minit mesyuarat staff akhir tahun 2012.docx

Upload: nor-adibah-abdullah

Post on 02-Mar-2016

106 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sk kampung sau

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT STAFF AKHIR TAHUN 2012SK KAMPUNG SAU, MUKAH

Tarikh:31 OKTOBER 2012Masa:2.00 petangTempat:Bilik Serbaguna SK KPG SAU, MUKAH

Kehadiran:

NamaJawatan

1. Cikgu Haminah JaraieeGuru Besar

2. Cikgu Francis Edmund EmusGPK 1

3. Cikgu Tuen BageuGPK HEM

4. Cikgu Suhairi Azha Bin AriffinGPK KoKurikulum

5. Cikgu Margaret Tuni

6. Cikgu Doris Umat

7. Cikgu Jacelyn Nihar

8. Cikgu Tuan Marzunita

9. Cikgu Theresa Sibun

10. Cikgu Nor Adibah11. Ustazah Norliana

Agenda:

BilButiran Perbincangan

6/SKSAU/MSTAF/01

Ucapan aluan dari pengerusi.1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua staf kerana sudi hadir ke mesyuarat staf.1.2 Guru Besar juga menyatakan penghargaan kepada semua staf dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dalam usaha mencapai visi dan misi sekolah.1.3 Guru Besar memaklumkan bahawa objektif diadakan mesyuarat staf akhir tahun kali ini adalah untuk merangka tanggungjawab dan tugas semua staf pada tahun hadapan. Mesyuarat ini juga untuk membincangkan persiapan akhir tahun sebelum memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan.1.4 Guru Besar juga menekankan agar semua staf perlu menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan hal pengurusan dan pentadbiran.

Tindakan : Makluman/Semua Guru

6/SKSAU/MSTAF/02Pengesahan Mesyuarat2.1 Minit mesyuarat 31 Oktober 2011 Disahkan oleh: Cikgu Tuan Marzunita Disokong oleh: Ustazah Norliana

Tindakan : Makluman/Semua Guru.

6/SKSAU/MSTAF/03Perkara berbangkit3.1 Cuti Rehat Khas guru perlu ditingkatkan dari segi kelulusan.3.2 Guru dibenarkan dipanggil 1/3 daripada masa cuti untuk berada di sekolah oleh Guru Besar.3.3 Bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum perlu penambahbaikan. Prestasi bidang kurikulum dan hal ehwal murid merosot berbanding prestasi bidang kokurikulum.3.4 Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Analisis Penilaian Sekolah (SAPS) perlu diisi markahnya cuti bermula pada 10 November 2012.3.5 Sistem Nilaian Sarawak (SNS) kurang mendapat maklum balas daripada guru dan perlu ditambah baikkan.3.6 Senarai semak perlu dibuat bagi jemputan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar agar kesilapan jemputan tertinggal tidak berulang lagi.3.7 Makluman Mesyuarat Kewangan akan diadakan pada 5 November 2012 pada hari Isnin.3.8 Buku-buku teks yang diberi pada tahun ini perlu dikembalikan untuk kegunaan tahun hadapan pula.3.9 Kerusi dan meja murid disusun di dalam kelas masing-masing berdasarkan bilangan murid dalam kelas itu.

Tindakan : Makluman/ Semua Guru

6/SKSAU/MSTAF/04Persediaan Akhir Tahun4.1 Guru Kelas hendaklah memastikan keselamatan bilik darjah dan peralatan dalam kelas masing-masing mencukupi.4.2 Langsir di dalam kelas perlu ditanggalkan.4.3 Buku teks akan diagihkan pada 8 November 2012.4.4 Fail Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat.4.5 Semua guru kelas perlu melengkapkan buku kedatangan kelas masing-masing.

Tindakan : Makluman/Semua Guru

6/SKSAU/MSTAF/05Persediaan Masa Cuti5.1 Guru bertugas pada masa cuti mengikut giliran yang ditetapkan.5.2 Semua guru perlu balik seminggu lebih awal sebelum sesi persekolahan bermula pada tahun hadapan.5.3 Guru yang bertugas pada masa cuti perlu merekod surat-surat dan memantau sekolah.5.4 Sekolah akan dibaik pulih fizikalnya iaitu lantai dan bumbung.5.5 Dimaklumkan pada dua minggu pertama dan dua minggu terakhir persekolahan, Guru Besar dan AKS tidak boleh bercuti termasuklah barisan Penolong Kanan.5.6 Semua guru perlu isi SKPM bagi akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum.5.7 Sesi perancangan awal persekolahan 2013 diharap akan menjadi lebih baik.5.8 Program LINUS perlu ditingkatkan.5.9 Aktiviti kokurikulum kelab persatuan akademik perlu ditingkatkan lagi.

Tindakan : Makluman/Semua Guru

6/SKSAU/MSTAF/06Agihan Mata Pelajaran5.1 Guru berbincang dan menetapkan mata pelajaran yang akan diajar pada tahun hadapan.5.2 Guru bersetuju dengan ketetapan mata pelajaran diajar, bilangan waktu mengajar dan juga tugas guru kelas serta tugas-tugas lain pada tahun ini yang dikekalkan pada tahun hadapan.5.3 Mesyuarat Awal Tahun ditetapkan pada 31 Disember 2012 pada hari Isnin bermula pada pukul 8.30 pagi.5.4 Jamuan Akhir Tahun Staf akan diadakan pada 9 November 2012.

Tindakan : Makluman/Semua Guru

Mesyuarat ditangguh pada pukul 4.00 petang.

Dicadang : Cikgu Theresa.Disokong : Cikgu Tuen.

Disediakan oleh:

____________________(NOR ADIBAH BINTI ABDULLAH)Setiausaha JK Mesyuarat StafSK KAMPUNG SAU

Disahkan oleh:

_______________________(HAMINAH BT JARAIEE)Guru BesarSK KAMPUNG SAU