minit mesyuarat ajk kali pertama 2015

3
PIBG SK KERDAU MINIT MESYUARAT AJK KALI PERTAMA 2015 TARIKH : 13 Februari 2015 (Jumaat) MASA : 10.45 am 12.35 pm TEMPAT : Bilik Gerakan SK Kerdau PENGERUSI : En Abdul Rahman Bin Abdul Rashid KEHADIRAN : 10 orang BI L AGENDA TINDAKA N 1 Ucapan Aluan YDP PIBG – En Abdul Rahman Bin Abdul Rashid Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat. Pengerusi mengharapkan ada yang akan menggantikan tempat beliau sebagai YDP PIBG bagi penggal seterusnya.Berharap pengganti selepas ini dapat buat yang lebih baik. 2 Ucapan GPK Pentadbiran – En Ramlie Bin Hj Sidek GPK Pentadbiran mohon maaf kepada ahli mesyuarat kerana terpaksa mengadakan mesyuarat pada waktu pagi kerana terdapat kekangan waktu di kalangan guru. En Ramlie memaklumkan bahawa buat masa ini, kita masih menunggu kehadiran guru besar baru bagi menggantikan Cikgu Shahrir yang bersara pada 1 Februari yang lalu. En Ramlie juga memaklumkan ahli mesyuarat, pencapaian UPSR bagi tahun 2014 ialah: a. 5A : seramai 5 orang b. 4A 1B : seramai 5 orang 3 Pembentangan Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2014 Baki akhir di bank ialah sebanyak RM1224.05 Pengerusi harap bendahari PIBG dapat menyediakan penyata kewangan yang lebih lengkap dari segi aliran masuk dan keluar wang sebelum Mesyuarat Agung PIBG 2015. 1

Upload: farah-fahmy

Post on 30-Sep-2015

48 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

pibg

TRANSCRIPT

PIBG SK KERDAUMINIT MESYUARAT AJK KALI PERTAMA 2015

TARIKH

:13 Februari 2015 (Jumaat)MASA

:10.45 am 12.35 pmTEMPAT

:Bilik Gerakan SK KerdauPENGERUSI

:En Abdul Rahman Bin Abdul RashidKEHADIRAN

: 10 orangBILAGENDATINDAKAN

1Ucapan Aluan YDP PIBG En Abdul Rahman Bin Abdul Rashid Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat. Pengerusi mengharapkan ada yang akan menggantikan tempat beliau sebagai YDP PIBG bagi penggal seterusnya.Berharap pengganti selepas ini dapat buat yang lebih baik.

2Ucapan GPK Pentadbiran En Ramlie Bin Hj Sidek GPK Pentadbiran mohon maaf kepada ahli mesyuarat kerana terpaksa mengadakan mesyuarat pada waktu pagi kerana terdapat kekangan waktu di kalangan guru.

En Ramlie memaklumkan bahawa buat masa ini, kita masih menunggu kehadiran guru besar baru bagi menggantikan Cikgu Shahrir yang bersara pada 1 Februari yang lalu. En Ramlie juga memaklumkan ahli mesyuarat, pencapaian UPSR bagi tahun 2014 ialah:a. 5A : seramai 5 orangb. 4A 1B : seramai 5 orang

3Pembentangan Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2014 Baki akhir di bank ialah sebanyak RM1224.05 Pengerusi harap bendahari PIBG dapat menyediakan penyata kewangan yang lebih lengkap dari segi aliran masuk dan keluar wang sebelum Mesyuarat Agung PIBG 2015. Bendahari mohon maaf kerana tidak dapat menyediakan penyata kewangan yang lengkap kerana baru sahaja dilantik oleh guru besar. Bendahari memaklumkan bahawa masih ada baki tunai pada guru kelas hasil dari kutipan yuran akhir tahun 2014.

4Penetapan kadar yuran PIBG 2015

Setiausaha membentangkan cadangan yuran PIBG 2015 sepertimana dalam lampiran. Ahli mesyuarat AJK PIBG sebulat suara bersetuju dengan pembentangan kadar yuran PIBG 2015.

5Penetapan mesyuarat agung PIBG kali ke 43 Ahli mesyuarat sebulat suara menetapkan mesyuarat agung PIBG diadakan pada 29 Mac (Ahad) jam 08:30 pagi. Cadangan perasmi dirasmikan oleh YB Dato Ismail Bin Mohamed Said, Parlimen Kuala Krau. Setiausaha diminta untuk menulis surat jemputan rasmi kepada perasmi. Pn Hjh Nurul Ai mencadangkan menu nasi lemak untuk jamuan. Setiausaha akan memohon sumbangan cabutan bertuah kepada Pengurus Bank Islam, Pengurus Kilang & Ladang. Pengerusi memaklumkan bahawa ada pemilihan untuk AJK baru bagi penggal ini. Sijil penghargaan dan hadiah saguhati bernilai RM20 seorang akan diberi kepada barisan AJK lama. Pengerusi mengingatkan setiausaha untuk mengedarkan borang usul kepada ibu bapa. Pengerusi juga mengingatkan setiausaha untuk mengedarkan surat jemputan kepada penghulu, ketua kampung, imam, bekas guru besar. Sumbangan kecemerlangan 5A kepada 5 orang calon UPSR 2014 turut akan diagihkan semasa mesyuarat agung PIBG nanti.

6Hal-hal lain GPK Koko memaklumkan bahawa sukan tahunan SK Kerdau akan diadakan pada 5 Mac. Sehubungan dengan itu pihak sekolah memohon sumbangan sebanyak RM400 untuk menampung kos perbelanjaan sukan.

Pengerusi meluluskan permohonan tersebut dan mencadangkan pihak sekolah menjemput ibu bapa supaya lebih meriah.

Pengerusi juga mencadangkan agar tahun ini diadakan sukan gabungan dengan 3 buah sekolah yang lain.

Pengerusi mencadangkan agar permohonan untuk keceriaan bilik boss sebanyak RM300 dipanjangkan kepada YB semasa mesyuarat agung nanti.

Pengerusi juga memohon agar pihak sekolah memaklumkan kepada pengusaha kebun kelapa sawit Encik Hishamudin untuk datang ke sekolah menyelesaikan masalah perjanjian sawit yang tertangguh.

9Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang dapat hadir. Pengerusi juga memohon agar AJK PIBG menghebahkan kepada ibu bapa untuk hadir ke mesyuarat agung dan tunjukkan sokongan. Pengerusi memohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam mengendalikan mesyuarat hari ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:35 pm.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

......................

........................Farah Waheda Bt Mansor

Abdul Rahman Bin Abd RashidSetiausaha PIBG

Yang DiPertua PIBGSekolah Kebangsaan Kerdau

Sekolah Kebangsaan Kerdau

3