treasury business portal enterprise … · inisiatif enterprise architecture 3 buletin ict...

8
BUSINESS REQUIREMENT MANAGER & LIAISON Dengan adanya BRM dan BRL, interaksi antara BTM dan Bahagian-bahagian... ms: 5 Hasil Kajian EA mendapati sejumlah empat belas (14) Functional Initiatives serta lapan belas (18) Inisiatif On-Going serta enam (6) inisiatif Quick Wins perlu dilaksanakan bagi memantapkan lagi perkhidmatan di Perbendaharaan. TREASURY ENTERPRISE ARCHITECTURE COMMITTEE Berdasarkan Kajian Enterprise Architecture (EA) yang dijalankan... ms: 4 PORTAL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Portal Rasmi Kementerian Kewangan masih lagi mengekalkan... ms: 7 Enterprise Architecture. Inisiatif Penyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan Edisi 1 2014 www.treasury.gov.my BULETIN ICT BRM & BRL

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TREASURY BUSINESS PORTAL ENTERPRISE … · Inisiatif Enterprise Architecture 3 Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014 Berikut adalah penerangan lebih lanjut tentang inisiatif utama:

BUSINESS REQUIREMENT MANAGER & LIAISON Dengan adanya BRM dan BRL, interaksi antara BTM dan Bahagian-bahagian... ms: 5

Hasil Kajian EA mendapati sejumlah empat belas (14) Functional Initiatives serta lapan belas (18) Inisiatif On-Going serta enam (6) inisiatif Quick Wins perlu dilaksanakan bagi memantapkan lagi perkhidmatan di Perbendaharaan.

TREASURY ENTERPRISE ARCHITECTURE COMMITTEE Berdasarkan Kajian Enterprise Architecture (EA) yang dijalankan...

ms: 4

PORTAL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Portal Rasmi Kementerian Kewangan masih lagi mengekalkan...

ms: 7

Enterprise Architecture.

Inisiatif

Penyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan

Edisi 1 2014 www.treasury.gov.my

BULETIN ICT

BRM&

BRLTreasury EA committee

Presentation of EA Final Report: Key Findings & Recommendations Putrajaya, 27 March 2014

Page 2: TREASURY BUSINESS PORTAL ENTERPRISE … · Inisiatif Enterprise Architecture 3 Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014 Berikut adalah penerangan lebih lanjut tentang inisiatif utama:

SIDANG REDAKSI BULETIN ICT

PENAUNG: Cik Tan Siew Mooi

KETUA EDITOR: Pn. Rohani bt Mohamad

SIDANG EDITOR: Pn. Siti Sapura bt Raffee

SUMBANGAN BAHAN: Pn. Sharifah Norhazira bt Said Hamid

Pn. Nor Sharimah bt Mohd Shariff

REKA BENTUK: En. Saidi b Murtada

EDARAN: En. Asahar b Ahmat

Pn. Nik Fadhlina bt Nik Marwan

DITERBITKAN OLEH:

Bahagian Teknologi Maklumat,

Aras 7, Blok Selatan,

Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62592 Putrajaya

T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052

P : www.treasury.gov.my

INISIATIF ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA)

Kajian Treasury Enterprise Architecture Design for A Transformed Treasury bermula daripada hasil

pengamatan Treasury Transformation Programme (TTP) yang mendapati penggunaan ICT yang efektif merupakan pemangkin utama transformasi Perbendaharaan. Oleh yang demikian, Treasury EA Blueprint telah dibangunkan sebagai panduan untuk membina persekitaran ICT yang menyokong keperluan bisnes Perbendaharaan.

Hasil Kajian EA mendapati sejumlah empat belas (14) functional initiatives serta lapan belas (18) inisiatif On-Going serta 6 inisiatif Quick Wins perlu dilaksanakan bagi memantapkan lagi perkhidmatan di Perbendaharaan.

Terdapat empat (4) inisiatif utama yang telah dikenalpasti dan dipersetujui oleh pihak pengurusan dimana ia merupakan ‘core business’ yang akan memberi impak besar kepada Perbendaharaan dalam memainkan peranan yang lebih strategik dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara.

Page 3: TREASURY BUSINESS PORTAL ENTERPRISE … · Inisiatif Enterprise Architecture 3 Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014 Berikut adalah penerangan lebih lanjut tentang inisiatif utama:

3Inisiatif Enterprise ArchitectureBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014

Berikut adalah penerangan lebih lanjut tentang inisiatif utama:

In addition, four (4) initiatives prioritised for further detailing

INITIATIVES DIVISIONS ENGAGED SOLUTION DIRECTION

Clus

ter-

Spec

ific

Design and implement database and analytics for Fiscal and Economics

• Fiscal and Economics (including Fiscal Policy Office)

• NationalBudgetOffice• Tax• International

• Establish source of truth for common data, automated capture whenever possible

• Integrated reporting and basic analytical capabilities

• Automated integration with divisional analytics tools, introduce additional analytics as needed

• Leverage existing Economic Intelligent Database System (EIDS) platform

Move towards better Procurement Data, Processing and Analytics

• Procurement (including ePerolehan unit)

• Set up new application to automate manual transactional processes (direct nego, restricted tender, exemptions)

• Improve existing systems (ePerolehan, ePerunding) to enforce common data model, automated interfaces to enable analytics

Implement consolidated Governmentfinancialaccounts (including balance sheet)

• Government Investment Companies (GIC)

• Statutory Bodies Management (SBM)

• Strategic Investments (SID)

• Public Asset Management (PAM)

• Set-up Balance Sheet Dashboard based on 1GFMAS (JANM) data, covering ministries/agencies/states

• Selective consolidation of GICs/SBMs/GLCs/ ... based on materiality and actionability

Trea

sury

-Wid

e

Upgrade Treasury’s communications and document sharing capabilities

• Corporate Strategy and Communications

• Management Services• All other divisions

• Establish Treasury Knowledge Base integrating existing Portal, TIMS, Infobytes, microsites

• Leverage new Portal platform (ready for go-live)

• Content ownership with divisions, overseen by Corp Strategy and Communications

• Use current systems for document management, communication until MAMPU implementation

Page 4: TREASURY BUSINESS PORTAL ENTERPRISE … · Inisiatif Enterprise Architecture 3 Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014 Berikut adalah penerangan lebih lanjut tentang inisiatif utama:

4 Treasury Enterprise Architecture CommitteeBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014

TREASURY ENTERPRISE ARCHITECTURE COMMITTEE (TEAC)

Treasury Enterprise Architecture Committee (TEAC) telah diwujudkan bagi memantau dan menyelaras pelaksanaan projek ICT yang telah dikenalpasti di dalam EA Blueprint Perbendaharaan Malaysia. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh TKSP(M) merangkap Chief Information Officer (CIO) Perbendaharaan Malaysia. Perancangan dalam melaksanakan projek ICT Perbendaharaan perlu dilakukan dengan rapi dan holistik bagi memastikan pelaksanaannya adalah selaras dengan Visi dan Misi Perbendaharaan.

Perancangan ICT secara holistik juga perlu bagi memastikan pertindihan tidak berlaku pertindihan, integrasi dan interoperability antara sistem dapat dicapai dan kos dapat dijimatkan melalui perkongsian sumber dan maklumat. Penyelarasan projek-projek ICT dapat dilaksanakan dengan penubuhan jawatankuasa TEAC ini dimana keahliannya turut melibatkan semua bahagian di Perbendaharaan.

TEAC juga bertindak sebagai ‘custodian’ portfolio projek ICT mengikut keutamaan dan kepentingan organisasi serta memutuskan pembangunan projek secara inhouse atau outsource. Jawatankuasa ini akan bersidang sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

Mengorak langkah pertama, buat julung kalinya TEAC telah bersidang pada 23 Mac 2014 di mana ia dihadiri oleh Setiausaha Bahagian yang dilantik serta Business Relationship Liasion (BRL) bagi memberi maklumbalas mengenai pembentangan Laporan Akhir EA Blueprint, Pelan Tindakan serta membincangkan Term of Reference (TOR) bagi jawatankuasa tersebut.

Mesyuarat juga telah bersidang buat kali kedua pada 5 Mei 2014. Semoga semua ahli dapat memainkan peranan masing-masing dan dapat memberi pandangan dan cetusan idea bagi memastikan pelaksanaan projek ICT yang telah dikenalpasti dalam EA Blueprint dapat dilaksanakan dengan jayanya.

BIDANG RUJUKAN JAWATANKUASA: i. Menentukan arah tuju dan strategi bagi

pembangunan dan kajian semula EA Blueprint Perbendaharaan.

ii. Merancang dan menentukan keutamaan projek serta kewangan yang diperlukan bagi pelaksanaan EA Blueprint Perbendaharaan.

iii. Menimbang dan meluluskan cadangan projek ICT berdasarkan EA Blueprint Perbendaharaan.

iv. Membuat keputusan mengenai kaedah pembangunan aplikasi.

v. Memantau kemajuan pelaksanaan EA Blueprint Perbendaharaan serta memperakukan cadangan untuk mengatasi masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan projek ICT.

Treasury Enterprise ArchitectureCommittee

Page 5: TREASURY BUSINESS PORTAL ENTERPRISE … · Inisiatif Enterprise Architecture 3 Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014 Berikut adalah penerangan lebih lanjut tentang inisiatif utama:

5Business Requirement Manager & Business Requirement LiaisonBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014

Sejajar dengan hasil kajian Enterprise Architecture (EA), dan bagi melancarkan perlaksanaan EA Blueprint, dua (2) peranan telah

diwujudkan iaitu Business Requirement Manager (BRM) dan Business Requirement Liaison (BRL) di mana BRM merupakan single-point of contact dari Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) manakala

BRL merupakan wakil yang dilantik di bahagian-bahagian Perbendaharaan. Dengan adanya BRM dan BRL, interaksi dan

hubungan antara BTM dan Bahagian di Perbendaharaan adalah lebih berkesan dan tersusun.

BRM merupakan pegawai-pegawai di bawah Unit Analisa Keperluan Bisnes dan Perancangan Sumber, Seksyen Strategi dan Perancangan Sumber, BTM. Diantara peranan BRM yang penting adalah mengenalpasti dan memahami keperluan bisnes setiap bahagian di Perbendaharaan.

Seramai 21 pegawai telah pun dilantik sebagai BRL mewakili bahagian-bahagian di Perbendaharaan. Antara peranan penting BRL adalah menyelaras dan memahami keperluan bisnes bahagian dan mengemukakan kepada BTM melalui BRM dan bertanggungjawab dalam komunikasi dengan BRM. Interaksi, komunikasi serta perbincangan telah bermula sejak Kajian EA sehinggalah sekarang dan kerap kali diadakan diantara BRM dan BRL dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran pelaksanaan EA Blueprint ini.

BRM dan BRL perlu memainkan peranan masing-masing dan saling melengkapi serta penting bagi menentukan kejayaan pelaksanaan EA Blueprint. Mesyuarat yang dijadualkan secara berkala juga diwujudkan bagi memastikan keberkesanan kedua-dua peranan ini dalam usaha mewujudkan strategic engagement diantara BRM dan bahagian-bahagian Perbendaharaan.

Kejayaan pelaksanaan EA Blueprint ini memerlukan kerjasama, dedikasi serta komitment yang tinggi daripada kedua-dua BRM dan BRL seterusnya dapat mencapai visi, misi Transformasi Perbendaharaan.

Business Requirement ManagerBusiness Requirement Liaison.&

Page 6: TREASURY BUSINESS PORTAL ENTERPRISE … · Inisiatif Enterprise Architecture 3 Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014 Berikut adalah penerangan lebih lanjut tentang inisiatif utama:

6 Portal Kementerian KewanganBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014

Portal Kementerian Kewangan MalaysiaSekalung tahniah diucapkan! Portal Rasmi Kementerian Kewangan masih lagi mengekalkan kecemerlangan dengan memperolehi lima (5) bintang dalam Malaysia Goverment Portals and Websites Asessment (MGPWA) tahun 2013 di peringkat kementerian.

Kejayaan ini harus dibanggakan kerana ia dibangunkan secara in-house dan diharapkan ia dapat meningkatkan kecemerlangan pada tahun akan datang.

Kejayaan ini juga turut dikongsi dengan agensi di bawah naungan Kementerian Kewangan di mana terdapat tujuh (7) agensi yang turut memperolehi penarafan lima (5) bintang. Antara agensi yang mendapat pengiktirafan tersebut adalah seperti berikut:

Ia dinilai berdasarkan beberapa kriteria iaitu content, usability, security, participation dan services. Kriteria tersebut menyumbangkan kepada markah keseluruhan portal dan laman web. Berikut adalah skim pemarkahan bagi Portal:

Start Rating Definition of portals and websites1-Star A static, working website with minimal information on the agency

2-Star A basic dynamic portal/website with a vast array of information on the agency

3-Star A dynamic portal/website which offers combination of information and limited online services

4-Star An interactive portal/website with a two-way communication between goven-ment and citizen as well as providing convenience to its users

5-Star An engaging portal/website with various options offered to citizen ranging from interaction, user friendliness to a variety of online services

Bil Agensi URL1 Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my

2 Jabatan Akauntan Negara (JANM) portal.anm.gov.my

3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) www.kwsp.gov.my

4 Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) www.customs.gov.my

5 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHNM) www.hasil.gov.my

6 Penang Development Corporation (PDC) www.pdc.gov.my

7 Labuan Financial Service Authority (LFSA) www.lfsa.gov.my

Page 7: TREASURY BUSINESS PORTAL ENTERPRISE … · Inisiatif Enterprise Architecture 3 Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014 Berikut adalah penerangan lebih lanjut tentang inisiatif utama:

7Pensijilan ISMS 2014Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Perbendaharaan Malaysia kerana berjaya mematuhi dan mengekalkan amalan baik Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (Information Security Management Systems - ISMS) mengikut standard MS ISO/ IEC 27001:2007 melalui 1st Year ISMS Surveillance Audit yang dikendalikan oleh SIRIM QAS pada 20 Mac 2014!

Skop pelaksanaan ISMS di Perbendaharaan adalah “ISMS bagi Pengurusan Pengoperasian Pusat Data” di mana objektifnya adalah untuk mengurangkan risiko ancaman siber dan menjamin Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat di Pusat Data supaya mematuhi standard MS ISO/ IEC 27001:2007 – ISMS yang telah digariskan oleh SIRIM QAS Sdn Bhd.

Sebanyak 11 bidang keselamatan ICT dan 127 bidang kawalan (daripada keseluruhan 133 bidang kawalan) yang digariskan dalam standard ISMS telah dipatuhi, yang merangkumi keseluruhan jumlah aset sebanyak 370 aset.

Dengan pelaksanaan ISMS ini, Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat sedia ada di Pusat Data telah dipertingkatkan di mana keperluan untuk mewujud, melaksana, memantau, menyemak, menyelenggara dan menambahbaik sistem sedia ada telah dipatuhi mengikut standard ISMS.

Pensijilan ISMS

ISMS 1st Year Audit Surveillance (2014)Certified SIRIM QAS

Page 8: TREASURY BUSINESS PORTAL ENTERPRISE … · Inisiatif Enterprise Architecture 3 Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014 Berikut adalah penerangan lebih lanjut tentang inisiatif utama:

8Kalendar Latihan ICT PerbendaharaanBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1 2014

BIL. KURSUS TARIKH

KURSUS BUKAN TEKNIKAL

1. Kursus Kepenggunaan Windows 8 (Sesi 4) 5 Mei 2014

2. Kursus Ms Excel 2010 Basic to Intermediate (Sesi 1) 6-7 Mei 2014

3. Kursus Ms Excel 2010 Basic to Intermediate (Gred 41-48) (Sesi 4) 8 Mei 2014

4. Kursus Ms PowerPoint 2010High Impact Presentation (Sesi 2) 14-15 Mei 2014

KURSUS ICTPerbendaharaan 20142014

Untuk pertanyaan berkaitan latihan ICT, sila hubungi:

• Pn. Sharifah Norhazira Said Hamid [ 3538 ]

• Pn. Nor Sharimah Mohd Shariff [ 3679 ]

Layari portal latihan di training.treasury.gov.my