minit mesyuarat linus kali ketiga 2013

7
PK07 – Pengurusan Mesyuarat PK 07/5 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KOTA TINGGI MINIT MESYUARAT LINUS KALI KETIGA 2013 Tarikh : 7 OKTOBER 2013 (ISNIN) Masa : 1.20 petang Tempat : Bilik Gerakan Pengerusi : Puan Sauma binti Mohamed (Guru Penolong Kurikulum, SK Bandar) Kehadiran (Bilangan) : Dilampirkan Turut Hadir (Jika ada) : - 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah dapat hadir. Tindakan: Semua guru 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Dicadangkan oleh : Puan Siti Norma bt Md Osman Disahkan oleh : Puan Haslinda bt Salleh 3. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT TIADA 4. FOKUS MESYUARAT 4.1 PDP LINUS 2.0 Hak Cipta Terpelihara© Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 – Keluaran 03 | Pindaan 00

Upload: teacher-nasrah

Post on 24-May-2015

5.356 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

MINIT MESYUARAT LINUS KALI KETIGA

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat linus kali ketiga 2013

PK07 – Pengurusan MesyuaratPK 07/5

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KOTA TINGGI

MINIT MESYUARAT LINUS KALI KETIGA 2013

Tarikh : 7 OKTOBER 2013 (ISNIN)

Masa : 1.20 petang

Tempat : Bilik Gerakan

Pengerusi : Puan Sauma binti Mohamed (Guru Penolong Kurikulum,

SK Bandar)

Kehadiran (Bilangan) : Dilampirkan

Turut Hadir (Jika ada) : -

1. PERUTUSAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang

telah dapat hadir.

Tindakan:Semua guru

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALUDicadangkan oleh : Puan Siti Norma bt Md OsmanDisahkan oleh : Puan Haslinda bt Salleh

3. PERKARA – PERKARA BERBANGKITTIADA

4. FOKUS MESYUARAT

4.1 PDP LINUS 2.04.1.1 Pegawai Fasilinus PPDKT iaitu Tn Hj Abd Latif dan En Pahlawi

telah datang ke sekolah ini untuk memantau permasalahan murid-murid semasa dalam sesi PDP. Masalah ini adalah berkaitan dengan murid Tahun 3 yang masih belum berada di tahap Menguasai bagi Literasi dan Numerasi. Pegawai Fasilinus telah mengadakan perbincangan bersama Pn Zamatun, Pn Rokiah dan Cik Safura (Guru Ganti Pn Maisarah yang sedang cuti bersalin).

© Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | Pindaan 00

Page 2: Minit mesyuarat linus kali ketiga 2013

PK07 – Pengurusan MesyuaratPK 07/5

4.2 Karnival LINUS 2.0 20134.2.1 Pencapaian pada tahun ini sangat merosot, di mana hanya

memenangi saguhati sahaja bagi Pertandingan Pengurusan Bilik Darjah Tahun 1 bagi kelas Tahun 1 Bijak dan 1 Cerdik.

4.2.2 Setelah membuat pemerhatian, ini adalah disebabkan:4.2.2.1 Kekangan masa untuk membuat latihan. Penyelaras tidak

sempat membuat taklimat bagi pertandingan yang diadakan kerana tidak sihat setelah diserang demam denggi dan chicken pox selama dua minggu. Pn. Mawar Afizan juga tidak sihat pada masa itu.

4.2.2.2 Murid juga menarik diri pada minggu terakhir dan saat akhir. 2 orang murid (Wan Azizi dan Fahmi Razi dari 2 Cerdik) tidak hadir setelah diserahkan surat kebenaran kepada ibubapa dan ini membuatkan pertandingan tersebut tiada penyertaan. Seorang murid iaitu Muaz Naufal dari 1 Cerdik tiadak dapat hadir pada hari pertandingan kerana diserang demam panas. Pertandingan ini melibatkan dua peserta dan pertandingan ini juga terpaksa dibatalkan dan tiada penyertaan di saat akhir.

4.2.2.3 Pn Sauma meminta Penyelaras membuat Post Mortem di atas kekalahan di dalam Karnival LINUS 2.0 2013.

Tindakan:Penyelaras

4.3 Bilik Pemulihan Khas4.3.1 Keadaan persekitaran di dalam bilik pemulihan khas hendaklah

dikemaskini dan sesuai untuk pembelajaran murid-murid. Ini adalah selaras dengan arahan Pegawai Fasilinus PPDKT yang telah datang untuk pemantauan sebelum ini.

4.3.2 Perabot yang tidak diperlukan dan tidak sesuai hendaklah dikeluarkan dari Bilik Pemulihan Khas.

Tindakan:Pn. Maisarah, Pn RokiahDan Cik Safura (Guru Ganti)

4.4 Didik Hibur4.4.1 Didik hibur hendaklah diaplikasikan di dalam sesi PDP.4.4.2 Guru hendaklah memberikan latih tubi kepada murid-murid untuk

meningkatkan prestasi murid-murid. Matematik diberi dalam bentuk pengiraan dan Literasi dalam bentuk bacaan.

© Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | Pindaan 00

Page 3: Minit mesyuarat linus kali ketiga 2013

PK07 – Pengurusan MesyuaratPK 07/5

4.4.3 Jangan beri murid 2 Cerdik kebenaran ke bilik air kerana mereka terlalu kerap keluar dari kelas dan suka membuang masa di luar kelas.

Tindakan:Semua guru

4.5 Mohd Shahrizal dan Nur Alya Natasha (3 Cerdik)Untuk makluman semua guru:4.5.1 Mohd Shahrizal – Takut dengan orang yang beliau tidak biasa

jumpa / kenal. Ini akan menyebabkan beliau tidak mahu keluarkan suara apabila ditanya.

4.5.2 Nur Alya Natasha – Mempunyai masalah “diskalkulia” iaitu mempunyai masalah dengan nombor. Beliau sudah dibawa untuk pemeriksaan doktor dan telah disahkan sebagai murid yang mengalami masalah “diskalkulia”.

Tindakan:Semua guru

4.6 Program Bersama Ibubapa Murid LINUS4.6.1 Pn. Sauma juga meminta membuat program untuk bersama

ibubapa murid LINUS untuk penerangan tentang LINUS dan kelemahan anak-anak mereka.

Tindakan:Penyelaras dan semua guru LINUS

4.6.2 Kesilapan yang disedari oleh Pn Rokiah adalah Sek. Keb. Bandar tidak menghantar pemeriksaan doktor untuk semua murid pemulihan khas tetapi hanya menghantar murid-murid yang betul-betul bermasalah.

4.6.3 Sekolah lain banyak yang telah menghantar murid untuk pemeriksaan doktor untuk melepaskan diri iaitu supaya sekolah ada sebab atau alasan kenapa murid ini masih tidak menguasai Ujian Saringan Literasi atau Numerasi.

4.6.4 Ada ibubapa yang tidak dapat terima anak mereka LINUS. Bagi ibubapa yang tidak dapat terima anak mereka LINUS, buat surat akuan tidak membenarkan anak mereka untuk membuat pemeriksaan doktor.

Tindakan:Penyelaras dan semua guru LINUS

© Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | Pindaan 00

Page 4: Minit mesyuarat linus kali ketiga 2013

PK07 – Pengurusan MesyuaratPK 07/5

4.6.5 Murid bernama Amirul bin Effendi mempunyai masalah iaitu selalu berada dalam dunianya sendiri. Tulisannya tidak kemas dan tidak menulis diatas garisan.

4.6.6 Pn. Sauma juga meminta guru mengadakan program untuk meminta ibubapa membantu anak-anak mereka dalam pembelajaran.

Tindakan:Penyelaras dan semua guru LINUS

4.7 Keceriaan Bilik Darjah4.7.1 Penyelaras meminta kebenaran GPK1 dan Guru Besar untuk

menanggalkan grill di dalam bilik darjah Tahun 1 Cerdik untuk mengelakkan kejadian grill jatuh ke atas murid. Ini juga adalah sebagai langkah keselamatan agar kejadian itu tidak berulang lagi.

Tindakan:Penyelaras, guru-guru dan pekerja

4.8 Pengiraan Peratus Murid Menguasai dan Tidak Menguasai4.8.1 Pengiraan peratus bagi murid menguasai dan tidak menguasai

akan ada perubahan iaitu murid ponteng akan dikira di dalam bilangan murid.

Tindakan:Penyelaras dan semua guru LINUS serta makluman Guru Besar dan GPK1

4.8.2 Pn. Sauma juga menyatakan bahawa ini adalah sebahagian dalam E-Prestasi, dimana apa yang perlu guru ambil tindakan jika ponteng berterusan.

Tindakan:Penyelaras dan semua guru LINUS serta makluman GPK HEM dan Guru Bimbingan dan Kaunseling

4.9 E-Prestasi4.9.1 Sahsiah dan kehadiran murid di dalam bidang ko-kurikulum juga

dikira di dalam prestasi guru.

© Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | Pindaan 00

Page 5: Minit mesyuarat linus kali ketiga 2013

PK07 – Pengurusan MesyuaratPK 07/5

5. HAL – HAL LAIN5.1 SPPBS – En. Khairuddin mengatakan bahawa setiap sekolah hendaklah

mempunyai murid yang mencapai Band 6.5.2 Untuk mencapai Band 6, guru perlu lihat tahap penguasaan murid kerana

murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza.5.3 Band 6 adalah lebih kepada bentuk projek.5.4 Guru juga mestilah membuat kajian tindakan untuk mencari penyelesaian

bagi murid bermasalah. Contoh: Guna carta perkataan.Tindakan:Penyelaras dan semua guru LINUS

6. PENUTUP6.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi.6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________________ ________________________

(Zamatun Nasrah bt Marwan) (Pn. Nurlia binti Mohamad)Penyelaras LINUS Guru BesarSK Bandar, SK Bandar,Kota Tinggi, Kota Tinggi,Johor. Johor.

Sk.GPK 1 Fail S/U PeperiksaanFail Pengurusan MesyuaratFail Induk LINUS 2.0

© Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | Pindaan 00