panduan am guru dan staff

41
PANDUAN AM GURU DAN STAFF TATA CARA PERKHIDMATAN DAN PERATURAN GURU DAN STAF ( Tata Cara ini tetakhluk kepada peraturan yang sedia ada ) 1. Waktu Rasmi P & P Maktab Hari Sesi Isnin 7.40 a.m – 2.20 pm Selasa& Khamis 7.40 a.m – 2.20 pm Rabu 7.40 a.m – 2.20 pm Jumaat 7.40 a.m – 12.15 pm (Tertakhluk kepada pindaan semasa) Guru – guru dikehendaki berada di kawasan maktab sekurang – kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan. 2. Kehadiran

Upload: fatkhurokhman-fauzi

Post on 12-Dec-2015

53 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Panduan Am Guru Dan Staff

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Am Guru Dan Staff

PANDUAN AM GURU DAN STAFF

TATA CARA PERKHIDMATAN DAN PERATURAN GURU DAN STAF

( Tata Cara ini tetakhluk kepada peraturan yang sedia ada )

1. Waktu Rasmi P & P Maktab

Hari Sesi

Isnin 7.40 a.m – 2.20 pm

Selasa& Khamis 7.40 a.m – 2.20 pm

Rabu 7.40 a.m – 2.20 pm

Jumaat 7.40 a.m – 12.15 pm

(Tertakhluk kepada pindaan semasa)

Guru – guru dikehendaki berada di kawasan maktab sekurang – kurangnya 10

minit lebih awal dari masa yang ditetapkan.

2. Kehadiran

Guru dikehendaki merakam kehadiran kad perakam waktu di pejabat maktab.Sila

pastikan rakaman dibuat 10 minit sebelum kelas bermula. Jika Anda membuat

rekaman tepat pada waktunya, Anda sebenarnya sudah terlewat.

Page 2: Panduan Am Guru Dan Staff

3. Peraturan Pakaian Guru/Staf

Guru – guru dikehendaki berpakaiam sesuai dan kemas (sila rujuk Pek.Ikhtisas

Bil.6/1985). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pindaan/perubahan:

i. Guru – guru/staf dikehendaki berpakaian sesuai dan kemas

ii. Wajib memekai baju batek pada setiap hari khamis

iii. Wajib memakai baju korporat pada setiap hari selasa

iv. Digalakkan memakai baju kebangsaan pada hari jumaat (lelaki)

v. Wajib memakai tanda nama sepanjang masa bertugas

vi. Peraturan berpakaian ini mestilah seperti mana yang ditetapkan oleh pihak

MARA.

vii. Pakaian semasa majlis rasmi, mesyuarat pengurusan/ Pelaksanaan hendaklah

memakai pakaian kemas dan bersepatu/berkasut. Dilarang

bersandal/berselipar dan berbaju T kecuali setelah mendapat kebenaran

daripada pihak berkenaan.

4. Cuti

Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah dalam kadar segera sekiranya tidak

hadir bertugas supaya jadual ganti dapat disediakan

4.1. Cuti Sakit

Kemudian cuti sakit boleh diluluskan dengan syarat- syarat seperti berikut:

4.1.1. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di

hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh

Page 3: Panduan Am Guru Dan Staff

doctor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

boleh diterima jika ia member jumlah cuti sakit yang tidak

melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar; atau

4.1.2. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam

hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh

doctor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

boleh diterima jika ia member jumlah cuti sakit yang tidak

melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar; atau

4.1.3. Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil

sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari

dalam sesuatu tahun kalender, di mana 90 hari pertama boleh

diluluskan oleh ketua jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah

diluluskan oleh ketua setiausaha.

4.1.4. Sijil sakit hendaklah diserahkan segera kepada Pengetua. Sijil sakit

Doktor Persendirian hanya dibenarkan dua hari. Jika lebih

hendaklah disahkan oleh Doktor Kerajaan.

4.2. Cuti Rehat Khas

Sila rujuk surat Pekeliling Perkhidmatan Kem. Bil 2/80 Pek.Perkhidmatan

Bil. 4/1977 dan Bil. 2/1991. Walau bagaimanapun, terdapatbebrapa

pindahan/perubahan dalam pelaksaannya iaitu seperti berikut:

i. Setiap guru diperuntukkan 7 hari setahun

Page 4: Panduan Am Guru Dan Staff

ii. Cuti ini tidak boleh dibawa ke tahun hadapan

iii. Baki cuti tersebut akan dimasukkan ke dalam GCR

iv. Perlu mendapat kelulusan Pegawai Pusat

v. Kelulusan akan dibuat berasaskan syarat- syarat yang telah ditetapkan

vi. Bagi staf bukan guru, tiada peruntukan cuti rehat khas kerana telah

diperuntukkan cuti tahunan.

4.3. Cuti Tanpa Gaji

Sila rujuk Pek.Jabatan Pel.Pk. (Perkhidmatan) BIl.1 tahun 1985.

Kemudian Cuti Tanpa Gaji dalam Perintah Am 14 Bab C adalah

dikekalkan dengan pindahan – pindahan berikut:

i. Had maksimum Cuti Tanpa Gaji dalam Perintah Am 14 (a) diupinda ke

360 hari

ii. Syarat minimum layak memohon Perintah Am 14 (b) dan (c)

diselaraskan kepada 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan sahaja.

4.4. Cuti Bersalin

Sila rujuk Pek.Perkhidmatanm Bil.5 Tahun 1984.

Page 5: Panduan Am Guru Dan Staff

4.5. Cuti Haji

Sila rujuk Pek. Jabatan Pel.Pk.(Perkhidmatan Tadbiran ) BIl. 1 Thaun 1985.

Peringatan: Tanpa kebenaran atau kelulusan daripada pihak MARA,

pegawai tidak dibenarkan bercuti. Tindakan Tatatertib boleh diambil.

4.6. Cuti Rukun Tetangga

Cuti Rukun Tetangga hendaklah diberitahu kepada pihak sekolah terlebih

awal supaya Jadual Waktu Ganti diatur, satu minggu sebelum dari tarikh

cuti tersebut kepada Penolong kanan.

4.7. Cuti – Cuti Lain

Sebarang cuti lain yang disebutkan di atas, jika diperlukan hendaklah

dipohon menggunakan boring khas supaya dapat kelulusan daripada Jabatan

Pelajaran.

5. Ketetapan Masa

Semua guru hendaklah melaporkan diri ke kelas mengikut jadual waktu yang

ditetapkan. Staf pula haruslah berada di tempat bertugas masing – masing

sebelum waktu yang ditetapkan.

Page 6: Panduan Am Guru Dan Staff

6. Melepaskan Pelajar Lebih Awal

Guru – guru tidak dibenarkan melepaskan pelajar lebih awal pada waktu rehat dan

waktu balik melainkan dengan kebenaran Pengetua.

7. Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang oleh Guru

Rujuk Surat Pek.Ikhtisar Bil. 3/1981.

8. Pertemuan/Urusan dengan Orang Luar

Orang luar/wakil penjual tidak dibenarkan berhubung terus dengan guru. Semua

pertemuan hendaklah melalui Pengetua.

9. Penggunaan Harta Benda/Alat Sekolah

Kebenaran mestilah diperolehi daripada Ketua Jabatan/Pihak yang berkenaan.

Bertanggungjawab di atas keselamatan alat – alat yang dipinjamkan.

Bertanggungjawab mengembalikan alat – alat kepada pihak yang berkenaan.

10. Laporan

10.1. Projek/Lawatan

Laporan hendaklah dibuat dan diserahkan kepada Pengetua. Walau

bagaimana pun, projek/lawatan tersebut haruslah mempunyai perancangan

dan matlamat yang khusus dan jelas serta diharapkan dapat member impak

positif kepada maktab. Contohnya lawatan sambil belajar, bencmarking.

Page 7: Panduan Am Guru Dan Staff

10.2. Wakil Pengetua

Apabila mewakili Pengetua menghadiri mesyuarat/perjumpaan/taklimat

seperti sukan dan sebagainya, laporan hendaklah diserahkan kepada

Pengetua.

10.3. Lawatan Pelajar

Sebelum dibuat lawatan, pihak berkenaan hendaklah terlebih dahulu

membuat permohonan lawatan dengan mengikut tatacara yang telah

ditetapkan oleh pihak maktab seperti penggunaan boring yang disediakan.

Sila pastikan semua tindakan haruslah mengambil kira semua factor agar

tidak ada pihak yang dipinggirkan. Salinan kelulusan bersama senarai

pelajar harus diserahkan kepada pejabat, Dewan Selera, Ketua Guru Asrama

dan pihak Felsco.

11. Peranan Guru dalam Pendidikan Disiplin Pelajar

Setiap guru dianggap sebagai guru disiplin dan sekaligus sebagi kaunselor.

Mereka hendaklah bekerjasama dengan Guru disiplin dan kaunselor untuk

menjaga dan mengawas perjalanan maktab. Murid – murid yang melanggar

peraturan maktab hendaklah dirujuk kepada Guru Disiplin hanya selepas guru

berkenaan itu mengambil tindakan sewajarnya. Pelanggaran peraturan maktab

yang serius hendaklah dirujuk kepada Guru Disiplin, Timbalan Pengetua HEP

Page 8: Panduan Am Guru Dan Staff

dan Pengetua. Hukuman dera tidak dibenarkan (Sila rujuk Buku Panduan

Pengurusan Disiplin Maktab).

12. Mesyuarat Guru dan Lain – Lain

12.1. Tiap – tiap guru dikehendaki hadir dalam mesyuarat ini apabila diadakan.

Mesyuarat guru adalah mesyuarat penting bagi melicinkan pentabdiran dan

perjalanan maktab. Bagi guru – guru yang tidak dapat menghadiri

mesyuarat ini disebabkan sesuatu masalah atau perkara yang terpaksa

diselesaikan masa itu juga, mereka hendaklah memberitahu Pengetua atau

Setiausaha Mesyuarat sebelum Mesyuarat itu dijalankan.

12.2. Guru- guru adalah diwajibkan menghadiri mesyuarat- mesyuarat yang telah

ditetapkan oleh sama ada pihak pentabdiran, panitia, jabatan, dan

sebagainya.

13. Pemesanan/ Tampahan dan Pembelian Barang – Barang

13.1. Sebarang pembelian alat-alat/barang-barang hendaklah disalurkan melalui

ketua-ketua jabatan dan mesti mendapat persetujuan Pengetua.

13.2. Tiap – tiap pembelian atau pesanan hendaklah dibuat dengan menggunakan

boring pesanan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan Pengetua. Ini

adalah tertakhluk kepada sebut harga dan juga kontrak pusat sebagaimana

arahan dan perbendaharaan.

Page 9: Panduan Am Guru Dan Staff

14. Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Guru –

guru dikehendaki melibatkan diri dan kehadiran adalah wajib.

15. Penggunaan Telefon

Penggunaan telefon hanya untuk urusan pentabdiran dan yang ada hubungan

dengan maktab sahaja. Segala penggunaan hendaklah dicatat oleh pihak yang

berkaitan di dalam buku yang disediakan.

16. Kelab Guru

Semua guru dan kakitangan maktab ini secara automatic menjadi ahli Kelab Guru

dan kakitangan. Tiap – tiap ahli hendaklah menjelaskan yuran bulanan yang

ditetapkan mengikut keputusan bersama.

17. Keselamatan Diri dan Pelajar

17.1. Guru Pendidikan Jasmani

Menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam atau luar bilik

darjah. Bertanggungjawab untuk mengeluar, mengguna dan menyimpan

alat – alat sukan, walaupun boleh dibantu oleh pelajar.

17.2. Guru Kokurikulum dan Sukan

Guru – guru mestilahj mengawasi dan peka terhadap keselamatan pelajar –

pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti – aktiviti kokurikulum dan

Page 10: Panduan Am Guru Dan Staff

sukan. Guru – guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam

keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

17.3. Stor Sukan

Stor sukan mestilah kemas dan tersusun. Alat –alat sukan mesti disimpan di

tempat yang senang di ambil untuk kegunaan, Setiap alat yang dikeluarkan

dari stor sukan mestilah direkodkanb dalam Buku Keluar dan Masuk Alat –

Alat Sukan.

17.4. Guru hendaklah memikirkan dengan teliti apabila hendak menjalankan

aktiviti dalam keadaan cuaca yang berbahaya seperti waktu hujan lebat dan

lain-lain.

17.5. Laporan Kemalangan atau Kecederaan

Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disisat dan

dilaporkan kepada Pengetua dengan segera ( guru berkenaan hendaklah

mengambil tindakan awal).

17.6. Penyelenggaraan Peralatan Sukan

Setiausaha Kokurikulum/Pendidikan Jasmani dan Kesihatan/ setiausaha

sukan hendaklah memeriksa dan bertanggungjawab menyelenggara stor

dan alat – alat sukan dalam keadaan baik dari semasa ke semasa dan

mengikuti keperluan.

Page 11: Panduan Am Guru Dan Staff

18. Pengawalan, Penyelian dan Pencerapan dalam Bilik Darjah

Satu system pengawalan perlu diadakan untuk menjayakan pelaksanaan

kurikulum, di antaranya ialah:

a) Ujian Formatif dan Sumatif

b) Peperiksaan dan tindak ikut

c) Pengemdalian rekod penilaian

d) Penubuhan item bank soalan

e) Penyeliaan kerja guru

f) Penyeliaan kerja pelajar dan

g) Pencerapan dalam bilik darjah.

19. Kursus Dalaman dan Perkembangan Staf

Akan diadakan dari masa ke semasa untuk mempertingkatkan prestasi tenaga

pengajar dan staf. Kehadiran adalah diwajibkan.

20. Guru yang Menghadiri Kursus

Apabila guru diminta menghadiri kursus, sila buat catatan dalam buku khas

pejabat. Sediakan tugas/ latihan untuk pelajar yang diajar supaya pelajar tidak

membuang masa. Berikan arahan yang jelas dan serahkan kepada Penolong

Kanan. Kalau kursus adalah jangka panjang, sekolah layak memohon guru ganti.

Guru – guru yang berkenaan diminta ditetapkan tajuk – tajuk yang perlu dibuat

Page 12: Panduan Am Guru Dan Staff

dalam jangka waktu itu. Lepas kursus guru-guru hendaklah membuat laporan dan

diserahkan kepada Pengetua.

21. Menulis Surat ke Pihak Atasan

Sebarang surat menyurat mengenai perjawatan hendaklah dibuat melalui

Pengetua iaitu mengikut saluran – saluran tertentu sebagimana arahan Perintah

Am Bab B dan D. Guru – guru dan Kakitangan yang tidak berbuat demikian

boleh diambil tindakan tattertib ke atasnya.

22. Membuat Tuntutan

Sebarang tuntutan hendaklah mendapat kebenaran rasmi daripada pihak

berkenaan secara bertulis /rasmi sama ada daripada pihak MARA atau

pengawal pusat.

Anda hendaklah mengisi Borang MARA 3 Permohonan Membuat Lawatan

Menurut Peraturan Arahan Pejabat Bil 2/1969 yang disediakan di pejabat

dan sila dapatkan tanda tangan daripada pihak pengawal pusat terlebih dahulu.

Tuntutan dalam bulan yang sama hendaklah dibuat dalam satu boring sahaja.

Anda tidak dibenarkan membuat tuntutan melibatkan bulan yang berbeza

dalam satu boring.

Jika terdapat kesilapan semasa menulis, anda tidak dibenarkan menggunakan

pemadam cecair. Yang perlu ialah anda potong dan tanda tangan

ringkas/’initial’ sahaja.

Page 13: Panduan Am Guru Dan Staff

Tuntutan hendaklah diisi dengan lengkap beserta jumlah masa,jarak. Dan

lampiran.

Jenis kenderaan adalah bergantung kepada arahan surat arahan dan kebenaran

pengawal pusat.

Jika anda membuat tuntutan palsu, pihak MARA boleh mengambil tindakan

yang sewajarnya terhadap anda mengikut peruntukan peruntukan berkaitan.

Justeru,anda hendakan senantiasa beramanah dan ikhlas dalam membuat

tuntutan.

23. Jadual Waktu

Semua guru hendaklah berada di dalam kelas mengikut jadual waktu harian yang

telah disusun menepati waktu. Jika guru berkenaan ada sesuatu sebab yang

penting yang tidak membolehkannya masuk kelas, guru terbabit hendaklah

melaporkan hal ini kepada Timbalan Pengetua HEA atau Ketua Jabatan.

24. Buku Persediaan Mengajar

Buku Persediaan Mengajar hendaklah ditulis dengan kemas, teratur dan

senantiasa dikemaskini. Padat dan mengandungi butir–butir yang ditetapkan.

Buku Persediaan Mengajar hendaklah diserahuntuk semakan pada masa yang

ditentukan oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik. Rekodkan

penyerahannya ke buku yang disediakan. Seperti yang dimaklumi, kegagalan

dalam mematuhinya adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

Page 14: Panduan Am Guru Dan Staff

25. Beban Tugas Mengajar

Bahawa tugas mengajar telah ditetapkan oleh JPA/MARA seperti berikut:

i. 25 selamasa (40 minit/selamasa) minimum seminggu (tidak termasuk

homeroom, kokurikulum, dan subjek khas) bagi guru-guru MRSM.

ii. 12 ke 16 selamasa (60 minit/selamasa) seminggu (tidak termasuk homeroom

dan lain-lain kegiatan luar)bagi guru-guru kolej MARA.

iii. Guru-guru yang mempunyai beban tugas mengajar kurang daripada norma di

atas diwajibkan mengajar selain daripada subjek hakikinya mengikut

keperluan dan budi bicara pengetua.

26. Pencerapan Guru

Setiap guru akan dicerapkan oleh pengetua/Timbalan Pengetua

HEA/HEP/HEK/Ketua Jabatan sekurang-kurangnya sekali dalam satu semester.

Laporannya akan dipanjangkan ke pihak BPL(M).

27. Jadual Ganti

Jadual ganti dibuat apabila seseirang guru atau kakitangan tidak hadir bertugas .

Beban tugas ini akan digilir-gilirkan kepada setiap guru yang difikirkan wajar.

Page 15: Panduan Am Guru Dan Staff

Jadual ganti akan diedarkan dan guru-guru yang terlibat dikehendaki

menandatangani Jadual ganti tersebut dan menunaikan tugas ini.

28. Kerja Kelas

Guru-guru yang dijangka akan terlibat dengan kursus atau cuti atas sesuatu hal

tertentu mestilah menyediakan kerja dan latihan- latihan pelajaran bagi kelas-

kelas yang diajarnya dan menerangkan juga hal ini kepada Ketua Jabatan sebelum

meninggalkan maktab untuk menghadiri kursus atau cuti tersebut.

29. Jadual Kedatangan

Jadual kedatangan hendaklah ditulis oleh guru kelas secara teratur kemas serta di

tanda pada setiap hari sebelum permulaan waktu kedua. Jadual Kedatangan

hendaklah ditutup pada setiap penghujung bulan. Segala ruangan yang berkenaan

hendaklah diisi dengan lengkap bagi murid-murid yang tidak hadir selama 2 (dua)

hari, tanpa surat doctor. Guru kelas hendaklah memaklumkan kepada penasihat

Homeroom untuk dilaporkan kepada penjaga pelajar berkenaan.

30. Keluar Waktu Mengajar/Bekerja (seperti arahan daripada pihak

berkenaan):

a) Tiada waktu rehat untuk guru dan kakitangan.

Page 16: Panduan Am Guru Dan Staff

b) Guru dan kakitangan hendaklah berada dalam kampus maktab sepanjang

waktu bekerja.

c) Guru dan kakitangan tidak dibenarkan keluar maktab dalam waktu mengajar

atau bekerja kecuali ada suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dengan

syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua. Kebenaran tersebut hendaklah

dicatatkan dalam Buku Rekod Mengajar.

d) Guru dan Kakitangan hendaklah bersedia untuk bertugas tepat pada pukul

7.40 pagi bagi para guru dan 8.00 bagi para kakitangan.

e) Anda digalakkan bersarapan pagi sebelum pukul 8.00 manakala makan tengah

hari pula pada pukul 1.00 tengah hari atau selepas waktu kelas formal.

f) Guru/kakitangan hanya dibenarkan bersarapan di kafe maktab sahaja (jika

mendapat kebenaran). Jika anda keluar daripada maktab semasa waktu

bekerja, maka nama anda beserta nombor pendaftaran kendaraan anda akan

dicatat oleh pihak felsco.

g) Jika berkumpulan dalam satu kendaraan, maka nombor pendaftaran kendaraan

itu akan dicatatkan dan dikira bertanggungjawab.

31. Guru Penasihat Homeroom

a) Setiap guru adalah wajib diberi satu homeroom

b) Ahli Homeroom adalah di antara 12-15 orang

c) Guru penasihat adalah pengganti ibu bapa pelajar

d) Bertanggungjawab dalam merangka dan melaksanakan aktiviti homeroom

Page 17: Panduan Am Guru Dan Staff

e) Setiap aktiviti hendaklah dicatatkan dengan lengkap

f) Lpaoran hendaklah dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak

yang berkenaan

g) Bidang tugas penasihat haruslah selari dengan modul pengurusan Homeroom

h) Setiap guru mestilah menyalurkan maklumat kepada jawatan kyuasa system

merit Homeroom

32. Rahsia Maktab

Guru-guru dan kakitangan tidak dibenarkan sama sekali membocorkan rahsia

maktab. Sila patuhi Perintah Am.

33. Menjaga Nama Baik Jabatan

Tiap-tiap guru dan kakitangan mestilah menjaga nama baik MARA. Mengikut

Perintah AM Bab D24,tindakan tatatertib boleh diambil ke atas kakitangan

kerajaan yang gagal berbuat demikian.

34. Pengeluaran Barang- Barang Bercetak

Sebarang bahan bercetak adalah untuk edaran dalaman sahaja. Risalah-risalah

yang dikeluarkan mestilah tidak berbau atau subsersive. Kebenaran daripada

Pengetua hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum risalah atau majalah

dicetak, salinannya hendaklah dihantar ke Pejabat Pengetua untuk simpanan dan

rujukan.

Page 18: Panduan Am Guru Dan Staff

35. Penggunaan Alat – Alat

Sebarang alat hendaklah digunakan dengan betul iaitu mengikut peraturan-

peraturan yang telah ditetapkan,

35.1. Kebenaran daripada Ketua Bahagian atau Penjaga stok hendaklah diperoleh.

Segala peminjaman dan pemulangan hendaklah dicatatkan di dalam buku

catatan berkenaan.

35.2. Peminjam bertanggungjawab memulangkan barang yang dipinjam dengan

segera selapas barang berkenaan digunakan dalam keadaan yang baik.

35.3. Jika didapati ada alat-alat yang rosak, perkara ini hendaklah dilaporkan

dengan segera kepada Ketua Unit atau Penjaga Stok.

36. Laporan Mesyuarat dan Aktiviti Luar

Setiap Jabatan mestilah melaporkan kegiatan-kegiatan setelah mengadakan

sesuatu projek atau mesyuarat. Laporan ini hendaklah disampaikan kepada

Pengetua dan difailkan ke dalam fail berkaitan.

37. Lawatan ke Luar Negeri

37.1. Kebenaran daripada Bahagian Sumber Manusia hendaklah diperoleh apabila

guru-guru/staf bercadang melawat ke luar negara atau seberang laut, iatu

Page 19: Panduan Am Guru Dan Staff

dengan menggunakan boring permohonan tertentu yang boleh didapati dari

Pejabat maktab.

37.2. Guru-guru dinasihatkan memberitahu Pejabat apabila meninggalkan negeri

tempat bekerja dalam masa cuti dan juga dalam masa penggal persekolahan.

(Rujuk: Bil. (3) dlm.J.Pel.Pk.4072/64 Pt.11)

38. Laporan Harta Sendiri

Semua guru/kakitangan hendaklah melaporkan sendiri sebagaimana Arahan

Perintah Am Bab D 1969. Borang-borang boleh didapati dari Pengetua, sebarang

pemilik harta baru hendaklah dilaporkan selewat-lewatnya tiga bulan selepas

harta itu dimiliki.

39. Arahan dan Pekeliling

Tiap – tiap pekeliling atau arahan yang dikeluarkan Pengetua hendaklah dibaca

dengan teliti dan diambil tindakan perlu. Jika pekeliling atau arahan ini diberi

terus, ia hendaklah difailkan. Jika tidak penting, pekeliling tersebut hendaklah

dimasukkan ke dalam fail berkenaan di Pejabat Sekolah.

40. Gerak Kerja Luar

Page 20: Panduan Am Guru Dan Staff

Gerak kerja luar atau kokurikulum adalah sebahagian daripada pendidikan dan

pengajaran. Guru- guru adalah diwajibkan melaksanakannya. Apabila ada gerak

kerja dijalankan, guru- guru berkenaan diwajibkan hadir.

41. Fail – Fail

41.1. Apabila seorang guru menerima fail yang telah diminitkan untuk suatu

tindakan, guru tersebut bertanggungjawab mengambil tindakan mengikut

arahan. Tindakan hendaklah diambil mengikut waktu yang ditetapkan.

41.2. Fail yang dikeluarkan hendaklah dipulangkan selepas diambil tindakan dan

dikemaskini.

42. Keselamatan Makmal-Makmal Sains dan Bengkel- Bengkel

Semua guru yang mengajar di makmal dan bengkel dan guru-guru lain yang

menggunakan bilik – bilik berkenaan hendaklah menentukan aspek –aspek

keselamatan penggunaan alat – alat radas yang digunakan. Alat –alat yang telah

digunakan hendaklah disusun atau diatur semula dengan kemas (sila rujuk kepada

Peraturan- Peraturan Makmal Sains/Bilim SRT/Bengkel KH dan sebagainya.

43. Keluar dari Kawasan Maktab

Guru – guru dan kakitangan yang terpaksa keluar dari kawasan maktab kerana

sesuatu urusan hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan/PPTK

sebelum mendapat kelulusan Pengetua/Timbalan Pengetua. Kebenaran hanya

Page 21: Panduan Am Guru Dan Staff

diberikan untuk urusan – urusan penting yang tidak dapat diselesaikan di luar

waktu maktab.

(Kebenaran keluar hanyalah dengan mengisi boring yang telah disediakan di

pejabat maktab)

44. Kerusi Meja dan Alat – Alat dalam Bilik Darjah

Semua guru kelas dikehendaki melaporkan kepada Timbalan Pengetua/PPTK

tentang kerosakan kerusi, meja, alat – alat elektrik dan sebagainya yang terdapat

dalam bilik darjah atau bangunan maktab.

45. Hari Guru

Semua guru kelas dikehendaki memberikan kerjasama dalam menjayakan Hari

Guru peringkat maktab, peringkat daerah dan peringkat negeri juga peringkat

kebangsaan apabila dikehendaki.

46. Alamat Masa Cuti

Semua guru dikehendaki meninggalkan alamat mereka melalui Ketua Jabatan

masing-masing sebelum bercuti penggal supaya pihak maktab boleh berhubung.

47. Perhubungan Harian dengan Guru – Guru

Page 22: Panduan Am Guru Dan Staff

47.1. Papan Kenyataan Bilik Guru digunakan untuk sebarang berita atau arahan

– arahan atau surat – surat perkeliling dari pihak atasan MARA/Jabatan

Pelajaran dan Pengetua. Guru – guru diminta melihat Papan Kenyataan

Bilik Guru dari masa ke semasa untuk faedah diri sendiri dan maktab.

47.2. Guru – guru dilarang membawa orang-orang luar yang tiada kaitannya

dengan urusan maktab ke bilik – bilik guru dan bilik –bilik lain sekitar

maktab.

48. Pelaksanaan Aktiviti Pelajar

a) Tanggungjawab sepenuhnya terletak di bahu penasihat masing-masing

b) Aktiviti yang dimaksudkan ialah semua aktiviti kokurikulum

(Kelab,persatuan,permainan,pementasan dan seumpama dengannya)

c) Penasihat haruslah memastikan lokasi/tempat/padang/ruang/dewan dalam

keadaan bersih dan selamat.

d) Penasihat haruslah mengambil langkah – langkah keselamatan sebelum

operasi bermula

e) Patuhi keperluan dan sempadan masa yang diperuntukkan

f) Tempahan makan dan minum pelajar harus dilakukan awal dan jelas untuk

mengelakkan daripada terjadinya keadaan luar duga

g) Bagi aktiviti yang melibatkan penggunaan pengangkutan, permohonan awal

juga diperlukan. Pastikan pengangkutan telah diluluskan sebelum memulakan

operasi.

Page 23: Panduan Am Guru Dan Staff

ETIKA PERKHIDMATAN GURU MRSM

A. Hubungan dengan Pelajar

1) Mengutamakan pelajar mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan

sendiri, persatuan, atau masyarakat.

2) Memberi perhatian dan pengajaran kepada semua pelajar tidak kira

bangsa,agama, kepercayaan, atau budaya.

3) Bertindak sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku

(akhlak)pelajar sesuai dengan norma-norma yang diterima oleh masyarakat.

4) Mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tana

mengira asal,keturunan, bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama,

kepercayaan, fahaman politik, tempat asal, daya intelek, dan lain-lain.

5) Mengesan dan menerima perbezaan setiap pelajar dan membimbing mereka

memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh dan harmonis dari segi

jasmani, daya cipta, rohani, intelek dan emosi.

6) Menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat sulit tentang mereka tidak

diberitahu kepada orang lain atau agensi yang tidak berkenaan.

7) Menjaga tingkah laku terhadap pelajar supaya tidak menjatuhkan martabat

profesion keguruan.

8) Tidak mengajar/mendidik pelaja tentang sesuatu yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara.

Page 24: Panduan Am Guru Dan Staff

9) Bertindak professional bagi meningkatkan keyakinan pelajar dan ibu bapa

terhadap diri dan profesi keguruan.

10) Bertingkah laku terpuji supaya menjadi contoh (role model) kepada pelajar.

11) Tidak menyalahgunakan kepercayaan atau mengeksploitasikan keyakinan

pelajar untuk kepentingan peribadi atau melakukan sesuatu yang tidak

bermoral.

12) Mengambil langkah/tindakan sewajarnya untuk menjaga kesihatan, kebajukan

dan keselamatan pelajar.

13) Menggalakkan pelajar berfikir dan bersikap positif, mengamalkan sikap

toleransi, menghormati undang-undang, dan menanam sikap bekerjasama

pada setiap masa.

14) Memberi ruang untuk pelajar mengembangkan fikiran dan seterusnya member

peluang kepada mereka untuk member pandangan dan pendapat.

15) Menjaga hubungan antara guru dengan pelajar supaya tidak melebihi batasan

sehingga boleh mewujudkan hubungan yang tidak bermoral atau tidak sihat

( contoh : hungan cinta)

B. Hubungan dengan Rakan Sekerja dan Profesion Keguruan

1) Senantiasa menjaga nama baik rakan sekerja

2) Tidak mengkritik rakan sekerja atau kerja yang dilakukan oleh mereka di

hadapan pelajar atau orang lain.

Page 25: Panduan Am Guru Dan Staff

3) Senantiasa member penilaian yang adil dan jujur terhadap rakan sekerja jika

perlu berbuat demikian.

4) Sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman keguruan dengan semangat kerja

berpasukan

5) Tidak menggunakan perhubungan professional antara rakan sekerja untuk

tujuan yang tidak bermoral atau mengeksploitasi perhubungan tersebut.

6) Tidak mengamalkan unsur-unsur diskriminasi antara rakan sekerja

berdasarkan warna kulit, status, bangsa, agama, atau kepercayaan.

7) Meningkatkan kecekapan iktisas melalui

penyelidikan,lawatan,kursus,persidangan, mesyuarat dan lain-lain demi

mencapai matlamat P &P.

8) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan profesion

keguruan.

9) Berusaha menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh

sejajar dengan perkembangan iktisas dan kemajuan social.

10) Menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

C. Hubungan dengan Ibu Bapa

1) Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

2) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institusi

pendidikan dengan keluarga pelajar.

Page 26: Panduan Am Guru Dan Staff

3) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa tentang keadaan

rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya

kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4) Tidak meinta atau melakukan sesuatu yang sertupa dengannya untuk

mendapat ganjaran atau hadiah daripada ibu bapa atau wakilnya dalam

menjalankan tugas.

5) Mengelakkan diri daripada diperguna atau dipengaruhi oleh kedudukan sisial

dan ekonomi ibu bapa pelajar.

6) Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu

yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga

mereka.

7) Memberi maklumat kepada ibu bapa dan menggunakan maklumat yang

diterima daripada mereka secara teliti dan bijaksana demi kepentingan anak-

anak mereka.