minit curai dialog prestasi
DESCRIPTION
contoh minit curai taklimat dan seminar di sekolah kebangsaanTRANSCRIPT
BORANG LAPORAN/MINIT CURAI
Nama Pegawai : HAJAH NORRIDA BINTI MD DAHARI
Jawatan: Penolong Kanan kokurikulum(Wakil Guru Besar)
Perkara: Dialog Prestasi ( Kehadiran & Disiplin )
Tarikh: 10 Februari 2015
Masa: 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: SK USJ 12 Subang jaya
Anjuran: PPD Petaling Perdana
Pengerusi: En Kamal Azizi
Turut Hadir: En Joned Janjan
Dr Sukumar ( SIP+)
Puan Zabibi ( SIP+)
Dr Hajar ( SIP+)
Bahan-Bahan Yang Diedarkan: Tiada
Catatan Minit :
1 Ucapan Pendahuluan: (En Kamal Azizi, Pegawai PPDP)
1.1 Terima kasih atas kehadiran semua Guru Besar atau wakil.
1.2 Menyampaikan salam Tuan PPD ada program di KPM.
1.3 Timbalan PPD urusan temuduga Gred 32 Hakiki.
1.4 Wakil sekolah yang dipanggil terdiri daripada :
1 ada masalah kehadiran
11 tiada masalah kehadiran
111 kehadiran baik
2 Isu : Data APDM,Kehadiran & Disiplin
2.1 Laporan PPD (En Kamal Azizi)
- 3 bulan terakhir 2014 terdapat masalah kehadiran yang ketara.
- Kehadiran waktu peperiksaan tinggi tetapi menurun selepasnya. Murid-murid
yang direhatkan juga dikira tidak hadir bersebab.
- KPI JPN untuk kehadiran 95% tidak tercapai malah menurun.
- JPN tidak nampak perubahan positif melalui data.
2.2Laporan PPD (En Joned Janjan)- APDM & Kehadiran ;
2.2.1Peratus kehadiran bulan terakhir 2014 PPDPP ialah 86.14%
2.2.2Analisa kehadiran Januari 2015 PPDPP ialah 95.05% - harap dapat
dikekalkan atau meningkat. Kehadiran rendah mungkin disebabkan
nama murid yang berpindah belum dikeluarkan.
2.2.3Untuk kehadiran Januari & Februari, sekolah boleh key-in seminggu
sekali hingga 3 Mac 2015.
2.2.4APDM harap dikemaskini kerana ia akan menjadi rujukan utama semua
urusan aplikasi.
- Guru kelas perlu peka sentiasa.
- Nombor Surat Beranak dan Kad Pengenalan mesti betul. Bagi murid
baharu, ujudkan no SB/KP sementara sekiranya gagal key-in. Mungkin
sekolah terdahulu belum keluarkan data mereka.
- Urusan KWAPM akan menggunakan APDM.
- Dalam data SSDM, hampir semua sekolah tiada melaporkan kes berat
setakat ini. Sekiranya ada sebarang kes,rujuk guru B & K. Kesalahan
murid mesti ditulis jelas. Contoh : Calar kereta guru bukan
Merosakkan kereta guru
2.2.5Log-in Kehadiran- masih perlukan bantuan Pembantu Tadbir.
2.2.6Masalah system ;
- Ada pemantauan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian(BPSH) dan
Bahagian Pengurusan maklumat(BPM) bersama YTL. Keadaan
Sistem di sebuah sekolah didapati baik. Selepas ini pemantauan akan
dlakukan tanpa memberitahu YTL.
2.2 Punca ketidakhadiran ( Guru Besar/Wakil):
2.2.1Kelas ganti hari sabtu merupakan penyumbang utama.
2.2.2Penangguhan Peperiksaan UPSR.
2.2.3Ibu bapa memberi alasan ramai guru tiada pada hari Sabtu (sambung
belajar).
2.2.4Bagi murid yang tinggal jauh dari sekolah, ibu bapa sendiri yang tidak
mahu hantar anak selepas peperiksaan.
2.2.5 Ada ibu bapa menyatakan terdapat guru-guru sendiri yang memberitahu
murid tak datang pun tak apa selepas peperiksaan.
2.2.6Masalah kewangan dan kurang kesedaran di kalangan ibu bapa & murid.
Ada di antaranya golongan asnaf zakat.
2.2.7Murid-murid mengikut ibu bapa mengerjakan haji,umrah dan melancong.
2.2.8Masalah kehadiran kokurikulum(Rabu) berkait rapat dengan sesi Sekolah
Agama.
2.3Langkah-langkah penyelesaian & penambahbaikan(Guru Besar/Wakil);
2.3.1menubuhkan AJK masalah ketidakhadiran & ponteng.
2.3.2Merujuk kepada Guru B & K
2.3.3Guru Besar/PK HEM sendiri menghubungi ibu bapa bagi murid-murid
yang bermasalah kehadiran/disiplin.
2.3.4Disiplin guru diperbetulkan dahulu;
- berpakaian kemas (guru lelaki bertali leher)
- datang kesekolah awal.
- masuk kelas tepat waktu
- P d P dirancang dengan menarik dan bermaklumat.
- budaya Guru Penyayang mesti dihayati- sambut murid dipagar
sekolah(guru-guru dan pentadbir)
2.3.5Buat perjumpaan dengan ibu bapa murid yang bermasalah(ponteng,
lewat dan lain-lain masalah disiplin). Jemput bersama AJK PIBG, Pusat
Zakat jika berkaitan. Buat program motivasi.
2.3.6Bertegas dengan ibu bapa bahawa masalah ketidakhadiran yang serius
boleh menyebabkan anak mereka keciciran dalam pelajaran dan Sijil
Berhenti mereka mungkin mengandungi ulasan guru yang kurang
memuaskan..
2.3.7Bagi murid-murid yang ada masalah pengangkutan, ada guru dan ahli
PIBG sendiri yang bersedia menguruskannya.
2.3.8Sediakan hadiah kehadiran penuh bulanan.
2.3.9Rancang aktiviti sukan yang diminati murid-murid pada hari Sabtu
(sebelum rehat).
2.3.10Buat lawatan mesra ke rumah.
2.4Pandangan & Rumusan Pegawai SIP+:
2.4.1Guru-guru yang menyambung pelajaran tidak boleh dipersalahkan kerana
mereka telah mendapat kelulusan.
2.4.2Perlu kata putus untuk murid-murid yang direhatkan. Ibu bapa akan
pertikai jika ditanda tidak hadir.
2.4.3Program dirancang ikut keperluan dan selaras Visi & Misi KPM. Cari isu,
senaraikan aktivit, buat pemantauan dan dokumentasi.
2.4.4Pentadbir kenal pasti kumpulan guru-guru yang memang berpotensi
untuk melonjakkan prestasi sekolah. Beri juga tumpuan kepada unit-unit
tertentu selain kurikulum seperti Pusat Sumber,keceriaan dan lain-lain.
Gerakkan semua warga sekolah.
2.4.5Pihak pengurusan sekolah mesti berani tanggung risiko atas semua
tindakan yang diambil.
2.4.6Bagi Kokurikulum, rancang aktiviti yang melibatkan ramai murid. Sentiasa
terapkan dalam diri murid-murid pentingnya mereka terlibat dalam
kokurikulum.
2.4.7Bagi unit HEM, pilih pengawas dari kalangan murid-murid yang betul-
betul berkualiti. Rancang program motivasi yang boleh membantu dan
lihat impaknya.
2.4.8Pendekatan Guru Besar mesti sesuai dengan situasi, bertegas/berlembut
bila perlu.
2.4.9Guru-guru mesti sentiasa prihatin. Ujudkan budaya sihat sebelum
masalah timbul.
2.4.10Guru-guru B & K perlu lebih proaktif. Mesti ada data bagi murid-murid
yang dirujuk atau yang datang secara sukarela.
2.4.11Jika murid demerit markah sahsiah, perlu dinutralkan jika mereka
melakukan perlakuan positif.
2.4.12Adakan LADAP khusus untuk mengatasi masalah ponteng, tidak hadir
dan salah laku.
2.4.13Rancang program motivasi untuk guru & ibu bapa.
2.4.14 Sistem Merit demerit mungkin boleh juga diaplikasi untuk guru-guru.
3Penutup (En Kamal Azizi):
3.1Mengucapkan terima kasih kepada semua Guru Besar/wakil dan pegawai
SIP+ yang hadir. Mudah-mudahan dialog ini dapat memberi manfaat
kepada semua.
3.2Dialog berikutnya mungkin memberi pengkhususan kepada bidang
kurikulum dan dicadangkan pada bulan Mac.
Disediakan oleh, Disahkan oleh
.. ....
(HAJAH NORRIDA BINTI MD DAHARI) (ABDUL RAHIM BIN SHAHUDDIN)
Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Serdang Sekolah Kebangsaan Serdang