minit mesyuarat kh kali 22013
DESCRIPTION
khidupTRANSCRIPT
MINIT MESYUARAT
PANATIA KEMAHIRAN HIDUP
SEKOLAH KEBANGSAAN TERSANG
KALI KE - 2 TAHUN 2013
TARIKH : 6 NOVEMBER 2013
TEMPAT : BILIK JQAF SK TERSANG
MASA : 1.15 PETANG
KEHADIRAN : 1. EN MUHAMMAD RIDZWIAN BIN ISHAK 2. MOHD AZRUL BIN HAMINUDIN 3. EN MOHD HASPARIZA B. AZMEE 4. EN ASRI B. MOHAMMAD 5. PN ZANARIAH BT ZAINAL ABIDIN
AGENDA MESYUARAT: 1. Ucapan Pengerusi2. Pengesahan minit mesyuarat3. Keputusan peperiksaan PPT dan PAT
4. Hal-hal lain8. Ucapan Penangguhan
1. Ucapan pengerusi
1.1 Mengucapkan salam dan memulakan majlis dengan bacaan Al fatihah serta mengalu-alukan kehadiran semua guru.
Tindakan: Makluman
2. Pengesahan minit mesyuarat
2.1 Pengerusi membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas. Cadangan: Pn Zanariah Bt Zainal AbidinSokongan: En Haspariza B. Azmee
Tindakan: Semua AJK
3. Keputusan Peperiksaan PPT dan PAT
3.1 Guru diminta memberi komitmen yang lebih terutama murid-murid yang gagal khususnya tahun 4 Bestari memandangkan mempunyai bilangan murid asli yang ramai. Guru diingatkan juga meningkatkan peratus lulus dan gps mata pelajaran pada tahun hadapan. Sila rujuk headcount di lampiran 1 dan lampiran 2.
Tindakan: Guru Subjek
4. Hal-hal lain
4.1 Guru diminta merancang aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti murid pada sesi persekolahan 2014.
4.2 Guru matapelajaran diminta menyenaraikan barangan dan keperluan yang diperlukan untuk kegunaan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4.3 Guru yang menggunakan bengkel diminta memastikan keselamatan dan kebersihan bengkel dijaga dan sentiasa dititikberatkan.
Tindakan: Guru subjek
5. Ucapan penangguhan
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah memberi cadangan dan pendapat pada mesyuarat kali ini.
5.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada masa yang akan ditetapkan dan berharap segala perancangan yang telah dirancang dapat berjalan dengn jayanya.
Tindakan: Makluman
Disediakan oleh; Disahkan oleh;
........................................... ..........................................(Mohd Azrul B. Haminudin) (Razalli B. Nahu)Setiausaha, Guru Besar,Panatia Kemahiran Hidup, SK Tersang.SK Tersang.