minit mesyuarat kali kedua 2013

4
MINIT MESYUARAT KALI KEDUA 2013 PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SK JALAN HANG TUAH (2) 55200 KUALA LUMPUR Tarikh : 04 Julai 2013 Masa : 1.30 Petang Tempat : Bengkel Kemahiran Hidup Kehadiran : 1. En. Mohd Syahirman Abdullah 2. Pn. Haslina Ismail 3. En. Che Mustafa Che Yah 4. En. Mohd Fikri Zainuri Agenda : 1. Ucapan Pengerusi Majlis 2. Penutupan Bilik Kemahiran Hidup 3. Pembelian Alatan dan Bahan 4. Hal-hal lain 1. Ucapan Pengerusi Majlis Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran guru ke mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Kedua 2013 dan memohon kerjasama semua untuk memajukan dan menjayakan setiap perancangan yang akan dibuat oleh Panitia Kemahiran Hidup. Pengerusi memaklumkan bahawa mulai semester kedua 2013, terdapat perubahan besar terhadap pengurusan bilik dan proses PdP mata pelajaran Kemahiran Hidup. Guru-guru diharapkan dapat menerima perubahan tersebut secara positif dan berusaha untuk menjayakan setiap aktiviti PdP yang telah dirancang sebelum ini. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Pencadang : En. Mohd Fikri Zainuri Penyokong : Ustaz Che Mustapha Che Ya

Upload: nur-auni-syafiah

Post on 03-Sep-2015

64 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat tmk/rbt/kh

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA 2013PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

SK JALAN HANG TUAH (2)

55200 KUALA LUMPUR

Tarikh

: 04 Julai 2013Masa

: 1.30 PetangTempat

:Bengkel Kemahiran Hidup

Kehadiran:

1. En. Mohd Syahirman Abdullah

2. Pn. Haslina Ismail3. En. Che Mustafa Che Yah4. En. Mohd Fikri Zainuri

Agenda

:

1. Ucapan Pengerusi Majlis

2. Penutupan Bilik Kemahiran Hidup

3. Pembelian Alatan dan Bahan

4. Hal-hal lain1. Ucapan Pengerusi Majlis

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran guru ke mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Kedua 2013 dan memohon kerjasama semua untuk memajukan dan menjayakan setiap perancangan yang akan dibuat oleh Panitia Kemahiran Hidup. Pengerusi memaklumkan bahawa mulai semester kedua 2013, terdapat perubahan besar terhadap pengurusan bilik dan proses PdP mata pelajaran Kemahiran Hidup. Guru-guru diharapkan dapat menerima perubahan tersebut secara positif dan berusaha untuk menjayakan setiap aktiviti PdP yang telah dirancang sebelum ini.2. Pengesahan Minit Mesyuarat

Pencadang:En. Mohd Fikri Zainuri

Penyokong:Ustaz Che Mustapha Che Ya

3. Penutupan Bilik Kemahiran HidupBilik Kemahiran Hidup dengan rasminya akan ditutup penggunaannya mulai awal Ogos 2013. Penutupan bilik kemahiran hidup ini adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada pengubahsuaian bilik tersebut kepada bilik mini komputer. Pengerusi yang juga bertindak sebagai guru penyelaras ICT 2013 memaklumkan bahawa sekolah akan menerima 41 unit chrome book bersama kelengkapannya dan surat pengesahan mengenainya telah diterima.Sehubungan dengan penutupan bilik kemahiran hidup ini, satu gotong-royong untuk mengemaskan semua peralatan dan bahan dengan kerjasama semua guru Sekolah Jalan Hang Tuah 2 akan diadakan. Tarikh gotong-royong yang dicadangkan adalah pada 21 Julai 2013 iaitu pada hari Sabtu. Tarikh yang dicadangkan akan dimajukan kepada Guru Besar untuk pengesahan dan kelulusan.

Peralatan dan bahan yang dikemaskan akan disimpan di dalam almari. Almari tersebut untuk sementaraini masih akan ditempatkan di bilik tersebut sehingga tempat baru diperolehi. Aktiviti PdP yang melibatkan pembengkelan akan dijalankan secara kelas apungan iaitu dengan cara guru membawa peralatan dan bahan ke bilik darjah. Setiap guru akan dibekalkan dengan Tool Box sendiri yang proses pembeliannya telah dibuat. Guru adalah disarankan menggunakan tool box ini secara berhemah dan menjaganya sebaik mungkin. Sebarang masalah atau kesukaran yang timbul akibat PdP secara kelas apungan hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Panitia untuk dimaklumkan kepada pihak pentadbir.Tindakan : Guru Mata pelajaran

4. Pembelian Alatan dan Bahan Kemahiran HidupBerdasarkan mesyuarat JKS yang diadakan pada Jun 2013 yang lalu, didapati masih terdapat RM 970.00 wang peruntukan Panitia Kemahiran Hidup (PCG) yang belum digunakan. Sehubungan dengan ini ahli mesyuarat bersetuju untuk membeli peralatan dan bahan-bahan berikut :

i. 2 unit almari besi untuk penyimpanan alatan dan bahan

ii. Kit kerja kayu untuk setiap murid tahun 4, 5 dan 6

iii. 12 unit pisau bersama dengan bladeNilai kos sebenar pembelian peralatan dan bahan di atas akan dimaklumkan dalam mesyuarat selepas ini selepas mendapat kebenaran pembelian daripada pentadbir. Walaupun keputusan pembelian ini telah pun ditetapkan, guru adalah diharapkan untuk memaklumkan kepada Ketua Panitia sekiranya masih terdapat peralatan atau bahan yang masih belum mencukupi. Proses pembelian tambahan ini akan dibuat sekiranya masih terdapat lebihan peruntukan.

Tindakan : Ketua Panitia5. Hal-hal lain

5.1 Penggunaan buku stok adalah berjalan seperti biasa. Guru-guru hendaklah merekodkan setiap keluaran stok terutama yang melibatkan barang habis guna.Tindakan : Guru mata pelajaran5.2 Setiap peralatan yang rosak atau hilang masih perlu disenaraikan dan direkodkan dalam buku laporan kerosakan. Guru Kemahiran Hidup digalakkan untuk mengambil peluang semasa gotong-royong nanti untuk mengenalpasti alatan yang rosak atau hilang dan memaklumkan kepada Setiausaha untuk direkodkan. Tindakan : Guru mata pelajaran dan Setiausaha5.3 Untuk sementara sebarang urusan pinjaman alatan bengkel oleh lain-lain panitia adalah dibekukan. Kebenaran pinjaman akan diberikan semula sebaik sahaja semua urusan akibat penutupan bilik Kemahiran Hidup ini selesai.Tindakan : Ketua Panitia dan Guru mata pelajaranMesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

..

Pn. Haslina Binti Ismail

En. Mohd Syahirman Abdullah

Setiausaha

Ketua

Panitia Kemahiran Hidup

Panitia Kemahiran Hidup

SK Jalan Hang Tuah (2)

SK Jalan Hang Tuah (2)

55200 Kuala Lumpur

55200 Kuala Lumpur