minit mesyuarat ajk kali pertama 2014

7
PIBG SK KERDAU MINIT MESYUARAT AJK KALI PERTAMA 2014 TARIKH : 05hb Mac 2014 (Rabu) MASA : 03:00 05:30 pm TEMPAT : Bilik Gerakan SK Kerdau PENGERUSI : En Abdul Rahman Bin Abdul Rashid KEHADIRAN : 15 orang BI L AGENDA TINDAKA N 1 Ucapan Aluan YDP PIBG – En Abdul Rahman Bin Abdul Rashid Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat. Pengerusi juga meminta semua yang hadir dapat sabar dalam menghadapi dugaan kemarau. 2 Laporan Oleh Guru Besar – En Shahrir Bin Hj Othman Guru Besar mengucapkan tahniah kerana dapat mengadakan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2014. Guru Besar juga memaklumkan bahawa tiada mesyuarat AJK yang diadakan sepanjang 2013 kerana kekangan masa. Guru Besar memaklumkan pergerakan guru terkini di SK Kerdau: a. En Mohd Nasir : Dilantik sebagai Pegawai Dadah di PPD. b. En Mohd Azli Bin Ismail : Bertukar dari SJK (T) Mentakab c. Pn Sariah Binti Abu Bakar : Bertukar dari SK (F) Purun Guru besar memaklumkan bahawa enrolmen guru yang terkini adalah: a. Guru lelaki = 4 orang b. Guru perempuan = 18 orang Jumlah = 22 orang Beliau turut memaklumkan enrolmen Murid yang terkini adalah: a. Murid lelaki = 91 orang b. Murid perempuan = 110 orang 1

Upload: farah-fahmy

Post on 30-Sep-2015

245 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

pibg

TRANSCRIPT

PIBG SK KERDAUMINIT MESYUARAT AJK KALI PERTAMA 2014

TARIKH

:05hb Mac 2014 (Rabu)MASA

:03:00 05:30 pmTEMPAT

:Bilik Gerakan SK KerdauPENGERUSI

:En Abdul Rahman Bin Abdul RashidKEHADIRAN

: 15 orangBILAGENDATINDAKAN

1Ucapan Aluan YDP PIBG En Abdul Rahman Bin Abdul Rashid Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat. Pengerusi juga meminta semua yang hadir dapat sabar dalam menghadapi dugaan kemarau.

2Laporan Oleh Guru Besar En Shahrir Bin Hj Othman Guru Besar mengucapkan tahniah kerana dapat mengadakan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2014. Guru Besar juga memaklumkan bahawa tiada mesyuarat AJK yang diadakan sepanjang 2013 kerana kekangan masa. Guru Besar memaklumkan pergerakan guru terkini di SK Kerdau:a. En Mohd Nasir : Dilantik sebagai Pegawai Dadah di PPD.

b. En Mohd Azli Bin Ismail : Bertukar dari SJK (T) Mentakab

c. Pn Sariah Binti Abu Bakar : Bertukar dari SK (F) Purun

Guru besar memaklumkan bahawa enrolmen guru yang terkini adalah:

a. Guru lelaki = 4 orang

b. Guru perempuan = 18 orang

Jumlah = 22 orang

Beliau turut memaklumkan enrolmen Murid yang terkini adalah:

a. Murid lelaki = 91 orang

b. Murid perempuan = 110 orang

Jumlah = 201 orang

i. Prasekolah = 25 orang

ii. Tahun 1 = 26 orang

iii. Tahun 2 = 33 orang

iv. Tahun 3 = 30 orang

v. Tahun 4 = 25 orang

vi. Tahun 5 = 28 orang

vii. Tahun 6 = 35 orang Beliau turut membentangkan analisa pencapaian UPSR 2013:

a. Adalah antara yang terbaik sepanjang 5 tahun ini.

b. 5A = 5 orang

c. 4A 1B = 2 orang

d. 3A 2B = 2 orang

e. MSMP = 17 orang (85%)

f. GPS = 1.74

Beliau turut menjelaskan sasaran sekolah untuk UPSR 2014:

a. Calon UPSR = 35 orang

b. Target UPSR = 100%c. GPS Sekolah = 1.51

d. GPMP BMK = 1.40e. GPMP BMP = 1.09f. GPMP BI = 2.11g. GPMP MT = 1.46h. GPMP SC = 1.60i. Guru Besar mengharapkan UPSR 2014 akan lebih cemerlang dengan sokongan PIBG, ibu bapa dan guru-guru.

j. Beliau juga turut memaklumkan bahawa program kecemerlangan UPSR sudah dibentangkan pada 24 Januari pada ibu bapa dari segi aspek akademik, kerohanian dan mental serta emosi. Pembangunan:

a. Keceriaan bilik darjah : guru-guru bertungkus-lumus mewujudkan bilik darjah yang ceria dan cantik.

b. Gallery Walk & One Stop Centre kehendak PPD. Akan dirasmikan oleh Tuan PPD selepas cuti sekolah (bulan April).

c. Makmal Komputer Ketua Pengarah BTPN datang memantau. Peruntukan untuk tender mencuci tahi kelawar diluluskan. Pegawai memaklumkan bangunan tidak selamat. Sekolah akan pasang lampu di dalam bangunan untuk elak kelawar. Komputer yang elok akan dipindahkan ke Bilik KH.

YDP PIBG mengucapkan selamat bertukar kepada En Mohd Nasir. Pihak PIBG mengucapkan terima kasih di atas jasanya sepanjang memegang jawatan PIBG selama 6 tahun. En Mohd Nasir akan dijemput ke Mesyuarat Agung untuk menerima cenderamata. YDP PIBG juga mengalu-alukan kehadiran 2 orang guru baru. Semoga dapat memberi sumbangan cemerlang kepada sekolah.

3Laporan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pn Hjh Norkhairi Rujuk lampiran Jadual Persekolahan SKK yang diedarkan:

a. Isnin dan Selasa : Tahun 1 ada kelas Bimbingan 3M. 7 orang murid yang terlibat. Pn Hjh Nurul Ai mengajar 2 orang murid. 5 guru lain hanya akan ada 1 orang murid.b. Tahun 2 ada pemulihan BI seramai 13 orang. Saringan pada bulan April. Diharapkan ibu bapa dapat memberi tunjuk ajar kepada anak-anak di rumah.

c. Tahun 3 terlibat dengan Smart Vocab dan NILAM.

d. Tahun 4 dan 5 ada solat berjemaah tapi Ustaz Ahmad ada komitmen KAFA di SK Bintang.

e. Tahun 6 terlibat dengan kelas tambahan.

Beliau berharap pihak PIBG dapat menekankan kepada ibu bapa tentang kehadiran anak-anak ke kelas tambahan terutamanya masa cuti dalam mesyuarat agung nanti.

Beliau menjelaskan bahawa bagi Tahun 6, guru mata pelajaran sendiri mohon untuk streaming kepada 3 kelas. Pn Siti Sanariah akan menggantikan tugas En Nasir mengajar Sains tahun 6. Pn Safina membantu Pn Norul Aina mengajar BI untuk kelas 6 Hijrah. Pn Hjh Norkhairi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan PIBG dapat memberi penghargaan kepada guru-guru.

Beliau juga memaklumkan ahli mesyuarat bahawa enrolmen guru berlebih untuk masa sekarang.

Beliau turut menjelaskan bahawa Puan Sariah merupakan guru cemerlang Tahap 1. Kepakaran beliau adalah sebagai JU LINUS. Oleh itu, pihak sekolah telah menetapkan bahawa 6 orang murid yang lemah dan tercicir dari Tahun 1 akan diajar oleh beliau. Beliau turut menyatakan bahawa pihak sekolah memerlukan dana untuk penambahbaikan dan keceriaan Gallery Walk dan Sudut PPDa dengan kadar segera.

YDP PIBG mencadangkan bahawa pihak PIBG dan sekolah akan menjemput Encik Hisyamuddin ke sekolah bagi membincangkan tentang dana tambahan (kelapa sawit) yang boleh disumbangkan kepada pihak sekolah.

Puan Hajah Norkhairi juga mengingatkan ibu bapa tidak terlalu emosional dan mengenang pengorbanan guru yang tidak ternilai dan tidak melupakan peranan guru. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru SK Kerdau. YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih di atas laporan yang dibentangkan oleh Puan Hajah Norkhairi dan mengalu-alukan kehadiran setiausaha PIBG yang baru.

4Laporan Guru Penolong Kanan HEM Puan Mahani Beliau menerangkan bahawa aspek kehadiran ke sekolah sangat dititikberatkan. Ini kerana setiap jam 10 pagi, pihak sekolah perlu menghantar laporan kehadiran murid ke dalam sistem. Beliau menjelaskan bahawa sepanjang bulan Februari, peratus kehadiran murid ke sekolah adalah sebanyak 95% dan jika diteliti, masih ramai murid yang tidak dapat hadir ke sekolah gagal menunjukkan surat sebab.

Beliau turut memohon jasa baik wakil ladang (Encik Zainal Abidin) untuk menyelidik keluarga Ahmad Ammar Jibril yang selalu tidak hadir ke sekolah. Beliau juga memaklumkan bahawa ada seorang penjaga (ibu kepada Wafiy Bin Zarahim) yang sering menunggu anaknya di luar kelas dan situasi ini mengganggu pembelajaran murid-murid lain. Walaupun pihak sekolah telah memberi nasihat tetapi penjaga tersebut tetap berdegil untuk menunggu anaknya.

YDP PIBG mencadangkan agar ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah ke sekolah dan diberi kaunseling oleh wakil dari ladang. Puan Mahani akan menyenaraikan nama murid yang bermasalah. Puan Mahani juga memaklumkan bahawa seorang murid Tahun 4 (Mohd Azam Bin Adnan) ketinggalan kerana bapanya mempunyai masalah pengangkutan untuk menghantar anaknya ke sekolah pendidikan khas. Beliau memaklumkan bahawa doktor telah mengesahkan Mohd Azam mempunyai masalah pembelajaran dan perlu mendapatkan pendidikan khas yang sesuai dengan kemampuan murid tersebut. Pihak sekolah mahukan Mohd Azam mendapat pendidikan khusus yang sesuai dengan murid tersebut.

Encik Maznan mencadangkan agar Encik Adnan menulis secara peribadi kepada Pengurus Ladang memohon kebenaran agar van dapat menghantar anak beliau ke SK Paya Ara. YDP PIBG bersetuju dengan saranan Encik Maznan dan berharap hal ini dapat diselesaikan segera supaya anak Encik Adnan tidak ketinggalan dan mendapat pendidikan yang khusus. Puan Mahani menambah bahawa bagi tahun 2014, kantin dan surau SKK akan bertanding untuk pertandingan bilik-bilik khas. Namun, usaha-usaha menceriakan bilik-bilik khas tersebut akan terhenti apabila kekurangan dana dan ini membantutkan usaha sekolah.

YDP PIBG mencadangkan agar pihak sekolah merangka kertas kerja atau pun surat memohon sumbangan dan diserahkan kepada pihak Sime Darby khususnya bagi membantu dari segi dana.

Puan Norkhairi mencadangkan agar Encik Maznan dan Encik Zainal memaklumkan kepada pihak sekolah prosedur atau syarat penyumbangan dana kepada sekolah. Puan Mahani turut memaklumkan kepada ahli mesyuarat aktiviti HEM yang akan diadakan dalam masa terdekat ini. Antaranya ialah:

a. Ceramah AADK

b. Ceramah buli dan gengsterisme

c. Taklimat kebakaran

d. Ceramah kesihatan denggi

e. Program Guru Penyayang

f. Program Mentor Mentee

Beliau turut memaklumkan bahawa Program Susu 1 Malaysia dijalankan pada hari Selasa dan Khamis dan ia mesti dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Beliau turut memaklumkan bahawa ada pegawai yang datang ke sekolah memeriksa tempat penyimpanan stok susu di sekolah. Beliau turut memaklumkan bahawa semua murid berhak dapat susu 1 Malaysia.

5Laporan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan Siti Ruhani Puan Siti Ruhani memaklumkan pencapaian kokurikulum SKK kepada ahli mesyuarat. Antaranya: Pihak sekolah menghantar 8 orang murid ke pertandingan merentas desa peringkat daerah di mana 2 orang murid lelaki telah berjaya menggondol tempat ke 7 dan 17 manakala 1 orang murid perempuan telah berjaya menggondol tempat ke 3. 2 orang murid (1 murid lelaki dan 1 murid perempuan) akan mewakili daerah ke peringat negeri di Cameron Highlands pada 21hb Mac. PIBG akan menyumbang duit poket sebanyak RM20 jika ada murid yang mewakili ke peringkat negeri. 6 orang murid (3 TKRS dan 3 Pengakap) mewakili sekolah ke Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform peringkat daerah. 1 orang murid akan mewakili daerah ke peringkat negeri di Gunung Senyum. Wakil dari SKK (Mohd Amirul Aiman) telah berjaya menggondol Johan dalam acara lompat tinggi dan 4 x 100m Kejohanan Olahraga Zon Mentakab di SK Seri Sanggang dan akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Puan Siti Ruhani turut memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum di sekolah dijalankan pada jam 01:40-02:40 pm. Beliau turut memaklumkan bahawa sekolah tidak dapat menjalankan aktiviti kokurikulum pada waktu petang seperti sekolah lain kerana masalah pengangkutan bagi murid-murid yang tinggal di ladang dan kilang. Situasi ini tidak menjadi masalah bagi aktiviti Unit Beruniform dan Persatuan & Kelab. Walau bagaimanapun, ia menjadi masalah bagi aktiviti Sukan & Permainan untuk dijalankan pada jam 01:40pm. Oleh itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak PIBG untuk membuat usul ke Mesyuarat Agung agar aktiviti sukan & permainan yang diadakan setiap Rabu minggu ketiga dapat dijalankan pada waktu pagi 07:40-08:40 am. Guru Besar menambah waktu kokurikulum tidak boleh dijalankan pada waktu pagi kerana melanggar dasar kementerian yang telah ditetapkan. Namun, sekiranya semua ibu bapa bersetuju, pihak sekolah boleh menjalankan aktiviti kokurikulum ini pada waktu pagi. YDP PIBG bersetuju perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat agung. Puan Siti Ruhani berharap dapat melihat murid-murid SKK memakai jersi baru bagi wakil pasukan bola sepak dan bola jaring sekolah. YDP PIBG mencadangkan agar pihak sekolah memohon melalui surat ke Sime Darby (untuk pasukan bola sepak) dan Felcra (untuk pasukan bola jaring). Puan Siti Ruhani memaklumkan sukan sekolah pada bulan Oktober. YDP PIBG menambah bahawa sukan gabungan akan diadakan di SMK Kerdau sebagai tuan rumah. Dana adalah dari YB Dato dan akan ada perbincangan lanjut dalam masa yang terdekat.

6Pembentangan Laporan Kewangan berakhir 5 Mac 2014 Encik Khairul Anam membentangkan laporan kewangan PIBG dari 1 April 2013 hingga 5 Mac 2014. Ini kerana penyata kewangan tidak pernah dibentangkan selepas mesyuarat agung PIBG 2013. Encik Khairul Anam memaklumkan bahawa ada 8 akaun iaitu derma tetap PIBG, tabung kebajikan, tabung keceriaan, lembaran kerja, hari pendidikan, j-qaf, PAFA dan fail KSSR. Rujuk laporan kewangan dalam lampiran. Encik Khairul Anam turut memaklumkan bahawa kutipan yuran telah dibuat pada awal tahun persekolahan tetapi masih ada penjaga yang belum menjelaskan bayaran.

7Penetapan mesyuarat agung PIBG kali ke 42 Ahli mesyuarat sebulat suara menetapkan mesyuarat agung PIBG diadakan pada 22 Mac jam 09:00 pagi. Mesyuarat agung akan dirasmikan oleh YB Dato Ismail Bin Mohamed Said, Parlimen Kuala Krau. Setiausaha diminta untuk menulis surat jemputan rasmi kepada perasmi. Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah akan membuat kertas kerja untuk memohon peruntukan untuk pusat sumber dan penambahan komputer sebanyak RM50,000.Pihak sekolah juga akan membuat kertas kerja berasingan bagi memohon peruntukan bagi menaik taraf padang (bina astaka dan pintu pagar dan tandas)sebanyak RM200,000. Guru Besar juga meminta jemputan kepada ibu bapa disertakan bersama dengan surat pengesahan kehadiran. Setiausaha juga diminta menghantar jemputan kepada ketua kampung, pengurus ladang dan kilang.

8Hal-hal lain Puan Azizah mencadangkan agar pihak sekolah meningkatkan sumbangan kehadiran penuh bagi menggalakkan murid ke sekolah. Guru Besar memaklumkan setiap bulan, pihak sekolah akan mengumumkan nama murid yang hadir penuh di perhimpunan dan memberi sijil penghargaan kehadiran penuh kepada murid tersebut.

9Ucapan Penangguhan

YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang dapat hadir. YDP PIBG juga memohon agar AJK PIBG menghebahkan kepada ibu bapa untuk hadir ke mesyuarat agung dan tunjukkan sokongan. YDP PIBG memohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam mengendalikan mesyuarat hari ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 05:30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

......................

........................Farah Waheda Bt Mansor

Abdul Rahman Bin Abd RashidSetiausaha PIBG

Yang DiPertua PIBGSekolah Kebangsaan Kerdau

Sekolah Kebangsaan Kerdau

7