minit mesyuarat jss per1 jan-mei 2013

13
JABATAN SAINS SOSIAL MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2013 ●TARIKH : 03 JANUARI 2013 ●Jam : 02.30 Petang ●TEMPAT: Bilik ISO, IPGKTAA KEHADIRAN : 1. En. Umran bin Samsudin/En. Shaiful Bahari bin Bachik - Ketua Jabatan JSS 2. En. Mohamad Fauzi bin Ngah - Timbalan Ketua Jabatan 3. Pn. Sam Foong - Pensyarah Kanan 4. En. Teoh Eng Seah - Pensyarah Kanan 5. En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek - Setiausaha Jabatan 6. Tn. Hj. Mohd Sahardi bin Ismail - Ketua Unit PS 7. En. Johan bin Kadis - Ketua Unit PSV 8. En. Zamani bin Ibrahim - Ketua Unit KH & RBT 9. En. Ariff Fadillah bin Khalil - Ketua Unit Muzik 10. En. Mazuki bin Abd. Razak - Pensyarah PS 11. En. Mohamad Kasasi bin Abd Majid - Pensyarah PS 12. En. Rhozisham bin Abd Rashid - Pensyarah PS 13. En. Yusri bin A Ghani - Pensyarah PS 14. En. Zolpatai bin Elias - Pensyarah PS 15. Cik Norsidah binti T Mohamed - Pensyarah PS 16. Pn. Hajah Nurul ‘Amilin binti Abdullah - Pensyarah PS 17. En. Mahadi bin Hussin - Pensyarah Muzik 18. En. Norshamsuri bin Sapiai @ Shafie - Pensyarah Muzik 19. En. Syahariman bin Hamid - Pensyarah Muzik 20. Cik Nor Sazila binti Zakaria - Pensyarah KH & RBT 21. En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah - Pensyarah PSV 1

Upload: mohd-zamani-mnp

Post on 20-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

mesyuarat le

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat JSS Per1 Jan-mei 2013

JABATAN SAINS SOSIALMINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2013

●TARIKH : 03 JANUARI 2013 ●Jam : 02.30 Petang●TEMPAT: Bilik ISO, IPGKTAA

KEHADIRAN:

1. En. Umran bin Samsudin/En. Shaiful Bahari bin Bachik - Ketua Jabatan JSS2. En. Mohamad Fauzi bin Ngah - Timbalan Ketua Jabatan3. Pn. Sam Foong - Pensyarah Kanan4. En. Teoh Eng Seah - Pensyarah Kanan5. En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek - Setiausaha Jabatan6. Tn. Hj. Mohd Sahardi bin Ismail - Ketua Unit PS7. En. Johan bin Kadis - Ketua Unit PSV8. En. Zamani bin Ibrahim - Ketua Unit KH & RBT9. En. Ariff Fadillah bin Khalil - Ketua Unit Muzik10. En. Mazuki bin Abd. Razak - Pensyarah PS11. En. Mohamad Kasasi bin Abd Majid - Pensyarah PS12. En. Rhozisham bin Abd Rashid - Pensyarah PS13. En. Yusri bin A Ghani - Pensyarah PS14. En. Zolpatai bin Elias - Pensyarah PS15. Cik Norsidah binti T Mohamed - Pensyarah PS16. Pn. Hajah Nurul ‘Amilin binti Abdullah - Pensyarah PS17. En. Mahadi bin Hussin - Pensyarah Muzik18. En. Norshamsuri bin Sapiai @ Shafie - Pensyarah Muzik19. En. Syahariman bin Hamid - Pensyarah Muzik20. Cik Nor Sazila binti Zakaria - Pensyarah KH & RBT21. En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah - Pensyarah PSV

TIDAK HADIR BERSEBAB:

- Tiada

1

Page 2: Minit Mesyuarat JSS Per1 Jan-mei 2013

1. Aluan Pengerusi (En. Umran bin Samsudin, KJ, JSS)

1.1 Mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah JSS di atas kesudian menghadirkan diri ke mesyuarat dan memberi sokongan yang padu bagi menjayakan segala aktiviti serta program JSS.

Makluman

1.2 Mengucapkan sekalung taniah dan setinggi penghargaan kepada En. Shaiful Bahari bin Bachik di atas lantikan baharu beliau sebagai KJ, JSS yang berkuatkuasa pada 01 Januari 2013.

Makluman

1.3 Mengalu-ngalukan kedatangan para pensyarah baharu yang akan bertugas di JSS iaitu:i) En. Zamani bin Ibrahim - Pensyarah KH & RBT,ii) En. Mohamad Kasasi bin Abd Majid - Pensyarah PS,iii) dan Pn. Hajah Nurul ‘Amilin binti Abdullah - Pensyarah PS.

Makluman

1.4 Mengucapkan taniah dan syabas kepada semua pensyarah PSV iaitu En. Johan bin Kadis, En. Shaiful Bahari bin Bachik, En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah dan En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek dalam merealisasikan Pameran Radar 360˚ dengan begitu jayanya sehingga mendapat pujian di kalangan seluruh warga IPGKTAA dan masyarakat luar.

Makluman

1.5 Mengucapkan taniah juga kepada En. Teoh Eng Seah (Pensyarah Kanan JSS) kerana telah diberi penghormatan serta pengiktirafan sebagai ‘Wakil Go Green IPGKTAA’ oleh ‘Go Green International Organisation’ (GGIO) pada 05 Julai 2012.

Makluman

1.6 Mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah dalam Unit Muzik dan juga Unit PSV yang terlibat secara langsung dalam menjayakan Persembahan Muzik Tradisional iaitu Gamelan, Persembahan Seni (‘Performing Art’) dan Pameran Seni Visual yang bertemakan Kitar Semula sempena ‘Go Green International Organisation’ (GGIO) pada 05 Julai 2012 yang berlangsung di Dewan Darul Makmur, IPGKTAA.

Makluman

1.7 Memaklumkan pertukaran Tn. Hj. Mohd Bakari bin Zakaria (Pensyarah KH & RBT) ke IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu Darul Iman. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau kerana banyak membantu di dalam proses p&p serta program dan aktiviti JSS.

Makluman

1.8 Semua Pensyarah JSS diingatkan agar dapat menyempurnakan penyediaan Folio Pensyarah dan Folio Kursus Sem. 2, Jun-November 2012 dengan lengkap, teratur dan sistematik. Dokumen-dokumen penting seperti Pro-Forma, Rancangan Mengajar Semester serta Mingguan dan tidak lupa juga Jadual Penentu Tugasan (JPT) diselaraskan begitu tertib mengikut takwim semester dan keperluan setiap kursus dengan kadar segera sebelum audit ISO berlangsung.

Makluman2

Page 3: Minit Mesyuarat JSS Per1 Jan-mei 2013

1.9 Selain itu juga, semua pensyarah JSS diingatkan oleh KJ, JSS supaya dapat membuat persediaan awal yang lebih rapi, terancang dan sistematik di dalam penyediaan Folio Pensyarah dan juga Folio Kursus, Sem. 1, Jan-Mei 2013 seperti Pro-Forma, Rancangan Pengajaran Semester dan Mingguan serta tidak lupa juga Jadual Penentu Tugasan mengikut takwim semester yang telah disediakan.

Makluman

1.10 Beliau mengingatkan kepada semua Pensyarah PSV agar melaksanakan proses Moderasi Markah Kerja Kursus dengan ikhlas, jujur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Unit Peperiksaan, IPGKTAA dan ISO. Manakala markah pelajar perlu diberi mengikut aras dan sisihan piawai yang betul dan yang telah ditetapkan.

Makluman

1.1 Mengingatkan kepada pensyarah-pensyarah yang akan atau yang bakal bertukar ke IPGK-IPGK lain, agar menyiapkan segala fail pensyarah dan fail kursus dengan lengkap dan membuat serahan tugas yang berkaitan dengan JSS kepada KJ, JSS sebelum berpindah.

Makluman

1.2 Menyaran kepada semua pensyarah JSS mengamalkan ‘Practical Learning’ iaitu membuat ‘In-house Training’ bagi melatih menyelesaikan masalah berkaitan dengan perkara baharu yang terdapat di dalam kuliah atau pengajaran seperti contoh masalah mencari maklumat dalam bidang pembelajaran.

Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat.

2.1 Setiausaha JSS, En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek membentangkan minit mesyuarat JSS kali ketiga bertarikh 25 Julai 2012.

Makluman

2.2 Pembetulan perkara 5.4.4:En. Marzuki bin Abd. Razak meminta supaya ayat dipaksa lulus ditukarkan kepada diberi bimbingan.

Tindakan: SU, JSS

2.3 Pembetulan perkara 6.2:En. Mohamad Fauzi bin Ngah meminta supaya nama En. Roziki ditukarkan kepada En. Rozieky.

Tindakan: SU, JSS

2.4 En. Mohamad Fauzi bin Ngah mencadangkan Minit Mesyuarat Kali Ketiga, 2012 diterima dan disahkan dengan sedikit pindaan. Disokong oleh: Tn. Hj. Mohd Sahardi bin Ismail.

Makluman

3

Page 4: Minit Mesyuarat JSS Per1 Jan-mei 2013

3. Perkara Berbangkit.

3.1 En. Mohamad Fauzi bin Ngah selaku TKJ JSS meminta dan mengingatkan semua KU, JSS mengenalpasti semua subjek yang telah didaftarkan di JSS dimasukkan dengan betul di dalam jadual bagi mengelakkan berlakunya keciciran subjek seperti yang berlaku pada tahun lepas.

Tindakan: Semua KU, JSS

3.2 En. Mahadi bin Hussin meminta KJ, JSS menetapkan tarikh akhir menghantar Folio Pensyarah dan Folio Kerja Kursus supaya proses pengumpulannya berlaku dalam keadaan adil, selaras, teratur dan terkawal.

Tindakan: KJ, JSS

3.3 En. Umran bin Samsudin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kesalahan dan juga kesilapan ketika beliau menyandang tugas sebagai KJ di JSS. Seterusnya beliau menyerahkan mesyuarat untuk dikendalikan oleh KJ, JSS baharu iaitu En. Shaiful Bahari bin Bachik.

4. Ketua Jabatan Baharu Mengambil Alih Mempengerusikan Mesyuarat.

4.1 Mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua pensyarah JSS di atas kesudian hadir ke mesyuarat. Mengharapkan agar semua pensyarah di JSS dapat bersatu hati, bergabung tenaga dan bekerjasama dalam melaksanakan tugas-tugas di JSS demi mencapai Visi dan Misi IPGKTAA.

Makluman

4.2 Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala sumbangan dan kerjasama kepada semua rakan pensyarah yang akan bertukar IPG dan jabatan seperti Cik Hajah Nor Sazila binti Zakaria, Tn. Hj. Mohd Sahardi bin Ismail dan Cik Hajah Norsidah binti T Mohamed.

Makluman

4.3 Mengumumkan beberapa pindaan dan perubahan baru dalam JSS di antaranya ialah:2.4.1 Carta Organisasi JSS 2013.2.4.2 KU, PS - En. Marzuki bin Abd. Razak.2.4.3 KU, KH & RBT - En. Zamani bin Ibrahim.2.4.4 KU, PSV - En. Johan bin Kadis.2.4.5 KU, Muzik - En. Ariff Fadillah bin Khalil.

Makluman

5. Laporan Ketua Unit.

5.1 Unit Muzik – En. Ariff Fadillah bin Khalil.

5.1.1 Mengucapkan salam kepada semua pensyarah JSS yang hadir pada mesyuarat kali ini.Makluman

4

Page 5: Minit Mesyuarat JSS Per1 Jan-mei 2013

5.1.2 Mengucapkan terima kasih kepada En. Syahariman bin Hamid kerana membantu beliau menyiapkan Jadual Waktu mengajar Sem.1, Jan-Mei 2013.

Makluman

5.1.3 Meminta supaya Buku Inventori Pendidikan Muzik diserahkan kepada En. Mahadi bin Hussin dengan kadar segera bagi memudahkan dan melancarkan proses penyemakan alat-alat muzik, kerosakkan alat-alat muzik dan sebagainya.

Makluman

5.1.4 Agihan waktu mengajar bagi Unit Muzik:1. En. Ariff Fadillah bin Khalil - MU 2311 P5

- MU 2312 P5- MU 2311 P5 (Pemulihan)

2. En. Mahadi bin Hussin - MU 2311 P5- MU 2312 P5- PRM 3101

3. En. Norshamsuri bin Sapiai @ Shafie - MU 2311 P5- MU 2312 P5- PRM 3102

4. En. Syahariman bin Hamid - MU 2311 P5- MU 2312 P5- MU 2311 P5 (Pemulihan)

5. En. Umran bin Samsudin - MU 2311 P5 (Pemulihan)

(Akan berlaku perubahan dari masa ke semasa dan akan dimaklumkan kelak)Makluman

6. Laporan Ketua Unit.

6.1 Unit Pengajian Sosial (PS) – Tn. Hj. Mohd Sahardi bin Ismail.

6.1.1 Mengucapkan salam kepada semua pensyarah JSS yang hadir mesyuarat pada kali ini.Makluman

6.1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah PS terutama yang membantu beliau menyiapkan jadual waktu KDC. Jasa mereka tetap dikenang hingga ke akhir hayat.

Makluman

6.1.3 Mengucapkan selamat datang kepada En. Mohamad Kasasi bin Abd Majid dan Pn. Hajah Nurul ‘Amilin binti Abdullah ke Unit PS. Semoga dengan kehadiran mereka dapat mempertingkatkan prestasi Unit PS.

Makluman

5

Page 6: Minit Mesyuarat JSS Per1 Jan-mei 2013

6.1.4 Memaklumkan bahawa semua pelajar dalam Unit PS lulus kecuali 2 orang pelajar yang telah gagal dalam subjek Sejarah. Beliau berharap agar pelajar-pelajar berkenaan dapat diberi bimbingan dan tunjuk ajar yang secukupnya oleh pensyarah yang terlibat.

Makluman 6.1.5 Memaklumkan bahawa 2 orang pelajar telah terpilih menyertai Seminar Kajian Zon Timur iaitu:

1. Aminah binti Ibrahim.2. Jumain binti Ismail.

Makluman

6.1.6 Mata pelajaran PS yang ditawarkan pada Sem. 1, Jan-Mei, 2013:1. PPISMP i) Sem. 2 - SJH 1103

ii) Sem. 3 - SJH 1105 - SJH 1107 - SJH 1108

2. PISMP i) Sem. 3 - WAJ 3106ii) Sem. 5 - PSS 3109 - PSS 3110iii) Sem. 7 - PSS 3113

3. PPG i) WAJ 3106

(Akan berlaku perubahan dari masa ke semasa dan akan dimaklumkan kelak) Makluman

7. Laporan Ketua Unit.

7.1 Unit Kemahiran Hidup & Reka Bentuk Teknologi (KH & RBT) – En. Zamani bin Ibrahim

7.1.1 Mengucapkan salam kepada semua pensyarah JSS yang hadir mesyuarat kali ini.Makluman

7.1.2 Mengucapkan terima kasih kepada mantan KJ, JSS kerana mengambil beliau menjadi salah seorang tenaga pengajar bagi Unit KH & RBT di JSS.

Makluman

7.1.3 Jadual Waktu Sesi Jan-Mei 2013 untuk RBT 3117 dan RBT 3118 telah disiapkan sepertimana agihan berikut:1. En. Zamani bin Ibrahim – RBT 3117 (9 jam seminggu).2. Cik Hajah Nor Sazila binti Zakaria – RBT 3119 (8 jam seminggu).

Makluman

7.1.4 RBT 3117 melibatkan PISMP Sem. 3, Unit BM1, BM2 dan BT.RBT 3119 melibatkan PISMP Sem. 5, Unit BM1 dan BM2.

Makluman

6

Page 7: Minit Mesyuarat JSS Per1 Jan-mei 2013

7.1.5 Penyelaras RBT 3117 - En. Zamani bin IbrahimPenyelaras RBT 3119 - Cik Hajah Norsazila binti Zakaria.

Makluman

7.1.6 Sesi Interaksi PPG melibatkan kursus RBT 3117 dan RBT 3118 bagi pelajar Sem. 3 dan Sem. 4 Sesi Jan-Mei 2013.

Makluman

8. Laporan Ketua Unit.

8.1 Unit Pendidikan Seni Visual (PSV) – En. Johan bin Kadis.

8.1.1 Mengucapkan salam kepada semua Pensyarah JSS yang hadir mesyuarat kali ini.Makluman

8.1.2 Mengucapkan terima kasih kepada mantan KJ, JSS dan semua pensyarah JSS terutamanya pensyarah-pensyarah dalam Unit PSV dalam membantu menjayakan Pameran Radar 360˚.

Makluman

8.1.3 Mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Shahnam bin Abdul Rashid (Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu) dalam membantu mempublisitikan Pameran Radar 360˚ di dalam akhbar Sinar Harian dan Berita Harian.

Makluman

8.1.4 Semua pelajar PSV telah lulus di dalam peperiksaan termasuk 3 orang calon PPG yang gagal pada semester lepas.

Makluman

8.1.5 Agihan waktu mengajar bagi Unit PSV adalah seperti berikut:1. PSV 3113 - PPISMP Sem. 7 (PSV/PJ/BM) = 3(3+0) - En. Saiful Bahari bin Bachik.2. PSV 3107 - PPISMP Sem. 5 (BM1/PJ/PSV) = 3(2+1) - En. Johan bin Kadis.3. PSV 3104 - PISMP Sem. 3 (PC/PJ/PSV) = 3(3+0) - En. Johan bin Kadis.4. PS3311P4 - PPISMP Sem. 3 (PC/PJ/PSV) = 3(2+1) - En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah5. PS2311P5 - PPISMP Sem. 2 (PC/PJ/PSV) = 4(3+1) - En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek.

Makluman

8.1.6 Sedikit laporan berkenaan dengan ‘Makmal Komputer PSV’:1. Hampir 95% siap iaitu 31 destop (PC) lengkap dengan perisian ‘i-Mac’ dan ‘Window’.2. Keseluruhannya hampir mencecah RM500K.3. Segala kawalan dan pengurusan diserahkan di bawah kawalan dan jagaan Unit PSV.

Penyelarasnya ialah En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah.4. Diselenggarakan oleh Unit Teknikal IPGKTAA.

Makluman

7

Page 8: Minit Mesyuarat JSS Per1 Jan-mei 2013

9. Hal-hal Lain

9.1 En. Shaiful Bahari bin Bachik melantik En. Mohamad Kasasi bin Abd Majid sebgai Penyelaras Jadual Waktu JSS yang baharu bagi menggantikan Tn. Hj. Mohd Sahardi bin Ismail.

Tindakan: En. Mohamad Kasasi bin Abd Majid

9.2 En. Syahariman bin Hamid meminta agar KJ, JSS membangkitkan semula cadangan dalam Mesyuarat M3P berkenaan dengan keperluan seorang staf sokongan bagi membantu menguruskan pengurusan JSS dari segi:i) Inventori (tempat simpanan alat dan barang),ii) Bilik Muzik,ii) Studio PSV,iii) dan Bilik KH & RBT.

Tindakan: KJ, JSS

9.3 En. Syahariman bin Hamid meminta agar AJK Perabot JSS mengambil rak di Pusat Sumber, IPGKTAA untuk tujuan urusan susunan folio dan fail di JSS.

Tindakan: AJK Perabot JSS

9.4 En. Syahariman bin Hamid juga meminta supaya KJ, JSS memaklumkan dalam Mesyuarat M3P bahawa pihak stor sepatutnya mendapatkan sebut harga barang-barang dan bukannya tugas pensyarah.

Tindakan KJ, JSS

9.5 En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah meminta agar KJ, JSS memaklumkan dalam Mesyuarat M3P agar menggantikan pintu kayu di ‘Makmal Komputer PSV’ kepada pintu kaca yang lebih selamat dan terjamin keteguhannya. Ini adalah untuk memastikan makmal tersebut sentiasa berada di dalam keadaan yang lebih selamat dan mudah dikawal.

Tindakan: KJ, JSS

9.6 En. Teoh Eng Seah menjelaskan terdapat beberapa aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar-pelajar IPGKTAA dengan komuniti luar seperti di SK Kuala Tembeling, Jerantut dalam Pro-Forma PSS 3108.

Makluman

9.7 En. Teoh Eng Seah menjemput dan menyarankan agar pensyarah-pensyarah JSS menyertai Kumpulan Inovatif dan Kreatif bagi menjalankan suatu projek inovatif dan kreatif selaras dengan Visi dan Misi IPG.

Makluman

9.8 En. Teoh Eng Seah mengajak semua pensyarah khususnya pensyarah-pensyarah JSS menyemaikan minat yang mendalam memelihara alam sekitar dengan menanam pokok di

8

Page 9: Minit Mesyuarat JSS Per1 Jan-mei 2013

sekitar kawasan IPGKTAA bagi merealisasikan kempen Go-green anjuran ‘Go Green International Organisation’ (GGIO) pada 05 Julai 2012 yang lepas

Makluman

�⃰ Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 04.30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh:

…………………………………………….……............... ……………………………………................(EN. SYAMRUL NIZAM B. ABDUL MALEK) (EN. SHAIFUL BAHARI B. BACHIK)Setiausaha Jabatan, Ketua Jabatan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Tarikh: Tarikh:9