minit mesyuarat kali ke3

2

Click here to load reader

Upload: azman94

Post on 20-Jul-2015

197 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat kali ke3

MINIT MESYUARAT KALI KE-3 RESONANS AZAM II

SEKRETARIAT AKADEMIK DAN ENGLISH SPEAKING ZONE

KOLEJ UNGKU OMAR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Hari : Selasa

Tarikh : 22/10/2013

Waktu : 9.00 – 12.00 malam

Tempat : Gelanggang skuasy, Kolej Ungku Omar

Agenda Mesyuarat:

1.0 Ucapan aluan dari Felo Penasihat Program

1.1 Yang Berbahagia Felo Penasihat Sekretariat Akademik dan English Speaking Zone,

Komate a/p Ramaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli

jawatankuasa yang hadir.

2.0 Ucapan aluan dari Pengarah Program

2.1 Ketua pengarah projek, Nurul Fatihah bt Kamsan menerangkan secara ringkas tentatif

program yang akan dijalankan sebagai ingatan kepada semua dan menerangkan

mengenai perkembangan semasa program.

3.0 Perkara berbangkit

3.1 Setiap ahli perlu membayar harga t-shirt sebanyak RM28 seorang. Bayaran boleh

dibayar secara ansuran sebagai deposit kepada pembekal t-shirt. Bagi memudahkan

urusan pembayaran, ketua exco diminta mengumpulkan duit t-shirt disertakan sekali

saiz baju daripada setiap ahli masing-masing, sebelum diserahkan duit tersebut

kepada Cik Nurul Fatihah atau bendahari, dan seterusnya kepada Cik Komate.

3.2 Untuk sumbangan sekurang-kurangnya RM50 seorang perlu dicari dari pihak

luar,bukannya menggunakan wang sendiri seperti daripada PTPTN atau biasiswa.

Page 2: Minit mesyuarat kali ke3

3.3 Setiap ahli perlu mencari pakaian bertemakan warna hitam atau putih, selari dengan

tema pertandingan iaitu “Arabian tale” dan “fairy tale” untuk dipakai semasa malam

majlis perasmian.

3.4 Untuk ahli exco program,mereka perlu mencari lagu tema hari pertandingan dan lagu

yang akan dinyanyikan oleh semua ahli Dream Resonance sebagai persembahan

akhir. Lagu tersebut perlulah dalam bahasa inggeris,energetik dan bermotivasi.

4.0 Ucapan penutup

4.1 Felo Penasihat berharap agar semua ahli dapat memberi kerjasama dan diharapkan

program bakal dapat dijalankan dengan lancar.

4.2 Yang Di-Pertua Pengarah Program Sekretariat Akademik dan English Speaking Zone,

saudari Nurul Fatihah bt Kamsan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama

yang telah diberikan dan berharap ahli yang hadir akan terus bersama sehingga

program selesai.

5.0 Penangguhan mesyuarat

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:00 a.m. dan tarikh untuk mesyuarat seterusnya

akan dimaklumkan kemudian.

Disediakan oleh,

………………………………

(NURMAIZATUL WAHIDA BINTI ROSLAN)

Setiausaha Resonans Azam II 2013