minit mesyuarat kur kali ke2

Upload: robi-roston

Post on 07-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Kur Kali Ke2

    1/6

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Kur Kali Ke2

    2/6

    AGENDA MESYUARAT

    1.0 UCAPAN PENGERUSI

    1.1Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat hadir ke Mesyuarat Kurikulum kali

    kedua bagi sesi 2011.

    1.2 Pengerusi mengingatkan berkenaan ketepatan masa dalam melaksanakan semua tugas yang

    diamanahkan.

    1.3 Pengerusi menyampaikan pesanan Guru Besar supaya guru-guru menghormati setiap majlis yangdianjurkan dan mendengar apa yang disampaikan.

    2.0 BACAAN DOA

    2.1 Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En Mohd Zamri Bin Md Nor.

    3.0 UCAPAN GURU BESAR/ WAKIL

    3.1 Mengucapkan tahniah diatas perlaksanaan Mesyuarat Kurikulum kali Kedua ini.

    3.2 Mengucapkan tahniah kepada semua guru diatas kejayaan pencapaian Ujian JPA 1, JPA 2 dan

    Canang yang memberangsangkan.

    3.3 Mengharapkan semua guru dapat melaksanakan semua amanah yang diberikan.

    3.4 Mengharapkan semua guru mamatuhi semua peraturan-peraturan sekoalh.

    4.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT

    4.1 Setiausaha membentang minit mesyuarat kurikulum kali yang Kedua 2011

    Pencadang : En Rujida Bin Yaacob

    Penyokong : Pn Fauziah Bte Mohd Izham

    5.0 PERKARA BERBANGKIT

    5.1 Tiada Perkara Berbangkit

    6.0 UCAPAN GPK 1 / WAKIL

    6.1Beliau menasihatkan guru-guru supaya mengurangkan karenah seperti tidak hadir ke sekolah, tidak

    hadir mesyuarat dan sebagainya.

    6.2Beliau menasihatkan guru-guru supaya menjaga etika berpakaian semasa bertugas atau menghadiri

    mesyuarat.

    6.3Beliau mengingatkan kepada guru yang bertugas supaya datang lebih awal dan seboleh-bolehnya

    balik lewat.

    6.4Beliau mengingatkan kepada semua guru sekiranya ingin keluar dari kawasan sekolah sebelum

    waktu pulang mestilah memaklumkan kepada pentadbir.

    6.5Beliau membentangkan dan memberi ulasan tentang beberapa perkara seperti:

    6.6 Buku Rekod Mengajar (BRM);6.6.1 GPK HEM meminta semua guru menghantar BRM pada hari Jumaat atau selewat-

    lewatnya pada hari Isnin sebelum waktu pertama.

    6.6.2 GPK HEM meminta guru-guru supaya menulis impak selepas P&P berlangsung.

    6.6.3 GPK KOKO mengingatkan guru-guru supaya guru-guru mestilah sentiasa

    membawa BRM kedalam kelas semasa P&P berlangsung.

    6.6.4 GPK HEM mengingatkan guru-guru supaya menulis Rancangan Pengajaran Harian

    pada hari pertama kursus, hari seterusnya perlu menulis catatan sahaja.

    6.7 Sasaran 2011

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Kur Kali Ke2

    3/6

    6.7.1 GPK KOKO mengingatkan semua guru yang terlibat dengan program Kabus

    supaya meneruskan program tersebut.

    6.8 Kepatuhan Tugas

    6.8.1 GPK KOKO meminta guru-guru supaya menyediakan laporn bertulis bagi ujian

    pertengahan tahun.

    6.8.2 GPK KOKO meminta guru-guru ssupaya membuat laporan bagi post mortem ujian

    pertengahan tahun dari segi kekuatan, kelemahan (soalan, murid dan guru).

    6.8.3 GPK KOKO Meminta Cik Siti Noraisyah supaya membuat laporan Kem BestariSolat.

    6.8.4 GPK KOKOMeminta guru yang terlibat supaya membuat laporan PROCAST.

    6.8.5 GPK KOKO Meminta En Zamri supaya menyelesaikan PEKA dan PAFA sebelum

    31 Julai 2011

    6.8.6 Pn Fauziah memaklumkan bahawa markah dalam SAPS sudah selesai dikemaskini

    dan telah dihantar ke PPD. Beliau juga meminta guru-guru tahun satu supayamemasukkan markah didalam SAPS.

    6.9 Pengurusan Panitia

    6.9.1 GPK KOKO mengingatkan semua guru supaya mengagihkan minit mesyuarat

    dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat berlangsung.

    6.9.2 GPK KOKO memaklumkan kepada guru-guru panitia bahawa mesyuarat panitiaboleh dilaksanakan selepas mesyuarat kurikulum kali kedua.

    6.10 Makluman

    6.10.1GPK KOKO memaklumkan pemantauan Pra Sekolah akan dilakukan pada bila-bila

    masa sahaja dan meminta Pn Ismawati supaya membuat persediaan.

    6.10.2 Pn Ismawati memaklumkan bahawa persediaan telah dilaksanakan dan bersedia

    untuk pemantauan.

    6.10.3 GPK KOKO memaklumkan mengenai pengawasan UPSR iaitu, Ketua Pengawas

    ialah Pn Fauziah, Pengawas ialah Pn Noor Rani dan En Robi Roston.

    6.10.4 GPK HEM memaklumkan bahawa pemantauan Galeri Kajian Tempatan pada hariRabu (13.7.2011)

    6.10.5 GPK HEM mengucapkan tahniah kepada Atiqah Jaafar dari kelas 6 Bijak keranaberjaya terpilih mewakili sekolah dalam Kuiz Mutiara Felda peringkat negeri.

    6.10.6 GPK HEM meminta guru-guru menghantar fail HEM dan KOKO untuk semakan

    sebelum 15.7.2011.

    6.11 Hal-Hal Lain

    6.11.1Pn Noor Rani memaklumkan bahawa pengredan PSS akan bermula pada bulan 8.

    Beliau meminta gugu-guru supaya menghantar fail-fail PSS sebelum 22.7.2011.

    6.11.2GPK KOKO memaklumkan bahawa pertandingan Think Quest (tempoh masa 3

    bulan)

    6.11.3 GPK KOKO memaklumkan pertandingan PBL (tempoh masa 3 bulan) Tindakan

    Pn Ismawati.

    6.11.4 GPK KOKO memaklumkan pertandingan bina BBM (Power Point) dan kepadaguru yang berminat sila maklumkan kepada Pn Noor Rani untuk didaftar kepada

    PKG.

    6.11.5GPK KOKO memaklumkan kepada semua guru supaya mengisi borang SSQS yang

    boleh didapati dari Pn Suraya pada 25.7.2011.

    6.11.6 Pn Wan Ruslina mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah

    membantu untuk penambahbaikan galeri Kajian Tempatan.

    6.11.7 Pn fauziah memaklumkan mengenai fail dan pelaporan PLBS

    6.11.8Pn Suraya meminta guru-guru yang bertugas mingguan supaya mencatat perkara

    didalam buku pemantauan RMT dan membuat pamantauan semasa murid makan

    RMT (makanan untuk 21 orang).

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Kur Kali Ke2

    4/6

    6.11.9 En Zamri memaklumkan semasa hari terbuka, ada ibu bapa tidak berpuas hati

    kerana sesetengah kertas soalan peperiksaan tidak dapat.

    6.11.10 GPK KOKO mengingatkan semua guru supaya menyemak kertas peperiksaan

    dengan segera dan beri kepada muri untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka dan

    membawa semula kepada sekolah.

    6.11.11 En Rujida memaklumkan kepada guru kelas supaya mengisi SMM dan

    menyerahkan kepadanya sebelum hari selasa 26.7.2011.

    6.11.12 En Zulkarnain mencadangkan guru yang menghadiri kursus KSSR mengadakan

    perbincangan untuk mendapatkan input-input yang tertinggal.6.11.13 En Zulkarnain meminta GPK HEM supaya mencadangkan pihak PPD @ JPN

    mengadakan satu kursus Sistem Pengurusan SSDM untuk guru-guru Luak Palong.

    6.11.14 GPK KOKO menerangkan tentang hukuman guru lelaki terhadap murid

    perempuan.

    6.11.15 GPK KOKO memberitahu apabila membuat rombongan dan jika terdapat

    murid lelaki dan perempuan mestilah ada guru lelaki dan perempuan atau guru

    perempuan sahaja.

    Mesyuarat ditangguhkan pada 5.20 petang.

    Disediakan oleh, Disemak oleh,

    .. .

    (En Robi Roston Bin Zakaria) (En Md Noor Bin Wahid)

    Setiausaha Kurikulum GPK HEM (Wakil GPK 1)

    SK Palong 14 SK Palong 14

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Kur Kali Ke2

    5/6

    SK PALONG 14 (F)

    73470 GEMAS,

    NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TEL. : 06 4669032

    FAX : 06 4668185

    ___________________________________________________________________________________

    Ruj. Kami : SKP14/KOKU/06/005(1)

    Tarikh : 17 Januari 2011

    Kepada,

    ..

    ..

    Tuan,

    MESYUARAT KALI PERTAMA UNIT BERUNIFORM TKRS DAN MESYUARAT AGUNG 2011

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Kur Kali Ke2

    6/6

    Perkara di atas adalah di rujuk.

    2. Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengikut ketetapan berikut

    :-

    TARIKH : 19.01.2011HARI : RAB U

    MASA : 8.00 pagi

    TEMPAT : Kelas 3 Bijak

    3. Antara yang akan dibincangkan ialah :-

    AGENDA

    1. Ucapan Pengerusi

    2. Ucapan GPK KoKu

    3. Melantik Jawatankuasa Peringkat Sekolah

    4. Perbincangan Aktiviti Sepanjang Tahun5. Hal-hal lain

    4. Semoga dengan kehadiran tuan dapat melancarkan perjalanan mesyuarat dan seterusnya menjayakan

    aktiviti TKRS bagi tahun ini.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya Yang Menurut Perintah,

    ..

    (HJH SUMIATI BT MOHD ESA)

    Guru Besar

    SK Palong 14

    73470 Gemas