minit curai inisiatif ict 2013

Upload: aisha

Post on 10-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit curai

TRANSCRIPT

SMK PUTERI AMPANG, JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR

LAPORAN KURSUS / SEMINAR / MESYUARAT / TAKLIMAT

Nama Kursus:Taklimat Inisiatif ICT 2013

Tajuk: Inisiatif ICT

Tarikh / Masa:21/02/2013 (Khamis), 8.00 pg 4.00 ptg

Tempat:PKG Keramat, Kuala Lumpur

ISI KANDUNGAN / INPUT:

1. Sistem STS (Aduan kerosakan): Sistem STS ditutup kepada sekolah. Untuk laporan kerosakan, GPB (Guru Penyelaras Bestari) perlu laporkan terus kepada PKG Keramat dengan mengisi borang aduan yg boleh dimuat turun di website BTPNKL ( www.btpnkl.edu.my ). Satu borang diisi untuk setiap harta modal dan faxkan kepada PKG Keramat untuk tindakan lanjut. Setiap borang aduan perlu ada tandatangan pelapor dan pengetua. Selepas laporan dibuat, GPB perlu mendapatkan nombor tiket daripada PKG. Aduan boleh dibuat untuk peralatan ICT selepas tahun 2007 sahaja. Selepas penyelenggaraan dijalankan, FT (Juruteknik) atau GPB perlu mencatatkannya di belakang kad Kew. PA2. Highlight peralatan yang diselenggara untuk setiap harta modal (fotostat untuk setiap peralatan). Salinan invoice perlu ada untuk pembayaran. GPB perlu simpan salinan buku garis panduan penyelenggaraan.

2. Perlantikan GPB baru: Sekolah yang ada Pusat Akses sahaja yang layak ada GPB. GPB baru perlu surat lantikan daripada JPWP dan sekolah perlu menghantar borang pencalonan kepada BTPNKL. Setelah disokong oleh BTPNKL, JPWP (Unit Sekolah Menengah) akan mengeluarkan surat lantikan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah perlu menghantar satu salinan surat lantikan tersebut kepada pihak PKG Keramat. Borang pencalonan boleh dimuat turun daripada website BTPNKL ( www.btpnkl.edu.my ). Di dalam carta organisasi pengurusan sekolah, GPB berada setara dengan GPM (Guru Penyelaras Media).

3. Rangkaian 1Bestarinet: Jika ada sebarang masalah berkaitan 1Bestarinet, GPB perlu membuat aduan, dapatkan nombor tiket dan maklumkan kepada Encik Halim BTPNKL. GPB perlu mendokumenkan login dan password setiap aplikasi atas talian yang melibatkan sekolah

4. Kajian TMK: Kajian oleh PKG Keramat untuk mengetahui tahap kemahiran ICT guru-guru di bawah JPWP untuk tujuan latihan ICT selanjutnya.

5. Sistem SPS: Sistem yang akan menggantikan semua sistem atas talian yang ada di sekolah sekarang seperti e-prihatin, EMIS dan lain-lain di mana guru-guru boleh muat turun dan menggunakan data-data daripadanya. Tarikh kuatkuasa akan diberitahu kelak.

6. Sistem Fail: Sistem fail perlu dibuat semula oleh GPB mengikut ketetapan berikut:

FAILSEPARATOR

SEKOLAH ICT 1Data Inisiatif ICT

Salinan Daftar Harta Modal

SEKOLAH ICT 2Penyelenggaraan

Aduan

SEKOLAH ICT 31Bestarinet

VLE Frog

Latihan ICT

SEKOLAH ICT 4Surat Atau Dokumen ICT

Jadual Dan Analisa Penggunaan Makmal

7. Pelupusan: Perlu dibuat oleh guru aset. GPB perlu membantu memberi maklumat yang berkenaan dengan peralatan ICT yang perlu dilupuskan. Laptop ETEMS, peralatan ICT dan komputer tahun 2006 ke bawah boleh dilupus segera. Kaedah pelupusan boleh dirujuk

8. Pemantauan ICT: Pihak nazir akan datang membuat pemantauan ICT. Perkara yang akan dilihat adalah:1) Buku rekod mengajar perlu tulis tempat Makmal Komputer atau Pusat Akses jika p&p dilakukan di sana.2) Buku log penggunaan makmal komputer / pusat akses rekod penggunaan guru dan murid.3) Menguji pentadbir, pengetua, guru dan sampel murid untuk mendapatkan maklumat penggunaan ICT di sekolah.4) Penggunaan VLE Frog oleh guru dan pelajar. Taklimat VLE Frog kepada guru perlu ditulis di dalam ESPLG. Sekolah perlu membentuk frog team dan tampal di papan kenyataan sekolah. School dashboard perlu diisi dengan kata-kata aluan pengetua, alamat, nombor telefon, sejarah sekolah, misi, visi, lagu sekolah, carta organisasi sekolah dan lain-lain. Kalendar tempahan dan takwim sekolah sentiasa dikemaskini. Pemantauan kepada guru-guru: guru telah membuat tugasan online, telah menyemak dan memberi markah Pemantauan kepada murid: murid dapat mengemaskini dashboard peribadi dan boleh akses kepada sites guru.

9. Lain-lain hal: Jadual bertugas harian perlu ditampal pada papan kenyataan. Penggunaan makmal atau Pusat Akses perlu sentiasa dicatat di dalam Buku Log Penggunaan Makmal Komputer/ Pusat Akses. Netschool Support dan Deep Freeze boleh diinstall untuk memudahkan kawalan kelas.

TINDAKAN:

1. GPB telah berjumpa dengan Pn Chu Li Lin untuk berbincang tetang pelupusan komputer. Komputer tersebut telahpun dikumpulkan oleh GPB di stor Makmal Komputer untuk dilupuskan beserta Kad Kew. PA2 dan maklumat berkaitan. 2. GPB telah menyediakan 4 fail dan memasukkan data-data seperti yang dikehendaki dan menerangkan makluman taklimat berkaitan kepada Juruteknik. 3. GPB telah membuat perjumpaan dengan ahli Briged Bestari untuk menceriakan Pusat Akses dan Makmal Komputer.4. GPB dalam proses mengemaskinikan VLE Frog sekolah.

Tandatangan Guru

.TENGKU MASLINDA BINTI TENGKU MOHD

Disahkan oleh

Nama:Jawatan Tarikh :