minit mesyuarat panitia bahasa melayu kali pertama sekolah rendah tahun 2014

9
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA SEKOLAH RENDAH TAHUN 2014 MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU SK SERI PASIR KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2014 Tarikh: 27 Disember 2013 Masa: 11.00 – 12.00 tengah hari Tempat : Bilik Guru Kehadiran: 1. En Mat Som B Sadono (Ketua Panitia) 2. En Zulkeflee B Rahmat 3. Tn Hj Mohd Saim B Buang 4. En Burhan B Md Yussof 5. En Jamal B Adenan 6. En Ahmad Salleh B Suraimi 7. Pn Hjh Fazidah Bt Buwang 8. Pn Azizah Bt Osman 9. Pn Siti Hawa Bt Ahmad 10. Pn Noreha Bt Awi 11. Bersama-sama hadir: En Zakariah B Bahari (GPK 1)

Upload: norazhar-mohamad

Post on 09-May-2017

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama Sekolah Rendah Tahun 2014

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA SEKOLAH RENDAH TAHUN 2014

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU SK SERI PASIR

KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2014

Tarikh: 27 Disember 2013

Masa: 11.00 – 12.00 tengah hari

Tempat : Bilik Guru

Kehadiran:

1. En Mat Som B Sadono (Ketua Panitia)

2. En Zulkeflee B Rahmat

3. Tn Hj Mohd Saim B Buang

4. En Burhan B Md Yussof

5. En Jamal B Adenan

6. En Ahmad Salleh B Suraimi

7. Pn Hjh Fazidah Bt Buwang

8. Pn Azizah Bt Osman

9. Pn Siti Hawa Bt Ahmad

10. Pn Noreha Bt Awi

11. Bersama-sama hadir: En Zakariah B Bahari (GPK 1)

BIL

PERKARA

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama Sekolah Rendah Tahun 2014

1.

Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana guru-guru dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2014.

Tindakan

Pengerusi

2.

Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

En Ahmad Salleh B Suraimi mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Disokong oleh En Jamal Bin Adenan dan sebulat suara.

Tindakan

Pn Siti Hawa Bt Ahmad

3

Perkara –perkara berbangkit:

3.1- Analisis keputusan UPSR 2013

3.1.1 : Pengerusi mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang Bahasa Melayu bagi UPSR 2013 iaitu bagi kertas Pemahaman sebanyak 97%, GPMP 1.59, %A 60.6% manakala bagi kertas Penulisan mencatatkan kelulusan 92.4% , GPMP 1.83, %A 50% iaitu peningkatan sebanyak 14.4% berbanding tahun 2012.

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama Sekolah Rendah Tahun 2014

3.1.2: Pihak sekolah telah berbincang dan menganalisis bahawa bagi UPSR 2014, sasaran adalah seperti berikut:

Kertas Pemahaman sasarannya ialah 100% menguasai, GPS 1.92 dan %A ialah sebanyak 67.80%

Kertas Penulisan pula sasarannya ialah 94.92% GPS 1.51 dan %A juga sebanyak 67.8%.

Sasaran bagi kedua-dua kertas peperiksaan UPSR tersebut adalah berdasarkan TOV yang telah dicapai oleh 59 calon UPSR 2014, iaitu pencapaian calon-calon bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013.

3.1.3: TOV calon-calon UPSR 2014 adalah seperti berikut. Pemahaman 94.92% menguasai GPMP 2.36, dan %A 10.17%. TOV bagi Penulisan pula 88.14% menguasai, GPMP 2.46, %A 15.25%.

Justeru itu, bagi kertas Pemahaman memerlukan peningkatan sebanyak 5.08% menguasai untuk mencapai sasaran, dan kertas Penulisan perlukan lagi 6.78% untuk mencapai sasaran tersebut.

3.1.4: Bagi memastikan sasaran ini tercapai beberapa perkara berikut akan dijalankan.

- Pengurusan Sekolah- haruslah lebih memantau pelajar-pelajar bermasalah dari segi sahsiah dan kelakuan, kerana ini akan mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran guru di kelas

- Panitia – Panitia akan menyediakan bahan-bahan soalan terkini dan meneruskan program-program yang ternyata berkesan meningkatkan keputusan UPSR untuk tahun 2013 yang lalu. Antara program-program tersebut ialah:

a. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR (Penulisan)

b. Program 3P

c. Program Menyalin Karangan

Page 4: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama Sekolah Rendah Tahun 2014

d. Zoom A

e. Sudut Bahasa Melayu DI Dalam Kelas

f. Penggunaan Akhbar Didik

g. Kelas Malam

h. Teka Silang Kata

- Guru – Guru akan menghadiri kursus-kursus penandaan dan pemantapan bahasa bagi mengetahui format terbaru yang dikendaki dalam menjawab kertas penulisan.

- Pelajar- Pelajar yang mempunyai semangat yang negatif haruslah diberikan motivasi. Pembangunan sahsiah penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. Ini akan dijalankan bersama dengan unit Kaunseling.

- Ibu-bapa-Ibu bapa harus memantau kerja rumah pelajar juga semasa pelajar menjawab Zoom A. Tanpa pengawasan mereka, pelajar-pelajar akan melayari laman web yang tidak berfaedah.

Tindakan

Semua Pentadbir, ibu bapa,

Guru Kaunseling, guru Bahasa

Melayu yang terlibat

4.

Perkara-perkara Yang Dibincangkan:

Page 5: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama Sekolah Rendah Tahun 2014

4.1 – Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan dan Rancangan Tahunan

Ketiga-tiga bahan tersebut hendaklah disediakan oleh semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk Tahun 1,2,3 dan 4 yang mula menggunakan kurikulum baru KSSR.

4.2 –Pn Azizah Osman – Jumlah murid Linus Tahun 1 bagi tahun 2013 ialah Tahun 1 yang masuk ke Tahun 2 sebanyak 9 orang pelajar. Tahun 2 yang sekarang masuk ke Tahun Tiga jumlahnya ialah sebanyak 2 orang pelajar. Dan tahun Tiga yang masuk tahun 4 semuanya telah melepasi sasaran.

4.3 – Pemulihan- Pn Maryati Salim menjelaskan guru-guru termasuk kelas Tahun 6 boleh menghantar pelajar yang lemah ke kelas Pemulihan.

4.4 – KSSR – PBS kini telah sampai ke Tahun 4. En Ahmad Salleh menjelaskan guru-guru Tahun 1-4 mestilah menyediakan fail-fail dan evidens seperti yang lepas. Dan memasukkan markah-markah dalam system online PBS apabila telah sampai masa yang telah ditetapkan.

4.5 – MBM/MBI – Program MBM/MBI akan terus dijalankan terutamanya sama ada secara rasmi dan tidak rasmi bagi memantapkan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar sekolah ini. Ini akan digabungkan dalam kempen-kempen Anti Dadah, Kempen Hari Kemerdekaan dan sebagainya.

4.6- PLBS, Ujian Lisan Bahasa Melayu mestilah dijalankan sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas. Ini khas untuk murid Tahun 5 dan 6 sahaja. Pemantauan akan dijalankan oleh pihak PPD. Sekurang-kurangnya ujian ini dijalankan dua kali setahun.

4.7-Pelajaran Keselamatan Jalan Raya (PKJR), mestilah dijalankan. Buku-buku aktiviti PKJR ini akan diserahkan kepada semua pelajar dari Tahun 1-Tahun 6 pada awal Januari 2014.

Tindakan-

Semua guru Bahasa Melayu

yang berkenaan

Page 6: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama Sekolah Rendah Tahun 2014

5.

Hal-hal lain:

5.1 – Pengerusi meminta guru-guru yang memerlukan bahan, alat bantu mengajar agar dapat dibekalkan kepada guru-guru melalui sumber kewangan panitia yang ada.

5.2-Hj Mohd Saim Buang memohon buku rujukan terkini khasnya contoh karangan bagi kegunaan guru.

5.3-Pn Fazidah Buwang menjelaskan tentang Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 akan diadakan selama seminggu pada awal persekolahan sesi 2014 ini.

5.4-Pengerusi juga menjelaskan tentang Plan J juga haruslah dilaksanakan bermula Januari.

5.5-PROTIM juga akan dijalankan. Tarikh-tarikh dijalankan adalah setelah menerima surat daripada PPD.

Tindakan

Semua guru Bahasa Melayu

6.

Penutup

Ucapan penangguhan oleh En Zakariah Bin Bahari. Beliau dan barisan pentadbir akan mengambil berat permasalahan dan perkembangan panitia Bahasa Melayu demi kemajuan pelajar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengah hari

Page 7: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama Sekolah Rendah Tahun 2014

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

Anda mungkin juga meminati:

MARI BELAJAR BAHASA JAWA

NYARIS MAUT KERANA...

UCAPAN LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Linkwithin

NUKILAN: Mat Som

E-melkan Ini

BlogThis!

Kongsi ke Twitter

Kongsi ke Facebook

Kongsi ke Pinterest

1 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Assalamualaikum, cikgu. Terima kasih atas perkongsian ini. Sekarang ni minit mesyuarat perlulah mengikut SPSK kan. Jemput ke blog saya juga ya. Terima kasih.

16/2/14 11:35 PG

Catat Ulasan

Page 8: Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama Sekolah Rendah Tahun 2014

Link

Buat Pautan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)