minit curai ppim

3
SEKOLAH KEBANGSAAN NURI 73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS NBA 1020 – NO TEL/FAX: 06-4369569/ 06-4367467 MINIT CURAI (MESYUARAT/SEMINAR/BENGKEL DAN LAIN-LAIN) A. BUTIRAN LAPORAN 1. Tajuk Laporan Program 2. Mesyuarat/ Seminar/ Bengkel Program Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia Penerangan Dasar-dasar Utama KPM 3. Pengerusi Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka 4. Tarikh 25 Mac 2015 5. Masa 8.00 pagi – 5.00 petang 6. Tempat Dewan Seri Negeri, Melaka 7. Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Nama Pegawai Pelapor Cik Nor Hazirah binti Ismail 9. Pegawai Lain Yang Hadir - B. Perkara yang Dibincangkan Bil. Perkara 1. 2. Perkongsian Amalan Terbaik Sarana Mom’s Pelaksanaan Penglibatan Ibu Bapa menjadi satu kejayaan di Sekolah Menengah Tunku Jaafar di Seremban. Para ibu khususnya amat bersemnagat dalam menyokong perubahan system sekolah kepada system pembelajaran yang melibatkan ibu bapa dan komuniti. Dengan kegiatan aktif Sarana Mom;s SMTJ, mereka turut memenangi Anugerah PIBG Terbaik 2013. Kebanyakan ibu bapa yang terlibat dalam aktiviti ini ialah suri rumah dan mereka mempunyai satu hubungan yang kukuh dan erat bersama pihak sekolah. Dengan kerjasama dan kesefahaman

Upload: tque-zurr-eisyal

Post on 26-Sep-2015

241 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ppim

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN NURI 73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS NBA 1020 NO TEL/FAX: 06-4369569/ 06-4367467

MINIT CURAI(MESYUARAT/SEMINAR/BENGKEL DAN LAIN-LAIN)A. BUTIRAN LAPORAN1. Tajuk Laporan Program

2. Mesyuarat/ Seminar/ BengkelProgram Bersama Kementerian Pendidikan MalaysiaPenerangan Dasar-dasar Utama KPM

3. PengerusiTimbalan Pengarah Pendidikan Melaka

4. Tarikh 25 Mac 2015

5. Masa 8.00 pagi 5.00 petang

6. Tempat Dewan Seri Negeri, Melaka

7. AnjuranKementerian Pelajaran Malaysia

8. Nama Pegawai PelaporCik Nor Hazirah binti Ismail

9. Pegawai Lain Yang Hadir-

B. Perkara yang Dibincangkan

Bil. Perkara

1.

2.

3. Perkongsian Amalan Terbaik

Sarana MomsPelaksanaan Penglibatan Ibu Bapa menjadi satu kejayaan di Sekolah Menengah Tunku Jaafar di Seremban. Para ibu khususnya amat bersemnagat dalam menyokong perubahan system sekolah kepada system pembelajaran yang melibatkan ibu bapa dan komuniti. Dengan kegiatan aktif Sarana Mom;s SMTJ, mereka turut memenangi Anugerah PIBG Terbaik 2013. Kebanyakan ibu bapa yang terlibat dalam aktiviti ini ialah suri rumah dan mereka mempunyai satu hubungan yang kukuh dan erat bersama pihak sekolah. Dengan kerjasama dan kesefahaman yang terjalin, segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar.

Transformasi Pendidikan Vokasional

Transformasi ini memberi keutamaan kepada amalan industry. Semua pelajar-pelajar ini akan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia. Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak di bangku sekolah, ia akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Oleh itu, Malaysia akan dapat melahirkan modal insan bukan sahaja yang berkecenderungan dalam bidang akademik malah yang kompeten dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional.

KBAT

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah satu kemampuan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran, nilai dan dapat memberi sebab atau justifikasi atas sesuatu kenyataan ataupun persoalan. Aplikasi i-think adalah salah satu cara untuk mengasah KBAT dalam diri murid-murid.

PBS/PT3

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

C. Tindakan yang perlu diambil

D. Tarikh Mesyuarat Akan Datang

E. Tandatangan Pegawai Pelapor

F. Tarikh Laporan Disediakan : 6 APRIL 2015

Disediakan oleh ,Cop Sekolah Disahkan Oleh,

.. ..(Cik Nor Hazirah binti Ismail ) (PN HJH HAMIJAH BT HASSIM) Guru Besar SK Nuri, 73100 Johol