minit mesyuarat hem kali-3 2014

6
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI-3 BIL 1/2014 Tarikh : 9/7/2013 (RABU) Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Guru SK Tampasak Kehadiran : 1. En Bernard Lucas Daim (Guru Besar) 2. Pn. Teresa Anjimi (Pen Kanan Pentadbiran) 3. En. Madeh Hj Zikerah (Penolong Kanan HEM) 4. Pn. Rusiah Ahmid (Pen Kanan Ko-Kurikulum) 5. En. Azhar Mat 6. En. Drahman Ismawi 7. Pn. Nurul Idzyani Ibrahim 8. En. MatZain Bin Mat Kasim 9. Pn. Rusnaneh Bt Ramlee 10. Pn. Salbiah Bt Ali 11. Pn. Habib Sapiah Habib Abidin 12. Pn. Ainun Alidas 13. Pn. Zainab Zainal 14. Pn. Christina Eku 15. Pn. Nooryati Ahmad Baghawi 16. En. Lesley Maidol 17. Pn. Virinah Jolis 18. Pn. Christina Eku 19. En Zalani Amit 20. En Jamlih Nerubi 21. Cik Shafini Binti Tahir 22. Pn Nooraziah Amdin 23. Pn Siti Zaibah Junsin 24. Pn Siti Norfahzan Binti Ibrahim 25. Pn Linis Lodius @ Bernadeth 26. Cik Melissa Jemoline 27. En Raiken Krutok 28. Pn Noraini Ibrahim 29. En Saidi Sakkaran SEKOLAH KEBANGSAAN TAMPASAK KINARUT PETI SURAT 132, 89608 PAPAR, SABAH. TEL :088-751339

Upload: virinah

Post on 01-Oct-2015

532 views

Category:

Documents


77 download

DESCRIPTION

Contoh minit mesyuarat Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI-3 BIL 1/2014Tarikh

: 9/7/2013 (RABU)Masa

: 2.00 petangTempat: Bilik Guru SK Tampasak Kehadiran:

1. En Bernard Lucas Daim (Guru Besar)

2. Pn. Teresa Anjimi (Pen Kanan Pentadbiran)3. En. Madeh Hj Zikerah (Penolong Kanan HEM)

4. Pn. Rusiah Ahmid (Pen Kanan Ko-Kurikulum)5. En. Azhar Mat

6. En. Drahman Ismawi

7. Pn. Nurul Idzyani Ibrahim

8. En. MatZain Bin Mat Kasim

9. Pn. Rusnaneh Bt Ramlee

10. Pn. Salbiah Bt Ali

11. Pn. Habib Sapiah Habib Abidin

12. Pn. Ainun Alidas

13. Pn. Zainab Zainal

14. Pn. Christina Eku

15. Pn. Nooryati Ahmad Baghawi

16. En. Lesley Maidol

17. Pn. Virinah Jolis

18. Pn. Christina Eku

19. En Zalani Amit

20. En Jamlih Nerubi

21. Cik Shafini Binti Tahir

22. Pn Nooraziah Amdin

23. Pn Siti Zaibah Junsin

24. Pn Siti Norfahzan Binti Ibrahim

25. Pn Linis Lodius @ Bernadeth

26. Cik Melissa Jemoline

27. En Raiken Krutok

28. Pn Noraini Ibrahim29. En Saidi Sakkaran

Tidak Hadir:1. En Razali Rashid

Bil.Agenda/PerkaraTindakan

01Ucapan Penasihat (Guru Besar)

1.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana hadir ke mesyuarat HEM kali ke-3 sesi 2014. Beliau berharap agar mesyuarat pada petang ini dapat berjalan dengan lancar.

1.2 Guru Besar mengingatkan semua guru agar sentiasa kemaskini buku rekod pengajaran (RPH).

1.3 Kehadiran guru beliau menegaskan semua guru untuk sentiasa hadir ke sekolah dan mematuhi masa mengikut jadual kelas yang ditetapkan. 1.4 UPSR 2014 memohon guru-guru untuk mempertingkatkan usaha untuk menaikkan prestasi UPSR tahun 2014 dan menetapkan sasaran untuk keluar daripada kelompok Sekolah Prestasi Rendah (SPR).Ucapan Pengerusi ( PK HEM )

1.5 PK HEM (En. Madeh Zikerah ) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan berharap mesyuarat pada petang ini dapat berjalan dengan lancar.

02Pengesahan Minit Mesyuarat LaluPencadang : Pn Virinah JolisPenyokong : En Drahman Ismawi

03Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara dibangkitkan.

04Kehadiran Murid4.1 PK Hem memohon kepada guru kelas agar sentiasa kemaskini buku kehadiran murid. Laporan kehadiran murid setiap hujung bulan hendaklah dikemaskini dengan segera untuk tujuan pelaporan ke PPD.4.2 E-hadir guru kelas boleh menghantar maklumat kepada En Aubrey River untuk kemasukan data.

4.3 PK Hem mengingatkan kepada semua guru kelas agar mengambil tindakan untuk mengeluarkan surat amaran kepada murid yang tidak hadir ke sekolah sebanyak 3 kali.

05Laporan Disiplin

5.1 En Drahman pas kebenaran murid keluar kelas telah dibuat dan digunakan oleh murid. Walaubagaimanapun penggunakan kad tersebut di kalangan murid masih kurang memuaskan.

5.2 Guru kelas sila laporkan jika ada sebarang kehilangan pas kebenaran tersebut.

5.3 Laporan kesalahan murid sebarang laporan kes kesalahan murid dibuat secara laporan bertulis pada buku laporan bertugas mingguan.

5.4 Buku laporan mingguan perlu dibuat baru tindakan Pn Zainab Zainal.

06Laporan Kantin

6.1 En Jamlih akan mengadakan mesyuarat khas kantin pada masa yang akan ditetapkan untuk tujuan tender kantin.

07Data APDM

7.1 Pn Nurul Idzyani sehingga minggu yang lepas data APDM bagi semua kelas telah dikemaskini. Mohon guru kelas untuk sentiasa kemaskini sekiranya ada murid keluar atau masuk sekolah.

7.2 Setiap guru kelas boleh melayari aplikasi APDM melalui website dengan cara memasukkan no. kad pengenalan sebagai ID dan guru sebagai kata laluan.

08RMT

8.1 Pn Virinah hasil pemantauan yang dijalankan, keadaan kualiti dan kuantiti makanan RMT adalah kurang memuaskan. Guru bertugas diharap dapat menjalankan tugas untuk sentiasa memantau keadaan makanan RMT.

8.2 Surat pekeliling terkini, sepanjang bulan puasa bekalan RMT untuk murid muslim dihentikan. Peruntukan RMT tersebut akan dikembalikan kepada kerajaan seperti tersebut dalam pekeliling.

8.3 Pn Rusiah- buku laporan RMT perlu diisi oleh guru bertugas bagi memudahkan proses pelaporan dan aduan.

8.4 En Madeh setiap guru diberi kuasa untuk memantau keadan makanan RMT dan adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk memastikan makanan RMT selamat dan berpatutan.

09Keceriaan Sekolah

9.1 Pn Salbiah berikutan kebakaran bangunan sekolah pada Mei lepas, pertandingan kecerian kelas tidak dapat diteruskan.

9.2 Memohon agar semua guru memastikan keceriaan bilik guru dan bilik pentadbiran.

9.3 Amalan 5S di bilik guru perlu diamalkan oleh setiap guru memandangkan pemantauan ada dibuat untuk tujuan perkara tersebut.

10Bimbingan Dan Kaunseling

10.1 En Jamlih program motivasi untuk murid menduduki UPSR telah dijalankan.

10.2 Sesi kaunseling ada dibuat secara formal dan mempunyai laporan setiap sesi kaunseling.

11Unit Keselamatan

11.1 En Mat Zain terdapat kawasan-kawasan berbahaya di dalam kawasan sekolah yang terdedah oleh haiwan seperti lipan dan ular. Keadaan tersebut boleh membahayakan murid dan minta pihak pentadbir untuk menangani masalah tersebut.

11.2 PPDa Pendidikan Pencegahan Dadah menyarankan penyebaran pesanan selama 5 minit anti-dadah kepada murid-murid. Antara lain program ialah seperti mesej anti-dadah setiap laluan sekolah dan menjalankan sambutan minggu anti-dadah. Setakat ini belum ada aktiviti dilaksanakan akan dirancang.

12Hal-hal lain.

12.1 En Jamlih Kelab Guru akan menyumbangkan hadiah kepada Pn Siti Zaibah sempena bersalin.12.2 En Zalani taklimat mengenai PLC (Profesional Learning Communities) akan dijalankan dalam masa terdekat.

- Deskboard sekolah akan diusahakan dalam masa terdekat.

12.3 Pn Ainun mohon agar pembinaan pagar di sekeliling kelas kem bagi mengelak anjing dan orang luar untuk masuk ke kelas ketika waktu luar persekolahan.

12.4 Pn Salbiah guru-guru diminta meneruskan usaha menceriakan sekolah dengan menceriakan kelas kem. Mengucapkan terima kasih kepada En Madeh atas usaha menyediakan langsir bagi setiap kem.12.5 Cik Melissa untuk Ujian LINUS, murid pra-sekolah adalah wajib mengikuti ujian tersebut.

12.6 Guru Besar menyarankan semua guru dan AKS mengamalkan 5S di bilik guru dan, bilik pentadbiran dan stor.

- Program Guru Penyayang perlu diteruskan sepanjang tahun.

13Penutup

13.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana telah menjayakan mesyuarat pada petang ini. Mesyuarat dipohon untuk ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Mesyuarat ditangguh pada jam 4.00 petang.

Dicatat oleh:

Disemak oleh:.

..( En. Lesley Maidol )

(En. Madeh Zikerah )

Setiausaha

Pen. Kanan HEMUnit Hal Ehwal Murid

SK Tampasak Minit dicadang untuk disahkan oleh:..Disokong oleh :Sk..1. Pejabat Pelajaran Daerah Papar

2. Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMPASAK KINARUT

PETI SURAT 132, 89608 PAPAR, SABAH.

TEL :088-751339