minit mesyuarat hem 1 2015 terkini destop

Upload: faizhelmi

Post on 07-Oct-2015

97 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT HEM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LINDUNGAN RAJA

KALI PERTAMA 2015Tarikh : 13 Januari 2015

Tempat

: Bilik Gerakan SK. Seri Lindungan Raja

Hari : SelasaMasa : 2.00 petang

Tidak hadir bersebab :

1. Pn. Khatijah binti Yahya2. En. Shahairi bin Suratman3. Pn. Amalina binti Mohamed Adnan4. Cik. Fadliyana binti Mohamad Fathil5. Pn.Noraini binti Che Pa1. Ucapan Pengerusi

1.1. Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada guru-guru yang hadir.

Tindakan : Makluman 2. Pembentangan minit mesyuarat. 2.1. Disahkan oleh En. Abd Manaf bin Hussin2.2. Disokong oleh En.Muhamad Arifin bin SulaimanTindakan : Makluman

3. Perkara berbangkit3.1. Setiap murid layak menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM 100.00. Bantuan tersebut akan diberikan pada 19.01.2015.3.2. Latihan kebakaran pada tahun 2015 akan diadakan pada awal tahun.Tindakan : Makluman

4. Pengurusan HEM4.1. Pengesahan Jawatankuasa HEM

Rujuk Lampiran Panduan Pengurusan Sekolah yang diberikan kepada semua guru. 2015Tindakan : Semua Guru

4.2. Rancangan Makanan Tambahan ( RMT )4.2.1. Puan Amalina binti Mohamed Adnan dilantik sebagai setiausaha RMT pada tahun 2015.4.2.2. Guru bertugas RMT rujuk pada takwim 2015 yang diberikan.

4.2.3. Guru yang bertugas RMT mesti datang awal.Sekiranya makanan tidak diambil oleh murid ,pastikan ada pengganti.

4.2.4. Buku laporan RMT diletakkan di pejabat selepas membuat laporan bagi memudahkan PKHEM membuat pengesahan.4.2.5. Pengurusan yang menyediakan makanan perlu memakai sarung tangan bagi memastikan kebersihan makanan terjamin.4.2.6. Nilai harga makanan yang dihidangan RM 2.50 sekirnya tidak berpatutan beri komen.

4.2.7. Memastikan murid membaca doa sebelum dan selepas makan.

4.2.8. Memastikan murid menghabiskan makanan yang diambil sebelum meletakkan di dalam bekas yang disediakan.

4.2.9. Timbang dan ukur ketinggian murid sebelum bulan Februari.

4.2.10. Pastikan murid adalah warganegara Malaysia.

4.2.11. Pastikan bilangan makanan mencukupi

4.2.12. Guru makan terlebih dahulu untuk menilai kualiti makanan.

Tindakan : PK HEM dan AJK RMT

4.3. Program Susu 1 Malaysia.

4.3.1. Susubelum dibekalkan lagi pada tahun 2015.4.3.2. Murid hanya dibenarkan minum susu di sekolah.

4.3.3. Guru perlu memberi penerangan dan buat demo kepada murid-murid cara-cara minum susu dengan betul. 4.3.4. Murid membuang kotak minuman pada tempat yang disediakan.

4.3.5. Memastikan keselamatan susu terjaga dan bilangan susu mencukupi di bilik penyimpanan .

Tindakan : PK HEM dan AJK PS1M

4.4. Pengurusan kantin sekolah 4.4.1. Keadaan fizikal kantin ada penambahbaikan.4.4.2. Penjualan makanan segera seperti hot dog tidak dibenarkan.Perlu maklumkan kepada pengusaha kantin. 4.4.3. Pesanan kepada murid supaya membeli makanan yang berkhasiat untuk kesihatan.4.4.4. Guru bertugas perlu buka peti sejuk dan pastikan suhu dan pembungkusan makanan dalam keadaan selamat serta kebersihan kawasan kantin semasa membuat laporan.4.4.5. Pengurusan kantin mesra pelanggan dan harga berpatutan.

4.5. Program sekolah penyayang4.5.1. Setiausaha program sekolah penyayang Puan Fatimah Mahat dan naib setiausaha Encik Jasni bin Othman dan guru bertugas menyambut murid dengan memberi salam dan memberi teguran di depan pintu pagar sehingga pukul 7.35 pagi. 4.5.2. Perlu ada dokomentasi untuk sekolah penyayang sebagai bukti program tersebut dijalankan.

4.6. Disiplin dan peraturan sekolah4.6.1 Kutipan duit peraturan sekolah bagi murid tahun satu diserahkan kepada

PKHEM. 4.6.2 Guru perlu memberitahu adab-adab ke tandas dan cara-cara

penggunaan tandas yang betul kepada murid tahun satu.

Tindakan : PK HEM dan semua guru

4.7. Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT )

4.7.1. Penyelaras buku teks Encik Nasruddin, telah membuat agihan kepada murid-murid Tahun 2, 3, 4, 5, dan 6 sebelum cuti akhir tahun mengikut jadual yang diberi.4.7.2. Buku teks tahun 1 akan diedarkan kepada murid-murid pada hari pendaftaran murid tahun 1.

Tindakan : PK HEM dan AJK SPBT

4.8. Bimbingan dan kaunseling4.8.1. Perancangan aktiviti untuk tahun satu hingga enam.4.8.2. Adakan bimbingan secara berkelompok dan individu sekitranya ada permasalahan yang timbul.4.8.3. Agihan satu waktu dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk bimbingan dan kaunseling.

4.8.4. Pemberitahuan kepada murid adab lelaki dan perempuan.

Tindakan : Guru Bimbingan Dan kaunseling4.9. Buku kedatangan pelajar4.9.1. Lengkapkan semua maklumat dalam buku kedatangan.4.9.2. Jangan liquid pada buku kedatangan sekiranya membuat kesilapan.

Hanya perlu tandatangan ringkas.

4.9.2

Tindakan : PK HEM, Guru Pengawas dan AJK Kantin4.10. Pengurusan Pendaftaran Pra Sekolah dan Tahun 14.10.1. Tarikh 26.6.2014 diadakan perkhemahan dan sukaneka untuk murid-murid pra-sekolah.4.10.2. Pada 13 November 2014 pihak Pra-Sekolah telah mengadakan Majlis Konvokesyen murid-murid Pra-Sekolah.

4.10.3. Pendaftaran murid Tahun 1 akan diadakan pada 28 Disember 2014.

4.10.4. Januari 2015 merupakan minggu Transisi untuk pelajar tahun 1. Tindakan : PK HEM, AJK Pra Sekolah dan AJK Pendaftaran Tahun 14.11. Program Sekolah Penyayang

4.11.1. Program kementerian ini perlu diteruskan.

4.11.2. Pada tahun 2015 budaya menyambut murid di depan pintu pagar sekolah perlu dilaksanakan dengan lebih baik lagi.4.11.3. Guru-guru yang bertugas mingguan perlu hadir lebih awal ke sekolah.

Tindakan : GB, PK HEM dan AJK Sekolah Penyayang

4.12. Disiplin dan Peraturan Sekolah

4.12.1. Semua guru adalah Guru Disiplin

4.12.2. Buku Peraturan Sekolah akan diedarkan kepada pelajar Tahun 1.

4.12.3. Murid Tahun 1 belum dapat Buku Peraturan Sekolah.

4.12.4. Bagi penjaga / ibubapa yang ingin berjumpa dengan mana-mana guru perlu berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu.

4.12.5. Pada tahun 2015, setiap hari isnin hingga khamis pukul 7.45 pagi murid akan berkumpul di Dewan Terbuka SKSLR terlebih dahulu sebelum bergerak ke kelas. Tindakan : PK HEM dan Semua Guru

4.13. Bimbingan dan Kaunseling

4.13.1. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu buat kaunseling untuk kes-kes yang perlu terutama bagi mengatasi masalah ponteng sekolah.

4.13.2. Pada tahun 2015 Guru Disiplin akan ditambah menjadi dua orang.

4.13.3. Bagi guru yang dilantik sebagai Guru Disiplin, tidak akan dilantik sebagai guru kelas. Pada waktu pertama hari persekolahan jadual dikosongkan untuk memberi ruang kepada guru disiplin membuat rondaan.Tindakan : Guru Bimbingan Dan Kaunseling

4.14. Jadual Kedatangan Murid

4.14.1. Jadual kedatangan Murid hendaklah ditanda oleh guru yang masuk pada waktu pertama.

4.14.2. Buku rekod kedatangan murid mesti berada di pejabat selewat-lewatnya pada pukul 8.30 pagi.

4.14.3. Lengkapkan semua butiran yang diperlukan pada ruang yang ada termasuk analisa setiap tahun.

4.14.4. Sebarang masalah tidak boleh dipadam dengan apa cara sekali pun sebaliknya dipotong, ditandatangan dan dibetulkan.

4.14.5. Pada tahun 2015, mana-mana murid tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut tanpa alasan perlu dilaporkan kepada pihak pentadbir.

Tindakan : Semua Guru

4.15. Buku Daftar masuk Sekolah

4.15.1. Kemasukkan pelajar baru hendaklah didaftar oleh Guru Kelas yang berkenaan ke dalam Buku Daftar Masuk Sekolah.

4.15.2. Lengkapkan SEMUA maklumat yang diperlukan.

Tindakan : Semua Guru Kelas

4.16. Sistem Maklumat Murid (SMM)

4.16.1. Maklumat murid hendaklah sentiasa dikemaskini dan diisi oleh guru kelas. Tindakan : Semua Guru Kelas

4.17. Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)

4.17.1. Laporan SSDM perlu di cetak dan disimpan dalam fail.

Tindakan : En. Ahmad Fauzi b. Samsudin

4.18. Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)

4.18.1. Maklumat murid hendaklah sentiasa dikemaskini.

4.18.2. e-kehadiran diisi dalam APDM menggantikan ARS.

Tindakan : PK HEM,PT dan Semua Guru Kelas

4.19. Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

4.19.1. Program PPDa adalah di bawah kelolaan Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

4.19.2. Guru penyelaras PPDa ialah En. Abd. Manaf b. HUssin.

Tindakan : Pn Siti Fatimah bt. Mahat dan En. Abd. Manaf b. Hussin

4.20. Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan (3K)

4.20.1. Terdapat beberapa tempat di kawasan sekolah kurang selamat.

4.20.2. Kebersihan terdapat sampah-sampah di dalam tong sampah tidak dibuang. Alasannya,arahan diberi untuk mengambil sampah 2 kali sehari.

4.20.3. Keceriaan - perlu penambahbaikan bagi menceriakan kawasan sekolah.4.20.4. Pelan kebakaran perlu diperbaharui.

4.20.5. Loceng kebakaran perlu dibaiki bagi membolehkan setiap banggunan yang terdapat dalam kawasan sekolah dengar loceng amaran tersebut.Tindakan : AJK 3K

4.21. Latihan Kebakaran

4.21.1. Latihan dicadangkan 2 kali setahun.

4.21.2. Perlu ada Pelan Kebakaran terkini di setiap kelas.

Tindakan : YM Tengku Mohd. Azmi b. Raja Deraman4.22. Kedai Buku Sekolah

4.22.1. Jualan buku masih dalam pengiraan.

4.22.2. Penghantaran buku tulis tidak mengikut jumlah yang diminta. dan ini menyebabkan lebihan buku tulis. seterusnya kedai buku sekolah mengalami kerugian.

4.22.3. Cara mengatasi kerugian kedai buku sekolah, cadangan membeli hadiah di Kedai Buku Sekolah untuk Hari Anugerah Cemerlang.

4.22.4. Sekolah juga akan tetapkan peraturan penggunaan buku-buku latihan hanya dibeli di Kedai Buku Sekolah. 4.22.5. Pengurusan Kedai Buku Sekolah perlu dibaiki supaya tidak mengalami kerugian. Tindakan : AJK Kedai Buku

4.23. Surau Sekolah (Al-Faizin)

4.23.1. Perlu ditambah bilangan kipas kerana keadaan yang agak panas apabila ramai murid berada di surau.

4.23.2. AJK perlu bermesyuarat untuk minta sumbangan.

Tindakan : AJK Surau Al-Faizin

4.24. Rawatan Kesihatan Pelajar

4.24.1. Tempat rawatan dan pengurusan perjalanan murid semasa menerima rawatan telah diatasi.

Tindakan : AJK Kesihatan dan Guru Kelas

4.25. Lembaga Pengawas

4.25.1. Lantikan Pengawas sekolah bagi sesi 2014 telah disempurnakan.

4.25.2. Maklumat berkaitan Pengawas Sekolah ditampal pada Papan Kenyataan di Dewan Terbuka SKSLR.

4.25.3. Pakaian Pengawas Sekolah ialah Uniform Biru dan Vest berwarna biru tua.

4.25.4. Pengawas yang bertugas di kantin akan dibenarkan keluar 5 minit lebih awal.

4.25.5. Pada tahun 2015 terdapat 19 orang pengawas baru telah dicalonkan.

Tindakan ; JK Pengawas Sekolah

4.26. Perhimpunan Mingguan

4.26.1. Ikut Jadual Guru Bertugas yang disediakan.

4.26.2. Pada pukul 7.30 pagi murid-murid akan berkumpul di tapak perhimpunan.

4.26.3. Guru yang bertugas diminta mempercepatkan waktu perhimpunan.

4.26.4. Laporan Guru Bertugas untuk minggu lepas tidak perlu diadakan.

Tindakan : Semua Guru4.27. Lawatan Sambil Belajar

4.27.1. Diuruskan oleh Pn. Zaidah.

Tindakan : JK Sambil Belajar

4.28. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

4.28.1. Sekolah digalakkan buat aktiviti walaupun peruntukan telah dibekukan.

4.28.2. Perlu diadakan aktiviti yang dapat memberikan pendedahan tentang kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Tindakan : PK HEM

4.29. Program Peningkatan Sahsiah

4.29.1. Pada 30 April 2014, pukul 2.30- 4.00 petang bertempat di Dewan Terbuka SK.Seri Lindungan Raja telah diadakan ceramah Pendidikan Pencegahan Jenayah. murid yang terlibat adalah murid-murid tahap 2 dan disampaikan oleh Pegawai Polis dari Balai Polis Sg. Kob.

4.29.2. Guru Bimbingan dan Kaunseling telah mewujudkan Bilik Pendidikan Jenayah di dalam bilik kaunseling.Tindakan : JK Unit Bimbingan Dan Kaunseling4.30. Pensijilan dan Pengiktirafan Sahsiah

4.30.1. Sediakan sijil bagi setiap aktiviti yang dijalankan jika perlu.

4.30.2. Sediakan insentif untuk keceriaan.

4.30.3. Piala yang sedia ada perlu diperbaiki.

Tindakan: PK HEM dan AJK Berkenaan

4.31. Mentor-Mentee

4.31.1. Tindakan berdasarkan kehadiran murid.

Tindakan: JK e-Ponteng/Jadual Kedatangan

4.32. Sambutan Hari Kebesaran

4.32.1. Rancangan aktiviti/program yang bersesuaian.

Tindakan : PK HEM

5. HAL-HAL LAIN

5.1. Hadiah-hadiah yang tidak diberikan pada Hari Anugerah Cemerlang akan diberi pada hari akhir persekolahan 2014.5.2. Pendaftaran sekolah menengah dan sekolah berasrama penuh perlu disegerakan.5.3. Tandas murid perlu dibaiki untuk keselesaan murid pada tahun 2015.6. PENUTUP

6.1. Ucapan terima kasih atas kerjasama dari semua guru.6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang dengan bacaan surah Al-As Disediakan oleh,

Disemak oleh,

_________________________

___________________

(Pn. Umi Nazrah bt. Hj. Md. Isa)

(Pn. Fauziah bt. Yusof)

Setiausaha HEM

Penolong Kanan (HEM)

SK. SERI LINDUNGAN RAJA

SK. SERI LINDUNGAN RAJA

3