minit mesyuarat panitia sains kali ke 3

6
SMK ISKANDAR SHAH,77000 JASIN MELAKA MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 3/2012 Tarikh : 7 Ogos 2012 Hari : Selasa Masa : 3.00 petang Tempat : Bilik Rujukan SMK Iskandar Shah Kehadiran : 1. Pn. Zakiah Binti Ayub 2. Pn. Hamidah Binti Jasmani 3. Pn. Habibah Binti Abdullah 4. En Mohd Radhi Bin Zaini 5. Tn. Haji Abd Jalil Bin Mayassin 6. Tn. Haji Abu Kassim Bin Md Jani 7. Pn. Siti Zaidah Binti Ahmad 8. Pn Junainah bt Othman 9. Pn Nooraini Binti Md Sayed 10. Pn Noradhilla Binti Arif 11. Pn Haslinah Binti Abdul 12. Cik Parimala A/P Mariappan TIDAK HADIR BERSEBAB 1. Pn Nazlin Ruziah Bt Md Said (Berkursus) 2. Pn Wan Nor Hazira Bt W. Hussin (Cuti sakit) 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir pada mesyuarat Panitia Sains kali ketiga ini. Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini menekankan kepada analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun dan post moterm SPM. Tindakan: Semua guru 1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Cik Parimalar Dewi a/p Maniappan sebagai guru Sains baru di SMK Iskandar

Upload: nurhawariyyun

Post on 26-Sep-2015

755 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Ke 3

TRANSCRIPT

SMK ISKANDAR SHAH,77000 JASIN MELAKAMINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

BIL 3/2012Tarikh

: 7 Ogos 2012

Hari

: Selasa

Masa

: 3.00 petang

Tempat: Bilik Rujukan SMK Iskandar Shah

Kehadiran :1. Pn. Zakiah Binti Ayub 2. Pn. Hamidah Binti Jasmani

3. Pn. Habibah Binti Abdullah

4. En Mohd Radhi Bin Zaini

5. Tn. Haji Abd Jalil Bin Mayassin

6. Tn. Haji Abu Kassim Bin Md Jani

7. Pn. Siti Zaidah Binti Ahmad8. Pn Junainah bt Othman9. Pn Nooraini Binti Md Sayed

10. Pn Noradhilla Binti Arif

11. Pn Haslinah Binti Abdul

12. Cik Parimala A/P Mariappan

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. Pn Nazlin Ruziah Bt Md Said (Berkursus)

2. Pn Wan Nor Hazira Bt W. Hussin (Cuti sakit)

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir pada mesyuarat Panitia Sains kali ketiga ini. Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini menekankan kepada analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun dan post moterm SPM. Tindakan: Semua guru

1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Cik Parimalar Dewi a/p Maniappan sebagai guru Sains baru di SMK Iskandar Shah. Beliau berharap Cik Parimalar dapat bekerjasama dengan baik dan memberi komitmen yang tinggi terhadap segala aktiviti panitia yang dijalankan. Tindakan: Cik Parimalar Dewi a/p Maniappan

2. Pengesahan Minit Pn Siti Zaidah Bt Ahmad mencadangkan agar minit mesyuarat Bil 2/2012 disahkan dan disokong oleh Pn Habibah Bt Abdullah.

Tindakan : Makluman3.Bangkitan Minit

3.1 Pengerusi memaklumkan kesemua guru Sains Tingkatan 3 dan 5 telah menyelesaikan laporan pemarkahan PEKA

Tindakan: Guru Sains Tingkatan 3 dan 5

4. Laporan KPI dan PCG -Rujuk Lampiran-

4.1 Pengerusi meminta penyelaras panitia Kimia, Biologi dan Fizik untuk membincangkan bahan dan alatan yang hendak dibeli berdasarkan keutamaan menggunakan PCG subjek. Tindakan: KP dan Penyelaras Panitia 4.2 Pn. Hamidah mencadangkan pembelian alatan yang mahal boleh dibeli dalam kuantiti yang sedikit tahun demi tahun. Cadangan beliau disokong oleh ahli panitia. Tindakan: KP dan Penyelaras Panitia

4.3 Pn Habibah memaklumkan bahawa eksperimen sangat penting untuk keberkesanan pembelajaran Sains. Justeru itu, pembelian untuk alatan dan bahan bagi eksperimen perlu diperbanyakkan untuk mengatasi masalah yang boleh merencatkan eksperimen dijalankan. Guru-guru perlu memaklumkan kepada KP alatan atau bahan yang perlu dibeli mengikut keutamaan. Tindakan: Semua guru Sains

4.4 Pn Hamidah mencadangkan setiap panitia sains tulen perlu merancang pembelian bahan dan alatan selama 3 tahun.

Tindakan : Penyelaras Sains

5. Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun -Rujuk Lampiran-

5.1 Berdasarkan laporan analisa peperiksaan pertengahan tahun yang dibentangkan didapati kebanyakan subjek masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan .Pengerusi meminta setiap guru memberi pandangan dan cadangan untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.

Tindakan: Semua guru Sains

5.2 En Abu Kassim mencadangkan bagi kelas yang agak lemah perlu menjawab set soalan yang sama sebanyak 2 kali (pre dan pos test)

Tindakan: Guru kelas Sains yang lemah5.3 Pn Haslina memberikan pendapat semasa waktu Sains pelajar perlu masuk ke makmal. Guru perlu membahagikan kelompok murid Cina, India dan Melayu sama rata untuk 1 meja.Pelajar pula perlu bercakap dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.

Tindakan: Semua guru Sains

5.4 Pengerusi memberitahu, buat masa sekarang ulangkaji berfokus perlu dijalankan dan penerangan konsep perlu diberi satu persatu. Pelajar perlu didedahkan untuk memahami soalan sebelum menjawab soalan.

Tindakan: Semua guru Sains

5.5 En Jalil pula memberikan cadangan pembelajaran yang berkesan adalah kaedah pembelajaran secara topikal. Penerangan mengenai konsep yang asas perlu diperkukuhkan.

Tindakan: Semua guru Sains

5.6 Pn Habibah memberitahu pelajar perlu dijelaskan sebelum pengajaran.kepentingan untuk belajar sub tajuk tersebut. Pelajar juga perlu diagihkan kepada kumpulan perbincangan yang lebih kecil .Beliau juga menjelaskan setiap eksperimen dalam sukatan pelajaran perlu dibuat.

Tindakan: Semua guru Sains

5.7 Pengerusi menjelaskan guru muda boleh membantu rakan lain dan pemberatan pengajaran perlu bagi bab yang lemah.

Tindakan: Semua guru Sains

5.8 Pn Noradhilla selaku guru Sains Tingkatan 3 memberi pendapat bahawa perjumpaan dengan pelajar lemah boleh dibuat pada waktu Sivik dan Pendidikan Seni.

Tindakan: Guru Sains Tingkatan 3

6. PBS Tingkatan 1

6.1 Pn Hamidah meminta guru yang mengajar Tingkatan 1 untuk menyatakan masalah yang dihadapi semasa menjalankan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) Tindakan: Guru Sains Tingkatan 1

6.2 Cik Parimalar memaklumkan semasa PBS pelajar meniru dan tidak bersungguh-sungguh semasa menjalankan PBS. Guru-guru yang menjalankan PBS perlu memantau dengan lebih teliti dan telus untuk mengatasi permasalahan ini.

Tindakan: Guru Sains Tingkatan 1

6.3 Pn Hamidah meminta Pn Junainah (Jurulatih PBS) untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai PBS kepada guru-guru lain. Tindakan: Pn Junainah Bt Othman

7. Perbincangan Profesionalisme7.1 Pn Habibah membentangkan tentang Proses Kreatif Terarah dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tindakan: Pn Habibah Bt Abdullah

7.2 Guru-guru didedahkan dengan teknik pengajaran yang kreatif ialah berasaskan masalah, secara inkuiri penemuan ,secara konstruktivisme dan pengajaran berasaskan projek. Semua guru Sains di galakkan untuk menerapkan teknik pengajaran ini di dalam pengajaran di kelas.

Tindakan : Semua guru Sains

8 Hal-hal lain8.1 Kehadiran pelajar Tingkatan 5 ke kelas tambahan waktu petang dan hari Sabtu tidak memuaskan kerana masalah kesukaran pelajar untuk mendapatkan bas pulang ke rumah. Pelajar asrama lewat ke kelas tambahan kerana masalah jadual waktu makan tengahari di asrama.

Tindakan: Pihak pentadbir

8.2 Pn Hamidah memaklumkan pejabat akan menguruskan pembelian sijil PEKA dan jumlah perbelanjaan sijil akan dibincangkan samaada diambil daripada panitia ataupun pihak sekolah.

Tindakan: Pihak sekolah

Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 5.05 petang.Disediakan oleh: Pn. Pn Noradhilla Binti Arif

Disemak oleh

: Pn. Zakiah binti Ayub ( Ketua Panitia Sains)

Tarikh

: 8 Ogos 2012