minit mesyuarat guru 3 26 nov

15
SK.TAMAN TUN DR. ISMAIL(1) JALAN AMINUDDIN BAKI, 60000 KUALA LUMPUR. MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-3/2013 Tarikh : 4 November 2013 Masa : 2:00 patang Tempat : Bilik Mesyuarat Sri Mawar SKTTDI (1) Pengerusi : Puan Juriah Binti Jupri 1. JURIAH BT JUPRI 35. URIATI BT. RAZALI 2. JAMALUDDIN BIN TIMIN 36. AKMAR MADIHAH BT ISHAK 3. SERIMASHAYU BT. ABDUL MAJID 37. AHMAD RITHAUDDIN BIN ZULKEFLI 4. NORZITA BT OSMAN 38. ELYS ROSLIZA BT. JA'AFAR 5. SULASTRI BT ABD AZIZ 39. NUR ELIZA BT. MOHD NOOR 6. MOHD. HAIZAM BIN MOHD. NOR 40. AMLI BIN MOHD GALIM 7. ROHANA BT MAT 41. MOHD NOR NIZAM BIN RAMLI 8. AIDY BIN ABDULLAH 42. HAMZAH BIN HJ. ZAKARIA 9. ISMANIZAN BIN ISMAIL 43. LUNG HIAN MEI 10. MOHD AKMAL BIN AHMAD 44. HARTINI BT. ABDUL SHUKOR 11. MOHD ROSDI BIN HASSAN 45. MAMAT BIN RAMLI 12. SITI MORNI BT JAMIL 46. MUHAMMAD RAFIZOL BIN HUSSEIN 13. HALIMATUN SAADIAH BT. RAFIE 47. NABILAH BT ABDULLAH 14. NOOR ARISZATON BT ISHAK 48. NOR AZLEENA BT. ISMAIL 15. NORASHIDAH BT. IDRIS 49. ZAITON BT. BAHARUDDIN 16. NORIHA BT. YUSOFF 50. NORIYAH BT. SHAARI 17. NORLIYANA BT. ARIPIN 51. RABIATUL ADAWIAH BT ABD BARIB 18. NORMA BINTI DESA 52. ROSLINA BT. MOHD. NOOR 19. NORYATI BT. ABU YAMIN 53. ROSMANIZAR BT. OSMAN 20. NUR ADYANI BT. ABU HASSAN 54. ROZMAN BIN MAT ADAN 21. INAWARNI BINTI ISMAIL 55. MAHADI BIN MUHAMAD 1

Upload: wan-smara-wan-muda

Post on 10-Jan-2017

136 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat guru 3 26 nov

SK.TAMAN TUN DR. ISMAIL(1)JALAN AMINUDDIN BAKI,

60000 KUALA LUMPUR.

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-3/2013

Tarikh : 4 November 2013Masa : 2:00 patangTempat : Bilik Mesyuarat Sri Mawar SKTTDI (1)Pengerusi : Puan Juriah Binti Jupri

1. JURIAH BT JUPRI 35. URIATI BT. RAZALI2. JAMALUDDIN BIN TIMIN 36. AKMAR MADIHAH BT ISHAK3. SERIMASHAYU BT. ABDUL MAJID 37. AHMAD RITHAUDDIN BIN

ZULKEFLI4. NORZITA BT OSMAN 38. ELYS ROSLIZA BT. JA'AFAR5. SULASTRI BT ABD AZIZ 39. NUR ELIZA BT. MOHD NOOR6. MOHD. HAIZAM BIN MOHD. NOR 40. AMLI BIN MOHD GALIM7. ROHANA BT MAT 41. MOHD NOR NIZAM BIN

RAMLI8. AIDY BIN ABDULLAH 42. HAMZAH BIN HJ.

ZAKARIA9. ISMANIZAN BIN ISMAIL 43. LUNG HIAN MEI10. MOHD AKMAL BIN AHMAD 44. HARTINI BT. ABDUL SHUKOR11. MOHD ROSDI BIN HASSAN 45. MAMAT BIN RAMLI12. SITI MORNI BT JAMIL 46. MUHAMMAD RAFIZOL

BIN HUSSEIN13. HALIMATUN SAADIAH BT. RAFIE 47. NABILAH BT ABDULLAH14. NOOR ARISZATON BT ISHAK 48. NOR AZLEENA BT. ISMAIL15. NORASHIDAH BT. IDRIS 49. ZAITON BT. BAHARUDDIN16. NORIHA BT. YUSOFF 50. NORIYAH BT. SHAARI17. NORLIYANA BT. ARIPIN 51. RABIATUL ADAWIAH BT ABD

BARIB18. NORMA BINTI DESA 52. ROSLINA BT. MOHD. NOOR19. NORYATI BT. ABU YAMIN 53. ROSMANIZAR BT. OSMAN20. NUR ADYANI BT. ABU HASSAN 54. ROZMAN BIN MAT ADAN21. INAWARNI BINTI ISMAIL 55. MAHADI BIN MUHAMAD22. NUR HALIM BIN AHMAD 56. SITI ALAWIYAH BT. MOHD

NOOR23. SHARIMAH BT. MHD ABD KARIM 57. FAZILAH BT. MOHD ALI24. ROSBARIYAH BT. GHAZALI 58. NORAINI BT. SAHIRIN25. ROSNITA BT. MAKHTAR 59. SITI MARSITOH BT. ABDUL

HAJAR26. ROZIEYATI BT DAUD 60. MOHD AZHAR BIN CHE

HAMID

1

Page 2: Minit mesyuarat guru 3 26 nov

27. MUHAMMAD SAUFI BIN SUPARDI 61. NURFATIN BT. ABU BAKAR28. SAILAWATI AZURA BT CHE SAMAON 62. IZZATIE FARHANA BT.

BAHAR29. SITI NOR NASIBAH BT ZAINOL NOR 63. MOHAMAD HAFIS BIN JALANI30. SITI ROSS BT. BAKAR 64. M. HANIS BIN KARIM31. NOO AZIAN BT JALI 65. ROSMANIZA BT. HARUN32. NORAZAH BT. SAAD 66. ZULFADLI BIN SHAHAINI33. FAUZI BIN AZIZ 67. WAN SMARA BT. CHE WAN

MUDA34. ALIZA BT. AMRANTidak Hadir :

1. HADHIFAH FADHLIAH BT. ISMAIL.2. NOOR HASIMAH BT. ISMAIL3. ROSLINA BT. KOSTARI4. FAIRULNIZAM BIN FADZIN5. ROKIAH BT. YUSOF6. MOHD HASMADI BIN HUSAIN7. NAS AIZA BT NASRUDDIN8. NAJHATUL HANIM BT. MOHD TAJUDIN10. SA'ADIAH BT. MUHAMAD 11. FARIZAM BIN ALI12. SITI SAADIAH BT OSMAN13. SITTI FATIMAH BT. MUSANIF14. WAN HIDAYAH BT WAN HALIM15. LEE LAKE IM16. AKMAR MADIHAH BT.ISHAK

Turut Hadir (jika ada) : TiadaUrus Setia : Tiada

1.         Perutusan Pengerusi

1.1 Puan Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru bagi sesi Mesyuarat Guru

kali ke-3/2013. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Faatihah. Beliau

mengajak semua guru muhasabah diri tentang keikhlasan menjalankan tugas dan

tanggungjawab sepanjang tahun 2013 demi masa depan murid-murid.

. Tindakan : Makluman2.       Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Bil 3/2013 dicadangkan pengesahannya oleh En. Mamat Bin Ramli dan

disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan : Makluman

3. Perkara berbangkit

3.1 Perkara 1.2 , muka surat 2 : Perutusan Pengerusi Majlis

2

Page 3: Minit mesyuarat guru 3 26 nov

Puan Noriyah Binti Shaari memberi pernyataan sebenarnya beliau kematian ibu ,

dan mengucapkan terima kasih atas doa dan tahlil tersebut .

Tindakan : Makluman

3.2 Perkara 4.5.1 , muka surat 8 : Taklimat GPK HEM

Senarai semak telah diedarkan oleh Puan Serimashayu Binti Abdul Majid kepada

semua guru kelas . Guru-guru sedang berusaha mengemas kini fail dan

menempatkannya ke dalam bilik fail.

Tindakan : Makluman

3.3 Perkara 4.5.3 , muka surat 8 : Taklimat GPK HEM

Kantin sekolah telah berjaya dinobatkan sebagai Johan peringkat Kebangsaan

bagi kategori kantin terbaik dan pengusaha kantin terbaik 2013.

Tindakan : Makluman

3.4 Puan Juriah turut memberi maklum balas dengan memaklumkan pengusaha

kantin sekolah akan membuat inovasi iaitu membina taman orkid ke arah

penambahbaikan kantin SKTTDI(1) 2014.

Tindakan : Makluman

4. Agenda/Perbentangan

4.1 Laporan linus 2.0

4.1.1 Puan Juriah binti Jupri ,menjemput Puan Noriha Binti Yusoff selaku Penyelaras

Linus untuk membentangkan dapatan Linus Saringan Kedua bagi semua murid

tahun 1,tahun 2 dan tahun 3.

Tindakan : Puan Noriha binti Yusoff

4.1.2 Puan Noriha Binti Yusoff mengucapkan terima kasih dan syabas kepada kesemua

guru Linus kerana kesemua data Linus 2.0 telah disempurnakan dengan jayanya.

Beliau memaklumkan data-data linus seperti berikut:

Tahun

Jumlah keseluruhan

murid

Murid tidak menguasai

Literasi Numerasi

Tahun 1 203 orang murid 7 5

Tahun 2 216 orang murid 1 3

3

Page 4: Minit mesyuarat guru 3 26 nov

Tahun 3 208 orang murid Tiada Tiada

Tindakan : Makluman

4.1.3 Beliau mengucapkan tahniah kerana dengan usaha gigih semua guru Linus,

Jumlah murid tidak menguasai telah berjaya dikurangkan berbanding Linus 2.0

saringan 1.

Tindakan : Makluman

4.1.4 Puan Norliyana Binti Aripin pula memaklumkan data Linus Bahasa Inggeris

tahun 1 iaitu seramai 31 0rang murid tidak menguasai.

Tindakan : Makluman

4.1.5 Puan Juriah Binti Jupri memberi maklum balas supaya semua guru Bahasa

Inggeris tahap 1 memandang serius isu tersebut iaitu Jumlah murid Linus bagi

mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah tinggi. Beliau menyeru guru-guru

berkenaan agar melakukan sesuatu untuk menangani situasi ini.

Tindakan : Makluman

4.2 Hari Anugerah Cemerlang 2013

4.2.1 Puan Juriah Binti Jupri memaklumkan Hari Anugerah Cemerlang 2013 akan

diadakan pada hari Selasa bersamaan 12 November 2013 yang akan dirasmikan

oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu iaitu Tuan Haji

Ismail Bin Musa. Hari Selasa berkenaan diisytiharkan hari cuti peritiwa tetapi

guru-guru bertugas seperti biasa.

Tindakan : Makluman

4.2.2 Beliau turut memaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Hari Anugerah Cemerlang

2013 telah dijalankan dengan lancar. Beliau berharap segala tugasan dapat

dijalankan dengan sempurna oleh semua guru berdasarkan pengagihan kerja yang

telah diedarkan.

Tindakan : Makluman

4.2.3 Puan Juriah binti Jupri memberi taklimat tantang tentatif program seperti yang

telah diedarkan. Pengurus Penerima Hadiah dan Penyelaras Tahun akan

menyusun murid-murid penerima anugerah di dalam dewan pada pukul 7.30 pagi.

4

Page 5: Minit mesyuarat guru 3 26 nov

Tindakan : Penyelaras tahun dan Pengurus hadiah

4.2.4 Puan Juriah binti Jupri memaklumkan anugerah pertama yang akan diumumkan

ialah Anugerah Tokoh Murid 2013, kemudian diikuti, Anugerah Pribadi Unggul

kategori guru dan akan disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Musa..

Tindakan : Juruacara

4.2.5 Beliau turut mengarahkan pengurus peserta agar membuat persediaan yang rapi

agar semua persembahan dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti yang

dirancang berdasarkan tentatif program.

Tindakan : Pengurus peserta

4.2.6 Puan Juriah binti Jupri memutuskan bahawa tempat makan guru dan ibu bapa

diasingkan. Makanan untuk peserta persembahan akan dibungkus. Pengurus

makanan diarahkan agar mengira dan membuat anggaran jumlah murid dan ibu

bapa yang akan hadir untuk menguruskan makanan termasuk makanan untuk VIP.

Tindakan : Pengurus makanan

4.2.7 Puan Juriah Binti Jupri memaklumkan raptai akan diadakan selama dua hari iaitu

hari Rabu dan Khamis bersamaan 7 dam 8 November 2013. Beliau juga sangat

berharap agar perjalanan majlis ini akan berjalan dengan lancar dan dapat

ditamatkan seperti yang dirancang.

Tindakan : Makluman

4.3 Pengurusan Akhir Persekolahan

4.3.1 Guru Besar mengingatkan semua guru agar menyelesaikan segala tugasan

berdasarkan senarai semak yang telah diedarkan. Kemudian, senarai semak

berkenaan ditandatangani oleh guru-guru yang berkenaan dan perlu disahkan oleh

Guru Besar sebelum bercuti.

Tindakan : Makluman

4.3.2 Beliau mengarahkan guru-guru yang berkenaan agar mengemaskini fail-fail

panitia yang merangkumi 10 fail induk dan 3 fail putih dengan sempurna

mengikut piawaian SPSK.

Tindakan : Ketua/Setiausaha Panitia

5

Page 6: Minit mesyuarat guru 3 26 nov

4.3.3 Puan Juriah Binti Jupri mengarahkan agar penyelaras setiap tahun menyediakan

senarai nama murid bagi kenaikan kelas tahun 2014. Beliau meminta semua guru

kelas memaklumkan kedudukan kelas pada tahun hadapan kepada murid-murid

masing-masing.

Tindakan : Penyelaras dan guru kelas

4.3.4 Puan Juriah Binti Jupri mengarahkan semua guru kelas melengkapkan nama-

nama murid mengikut kenaikan kelas pada Lembaran kedatangan sementara

2014. Maklumat perlu diisi dengan lengkap dan perlu diserahkan kepada Guru

Penolong Kanan HEM Iaitu Puan Serimashayu Binti Abdul Majid. Tujuannya

untuk memudahkan urusan semua guru kelas pada awal persekolahan 2014.

Tindakan : Guru kelas

4.3.5 Puan Serimashayu Binti Abdul Majid menerangkan tentang tugasan yang perlu

diselesaikan sebelum bercuti mengikut senarai semak yang diedarkan. Senarai

semak berkenaan akan disahkan oleh Guru Besar setelah semua tugasan dan

tanggungjawab telah dilaksanakan sepenuhnya.

Tindakan : Makluman

4.3.6 Puan Juriah Binti Jupri memaklumkan fail Perkembangan Murid tahun 3 perlu

disimpan, namun tempat penyimpanan masih tidak dapat ditentukan lagi dan akan

dimaklumkan kemudian.

Tindakan : Guru kelas tahun 3

4.3.7 Beliau mengarahkan agar semua guru kelas bersama murid-murid bergotong -

royong membersihkan kelas masing-masing sebelum bercuti. Beliau turut

mengarahkan agar kelas-kelas dikunci.

Tindakan : Semua guru kelas

4.4 Takwim

4.4.1 Puan Juriah Binti Jupri memaklumkan mesyuarat pertama sesi persekolahan

2014 akan bermula pada 16 November 2013. Beliau mengingatkan guru-guru

supaya dapat hadir dan mematuhi jadual takwim yang telah pun diedarkan.

Tindakan : Makluman

4.4.2 Beliau memaklumkan Program Ladap berkaitan Pelan Strategik 2014-2018 akan

diadakan pada 9 November 2013 bertempat di Dewan Sri Bestari SK Taman Tun

6

Page 7: Minit mesyuarat guru 3 26 nov

Dr. Ismail (1) pada pukul 8.00 pagi dan akan disampaikan oleh Puan Rosnani Bt.

Pungut. Semua guru diwajibkan hadir.

Tindakan : Makluman

4.4.3 Guru Besar memaklumkan 14 November 2013 keputusan peperiksaan UPSR akan

diumumkan. Oleh itu, semua murid tahun 6 diarahkan berada di Dewan Sri

Bestari pada hari tersebut.

Tindakan : Makluman

4.5 Taklimat Guru-guru Penolong Kanan

4.5.1 En. Jamaluddin Bin Timin selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Tadbir

memaklumkan bahawa ucapannya pada hari ini mungkin ucapan rasmi yang

terakhir sebelum beliau bersara. Beliau memohon maaf daripada semua guru

sekiranya terdapat kesalahan sepanjang perkhidmatan beliau di SKTTD(1).

Tindakan : Makluman

4.5.2 Puan Serimashayu Binti Abdul Majid, selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid meminta guru-guru yang masih belum menghantar dokumentasi bagi

Program SBT yang telah dijalankan mengambil tindakan dengan kadar segera.

Tindakan : Makluman

4.5.3 Beliau juga memaklumkan bahawa Hari Anugerah Hal Ehwal Murid akan

diadakan pada hari Isnin 11 November 2013. Antara murid yang terlibat

ternasuklah ketua dan penolong kelas serta murid yang tidak pernah cuti atau

kehadiran penuh. Mereka akan menerima sijil dan hadiah.

Tindakan : Makluman

4.5.4 Beliau meminta guru-guru kelas yang ingin membuat aduan tentang kerosakan

boleh mengisi borang yang akan yang akan diedarkan pada 5 November 2013.

Tindakan : Makluman

4.5.5 Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Norzita Binti Osman , memaklumkan

tentang penglibatan murid SKTTDI (1) bagi Program 1 Murid 1 Sukan 2014

akan dijalankan bersama-sama dengan lima buah sekolah lain pada 5-7 November

2013 bertempat di SK. Sri Hartamas.

Tindakan : Makluman

7

Page 8: Minit mesyuarat guru 3 26 nov

4.5.6 Beliau memaklumkan Hari Anugerah Kokurikulum akan disekalikan dengan

Anugerah Hal Ehwal Murid yang akan diadakan pada hari Isnin bersamaan 11

November 2013 selepas waktu perhimpunan. Jangkaan majlis ini akan tamat pada

pukul 10.15 pagi.

Tindakan : Makluman

4.5.7 Puan Norzita Binti Osman mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang

telah mengisi data kokurikulum. Beliau turut menyatakan pada 2014 pengagihan

Unit Uniform akan diselaraskan sama rata kepada Kadet Remaja Sekolah,

Pengakap, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Tunas Putri.

Tindakan : Makluman

4.5.8 Beliau juga menerangkan prosedur yang sepatutnya dilakukan oleh guru-guru

untuk membuat tuntutan perjalanan atau makanan semasa membawa murid bagi

aktiviti luar. Puan Norzita Binti Osman berharap pada tahun 2014, prosedur

membuat tuntutan dilaksanakan dengan lebih telus.

Tindakan : Makluman

4.5.9 Beliau juga memaklumkan tuntutan boleh dituntut daripada wang peruntukan

Kokurikulum. Tuntutan juga boleh dibuat kepada Jabatan atau Kementerian

sekiranya guru-guru mendapat surat rasmi daripada Jabatan atau Kementerian.

Tindakan : Makluman

4.5.10 Puan Juriah Binti Jupri memberi maklum balas, guru-guru sepatutnya

menggunakan surat panggilan daripada Jabatan atau Kementerian untuk membuat

tuntutan perjalanan. Beliau menegaskan bahawa guru-guru tidak boleh lagi

membuat tuntutan perjalanan daripada PIBG.

Tindakan : Makluman

4.5.10 Puan Roslina Binti Kostari mencadangkan agar pihak sekolah menyewa sebuah

kenderaan secara tetap untuk melancarkan segala urusan membawa murid

menyertai aktiviti luar.

8

Page 9: Minit mesyuarat guru 3 26 nov

Tindakan : Guru Besar

4.5.11 Puan Juriah memberi maklum balas dengan menyerahkan tugas berkenaan kepada

Puan Roslina Binti Kostari untuk mencari dan mengenal pasti kenderaan

berkaitan untuk menyelaraskan pengangkutan murid yang menyertai aktiviti luar.

Tindakan : Puan Roslina Binti Kostari

5. Hal-hal lain

5.1.1 Puan Nor Azleena Binti Ismail selaku Pengerusi Kelab Badan Kebajikab Guru

dan Kakitangan(BKGK) SKTTDI (1) meminta guru-guru yang belum membayar

yuran tahunan BKGK supaya membuat bayaran dengan kadar segera.

Tindakan : Makluman

5.1.2 Beliau juga memaklumkan tentang jamuan guru pada tahun ini akan diadakan di

Dewan Sri Bestari SKTTDI (1). Beliau turut memaklumkan jamuan ini turut

dibuka kepada ahli keluarga guru dengan kadar bayaran tertentu.

Menurutnya,jamuan sebegini dilakukan demi mengukuhkan keakraban dalam

kalangan guru-guru.

Tindakan : Makluman

5.1.3 Beliau turut menerangkan tentang peluang untuk guru-guru berkaraoke secara

tertutup. Guru-guru yang berminat perlu mendaftar nama beserta judul lagu

kepada Encik Mohd Rosdi Bin Hassan.

Tindakan : Makluman

5.1.4 Beliau meminta guru-guru mengemas tempat masing-masing di bilik guru

sebelum bercuti panjang agar bilik guru sentiasa nampak kemas, cantik dan

selesa. Guru-guru dialu-alukan secara sukarela untuk mengemas bilik guru

bersama-sama .

Tindakan : Makluman

5.1.5 Puan Jurian memberi maklumbalas dengan meminta guru-guru bertindak dengan

kadar segera mengemas tempat sendiri dan bilik guru kerana pada 16 November

2013 lawatan dari sekolah Johor akan tiba ke SKTTDI (1).

Tindakan : Makluman

9

Page 10: Minit mesyuarat guru 3 26 nov

6. Penutup

Puan Juriah Bt. Jupri mengakhiri mesyuarat dengan

mengucapkan terima kasih atas komitmen semua guru dalam

menjalankan tugas sepanjang tahun 2013.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………….. ……………………………( WAN SMARA BINTI CHE WAN MUDA) (JURIAH BINTI JUPRI)

Guru Besar , SK Taman Tun Dr. Ismail (1)

Tarikh : Tarikh :

10