minit mesyuarat panitia sains kali pertama 2011

6
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS, FIZIK, BIOLOGI DAN KIMIA KALI PERTAMA TAHUN 2011 Hari : Selasa Tarikh : 11 Januari 2011 Masa : 2.30 petang Tempat : Bilik Ketua Bidang Kehadiran: 1. Tuan Haji Zulhariszan Abd. Manan (Ketua Bidang Sains dan Matematik) 2. Pn. Sarina Binti Zanjam (Pembantu Makmal) 3. Cik. Marhani Makda (Pembantu Makmal) 4. En. Ambrose anak Jerome (Ketua Panitia Fizik) 5. Cik Lee Li Yean (Ketua Panitia Sains) 6. Cik Nur Azanriah bt Abdul Rahman (Ketua Panitia Kimia) 7. Pn. Norzakira bt Yusuf (Ketua Panitia Biologi) 8. Cik Zaimah bt Zaini 9. Cik Michelle Muroh 10. En. Sultan Musa Agenda Mesyuarat 1.0 Kata-kata aluan 1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru sains atas keputusan yang meningkat dalam PMR 2010. Makluman: Semua guru tingkatan 3 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pemangku Ketua Bidang Sains dan Matematik iaitu Cik Zaimah bt Zaini dan Cik Nurhaizum bt Haris semasa ketiadaan beliau untuk menunaikan ibadah haji. Makluman: Semua guru 1.3 Pengerusi turut memuji pencapaian yang cemerlang dalam panitia Sains, Fizik, Kimia dan Biologi dalam mengendalikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Makluman: Semua guru 1.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) perlu diperkemaskan lagi dengan merancang “in-house training” bagi tahun 2011.

Upload: physics-teacher

Post on 30-Jun-2015

746 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2011

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS, FIZIK, BIOLOGI DAN KIMIA KALI PERTAMA TAHUN 2011

Hari : SelasaTarikh : 11 Januari 2011Masa : 2.30 petangTempat : Bilik Ketua Bidang

Kehadiran:1. Tuan Haji Zulhariszan Abd. Manan (Ketua Bidang Sains dan Matematik)2. Pn. Sarina Binti Zanjam (Pembantu Makmal)3. Cik. Marhani Makda (Pembantu Makmal)4. En. Ambrose anak Jerome (Ketua Panitia Fizik)5. Cik Lee Li Yean (Ketua Panitia Sains)6. Cik Nur Azanriah bt Abdul Rahman (Ketua Panitia Kimia)7. Pn. Norzakira bt Yusuf (Ketua Panitia Biologi)8. Cik Zaimah bt Zaini9. Cik Michelle Muroh10. En. Sultan Musa

Agenda Mesyuarat

1.0 Kata-kata aluan

1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru sains atas keputusan yang meningkat dalam PMR 2010.

Makluman: Semua guru tingkatan 3

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pemangku Ketua Bidang Sains dan Matematik iaitu Cik Zaimah bt Zaini dan Cik Nurhaizum bt Haris semasa ketiadaan beliau untuk menunaikan ibadah haji.

Makluman: Semua guru

1.3 Pengerusi turut memuji pencapaian yang cemerlang dalam panitia Sains, Fizik, Kimia dan Biologi dalam mengendalikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Makluman: Semua guru

1.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) perlu diperkemaskan lagi dengan merancang “in-house training” bagi tahun 2011.

Makluman: Semua guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Pencadang: Pn. Norzakira bt Yusuf2.2 Penyokong: Cik Zaimah bt Zaini

Page 2: MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2011

3.0 Perancangan Kurikulum Tahun 20113.1 Pelan Strategik Sekolah Tahun 2011

3.3.1 Pengerusi mengadakan “brainstorming” terhadap segala perubahan dalam Sasaran Kerja Tahunan bagi tahun 2011 terutamanya Pelan Taktikal untuk perancangan satu (1) tahun.

Makluman: Semua guru

3.3.2 Mengubah strategi Sasaran Kerja Tahunan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan kelas tiada peperiksaan.

Tindakan: Semua guru

3.3.3 Pengerusi turut menyarankan agar setiap strategi mesti dilaksanakan dengan satu (1) atau dua (2) program.

Makluman & Tindakan: Semua guru

3.3.4 Pengerusi turut memaklumkan bahawa HIPERS ditangguh sementara waktu. Maka HIPERS wajar dikeluarkan daripada Sasaran Kerja Tahunan (SKT).

Makluman & Tindakan: Ketua Panitia Sains dan Matematik

3.3.5 Pengerusi turut memaklumkan bahawa rancangan peningkatan kurikulum tidak perlu diubah bagi tahun 2011.

Makluman: Semua Ketua Panitia

3.3.6 Pengerusi menetapkan tarikh penghantaran Pelan Strategik Tahun 2011 pada 25 Januari 2011.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

3.2 Pengerusi turut menyarankan agar Jawatankuasa Matapelajaran dilantik iaitu Penyelaras Makmal dan Penyelaras Tingkatan. Pengerusi turut menyatakan tugas bagi setiap penyelaras adalah menyelaras post mortem dan kertas soalan.

Tindakan: Semua guru

3.2.1 Pengerusi turut menasihati semua guru agar mengubah teknik post mortem. Bukan sahaja menyatakan kelemahan dan kekuatan pelajar, malah keberkesanan terhadap program dan strategi yang telah dilaksanakan.

Makluman & Tindakan: Semua guru

4.0 Perancangan Kewangan Tahun 20114.1 Pn. Sarina menyatakan terdapat masalah dalam pembelian bahan-bahan mentah di

makmal untuk kegunaan eksperimen kerana tiada wang tunai.Makluman & Tindakan: Ketua Bidang

4.2 Cik Zaimah memaklumkan terdapat sebuah bikar yang pecah semasa penghantaran ke sekolah di mana ia harus dipulangkan kepada pembekal di Miri.

Makluman: Ketua Bidang

Page 3: MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2011

4.3 En. Ambrose menyatakan masalah dalam lambat menggunakan duit Per Capita Grant (PCG).

Makluman: Semua guru

4.4 Anggaran perbelanjaan PCG tahun 2011 boleh dirancang dengan anggaran penggunaan sebanyak 70% dari PCG tahun 2010.

Makluman: Semua guru

5.0 Perkara berbangkit5.1 Penetapan tarikh mesyuarat tahun 2011 peringkat panitia seperti berikut:

Mesyuarat Pertama : 11 Januari 2011Mesyuarat Kedua : 12 April 2011Mesyuarat Ketiga : 25 Ogos 2011Mesyuarat Keempat : 15 November 2011

Makluman: Semua guru

5.2 Surat jemputan mesyuarat dan minit mesyuarat dihantar sebanyak 5 salinan. Salinan dihantar kepada Ketua Panitia, Ketua Bidang, Pejabat, Penolong Kanan 1 dan Pengetua.

Makluman & Tindakan: Ketua Panitia

5.3 Perlantikan penyelaras Minggu Sains dan Matematik (MisMe) ialah Cik Nur Azanriah dan Cik Kwok Mee Ing.

Makluman: Semua guru

5.4 Aktiviti Fire Drill tidak dikendalikan di bawah Bidang Sains dan Matematik.Makluman: Semua guru

5.5 Pembantu makmal menetapkan tarikh pengemaskinian dan pelupusan barang-barang di makmal. Minta kerjasama dan bantuan daripada En. Choo.

Tindakan: Pembantu makmal

5.6 En. Sultan mencadangkan penggunaan papan putih (white board) di makmal 2 dan makmal 3. Walau bagaimanapun, penggunaan papan hitam masih boleh digunakan dengan memperbaiki tali dan takal pada papan hitam.

Makluman & Tindakan: Ketua Bidang

6.0 Hal-hal lain6.1 Penggunaan langsir di makmal perlu dikemaskini dengan menggunakan rel pencangkuk

langsir ditangguh sementara menunggu perpindahan sekolah baru.Makluman & Tindakan: Ketua Bidang

6.2 En. Ambrose memaklumkan kepada semua guru agar menghantar Post Mortem Individu Tingkatan 3 kepada Cik Lee Li Yean, Post Mortem Keseluruhan kepada Cik Mariana bagi peperiksaan dalaman dan Post Mortem Keseluruhan kepada En. Abdul Hadi bin Matsidek bagi peperiksaan percubaan, peringkat bahagian atau peringkat negeri (SPM).

Makluman: Semua guru

Page 4: MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2011

6.3 En. Zulhariszan menjelaskan peruntukan untuk MisMe adalah berdasarkan Per Capita Grant (PCG) tahun 2011.

Makluman: Semua guru6.4 Perlantikan penyelaras sains bagi setiap tingkatan:

Tingkatan 1 : Pn. Norzakira binti YusufTingkatan 2 : En. Sultan MusaTingkatan 3 : Cik Zaimah bt ZainiTingkatan 4 : Cik Michelle MurohTingkatan 5 : Tuan Haji Zulhariszan Abd Manan

6.5 Perlantikan penyelaras makmal sains:Makmal 1 : Cik Nur Azanriah bt Abdul RahmanMakmal 2 : Cik Michelle MurohMakmal 3 : En. Ambrose anak Jerome

6.6 Cik Marhani berharap agar segala penggunaan barang-barang makmal yang dibawa keluar dari makmal dikembalikan semula ke makmal seperti kerusi.

Makluman: Semua guru

7.0 Penutup7.1 Pengerusi berharap agar guru-guru bekerjasama dalam meningkatkan pencapaian

akademik dari segi kualiti dan kuantiti bagi tahun 2011Makluman: Semua guru

Mesyuarat dintagguhkan jam 3.45 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(AMBROSE ANAK JEROME) (TUAN HAJI ZULHARISZAN ABDUL MANAN)

Ketua Panitia Fizik Ketua Bidang Sains dan Matematik