minit mesyuarat pjk 2013 kali pertama

Upload: duck-wan

Post on 10-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dfgvdb

TRANSCRIPT

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Dato InasBilangan 1/2013

TARIKH: 9 Januari 2013HARI: RabuMASA: 3.05 4.05 petangTEMPAT: Bilik Guru SK Dato InasKEHADIRAN: 1. En. Mohammad Hairell bin Jamil ( GPK 1) 2. Pn. Nazirah bt. Mohamed Nazir (Ketua Panitia) 3. En. Afifi bin Ahmad Pahmin (Setiausaha) 4. En. Hasrul Husaini bin Israil 5. EN. Mohamad Saifuddin bin Abd. Razak

1. UCAPAN PENGERUSI Pn. Nazirah bt. Mohamed Nazir ( Ketua Panitia PJK)1.1 Pengerusi mengalu-galukan kehadiran En. Mohammad Hairell bin Jamil (GPK 1) dan semua guru PJK sesi 2013.1.2Pengerusi mengharapkan agar mesyuarat kali ini akan memberikan sedikit sebanyak input kepada ahli panitia yang seterusnya membantu meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan khususnya di SK. Dato InasTindakan : Makluman semua

2. UCAP UTAMA WAKIL PENTADBIR En. Mohammad Hairell bin Jamil (GPK 1)2.1Beliau menyatakan bahawa mesyuarat panitia pertama merupakan mesyuarat yang sangat penting kepada semua guru matapelajaran untuk berbincang dan merancang program yang ingin dijalankan sepanjang tahun tersebut.2.2Beliau mencadangkan agar pihak panitia agar membuat beberapa program dan meminta agar semua guru PJK memberikan sepenuh kerjasama dan aktif dalam setiap program yang bakal dilaksanakan nanti.Tindakan : Makluman semua

3. FORMAT PENULISAN BUKU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.1Pengerusi meminta semua guru agar menulis rekod pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran PJK seperti format penulisan yang berikut :

3.1.1 Format Penulisan RPH (KBSR)Tahun/Masa/ MatapelajaranKandunganCatatan

Tahun 5 7.45- 8.15pagi PJKTunjang : Kebersihan diri dan Keluarga Tajuk : Kebersihan diri Objektif : Pada akhir sesi PdP ini murid dapat : 1. Menyenaraikan alat-alat kebersihan diri dengan tepat dan betul 2. Menunjukkan cara mencuci tangan yang betul Aktiviti :1. Suai padan gambar 2. Soal jawab kepentingan menjaga kebersihan dan alat-alat kebersihan diri3. Demostrasi cuci tangan dengan betul oleh guru4. Simulasi cuci tangan dengan betul oleh murid5. Murid menjawab lembaran kerjaImpak : 8 orang murid berjaya mencapai objektif pembelajaran dengan baik.

3.1.2Format Penulisan RPH (KSSR)Tahun/Masa/ MatapelajaranKandunganCatatan

Tahun 3 7.45- 8.15pagi PJTajuk : Baling Ikut JamStandard Kandungan (SK) : 1.8.4, 2.8.1, 5.4.2Objektif : Pada akhir sesi PdP ini murid dapat : 1. Melakukan balingan tangan lurus mengikut arah pusingan jam2. Menyatakan kedudukan tangan yang paling sesuai semasa melepaskan bola.Aktiviti :1. Memanaskan badan (pijak belon)2. Baling pundi kacang (individu)3. Baling pundi kacang (berpasangan)4. Baling pundi kacang (berpasangan) mengikut arah jam5. Permainan Kecil -Baling pundi kacang ke dalam gelung.6. Aktiviti menyejukkan badan.Elemen Merentak Kurikulum (EMK) : Keusahawanan

Bahan Bantu Belajar(BBB) : Belon, pundi kacang dan gelung rotan

Impak : 8 orang murid berjaya mencapai objektif pembelajaran dengan baik.

Penilaian PdP :Pemerhatian dan Instrumen (Rujuk Dokumen Standard Pentaksiran)

Tindakan : Semua guru PJK

4. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN4.1Sukatan pelajaran dan rancangan tahunan matapelajaran PJK boleh diambil daripada pengerusi.4.2Rancangan Pengajaran Tahunan perlu diletakkan di dalam buku rekod (fail poket) atau di dalam fail berasingan. Rancangan Pengajaran Tahunan perlulah dihantar kepada Guru Besar selewat-lewatnya 31 Januari 2013 untuk disahkan. 4.3Rancangan Pengajaran Tahunan perlu ditunjukkan dengan segera kepada pengawa Nazir/JPN/PPD/pentadbir sekiranya diperlulan.Tindakan : Semua guru PJK

5. PELAKSANAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATAPELAJARAN PJK5.1Semua guru PJK dinasihatkan agar membuat demostrasi/tunjuk cara tentang teknik perlakuan kepada murid-murid. 5.2Guru perlu memberitahu setiap nama lakuan dengan betul agar murid dapat membezakan setiap lakuan yang dilakukan.5.3Buku teks digunakan sepenuhnya dan diperhalusi.5.4Pelaksanaan aktiviti fizikal mestilah mengikut prosedurnya :a. Pemanasan badanb. Aktiviti ansur majuc. Permainan kecil/pertandingand. Cooling downTindakan : Semua guru PJK

6. PEMANTAUAN SEMAKAN BUKU TULIS PJK6.1Mesyuarat memutuskan bahawa setiap murid perlu menyediakan sebuah buku tulis bagi matapelajaran PJK. Segala maklumat pengajaran dan pembelajaran ditulis di dalam buku tulis tersebut.6.2Semakan buku tulis perlu dibuat oleh guru. Semakan buku tulis oleh pentadbir mengikut jadual yang telah ditetapkan.Tindakan : Semua guru PJK

7. RANCANGAN TAHUNAN PANITIA PJK SESI 20137.1Mesyuarat memutuskan rancangan tahunan panitia PJK sesi 2013 adalah seperti berikut :a. Bulan Kecergasan (Ogos/September)b. Ujian SEGAK bagi murid tahap 2 (Mac dan September)c. Kuiz Kesihatand. Mengemaskini bilik sukane. Mengemaskini pengurusan fail panitiaf. In House Traning SEGAK untuk guru-guru PJKTindakan : Makluman semua

8. HAL-HAL LAIN8.1 Semua guru yang menggunakan alatan sukan diminta menyusun semula alatan yang telah diambil dengan kemas.8.2Semua guru PJK diminta menghantarkan jadual waktu persendirian kepada setiausaha PJK sesi 2013 sebelum atau selewat-lewatnya 31 Januari 2013Tindakan : Makluman semua

8.3Pengerusi memohon agar pihak pentadbir dapat mengubah jadual waktu PJK yang digabung (2 waktu serentak) sebagaimana Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1979. En. Mohammad Hairell memberi respon akan mengubah jadual waktu tersebut dan akan dilaksnakan pada bulan Februari.Tindakan : En. Mohammad Hairell bin Jamil(GPK1)

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.04 petang.

Disediakan oleh :

..(EN. AFIFI BIN AHMAD PAHMIN)Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sekolah Kebangsaan Dato Inas