minit mesyuarat panitia tmk 2015

4
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERAK BANDAR BARU SENTUL 51000 KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KALI PERTAMA 2015 Tarikh : 7 Januari 2015 (Rabu) Masa : 1.30 petang Tempat : Bilik Guru Besar Kehadiran: 1. Encik Mohd Noor bin Majid (Guru Besar) 2. Puan Kalsom Binti Abdullah (GPK 1) 3. Encik Mohd Khairil Ariff Bin Abdul Rahim (Ketua Panitia) Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi 2. Ucapan Penasihat 3. Pengesahan minit mesyuarat 4. Perkara Berbangkit 5. PKSR 1 6. Peningkatan Prestasi Murid 7. Aktiviti Minggu Panitia 8. Anggaran Belanjawan 9. Maklumat Guru 10. Hal-hal lain 1. Ucapan Pengerusi 1.1 En. Mohd Khairil mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar Encik Mohd Noor bin Majid dan GPK 1 Pn. Kalsom kerana memberi komitmen yang tinggi untuk hadir dalam mesyuarat kali pertama tahun 2015. 1.2 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat pada kali ini diadakan adalah untuk panitia membuat perancangan sepanjang tahun bagi 1

Upload: cikgujack

Post on 24-Dec-2015

82 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

CTH MINIT MESY

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Tmk 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERAKBANDAR BARU SENTUL51000 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KALI PERTAMA 2015

Tarikh : 7 Januari 2015 (Rabu)Masa : 1.30 petangTempat : Bilik Guru Besar

Kehadiran:1. Encik Mohd Noor bin Majid (Guru Besar)2. Puan Kalsom Binti Abdullah (GPK 1)3. Encik Mohd Khairil Ariff Bin Abdul Rahim (Ketua Panitia)

Agenda Mesyuarat :1. Ucapan Pengerusi2. Ucapan Penasihat3. Pengesahan minit mesyuarat4. Perkara Berbangkit5. PKSR 16. Peningkatan Prestasi Murid7. Aktiviti Minggu Panitia8. Anggaran Belanjawan9. Maklumat Guru10. Hal-hal lain

1. Ucapan Pengerusi

1.1 En. Mohd Khairil mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar Encik Mohd Noor bin Majid dan GPK 1 Pn. Kalsom kerana memberi komitmen yang tinggi untuk hadir dalam mesyuarat kali pertama tahun 2015.

1.2 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat pada kali ini diadakan adalah untuk panitia membuat perancangan sepanjang tahun bagi meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid tahun 4 dan tahun 5 pada 2015.

2. Ucapan Penasihat

2.1 Encik Mohd Noor bin Majid mengalu-alukan kehadiran guru ke mesyuarat panitia TMK kali pertama 2015. Beliau mengharapkan komitmen yang tinggi daripada guru-guru dalam meningkatkan prestasi mata pelajaran TMK pada tahun ini.

1

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Tmk 2015

2.2 Beliau meminta fail-fail panitia 2015 dikemaskini terutama yang berkaitan dengan KSSR tahun 5 yang seharusnya mempunyai RPT, dokumen standard kurikulum dan prestasi (DSKP), senarai ahli pantia 2015 dan jadual waktu terkini.

2.3 Beliau juga berharap kepada mana-mana ahli panitia yang pergi ke kursus, taklimat atau bengkel perlu membuat kursus dalaman dan penerangan kepada ahli panitia dan laporan hendaklah disiapkan secepat mungkin.

2.4 Guru besar berharap agar aktiviti yang akan dijalankan oleh panitia pada tahun ini dibuat berbeza sedikit daripada kebiasaan walaupun aktiviti itu kelihatan biasa namun memberi impak dan kesan yang ketara kepada murid-murid.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat

Dicadang : Encik Mohd Khairil Ariff Bin Abdul RahimDisokong : Semua ahli panitia

4. Perkara Berbangkit

4.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan.

5. PKSR 1

5.1 Encik Mohd Khairil memberitahu bahawa pihak sekolah telah menetapkan bahawa ujian bulanan untuk subjek elektif iaitu TMK tidak perlu dibuat tetapi untuk PKSR 1 guru-guru perlu membuat kertas soalan sendiri khasnya kepada murid tahap 2.

6. Peningkatan Prestasi Murid

6.1 Encik Mohd Khairil memberitahu walaupun subjek TMK hanyalah subjek elektif tetapi panita perlu membincangkan bagaimana untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam matapalejaran TMK untuk meningkatkan prestasi kuantiti mendapat A dalam setiap peperiksaan.

7. Aktiviti Minggu Panitia

7.1 Aktiviti minggu panitia akan akan dibincangkan pada mesyuarat panitia akan datang untuk lebih terperinci.

2

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia Tmk 2015

8. Anggaran Belanjawan

8.1 Guru Besar akan meminta En. Jais menampal peruntukan wang PCG bagi memudahkan panitia membuat perancangan membeli BBM yang bersesuaian.

8.2 Beliau juga berharap agar panitia menggunakan peruntukan PCG untuk membeli BBM yang memberi manfaat kepada keseluruhan murid dengan nilai harga yang berpatutan untuk mengelakkan pembaziran.

9. Maklumat Guru

9.1 En. Mohd Khairil akan mengedarkan borang maklumat diri guru pada hari Khamis ini dan meminta semua ahli panitia menyerahkan kembali bersama salinan jadual waktu untuk disimpan di dalam fail panitia.

10. Hal-hal Lain

10.1 Guru besar meminta agar diadakan sudut mata pelajaran di dalam kelas seperti carta yang berkaitan dengan matapelajaran.

10.2 En. Mohd Khairil mengingatkan ahli-ahli panitia agar iThink dapat dijalankan semasa PdP. Ini kerana pemantauan mungkin akan dijalankan pada bulan Mac atau April.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan pengerusi mengucapkan terima kasih di atas komitmen guru-guru bagi menjayakan mesyuarat kali ini.

Disediakan oleh,

_________________________Encik Mohd Khairil AriffPanitia TMK,Sek. Keb. Seri Perak,Bandar Baru Sentul,51000 Kuala Lumpur

Disahkan oleh,

_______________________Kalsom Binti AbdullahPenolong Kanan Kurikulum,Sek. Keb. Seri Perak,Bandar Baru Sentul,51000 Kuala Lumpur.

3