minit mesyuarat penubuhan kelab sepaktakraw sahabat masjid nabawan.docx

4
MINIT MESYUARAT PENUBUHAN KELAB SEPAKTAKRAW SAHABAT MASJID NABAWAN, SABAH Tarikh : 19 Oktober 2012 Masa : 3.00 Petang Tempat : Kelab Belia Nabawan. Kehadiran : 1. Imam Suhaimi b. Baulun 2. Ustaz Shamsul Haris b. Md.Diah 3. Encik Awang Angindok 4. Ustaz Awang Malik b Baki 5. En Andy Fatmal Mohd Ihsan 6. En Romeo Taguna 7. En Shanewane Awang 8. En Mazwan Jugah b. Abd Salam 9. En Vincent Satuan 10. En Sheddy Awang 11. En Azmid Jahar 12. En Azizi lining 13. En Wahidin Mohamad 14. En Redza Martin 15. En Harun Daloh

Upload: arbaiah-daklan

Post on 06-Feb-2016

272 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT  PENUBUHAN  KELAB SEPAKTAKRAW  SAHABAT MASJID NABAWAN.docx

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN KELAB SEPAKTAKRAW SAHABAT MASJID NABAWAN, SABAH

Tarikh : 19 Oktober 2012

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Kelab Belia Nabawan.

Kehadiran :

1. Imam Suhaimi b. Baulun2. Ustaz Shamsul Haris b. Md.Diah3. Encik Awang Angindok4. Ustaz Awang Malik b Baki5. En Andy Fatmal Mohd Ihsan6. En Romeo Taguna7. En Shanewane Awang8. En Mazwan Jugah b. Abd Salam9. En Vincent Satuan10. En Sheddy Awang11. En Azmid Jahar12. En Azizi lining13. En Wahidin Mohamad14. En Redza Martin15. En Harun Daloh

Page 2: MINIT MESYUARAT  PENUBUHAN  KELAB SEPAKTAKRAW  SAHABAT MASJID NABAWAN.docx

1. UCAPAN PENGERUSI PENAJA

Imam Suhaimi Baulun selaku Pengerusi Persataun Belia Sahabat Masjid Nabawan mengucapkan

ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat penubuhan Kelab Sepaktakraw. Beliau

menerangkan bahawa kelab ini adalah terbuka kepada semua warga yang bermastautin di Nabawan

tanpa mengira anutan agama.Matlamat utama adalah mewujudkan aktiviti yang sihat dan

mengeratkan silatur rahim diantara warga daerah Nabawan.Tujuan utama mesyuarat adalah memilih

jawatankuasa tetap kelab.Justeru Pengerusi sementara mencadangkan agar dibuat pemilihan

bagi jawatankuasa tertinggi.

2. PERLANTIKAN JAWATANKUASA

Setelah dibuat pengundian berikut adalah jawatankuasa yang telah dipilih :

Pengerusi : Ustaz Shamsul Haris b. Md.Diah

Tim. Pengerusi : En Awang Angindok

Setiausaha : En Awang Malik b Baki

Bendahari : En Andy Fatmal Mohd Ihsan

AJK : En Harun Daloh

: En Shanewane Awang

: En Mazwan Jugah b. Abd Salam

: En Vincent Satuan

: En Redza Martin

: En Sheddy Awang

3. MELULUSKAN NAMA

Mesyuarat telah berbincang tentang nama kelab yang sesuai. Setelah mendapat pelbagai cadangan

Page 3: MINIT MESYUARAT  PENUBUHAN  KELAB SEPAKTAKRAW  SAHABAT MASJID NABAWAN.docx

dan dibahaskan maka majoriti ahli mesyuarat memilih Kelab Sepaktakraw Sahabat Masjid atau

ringkasnya disebut Sahabat Masjid.Memandangkan pada masa ini Kelab belum mempunyai premis

yang tetap maka Pengerusi mencadangkan agar alamat tempat urusan dan surat menyurat

menggunakan nama Persatuan B elia Sahabat Masjid, Peti Surat 37, 89957, Nabawan. Semua ahli

mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.

4. PERLEMBAGAAN KELAB

Mesyuarat telah berbincang draf perlembagaan Kelab yang diedarkan Pengerusi dan dengan sedikit

pindaan Perlembagaan telah diluluskan oleh semua ahli yang hadir.

5. PENDAFTARAN KELAB

Ahli mesyuarat bersetuju mengamanahkan kepada Pengerusi Kelab untuk mendaftarkan kelab ini

kepada Pesuruhjaya Sukan secepat yang mungkin.

6.PENUTUP

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir yang telah memilihnya untuk

menerajui Kelab Sepaktakraw Sahabat Masjid dan akan berusaha untuk memajukan kelab dengan

dokongan dan bantuan dari semua. Mesyurat perancangan aktiviti dan pembahagian tugas akan

diadakan pada mesyuarat yang kedua.

7. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.25 petang.

Dicatat oleh Disahkan oleh

………………………………… ………………………………………

(AWANG MALIK b BAKI) (SHAMSUL HARIS MD.DIAH)

Setiausaha Pengerusi

Page 4: MINIT MESYUARAT  PENUBUHAN  KELAB SEPAKTAKRAW  SAHABAT MASJID NABAWAN.docx

Kelab Sepaktakraw Sahabat Masjid Kelab Sepaktakraw Sahabat Masjid