiran dalam pendidikan ialah suatu

proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor

dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan

tertentu.

Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat bagi tujuan

tertentu di samping satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran

seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.

Terdapat 5 perlaksanaan di dalam Model Proses Perlaksanaan Pernilaian dan

Pentaksiran. Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang dengan

melakukan beberapa perkara penting iaitu guru perlu tahu apakah tujuan untuk membuat

pentaksiran tersebut , adalah untuk mengenal pasti murid itu sendiri. Tahu apakah konstruk

yang ditaksir, ia boleh dikategorikan dari segi pengetahuan, dari segi kemahiran ataupun dari

segi nilai seseorang. Guru perlu merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan rujuk kepada Standard

Prestasi teras dan kriteria berkaitan. Begitu juga instrument Tentukan instrumen (aktiviti atau

Page 3: mis hoh 2

strategi) yang akan digunakan seperti lembaran kerja yang bersesuai dengan kategori yang

ingin di taksirkan. Tentukan bila hendak mentaksir, guru perlu tahu masa yang bersesuaian

dalam menjalankan proses pentaksiran dan akhir sekali perlukan tempoh pemerhatian, berapa

lama masa yang diambil dalam sesuatu masa.

Berdasarkan Konstruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard

Prestasi, yang telah di rancang itu tadi guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti

yang sesuai dan tepat supaya murid berpeluang memberi respon yang diharapkan. Melalui

pendekatan pentaksiran autentik, murid boleh diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan apa yang

hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid dan persekitaran mereka. Satu instrumen

atau aktiviti boleh digunakan untuk mendapatkan evidens bagi lebih daripada satu

konstruk. Antara aktiviti yang lazim dijalankan di prasekolah ialah permainan, lakonan,

nyanyian, projek, bercerita, kuiz, dan perbualan.

Segala apa yang guru perhatikan didalam pentaksiran tersebut ialah evidens atau

bukti. Evidens boleh dipamerkan dalam bentuk tingkah laku, interaksi, proses dan hasil kerja.

Evidens yang mahu dilihat ialah yang menunjukkan perkembangan, pertumbuhan dan

pencapaian murid dari segi pengetahuan, kemahiran serta sikap atau pengamalan nilai-nilai

murni seperti mana yang dihasratkan melalui KSPK. Ia boleh di lihat melalui tingkah laku,

interaksi,proses dan cara kerja.

Dari segi tingkah laku murid, ia boleh diperhatikan dan dinilai, contohnya ketika murid

mengurus diri, bermain bersama rakan, membuat kolaj dalam kumpulan, menyelesaikan

masalah bersama rakan dan juga ketika menyusun blok bersama rakan atau bersendirian.

Dari segi Interaksi murid boleh diperhati dan dinilai melalui contoh aktiviti seperti

bacaan, nyanyian, main peranan, bersoal jawab, aktiviti berkumpulan (projek, persembahan),

interaksi murid dengan bahan/ haiwan/ tumbuhan/ persekitaran, dengan diri sendiri (imaginary

friend) dan juga perbualan antara murid dengan guru/murid dengan murid/murid dengan orang

dewasa lain.

Manakala proses dan hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai sepert lukisan,

buku kecil, buku skrap, kraf tangan, lembaran kerja, dan juga ketika membuat model

menggunakan bongkah.

Langkah yang seterusnya didalam proses pentaksiran ialah merekod, dimana merekod juga

adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik. Maklumat

yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai

yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang perkembangan pengetahuan,

Page 4: mis hoh 2

kemahiran dan nilai, Standard Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan

keadilan. Berdasarkan Standard Prestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal

pasti tahap penguasaan murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan

memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian.

Contoh instrumen yang boleh digunakan untuk merekod maklumat pentaksiran adalah seperti

berikut senarai semak, rekod Anekdot dan rekod Berterusan (Running Record).

Senarai Semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan

murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Senarai item menentukan sesuatu

tingkah laku dapat diperhatikan , kekerapan sesuatu tingkahlaku itu berlaku, dan juga sesuatu

tingkah laku yang dikehendaki telah berlaku. Ia boleh dibina dalam bentuk dinyatakan sesuatu

tingkahlaku telah berlaku atau tidak, iaitu dengan skor ‘ya’ atau ‘tidak’. Senarai Semak juga

boleh dilengkapkan dengan skala kadar. Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan

darjah kemajuan dan pencapaian dalam penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai

murid. Penilaian terhadap hasil kerja atau evidens direkod berdasarkan skala. Skala penskoran

dibina bagi pentaksiran setiap konstruk dalam setiap tunjang. Terdapat beberapa perkara yang

perlu seseorang Guru dalam merancang senarai semak iaitu konstruk yang hendak dinilai,

Standard Prestasi dan kriteria ditulis dengan jelas, instrumen dan aktiviti yang digunakan, skor

digunakan: angka atau simbol.

Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku

murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod.

Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku

tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa

berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini.

Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang

boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan

literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Instrumen yang terakhir yang boleh digunakan untuk merekod adalah Rekod Berterusan

merupakan catatan dalam bentuk cerita ‘narrative’ yang dibuat ke atas individu atau kumpulan

murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid

akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya

dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Berbeza dengan Rekod Anekdot, pemerhatian ini

dirancang oleh guru.

Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, atau

rekod berterusan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai

Page 5: mis hoh 2

murid. Prosedur umum yang dicadangkan semasa menganalisis dan menginterpretasi

maklumat, guru perlu membaca dengan teliti semua data yang diperolehi daripada hasil

pemerhatian, membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek penting

dalam Tunjang. Contohnya Tunjang Komunikasi lebih berfokus kepada kemahiran bertutur,

kemahiran mendengar dan kemahiran menulis dan akhir sekali menganalisis hasil kerja

murid.Hasil kerja yang boleh analisis termasuklah gambar atau lukisan, sampel tulisan, binaan

yang disempurnakan, cerita yang ditulis dan buku skrap. Segala catatan perlu dibuat ke atas

hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap

kebolehan, contohnya ‘sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf‘. Hasil kerja

ini boleh disimpan dalam portfolio murid. Murid boleh dilibatkan semasa pemilihan hasil kerja

untuk dinilai dan seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti refleksi yang dibuat oleh murid

boleh juga dimasukkan dalam portfolio sebagai pentaksiran kendiri..

Tindakan susulan akan dilakukan jika murid tersebut didapati masih tidak lagi menguasai

sesuatu pembelajaran yang ditaksirkan dan jika murid itu berjaya menguasai maka guru perlu

memberikan memberi pengukuhah atau penggayaan mengikut kontruk yang ditaksirkan.

Perkembangan seseorang kanak-kanak adalah menjadi pendorong untuk mereka menjadi

generasi yang cemerlang pada masa depan .Oleh itu aspek penilaian yang diadakan pada

setiap kelas prasekolah amat penting untuk kemajuan sesebuah kelas prasekolah.Setiap

penilaian yang diadakan di kelas prasekolah amat penting bagi murid serta guru sendiri .Ini

disebabkan guru akan sentiasa memberi yang terbaik untu kanak-kanak dibawa

kawalan.Kanak-kanak adalah individu yang amat unik dan menjadi tugas penting bagi

guru,ibubapa,kominiti masyarakat bersama-sama memberi sumbangan yang sebaiknya untuk

memajukan sesebuah kelas prasekolah itu .-Untuk itu tindakan susulan amat penting untuk

membaiki setiap kelemahan untuk menjadikan kanak-kanak individu yang berketrampilan dalam

semua aspek.

Maka dirumuskan bahawa, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah,

merekod dan perlaksanaan proses pentaksiran amatlah penting di samping sebagai seorang

bakal guru, pengetahuan tentang pentaksiran amatlah diperlukan untuk menilai dan membentuk

semula kelemahan-kelemahan anak-anak bangsa negara kita , Malaysia. Maka, sebagai

seorang pendidik, guru sentiasa bertanggungjawab untuk mencari ilmu dan mencurahkannya

kepada generasi muda bagi mengubah dirinya daripada jahil kepada berpengetahuan, lembap

kepada cerdik, mundur kepada maju, dan derita kepada bahagia sesungguhnya

mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan juga pada masa hadapan.

Page 6: mis hoh 2

Bahagian II

Rekod Anekdot

Nama Murid : Nurqasrina bt Mohd Zaini

Umur : 5 tahun

Tarikh : 21 Ogos 2015

Masa : 10 Pagi

Nama Guru : Mardiana Murad

Catatan Ulasan

Selepas waktu makan pagi, Nurqasrina

duduk dan bercerita dengan guru tentang

menu hari ini.

Nurqasrina : “Cikgu saya suka makan buah ini

esok kita makan lagi ya”.

Guru: “ owh awak suka makan buah anggur

ya?. Nanti cikgu belikan lagi, boleh makan

dengan kawan-kawan”.

Nurqasrina tidak pernah bercakap

bersama guru walaupun ketika dalam sesi

pembelajaran kecuali bermain dengan kawan-

kawan. Menurut ibuny, Nurqasrina memang

seorang yang sangat pendiam bila di rumah.

Page 7: mis hoh 2

Hasil kerja murid yang di pilih ialah perkembangan kemahiran menulis

Nabihah. Pada awalnya dia tidak pernah didedahkan dengan kemahiran menulis,

pendedaham yamg pertama di tabika dengan membuat latihan kemahiran asas

seperti bulat-bulat, alunan dan sebagainya,

Bulan-bulan seterusnya Nabihah sudah boleh menulis huruf tanpa

bimbimngan guru. Walaupun tulisan masih tidak begitu kemas dan tidak mengikut

garisan yang disediakan, pertambahan kemahiran sudah dapat dilihat.

Kemahiran menulis ini merupakan perkembangan motor halus murid.jika kita

tidak mendedahkan kemahiran motor halus ini kepada murid bayak aktiviti yang

tidak dapat di laksanakan dengan Berjaya.

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-

otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan

lidah. Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria

seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.

Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk

melakukan sesuatu aktiviti dinamakan ‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan

kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling

banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanak-

kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka.

Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis atau

melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan

baik.

Ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami

perkembangan motor halus murid-murid. Selain itu, kita sebagai guru juga harus

mengetahui ciri. Guru perlu tahu faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam

membuat perancangan pembelajaran murid-murid. Sebagai contoh pembelajaran

kemahiran menulis, adalah penting kita memahami perkembangan motor halus

dalam pengawalan pensil untuk murid-murid ini menulis. Guru harus tahu cara

pengawalan gengaman jari tangan murid-murid. Sekiranya guru mengetahui

bahawa murid-murid masih di peringkat mengembangkan kemahiran mereka, guru

ini akan mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi

membantu kanak-kanak ini menulis dengan baik. Contohnya guru harus

mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang pensil yang sesuai untuk murid-murid

ini mula menulis.

Page 8: mis hoh 2

Dengan itu, murid-murid ini memerlukan bantuan kita bagi

memperkembangkan kemahiran menulis dan melukis mereka. Kita harus merangka

strategi yang sesuai bagi membantu meningkatkan kemahiran murid-murid ini.

Contohnya di sekolah kita membantu murid-murid yang baru mula menulis huruf

dengan meminta mereka menulis huruf tersebut berulang kali sehingga mereka

mahir dengan gerakan motor menulis huruf itu. Selepas itu baru kita kembangkan

kemahiran ini dengan meminta mereka menulis satu perkataan yang lengkap

dengan menggabungkan huruf – huruf tersebut bermula dengan perkataan yang

memerlukan tiga atau empat huruf sahaja. Satu lagi cara untuk membantu murid-

murid mengembangkan motor halus mereka adalah dengan menggunakan bahan

bantu yang bersesuaian. Contohnya bagi murid-murid yang baru hendak melukis

penggunaan pensil krayon mungkin kurang sesuai memandangkan saiz pensil

krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya memberikan kanak-kanak saiz

pensil warna yang agak besar bagi memudahkan mereka memegang pensil

tersebut. Pensil yang berbentuk tiga segi juga dapat membantu kanak-kanak

memegang pensil dengan kemas. Kemahiran gengaman seperti ini secara tidak

langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam pengawalan motor

halus mereka.

Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betul juga dapat

meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukkan tangan, kaki dan badan ini

sangat penting dalam melaksana tugas yang memerlukan kemahiran motor halus.

Craig dan Digdon (2001), menyatakan .kanak-kanak seharusnya dididik cara duduk

yang betul dengan punggung, lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90˚ dengan

kedudukan badan mereka agak ke depan sedikit. Kedudukan meja pula seharusnya

2 inci dari siku ketika tangan mereka dalam kedudukan rehat. Sekiranya kerusi

mereka terlalu tinggi dan kaki mereka tergantung, letakkan alas kaki agar mereka

selesa. Apabila keadaan selesa kanak-kanak dapat mengerakkan tangan, lengan,

dan jari dengan stabil.

Oleh itu, bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus

memerlukan perancangan, masa, dan pelbagai bahan bantu. Perkembangan motor

halus dapat digalakkan dengan aktiviti yang seronok, termasuk seperti permainan

kraf, jigsaw, dan membina blok lego. Meminta kanak-kanak membantu ibubapa

membuat kerja rumah seperti memotong buah, atau mengacau tepung juga

merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor halus mereka. Selain itu

Page 9: mis hoh 2

ia juga dapat meningkatkan kebolehan koordinasi tangan-mata. Oleh kerana

perkembangan motor halus memainkan peranan yang penting dalam persediaan

kanak-kanak memasuki sekolah dan perkembangan kognitif maka kemahiran ini

seharusnya diberi perhatian dalam kurikulum prasekolah.

Rujukkan

Abdul Fatah Bin Hasan. 2007. Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Dr Mariani Md Nor dan Hamidah Sulaiman,HBPS 2203 Penilaian Dan Kemajuan Kanak

kanak,2009

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan,Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian

Pendidikan Malaysia,2003.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Pendidikan_1996

http://www.academia.edu/4292226/3_pentaksiran

Page 10: mis hoh 2

Lampiran

Page 11: mis hoh 2
Page 12: mis hoh 2
Page 13: mis hoh 2